Ibnu Hashim
Tadi tengahari saya ke Pasar Borong Selangor buat pertama kalinya. Mula-mula cari tak jumpa, daripada rumah saya tu menghala ke tol ke putrajaya saya cari tapi tak jumpa. Dah tak jumpa tu patah balik ke pasar di sebelah Poliklinik Puchong…dah tak ramai orang…Kat situ saya tanya seorang hamba allah tu dan katanya Pasar Borong Selangor kena pegi atas lagi iaitu selepas tol. Mmmmm….

Setelah beli ikan Selar sekilo, pada harga RM9, saya dan isteri pun gerak ke sana. Alhamdulillah, jumpa walaupun mulanya terlajak dan kena buat pusingan ‘U’ hampir 2 km! Sekali tu masuk kena bayar daaaa...RM1. Saya mula bengang nih, almaklumlah selama hidup kat Butterworth dulu, Tol ni masa nak balik kampung je, yang lain mana ada tol tol...mmm..tadi dah kena RM1, ni parking kena lagi RM1 dah RM2, pegi balik dah kena RM4..This is better be good!

Rupanya memang berbaloi saya pi sana, barangnya murah lah jugak. Pasar ni memang baru yang mana pasar basah di tengah tengah dan di tepinya ada sederet kedai-kedai pemborong barangan kering yang lainnya (deretan melengkung berbentuk C). Saya pun pi la survey, tengok tengok ikan Selar sekilo RM5.50 jer!!! Jalan lagi jumpa pulak yang jual sekilo RM5!! Mmmm…nampaknya murah RM4 daripada pasar tadi…dah balik modal dah tuu!! Ayam pulak ada yang lelong RM4.80 sekilo…murah tuuuu…Tapi saya tengok nak kena pilih skit lah, ayam dah lebam yang banyaknya..last sekali saya beli kat kedai lain, harga RM6 p/kg. Okehlah tu, standard! Sayur sayur pun murah gak tapi saya dah malas nak survey, itu wife lah yang beli, katanya ok lah bang, murah jugak sayur sayur ni!

Nak balik tu pekena air kelapa, fuh! Kelapa real lah, tarak campur! Memang air kelapa betul. Rasanya lainkali, memang kat sini lah tempat saya beli barang barang keperluan nanti. Kedai pemborong barangan kering pulak saya tak pergi tadinya, lainkali saya pegi pulak!

Pasar Borong Selangor ni beroperasi dari jam 4 am – 11am, dan 6pm – 12am manakala untuk hari minggu atau cuti awam dipendekkan sejam dari jadual di atas. Jadual ni saya main taruk je nih, bukan apa tak ingat la pulak, tapi tak jauh lainya tu, lainkali saya akan update yang betul punya InsyaAllah.

Ok…kali ni cerita yang tak sedap pulak pasal tempat yang sama…apa dia? Masalah Halal/Haram! Ada satu gerai tu jual daging kambing, saya tengok penjualnya tu pangkatnya ‘lance corporal’ pasal ada satu calit tang dahi dia…aik!! Buleh pulak dia tulis kat sign board gerai dia tu ‘Ditanggung halal’. Dah tu, ada pulak tulisan pasal Deepavali dengan gambar (saya tak pasti gambar ganesh atau apa tah pasal tak perati betul betul). Betul ke ditanggung halal daging kat kedai Anney tu? Kena la amik tindakan nih!! Edisi siasat!
1 Response
  1. Anonymous Says:

    Dia jual kambing import tu.. dari australia.. mmg halal. biasanya mmg kambing ni india yang suka jual.


Post a Comment