Azhar Hashim
AKADEMI AL-QURAN: 21 Mei 2010


Boleh juga rujuk di laman web Maahad di  http://www.al-ansoriyy.net/2010/05/sessi-wawancara-di-tv9.html
Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah..

Dalam sepanjang perjalanan hidup kita nih. Berbagai onak dan duri kita lalui dan hadapi. Rakan-rakan, kawan-kawan datang dan pergi. Ada yang pergi terus meninggalkan kita serta dunia yang fana ini. Mengawali kita berpindah ke dunia yg pasti, dunia persinggahan yang ke-4 bagi manusia setelah alam Ruh, Rahim, Dunia. Dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi akhir, kampung Tok Nenek kita, Tok Adam. Mudah mudahan kita tak tersesat jalan menuju ke kampung sebelah.

Kawan-kawan... ke mana kalian menghilang? Aku rindu tawa kalian, usikan kalian. Bersama mandi di sungai, lombong, menjelajah hutan semak samun. Menjerat burung, ikan, bermain hingga ke hujung kampung. Kita ikhlas berkawan, ikhlas berukhwah. Bukan kerena pangkat, bukan kerana harta, darjat, keturunan, rupa wajah.. hanya ikhlas semata mata atas nama persahabatan. Wahai sahabat.. anak anak kita tak dapat menikmati lagi seperti apa yang kita kecapi dulu. Hutan semak samun tempat kita bermain, menjerat ruak ruak sudah tiada lagi. Hampir tidak ada kedengaran kicauan unggas lagi. But But entah ke mana.. ruak ruak tidak berlari lari lagi. Usah ditanya akan Sang Belontok, jangan dicari akan Si Penyambar tega encik Haruan. Makcik Sepat.

Sungai kita mengalir lesu, kesan kemodenan manusia yang menghancurkan dan merosakkan dunia. Anak anak kita tak merasai kenikmatan bersahabat seperti kita dahulu. Mereka terpaksa dikurung dalam kawasan yang 'selamat'. Jalanraya kita hebat hebat, tidak lagi pasir berdebu. Kereta bersusun susun, laju mendesup. Bagaimana mahu kita melepaskan mereka berkayuh di jalanan yang begitu? Ah.. aku rindu suasana pagi di tempat kita ini dulu.. berduyun duyun berkemutih anak anak menuju ke sekolah dengan basikal masing masing. Hilai tawa gelak gempita sejak awal pagi lagi. Tapi kini hanya asap asap bas mengisi pagi hening. Tiada kedengaran hilai tawa gurau senda anak anak sekolah. Yang aku nampak, anak anak menekap di tingkap tingkap Bas dengan mata terpejam!

Adakah dunia menjadi semakin kejam? Adakah Yang Maha Esa memberi isyarat yang masa itu sudah terlalu hampir. Adakah ianya isyarat aqli dunia ini sudah semakin tidak sesuai untuk dihuni oleh manusia.. Expired date sudah menghampiri!

Duhai sahabat.. mana lagi dapat aku cari sahabat yg ikhlas berukhuwah dengan ku yang sama dengan huluran persahabatan yang pernah kalian hulurkan. Aku pernah di puncak persada, aku pernah memiliki kuasa. Begitu ramai datang tersengih, begitu ramai mengaku sahabat. telefon tak cukup satu tapi tiga. Dunia seakan berputar laju seolahnya masa 24 jam yang ALLAH beri tidak cukup! Ya! Itulah dunia yang dikejar kejar. Sedangkan Dunia itu bakal kita tinggalkan. Alangkah bodohnya aku sahabat. Mengapa aku mengejar ngejar perkara yang PASTI akan aku tinggalkan? Ah! Bodoh benar!

Kini aku terperuk di desa kita.. tiada lagi deringan alunan suara telefon. Tiada lagi muka muka manis menagih itu ini. Tiada lagi temujanji dengan makan minum percuma. Yang ada kini hanyalah memori silam dan memori bersama kalian adalah memori terindah.

Sahabat sahabat ku. Di mana pun kalian berada. InsyaALLAH doa ku tetap untuk kalian jua. ALLAH sudah tidak lagi memberikan aku nikmat persahabatan sepertimana yang pernah aku kecapi bersama kalian. Sahabat, kalau ada kelapangan, luangkan lah masa untuk pulang ke desa. Walaupun mungkin kalian sudah tidak punya apa di sini. tapi kalian ada aku. Dan kita ada ALLAH. Pasti silaturrahim yg berdasarkan kasih sayang sesama umat ini disukaiNya. Marilah kita sukakan ALLAH. Singgahlah ke sini, datanglah ke sini.

Sahabat, begitu payah sekarang ini untuk aku menghulurkan tangan mengemis akan sebuah persahabatan. Dunia kebendaan terlalu menghimpit sedangkan dunia itu telah pun aku buang jauh jauh. Aku tak punya apa. Tiada pangkat tiada kuasa. Tiap huluran yang aku hulurkan, dipandang sinis. Ada yang menyambut walau dengan keadaan terpaksa ..alhamdulillah ada jua yang sudi dalam keadaan berhati hati. Ada juga yang menghindari. Aku tak boleh salahkan mereka lantaran itulah keadaannya dunia sekarang ini. Dunia materialistik, dunia orang mengharapkan sesuatu dalam tiap perkara yang mereka lakukan. Ianya indah kalau mengharapkan dari Pemilik Mutlaq alam ini, tapi mengharapkan sesuatu dari makhlukNya..itu tercela!

Mungkin aku terlalu tamak! Inginkan sahabat sepenuh alam. Namun Yang Maha Esa tidak menghampakan.. Ada juga dititipkan pada ku sahabat yang sudi menerima aku sebagai aku, membantu tika aku perlu, menerima bantuan ku walaupun hanya sekadar doa atau harapan. Tapi aku tamakkan persahabatan seperti para Sahabat r.anhum. Persahabatan tulus ikhlas kerana ALLAH semata mata. Manusia manusia ajaib peneman baginda Rasulullah s.a.w.! Ah..tak mungkin ada duanya lagi!

Alangkah indahnya persahabatan kita dulu. Kita tak lihat siapa kamu, kita tak kira miskin atau kaya. Ah! Kita pernah sama sama merebus kangkung untuk makan bersama di tepi sungai, lantaran malas nak balik makan nasik! Kita pernah makan pucuk Jambu Air mengalas perut, kerna tak mahu balik makan lantaran nak sambung bermain. Tak pernah kecoh. Tak pernah mengeluh. Bergaduh? Itu bukanlah sebuah permusuhan, tapi itu Riadah bagi kita untuk menegangkan urat dan otot! ehehehe..

Ah! Aku rindukan sebuah persahabatan yang tulus seperti yang pernah kalian berikan! Sahabat.. doakan aku kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Aku tak tahu berapa lama lagi aku terperangkap di sini. Aku tak tahu berapa lama lagi aku terperuk di sini. Aku rindukan kehidupan yang kekal abadi...tapi aku jua takut utk bertemu dengan hari itu. Hari yang pasti akan tiba!

Sahabat, bersama lah kita berhati hati dengan kehidupan ini. Kebendaan begitu mencengkam hati sanubari umat. Kebendaan jua pernah mengikat diri ku. Aku alpha, aku leka, andai kalian ada ketika itu, pasti kalian menempeleng ku menyedarkan aku dari lamunan yg sia sia ini! Ah! Di mana kah kalian?
Azhar Hashim
KECINTAAN SAHABAT SAHABIAH KEPADA RASULULLAH S.A.W

Kisah 1 - Kematian seorang Wanita Ketika Melihat Maqam Rasulullah s.a.w

Seorang wanita telah pergi berjumpa Hazrat 'Aisyah r.anha dan berkata kepadanya: "Bawalah saya mengziarahi maqam Rasulullah s.a.w."  Oleh itu, Hazrat 'Aisyah r.anha pun membuka bilik itu. Wanita itu pergi  menziarahi maqam tersebut sambil menangis. Beliau menangis dan terus menangis sehingga meninggal dunia!
Adakah mingkin didapati bandingan cinta sebegini? Beliau tidak dapat menahan perasaan. Hanya dengan menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. beliau telah mengorbankan nyawanya.


Kisah 2 

Seseorang telah bertanya kepada Hazrat 'Ali r.a, : "Setakat manakah kasih sayang tuan terhadap Rasulullah s.a.w.?"


Beliau menjawab: "Kami mengasihi baginda s.a.w. melebihi daripada harta-harta kami, anak-anak kami, ibu-ibu kami, dan daripada air sejuk ketika tersangat dahaga."



Benarlah kata kata beliau itu. Sebenarnya itulah keadaan para sahabat r.anhum. Betapa tidak, sedangkan merekalah orang-orang yang sempurna iman dan ALLAH S.W.T. telah berfirman:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَاوَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ
(سُوۡرَةُ التّوبَة:٢٤
"Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.): "Jika bapa bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yg kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH S.W.T. dan RasulNya s.a.w. dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga ALLAH S.W.T. mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya). Kerana ALLAH S.W.T tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)" 

Dalam ayat yg mulia ini terdapat amaran terhadap orang-orang yang mencintai segala sesuatu yang lain lebih daripada cinta ALLAH SWT dan Rasul s.a.w.

Hazrat Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang pun daripada kamu tidak akan menjadi mukmin yang sempurna selagi dia tidak mencintai aku lebih daripada dia mencintai ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia."

Hazrat Abu Hurairah s.a. juga telah meriwayatkan hadith yang sama. Para ulama' berkata bahawa 'cinta' yang dimaksudkan dalam hadith hadith tersebut adalah cinta ikhtiari bukannya cinta thobie. Mungkin juga yang dimaksudkan di situ ialah cinta thobie. Tetapi darjah iman yang dimaksudkan ialah darjah iman yang sempurna sebagaimana iman para sahabat r.anhum.

Hazrat Anas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila didapati tiga perkara pada seseorang maka dia akan merasai kemanisan dan kelazatan iman. 
Pertama: Apabila dia mengasihi ALLAH SWT dan RasulNya s.a.w. melebihi segala sesuatu yang lain.  
Kedua: Dia mengasihi seseorang, semata-mata kerana ALLAH S.W.T.
Ketiga: Dia merasa berat dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berat dan benci untuk dimasukkan ke dalam api"

 Fadhilat Amal - Kisah Para Sahabat



- Mari kita renungkan di mana agaknya hendak diletakkan kita ini pada neraca timbangan akan kasih dan sayang kepada baginda Rasulullah s.a.w.?  Kasih kah kita padanya kalau sunnahnya kita perlekeh? Tak cukup dengan itu, orang yang ALLAH pilih untuk amal sunnah pun kita perlekehkan? Sanggupkah kita korban di jalan ALLAH demi untuk meneruskan kerja Rasululllah s.a.w. ke atas umat ini? Sanggupkah kita korban masa, harta, wang ringgit, pangkat demi kasihkan ALLAH dan Rasul?  ALLAHU Robbi...  Sollu 'Alan Nabiyy!

Azhar Hashim
Segala puji pujian hanyalah layak bagi ALLAH S.W.T. Tuhan sarwa sekelian Alam...

الحمد لله

الحمد لله

الحمد لله  

الحمد لله 

الحمد لله 

 
Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah...


Mmmm... tadi nak tulis.. udah jadi tak de idea pulak..  Subhanallah..

Cukup lah kot takat nih..

adeh..


لا حول ولا قوة إلا بالله
Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ni aku nak tulis skit. Mudah mudahan ada manfaatnya bagi diri ini khasnya dan umum pada yg membaca (perasan kejap) .

Aku buat blog walking.. jalan jalan jalan jalan dan jalan jalan... aku terjumpa satu blog nih... yg menarik perhatian aku... Blog seorang penganut Kristian Protestant, tapi dia pakai Niqab! Yer.. Dia pakai Niqab, dan dia ni American Citizen dan yes of course dia pakai di negara dia Amerika.

Dalam blog dia pulak, aku jumpa lagi beberapa Kristian..perempuan Kristian yang turut pakai Niqab. Aku terfikir dia ni minat Islam, tapi rasanya tidak. Dia masih percayakan agamanya, tapi dia pilih Niqab sebab katanya ianya baik untuk menjaga diri, kehormatannya, melindungi tubuhnya (aurat!?) dari dilihat lelaki selain suaminya bla bla bla..

Blognya di sini korang klik kat sini

Adakah ini tempelakkan ALLAH pada wanita Islam yg mendedahkan aurat ke sana sini? Tatkala mereka sibuk berkiblatkan Barat.. Perempuan Barat pula memakai Niqab..malah dalam entrinya ada ketikanya dia memakai Burqa!  Adakah ALLAH sedang menggantikan kita perlahan lahan dengan kaum yang lain? Marilah kita sama sama menjaga agama kita kerna sesungguhnya kita perlukan agama, tapi agama tak perlukan kita langsung!

Disamping itu, marilah kita sama sama berdoa agar ALLAH memberikan beliau dan sahabat sahabat beliau Hidayah ALLAH asbab dari kecintaan mereka kepada pakaian Ummul Mukminin kita nih!
Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah..

Bulan April/Mei ini menyaksikan beberapa siri aku dihina dan dikeji, dipandang buruk dan dituduh macam macam... aku dimarahi ..dipandang negatif ...dituduh tak tentu fasal...dan yg terbarunya malam tadi..

Alhamdulillah... AKu syukur..

kerna memang aku hina di sisiNya.. memang aku faqir sangat sangat di sisiNya..

Bulan Mei ini juga aku dihidangkan perjumpaan org org 'alim yg mujahadah.. dan yg lebih muda dari ku pun ada... memang dhoif benar aku ini... memang hina benar aku ini.. benar juga kata kata kalian kepada ku..

Sungguh.. tak berlaku suatu pun melainkan ada hikmahNya dari Yang Maha Esa. Terima KAsih Ya ALLAH atas tazkiratul iman ini..

Terima kasih Ya ALLAH atas peringatan atas peringatan.. agar aku tidak terus dilanda ujub dan riak di hadapan Mu.. sedangkan aku sememangnya Hina .. sememangnya rendah di sisi Mu.

Terlupa aku akan tujuan aku dijadikan. Terlupa aku akan nirmat dan kurniaan Yang Maha Esa pada ku. Terlupa aku yang aku insan kerdil..LANGSUNG tak ada sebarang daya dan upaya pun..

إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ


Begitulah sabdaan Nabi Sulaiman a.s. yg dinukilkan dalam Al-Qur'an surah An-Naml:16 .. tetap ALLAH Yang Memiliki segala galanya.. Alhamdulillahirobil 'alamin!

Terima kasih pada pengeji..terima kasih pada penghina.. terima kasih pada pengherdik! kalian menyedarkan aku tentang hebatNya ALLAH. AKu redho atas kejian, hinaan, kemarahan dan makian kalian samada verbal atau sms kpd aku..

Semoga kita dapat redhoNya dan dihimpunkan bersama orang orang yang bertaubat dan beramal soleh di dunia dan di akhirat kelak..

Astaghfirullah...

Subhanallah ...


Selawat dan salam ke atas Mu Ya Rasulullah s.a.w. ... Sollu 'Alan Nabiyy!

Engkau lah rembulan engkau lah Mentari ... Sirah mu penuh onak dan duri .. sabar dan kasih mu pada kami tak terbayangkan ... Ya Rasulullah..

Azhar Hashim
Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah..

Jangan sakiti Rasulullah

SESIAPAPUN akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut di hadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada di antara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya.

Keburukan apakah yang lebih besar daripada kekufuran dan kekufuran siapakah yang lebih jelas daripada Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT terhadapnya terakam jelas di dalam al-Quran. Tetapi apabila sampai ke telinga Nabi SAW bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab di hadapan anak perempuannya yang Muslim, Nabi SAW telah melarang dan menegur perbuatan itu dengan sabdanya, "Jangan engkau mencerca mereka yang mati, lalu engkau menyakiti mereka yang hidup." (Riwayat al-Tirmizi).

Jika itulah sikap Nabi SAW dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan ayah Nabi SAW sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam neraka? Adakah Nabi SAW tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apa pun niat si penyebut? Lebih buruk lagi keadaannya jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah Nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah SWT dan makhluk-Nya yang paling mulia.

Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW itu kufur dan berada dalam neraka di ketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu, tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulangi kalimah yang pastinya menyakiti Nabi SAW itu. Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi SAW? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan Rasul-Nya?


Isu Yang Tak Patut Ditimbulkan

Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi SAW kita ungkit dan ditimbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi SAW. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menepati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi SAW telah begitu merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia?

Selain kerana tiada keperluan jelas untuk ditimbulkan, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka kerana untuk benar-benar menganggapnya secara adil menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus. Kenapalah kita perlu menyibukkan masyarakat awam dengan persoalan-persoalan yang tidak mudah atau tidak mampu untuk mereka sikapi dengan adil?

Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu-isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Walaupun kita sangat keberatan membahaskannya, tetapi apabila sudah ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajiblah pula penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan dibetulkan.


Fahaman Yang Lebih Sejahtera

Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi SAW adalah kufur dan berada dalam neraka sebenarnya berpunca daripada dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dalam salah satunya, Nabi SAW bersabda bahawa Baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu Baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya. Dalam hadis kedua, Nabi SAW diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah Baginda sendiri berada dalam neraka. Walaupun sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku dalam kita berinteraksi dengan hadis. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas sebenarnya tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi SAW adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu'ara' yang bermaksud, "dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud". Ibnu 'Abbas r.a, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi SAW telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi SAW pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya, sedangkan adalah tidak wajar Nabi SAW melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.

Maksud zahir hadis-hadis ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israa':15, al-An'aam:131, al-Syu'araa', al-Nisaa':165). Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad SAW sebelum kebangkitan Baginda (Saba':44, al-Qasas:46). Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi SAW sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

Ada juga pandangan ulama yang mentakwilkan makna 'abi' dalam hadis kedua yang zahirnya bermaksud 'ayah' kepada Abu Talib atau Abu Lahab, bapa-bapa saudara Nabi SAW dan bukannya Abdullah, bapa Baginda SAW.

Penggunaan panggilan sebegini memang berlaku dalam bahasa Arab dan dalam al-Quran sendiri dalam kes Nabi Ibrahim AS (al-An'aam : 74). Ada juga pandangan ulama bahawa kedua-dua hadis Riwayat Muslim itu memang perlu ditakwilkan kerana makna zahirnya bercanggah. Jika ibu Nabi SAW benar-benar kafir, Nabi SAW tidak akan diizinkan Allah SWT untuk menziarahi kuburnya.

Kita juga telah menyentuh bagaimana mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW berada di dalam neraka akan menyakiti Nabi SAW. Menyakiti Nabi dengan apa cara sekalipun adalah jelas diancam di dalam al-Quran dengan laknat Allah SWT di dunia dan akhirat serta dijanjikan dengan siksa yang pedih dan hina (al-Tawbah:61 dan al-Ahzab:57). Melihat betapa besarnya kesalahan ini, tidak hairanlah Saidina Umar bin Abdul Aziz dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya.(Tarikh Ibn 'Asakir). Imam al-Alusi (m.1127H) pula dalam Tafsir Ruh al-Maaninya ada memberi amaran keras, "Aku bimbangkan kekufuran terhadap seseorang yang menuduh ibu dan ayah Nabi SAW (kufur) (Jilid 11, ms.207).

Perincian dan huraian lanjut tentang pandangan para ulama yang membela ibu dan bapa Nabi SAW boleh didapati dalam beberapa kitab termasuk kitab-kitab khusus karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta'dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj al-Wadhihaat karya ulama' Makkah, Al-'Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof.Dr.Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr.Ali Jum'ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan. Insya-Allah dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan terjemahan dan sedutan daripada kitab-kitab ini dalam bahasa Melayu.

Jelas daripada perbahasan ringkas kita ini bahawa, jika kita mahu, ruang untuk kita mempertahankan keimanan dan terselamatnya ibu dan bapa Nabi SAW yang mulia adalah luas terbentang. Kalaulah bersangka baik itu terpuji, maka apakah lagi situasi yang lebih utama untuk kita bersangka baik selain dalam isu ini yang membabitkan hak kekasih dan makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Ia juga sebenarnya adalah sangka baik kita terhadap Allah SWT sendiri yang Maha Kaya lagi Berkuasa untuk meletakkan zuriat kekasih-Nya dalam rantaian keturunan hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Di sebalik episod yang sangat mengguris hati ini, mungkin ada beberapa hikmah dan pengajaran yang perlu diambil. Para penceramah yang giat mengisi ruang dakwah di tengah masyarakat mestilah sangat berhati-hati dalam memilih kandungan dan mesej dakwah mereka. Ini kerana, bersama populariti dan kemasyhuran itu datangnya amanah yang dipertanggungjawabkan. 

Bagi masyarakat pula, di zaman ledakan informasi ini yang turut menyaksikan informasi agama turut tersebar tanpa kawalan, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang mereka baca dan dengar. Maklumat agama yang keluar di akhbar, terdengar di radio, tersiar di TV dan popular di internet tidaklah semestinya dijamin betul dan benar. Dalam bab agama, janganlah kita malas mengkaji dan mempastikan kerana akhirat kitalah yang jadi pertaruhannya. Isu ini juga adalah satu contoh jelas bagaimana sikap terlalu merujuk kepada Sunnah tanpa berpandukan kaedah dan panduan para ulama muktabar adalah sikap yang silap dan merbahaya.

Janganlah kita mudah terbawa-bawa dengan sesetengah aliran yang mendakwa sebagai menjuarai Sunnah sedangkan hakikatnya mereka sering menzalimi Sunnah dan yang empunya Sunnah SAW. Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan mereka yang sentiasa menggembirakan dan mempertahankan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.


Penulis ialah Ali Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan



rasa nak nangis... marilah kita amalkan sunnahnya Nabi saw ... "barangsiapa yg mengamalkan sunnah Nabi s.a.w, bererti dia menyintai Nabi s.a.w., barangsiapa menyintai baginda s.a.w., dia bersama dengan baginda s.a.w. dalam Jannah!"  Sollu 'Alan Nabiy
Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah..

Ada seorang ust memberikan ceramahnya di Masjid tempat aku nih. Dia ni veteran lah. Kalau tak kenal, org kata dia garang. Tapi dia ni ok..tak la garang, hanya muka je bengis skit. Orangnya pun tegas.

Hari tu dia dok cerita pasal aurat, pendedahan aurat berleluasa. Atas nama Islam mereka membuat onar. Pakai tudung pelbagai bentuk dan fesyen yg tak selari dengan Islam pun tapi dilabelkan Islam.

Yang ni memang dah jadi fitnah akhir zaman pun. Memang benar, kat internet ni pun aku ada jumpa dalam satu akaun fesbuk lah, pakai tudung tapi pakai skirt (aku harap mamat tu dah buang la gambar tu, wat per tayang?) Kesian juga dalam hati menengokkannya.. apa lah yg dia dapat?

Hari tu (hari tu lagi) ada pernah aku terbaca ('ter'  tu..) kat sebuah kedai runcit tu, sementara menantikan barang yang aku minta disedikan., tentang busana Muslim. Aku pun nak tengok la.. perekanya bernama Bernard Chandran... mamat ni pun buat busana Muslim, maka ada lah sekeping dua gambor hasil rekaan dia.. memang tak senonoh la diletak label busana Muslim. Tak silap aku yg merasmikan ialah isteri PM kita yg memang tak tutup aurat pun. Bagi aku, itu semua.. Al-Fulus. Bukannya pasal Islam pun..

Yg jadi mangsa muslimat yg baru nak berjinak jinak dgn agama, tertipu lah ia. Sangkanya dah ikut tuntutan agama, tetapi merosakkan agama tanpa sedar. Sapa nak kasi dakwah? TEntulah aku dan kita semua semampunya...

Berbalik pada Ustaz veteran tu, dalam pada dia dok bagi ceramah tu, sempat pulak dia sound kata 'Tak ada Nas pakai tutup nih!"  sambil mengisyaratkan dengan tangan kanannya iaitu ia maksudnya memakai Niqob. Katanya lagi, mana ada Nas suruh tutup muka sampai nampak mata? Lalu dibacakanlah ayat dan disertakan tafsir ulama' tentang yg wajib ditutup hanyalah muka dan tapak tangan. Selesai.

Masa tu aku rasa macam nak angkat tangan..tapi tak terangkat la pulak! (ampunkan aku Ya ALLAH) ..rupanya iman aku nipis senipis nipisnya.. tak mampu nak menegur sekadar yg aku mampu.. macam mana lah kalau gendang perang berbunyi nanti.. panggilan Jihad bergema! Aku kah antara yg menyambutnya?? Ya ALLAH..ampunilah hamba Mu ini atas kelemahan diri dalam beragama...

Mungkin aku hanya berani di sini sahaja.. mencoret di sini sahaja.. Entahlah. Aku tak berapa setuju komentar komentar macam ni dibuat secara terbuka dalam sidang yg begitu pula. Seolahnya kita mengacukan senjata pada saudara kita sedangkan musuh berada di depan kita biarkan sahaja!!

Ketika itu aku berkira kira nak bertanya (tapi ada bagusnya juga sebab soalan aku yg aku rangka tu tak bagus lah) ehehe..  Nak je aku tanya, "Mungkin nanti Ustaz boleh datang mengajar sini, ustaz pakai seluar dan bengkung utk tutup pusat tu (macam bengkung silat tu).. then tak payah pakai baju. Datanglah mengajar kat sini. Ataupun, pakai kain pelikat je, baju tak yah pakai.. atau pakai je lah singlet pagoda tak de lengan tu, meh mengajar kat sini dalam Masjid.  Apa salahnya kan? Bukankah aurat tu (bg lelaki) hanya sekadar pusat dan lutut?

Peh tu kat rumah pulak, isteri dan anak perempuan Ustaz tak yah la pakai baju..cukup tutup pusat ke lutut je.. bukankah itu je batasan aurat dgn Mahram? Kenapa nak pakai baju pulak? Tambahan sekarang ni cuaca agak panas jugak nih... Kenapa nak tutup lebih?

Iskk... buat isu je karang... Tapi tu dalam hati aku je lah.. tangan tak terangkat angkat sampailah habis program... Aku dok diam menikus bak tikus nampak kucing. Aduhaii....Cis! Penakut!

Ok sekarang umum lak yer..

Dalam saikologi pula mungkin boleh dikategorikan sebagai 'ecapism' iaitu seseorang itu  menyalahkan orang lain melakukan sesuatu yg lebih teruk dari apa yg dia lakukan. Pengalaman aku di sebuah forum maya begitulah. Bila ditegur, dia akan tuding pada lawan partinya kononnya parti tu buat lagi teruk, so kenapa tak tegur? Kenapa tegur dia?  Rupanya dia tak suka ditegur dan dia lebih suka kita perbaiki orang lain dan bukan dirinya..seolahnya dia perfect!

Jadi keluarlah dalilnya tetang betapa parti lawan lebih teruk lagi. Ada pulak penyokong parti lawan di forum tu, dia pulak tunjuk perkara lain pulak (al insan memang tak sunyi dari salah silap, senang je nak cari) ..maka berlanjut lanjutanlah dari satu isu ke isu lain saling menyalahkan. Tak ada yg menunjukkan mahu mengalah atau mengakui kelemahan lantas memperbaiki diri dan jemaah. Ntah ke mana perginya kasih sayang!?

Sepatutnya yg menjadi perbandingan kita ialah Al-Qur'an dan Sunnah. Bukannya dengan mengatakan si anu dan si anu tu  lagi teruk dari kita. Seolahnya kita mengatakan kita ni lebih baik dari orng lain dan kita lah the last person on earth kalau nak ditegur pun!! Hebat!  (ingatlah hai diri ku sendiri!!)

Terkadang org yg menegur atau yg buat salah tu, bukan kesalahannya yg ditegur tapi sekali dgn perawakannya juga. Katakan orgnya berjubah serban, maka jubah dan serban akan diheret sama seolah barangsiapa yg memakai pakaian sunnah tu maka ianya maksum. Tak pernah pulak diperlekehkan selipar ker ke terompah ke atau cap org berkenaan.

Contoh ayat "Eleh! Dia ingat serban dia besar bakul maka dia kira dia hebat?"  So! Apa kena mengena serban dalam hal nih?? Orang tu tak kata apa apa pun tentang serban yg dipakainya! Hang tak leh terima teguran atas kesalahan hang, naper tuju pada serban? Serban tu kata apa kat hang? Hang tak tau ka tu pakaian Rasulullah s.a.w.?  Yg salah tu si pemakai (kalau pun dia salah) bukan pakaian dia!! Hang tak sedar perbuatan hang menyebabkan orang lain menjauhkan diri dari pakaian sunnah lantaran merasakan dirinya banyak dosa dan tak layak pakai?

Tak pernah lagi le dengar kata kata cam ni: "Ewah! Mentang mentang lah ko pakai selipar jepun, ko rasa diri ko terer eh?"  Sapa nak mulakan style ni? ..angkat keyboard!
Azhar Hashim

Kenapa pertikai Maulid Nabi?







Peserta berarak beramai-ramai sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 1431H di Masjid Putra, Putrajaya pada 26 Februari lalu.





ALHAMDULILLAH sambutan umat Islam di serata pelosok dunia terhadap hari dan bulan kelahiran Nabi SAW tetap segar dan bersemangat. Di negara kita sendiri, pelbagai bentuk sambutan yang diadakan di pelbagai peringkat mendapat sokongan dengan kehadiran begitu ramai anggota masyarakat.

Masih banyak majlis yang dijadualkan dalam masa terdekat sehingga mungkin melimpah keluar bulan Rabiulawal. Semua ini adalah suatu nikmat dan kurniaan istimewa daripada Allah SWT bagi umat dan negara kita.


Kita berdoa agar umat Islam di Malaysia akan sentiasa terkedepan dalam mengagungkan, menyanjung, mempertahankan dan membuktikan kecintaan kita terhadap Sayyiduna Muhammad SAW yang semuanya merupakan inti dan hakikat sambutan Maulid Nabi.

Kita berdoa agar sambutan Maulid Nabi di negara kita akan terus meriah dan lebih semarak walaupun terdapat suara-suara yang nampaknya tidak senang dan kelihatan seolah-olah alahan (alergik) dengan sambutan Maulid.

Pada tahun ini, suara-suara ini turut 'menumpang' isu pembatalan perarakan sambutan Maulid di sebuah negeri. Sebenarnya, saban tahun, apabila datang sahaja bulan Maulid, ada sahaja suara-suara yang nampaknya bersumber daripada orang-orang yang sama yang mempertikaikan dan tidak senang dengan Maulid.

Sikap tidak senang ini disuarakan pada pelbagai tahap dan dengan pelbagai ibarat. Ada yang menafikan adanya keistimewaan atau fadilat Maulid Nabi SAW dan membanding-bandingkannya dengan keutamaan Nuzul Quran. Ada yang mengungkit-ungkit bahawa sambutan Maulid tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW dan para sahabatnya (maksud bidaah yang sesat).

Ada pula yang memilih musim Maulid ini untuk menulis dan menekankan tentang soal keinsanan Nabi Muhammad SAW. Dan ada juga yang mempertikaikan cara dan kaedah sambutan itu diadakan.

Mereka yang faham dan mengenali suara-suara ini tidaklah terlalu terperanjat walaupun tetap menepuk dahi dan mengurut dada kerana sedih dan kesal dengan kekeliruan yang cuba dijaja dan kedegilan sikap yang ditonjolkan.

Mereka yang kurang mengerti dan memahami pula mungkin sedikit-sebanyak akan terkeliru dan timbul kesangsian terhadap sambutan Maulid. Apatah lagi jika isu ini turut bercampur dan bertindan dengan isu dan sentimen politik kepartian.

Bukanlah terlalu besar isunya, jikalau yang dipertikaikan tentang Maulid ini adalah kaedah dan cara sambutannya. Prinsip-prinsip Islam dalam menentukan kaedah dan cara dalam sesuatu amalan sudah ada pada kita. Yang haram dan halal sudah jelas dalam Islam, manakala yang syubhah eloklah dijauhi.
Kita turut diajar berlapang dada dalam persoalan yang statusnya masih khilaf. Kita juga dilarang mempertikaikan niat orang lain serta perlu bersangka baik sesama Islam. Berbekalkan sikap ini soal-soal rinci seperti berarak atau tidak, pembaziran, percampuran dan batas aurat, lafaz dan bacaan selawat, berkompang dalam masjid dan sebagainya dapat kita singkapi tanpa menimbulkan banyak masalah.

Malangnya, sebahagian suara yang alahan Maulid ini turut mempertikaikan prinsip dan hukum Maulid serta kewajaran dan kebijaksanaan menganjurkannya dari sisi Islam. Ini adalah soal yang lebih besar dan mendasar.

Kegelinciran kaki dalam hal ini boleh melibatkan soal-soal besar termasuklah menyakiti Nabi SAW, tidak beradab dengan Baginda SAW, menentang syiar Islam, menyesatkan para ulama dan umat Islam, memecahkan kesatuan umat dan seumpamanya.

Tidak hairanlah seorang tokoh ulama Yaman, al-Allamah Abu Abdullah 'Alawi al-Yamani turut memperuntukkan bab khusus tentang persoalan Maulid dalam kitabnya yang bertajuk Intabih Diinuka fi Khotrin (Awas, Agamu Dalam Bahaya!). Memang, jika tidak berhati-hati, kata-kata dan perbuatan kita dalam bab Maulid ini boleh membahayakan dan mengancam agama kita sebenarnya.


Kerangka Fikir Menolak Maulid

Jika diteliti, ada beberapa kerangka faham agama tertentu yang dipegangi oleh mereka yang alahan Maulid ini yang akhirnya menyebabkan mereka bersikap begitu. Kerangka faham agama yang sama juga menyebabkan mereka turut berbeza sikap dengan majoriti umat dalam soal-soal tertentu seperti fiqh bermazhab, tasawuf, dan beberapa isu-isu khilafiyyah.

Kita boleh menyimpulkan kerangka faham agama mereka ini kepada beberapa fahaman utama:
Pertamanya: Fahaman mereka yang ganjil berkenaan prinsip dan konsep bidaah. Mereka tidak mahu menerima pandangan ulama-ulama muktabar yang membahagikan bidaah kepada yang sesat dan yang terpuji. Bagi mereka semua bidaah dalam hal agama adalah sesat. Mereka keras berpegang dengan tafsiran literal dan sempit kepada hadis yang berkaitan persoalan bidaah ini.

Kedua: Mereka terlalu menekankan sikap Ittiba' (mematuhi) dalam sikap mereka terhadap Nabi SAW dan Sunnahnya. Seterusnya, secara langsung atau tidak mereka ini sering mempertentangkan Ittiba' dengan sikap-sikap lain kita terhadap Nabi seperti Hubb (mengasihi) Ta'dzim (mengagungkan), Tasyaffu' (memohon syafaat), Tabarruk (mengambil berkat), Tawassul (mengambil sebagai perantaraan) dan seumpamanya.

Ketiga: Mereka berpegang serta bertaklid kuat dengan fahaman dan tafsiran beberapa tokoh ulama khalaf tertentu yang akhirnya telah diolah dan terolah menjadi suatu aliran terasing daripada arus perdana Umat. Berbekalkan fahaman-fahaman dalam aliran ini yang telah mereka angkat ke tahap doktrin dan memang disebarkan secara indoktrinasi (secara perbincangan sebelah pihak serta tidak saksama ataupun objektif), mereka ini rata-rata bersikap lebih pesimistik dan cenderung mempertikaikan tafsiran para ulama lain selain daripada beberapa ulama yang menjadi ikutan mereka.

Jika direnungi fahaman-fahaman asas mereka ini maka tidak hairanlah mereka ini cenderung menolak Maulid. Sebaliknya, mereka yang mendokong Maulid tidak perlu mengambil kira pandangan ini kerana asas-asas fahamannya ternyata berbeza dengan arus perdana umat.

Pertamanya, di sisi majoriti umat, sambutan Maulid adalah paling kurang pun dikira sebagai biaah Hassanah. Malah ada pandangan menyatakan bahawa ia termasuk sunnah yang dimulakan oleh Nabi SAW sendiri berdasarkan hadis yang menyebut bahawa kelahirannya pada hari Isnin menjadi salah satu asas Baginda SAW berpuasa sunat pada hari-hari tersebut; "Padanya (hari Isnin) aku dilahirkan dan padanya (hari Isnin wahyu pertama) diturunkan kepadaku." (Syarah Sohih Muslim, Imam Nawawi Jld 8 H: 235)
Majoriti umat juga tidak melihat konsep Ittiba', Hubb, Ta'dzim, Tasyaffu', Tabarruk dan Tawassul sebagai konsep-konsep yang bercanggahan antara satu sama lain. Malah semuanya adalah sebahagian dan selari dengan dasar mematuhi dan mentaati Nabi SAW kerana konsep-konsep ini tidaklah dilarang atau bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW.

Merujuk kepada asas fahaman mereka yang ketiga, majoriti umat Islam telah mewarisi khazanah fahaman agama meliputi ketiga-tiga cabang utamanya Akidah/Tauhid, Syariah/Fiqh dan Akhlak/Tasawuf daripada generasi demi generasi ulama-ulama pilihan dalam suatu kerangka yang kemas dan sistematik.
Para pemuka ulama umat dalam kerangka ini rata-ratanya tidak menolak dan mendokong Maulid sehingga boleh dianggap terdapat sebentuk Ijma' Sukuti (ijma' senyap) tentang sambutan Maulid Nabi selepas ia mula dianjurkan secara besar-besaran.


Penulis ialah Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan.
Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah..

Semalam, ada bicara petang dengan seorang guru. Sembang biasa, kemudian mula dia menceritakan akan masalah masalah yg dihadapinya. Penumpuan diberikan kepada kisah pentadbiran sekolahnya yang boleh lah dikatakan gile glemer (ayat aku sendiri nih).

Kisah tentang guru ni dah biasa kita dengar di dada dada akhbar ni. Sembang sembang dgn kawan kawan guru pun dah biasa kita dengar tentang ketidakpuasan hati deme tu dari pelbagai aspek, baik dari segi pentadbiran, jadual tugas, gaji, kerja luar bilik darjah, anak-anak pelajar mereka, ibu ayah, kerajaan dan lain lain.  Ada la pro and cons nya, biasanya org mempertikaikan, kenapa la guru ni banyak songeh benor? Nak kata teruk, teruk lagi Askar dan Polis.. terutama cikgu cikgu dalam askar dan Polis tu.. bomba lagi..itu lagi ini lagi.  

Tapi aku tak mo lah cari perbezaan tu, aku nak cakap atau cari titik persamaan lah.  

Al-kisah cikgu ni rasa tak tenteram dan tenang jiwanya selama bekerja di tempat dia sekarang nih. Berlaku penyelewengan (dia tak jelaskan lanjut, aku pun tak bertanya) dan orang gila nama. Mahukan supaya namanya gah di mata dunia (mata dunia? dahsyat tu! tu aku tambah le tu.. ehehehe)
. Antaranya, guru guru ini dikorbankan masa cutinya dan wang ringgit mereka kononnya atas perkara yg baik (for a good cause).  Sampaikan nak tukor langsir Surau pun dibuat kutipan pada guru guru jugak untuk tujuan membeli langsir baru (bagus la tu..utk surau.. nanti dulu. Nanti sembang). Yang ni la yang aku nak komen kot.. ehehehe..

TApi.. aku tak mo komen lelebih, sebab aku bukan dan tak pernah jadi cikgu pun. So macam aku cakap di awal tadi lah, nak cari titik persamaan, bukan perbezaan dalam permasalahan ini. So para guru yang baca ni, korang pikior la yer (mcm bagus je perasan cikgu cikgu masuk blog nih..ehehehe.. tak per tak pe. Jom kita masuk bakul jom!)

Inisiatif?

Nak sembang gak pasal kisah seorang hamba ALLAH nih, dia ni dalam tentera lah. Jadi juruletih (deme tak pangge jurulatih, tapi juruletih) .. Alkisahlah askar ni biasa lah, dah angkat sumpah bertugas 24 jam. Maksudnya boleh dikerah 24 jam pada bila bila masa. So tak leh la nak manja manja komplen sana sini kalau kena panggil tu. Jadi kerja juruletih ni memang letih la.. ada masanya balik je dah pukul 3-4 pagi (off road), pukul 7 kena masuk baris pagi dah balik..ramai la tak balik, tidor je kat base. Gitu gitu lah lebih kurang dapat nama juruletih. Habis.

Antara perkara yg ditekan di sini ialah INISIATIF. Aku rasa, perkara ni sama jugak la dgn cikgu nih. Tu sal aku nak cakap mende nih. Perkataan ini banyak samada disalahtafsir atau disalahguna oleh mereka yang berkepentingan ataupun tidak. Kisah hamba ALLAH ni ketika menjadi juruletih nih sebagai perencah rasa kepada isu ini. Ok.. read on.. ececeh..


Al-Kisahnya

Iinisiatif ni selalu disalah tafsirkan dengan 'outsource.' Outsourcing' ni memang inisiatif lah, tapi yg dimaksudkan outsource ni ialah dengan menggunakan peralatan, kemudahan, bahan mentah atau apa sahaja yg berada di luar daripada peruntukkan yang diberikan dengan cara mengeluarkan belanjanya dari poket sendiri. Contohnya, kenderaan tak mencukupi, maka dikutip wang dari pelajar pelajar kursus nih untuk menyewa kenderaan dari luar. Maka inilah Inisiatif!  Betul ke cam tu? ....SALAH!!

Ketika mula mula masuk jadi juruletih nih, memang letih lah dgn budaya nih. Memanglah persembahan para pelajar ni ni hebat tapi rupanya dikeluarkan dari poket sendiri. Ianya seakan budaya yang telah berakar umbi sejak dulu. Kalau pergi kursus je, siaplah kena sediakan peruntukan sekian sekian banyak untuk tujuan seperti ini.

Pengalaman Hamba ALLAH ini berkursus dengan sayap ATM lainnya (ada 3, Darat, Laut dan Udara), dia dapati perkara ini adalah biasa dan sudah menjadi satu adat pula. Ketika dia sampai utk satu kursus kejuruletihan memandu, ketua kursus pada hari pertama sudah menggariskan beberapa perkara yg perlu disediakan (setelah diberi oleh juruletih di situ). Antaranya:

1. Penyapu Sampah
2. Tong Sampah
3. Kertas Fotostat sekian banyak..
4. Pensil Warna sekian kotak
5. Yuran kelas komputer sekian sekian..

Dan macam macam lagi lah. Itu antara yg dia ingat. Pas tu, ada pulak kutipan untuk 'break time' (ok la tuh) yg tak oknya, ada ditolak skit utk Juruletih dan rokok juruletih. Omak aiii!!! Banyak cantet! Sampai habis kursus, Hamba ALLAH ni tak bayarkan utk mereka tu (pasai dia pun juruletih jugak kat tempat dia dan syarat tu diletakkan oleh juruletih sayap ATM tu..mana buleh! Lainla kalau dimesyuwarahkan dan dipersetujui bersama antara pelajar). Dia seorang je tak bayar makan minum dan duit rokok juruletih di situ. Tapi dia belikan hadiah utk mereka di akhir kursus. Ni sendiri punya hal.

So semasa hari pertama tu, Hamba ALLAH ni membuka minda peserta lain.. "Cuba  fikir tu, kertas fotostat, penyapu, tong sampah.. soalannya, macam penyapu dan tong sampah tu, peserta kursus sebelum ni tak beli ker? Mana dianya? Padahal baru minggu sebelumnya satu kursus yg sama telah tamat kursu. Tentu mereka pun beli jugak!" 

Panjang pulak perbincangan ketika itu. Alkisah dalam kelas ni, Hamba ALLAH ni sorang lah yg dok komplen, dia pulak satu satunya dari Sayap ATM yg lainnnya. Yang best, mereka yang lain hairan seolahnya perkara ini biasa. Mereka kata ini biasalah dalam mana mana kursus pun!! Haaa!!??? Biasa? Terbeliak mata mendengornya.. Akhirnya Hamba ALLAH ni kata, "tak apa lah, aku sponsor semua tu. Nanti aku amik kat Stor aku".  Pandai pulak deme tepuk tangan lepas tu!! Ahahahaha..

Nak cerita lagi memang banyak lah, tapi cukup lah takat tu pemahaman mat mat terap ni tentang INISIATIF. Bagi mereka Inisiatif ialah mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyediakan perkara yg tak ada disediakan oleh pengurusan. Nanti di akhir kita simpulkan hal ini insyaALLAH. Habis.


Balik Ke Tempat Sendiri

Seusai kursus, maka hamba ALLAH ni pun ditugaskan di sebuah Sekolah Latihan di tempat dia sendiri. Ketika itu, peralatan memang tak cukup (standard la tu) .. komputer pun ada 6 buah sahaja ketika itu untuk digunakan oleh seramai 30 peserta kursus pada sebilang masa. Kursus tu pulak dari pagi sampai petang dan memang dibuat sedemikian rupa supaya para peserta ni mengejar masa (suasana perang).. sehari memang tidur 2 jam je. Yg lain lain tu pandai pandai la curi tidur dalam kelas..jgn kena tangkap sudah. ehehehe..

Maka para pelajar ni bila submit kertas ops mereka..eh! Semuanya bertaip komputer! (printer ada satu je) .. dahsyat juga deme ni bekerjasama. Siasat punya siasat, rupanya deme ni keluar dan pergi menaip di cyber cafe sekitar bandar X .. keluar duit sendiri la tu.. Inisiatiffff kata deme! Hamba ALLAH tu kata kat deme "P*** H***K Korang Inisiatif!"   Kesiannn deme..udah le keluar duit sendiri..kena maki pulak! Nasib la labuu..ehehehe

Selepas tu, Hamba ALLAH ni mengeluarkan arahan, sesiapa yg menggunakan duit sendiri untuk menyelesaikan sesuati tugasan itu, maka akan ditolak tiap satunya itu 5 markah! (byk tu beb!) . 

Inisiatif ini bermaksud, menggunakan sumber di sekitar untuk kegunaan sesuatu missi atau tugasan. Termasuk dalam bab ini outsource kepada lain lain jabatan tanpa mengeluarkan duti dari poket sendiri!. Utk pembuktian, maka perlu disertakan salinan surat menyurat atau borang atau catatan yg dapat membuktikan perolehan suatau perkhidmatan, barangan, peralatan, konsultasi dan lain lain itu adalah dari jabatan atau pihak luar! Pelajar hendaklah menggunakan apa yang ada yg disedikan oleh Pihak Pengurusan, kalau tak ada, guna lah inisiatif masing masing (tanpa keluar duit poket).   

Kalau peralatan tak cukup, misalnya komputer, itu bukan salah pelajar tapi pihak pengurusan gagal menyediakannya dgn cukup. Maka tak perlu keluarkan duit sendiri utk pergi ke cyber cafe (seolahnya pelajar yang kena penalised pulak). Buleh mintak kebenaran jabatan lain atau guna je mesin taip ataupun TULIS TANGAN sahaja akan kerja kursus tu.  

Begitulah antara kisah yg mengisahkan tentang salah fahaman tentang INISIATIF yg berlaku dalam ATM. Rasanya perkara ni sama jugak seperti di dalam bidang perguruan. Dalam tentera, suasana perang sentiasa dibayangkan. Maka ketika perang, kalau anggota2 tidak dilatih yg sedemikian itu, maka mereka akan kurang berINISIATIF sebab ketika perang, duit mana laku maa... Mereka kena menggunakan seluruh aset negara  sendiri/musuh yang ada pada ketika itu (apa yg ada di sekeliling). Maka keadaan ini perlu disemai dalam dada dan pemikiran mereka sehingga sebati supaya bila tiba masa yang diperlukan. Mereka tak kehilangan arah!

Seperti contoh kursus yg disertai oleh hamba ALLAH itu tadi, dia kata dia sanggup sponsor semua peralatan itu dengan mengambilnya dari stornya sendiri. Ini adalah inisiatif. Walaupun peralatan diambil dari Stor Base malah Sayap ATM yg lainnnya, tapi ianya tetap hak milik kerajaan Malaysia dan semua anggota layak mendapatkannya.

Apa yg berlaku sebenarnya menyebabkan Belanjawan Mengurus satu satu pusat latihan itu tak dapat diukur dengan tepat berapa sebenarnya yg ia perlukan untuk belanja pengurusan sesebuah pusat itu selama setahun beroperasi. Contohnya, berapa Ream kertas fotostat diperlukan untuk jalankan 10 kursus setahun? Mereka tak tahu sebab ianya disediakan oleh penuntut kursus itu sendiri. Maka berterusanlah Pusat latihan tu membuat bajet yg kurang dari yg sepatutnya pada setiap tahun.  Pihak Kementerian juga tak tahu berapa perbelanjaan utk latihan yg sebenar kalau setiap pusat tak dapat memberi angka yang tepat keperluan mereka. Dan bebannya... ANGGOTA ANGGOTA BAWAHAN. (saya tak sentuh lagi golongan atasan yang saban tahun kembang hidung sebab berjaya jalankan sekian sekian kursus dgn 'jayanya' padahal alat pun pun dikorbankan dari poket anggota bawahan.. tak malu ker?).

Kesimpulan

Insiatif ini bagus supaya dapat keluar dari kotak atau kerangka sedia ada. Ianya perlu ada pada setiap orang. Hanya jangan pula sampai kita bertindak di luar kemampuan kita. Bertindak berseorangan dgn secara berjemaah atau berorganisasi tidak sama. Misalannya, cara berbelanja duit sendiri dengan duit peruntukan kerajaan tidak sama. Utk duit sendiri, biasanya ada lebihan yg disimpan utk masa kecemasan atau utk tujuan lain. Sekiranya ada simpanan, ini dah kira bagus. Tapi tidak pada peruntukan kerajaan. Ianya perlu dibelanjakan habis! Begitu juga dgn Wang Zakat. Buat apa dibangga bangga berjaya kutip sekian banyak, ada simpan sekian banyak? Patutnya wang zakat dihabiskan utk ke lapan lapan asnaf zakat itu. Cara dan corak pengurusan tak sama pada kedua dua peringkat ini (ahli sufi lain la ye... mereka ada yakin yg amat tinggi, memang tak simpan punya).

Jadi pada para pentadbir, usahlah menekan orang bawahan untuk membuat perkara yg sebenarnya timbul akibat dari kegagalan ANDA sebagai pentadbir untuk berfungsi. Seperti Juruletih itu, komputer di tempat dia ada 6 buah, dan itu adalah tanggungjawabnya untuk menyediakan prasarana yg cukup. Maka BUKAN salah pelajar kalau mereka menghantar tugasan dalam bentuk tulisan tangan sahaja. (sebab tak cukup peralatan ) Lebih lebih salah lagi kalau menekan pelajar itu atas nama Inisiatif utk keluarkan duit pergi menaip di luar. SALAH anda, anda lah yang TANGGUNG!!. Be Gentleman! Kalau tidak anda hanya syiok sendiri dan pihak Kementerian Pendidikan misalnya dalam kes ini tak tahu akan masalah ini sebab laporan yg diterima ok je  tanpa sebarang masalah. Padahal anda menekan guru guru untuk mencapainya. Tidak kah itu zalim namanya?

Bersedialah untuk menerima tanggungjawab. Kena TANGGUNG, dan KENA JAWAB. Sama seperti kita dulu dah sanggup untuk menerima Al-Qur'an yg mana gunung gunung pun menolaknya, maka kita kena TANGGUNG dan kena JAWAB atas segala perintah dan larangan yang terkandung didalamnya.  Halal haram perlu diperhatikan. Itu penting. Ingat...tempat kita bukan di sini, tapi di akhirat nun. Apa guna nama wangi di sini tapi wangi atas maki hamun anggota anggota bawahan yg diamanahkan kepada anda dan busuk lagi membusukkan nanti di sana nanti?

Wallahu'alam.

p/s: Ramai lagi yg ok.. terima kasih pada para guru ku sekelian..doa ku tetap utk kalian..segunung intan selautan kasih ...

Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah ..


Manusia belajar dari kesilapan yg lalu, belajar dari pengalaman silam samada diri sendiri, atau pengalaman orang lain .

Sungguh alam ini penuh dengan perkara perkara ajaib yang ALLAH sediakan untuk kita semua fikirkan. Ianya menjadi tanda-tanda kebesaran ALLAH S.W.T. dan tanda-tanda kewujudanNya.

Berapa ramai yg telah mendapat hidayahNya dgn merenung tiap penciptaan langit dan bumi in?. Mereka orang orang terpilih untuk mendapat hidayahNya.

Namun, sudah menjadi lumrah alam ini pula, setiap yang datang dgn mudah, maka ianya agak kurang dihargai. Dan begitu juga ianya kurang dihargai apabila ianya berada dgn kita, hanya bila ALLAH mengambilnya semula, maka ketika itu meratap hiba menyesal dan bersedih kerana tidak menjaganya dengan betul sebelumnya..

Alam ini indah, sebagai tanda tanda kehebatan PenciptaNya yang Maha Sempurna dan suka kepada keindahan. Namun semua itu bakal musnah lantaran tangan tangan manusia itu sendiri. Manusia kurang menghargainya hinggalah pabila ianya telah pupus atau hampir pupus, baru lah kelam kabut.


ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ


Terjemahannya: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). " (Ar-Ruum:41)


ALLAH menjadikan siang dan malam untuk kita. Setiap satunya perlu diisi dgn perkara yg sepatutnya selaras dengan tujuan kita diwujudkan di dunia ini iaitu utk beramal ibadah kepadaNya.

Itu juga adalah nikmat yang tak terhingga dari Tuhan kita. Sungguh penggantian siang dan malam itu tanda tanda kebesaran ALLAH jua..



إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَّقُونَ

Terjemahannya: "Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa. " (Yunus:6)

Pernahkah sedetik dalam hidup kita ini kita merenungkan semua ini dan menghargainya? Sementelah semuanya itu telah tersedia sejak kita mula dilahirkan malah sejak ibu ayah kita dilahirkan..malah sejak manusia pertama diciptakan..ianya telah pun tersedia! Maka adakah kita bersyukur?



Berapa ramai pula di kalangan kita ini yang sanggup menjaga dan melayani dengan baik ibubapanya telah tua renta? Sanggup berkorban masa, harta, pangkat, tenaga andaikata kesemua yg disebutkan tadi itu menghalangnya untuk berbakti kepada kedua ibubapanya yg telah uzur?  Adakah kita merasa 'lega' dan merasa sudah cukup dgn 'elaun' bulanan yg dihantar tiap bulan ke kampung??..

Adakah kita merasakan kita telah melaksanakan tanggungjawab kita dalam menjaga kedua orang tua yg lemah itu?  Kalau ada diantara kita yg ibubapanya telah tua, renungkan dan pilih antara dua, dunia mu atau ibubapa mu! Kalau kita sebagai anak adalah merupakan amanah ALLAH pada kedua ibubapa kita, maka ketahuilah bahawa kedua ibubapa kita pula adalah juga merupakan amanah kepada kita!

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا


Terjemahannya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).(Al-Isra':23)


Tuan tuan, Agama yg sampai pada kita hari ni adalah hasil dari KORBAN umat yg terdahulu. Mereka mendapatkan agama dengan Darah, keringat dan air mata mereka malah keluarga mereka sendiri mereka korbankan utk agama ini.

Lantaran sunnatullah itulah, maka mereka mencintai addin ini dgn sepenuh jiwa raga mereka. Mereka bukan Born Muslims! (tak ada salahnya born muslim malah rahmat juga pada kita - hy nak bincang2)

Utk itu tuan puan, utk kemanisan iman, usaha untuk kemantapan rohani, sayang kita pada agama ini, maka kita kena lah Berkorban.  Basikal yg kita beli masa sekolah dahulu, dengan bersusah payah mengikat perut, beli parts by parts, sikit sikit, pasang sendiri. Basikal itu lebih kita hargai dansayangi dari basikal yg dihadiahkan oleh org lain kepada kita. Kerna apa? Kerna ianya hasil pengorbanan dan susah payah kita untuk memperolehinya.

Sekarang ini tuan puan, degree, masters, malah Phd pun buleh dibeli atau diswastakan. Namun, perasaaannya tak sama dgn mereka yg berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memperolehi sekeping ijazah, sarjana dan kedoktoran itu! Mana kan sama!?

Itu lah sunnatullah yg telah ALLAH tetapkan atas mukabumi ini. Maka utk addin ini juga begitulah juga aturannya, pada kekasih ALLAH iaitu para anbiyak, mereka lah yang paling berat diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk seksaan di dunia ini. Ada yg dibunuh, dicerca, dihalau, dimaki, dihina dan macam macam lagi sedangkan mereka inilah semulia mulia makhluk!

Maka atas dasar apakah kita mengambil ringan sahaja akan addin ini? Cukup hanya nama kita ada bin, ada binti? Cukup nama kita nama arab? Cukup dalam IC tulis Islam?  Kita kena belajar korban untuk agama...  Korban masa, tenaga, wang ringgit, keluarga dan kemuncaknya.. Korban Nyawa!

InsyaALLAH..nanti kita mengomel lagi ...

Maksimakan sound komputer anda...

Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah,

Ada satu kisah seorang tabi'in yg dipuji orang, maka ia bertanya kpd yg memuji itu tadi:

"Apakah engkau pernah menguji saya ketika marah sehingga engkau ketahui kesabaran ku?"

Jawab si pemuji itu tadi: "Tidak!"

"Apakah engkau pernah menguji saya dalam berpergian sehingga engkau mengetahui kebaikan akhlak ku?"

"Tidak!" Jawab pemuji..

"Apakah engkau pernah menguji amanat ku sehingga engkau mengetahui benar-benar aku seorang yang amanah?"

"Tidak!" katanya si pemuji..

Berkatalah tabi'in itu: "Celaka engkau! Seorang tidak boleh memuji orang lain sebelum diuji dalam tiga perkara iaitu:

Tiga macam dari akhlak ahli Syurga dan tidak dapat kecuali pada orang yang baik budi:

a. Memaafkan orang yang zalim kepada mu
b. Memberi kepada orang yang bakhil kepada mu.
c. Membantu orang yang bersalah kepada mu.

Ini dari hal MEMUJI ... alangkan memuji pun begitu lagaknya, bagaimana pula jika berburuk sangka?

Pernahkah tuan puan dilakukan seperti itu? Niat yg baik dan ikhlas kerana ALLAH tetapi dipandang buruk oleh orang lain atas pelbagai sebab.

Sakit hati bukan?

Marah?

Andainya begitu.. cuba kita semak balik niat kita ketika melakukan kebaikan itu (terutama diri ku ini!!)  .. Adakah kerana Dia ... atau kerana dia ?

Andainya kerana Dia, maka ketahuilah bahawa Dia itu Maha Mengetahui .. terdetik dalam hati mu itu pun Dia mengetahuinya. Tak ada satu perkara pun terlepas dari pandangan dan kekuasaan Nya.. jadi.. kalau mereka berburuk sangka pada kita. .mengapa kita risau? Mengapa kita sedih? ALLAH kan ada!?

Tapi andainya kita buat kerana dia .. maka ketahui lah juga bahawa dia itu lemah ..dia itu tiada daya apa pun. Nak menggerakkan jari jemarinya pun perlukah qudrah iradah ALLAH jua..izinNya, baru bergerak hatta sebutir zarah di tengah tengah angkasaraya sekali pun!  Nah.. kalau begitu, memang selayaknya lah dia hanya menghukum ikut matanya sahaja (tanpa matahati yg kenal ALLAH) ...  Jangan lah bersedih! (ni bukan nak buat buku La Tahzan versi Malaysia pulak nih!)

Maka syarat pertama yg dinyatakan Tabi'in di atas tu memang tepat utk kita selaku manusia juga memaafkan manusia lain yg khilaf, sama seperti kita juga yg khilaf di masa masa lalu dan masa masa akan datang. Tak mahu kah kita kawan kawan dan manusia lain memaafkan kita? Tentu mahu bukan? Malah, bukan setakat mahu sahaja, tetapi kita sangat sangat sangat memerlukannya untuk menyempurnakan istighfar dan sujud taubat kita padaNya lantaran dosa sesama manusia tak diampunkanNya melainkan telah dimaafkan oleh mereka yg kita zalimi itu.

Ntah lah.. apa sahaja yang aku tulis malam malam nih...saja melayan hati tatkala kenangan menyapa diri ...  Cukuplah dunia ku utk hari ini... masa utk menunaikan hak yang lainnya pula.....

Wassalamualaikum warahmatullah..

 
Mafhum Hadith Nabi s.a.w,  Bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara" (Riwayat Muslim)

 
p/s: APa kena mengena antara 'Memuji' dengan 'buruk sangka' eh? Patutnya puji lawannya keji!? Ah.. dah silap petik. TAk apa lah kot.. penyakit hati belaka tu! ehehehe.. Ceroi!

Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah..


Ntah mengapa hari ni aku asyik teringatkan arwah abg Zul yg telah pergi buat selamanya sebulan nan lalu??..

Ntah kapan pula aku akan menyusulnya pergi sepertimana ribuan juta umat ini yg terdahulu berpindah ke alam nyata! Alam yang sebenarnya.


Kepergian Abg Zul amat amat amat aku cemburui .. kalau selama ini didengari dalam kisah kisah para muqorrobin, dalam kitab kitab, dalam ceramah ceramah.. Nah..kali ini, berlaku pada sahabat sejemaah ..
Perginya dalam hening malam, tatkala sujud pasrah pada Yang Esa dalam rumahNya yg penuh barokah!

Ya! Abg Zul pergi dalam sujud tahajjudnya dalam rumah kekasihnya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Malam itu dilihat panjang benar sujudnya.. dibiarkan sahaja sang perindu terus meratap hiba apatah lagi seseorang hamba itu paling dekat dgn Robbnya ketika dalam sujud .. Dalam kelam dinihari kelihatan sesusuk tubuh di suatu sudut Masjid sedang asyik sujud.. diiringi suara rintihan halus sang pencinta ntah dari penjuru mana Masjid .... Gelap .. hening..tenang..

Ah..Subuh hampir menjelang, Abg Zul masih bersujud! Subhanallah! Besar sungguh kurnia Mu padanya Tuhan ku ... aku cemburu!

5.30 pagi, masih lagi bersujud.. tak berapa lama lagi lampu akan dipasang oleh siak sebagai persediaan Subuh.. telah menjadi rutin lampu dinyalakan 30 minit sebelum masuk waktu .. Abg Zul masih bersujud..ntah adakah itu sujud rakaat terakhirnya atau pun tidak..tidaklah diketahui.. Hanya yang pasti, itulah sujud yg terakhir dalam hidupnya..

Lampu-lampu dipasang, terang benderang rumah ALLAH.. sang pencinta sibuk menyiapkan diri untuk mengadap Yg Esa, mengemaskan diri, memperbaharui wudhuk.. Mmm.. kenapa sujud Abg Zul seperti senget? Terlena kah dia?

Teringat aku akan Adam, putera 3 ku ketika berusia 4 tahun, di Masjid Jamek Padang Benggali Penang. Rakaat kedua Isyak, sujudnya berpanjangan.. hingga selesai isya' , selesai Wirid dan doa... Risau pulak aku tika itu.. lalu aku tuju ke arahnya dan mengoyang goyangkan badannya, tak ada respon... aku jeling dari sisinya.. Ah! Dia tidur dalam sujud solat rupanya!

Kecoh satu Masjid memperkatakan tentang kisah lucu si Adam.. jadi selebriti pulak dia. Si Abang pulak buat halnya sendiri.. Adam, sedari kecil lagi sudah menyendiri .. moga menjadi mujahidNya walau tika semua menghindari!

Abg Zul! Abg Zul! digerakkan perlahan lahan.. sejuk..kaku..perlahan lahan dia seakan rebah.. dipangku tubuhnya.. EH! Abg Zul dah tak ada!!! Innalillahi wa inna ilaihirojiunn .. (istirja' ini bukan utk kematian sahaja, apa sahaja musibah melanda) ...

Perginya tak kembali..dalam hening malam tika sujud pada Yang Maha Esa, dalam rumahNya ia beriktikaf. Siapa tak kenal Abg Zul? Dia mewakafkan dirinya di jalan ALLAH sepanjang masa. Kalau umat sibuk meminta cuti utk membuat kerja kerja agama, menyeru Ummat ke jalan yang ALLAH redhoi , tapi Abg Zul membuat kerja dakwah sepenuh masa dan hanya minta cuti (dari kerja dakwah) untuk urusan keluarga dan lainnya! Anaknya pun diwakafkan utk agama! Dia menduda setelah kematian isteri dan tak pernah berkahwin lagi lantaran sibuk dgn urusan dakwah! MasyaALLAH..Dakwah itu kerjanya..dan dunia ini sampingannya!  Terbalik pula dari diri ku ini!! Astaghfirullah!!


ALLAH! Pilihlah aku hamba Mu yg lemah ini menjadi Syuhada mu!! Biarlah aku mati di jalan Mu! Mati kerana agama Mu!! Bantulah aku Ya ALLAH!!! Aku lemah.. aku lagho..

Abg Zul ... aku cemburukan kamu! Al-Fatihah buat mu wahai Mujahid terpilih!


Azhar Hashim
Assalamualaikum ..

Hidup ini bila kita renung renungkan...ianya sebenarnya pelik..

Namun ianya menjadi normal bila dah selalu dilalui.. Itulah kehidupan ini, terlalu banyak tendang terajangnya yg belum kita rasai.. ianya ada walau kita tak rasa...ianya tetap ada... Ah..menerawang jauh aku malam nih..

Hanya ingin berceloteh membawa minda berkongsi rasa membuka fikir insyaALLAH sebelum melabuhkan tirai malam....


Kisah Bapak Ikan dan anak anaknya..


Nun jauh di tengah lautan, terdapatlah sekumpulan ikan ikan bebas berenang ke sana sini menikmati akan rezki yg telah ditentukan olehNya utk mereka. Laut yg membiru itu mewah dgn segala khazanah dan seolahnya tak pernah dan tidak akan kekurangan suatu apa pun hinggalah ke akhir zaman. Begitu mewahnya kehidupan mereka di bawah air itu..

Lumrah alam, yg tua dihormati, yg muda disayangi. Yg tua dihormati lantaran ilmu dan pengalamannya yg luas, yg muda disayangi dan diberi tunjukajar dan nasihat lantaran kurangnya pengalaman dan ilmu.

Maka atas dasar itu, telah berkatakan Bapak Ikan ini pada anak anak ikannya...

"Hey anak anak ku sekelian! Ketahuilah oleh mu, bahawa di sebalik alam ini, ada lagi alam lainnya yg telah diciptakan oleh ALLAH! Alam itu dinamakan ALam Daratan. Di sana, iaitu di alam Daratan itu, tiadalah kamu dapati dikelilingi Air sepenuh alam, keadaannya kering tanpa air sekeliling melainkan sedikit sedikit di sini sana!"

Anak anak ikan kehairanan! "Aii..lain macam je Bapak Ikan hari nih.. dah nak nyanyuk dah kot? .. kita dah ke hulu ke hilir dah.. beribu batu pun ada dah.. mana ada tempat di alam ini (laut) yang tak ada air?? Semuanya air belaka! ... merepek sungguh!" Protes anak anak ikan dalam hati..

Bapak ikan menyambung lagi.. " Dan ingatlah wahai anak anak ku sekelian. Kalian perlu berhati hati agar tidak dibawa masuk ke alam itu terutamanya oleh sejenis makhluk yang namanya Manusia!"

Anak ikan bertanya: "Makhluk bernama manusia tu apa dianya? Giginya tajam kah seperti Sang Jerung? Laju benarkah renangannya mengalahkan Sang Lumba lumba? Besarkah tubuhnya seperti Sang Paus??"

Bapak Ikan menjawab: "Tidak sama sekali makhluk itu menyerupai mana mana makhluk pun yg ada dalam alam ini (laut). Ia ada dua sepit seperti Ketam (itulah contoh terbaik nak digambarkan manusia itu) Namun sepit sepitnya itu bercabang lima, maka pada dua sepit manusia itu jumlahnya ada sepuluh cabang! Matanya dua seperti kita juga, tetapi kepalanya ada bulu seperti rumpair laut. Dia ada lubang hidung seperti Lumba Lumba.. Kulitnya juga boleh disalin seperti Ketam juga, namun ianya boleh disalin pada bila bila masa sahaja yg dia suka(pakaian).. Manusia ini pula ada memelihara makhluk lain, antara makhluk lain itu namanya Kucing!"

Anak anak Ikan mula resah.. ni apa bondo pulak nih? Pelik benar cerita nih.. Tak logik langsung!! Mana ada ketam yg sepit bercabang sampai lima? Dua ada lah! Kepala penuh rumpair tu apa hal? isk.. tak masuk dek akal! Tak logik sungguh! .... Anak anak ikan mula protes! Namun ketaatan mereka pada Bapak ikan tak berbelah bahagi, tak berani mereka membangkangnya. Membangkang bererti mendurhaka. Mendurhaka ni amatlah berat sekali dosanya di alam laut itu!

Bapak Ikan menyampaikan lagi nasihatnya.. :" Duhai anak anak ku, maka berhati hatilah kamu dgn makhluk itu, maka sekiranya kelak, kamu menjumpai makanan yg enak, perhatikan dahulu akan keselamatannya, lihat samada makanan itu sebenarnya hanyalah umpan yg mana tersembunyi di sebaliknya. mata kail yg tajam!!"

Anak ikan bertanya: "Mata kail? Apa tu wahai bapak ku?" Soalnya dgn sopan..ececeeh..

Bapak Ikan menjawab: "Iaitulah alatan yg digunakan oleh Makhluk itu untuk menangkap kamu! Dengannya maka ia akan menembusi kepala mu sekiranya engkau memakan makanan umpan tersebut!"

Anak ikan pening... Macam mana pulak makan cacing buleh tembus kepala pulak nih? Tak pernah dengor ada cacing yg tajam macam tu dalam alam ini! Sah Bapak dah nyanyuk nih!! Layan je lah..

Bapak Ikan: "Andai kamu Engkar! Kamu makan juga cacing umpanan itu, maka kamu akan ditarik keluar dari alam ini, masuk ke alam Daratan oleh Makhluk yg bernama manusia itu! Kamu akan diisi dalam bekas, dan dibawa balik ke rumah. Kamu akan kelemasa kerana alam itu tiada air walau sedikit pun dalam bekas itu!! Sampai di rumah, kamu akan diberikan kpd isteri makluk manusia itu, ia akan menggunakan alat yg namanya Pisau, dgn pisau itu ia akan memotong motong perut kamu, mengeluarkan segala isinya, membuang insang insang kamu..sedang kamu menahan kesakitan yang tak tertanggungkan!

Setelah itu, kamu akan dikelar kelar.. diisi dgn garam dan dilumuri dgn buah yg dinamakan Asam Jawa!"

Anak ikan mula buhsan... Buah apa tu ? Pisau? Mana ada dalam dunia ni bende bende tu semua? Isk isk...

Bapak Ikan: "Setelah itu, kamu akan dimasukkan dalam Kuali.. kuali itu terletak di atas Dapur, dapur itu pula dibawahnya ada Api, makhluk Api ini akan menghangatkan minyak dalam kuali, dan kamu akan digoreng hingga garing!"

"Stop stop stop stop!!" Anak ikan mencelah. "Bapak... apa bapak cakap nih? kuali? Api? minyak? Apa tu?"

"Kuali tu alat yg diperbuat dari logam besi yg telah dileburkan, dibentuk seperti kawah, minyak itu seperti air di sekeliling kita ini, tapi ia lebih kecil zarahnya, dan ia bersifat likat. Api itu makhluk yg membakar...dgn api ia dapat memanaskan air seperti mana panasnya air di kawasan gunung berapi bawah laut itu! Dan kali ini ia akan membakar dan memanaskan minyak itu yg lebih panas dari suhu air mendidih! "

Anak ikan protes lagi dalam diam: "Besi dileburkan? APi ? Membakar? Tak pernah aku tengok ada di alam ini bende bende tu. Itu semua tak logik. Tak masuk dek akal! Hish.. "

Bapak ikan tak peduli.. meneruskan tugasnya utk menyampaikan berita kpd anak anak ikan: "Kamu setelah digoreng ranggup, kamu kemudian akan menjadi santapan anak anak beranak makhluk manusia itu.. sampai tinggal tulang!! Tak cukup takat itu, tulang kamu akan diberi kpd makhluk peliharaan manusia..nama kucing! Kucing ini berbulu seluruh tubuhnya sama seperti rumpair lait.. tapi ia ada kuku yg tajam yg boleh disimpan dalam sepitnya, giginya tajam seperti gigi Jerung, dan kukunya juga tajam seperti gigi Jerung!"

Udah udah udah udahhhhhhhh!!! Stop Stop Stop!!! (komain ikan ni..speaking london yea..ehehehe) ... Tersentak Bapak Ikan bila dakwahnya disekat! Ah! Mereka mula menolak ku... sepertimana sunnahnya penyampai kebenaran lain yg pernah diutuskan sebelum ku..

Hari itu, seluruh anak anak ikan menolak untuk beriman dgn bapak Ikan lagi. Mereka mengatakan bapak ikan ni dah nyayuk.. tukang Syair.. Gila! Cakap merapu! Mana mungkin semua itu berlaku.. tak Logik langsung! Api? Mana ada api dalam alam nih! (laut) Tak pernah aku tengok! Makhuk kucing berbulu macam rumpair melekat seluruh tubuh..gigi tajam macam jerung, ada pulak yg dinamakan kuku, pun tajam macam jerung.. ada ke macam tu? Tak logik ...tak logik!!

Mereka terus menutup telinga meraka dan mengusir bapak Ikan yg sebelum ini amat mereka hormati... Maka berkelanalah Bapak Ikan ke kawasan lain setelah dakwahnya ditolak mentah mentah oleh anak anak ikannya sendiri... "Alangkah bagusnya kalau anak anak ku mengerti seperti yang aku mengerti!" Getus Bapak Ikan sambil berlalu pergi...


Moral of the story.. Tak logik pada kita, tak semestinya tak wujud. Ingatlah ilmu yg kita ada tu terlalu amat sedikit.. laksana kalau dicelupkan jari kita pada air laut, maka sisa sisa yg tinggal di jari kita itulah ilmu yg kita ada, sedangkan lautan itulah ilmu ALLAH malah lebih luas lagi dari itu tak terbayangkan!

Bapak Ikan tu seolahnya Para Rasul a.s. yg diutuskan pada kita membawa berita berita Ghaib... Maka wajiblah kita beriman dgnnya walau pada akal kita tak logik..dah mati hidup balik? Ada syurga ada Neraka? Ada sirath ada azab..ada macam macam yg tak pernah kita tengok pun dalam alam ini...baik di duniam di bulan atau di bintang bintang! Ingat.. Ilmu kita amatlah sedikit... Jgn sombong seperti anak anak ikan yg jahil itu!!
Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah...

Mafhum Hadith Nabi s.a.w.:

"Ada 4 perkara, barangsiapa yang memiliki semuanya itu dalam dirinya, maka ia adalah seorang munafiq, sedang barangsiapa yang memiliki salah satu dari sifat-sifat itu di dalam dirinya, maka ia memiliki salah satu sifat tadi. Empat perkara itu ialah jikalau berbicara dia dusta, jikalah berjanji dia menyalahi, jikalau menjanjikan sesuatu ia berkhianat dan jikalau bermusuhan dia berlaku curang" (Muttaffaqun 'Alaih)

"Ada tiga perkara, barangsiapa memiliki semua itu dalam dirinya, maka ia adalah seorang munafiq, sekalipun ia solat, puasa dan mengira bahawa ia seorang muslim, iaitu jikalau berkata ia dusta, jikalau berjanji ia mennyalahi dan jikalau dipercayai ia berkhianat" (Muttafaqun 'Alaih)

Menurut Imam Al-Ghazali, dusta ada dalam berbagai bentuk, antaranya:

1. Berlebih lebihan dalam memberitakan sesuatu. Sejengkal dijadikan sehasta, sehasta dijadikan sedepa. Kalau orang telah terbiasa begitu, maka selamanya tidak selesa baginya jika tidak melebih lebihkan cerita!

2. Mencampur adukkan yang Haq dengan yang dusta. Baik dalam perkataan atau dalam perbuatan. Di dalam Al-Qur'an disebutkan "Dan janganlah kamu campur adukkan yang Haqdgn yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu, sedang kamu mengetahui."

3. Memotong-motong kebenaran, misalnya mengambil pangkalnya saja dan meninggalkan hujungnya atau sebaliknya. Sehingga rosak suatu maksud perkataan. Dalam Al-Qur'an banyak perkataan kalau dipotong begitu amat rosaklah maksudnya; "Celakalah orang yang solat yang daripada solatnya mereka lupa". "Jangan mendekati Solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk"

4. Mengatakan dengan mulut sesuatu yang berlainan dari yang terasa di hati, walaupun pada hakekatnya yang dinyatakan itu benar. Seperti yang terjadi di atas diri orang-orang munafiq yang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengakui dengan sungguh sungguh bahawa mereka telah percaya, bahawa beliau adalah pesuruh ALLAH. Padahal hati kecilnya sendiri tidak mempercayai.


Janji Dusta

Janji itu pasti terlebih dahulu diucapkan oleh lidah!

Firmanullah:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوۡفُواْ بِٱلۡعُقُودِ‌ۚ
  Terjemahan: "Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah janji-janji mu....."

Mafhum Hadith Nabi s.a.w.:

"Janji adalah merupakan pemberian (yg harus ditepati)"  (Riwayat Thabarani, Abu Na'im)

ALLAH telah memuji NabiNya .. Nabi Ismail a.s. dalam kitabullah:

...إِنَّهُ ۥ كَانَ صَادِقَ ٱلۡوَعۡدِ...
  
Terjemahan: "..Sesungguhnya ia (Isma'il) adalah tepat janjinya....." (Maryam:54)


Janji.... Setiap janji itu PASTI akan dituntuti!!!

Maka sebagai seorang muslim, pastikan lah bahawa kita tidak memiliki satu pun dari sifat sifat yg telah disabdakan oleh junjungan Nabi s.a.w. Inilah jihad kita yg utama yg bergerak pada setiap masa, tempat dan ketika. Sebagai muslim, kita wajib mengelakkan diri kita dari bersifat dari salah satu sifat sifat munafiq itu tadi.

Diriwayatkan bahawa Umar Abd Aziz ketika hampir tiba ajalnya, beliau berkata: "Puteri ku itu sudah dipinang oleh seorang lelaki dari suku Quraisy. Antara aku dgn dia sudah ada percakapan yang serupa perjanjian. Maka demi ALLAH, aku tidak akan bertemu dengan ALLAH bila membawa sepertiga dari sifat kemunafiqan! Maka dari itu, aku mempersaksikan kepada mu bahawa aku telah mengahwinkan puteri ku itu dengan lelaki Quraisy itu tadi." (Bahaya Lesan, Imam Al-Ghazali, m/s 28, KBC)


Sepanjang usia kita yg diberikan ALLAH untuk terus hidup di atas muka bumiNya ini, sudah berapa banyak janji janji yg telah kita taburkan? Sudahkah kesemua janji janji itu kita penuhi dan laksanakan? Adakah kesemua janji janji itu kita tunaikan? Aduhai... PASTI janji janji itu semuanya akan dituntut nanti di depan Robbul Jalil!!!

Oleh itu, aduhai diri ku dan muslimin sekelian, marilah kita saling maaf memaafkan, redho meredhokan akan sesama saudara muslim kita semua atas semua janji janji kita yg tak mampu kita penuhi. Andaikata ada antara mereka, ahli keluarga, saudara rapat, rakan taulan muslimin dan muslimat yg pernah memberikan janji janji mereka kepada kita, namun mereka mungkiri atas apa sebab sekalipun... mari lah kita sama sama maafkan..redhokan..akan kelalaian mereka itu.. Mudah mudahan kita juga akan dimaafkan oleh mereka atas kealphaan dan kelalaian kita dalam membuat janji... Moga moga kita semua dapat hidup dalam keadaan berkasih sayang dan maaf memaafkan.

Pada yang masih ada masa dan mampu untuk menunaikannya, maka laksanakanlah secepat mungkin sebelum datang si Pemutus Kelazatan dunia ini menjemput kita. Mudah mudahan niat mu itu dipandang ALLAH dan dikira sebagai telahpun memenuhi janji dengan usaha dan niat kita itu!

Memang sakit bila dikhianati.. memang geram bila dipermainkan..memang lah sedih bila diperbodoh bodohkan.. tapi sedarlah.. Neraka ALLAH itu lagi pedih seksaannya... Maka bermaafan lah sesama kita selayaknya... cintailah saudara kita sebagaimana kita mencintai diri kita, dan bencilah kita saudara kita dicampakkan ke NerakaNya sebagaimana kita benci dicampakkan ke NerakaNya pula.. Na'uzubillah!!!

Namun begitu, mulai hari ini, jangan lah kita sewenang wenangnnya menabur janji janji manis padahal kita tak bermaksud pun untuk menunaikannya. Janji janji kosong tidak menyelesaikan masalah sebaliknya membawa masalah yang lebih besar lagi yg mana akan hinggap Satu daripada 3 atau 4 sifat sifat kemunafiqan dalam diri kita. Dan meyebabkan maruah dan harga diri kita tidak lagi dipercayai oleh orang lain. Pada yang masih suka menabur janji palsu, hentikanlah. jgn berkata sesuatu yang tidak kamu maksudkan untuk melakukannya. Ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Mengetahui.. dan ingatlah bahawa ALLAH itu jua Maha Pengampun..

Marilah kita sama sama muhasabah diri...

Maafkan keterlanjuran aku wahai para sahabat sahabat rakan taulan muslimin dan muslimat atas sebarang kemaksiatan dan keburukan yang pernah aku lakukan ke atas kalian dan saksikanlah.. Aku maafkan semua kamu yg pernah aku kenali atau tidak yg pernah menyakitkan hati ku samada sedar atau tidak, sengaja atau tidak Lillahi taala... Justeru itu ...Ampunilah aku Ya ALLAH.. Ampunilah Kami Ya Rahmann... Itulah yang aku harap harap kan...