Ibnu Hashim
Kasihnya ALLAH S.W.T. ke atas hamba hambaNya amatlah luas. Erti kasih meliputi langit dan bumi. KasihNya ALLAH akan hamba hambanya melebihi 70 kali kasihnya seorang ibu kepada anaknya. (70 kali itu bermakna berganda ganda tak terhitung!)

Sepertimana yang pernah ditulis sebelum ini adalam blog ini, walaupun hambaNya itu berbuat maksiat… namun Ia tetap memberikan rezkiNya kepada yang berusaha. Walaupun tidak solat, namun tiada pula datangnya Malaikat untuk memukulinya tatkala solat itu ditinggalkannya. Malahan pula kita lihat di sekeliling kita, berapa ramai orang orang yang boleh dikatakan kaya raya, tidak terbina akhlaknya.

Berapa ramai pula anak anak gadis, yang berpakaian ranggi yg tentunya berharga mahal masih lagi mampu bergelak ketawa… nampak happy jer…senang je hidup walau tak solat…walau auratnya didedah. Berapa ramai pula anak anak muda kita pakai seluar katok antaranya sambil membasuh kereta? Bangga je dia dedahkan aurat dia.. siap bergelak ketawa tepuk tampar lagi..happy jer dia..senanggg je dia!

Dunia ini adalah tempat manusia diuji, tempat untuk menyemai benih benih yang bakal dituai di akhirat kelak. Dalam peristiwa isra’ mi’raj jua, diceritakan Nabi Ibrahim a.s. telah mengajarkan Rasulullah s.a.w. tentang zikrullah yang mana setiap kali ianya dibaca atau dizikirkan, maka ALLAH akan menumbuhkan satu pohon dalam syurga. Inilah dunia..tempat kita semua diuji samada bersyukur atau kufur.

Hidup kita di dunia ini adalah untuk mencari keredhaan ALLAH. Hanya dengan RedhaNya ALLAH maka barulah kita masuk ke SyurgaNya kelak. Amal ibadah kita walau sebesar langit dan bumi sekalipun tidak akan mampu untuk membeli Syurga ALLAH. – Namun, ibadah itu perlu sebagai manifestasi kecintaan dan kehambaan kepada ALLAH tapi ianya wajib kepada mahkluk, harus sahaja pada ALLAH.

Kita lihat sekeliling kita, kehidupan seharian, yang mana kasihnya seorang ayah kepada anak anaknya tidak dibeza bezakan antara satu dengan yang lain. Apabila kita sebagai ayah ke pasar, maka seyugialah kiranya membeli buah tangan, pastilah untuk kesemua sekali anak anaknya. Adalah tidak molek sekiranya ada di kalangan anak anak kita yang kita lebihkan layanannya. Begitulah yang diajarkan oleh ALLAH S.W.T.

Namun demikian, setiap ayah, pasti ada anak yang dikasihinya melebihi anak anak yang lainnya…jika ditanyakan kepadanya, siapakah anaknya yang dia redha…kalau si ayah tidak menjawabpun, dalam hatinya akan terpacul lah nama anaknya yang dia sayangi, biasanya anaknya yang paling patuh dan berkenan di hatinya akan akhlaknya insyaALLAH.

Maka inilah sunnatullah. ALLAH nak mengajar kepada kita bahawa kita juga begitu..jangan kita sangka, org berbuat maksiat pun hidupnya senang maka kita katakan ALLAH redha akan mereka! Rezeki ALLAH melimpah ruah pada sesetengah daripada mereka (Istidraj!) Jangan sangka mereka yang kufur kepadaNya maka ALLAH diamkan sahaja! Di akhiratlah tempat penentu bilamana pada hari itu, kita akan menuai segala apa yang kita semai ketika hidup di dunia ini dahulunya… Ketika itulah, hambaNya yang Dia redhai akan diasingkan daripada hambaNya yang durhaka!! Ke manakah pilihan kita? Hamba yang diredhai …atau hamba yang dilaknat ALLAH S.W.T.??
Ibnu Hashim
"Dunia ini Syurga bagi Kafirun tetapi Penjara untuk orang Mukmin"
... Kata kata hikmat yang pernah ku dengar puluhan tahun yang lalu ketika masih remaja... Namun kata kata ini menjadi semangat tatkala resah melanda...

Maha Suci ALLAH Yang Maha Pengasih... Sungguh benar dunia ini tempat ujian bagi Umat Manusia seluruhnya dan khasnya Umat Islam. Betapa besarnya kasih ALLAH ini atas seluruh hamba makhluknya sehinggakan dia tetap memberi rezkinya walau kepada si kafir atau yang engkar melawanNya...

Aku melihat mereka yang melawan hukum hukumnya..kelihatan happy je ketika melakukannya.. seronok je dengan gelak ketawa menogok air setan… ketawa riang je ketika melakukan kezaliman kepada makhluk ALLAH yang lainnya. Mereka masih lagi diberikan kuasa ke atas sebahagian manusia lainnya termasuklah mereka yang taat kepada ALLAH!!! Si Pencuri bebas mencuri..sedar sedar pagi esoknya, motor hilang..kabel wayar kena curi..basikal lesap… eh..rilek jer dia curi.. happy jer dia!

Kenapa tidak ketika dia mencuri tu, satu penyepak padu dihentak atas batu jemalanya oleh malaikat? Kenapa tidak ketika mereka bermaksiat itu terus sahaja ditimpakan azab ke atas mereka? Ketika sedang mencaci caci hukum ALLAH, ceplop! Bumi telan dia terus on the spot! Tapi tak berlaku macam tu! Malahan masih lagi pula mereka diberikan rezeki oleh Nya!!!

Itulah betapa adil dan pengasihnya Yang Maha Esa… Sunnatullah di dunia ini, siapa berusaha, maka dia yang akan dapat. Berusahalah kamu, insyaALLAH ada hasilnya yang akan diberikan olehNya.. Tapi awas!! Ini jalan yang ALLAH redhai dan ini jalan yang ALLAH murkai… Hukum hukumnya jelas..mana haram, mana halal..mana harus…dsbnya… pilihlah jalan mu sendiri.. dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu usahakan!!

Di dunia tempat kamu diuji..tempat menyiapkan bekalan untuk ke sana nanti…

Ibnu Hashim
Cuti sekolah berpeluang untuk menziarahi saudara mara di kampong. Aku dan abgku melawat bapa saudara sebelah Emak di Pondok Tanjung… Rupanya dia terlantar hampir lumpuh.

Perkara ini berlaku kurang sebulan yang lalu…beliau mengidap sakit jantung dan darah tinggi. Alhamdulillah, dapat aku dan abgku pergi melawatnya…

Apa yang menginsafkan aku ialah akan ketabahan dan kesabaran makcik dalam menjaga pakcik yang terlantar begitu sahaja…dan pakcik pula walau telah lama tak berjumpa, dia masih mengenali aku..

Apapun, perkara ini mengingatkan aku akan allahyarham Abah dahulunya…Dia mengidap penyakit ganjil belasan tahun lamanya sebelum dijemput ALLAH. Setiap kesakitannya diluahkan dengan kalimat nama ALLAH yang Maha Agung… Tiada keluhan aduh yang aku dengar… kesabarannya menanggung sakit mudah mudahan ALLAH jadikan sebagai Kaffarah ke atas dosa dosa abah yang lalu ..aminn…

Terkenangkan akan diri sendiri yang entah bila masanya akan tiba… mampukah aku menghadapinya? Dapatkah aku bersabar dengannya alangkan sakit gigi sahaja sudah cukup membuatku tak tidur malam!!! Adakah perkara sebegini untukku kelak merupakan kaffarah atau menambahkan lagi akan dosa dosa ku yang tidak tertanggung ini!!!???? Na’udzubillah!!

Pakcik yang ku lihat terlantar itu ku lihatkan bagai diri ku di masa masa yang akan datang.. sudah pastilah tidak lagi mampu untuk berjalan ke Masjid… Sekarang ini aku sihat segar bugar…mengapa liat ke Masjid??

Sedangkan pahalanya yang ALLAH sediakan amatlah besar sekali ganjarannya…dan yang paling penting sekali..kelaziman kita ke Masjid itu akan terus dikira oleh ALLAH andaikata kelak kita terlantar begitu sahaja di rumah.. Pastilah sedih ketika itu tak dapat lagi ke Masjid berjemaah…solat pun di pembaringan sahaja..wudhu’ pun ala kadar sahaja… adakah ketika itu nanti baru menyesal dan mahu ke Masjid? Adakah akan timbul niat atau nazar dalam diri ni “Ya ALLAH! Sekiranya aku sihat nanti..aku nak bersolat di Masjid setiap waktu..aku mahu solat sunat banyak banyak..aku mahu bersedekah banyak banyak” … Nah! Waktu sekarang ni aku buat apa? Ni badan dok segar bugar nih!!???

Ulama’ memberitahu, bila seseorang itu melazimkan dirinya solat 5 waktu di Masjid, maka di hari tuanya, andaikata ALLAH mentaqdirkan dirinya terlantar sakit tidak bermaya, maka ketika itu, bila ia solat, solatnya diambil kira oleh ALLAH Yang Maha Pemurah itu sebagai solat berjemaah di Masjid walaupun ketika itu dia hanya solat sendirian di pembaringannya!!! Ini adalah kerana sakit itu dari ALLAH, Dia yang menjadikan sakit itu dan lantaran itu maka tidak mampu lagi hamba ALLAH itu tadi berjalan dan bersolat di Masjid, maka pastilah ALLAH tidak akan mengzalimi hamba hambaNya!

Tapi!!! Ini diberi kepada orang yang melazimkan dirinya ke Masjid untuk solat berjemaah!! Alangkah beruntungnya! Ibaratnya kita diberi cuti sakit, duduk tinggal di rumah tapi Gaji jalan dan dikira penuh! Subhanallah!!

Satu amalan yang seharusnya tidak kita tinggalkan ialah berzikir terus ketika hendak tidur. Setelah selesai melakukan adab adab tidur lainnya, maka teruslah berzikir sehinggalah terlena.. kerana ini akan menyebabkan Malaikat terus menerus mencatitkan kita ini sedang berzikir sedangkan ketika itu kita sudah lena sehinggalah kita bangun esoknya! Ini adalah kerana, yang menidurkan kita itu ialah ALLAH, kalau Dia tidak tidurkan kita, nescaya kita akan terus berzikir padaNya, maka oleh itu, bila kita terlena lantaran itulah sunnatullahnya kita yang lemah ini, mudah mudahan ALLAH perintahkan Malaikatnya terus mencatitkan dalam kitab amalan kita bahawa kita terus menerus berzikir walaupun ketika itu kita tidur!!

Maha Kaya lagi Maha Pemurah Engkau Ya ALLAH!!
Ibnu Hashim
Tengok muka Pak Lah, sejak akhir akhir nih, asyik terkenangkan Wilayah Pembangunan Iskandar atau WPI tu.. tak tau la seram sejukk je bila mengingatkan..

Terfikir jua..apa yang ada dalam kotak pemikirannya? Kenapa sampai begitu sekali dia lakukan..tak ingatkah sejarah? TAk sampaikah maklumat maklumat tentang tindak tanduk negara Singgora tu? Yakin ke dgn depa tu?

Teringat pula akan Jambatan bengkok yang tak jadi tu.. Tok Det kata depa nak juai pasir kat Singgora sebagai timbal balasnya buat Jambatan (WPI ni ada timbal balas kita dapat??) ..so bila pasir tak leh juai, tu pasai jamabatan batal.. Isk..bukan nak cerita pasal jambatan nih..kes ni pun bengkak hati jugak pasal berjuta juta pi buang ke tambak bayar pampasan kat kontraktor..kerja tak buat pun dapat duit..

Nak cerita bab 'timbal balas' tu.. You want some, you give some! So WPI ni kasi FREE je kat Singgora..tak ada apa apa pun yang kita dapat! Patutlah tengok gambor PM dia tersengih gumbira sambil tengok durian... tanah dapat, kuasa dapat..makan durian pun dapatt!!!

Al-Kisah Pasir tak jadi jual tu.. maka mahu tak mahu, merungutlah jua Singgora tu pasal tergendalanya jual beli pasir ni (indon pun tak mo juai kat dia) maka tergendalalah projek peluasan wilayah pulau sekangkang kera tu... Negaranya semakin sempit!! Guano nih?

Nah! Sekarang Singgora tak yah risau, tak yah kuar duit juta juta untuk beli pasir..tak yah sibuk sibuk tambak laut untuk besarkan pulau... dan tak yah juga hantor tenteranya serang negara jiran untuk takluk tanah... Imam Hadhari ni siap kasi TANAH FREE lagi untuk dia...!!! Tubuh jawatankuasa lagi tu..apa apa hal, kena refer kat dia dulu! Sikit punya untung ker!! Kawasan tu pulak Dasar Kerajaan Mesia bab DEB yang memang depa dok komplen tudan banding dgn meritokerasi (ada ka komplen dasar negara orang lain?)Dasar DEB tu tak akan tertakluk kepada wilayah WPI nih!! Kan untung tu berjaya pengaruhi negara lain untuk ikut telunjuk dia! Dan yang paling best terbest sekali, Singgora tak yah bagi apa apa pun kat Mesia nih!! Uissshhhh!!! Untung busatttt!!!!

Pengkhianat!!
Ibnu Hashim
Pak Lah Nak kawin! Riuh jugak di kampung hari tu (tak la riuh sangat..saja wat kepoh) .. Nama isterinya cam omputeh... tak pa lah..asal muslim. Namun nampak gayanya tak menutup aurat jua yang dipilih imam hadhari..mungkin itu dah ciri ciri dalam ajaran islam hadhari ni.. Apa apa pun, hidayah itu milik ALLAH, semoga kita semua diberikan Taufiq dan HidayahNya jua... amin..
Ibnu Hashim
Semalam pergi ambil Mu'az di asramanya, masa cuti dah tiba. Dapat call masa berada di rumah Ipar di Balakong..terus gerak ke Maahad dia..

Tiba di sana, tinggal Mu'az berdua sahaja dgn kawannya, yang lain dah balik. Ada seorang ajk dok tunggu depa.. Terus amik dia balik la..dalam perjalanan, baru tau kata ada orang masuk curi duit kat maahad dia tu.. abih duit Ustaz kena kebas!!

Dia baru dapat gaji tu..abih kena kebas... ustaz dah blah balik Kedah masa kami sampai tu..

Yang bestnya..rupanya depa pakat kumpui duit bagi kat ustaz tu..agaknya dia malu la kot tak tunggu teman.. Muaz ni habak dia bagi habis duit dia kat ustaz.. alhamdulillah.. dia segan segan dan takut takut kot bapak dia ni marah pasai bagi duit habih terus (selalu pesan kat dia suruh jimat)...

Sebenarnya aku bangga..dia bagi habis duit simpanan yg dia simpan selama ini pada ustaz dia tu.. teringat akan Abu Bakar as-siddiq r.a. .... Manusia hebat yang menyerahkan segala galanya pada jalan ALLAH dan RasulNya...

Seminggu ini akan digunakan untuk bersama Muaz insyaALLAH...
wpi
Ibnu Hashim
Perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda PAS sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-48 hari ini hangat dengan perwakilan menyentuh isu pembinaan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Rata-rata perwakilan mahukan terma-terma pelaburan dan pemilikan aset selain penyegaran ekonomi WPI yang lebih mirip kepada usaha membawa pengaruh asing menguasai Malaysia.


Kelemahan Umno dalam membangunkan WPI dengan membuka dasar pemilikan aset seperti perumahan dan tenaga kerja pakar bagi 800,000 peluang kerja di wilayah itu kepada orang asing hanya akan menambahparahkan penjajahan di negara ini.

Paling dikesali, Jawatankuasa Pemantau WPI ini akhirnya diputuskan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan membabitkan PM Singapura, Lee Hsien Loong yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin jiran itu di Langkawi baru-baru ini.

AZAMPerkara ini dinyatakan oleh perwakilan Dewan Pemuda PAS Johor, Azam Abdul Razak dalam membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-48 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik).

Dalam perbahasannya Azam menyebut, di peringkat awal lagi pembinaan WPI cukup mencurigakan dengan wakil PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Dr Ramli Kari (PAS-Senggarang) dinafikan dari mendapat dokumen rasmi WPI.

Malah kata Azam, dalam satu syarahan perdana yang disampaikan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa WPI ini akhirnya hanya akan menjadi Wilayah Pembangunan Iskandar Singapura (WPIS).

"Walaupun pemimpin mendakwa bahawa negara sudah merdeka 50 tahun, namun tindakan kerajaan Umno/BN ini hanyalah mengesahkan negara ini sebenarnya belum pernah merdeka sebaliknya semakin terhimpit dengan penjajahan Umno serta kuasa asing hasil dari WPI,"katanya.

Lebih membimbangkan WPI adalah projek yang direncana di bawah kerajaan Abdullah yang terlalu lemah dan tidak mampu mentadbir kerajaan dengan baik.

Justeru beliau menggesa kepimpinan Pemuda PAS Pusat memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Abdullah supaya memastikan kajian semula terma-terma pelaburan dan pemilikan aset di WPI dikaji semula.

"Kita tidak mahu suatu hari nanti anak cucu Ketua Pemuda juga merempat di negara sendiri kerana WPI telah menjadi milik penjajah Singapura yang juga proksi kepada Israel di Asean," katanya.

Hal ini hanya akan membuka ruang kepada Israel melebarluaskan pengaruh dan penjajahannya di Asean, ujarnya.

MAHFOZTerdahulu sebelum ini, AJK PAS Pusat, Mahfuz Omar yang sangsi akan penubuhan itu memberi contoh pelaksanakan kad pintar yang mana Malaysia perlukan persetujuan daripada kerajaan Singapura.

"Apa perlunya persetujuan Singapura sedangkan kita boleh benarkan dan abaikan mengikut kehendak kita sendiri tanpa merujuk kepada mereka kerana kawasan tersebut merupakan wiulayah kita," katanya sewaktu ditemui Harakahdaily semalam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 dekat sini.

"Dengan sikap yang ada ini, terbukti kita lemah dan dalam proses mengadaikan kedaulatan negara," katanya lagi.

Sebelum ini menurut laporan akhbar Timbalan Perdana Menteri berkata, jawatankuasa tersebut tidak mempunyai kuasa eksekutif kerana kuasa terletak di tangan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Jemaah Menteri Malaysia.

"Mereka (jawatankuasa) tiada kuasa eksekutif tetapi membincangkan langkah yang difikirkan perlu dan wajar untuk mengembangkan WPI secara positif.

"Ini (penubuhan jawatankuasa) tidak bererti serah kedaulatan kita kepada Singapura," katanya lagi.

Bagaimanapun Mahfuz menyelar sikap putar belit kenyataan Timbalan Perdana Menteri berhubung isu itu.

"Jika tiada kuasa eksekutif mengapa hal ini tidak diserahkan sahaja di peringkat para pegawai sahaja," katanya lagi. - mks.

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob untuk HARAKAHDAILY





Memang itulah ayat keramat yang selalu dilaungkan... "Kami buat begini, TAK BERERTI bla bla bla bla..." .. "Kenaikan harga minyak TAK BERERTI bla bla bla.."
"Kenaikan TOL ini TAK BERERTI kerajaan bla bla bla.."

Sama je tunenya dgn geng geng liberal .. "Kami ni tak pakai tudung tak bermakna kami ni tak mahu Islam" " Ni kami pakai seksi TAK BERERTI kami ni tak ada maruah"

"Saya kerja sebagai GRO ni TAK BERMAKNA saya menjual maruah"

Senang je ucap tanpa memberikan justifikasi yang jelas samada dari sudut hukum,nas atau fakta... Cukup je cakap macam tu maka PAK ANGGUK terus melaungkan "KAMI SOKONG" "KAMI SOKONG!"

Sedar sedar...Negara tergadai! Pengkhianat negara!!