Ibnu Hashim
Tak dapat aku bayangkan kalau Imam Hadhari yang diasak dgn soalan sebegini...apa ntah jawapannya... Dalam kes Murtad, bila diasak oleh kafirun dgn soalan..maka jawapannya..nak murtad boleh!



Part 1



Part 2



Part 3



Part 4
Ibnu Hashim
Saf saf makin kurang tika solat Terawikh namun ianya masih mengatasi bilangan Safnya di bulan bulan lainnya. Memang penuh keberkatan akan bulan Ramadhan ini!

Ketika malam pertama Tarawikh didirikan, Nazir Masjid bangun memaklumkan bahawa ianya adalah menjadi 'arahan MB' supaya semua Masjid di Selangor mengadakan Solat Tarawikh 20 rakaat. Tiadalah aku mengetahui bersolat Tarawikh kah akan si MB itu tadi?

Masjid ku tersergam indah, namun tiada Tazkirah..sama seperti tahun sebelumnya. Kecuali jika malam itu diimamkan oleh Ust Abdullah, beliau akan memberikan sedikit Tazkirah dalam sela masa 10-15 minit sebelum Tarawikh didirikan. Sungguh dia menyampaikan Tazkirah itu SEBELUM Tarawikh.. yang di'cegah' ialah Tazkirah di tengah tengah Tarawikh dan di hujungnya...

Ku lihat Majoriti mendirikan solat Tarawikhnya 8 rakaat berbanding 20 rakaat. Tika awal solat, ada tak kurang 11 ke 12 Saf berbaris tak termasuk anak anak... habis 8 rakaat, tinggal 1 1/2 saf.. tak sampai 2 Saf..

Adapun yang mengerjakan 8 atau 20 tak jadi masalah, malahan sunnahnya 8 rakaat itu. Cuma yang aku terkilan... Tazkirah ditiadakan!

Sebegitu ramai manusia berbondong ke Masjid, namun tiada kita ambil peluang ini untuk 'bersantai' dan berdakwah sambil menambah nambah akan ilmu di dada. Alangkah ruginya Masjid Masjid dilarang bertazkirah.. Ku lihat, ada yang rambut pun macam mandi air karat, namun digagahinya datang ke Masjid. Bukankah ini peluang untuk berdakwah kepada mereka dengan sisipan ilmu? Alangkah beruntungnya mereka yang dapat duduk dalam majlis ilmu di bulan Ramadhan ini!! Subhanallah!

Maka merinduilah pula aku ini akan saat saat menempuh malam malam Ramadhan ketika bertugas di Butterworth dahulu.. setahu aku ada 3 Surau yang aktif dan ada Tazkirah pada setiap hari. Terasa sungguh kemanisannya dan bertambahnya ilmu dan seronoknya bersolat diselang selikan dgn Tazkirah penguat jiwa... Ah! Surau surau itu memang hidup..bulan bulan biasa pun kuliahnya setiap hari!!! Tapi Masjid pula tiada tazkirah...


Teringat aku akan pesan ust siddiq noor ketika memetik surah al-A'la ini..


فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ (٩) سَيَذَّكَّرُ مَن يَخۡشَىٰ (١٠) وَيَتَجَنَّبُہَا ٱلۡأَشۡقَى (١١) ٱلَّذِى يَصۡلَى ٱلنَّارَ ٱلۡكُبۡرَىٰ (١٢) ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيہَا وَلَا يَحۡيَىٰ (١٣) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ (١٤) وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ (١٥) بَلۡ تُؤۡثِرُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا (١٦) وَٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ وَأَبۡقَىٰٓ (١٧) إِنَّ هَـٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ (١٨) صُحُفِ إِبۡرَٲهِيمَ وَمُوسَىٰ (١٩)


9. oleh itu berilah Tazkirah - peringatan (kepada umat manusia Dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau Tazkirah - peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
10. kerana orang Yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
11. dan (sebaliknya) orang Yang sangat celaka akan menjauhinya,
12. Dia lah orang Yang akan menderita bakaran neraka Yang amat besar (azab seksanya),
13. selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
14. Sesungguhnya berjayalah orang Yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal Yang Soleh),
15. dan menyebut-nyebut Dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
16. (tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan Yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
17. padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan Yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di Dalam Kitab-kitab Yang terdahulu, -
19. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

(Al-A'la:9:19)



Setiap malam ayat ini dibaca baca dalam solat witir.. namun tiada pula disokong atau diterjemahkan bacaan itu dengan mengadakan tazkirah!? Lain di baca lain diamalkan? AH! Aku merindui akan tazkirah tarawikh di bulan Ramadhan!!!


Ramadhan sudah berlalu 12 hari!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ibnu Hashim
Dalam sedar tak sedar telah pun hampir separuh bulan Ramadhan telahpun kita tempuhi. Sedar tak sedar tak banyak lagi masa yang tinggal berbaki untuk kita terus berada di bulan yang penuh keberkatan ini! Aduh! Cepatnya masa berlalu! Sedangkan aku masih lagi lagho dan mengsia siakan waktu yang ada! Ya ALLAH!!! Ampunilah aku...


Ramadhan tahun ini bermakna bertambah lah usia ku setahun lagi. Aku dilahirkan pada 6 Ramadhan... Dua anak ku juga dikirimkan ALLAH ke dunia dalam bulan Ramadhan... Mak..terima kasih melahirkan saya Mak... jasa mu tak terbalas... Aku sayang pada mu Mak..

Ya ALLAH, Engkau jagailah dan sayangilah kedua orang tua ku sebagaimana mereka telah menjagai dan menyayangiku semasa aku masih kecil... amin..
Ibnu Hashim

Kisah Nurin Jazlin masih diperkatakan orang. Amat malang sungguh nasibnya di dunia ini. Menjadi mangsa si binatang bertopengkan manusia. Tak dapat aku gambarkan keperitan yang dialaminya. Dikatakan dalam salah satu berita yang aku dengar akan pendapat pakar mengatakan tidak mustahil seseorang yang mengalami kesakitan yang extreme akan berubah wajahnya, giginya dsbnya.. - Apa lagi seorang budak!. Maka amat amat sedih bila ibu dan ayah pun tak mengenalinya lagi.. Ibu dan Ayahnya perlu muhasabah diri mereka - dan aku juga.

Kembali ke kampung tempohari..setiap hari Ibu memberikan kata kata nasihat tentang penjagaan anak anak ini kepada kami berdua...setiap hari! Aku tak kata apa kerana kata katanya benar belaka...

Namun dalam musibah ada hikmahnya. Adik Nurin belum lagi dikira dosa pahalanya..adik Nurin putih bersih laksana kain kapas yang suci. Kepergiannya menjadi duta kepada ayah dan ibu di sana. Semoga dapat beramal kita di dunia ini dengan amalan Ahli Syurga insyaALLAH...



Ibnu Hashim
Pertemuan aku dengan kumpulan Jemaah daripada Aceh itu membuatkan aku berfikir semula..betapa manusia ini amatlah sangat engkarnya akan ALLAH - dan aku ini manusia, isk isk. Teringat jua aku akan kisah manusia manusia ummat Nabi terdahulu yang dibinasakan ALLAH. Tatkala dikalangan mereka seorang Utusan ALLAH pun mereka masih mengkhianatinya..inikan pula Ummat Muhammad s.a.w. yang kini Nabi kita telahpun kembali ke Rahmatullah.. tiada lagi Rasulullah s.a.w. pendamping kita..maka lebih jauhlah tersesatnya mereka yang disesatkan ALLAH.

Setelah berlakunya tragedi Ombak Besar yang meragut ratusan ribu nyawa manusia, namun kita masih lagi leka..insaf sekejap je kendian buat lagi!! Pada tahun berlakunya Ombak Besar itu, - ketika kejadian, aku berada di Laut - Maka negara ini yang tercinta telah membatalkan pesta sambutan tahun baru yang lazimnya berlaku pada setiap tahun. Dengan 'kuasa' mentadbir yang ALLAH berikan kepadanya, maka tak ada masalah banyak, sememangnya pesta pesta maksiat menyambut tahun baru kafir berskala besar itu tidak berlangsung - (yg kecik kecik ada jugak)... selamatlah Malaysia pada tahun itu daripada pesta maksiat berskala besar ketika menyambut tahun baru Kafir. Tapi...tahun tahun seterusnya....ianya kembali menyubur... kuasa di tangan tetapi tidak dimanfaatkan..kuasa yang ada tidak digunakannya. Ternyata ujian ALLAH kepada beliau itu dulu membuktikan ia ada kuasa untuk mengekang, menghalang, menegah malah membatalkan pesta pesta maksiat itu...gunakanlah kuasa yang ada.. namun perkara itu tidak berlaku lagi pada tahun tahun kebelakangan ini... Pesta pesta itu berlangsung terus dan terus merisaukan dan merimaskan benak aku ni mengenangkan masa depan anak anakku dan anak anak saudara seaqidahku yang lainnya....manusia cepat lupa lagi engkar...

Maka selepas berlalunya sehari sahaja pertemuan aku dengan Jemaah Tabligh Aceh itu, telah berlakulah gerak gempa lagi di Indonesia, kali ini di Padang... Baru je sehari kami bermuzakarah tentang musibah yang ALLAH landakan kepada Negara Umat Islam terbesar di Dunia ini...dan tak lama selepas itu, malah hanya pada hari keesokannya, berlaku lagi bencana gempa itu!!

Dan kendian daripada itu, iaitu hari esoknya, Bengkulu pula terkena gerak gempa.. Gerak Gempa yang cukup kuat untuk menghasilkan Ombak Besar yang lebih besar lagi daripada Ombak Besar tahun 2004 tetapi ianya tidak berlaku seolahnya ALLAH mencabar pakar pakar kajibumi akan perkara ini... Mengapa tak terjadi Ombak Besar?? Aku tak bermaksud nak bincang perkara ini namun ianya seolahnya menempelak mereka yang menyatakan dahulunya bahawa ini hanyalah BENCANA ALAM..bukan bala atau peringatan dari ALLAH. Nah sekarang..ALLAH timpakan gempa yang lebih hebat lagi..tapi mana Ombak Besarnya??

Salam takziah dan al-Fatihah untuk saudara Seaqidahku di Bengkulu dan Padang Indonesia.. Semoga kalian dikurniakan darjah kesabaran yang tinggi dalam menjalani ibadah Puasa tahun ini... amin..
Ibnu Hashim
Dan dikisahkan lagi oleh ust itu akan peristiwa Islamnya seorang Kafir berbangsa Cina yang mana rumahnya berdekatan dengan Masjid Baitur Rahman..

Kisah ini diceritakan sendiri oleh orang Cina itu kepada Ust yang aku temui ini, maknanya ini cerita first hand dan aku penerima keduanya dalam 'sanad' cerita ini..

Cina itu memberitahu bahawa pada ketika Ombak Besar yang kali pertama itu datang, dia nampak jelas akan kedatangan Ombak itu dari kejauhan..namun pada pandangannya ianya ada sedikit keganjilan pada Ombak yang datang itu.. Ombak itu dilihatnya tidak sekata parasnya.. Dilihat di bahagian tengah Ombak itu menurun ke bawah dan lebih rendah daripada kiri dan kanannya. Maksud Cina itu, seolahnya ada lorong terpelohong di tengah ombak yang mana Ombak itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, sebelah kiri yang tinggi, kanan yang tinggi dan yang ditengah tengahnya rendah ke bawah seolah ada kuasa yang menekannya ke bawah.

Ketika itu, beliau melihat orang ramai melarikan diri ke Masjid..oleh kerana itu, beliau pun tak ketahuan ke mana lagi hendak ditujui lantas terus menghala ke Masjid..Sekali lagi ALLAH singkapkan perkara Ghaib kepada Cina ini bila dia tiba tiba melihat ada dua orang besar yang berpakaian putih (subhanallah..meremang bulu roma aku ketika menulis ini!!) berjubah serta berserban putih yang memegang Penjuru Masjid itu kiri dan kanan seolah olah menetapkannya!!

Rupanya apabila ombak itu sampai, bahagian yang ditekan ke bawah itu adalah bahagian yang bakal melanda Masjid BaiturRahman!! - Maka dari itu, Masjid tidak tenggelam dan air lalu di tepi kiri dan kanan Masjid sahaja! - CIna itu sekarang sudah menjadi saudara seaqidah ku dan beliau telah memeluk agama Islam kini!! ALLAHU AKBAR!!
Ibnu Hashim
Assalamualaikum...

Rasanya tak terlewat untuk menulis tentang Ramadhan nih.. Lap Top ada masalah skit maka tak dapat masuk internet..

Apapun, telah pun tiba masanya dan alhamdulillah..ternyata ALLAH masih memberikan peluang kepada diriku untuk menyambut akan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak! Alhamdulillah...

Dalam pada itu, aku telah bertemu dengan Jemaah Tabligh dari Acheh... Maka namapun Achech, tak ada yang dipertanyakan melainkan keadaan saudara saudara seaqidah di sana..apa khabarnya? Ust ini memaklumkan bahawa keadaan di Acheh sekarang ini semakin jauh dari ALLAH walaupun telah dibala' dengan ujian Ombak Besar dan Gempa Bumi 3 tahun yang lalu.. Katanyanya, kini peluang kepada orang asing untuk memasuki Acheh yang suatu ketika dahulunya agak sukar untuk mereka memasukinya... Hanya mungkin 1/3 sahaja daripada penduduknya kini adalah orang Acheh dan selainnya adalah masyarakat pendatang.

Masyarakat pendatang ini pula tidak datang begitu sahaja tetapi membawa perilaku dan akhlak yang bertentangan dengan Islam. Kini katanya, mudah sahaja untuk melihat wanita wanita di sana yang memakai skirt pendek dan pelbagai lagi masalah yang aku kira tak jauh bezanya dengan di sini..

Diceritakan pula akan tragedi yang berlaku ketika ombak besar itu datang, katanya lagi kebanyakan mayat mayat yang dijumpai adalah dalam keadaan telanjang bulat.. - sama dgn yang pernah aku dengar dari mereka yang melakukan tugas tugas penyelamatan di sana dahulu - Namun kali ini aku mendapat versi yang berbeza sedikit daripada yang pernah disampaikan kepada ku dahulu. Kalau dahulu, aku dimaklumkan bahawa mayat mayat itu adalah mereka yang berpesta pada malam kejadian Ombak Besar itu melanda... Malahan ada yang dijumpai dalam keadaan berzina! Tak dapat aku bayangkan betapa dalam keadaan huru hara itu, mereka mati dalam keadaan berzina? Adakah mereka tak sedar atau memang ALLAH nak tunjuk?

Maka kali ini pula, ust ini memberitahuku bahawa kebanyakan mayat mayat itu dalam keadaan berbogel..seolahnya ALLAH menelanjangkan mereka. Ada yang - menurut Ust itu - yang memakai celana (seluar) Jeans juga terlucut habis tak tinggal apa apa pada tubuhnya...

Namun dalam keadaan yang begitu, ada pula yang dijumpai lengkap berpakaian.. Perkara ini terjadi kepada seorang Muslimat - jemaah Tabligh katanya - yang mana dia ditemui dalam keadaan berpakaian yang lengkap malahan Niqabnya pun tak terusik!! Subhanallah!! Diceritakan bahawa mayatnya ditemui beberapa ketika - aku tak ingat adakah beberapa hari, minggu atau bulan - yang mana para penyelamat tercium bau harum. Maka melalui bau harum itu mereka menemui mayat muslimah itu tadi! Begitulah ALLAH memuliakannya dan memeliharanya dan lengkap berpakaian sunnah. Berbahagialah Muslimat itu!!