Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah,

Ada satu kisah seorang tabi'in yg dipuji orang, maka ia bertanya kpd yg memuji itu tadi:

"Apakah engkau pernah menguji saya ketika marah sehingga engkau ketahui kesabaran ku?"

Jawab si pemuji itu tadi: "Tidak!"

"Apakah engkau pernah menguji saya dalam berpergian sehingga engkau mengetahui kebaikan akhlak ku?"

"Tidak!" Jawab pemuji..

"Apakah engkau pernah menguji amanat ku sehingga engkau mengetahui benar-benar aku seorang yang amanah?"

"Tidak!" katanya si pemuji..

Berkatalah tabi'in itu: "Celaka engkau! Seorang tidak boleh memuji orang lain sebelum diuji dalam tiga perkara iaitu:

Tiga macam dari akhlak ahli Syurga dan tidak dapat kecuali pada orang yang baik budi:

a. Memaafkan orang yang zalim kepada mu
b. Memberi kepada orang yang bakhil kepada mu.
c. Membantu orang yang bersalah kepada mu.

Ini dari hal MEMUJI ... alangkan memuji pun begitu lagaknya, bagaimana pula jika berburuk sangka?

Pernahkah tuan puan dilakukan seperti itu? Niat yg baik dan ikhlas kerana ALLAH tetapi dipandang buruk oleh orang lain atas pelbagai sebab.

Sakit hati bukan?

Marah?

Andainya begitu.. cuba kita semak balik niat kita ketika melakukan kebaikan itu (terutama diri ku ini!!)  .. Adakah kerana Dia ... atau kerana dia ?

Andainya kerana Dia, maka ketahuilah bahawa Dia itu Maha Mengetahui .. terdetik dalam hati mu itu pun Dia mengetahuinya. Tak ada satu perkara pun terlepas dari pandangan dan kekuasaan Nya.. jadi.. kalau mereka berburuk sangka pada kita. .mengapa kita risau? Mengapa kita sedih? ALLAH kan ada!?

Tapi andainya kita buat kerana dia .. maka ketahui lah juga bahawa dia itu lemah ..dia itu tiada daya apa pun. Nak menggerakkan jari jemarinya pun perlukah qudrah iradah ALLAH jua..izinNya, baru bergerak hatta sebutir zarah di tengah tengah angkasaraya sekali pun!  Nah.. kalau begitu, memang selayaknya lah dia hanya menghukum ikut matanya sahaja (tanpa matahati yg kenal ALLAH) ...  Jangan lah bersedih! (ni bukan nak buat buku La Tahzan versi Malaysia pulak nih!)

Maka syarat pertama yg dinyatakan Tabi'in di atas tu memang tepat utk kita selaku manusia juga memaafkan manusia lain yg khilaf, sama seperti kita juga yg khilaf di masa masa lalu dan masa masa akan datang. Tak mahu kah kita kawan kawan dan manusia lain memaafkan kita? Tentu mahu bukan? Malah, bukan setakat mahu sahaja, tetapi kita sangat sangat sangat memerlukannya untuk menyempurnakan istighfar dan sujud taubat kita padaNya lantaran dosa sesama manusia tak diampunkanNya melainkan telah dimaafkan oleh mereka yg kita zalimi itu.

Ntah lah.. apa sahaja yang aku tulis malam malam nih...saja melayan hati tatkala kenangan menyapa diri ...  Cukuplah dunia ku utk hari ini... masa utk menunaikan hak yang lainnya pula.....

Wassalamualaikum warahmatullah..

 
Mafhum Hadith Nabi s.a.w,  Bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara" (Riwayat Muslim)

 
p/s: APa kena mengena antara 'Memuji' dengan 'buruk sangka' eh? Patutnya puji lawannya keji!? Ah.. dah silap petik. TAk apa lah kot.. penyakit hati belaka tu! ehehehe.. Ceroi!

0 Responses

Post a Comment