Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah,

Ada yang bertanya, kenapa ko tak tulis pasai Gaza? Pasai kebiadapan Israel? (Yahudi Zionist sebenarnya) LL4G dan lain lain.....

Nak tu memang nak la sahabat... memang nak sangat..

Dua tiga hari ni aku dok berjalan ke sana ke mari dok baca berita tentang perkara tu.

Nak aku tulis sendiri... mmmm..nanti dulu...

Sebenarnya, aku malu la sahabat... Aku malu nak tulis pasal tu kat blog aku nih. Apsal aku malu? Ko nak tau?



Pasal AKU MASIH KAT SINI!

Tu je sebabnya. TApi ni hukum utk diri ku sendiri. Orang lain tu mereka memang hebat dan kasihkan saudara mereka. Laungan Syahid di mana mana, semua umat ni nak mati syahid. Memang itulah sepatutnya. TApi bagi diri aku... aku masih kat sini beb! Seinci pun tanah para Anbiya' tu tak pernah aku jejak. Selai bulu Yahudi laknat tu pun tak pernah aku tebas! Macam mana lah aku nak tulis kat sini pasal mereka? Eh eh! Ni aku dah tulis nih! Ye laa Ye laa Ye laaa..

So kalau nak baca tentang berita yg korang tanya tu, jom la kita pi blog lain yg banyak mengutarakan hal ini. Antaranya palestine kini tu. Rajin rajin ko search kat Youtube.. dan merata rata web lagi. InsyaALLAH , ada.. kat sini tak ada apa sangat...

Hanya pesan aku pada diri aku sendiri. Kita ni (termasuk aku) IMAN begitu lemah. Tatkala 'kutukan' dan 'bantahan' telah ALLAH tunjuk dalam kitabullah.. Kita masih terkial kial dan terhegeh hegeh nak BERUNDING ..BERUNDING ...BERUNDING .. dengan si laknatullah Zionist tu. Tak abih abih.. PELAN DAMAI...PELAN DAMAI...PELAN DAMAI...
Adakah kita ni rasa yang OTAK kita ni terlalu bagus sampai ayat ayat ALLAH kita pandang sepi? Kita siap amik mereka buat TUAN PENASIHAT 25% pulak lagi!!!

Mana IMAN kita??? Mana Yakin kita??

Kutuk kutuk kutuk.. cukup dah. Weh! Ko tu PEMIMPIN..ada KUASA... kutuk mengutuk ni kerja org macam aku nih... air liur je. HANTOR LA ASKAR KE SANA! Dah tahu Zionist tu CELAKA.. ko bior je kapal tu pergi unescorted dgn korang punya Battle Cruise yg kononnya hebat? Weh! Pegi duduk tepi sana lah..tak yah buat press statement kutuk keras kutuk lembut.. HANTOR ASKAR pi sana la BACUL!

Hah..amik! Sekali dgn aku aku sekali Bacul.. sebab aku....




masih di sini.
Labels: | edit post
1 Response
  1. NurQ Says:

    sy pun masih disini.....isk3....


Post a Comment