Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah,

 Baru balik dari bersafar. Sakit sakit pulak badan ni..alhamdulillahi 'ala kulli makaann... Dapat jumpa ramai umat dari saudara seaqidah. Sof perlu dirapatkan lagi luar dan dalam jemaah.. Kerja umat ini adalah utk berusaha dan tinggalkan keputusannya pada ALLAH. ALLAH tak lihat keputusan, tapi ALLAH lihat usaha.

Teruskan berusaha wahai mujahid mujahidah! Banyak benar lompong lompong yang perlu ditampal. Namun dalam berikhtiar menampal lompong lompong itu, jgn ditinggalkan dakwah. Teruskan juga. Kita tak perlu jadi Super Mukmin untuk melayakkan diri jadi seorang pendakwah.. Daie ... mewarisi dan meneruskan kerja Nabi kita. Nanti kita nak balik jumpa ALLAH..nak jumpa Rasulullah s.a.w. nak jumpa para sahabat r.anhum.. hjuhuhuhu..nangisss nangisss...

Ayuhlah kita sama sama jadi sang musafir, mengembara di tanah gersang nan tandus ini, untuk kembali menuju ke kampung asal Tok Adam kita... Jangan terpesona dalam perjalanan ini, ketahuilah kita hanya menumpang lalu di sini.. di bumi yang bakal hancur. Bumi yang memenjarakan kita, namun insyaALLAH jiwa kita bebas merdeka! Mari kita sama sama jadi Abdi .. kita Abdi je sahabat... kita bukan Tuan. Jadi berhentilah jadi 'Tuan' , marilah kita jadi Abdi pada Tuan kita yang sebenar.. ALLAH S.W.T.   Mari kita limpahkan kasih sayang kita sesama umat, sebagaimana kita kasihkan diri kita sendiri, dan marilah kita limpah ruahkan kasih sayang kita pada baginda Rasulullah s.a.w. melebihi dari ibu ayah, anak isteri saudara malahan diri kita sendiri! Korban!!! Korbannn!! Korbann!!!


Ayuh Ummati!!!  Ayuh Diri!!!!
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment