Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah..

Tiga hari yg lepas (masa aku publish ni dah 4 hari dah la) , apa yg dirancang beberapa minggu lepas telah dilaksanakan. Ops Sariap telah pun dilancarkan! Ikuti seterusnya di bawah ini yea! (perah santan kejap)

Pagi pagi Jumaat, sebelum Subuh aku bertolak ke sebuah Pekan Kecil di Utara tanahair. Langkah pertama untuk Ops Sariap kami kali ini setelah sekian lama sejak kami melakukan Ops secara bersama sama. Bezanya, kali ini disertai oleh saudara salah seorang yg terbabit beserta staf stafnya.

Aku sepatutnya bertolak ke KL untuk menyertai demo anti Yahudi Zionis di Kedutaan AS nun pada hari yang sama. Dah masuk dalam program dan ahli ku semua dah aku bagitau.  Aku akan pergi pagi dan insyaALLAH petangnya aku baliklah. Pergi naik kenderaan awam je.. Keretapi.  TApi hairannya aku asyik tertangguh tangguh untuk beli tiket. Nak pegi je ada je aral yang tiba. Akhirnya aku fikir tak per lah. InsyaALLAH pada hari berkenaan tu aku terus pi kaunter terus beli je tiket. InsyaALLAH kalau sudah ditaqdirkan ada kerusi untuk ku, takkan ada suatu kuasa pun yang dapat mengambilnya dari aku. Lagipun aku ada hal lain yang perlu aku bereskan. Jadi..aku tawakkal. Rupa-rupanya..ALLAH nak beri masa aku ni untuk sahabat lama ku dunia akhirat nih. Maha Suci Engkau lagi Maha Perancang! Aku tukor Plan.Rupanya Ops Sariap sudah activated pada tarikh yang sama!

Pergerakan

Aku solat subuh berjemaah dengan seorang pekerja Propel di pondok wakaf R&R Sungai Bakap. Alhamdulillah..bacaannya baik. Sempat aku jemaah dengannya sebab dia baca as-sajadah .. Pagi Jumaat yang hening dan syahdu. Memang syahdu bagi aku    ..kesan Ops Sariap ni memang meyirapkan darah          kemanusiaan, persahabatan, dan macam macam perasaan bercampur gaul menjadi Rojak sebuah kehidupan. (kehidupan aku dan rakan rakan la kot)

Destinasi

Kira kira hampir pukul 7.30 pagi, aku sampai ke Destinasi. ****** Inn, di pekan kecil di Utara Tanahair. Di sana, Raxtor 1 sudah menunggu.. (sebenornya dia baru nak mandi..kui kui kui) ... kami lepak kejap, then aku call Raxtor A yg aku sudah siap sedia di Lokasi 1. Raxtor A bagitau, "tunggu situ, nanti aku datang!"

Sempat lagi aku buat taik mata sementara menantikan Raxtor A datang.. ehehehe.. Bukan apa, petang semalam lepas perbincangan akhir yg pendek dgn Raxtor A di tepi Highway, aku kena balik segera pasal ada kerja taip menaip belum selesai. Sedangkan esoknya semua borang tu kena sedia (maahad cuti). Malamnya aku ada tugas lain yg perlu diberesi juga, hampir pukul 1am baru sampai rumah.. ikut plan asal aku tidur dgn Raxtor 1 kat Inn di pekan kecil tu. TApi aku fikir kalau aku jalan pun..insyaALLAH aku tidur tepi hiway nanti pasal ngantuk. So aku tidur je lah kat rumah, bangun kul 4, tunaikan hak pada yang berhak, then kul 5 aku jalan lah. Alhamdulillah, ALLAH izin dan perjalanan aman, selamat sampai jam 7.30am.

Raxtor A pun sampai, buat perbincangan akhir lagi.. Peh tu, Raxtor 1 berkemas, aku pun dah ever ready lillahi ta'ala. Kami turun sarapan dulu, ada kupon dah pun. Makan je lah. Simple je tapi alhamdulillah, menyelerakan. Aku belasah mee goreng skit, Nasi Goreng Skit dan sambal tumis ikan bilis. Sambal dia sedap juga menyebabkan aku hampir hampir makan 2/3 perut aku. Tapi alhamdulillah tak berlaku sebab tak ada orang kat situ melainkan kami, so waiter tu nanti nampak aku kuat makan pulak ( aduhai..takut makhluk lagiii.. ampuni Ya ALLAH!) Rugi pahala aku di situ. Sila ambil perhatian aduhai diri!   Raxtor 1 ni dulu Senior aku dalam Kadet. Dia kira jadi Y.O. dah le masa aku senior. Sekarang dah jadi geng. Bujang lagi. Banyak yg difikirnya. Tapi aku bukan nak citer pasal dia. Nanti nak kena dapatkan copyright pulak..ehehhe..

Lepas sarapan, kami pun bertolak ke Area 1. Berpusing tiga kali jugak untuk aku cari lokasi yang sesuai. Akhirnya kami dapat area gerai kosong yang mungkin belum bukak pagi pagi tu. AKu park keter dan kami keluar lepak kat pondok yang ada di situ. Tak lama, dalam tak sampai pun 5 minit, Raxtor 1 baru je nak duduk depan aku, aku nampak dah Target dah mula bergerak dari lubuk. Aku bergegas ke cockpit menghidupkan pesawat.. ehehehe... Raxtor A call mengatakan GO! Kami pun bergerak pada jarak yg selamat dari Target. Mmmm...Target menghala ke arah yang aku tak biasa. (area tu kira aku biasa la jugak, pernah datanglah kalau tak biasa pun) .. Aku follow, banyak jugak simpang, satu satu kereta enter frame, akhirnya jarak kami dibataskan oleh 5 buah kenderaan! Tak leh jadi! Dalam masa seminit dua, aku jadi Schumaccer (betul ke eja?) .

Target masuk ke stesyen Bas pekan XY. Eh! Aku heran, bukankah patutnya dia ke Pekan XYZ? Tukar plan nih!! Kelam kabut mencari Target. Target hilang dari pandangan! Aku tak boleh menjelmakan diri lantaran Target mengenali aku. Malah aku pernah bermalam pun di rumah mereka sebelum ini. Siap masak lagi (wife aku lah) ... tapi aku tak pernah sembang dengannya walau sepatah. Aku hormati dia teramat.

Raxtor 1 terus aku kerah keluar mencarinya di sekitar. Dalam kelam kabut tu, speknya jatuh tanpa dia sedar. Dia masa tu pakai spek menembak aku dulu. Spek sukan yang tak ada power.. tak lama dia patah balik, katanya mana spek aku? Udah cari spek dia pulak..aku rasa macam nak kena ke Plan B je nih. Memang spek dia dah jatuh, dan dah hancur dah pun. AKu jumpa di simpang jalan (dia dok cari dalam pesawat ehehe) ... Aku masih simpan spek hancur tu dalam keter aku. Nanti ada rezki jumpa dia lagi, aku bagi balik kat dia. InsyaALLAH masa tu kami akan terkenangkan akan Ops Sariap nih!

Raxtor 1 gagal mengesan Target. Aku ambil risiko ronda di kawasan keliling. Sah! Target telah pun beredar. Tak nampak pun keretanya!!! Mmmm... Terus Call Raxtor A memberitahunya..  Plan B activated!!....


Raxtor A menjalankan PLAN B setelah Plan A di atas tu gagal. Dengan izinNya Yang Maha Esa, Plan B berjaya dilaksanakan oleh Raptor A. Maka dapatlah kami akan maklumat tentang Destinasi, Masa dan Bas yang bakal dinaiki oleh Target. Raxtor A datang semula dan menyertai kami di pekan XY, lalu kami sama sama beli tiket pada syarikat Bas yang sama berdasarkan maklumat yg diperolehi. Kemudian mesyuarat ringkas sekali lagi untuk memastikan perjalanan mengikut apa yang telah dirancangkan.

Selesai taklimat ringkas, kami berpecah. Raxtor 1 sibuk mencari top up, Raxtor A balik dan Aku.. bergegas balik ke IPOH.


Bersambung..

p/s: Flashback Plan

1. Supaya Raxtor 1 mengekori Target dan sama sama beratur beli tiket ke destinasi, waktu, bas yang sama. Bertujuan supaya maklumat-maklumat yang diperolehi tentang plan onar mereka itu masih valid dan juga bagi memastikan tiada berlakunya pertukaran ke atas plan onar tersebut. Justeru, di sini peranan Raxtor 1. Ibarat Pegawai Pengiring lah.

2. Pertukaran Plan dari Pekan XYZ ke Pekan XY telah dimaklumkan oleh Raxtor A ketika aku hidupkan enjin pesawat. (ehehehehe lagi) .. aku je tak perasan. TAk per lah.. dekat la skit, kalau tak, makan masa 45 minit jugak la tu. Kalau Jammed lagi payah. Silap silap, hilang jejak terus sejak awal lagi. ALhamdulillah.. Engkau Maha Mengetahui akan kelemahan kami ini.
3 Responses
  1. NurQ Says:

    adess...ostat2....cite la bagi habis...


  2. Ostat? Ostat mana tu? Silap org kot?
    Apa pun.. Sesungguhnya, ALLAH bersama orang orang yang bersabar... ehehehe..

    Pelan pelan.. noo...

    Terima kasih mai masuk sini.


  3. NurQ Says:

    ohh silap! tepung kastad daa....


Post a Comment