Azhar Hashim
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH Yang Maha Esa yang memberikan ku kesihatan, kelapangan dan ketenangan dalam hidup beragama. Ku pohon taufiq dan hidayah Mu Ya ALLAH buat ku hingga nafas ku yang terakhir juga buat keluarga ku, jiran jiran ku, saudara seaqidah ku di mana sahaja mereka berada dan kepada seluruh manusia umat Muhammad s.a.w.

Hanya nak bercerita tentang anak ke empat ku Juwairiah.. seorang anak istimewa. Hanya satu yang aku nak sentuh, anugerah yang ALLAH berikan pada kami. Juwairiah ni, suka tersenyum bahagia walaupun ketika sakit demam atau terjatuh. Di masa kecil, dia kerap terjatuh samada ketika berlari mahupun ketika bermain. Berdentum dentam kepalanya terhempas ke lantai..subhanallah! Sampaikan seolahnya kepalanya keras macam batu sudahnya. Tiada tangisan tatkala jatuh! Kecuali kalau memang betul betul sakit, baru dia mengadu sakit.

Juwairiah ni yang paling rapat dengan aku lah. Dan dia ni boleh berpergian dengan aku walau tanpa ditemani ibunya. Malah ketika kecil, dia kerap ditahan di wad dan semasa di wad, akulah yang menunggunya dan tidur bersamanya. Ketika aku masih berkhidmat, ada masanya aku bawa dia bersama ku balik ke kampung, hanya kami berdua. Dia tak ada masalah tentang itu. Kelebihan yang ALLAH beri pada anak aku yang sorang nih. Tak meragam tak merungut walaupun ketika sedang sakit! Subahanallah... Alhamdulillah. Inni haza lahuwal Fadhlummubin ...


Six Sense

Juwairiah ini dianugerahi ALLAH akan perasaan naluri yang agak tajam. Dia ni nampak apa yg kebanyakan dari kita tak nampak. Pernah dalam kenderaan dulu dia melambai lambai keluar, bila ditanya, katanya.. "Tu kawan" ..dgn bahasa pelatnya. Akusengeh je lahh.

Jaulah
Hanya satu peristiwa dalam perjalanan ke Kelantan, melalui Grik. Waktu Senja, tika tu di duduk di kerusi depan dan yang lain lain di belakang. Tiba tiba dia menekup mukanya ke riba ku sambil menutup wajahnya dan menjerit dan menangis. Di tanyai kenapa nih? Dia membuka sebelah tangannya (menekup muka) dan lihat ke windshield serta tingkap sebelah kiri, dia menjerit kembali dan menutup muka, " Tuuuuuuu!!!" katanya! "Tuuuuuu...takuttttttt!" ah sudah.. Ada makhluk yang mengikut!


Di Kampung

Dulu ketika aku belum menamatkan perkhidmatan ku, insyaALLAH selang seminggu aku balik ke Ipoh untuk menjengah ibu. TAk semua keadaan aku membawa semuanya balik bersama, ada ketikanya aku balik sorang. Tapi, insyaALLAH tiap kali nak masuk ke rumah Mak, Juwairiah akan menangis tak mahu masuk. Pelik, kalau rumah mertua ok je dia. Then fahamlah aku akan keadaan anak aku tuh. Sesuatu perlu dilakukan. Mak pun pernah cerita yang bukan bukan. Hmmm..alam ini kita tak pulun sorang, berkongsi dgn makhluk ALLAH yang lain.



Di Perumahan Mertua

Ketika di Pasar Tani, di kawasan perumahan mertua, aku memegang tangannya sedangkan aliah sibuk tunjuk tunjuk (shopping la tu) tiba tiba Juwairiah terpegun, tak mahu jalan. Isk..ni pasar pagi nih. Juwairiah buat hal lagi ker. Aku pun melayannya dan berhenti, aku tenung ke arah yang dia terpegun. Aku tanya:

AKu: Kenapa ni Juwairiah?

Juwairiah: (mendongak tengok muka ku)

Aku: Aju nampak kawan yer?  (sebab aku tak nampak riak ketakutan di wajah dia)

Juwairiah: (tersenyum) a' ah .. tuuuu..kawan tuuu... (sambil tunjuk ke satu arah yg ramai orang tapi aku tak nampak pun ada budak mahupun orng yg memandang ke arah kami)

Aku: Ok tak per.. babai kawannn...cepat..

Juwairiah: Babai kawannnnn..babai kawannnnn (melambai lambai)

Ketika nak balik, aku tanya dia lagi..

Aku: Aju... kawan mana?

Aku nak test tengok samada masih merenung ke tempat yang sama atau tidak.Bila aku tanya dia je soalan di atas tu, dia tertoleh toleh ke banyak arah, seolah mencari sesuatu. Dan kemudian terpegun ke satu arah dan menjerit

Juwairiah: Tuuuuu..kawan... Babai kawannnnn...assssmekommmmmm.... (pelat).

Ibunya panik, aku katakan tak apa..dia tak takut pun..kira ok la tu.. bunian pun nak shopping gak kot.. ehehehe..

Di Perkuburan

Terkini (bulan lepas) ketika aku bawa anak anak termasuk anak angkat ku Farid yg bercuti dari pengajian mereka untuk pergi mengziarah ke kubur ayah ku. Kami pun berdoa, berzikir, membaca qur'an dan lain lain di situ sambil kemudian membersihkan sikit kawasan tu. Juwairiah dok main main di pinggir kuburan yg ada binaan tepinya. Kehulu ke hilir dia. Aku tak henti perhatikan dia.. Girang je dia bermain. Alhamdulillah. Biasanya aku peluk dia dan letak atas riba aku. Tapi hari tu kami pegi agak ramai (lapan orang) dan aku nak luang masa lebih dgn anak anak yg bercuti 4 hari nih, so dia bebas sikit diawasi ibunya dan adiknya razin. Ketika hampir selesai semua, Juwairiah terhenti (aku pulak ketika itu ditaqdirkan -bukan kebetulan- sedang memandangnya) Dia pandang terus jauhhh ke belakang. Kemudia dia menuding jari ke satu arah di belakang kami...

Juwairiah: Eh eeeee.. Hantuuuu.. tu abah..tu hantuuu.. banyakkkk....

Ehehehe..pagi pagi syuruk dia dah nampak dah. Tapi tak de nampak macam dia takut pulak. Kira ok la tu. Ntah ntah Malaikat kot! Abag abang dan kakaknya ketawa jer. Mu'az agak serius sikit bab bab macam nih. ehehe.. Kemudian kami pun balik, aliah dah macam takut pulak..ahaha.. so aku tag dia dgn Mu'az putera sulung kami. Biar mereka tunggu di depan dan aku berpatah balik dengan Juwairiah ke kereta melalui di tepi kawasan yang Juwairiah tuding tadi. Aku palingkan kepala dia supaya pandang terus ke depan sambil buat apa yg patut.


Di Tepi Semak

Suatu ketika dulu, waktu remang senja, aku melalui jalan pintas dari Taman Saz ke Alkaff iaitu jalan bawah Taliapi tu, jalan tu muat muat kereta je dan tak ramai pun yg ikut jalan tu. Jalan tu agak semak walau kiri dan kanannya ada bangunan kedai. Kira tu tanah TNB lah pasal bawah TaliAPi. Aku lalu situ, Juwairiah menoleh pada aku..

Juwairiah: Isk!! Abah niiiiiii..... Cepat laaahh.. (pandang ke luar macam cemas) ..

Aku: Ok ok..kejap jer..

Juwairiah: ALaaaaa..cepat laaaaahhh!!! (muka nak nangis)

Dia dok toleh ke tepi tingkat ke arah semak tu sambil merapatkan diri pada aku. Nampak lagi le tuh! Salah aku juga lalu ikut situ. Kena la buat apa yang patut..karang ada yang ikut. Lepas je laluan tu, dia ok dan duduk menyandar balik. Laluan semak tu dalam 10 meter jer..mungkin juga kurang lagi dari itu.

Apsal lak nih?

Saje je aku tulis kisah ni pasal hari tu aliah aku komplen katanya TV asyik tunjuk cerita seram jer. Seram betul tak per tapi khurafat. Terkini katanya cerita orang minyak pulak. Wahh! Aku pun ada pengalaman kejor Orang Minyak kureng asam nih... zaman pelajar dulu.

Tu bila duduk depan PC ni, mula menulis tentang kisah kisah makhluk halus yang tak nampak nih. Nak kasi tau mereka pun ada share dunia nih. Mereka tu makhluk ALLAH jua. Tak de kuasa, tak dapat memberi mudharat mahupun manfaat. Tak yah kita takut dan pi minta tolong dengan mereka pula. Nabi dah bagitau ada segolongan dari kita yang minta tolong dgn jin ni, tak lain menambahkan kesombongan para Jin ni. Takut takut jatuh syirik pun buleh dibuatnya oleh Jin kafir nih. Lagi pun, susah kita nak tau kafir ke Islam ker pasal kita tak nampak amalan dia. Apapun, ada yang ALLAH beri kelebihan menguasai jin ni tapi mereka yang tertentu sahaja.

Udah la yer..

Wassalam.
0 Responses

Post a Comment