Azhar Hashim
Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T. Tuhan Sarwa sekelian alam, selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait para sahabat r.anhum dan umat islam seluruhnya di segala pelusuk alam.

Kita semakin jauh dari baginda s.a.w. Semakin sayup dari 'penglihatan' baginda s.a.w. Semakin jauh kita, semakin dekat kita dengan kehancuran Iman dan amal kita. Moga-moga ALLAH pilih kita untuk kembali mengamalkan amalan-amalan Nabi s.a.w. dan para sahabat r.anhum.





Pengenalan

Sebenornya ini perkara lama. Tapi masih relevan dan insyaALLAH terus relevan. Boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan dalam apa sahaja bentuk. Fikir kali ni aku nak kongsi sama dengan blog ni insyaALLAH. Korang buleh kaitkan dan qiyaskan dengan perkara-perkara dan hal-hal lainnya selepas ini insyaALLAH..

Jagalah Lidah Tu

Penanya: Assalamu'alaykum! Pe kabar weh?

Siditanya: Alhamdulillah, aku ok, sihat sejahtera! ehehe.. Ko cam ner?

Penanya: AKu ok!

Eh! Mana anak-anak ko? Tak nampak pun?

Siditanya: Oh! Diaorang kat Asrama diaorang ler.

Penanya: Eh! Anak ko kan kecik lagi? Asrama mana pulak tu?

Siditanya: Maahad Tahfiz..

Penanya: Oooo.. Mahad tu ker, bagus la tu. Eh..tapi..ada akademik tak?

Siditanya: Sengaja aku pilih yang tak ada akademik, aku nak derang fokus.

Penanya: Lerr.. Belajar Qur'an jer? Akademik tak der? Cemana tu..

Siditanya: Eh! Cemana per? Cam tu lah! 

Selesai Kisah 1.

Kisah 2

X:  Abang tak setuju ko hantor anak ko masuk situ!

Y: Kenapa pulak tu bang?

X: Gelap masa depan anak anak ko masuk situ!

Y: *...Diam..*


Kisah 3

Kiah: Kenapa ko hantor anak ko situ?

Esah: Kenapa pulak tu akak? Ada apa apa yang tak kena ke?

Kiah: Bes tu, kalau dah belajar menghafal je, akademik dan lain lain tak ada, nak jadi apa anak anak ko tu esok?

Esah: Eh! Jadi Hafiz Hafizah lah kak!

Kiah: CUkup ker? Nak makan apa nanti tu takat hafal Qur'an. Dunia ni penting jugak Esah oii.. Akhirat memang kena cari, tapi dunia jangan dibuang!

Esah: *..diam ..*


Itu antara (ada banyakkk) persoalan dan pertanyaan dari orang ramai kepada ibubapa yang berkorban dengan mewakafkan anak-anak mereka ke jalan ALLAH. Ni dialog dipilih khusus, ada macam macam dialog. Cukup lah tiga.

Persoalan yang mendatang boleh jadi datang dari kawan rapat, kawan biasa, sahabat handai, ibubapa, keluarga adik beradik dan lain lain. Dari pengalaman, pertanyaan dari adik beradik paling kerap dan lumrah. Mungkin atas dasar 'ambil berat' . Masalah mula timbul bila yang dipersoalkan itu melibatkan KALAMULLAH!

Jangan Begitu

Dalam ketiga tiga dialog di atas tu, pengakhirannya ialah 'jangan layan' kalau kita tak mampu nak jelaskan dengan baik pada penanya. Kerna apa? Kerna kesian pada dia, kata-katanya boleh menjurus kepada kekufuran kerna menghina Al-Qur'an dan tidak yakin dengan ayat ayatnya!

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;  (Al-Baqarah:2)

Tiada sebarang syak dan keraguan lagi bahawa Al-Qur'an ini datangnya dari ALLAH S.W.T  Maka semua umat Islam tahu bahawa ALLAH itu tidak melakukan sesuatu yang sia sia. Malahan Al-Qur'an itulah gedung Ilmu (Ilmu = Al-Qur'an + Sunnah) .

"Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh," (Luqman:2)

Maksud  ٱلۡحَكِيمِ itu adalah bijaksana. Ayat-ayat dalam kitab ini adalah ayat-ayat yg bijaksana, penuh hikmah. Maka kalau mahu menjadi seorang yang bijaksana, perlulah menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an dalam percakapan harian. Itulah ayat-ayat dari Tuhan Yang Maha Bijaksana. Maka adakah di sana lagi kebijaksanaan yang lain lagi selain dariNya?



"Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik" (Luqman:3)

Ayat-ayat Al-Qur'an itu menjadi petunjuk kepada manusia. Tapi bukan sebarang manusia, ianya menjadi petunjuk bagi orang-orang yang beramal soleh. Maka barangsiapa yang tak suka, tak berkenan, besar kemungkin orang itu adalah mereka yang mengamalkan amalan amalan tholeh!!  Sama-sama lah kita bedah diri dan semak semula iman kita ini. Kerana apa? Kerana ayat ini:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. " (Al-Anfal:2)


Fikir Fikir

Kita sekarang, umat ini ramai yang belajar tinggi, berilmu dan berkemahiran. TApi amal kurang, lantaran terlalu sibuk mencari Ilmu sampai tak sempat nak beramal. Justeru itu keberkatan (salah satu) ilmu telah ditarik dari hati hati umat ini.

Cuba tanyakan pada saudara muslim kita, apa hukumnya solat Jemaah? Tanyakan yang mana utama, solat sendirian di rumah atau solat Jemaah? Mana yang ALLAH lebih suka? Mana yang lebih berpahala? Rasul kita s.a.w. pernah tak solat seorang diri? (Fardhu) ..

Soalan soalan itu kacang je bagi mereka untuk mereka menjawabkan, silap silap disyarahnya sampai habis 5 cawan kopi pun tak abih abih lagi, sambung lagi syarah sampai Muazzin dah melaungkan azan menyeru umat untuk menuju kepada kejayaan, mereka masih di bangku kedai kopi tu jugak mensyarahkan keutamaan Solat Jemaah. Yer.. mereka ada ilmu, tapi mereka tak beramal. Justeru Masjid masjid kita kosong! Keberkatan Ilmu telah ALLAH tarik!

Cuba tanyakan anak anak gadis, apa hukumnya mendedahkan rambut? Rambut tu aurat atau tidak? Boleh atau tidak memakai pakaian jarang? Boleh atau tidak mewarna rambut, kuku, cabut kening dll lagi lah. Korang cuba buat survey (bg muslimat) tengok. Adalah mereka memberikan jawapan selaku seorang Jahil atau jawapan seorang 'alimah?  Tapi...mana 'amal solehnya?

Justeru itu, keyakinan pada agama juga sudah ditarik balik. Bicara berdegar degar tentang agama, bila tiba menuntut pengorbanan harta, mereka senyap, bila dituntut pengorbanan tenaga, mereka lari, bila diberitahu tentang pengorbanan masa, mereka mengelat, bila dibicarakan tentang korban perasaan, mereka mencebik! Ini orang orang yang cakap pong pang pong pang tentang agama, tapi merekalah yang culas!  Bagaimanakah keadaannya kita nanti bila tiba genderang perang dibunyikan? Bila Tentera Mahdi diseru? Sanggup ke kita korban Nyawa??

Maka tak hairanlah Al-Qur'an dipandang sepi, dibanding bandingkan dengan akademik. Tanpa mereka memikirkan adakah akademik tu selayaknya dibanding bandingkan dengan Al-Qur'an. Yang mana satu yang utama.. Al-Qur'an atau Akademik? Yang mana lebih mulia ?  Cuba jawab.  ... Memang Boleh jawab punya..pasal mereka BERILMU.. tapi AMAL jauh, maka PERBUATAN mereka malah PERCAKAPAN mereka menyalahi ILMU yang mereka ada. Yakin mereka hampir kosong. Mereka lebih YAKIN janji janji makhluk tentang 'masa depan' berbanding dengan janji janji ALLAH dan RasulNya. Padahal ALLAH tiada mungkin menghelahi janji janjiNya!



Hafiz Gelap Masa Depan?

Salam.. Sekarang ko nilaikan antara Ilmu dan Iman masing masing. Sesuai atau tidak kata kata seperti tajuk di atas tu korang lontarkan pada anak anak hafiz yang belajar Al-Qur'an? Mereka menyimpan kata kata ALLAH dalam dada dada mereka sejak kecil itu. Nah apa kata kamu pada mereka ini? Tanya diri sendiri dalam dalam mulai sekarang ini. Bayangkan mereka itu anak kalian sendiri, atau adik, atau cucu, atau anak saudara atau siapa sahaja yang kalian kenali dan sayangi. Apa dalam benak kalian bila anak anak ini belajar Al-Qur'an sepenuh masa, menghafaz dan belajar Hadith tanpa belajar matematik sains dsbnya. Cuba renung. 

Bila dapat jawapan kalian, kalian baca balik ayat ayat qur'an  di atas permulaan entri ini. Selari atau tidak dgn jawapan kalian tu, ngam atau tidak. Adalah jawapan kalian pada tajuk kecil ini menepati ilmu yang kalian ada, atau kalian sudah menyimpang?

Adakah jawapan kalian tuntas, atau masih ada TAPI dalam pada mengaku atau menolak? Contoh ayat,

"Betul lah tu..memang ok dah tu.. TAPI  ..."  Biasa dengar kan?  Atau pun.

" Aku memang sokonglah sangat sangat tu...memang bagus betul.. TAPI ..."

Biasanya selepas TAPI akan diikuti dengan ayat ayat Penafian ke atas penyaksian pada awal ayat. Betul tak?  Korang fikir sendiri, ada konflik tak antara duniawi dan ukhrawi? Bukan orang lain, tapi DALAM DIRI KALIAN SENDIRI (Termasuklah aku terutamanya)




Pesan Memesan

Pada ibuayah yang telah mewakafkan anak anak kalian untuk umat ini. Maka teruskanlah, yakinlah dengan janji janji ALLAH. Perbetulkan niat kalian, tiada mahu apa pun dari dunia ini melainkan hanya semata mata kerana ALLAH. Kalau ada antara kalangan keluarga tuan puan yang mengutarakan pertanyaan pertanyaan seperti contoh di awal entri atau yang seumpamanya, tuan puan senyum dan pohonkan hidayah untuk mereka dan tuan puan sendiri. Kasihan mereka kerna mereka tak mengerti. Mereka telah merendahkan Kalamullah dgn ilmu akademik yang tiada jaminan pun dari ALLAH S.W.T. Mereka meletakkan  habuan duniawi yang sedikit itu di atas Kalamullah. Mereka mengutamakan duniawi ini melebihi ukhrawi. Inilah fitnah akhir zaman untuk umat akhir zaman ini.. pilihan antara Dunia atau akhirat. Bersyukurlah kalian kerana telah dipilih ALLAH untuk mengorbankan perasaan kasih sayang rindu dendam pada si kecil demi keranaNya. Sungguh sungguhkalian beruntung.. bersabarlah..

Masa Depan?

Masa depan yang dimaksudkan oleh pencinta pencinta dunia ini ialah sekitar 20-30-40 atau 50 tahun akan datang. Itulah masa depan pada mereka. Itupun tiada jaminan apakah esok kalian masih bernafas? Atau, apakah selepas membaca entri ini kalian PASTI lagi masih hidup? Tiada Jaminan! Setuju? Kalau setuju, cuba fikirkan, selari atau tidak ilmu tuan puan dgn perbuatan tuan puan?

Para pencinta kehidupan dunia ini, mereka lupa yang ruh mereka itu hidup selamanya, tiada lagi pengakhiran. Dan bermulanya kehidupan itu ialah selepas adanya kematian. Itulah MASA DEPAN.

"Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku;" (asy-Syu'ara: 81)

"Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Dia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Dia mematikan kamu; kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan (denganNya)".(Ar-Ruum:40)


"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan" (An-Najm:44)

Ye! MASA DEPAN itu bermula di ALAM BARZAH. Nah! Di kala itu, di masa depan itu, apakah yang akan menerangi akan masa depan mu itu? Adakah engkau yakin wahai pencinta dunia yang MASA DEPAN kamu itu cerah secerah cerahnya?

Marilah kita bersama sama beristighfar dan bertaubat kepadaNya. Sudah terlalu banyak kezaliman yang telah kita lakukan samada kita sedar atau tidak. Suka atau tidak. kita tetap telah pun berlaku zalim pada Yang Maha Esa dengan meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya.

Apabila tiba kepada persoalan agama, baik dari segi Syiarnya, Sunnahnya, Hal Ehwal Ummatnya atau apa sahaja, maka berhati hati dalam berkata-kata, takut takut bimbang bimbang kita sudah mengzalimi diri kita sendiri. Ada seorang itu di FB bila aku nasihatkan dia agar mula memakai serban (kerna dia kata dia tak pakai serban, kopiah etc etc) ... kerna perbuatan itu membawa pahala, dia perlekehkan dengan mengatakan para Singh tu pakai serban dapat banyak pahala, dan dengan pahala tu dapat buat rumah banyak dalam Syurga!

Org macam ini kita perlu kasihani dia dan pohonkan hidayah padanya. Cukup sekadar itu tak perlu bercakap lagi, bimbang dia makin melalut.  Semoga kita tergolong dari golongan mereka yang tidak berkata-kata melainkan kata-kata itu membawa kepada kebesaran ALLAH, membawa kepada kisah para Rasul dan sahabat r.anhum supaya diambil iktibar dan pengajaran, semoga kita tidak bercakap lagho dan lupa dari mengingati ALLAH jua... 


سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Labels: | edit post
2 Responses
  1. Hmmm bila difikirkan betul juga....Kita terlalu mementingkan duniawi hingga terlupa rezeki itu milik Allah s.w.t. Moga diberi hidayah dan kekuatan pada para tahfiz.....


  2. Azhar Hashim Says:

    Semoga ALLAH pilih kita dan diberikan kita faham agama insyaALLAH.

    Bersama kita Akhiratkan dunia kita.

    Tiadalah kekuatan melainkan Dia Tuhan Yang Maha Berkuasa.


Post a Comment