Lanjutan daripada posting sebelumnya (Balik Raya Nih...) Subuh tadi Allah S.W.T. beri keizinannya untuk berjumpa saudara baru kita tu, Aiman, orang Iban. Dalam perjalanan balik ke rumah tu kami sembang sambil jalan kaki..dan memang dia kata tak dapat pun zakat sejak dia masuk Islam lagi... "tak dapat" ujarnya....
Sorang lagi tak dapat...Bila agaknya jumpa saudara baru yang kata dia dapat zakat! Agaknya kena jadi Ahli AMENO dapat le kot? Entah ler..cuma terfikir jer...
Malam Teristimewa
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Ab Rahman
(Artikel ini diterbitkan di METRO AHAD 8 Oktober 2006 dalam versi lebih ringkas)
Web : www.zaharuddin.com
Group : http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/
Ertinya : “Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)” ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Ertinya : “ Apabila telah masuk bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Keistimewaanya
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ; justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai’d Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.
2) Di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu. Syeikh Dr Saleh Al-Munajjid berpendapat bahawa pada malam itu, dipindahkan dari Qadar manusia dipindahkan dari lawh mahfudz. Hal ini dapat difahami melalui ayat surah al-Dukhaan ayat 1 hingga 6 menurutnya. Justeru, seeloknya kita menghidupkan malam ini dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita. Demikian juiga difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. ( Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.
3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat. Perlu difahami bahawa para ulama menyebut bahawa seribu bulan yang dinyatakan dalam ayat quran ini bukanlah bermaksud ‘tahdid’ atau menghadkan ganjarannya kepada ‘seribu’, tetapi ia sebenarnya bermaksud satu pergandaan yang tidak terkira banyaknya, manakala jumlah ‘seribu’ itu hanyalah contoh yang mewakili suatu jumlah yang amat banyak; disebutkan oleh Imam Malik dalam al-Muwatta’ bahawa gandaan ini adalah sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).
4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as). Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.
5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera, sehinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.
6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah; ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)
Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat mansia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun, terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. Iaitu seperti esok harinya tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan bagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana sesebuah Negara berlainan, di Negara barat mungkin sedang mendung kerana musim sejuk, di afrika mungkin sedang terik, maka adakah mereka mala qadar tidak muncul di tempat mereka?. Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, pada malam-malam ganjil. Setengah ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramdhan, manakala Imam An-Nawawi pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu’ 6/450). Berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir” ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dan juga hadith Nabi :-
Ertinya : “ Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam dan dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW dan ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka’ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerna beliau telah melihat tandanya dan zaman lain umumnya), sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
Ertinya : “Malam al-Qadar adalah malam yang ke dua puluh tujuh” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Ertinya : “Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : “ Sebutlah doa “ Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan”
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya…” ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas. Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda pelik dan sebagainya.
Sekian,
Kuala Lumpur
Ni Korea Utara dgn machonya test bom nuklear...dan dia pun dah lama dah umumkan dia ada senjata nuklear.... Mmm.... Agak agak bom nuklear ni nak buat apa yer? Nak kasi klear la kan!! Hancur dunia ni dibuatnya....
Maka tersebutlah kisah akan memanda menteri yang prihatin akan keselamatan rakyatnya lalu telah mengarahkan akan penurunan had laju kenderaan di jalan jalan Persekutuan... Maknanya, halaju di Lebuhraya Swasta - kekal!
Mmmm..pernah memandu di jalan persekutuan? Alaa...jalan yang tak ada tol tu lah.. ada? Aku memang selalu lah..pasal nak elak tol dan boleh berhenti mana mana je untuk solat ke atau R&R. Namun begitu, perangkaan menunjukkan kemalangan lebih banyak berlaku di jalan persekutuan berbanding dengan lebuhraya swasta nih... Dan di sebalik itu pula, saman pun kat sini le yang banyak! Pak Pak Polisi pun suka beroperasi kat jalan jalan lama nih berbanding dengan lebuhraya... kenapa? Tak panas la beb.....Kat lebuhraya nun panas giler! nak beli air pun kena pegi R&R, dah tu mahal plak tu!!
Saman ni tak selesai masalah...cuma ianya mengembungkan poket kerajaan, tu pasal kerajaan ni sayang sangat kat Pak Polisi ni berbanding dengan Askar.... (ingat apa Kak Pidah cakap pasal Askar ni dulu?) .. tu salah satu sebab la Pak Polisi ni feveret Kerajaan..ada banyak lagiiiiii....
Pada aku lah, penurunan halaju ni tak bermakna apa apa pun kecuali AL-FULUS! Ni ler peluang nak tambah kantung kerajaan...pada aku lah... Saman menyaman ni tak selesai masalah.. Terutamanya orang kaya kaya... Aku ada kawan sorang tu, masa tu dia check saman..tau apa kata dia? "Ah! Baru TUJUH saman...belum 10 lagi!" Rupanya mamat tu dok himpun samannya bagi cukup 10 baru pi bayar...main borong gitu! Dia ni memang tak serik, maklumlah orang banyak duit... Bulan posa tahun tu, dia boleh drive ke penang nun untuk beli Nasi Kandar, bungkus taruk dalam coleman ka apaka nak kasi tahan panas, then drive balik ke KL nih, bukak posa makan nasi kandar Penang Ori punya! Dia punya lari tok sah cakaplah.. katanya 2 jam je sampai Penang dari KL!
Cuba tengok dari segi hukum Islam...mananya yang tertegak? Mahkamah 'Syariah'? Zina je kena denda..bukannya hukum Islam tuuu...nasib baik kawan aku yang aku cerita kat atas tu bukan kaki zina, kalau tak gamaknya dia pun buat macam kes saman halaju dia tu jugak..."Ah! Baru satu kes je nak bayar..belum SEPLOH lagi..kumpoi dulu!!!" Pendeknya, yang mana buleh asyukkkkk...tu yang dia buat... Abih dah ker? Ada lagiiiii......
Cuba tengok hukum Zakat ... Dikelek keleknya hukum hukum Fiqh nih, dicari carinya jalan supaya Zakat Pendapatan diadakan...Dapat pulak tu... Maka digunapakailah hukum tu maka Zakat Pendapatan pun dikenakan kepada rakyatnya.... Maka atas keprihatinannya, maka zakat jenis ni pun buleh bayor ansuran tiap tiap bulan!!! Ntah mana punya gaphlah jingga sudda kasi fatwa... Ah! Apa pedulik....janji satu lagi asyukkkkk.....
Pasal zakat lagi.. Dibuat bilboard, sticker kereta tentang bayar zakat...baguih la tu..alhamdulillah, memang kita kena ingat mengingati... TAPI, mana stiker hudud? Mana bilboard tegak hukum Islam? Dulu MidMan tu kata tak leh nak buat hukum Islam ni pasal rakyat tak paham, kena didik rakyat dulu kasi paham... So, mana dia program yang nak kasi paham tu? Kurang kurangnya kempen macam hangpa dok kempen zakat tu...mana dia? Apa dia? Oooooo..hok ni tak ada Asyukkkkkkk......
Zakat lagi...maka dibuatnya lah meja meja untuk kutip zakat! Sampai ke shoping shopping komplek dibuatnya meja untuk bayor zakat...Baguih! Memang baguih! Ikhlas aku cakap memang baguih..memudahkan umat namanya tu. (bab galak orang pi shopping komplek tu bab lain)... Tapi itulah, asal sahaja asyukkk...macam macam bende pelek diaorang ni akan buat... Kesianlah kat ustaz ustaz Zakat tu kena hamput ke sana sini..... TAPI (ayat ni mesti ada..'tapi') , nak kutip laju..nak keluarkan...omak aiii!!!! Punya lah payah.... Ada pulak yang guna duit zakat ni buat bangunan...sedangkan berapa ramai dan berapa banyak asnaf lain lagi yang tak dapat zakat! Contohnya suatu masa dulu, semasa Ustaz Hussein Yee masih ditatang dan masih buleh keluar TV, ada satu ceramah dia di Masjid Subang Jaya yang sempat aku pergi... Dia mengeluh (bukan sebab dia nak sangat) pasal dia tak dapat Zakat!!! Ini keluhan orang yang baru masuk Islam..ini keluhan orang yang 'hilang' keluarga malah ada yang hilang pekerjaan dek kerana memeluk agama suci ini...mana pembelaannya? Dan ini memang aku dok ikut dan dok tanya mana mana Mu'allaf, setakat ni, TAK ADA seorang pun yang dapat duit zakat!!! (Dua tiga hari lepas kenal seorang lagi Muallaf...tak tanya dia lagi..insyaAllah.. malam ni kalau jumpa dia akan aku tanyai..)
Tu tak masuk lagi Pelajar pelajar yang belajar agama ni...nak kata semua, aku tak berani, tapi dah berapa ramai yang aku jumpa mengatakan depa tak dapat pun duit zakat nih...(kecuali individu yang bayar secara terus kpd mereka) Terbaru ialah bekas Ustaz si Muaz nih, dia akan pergi Yaman lepas Raya Haji nih...pun tak dapat... Tahu mana dia dapat sponsor? Dia dapat sponsor secara direct daripada mereka yang prihatin samada kariah masjid atau dari pejuang pejuang Islam itu sendiri...Duit zakat ? Bayang pun tak ada...
Tak pernah pulak aku nampak mana mana meja yang disediakan untuk BAGI ZAKAT! Siap berbarislah asnaf asnaf yang layak tu untuk ambil duit zakat mereka... Ada ke pernah jumpa? Ada tak weh? TAPI time nak tuntut zakat ni, pandai pandai le korang cari kat mana pejabat Zakat nih...Pandai pandai le korang tuntut... Cama tang KUTIP tu aje aku amik inisiatif mai turun padang letak meja...Hangpa nak tuntut zakat, mai cari aku, dapat tak dapat cerita lain.....yang penting, Janji Asyukkkkkkk.......!!!!!!!!!!!!!
So balik raya ni, berhati hati lah kepada semua, nyawa lebih berharga maka hargailah nyawa anda... aku time time raya ni insyaAllah pakat sama tolong bayor Tol...nak wat camner..,kat jalan lama tu bersepah sepah Pak Polisi nak kutip 'zakat'..halaju lak ada yang 60kmsj (hok ni pun dema turunkan lagi dak?) Ada tempat tu pulak, papan halajunya tak nampak dek balik pokok... macam dibiarkan pulak..maklumlah..senang nak Asyukkkkkkk......
Al Fulusu Fiddunya, Wal Mampus Fil Akhirah!
Selamat berbuka!
So aku lepak kat belakang masjid....sepi...seram la pulak...isk..penakut betoi! Tapi memang bulu roma meremang! Tak pasal pasal...
Cuma apa nak kata, kenapa Masjid dikunci? Sebab nak mengelakkan kecurian... Kenapa pencuri tala ke Masjid? Sebab Masjid ada barang barang berharga macam Jam, Aircond, PETI DUIT! So, kunci lah..!! Habih tu orang nak semayang? Solatlah kat kaki lima tu!
Aku dok perati. Masjid yang berkunci ni, tak menjadi tempat tumpuan Jemaah Tabligh... Maka tinggallah sunyi sepi selepas waktu solat.... Syukur Masjid di kariah aku ni tak kunci..selalu Jemaah Tabligh datang ziarah... mereka ni orang hebat hebat!
Setelah solat Subuh pagi tu, dema baca yassin...aku trus blah ke Maahad Muaz untuk amik dia balik..sempat sembang dgn Ustaz Zul...dia ajak aku tadarus..join sekali malam tu....Ok la tu..
Katanya malam tu nak start buat tadarus Perdana! Bagus betul ustaz muda ni...banyak idea... Apa Tadarus Perdana tu? Rupanya dia nak khatam dalam 1 malam!!!! Pelan pelan lah teman sedar diri teman ni sapa nak dibandingkan dengan si Hafiz nih... MasyaAllah... Semoga anak ku jadi macam gurunya malah lebih hebat lagi insyaAllah..
Kalau posting yg dulu dibandingkan yang sunat dengan yang fardhu...malam ni...dinihari ni nak bandingkan antara sunat dengan yang sunat... Begitulah tersusun indahnya Addin ini mengajar dan memberi petunjuk dalam segala segi dan segala hal. Setiap satu itu berjalan atas paksinya sendiri dan tidak bercanggah serta mempunyai keutamaan dan kegunaannya sendiri. Kalau semua maklum Fardhu lebih aula dari yang sunat...tapi kita masih melihat segelintir yang masih tak paham (kes tarawih lagi la nih). Maka dari segi sunat pun ada yang perlu diutamakan ke atas ibadah sunat yang lainnya.
Aku perhatikan mereka yang berjemaah di masjid ini (alhamdulillah...cukup ramai sekarang ini...) antaranya yang mengambil enteng akan solat sunat selepas Isya' . Selesai sahaja solat Isya' , maka jemaah ada yang bangun (majoriti) untuk meneruskan solat ba'diyah ini. Namun, seperti kes semalam tu, di kiri dan kanan aku tu duduk sahaja dan tidak mengerjakan solat ba'diyah ini... Mereka menunggukan solat Tarawih!!!! (Jangan silap...aku bukan anti Tarawih!)
Dalam hal ini juga diperhatikan, ramai jemaah Jumaat yang datang ke Masjid akan menunaikan solat qabliah ..alhamdulillah.... TAPI malangnya setelah tamat atau selesai solat Jumaat, terus ciao angkat kaki....segelintir sahaja yang menunaikan solat Ba'diah sedangkan solat selepas Jumaat itulah yang Muakkadahnya!!!
Nak tulis lagi bab ni pun rasanya tak yah dah... Tajuk posting ni pun KEUTAMAAN, so faham faham je lah... Jangan silap Priority!!
p/s: Nak Husnuz Dzonnya, depa ni solat sunat ni kat umah lo kot....
Tapi ni bukan pasal berita pagi tu...bukann... Maklumlah kan TV Swasta, ada le iklan. So berita pagi tadi ni berhenti kejap pasal tunjuk iklan... selingan daripada rancangan Melodi hari esok...dia tunjukkan sikit sikit 'temuramah' dgn bakal bakal pemimpin negara ini nanti...Para Artis (biar betul!)
Dalam pada itu, terselit lah kata-kata daripada seorang artis gediks yang aku tak kenal pun... mukanya macam kertas lukisan beb...penuh kaler..rambut lak mengerbang macam baru turun dari Roller Coaster (tapi dema kata cantik? Pelik kan?) ..Artis ni kata dalam snapshot tu.. "Orang pergi ke Kelab ni tak semestinya jahat.."
Teman tak la pulak tahu kelab apa maksud dia tu...tapi logiknya takkanlah Kelab Darul Ehsan kot... Mana ada orang kata pergi Kelab Darul Ehsan ni orang Jahat... Nak kata Kelab Bolasepak... Lagi le tak ada..habih kuat pun orang kata dema yang pergi tu buang karan jer... Kelab Golf? Tak tahu le aku......Jadi kelab apa yerk?
Selalunya orang akan kata Pegi KELAB MALAM tu orang yang jahat, tidak bermoral... Aaaaa...yang ni kena. Rasanya dia merujuk kepada KELAB MALAM la tuuu....
Nampak macam melayu..melayu baru le nih. Ni nak habak mai, Orang pi KELAB MALAM tu.. MEMANG ORANG JAHAT! haaaaaa...sapa nak sanggah?
Apa ada kat Kelab Malam tu?
"DEMI ALLAH, SESUNGGUHNYA TELAH KAMI UTUS (beberapa rasul) KEPADA UMAT UMAT YANG SEBELUM ENGKAU, LALU SYAITAN MENAMPAKKAN-BAIK DALAM PEMANDANGAN MEREKA PEKERJAAN MEREKA (yang buruk) DAN DIALAH PEMIMPIN MEREKA PADA HARI ITU DAN MEREKA MENDAPAT SEKSAAN YANG PEDIH"
AN-NAHL: 63
Mari kita lihat positif dan negatifnya...
Positif
1. Kita berdiri sendiri tanpa mengharap kepada negara luar.
2. Memajukan lagi industri Internet negara.
3. Pengguna dapat perkhidmatan yang murah.
4. Selaras dengan hasrat menjadi negara maju.
Negatif
1. KERAJAAN BOLEH KONTROL INTERNET (Macam Pak Lah claim hari tu, "I'm IN CONTROL")
2. Perkhidmatan murah hanya dapat dijamin sekiranya tak ada kroni moni masuk, contohnya TNB, sungguh pelik boleh rugi! Tak pernah dengar orang boikot tak mo pakai elektrik...Elektrik ni satu KEMESTIAN, tapi TNB rugi! Tak pelik ke? Oooooo.. ada IPP ..lupa lak. :)
Pada masa kini, kebanjiran blog blog ini tidak disenangi pihak kerajaan pasal dema tak leh nak kontrol berita lagi dah. Rakyat dah buleh dapat berita alternatif dari internet dan bukan lagi hanya berita yang disogokkan kerajaan semata mata... Pemuda dia lak lempar tuduhan blog blog ni 'Penembak curi' (Sniper?) dan memberi maklumat tak tepat (tapi dema tak balas pulak 'tembakan curi' tu dengan fakta - kalau dah tak betul hangpa perbetullah)
Maka dgn adanya ibusawat Internet nih....jeng jeng jeng... I'm In Control of Even Internet Now!
gegegegeegegeeg....... lagi 6 bulan jer!
p/s: Aku pun dah tak pakai Onion Server dah....
Oleh itu, tepat lah tindakan tu...saya sokong...syabas Pak Lah!
Jadi, PM telah gariskan 5 (lima) tindakan yang akan diambil bagi mengatasi masalah lambat bayar ini. Aku nak sentuh satu jer iaitu:
- MENAMBAH KAKITANGAN KONTRAK JKR UNTUK MENGATASI KEKURANGAN KAKITANGANNYA DAN KALAU PERLU BOLEH 'OUTSOURCE'
Tapi (ada tapinya pulakkk).... alangkah bagusnya kalau tindakan yang sepantas dan secepat itu juga diambil dalam menangani perkara dan masalah negara lainnya WALAUPUN tak ada keuntungan material (AL-FULUS) dalamnya. Apatah lagi ianya memberi kemaslahatan dan keuntungan rohaniyyah kepada Umat Islam ini..
Apa yang aku nak cakap ialah berkenaan dengan sebuah Jabatan lain kerajaan iaitu JAKUN eh silap...JAKIM...
Kesian JAKIM, bayangkanlah, dengan hanya 6 (ENAM) orang penguatkuasanya perlu memantau keseluruhan produk yang dikeluarkan sijil HALAL olehnya. SATU MALAYSIA ni, 6 orang je nak pantau...nasib baik tak kena santau! Keluhan kekurangan kakitangan ni dah jadi macam S.O.P. kepada JAKIM untuk menjawab persoalan yang dilontarkan kepada mereka... Ibarat Tangan dan kaki mereka diikat, kemudia dicampak ke laut dan disuruh berenang!! Tu tak masuk lagi nak pantau kes kes maksiat kat taman taman, kes khalwat la itu la ini la... Dah tu pulak, SURAU dan MASJID pun nak kena pantau (hok ni yg paling utama nih) dan pastikan Khutbahnya yang 'ORI' je iaitu dikeluarkan oleh Jabatan Agama. (ni Jabatan Agama lah..tapi JAKIM pun ada jugak)
p/s: Perumpamaan ini tak termasuk kpd PASKAL ar...with respect, PASKAL memang buleh berenang dgn tangan dan kaki terikat...Toksah loyar buruk ar..
Ye la tu..belajar kat Amreka la tu..ada bukti ada bukti..last last yang ada minaci jer... tengok la apa bukti dia nanti tu... dalam statement tu pun kata suspek yang dipercayai terbabit tu ditangkap dalam keadaan khayak dgn dadah.. Mmm...pejuang Islam tulen le tu yer? Ada ke pejuang islam Mat Paipon? Biar betul... Ntah mamat Paipon mana dia upah dadah suh mengaku...laju je la mamat tu... Tengok je la... tapi aku memang tak caya geng geng depa nih..memang depa tunggu peluang bantai Umat Islam... HAPRAK!
Namun, Alfulusu fiddunya, wal mampus fil akhirah!
Pesan Rasulullah: Ganjaran pahala hadir majlis ilmu
KEDATANGAN Ramadan tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu budaya menambahkan pengetahuan memang dituntut tidak kira bila atau di mana juga.
Daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy.
Justeru, Ramadan bukan saja bulan latihan, kesabaran dan berkat, malah bulan ilmu. Ia memberi peluang kepada seseorang mendapat ganjaran dan pahala serta menjauhkan diri perkara sia-sia.
Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa Abu Darda’ berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kami menjadi orang berilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mempelajari ilmu.”
“Jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. Jangan kamu jadi golongan keempat (yang tidak termasuk dalam golongan itu). Hendaklah kamu tinggalkan perbuatan golongan keempat itu.”
Imperial Iranian Air Force (IIAF) menerima Drone baru buatan tempatan! Satu lagi fakta yang menggerunkan Amreka... Sebenarnya inilah yang ditakuti oleh Amreka ni, Teknologi Sendiri!
Sekarang ni termasuklah negara aku nih pakai Teknologi Barat...entah apa kejadah Bug yang dema planted dalam pelbagai alatan alatan canggih dema yang kita beli termasuklah Pesawat Pejuang kita sekarang ni pun kita tak tahu. Teknologi depa punya, dema leh ajar sekerat je dan claim kata dah habih...setahu temanlah, setiap teknologi dema ni mesti ada ’back door’ untuk dema gunakan kelak...Alahh...busuk busukpun masa perang esok camana kita nak buat sedangkan spare part pun kena melutut mintak kat dema!
Tu pasal yang Amreka dok sibuk sibuk dengan Plant Nuclear Iran tu...Dema tak mo Negara Umat Islam ni maju dan ada teknologi sendiri, Macam Russia dulu lah..
Teringat aku kat sebijik Stealth Aircraft dema dapat dikesan radar Russia dan ditembak jatuh di sebuah negara Balkan dulu... Tak ingat dah negara mana ntah..kelam kabut lepaih tu Amreka ni tarik balik Squadron Stealth dia yang deployed ke sana... Rupa-rupanya stealth pada Radar dema jer...tidak kepada Radar Buatan Russia!!!
Radar Russia ni teknologi dia lain, falsafah dia lain..kacang je dia detect ’stealth fighter’ tu...dah tu jammer dia pun tak berfungsi untuk jamming Missiles teknologi Russia tu... Apa lagi KAKABO!! Kena tembak!! Jaguh kampung rupanya! Hang kata Hang terer!?
Tak tahu la apa keupayaan Drone terbaru nih..mungkin boleh membunuh jugak sama macam Drone yang dibuat oleh Amreka tu. Teringat dulu pada 30 May tahun nih, UAV Iran telah terbang di USS REAGAN selama 25 minit tanpa dapat dikesan oleh Radar Kapal Perang tuh!! 25 Minit BEB!!! Lamaaa tuuu!!! Lepas tu baru nak kalut dema scramble UAV tu, UAV tu pun dah lepas balik masuk ke sempadan dah! Tu yang Amreka dok risau keluh kesah dgn Iran tuh!!
Memang Saintis Iran berjaya mencari Loopholes dalam sistem reconnaisance Amreka tu. La ni dah ada Drone terbaru lak tu..kes UAV tu pun baru je 4 bulan lepas! Yang tu pun dema tak tau camana leh undetected dan masih dok kaji...ni dah keluar baru punya Drone!
Ko tunggulah saat kebinasaan mu Amreka!!!
Walaubagaimanapun, pihak Pakistan menafikannya dan meminta supaya pihak Polis India untuk mengemukakan bukti mereka bagi mengukuhkan dakwaan liar mereka tu!
Menurut berita itu lagi, Si Inspektor Sahab ni telah mengatakan bahawa " "The terror plot was ISI sponsored and executed by Lashkar-e-Tayyaba operatives with help from the Students Islamic Movement of India," Roy said at a news conference to announce the completion of the investigation.
Lashkar is a Pakistan-based Islamic militant group, while the Students Islamic Movement of India, or SIMI, is a banned Islamic group."
Nampaknya tak lain nak mengaitkan ISLAM sekaligus ke dalam hal ini! Inilah kerja pihak kuffar..tak habis habis dengan penentangan demi penentangan terhadap umat Islam. Apa sahaja yang boleh diambil kesempatan akan dinyatakan dan digunakan sepenuhnya.
Mungkin ianya ada kaitan juga dengan kelantangan Pervez Musharraf yang mendedahkan betapa Amreka mengugutnya akan menghancurkan Pakistan..."Bersedialah untuk kembali ke zaman batu" Itu antara kata kata ugutannya.
Mungkin ini adalah bunga bunga untuk mereka menghalalkan serangan ke atas Pakistan dan memulakan projeck Stoneage mereka tu!?
Kita ni digasak kiri dan kanan, depan dan belakang, atas dan bawah...dan di akhir ceritanya, kitalah yang pengganasnya..kitalah yang jahatnya...dan kitalah yang baruanya!!! HAMPEH KORANG SEMUA!!!!
Petang semalam saya ke Pejabat Pelaburan…jumpa si Asrul. Ketika nak balik dia tanya, ”Terawih kat mana?”
Rata-rata orang kini akan bertanyakan terawih, ianya sesuatu yang bagus! Ini menunjukkan bahawa jiwa beribadat itu masih lagi hidup dan diamalkan oleh orang banyak. Namun sekiranya dilihat daripada sudut yang Negatif dan Positif, ianya membawa makna yang berbeza (memanglah kan..aparaa)...ehehehe
Oleh itu, saya nak cuba memberikan kedua dua gambaran itu mengikut apa yang terlintas di hati ini tadinya...dari sudut negatifnya ialah:
Dari Sudut Negatif.
Dari sudut Positif
Tazkirah malam tadi menekankan betapa umat ini terkeliru dengan amal ibadah mereka sendiri. Betapa mereka itu seolah olah menyangkakan bahawa hanya bulan Ramadhanlah bulan untuk mereka beramal ibadat, tidak di bulan lainnya. Imam muda juga menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang sepatutnya kita mempertingkatkan ibadah kita dan bukannya baru hendak beribadah, baru hendak solat berjemaah di masjid!
Klik Sini ...
Ya…aku masih hidup di kala ini di bulan Ramadhan, namun adakah aku pula akan menghidupkan malam malam Ramadhan ini?
Ya Allah…berilah keampunanMu kepada kami ummat Muhammad s.a.w. ini dan berilah kekuatan untuk kami terus memperjuangkan Addin Mu ini Ya Allah...Sesungguhnya, Engkau tidak memerlukan kami sebesar zarahpun tetapi kami amat amat berhajat dan memerlukan Engkau Ya Allah...Ampunilah kami Ya Allah..berkatilah kami Ya Allah..
Jadikanlah Ramadhan ini lebih baik untuk kami berbanding dengan tahun tahun yang sebelumnya….amin Ya Rabbal Alamin..
Fikiran berkecamuk dan setiap jawapan yang diperolehi masih tidak memuaskan hati ini. Kemerdekaan sesebuah negara itu tidak dapat tidak pasti akan ada nama nama tersohor yang akan diangkat sebagai Wira Negara, Pejuang Agama, Pejuang Bangsa, Pejuang Kemerdekaan bla bla bla...
Para Pejuang inilah yang masih lagi menjadi persoalan kepada sejarah negara ini yang mana satu kah yang benar..yang mana intan, yang mana kaca. Berikut adalah antara yang dimaksudkan:
- Tok Janggut
- Dato’ Bahaman
- Mat Kilau
- Dato’ Maharajalela
- Tok Gajah
- Si Puntum
- Mat Salleh
Mereka yang di atas ini adalah diantara (ramai lagi) yang dinobatkan sebagai Pahlawan dan Pejuang Kemerdekaan (aku setuju). Mereka ini berjuang MENENTANG penjajah Inggeris.
Namun, dalam pada itu, banyak dipertontonkan kepada umum betapa perjuangan menentang Komunis itu yang diperbesarkan...TV selalu menunjukkannya dan kisah kisah perjuangan menentang komunis..Bila pulak Komunis jajah Tanah Melayu??.
Bukan lah aku tak senang dengan itu, tapi tajuknya ialah KEMERDEKAAN...Merdeka daripada Sapa? Tentulah MERDEKA daripada INGGERIS!!! Sebab Inggeris itulah PENJAJAH. Mana dia kisah kisah penentangan kepada Inggeris?? Malayan Union? Itu menentang gagasan yang dibuat Inggeris, bukan menentang Inggeris dalam erti kata sebenar!
Kita diperkenalkan pula dengan pahlawan-pahlawan yang berjuang dengan Inggeris sebagai Hero kita pula? Seperti Lt Adnan (tidak dinafikan keperwiraannya Cuma tajuk ini ialah MERDEKA) dia berjuang dengan Inggeris! Dia berjuang menentang siapa? Menentang Jepun...Mungkin ada ampunnya sebab Jepun lagi ganaih. Tapi kena ingat, dia berjuang mempertahankan kerajaan Inggeris yang mahu terus berkuasa di Tanah Melayu ini.
Tapi kenapa kepada nama-nama yang tersebut di atas sekali yang jelas berjuang menentang PENJAJAH tak diceritakan dengan lebih jelas?
Mereka inilah yang menggadai nyawa mereka menentang Inggeris – Penjajah Tanah Melayu – Bukan Komunis! Komunis juga menentang Inggeris. Maknanya di sini ialah MERDEKA daripada INGGERIS...sekali lagi aku tanya, masa bila pulak Komunis jajah Tanah Melayu?? (jangan silap, aku anti Komunis!)
So, Mat Kilau menentang Inggeris = Pahlawan.
Lt Adnan berperang dibwh Inggeris = Pahlawan jugak.
Ditakdirkanlah, bertembung keduanya di medan pertempuran, antara Lt Adnan dgn Mat Kilau...Sapa lak yang jadi Heronya di sini???
Itu pasal Aku Keliru!! Takkan dua dua pihak yang berlawan tu dua duanya Pahlawan? Berperang di Pihak Penjajah pun Pahlawan, berperang di pihak lawan Penjajah pun Pahlawan?? Ke awai awai dulu dah tersilap perhitungan menerima pakai Mat Kilau tu contohnya sebagai Penderhaka sebab nak menang rundingan dgn Inggeris dulu? Sebab memang pasca kemerdekaan dulu mereka ini dicop Penderhaka dan orang politik seperti Dato Burhanuddin Helmi itu dicop sebagai pihak berhaluan kiri – sebab menentang Inggeris. Atas kesedaran sejarahwan negaralah yang kemudiannya menobatkan mereka itu Pahlawan negara menentang Inggeris, namun ketika itu juga telahpun dinobatkan orang orang spt Lt Adnan itu Pahlawan jugak. Takkan nak padam, so dibiarkan dua duanya jadi Pahlawan...gitu le kot?
Aku idaklah anti kepada Lt Adnan tu...beliau berapa di zamannya dan dia berjuang mengikut apa yang sesuai pada ketika itu. Aku berdoa agar ianya diterima Allah, niatnya Allah sahaja yang tahu... Cumanya aku ni anak selepas merdeka Keliru..itu jer..
Sejarah ni dah berlaku, sejarah adalah ibarat 1+1 = 2, ianya takkan menjadi 3. So kalau sejarah sudah di tukar, altered, modified, maka berlakulah kekeliruan ini... bercampur baur antara yang hak dan yang batil.
So sekarang ni baru nampak? Ke apa ker? Ah...Entah lah..ntahapahapantah...sampai sekarang aku keliru..Keliru...Aku tulih pun ntahapahapantah..menunjukkan yang aku masih keliru...
Bermulanya hari hari baru ku yang mendatang….semoga segala perancanganku mendapat RedhaNya dan dimakbulkanNya insyaAllah.
Aku mula habiskan baki cuti tahunanku..81 hari!
Sayu je matanya memandang ketika dia ditinggalkan pergi...Sunyi kembali teratak kecil ku ini...
Marahkah dia pada abahnya ini? Di situ, dia antara peserta yang termuda...Ku lihat, ada yang menangis bila ibubapanya meninggalkannya di situ...itu pelajar Menengah.. Mu'az ku baru 7 tahun lebih... Bibirnya menguntum senyum tatkala aku berlalu pergi..Hatinya..entahlah!?
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..
Ku tinggalkan mu..Demi berkorban di jalan Allah... Dialah yang menjagamu kelak anak ku... Bersamalah kita bersabar...
Read on..
MATAN-MATAN KHULASAH UCAPAN DATO' SERI HJ. HARUSSANI,
MUFTI NEGERI PERAK MENGENAI ISU MURTAD--------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hari Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui 6 peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam dalam negara ini. Taklimat berlangsung selama 4½ jam. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian, menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.
Bencana Umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina bt. Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah.
Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion). Kes ini dibicara di hadapan 3 hakim di Mahkamah Agung iaitu Y.A.A Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak
lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.
Itulah akibatnya.
Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun di lihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Canada , Australia dan AS pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersintak setelah saya melapurkan perkara ini. Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.
Gerakan Kristian Dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. Ini mengikut jangkaan Persatuan India Muslim. Bahkan mengikut lapuran pihak Polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.
Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.
Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbakistan dan China, walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim disamping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.
Serangan Aqidah Di malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan Fakulti-Fakulti Islam di Universiti mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadkan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.
Di Indonesia
Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di Universiti-Universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Inipun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia . Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual. Sekarang, di Malaysiapun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan di tukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.
Keputusan Mengenai Kes Pakai Serban
Ini ada lapurannya dalam semua akhbar. Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
Peranan Masjid
Allah jadikan sembahyang berjemaah 5 waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar.
Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani.
Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang dihindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.
Harapan Kepada Siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, Al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim.
Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan Al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."
Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ?
Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam.
Anual Bakhri Haron
S/U Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 15 Rejab 1427/9 Ogos 2006

“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah ia! Kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah dari pokok Yahudi”
[Hadeeth riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidhi]
Apa la punya ghaplah jingga minah nih..tu la, baca buku barat tu buleh, tapi kena la tapih tapihkan dengan ilmu yang Hak, iaitulah Addinul Islam itu sendiri... Jangan dok ikut bulat bulat kata mereka tu! Sampai depa kata manusia ni asal beruk pun ada yang boleh terima malah bermati matian pulak mempertahahankannya!
Kalau dah kata pekerjaan tertua tu ialah melacur..adakah kita nak kata umat Nabi Adam a.s. semuanya dulu tak bekerja? Sebab, umat yang mula menyeleweng ialah Umat Nabi Nuh!(pekerjaan pertama mereka ialah melacur? )
Kalau nak kat juga, so manusia Pertama ialah Adam a.s. dan pasangannya ialah Hawa. Mereka ni kerjanya apa? Mulut tu jaga sikitttt....
Kalau pakai akai pun dah buleh tolak, melacur tu bukannya free, kena bayor..kalau tak ada kerja, nak bayor dengan apanya? Dah tentulah ada pekerjaan lainnya yang dikerjakan terlebih dahulu..baru ada 'Modal'! Akai ada ka?
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".
H.R. Muslim
Keterangan:
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.
Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.
Sumber: 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)
p/s: sekadar ingatan untuk diri sendiri

God Of Gamblers mengisahkan seorang lelaki yang hampir nak mati yang suka berjudi, Denan. Oleh kerana amat suka berjudi, dia telah membuka sebuah kasino di Genting Highland.
Dipendekkan cerita, si Denan yang suka memuja dan menyembah pemimpin atasannya, telah dilantik menjadi menteri setelah menang pilihanraya baru-baru ini. Ini memudahkan lagi kerjanya untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan. Dengan kuasa yang ada padanya, dia telah membolehkan kelab malam di buka sehingga pukul 5 pagi. Maka semakin majulah kasinonya itu.
Dapatkah Denan mempertahankan kasino kesayangannya? Dan apa pula nasib Osu yang berani mempertaruhkan isterinya? Jangan lupa saksikan God Of Gambler: When A Night Club Open Until 5 am…..
sumber: Lama TKO oleh Dato_Seri
Disclaimer: Iklan wayang ini hanyalah rekaan semata mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Ambil pengajaran dari kisah ini, jauhilah arak dan judi serta tinggallah perkara yang keji dan mungkar.
Pls take heed that there will a BIG gathering in Masjid WilayahPersekutuan, Jalan Duta KL in protest of Article 11 Group/IFC withregards to kes murtad and the far-reaching threat that it can poseto the powers/sovereignty of Syariah Court in dealing with casesthat involves Muslims and Islamic legal issues in Malaysia.
Agenda: Pertemuan Sejuta Umat Islam Pertahan Aqidah & Syariah.Forum Syariah Dan Cabaran Semasa anjuran Persatuan Ulama dan TERASdgn kerjasama JAWI serta NGO-NGO Islam.
Time: 9 pagiDate: Ahad , 23 Julai 2006
Venue: Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jln Duta.
Isu2 yang akan dibincang:
1) Tuntutan IFC,
2) Article 11 Federal Constitution dan kes murtad Lina Joy ,
3) Kesannya ke atas kuasa Mahkamah Syariah dan masa depan Islam diMalaysia
4) Kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaanpersekutuan.
5) Ancaman gerakan Islam Liberal.
I urge everyone to come & listen and try to understand why the issuefacing the Malay /Muslim ummah in Malaysia is very dangerous and whyit is considered as campurtangan golongan2 tertentu yg berniat jahatdalam urusan2 umat Islam di Malaysia.
As Muslims, we should at least seek first to understand ! Pls showyour support. Come & listen.
Tolong SEBARKAN!!!!!

Seorang ‘superhero’ yang telah pencen, Superdet telah meletak jawatan sebagai Presiden negara Malaypulis dan bercadang ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah kebajikan orang tua. Namun apabila melihat musuh lamanya, yang juga penggantinya iaitu Lah Luthor telah melakukan berbagai kemusnahan serta kerosakan kepada projek kesayangannya, Superdet ingin kembali berkuasa semula.
Malangnya apabila menyuarakan hasratnya itu kepada bekas menteri kabinet beliau, mereka semua menolak mentah-mentah termasuklah menteri yang pernah dicintainya dulu, Pidah Lane.
Superdet mengunakan berbagai strategi untuk memenangi hati rakyat negara Malaypulis. Lah Luthor pula pergi bercuti kesebuah pulau dan menyerahkan segala permasalahan yang ditimbulkan oleh Superdet untuk dijawab oleh timbalannya. Berjayakah Superdet berkuasa semula? Jangan lupa untuk menyaksikan filem terhebat abad ini, Superdet Return….
p/s: filem ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia ataupun telah pencen. Jika ada sebarang persamaan watak, atau karekter atau mimik wajah, ia adalah satu kebetulan yang tidak disengajakan....
Dipetik dari Laman TKO, oleh Datok_Seri
Tajuk di atas sebenarnya mengandungi cerita dan maksudnya tersendiri...saja ingin aku coretkan di sini...
Tak lama dulu iaitu dalam 7-8 tahun yang terdahulu, aku ada berulang alik ke TUDM Bukit Jugra atas tugas...ketika itu aku tinggal di Kg Melayu Subang maka sudah tentulah jarak adalah merupakan suatu faktor. Biasanya aku akan bertolak balik setelah selesai tugas dan akan singgah di salah satu Masjid di Banting dalam perjalanan balik aku...Ikut dan ajelah Masjid mana yang akan aku singgah berdasarkan waktu asar yang masuk... Tapi biasanya aku akan singgah di 2 buah masjid ini, satu di satu persimpangan antara lampu trafik dan satu lagi masjid lain tidak jauh dari situ yang mana lebih baru dan moden sikit..
Ni nak cerita pasal Masjid yang pertama itu. Maka satu hari , aku pun berhentilah untuk solat Asar di situ, aku dah terlewat kerana jemaah telah pun balik dan aku solat sorang...Masuk Rakaat ke dua, ada seseorang masuk ke Masjid tapi dia tidak mengikut aku...dia solat sebelah aku dalam jarak 5 kaki gitu...namun aku sedar kehadirannya dan boleh nampak pergerakannya (nampak sangat tak kusyuk....aduiii)
Namun apa yang aku nak ceritakan di sini adalah, kecepatan solatnya!! Aku yang telah masuk rakaat kedua ini telah dipotongnya!!! Maksud aku dia dulu habis solat asar dia tu! Dan setelah aku bari salam dan terus keluar dari Masjid (aku nak jumpa dia sebenarnya) tapi hamba Allah tu tak nampak kelibatnya langsung!!! Cepatnya!!
Cerita Kedua baru berlaku kepada aku dalam bulan lepas...ketika aku di Masjid dekat rumah aku...ketika itu sedang menunggu solat (azan telah dikumandangkan) untuk solat Isya' . Aku duduk menantikan Iqamah dilaungkan...pandangan aku terarah ke sudut kiri Masjid...ada seorang hamba Allah dalam kepayahan mendirikan solat... Aku rasa ada kecacatan pada kaki kanan dan kirinya pun agak tak begitu kuat. Tubuhnya agak besar...terbayang dalam benak aku isk...dia ni cacat...berdiri pun tak kuat, tapi iman dia kuat!!!
Aku terus memakukan pandangan pada dia, tiba waktu untuk rukuk, dia hampir hampir tersembam!!! Dalam kepayahan dia cuba untuk rukuk tetapi entah macam mana tangannya tergelincir (slip) daripada lututnya...nasib baik dia sempat menompang tangan kanannya dan mengelak daripada jatuh.... Tak dapat bayangkan pula kepayahannya untuk berjalan ke masjid!! Aku yang sihat segar bugar ni...isk isk iskk....
Cerita ke tiga berkenaan dengan Surau Maahad anak aku... Ada seorang Jemaah itu Buta matanya....namun setiap kali aku ke sana mengziarahi anak aku dan gurunya, masuk aje waktu solat, dia akan datang solat berjemaah bersama!! Dan dia antara yang terawal yang akan sampai..tak pernah sekalipun dalam ingatan aku yang aku solat di situ dia tak ada datang... Rumahnya agak jauh juga untuk seorang buta untuk datang ke surau... Yang aku paling suka anak aku suka bantu memimpin tangannya masuk ke surau...Alhamdulillah.... Sememangnya sejak dia kecil lagi aku selalu suruh dia memimpin tangan Ibu ku yang uzur untuk berjalan setiap kali sahaja kami pulang ke kampung...
Cerita Ke Empat baruuuuu je berlaku dalam bulan ini. Ketika itu, aku nak ke Menara Maybank untuk tukar kad ATM aku yang tak leh pakai. Aku parking kat Puduraya Bus Stand, jadi aku amik kesempatan untuk solat Zohor yang masih berbaki setelah aku terperangkap lama dalam trafik. Yang mamat ni solat lajunya MasyaAllah...aku rasa sama laju dengan mamat yang aku jumpa di Banting dulu....bayangkan aku bangun dari sujud sama sama dengan dia, ketika aku baru selesai menarik nafas dan menyusunkan, baru nak sebut Biss....... DIA DAH RUKUK!!!!! Bukannya pertengahan atau hujung Fatihah dia dah rukuk, tapi aku baru nak buka fatihah dengan ayat pertama, itu pun baru BISS.....dia dah rukuk!! Omak Ai! Nampaknya terganggu lagi solat aku....Tapi yang herannya pulak...ntah berapa rakaat dia buat aku pun tak tahu!! Adakah dia buat jamak??
Itu lah antara yang dapat aku nukilkan di sini...tapi ada banyak lagi peristiwa peristiwa lainnya yang berlaku....20 Jun yang lepas aku solat maghrib di Masjid As-Syakirin KLCC, sebelah aku Syiah kot...dia qiam tapi tangan lurus ke bawah.... yang ni aku tak tau apa hukumnya dan status pahala jemaah aku... Syiah ni ada yang hukumkan kafir dan sebaliknya....entah lahhh...