Azhar Hashim
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih Maha Penyayang, yang memiliki Arasy dan tujuh petala langit dan bumi. Tuhan Yang Hidup berdiri sendiri, Yang Maha Esa. Ya ALLAH Tuhan yang tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Pada Mu ku serahkan segala galanya lantaran hanya Engkaulah yang mempunyai segala Daya dan Upaya .. Sampaikanlah salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat r.anhum.

Taip..padam...

Taip.... padam...

Taip....padam ....

Itu je kerja aku di depan skrin ni di paparan blog aku. AKu tak tahu nak tulis apa tapi hati aku mendesak
untuk mencoretkan sesuatu ...  Melawat ke blog rakan rakan banyak juga yang aku dapat  belajar dari pengalaman dan perjalanan hidup mereka. Juga komentar mereka tentang kehidupan mereka sendiri yang mana dapat aku kutip dan jadikan pedoman hidup ... aku kagum dengan ALLAH menciptakan makhluk manusia ini dan dikurniakan pelbagai kebolehan serta skil yang tersendiri. Dan setiap diri anak Adam itu adalah unik baginya sahaja. Tiada duanya lagi hingga Kiamat.

Aku terfikir betapa aku dan kalian semua telah ALLAH pilih untuk hidup di zaman dan waktu yang sama. Hanya mungkin sahaja kita akan dipertemukan, bergaul dan berpisah. Ada juga mungkin kita tak bertemu langsung selama kita hidup samada  di negara dan tempat yang sama mahupun di hujung hujung dunia dan benua yang asing bagi diri kita masing masing.


Semua Kita Ada Tempat dan Masa kita Sendiri

Kita semua tidak dipilih untuk lahir di zaman Rosulullah s.a.w.  Andainya kita lahir di zaman itu, mungkin dgn otak pandai kita ni silap silap kita menjadi penentang Rosulullah s.a.w. Na'uzubillahi min Dzalik ... Manusia kini merasa mereka bijak..semuanya perlu ada sebab dan bukti. MEreka mahukan penjelasan saintifik atas segala sesuatu.

Aku terpana dalam kuliah seorang Ustaz yang menolak beberapa kisah dari hadith tentang perkara ghaib ketika Isra' dan Mi'raj .. sedangkan ianya hadith hadith soheh. Komennya ringkas.. "adakah logik Malaikat Jibril bla bla bla.."  AKu tak tunggu. Aku bangun berdiri beberapa ketika di tengah tengah majlis, dan aku selepas itu angkat kaki blah.. telinga aku rasa panas. Sampai sekarang aku tak akan ikuti kuliahnya.


Apa itu logik?

 Logik adalah sesuatu yang diterima oleh Aqal pada sabab musabbab. Ianya saling berkait antara satu dengan lain, ada punca kepada sesuatu perkara itu, then baru mereka boleh terima. Logik ini ditabur oleh ALLAH pada alamNya ini tentang sesuatu kejadian. Dunia ini Darul Asbab, namun ada masa dan ketikanya Dia akan mengzahirkan kehebatanNya dengan menjadikan sesuatu perkara itu mustahil pada aqal atau dikenali dengan perkara mencarik adat. Logik logik ini juga sebenarnya adalah SUnnatullah, perkara yang ditentukan asbab musabbab oleh ALLAH. Ianya akhirnya disebut sebagai Sains.  Sains adalah berkenaan dengan Logika alam ini. Itulah sains.

Begitu pertumbuhan dan perkembangan otak dan ilmu manusia, besi yang mustahil di zaman dulu untuk terbang, kini terbang. Besi yang dulu mustahil timbul dan terapung, kini timbul dan dijadikan kapal. Semua orang boleh terima keadaan ini kerana ianya Logik. Sedangkan seribu tahun yang dulu, besi hendak dibuat sebagai kapal adalah gila dan tidak logik serta mustahil!  Lihatlah betapa terhadnya kekuatan otak manusia itu dalam mencerap akan hukum alami yang ALLAH jadikan. Logik itu sendiri adalah apa oleh otak manusia, sedangkan alam ini bukan dicipta oleh si Otak, malahan otak itu sendiri diciptakan oleh Yang Maha Pencipta. Maka apa yang logik pada sisi ALLAH mungkin tak logik pada otak kita yang terhad dan lemah ini. Maka 'benchmark' siapa yang kita nak ikut? Sains? Atau ALLAH (sains itu sendiri hukum yg ALLAH jadikan). Maka yang tak logik suatu ketika dulu, kini ianya adalah logik malah ianya perkara biasa sahaja.

Maka, cubalah letakkan kita yang bijak pandai ini di zaman Rosulullah s.a.w. Tidakkah kita ini berpotensi untuk menjadi Penentang Baginda s.a.w.??  Para sahabat tak perlukan asbab dalam beriman kepada Nabi s.a.w. Apa sahaja kata Nabi mereka akan imani. MEreka ini manusia terpilih sejak azali lagi untuk hidup di zaman Nabi dan beriman dengannya... Ya! Mereka manusia ajaib yang ALLAH pilih untuk mendampingi makhlukNya yang  paling mulia, Nabi Muhammad s.a.w.



Apa Yang Dikejar?

Hari berganti hari, zaman berganti zaman.. hidup manusiawi ini berkisar pada 3 perkara sahaja. Kuasa. Wanita dan Takhta.  3 perkara inilah yang dikejar tak kira di zaman mana, negara mana, kutub mana..inilah yang dikejar dan digilai oleh pencinta dunia.. Rupa rupanya, kita mengejar hanya TIGA perkara ini sahaja Pusing pusing pusing  itu je lah dianya yang Dunia ni tawarkan kpd kita anak Adam di dunia ni?  Kita kejar sehingga ALLAH kita lupa..syariatNya kita langgar ...astaghfirullah...

Seorang Raja yang hidup di zaman dulu, menaiki kenderaan Kereta Kuda yang paling bagus dan hebat, namun sebagus mana pun kenderaannya tak dapat melawan keenakan dan keselesaan rakyat biasa di zaman ini yang memandu sebuah kereta Kancil 2nd hand.  Tak ada bau busuk kuda. lebih pantas dari kuda, ada aircond, hujan panas tak kisah. Sultan yg mewah dan hebat hebat zaman dulu tak merasa naik kapalterbang, tapi kita orang biasa lebih hebat dari Sultan zaman dulu kerna kita berpeluang naik kapal terbang!  So mana hebatnya kereta kuda tu? Sirna ditelan zaman..

Maka di masa lalu, kemewahan yang dikejar kejar itu menjadi perkara biasa sahaja di zaman yang akan datang.  Sedikit masa lalu di ketika aku masih kecil, peti ais menjadi lambang kemewahan rumah rumah orang berada di kampung aku. Kami tak ada peti ais dan betapa jakunnya aku dulu bila dapat minum air sejuk dari peti ais! "Waaahhhh!!! Lebih sejuk dari Air Buyong!" Fikir aku ketika itu!  Di zaman itu, peti ais utk org kaya, utk orang macam kami.... tak merasa.  Namun peti ais zaman sekarang ni orang tak heran pun. Hampir 100% rumah memilikinya.

Maka andainya di zaman itu, manusia pulun sungguh sungguh untuk memiliki harta kekayaan sampai lupa akhirat, lupa ALLAH, maka ketahuilah apa yang kamu kejar itu sebenarnya tak ada apa apa pun nilainya kerna orang biasa pun akan merasainya malah memiliki harta yang lebih hebat lagi di masa akan datang (spt contoh kereta kuda dan kereta kancil tadi) .. Zaman berubah, apa yang mewah tak lagi mewah. Dulu handphone mahal Ya Robbi !!... kalau cakap dalam handphone masa tu kena tinggikan suara supaya orang ramai tahu kita ada handphone! Kononnya bergaya dan berada la yerk? maka ketahuilah oleh mu, sekarang ini handphone yang lebih canggih dari itu budak darjah satu pun ada. Orang pun tak cakap kuat kuat dah guna handphone!

Andainya kita  memperolehi kemewahan duniawi yg sementara ini dengan cara yang tak syarie, maka ingatlah (terutamanya aku nih) DOSAnya tetap terpalit sampai ke akhirat (melainkan bertaubat) sedangkan nikmat kemewahan atau eksklusifnya kini telah tiada lagi dan menjadi barang biasa kerana semua orang mampu milik.

Beginilah Dunia ini menipu kita semua terutamanya aku....


Ingatkan Aku Jua

Pesan Nabi kita lebih kurang maksud, "ambillah sekadarnya dari habuan dunia ini selaku sebagai seorang pengembara" ... Selalulah kita mengingati pemutus kelazatan dunia ini iaitulah Maut...  Sedarlah hai diri, apa yang kamu kejarkan dari dunia ini tak lebih dari 3 perkara itu sahaja... waniTA, takhTA(kuasa), harTA.( 3 ta) Tak salah mencarinya tapi di sana carilah keredhoan ALLAH yang tersembunyi di sebalik keindahan dan keinginan yang kita cari. Ikutlah cara memperolehinya dgn cara yang diperintahkan ALLAH dan gunakanlah ikut cara yang diperintahkan ALLAH jua selari dengan sunnah NabiNya s.a.w.

Wahai diri..andai engkau selalu mengingati mati, pastilah engkau tak sempat tertawa tawa seperti hari hari yang engkau lalui.  Wahai diri, ketahuilah engkau, engkau merasakan bahawa manusia manusia sekeliling mu sering mengecewakan engkau namun engkau lupa bahawa engkaulah yang celaka kerena sering melupakan Dia dan melakukan maksiat kepadaNYa....

Wahai diri...Mengapa engkau nampak kesalahan orang lain dan engkau melupakan kudis kurap yang melata di tubuh mu sendiri???? Jadilah spt cermin muka yang dapat membiaskan imej mu yang penuh panau dan kurap dan jgnlah engkau menjadi seperti cermin mata yang dapat membuatkan engkau melihat aib dan kelemahan orang lain tanpa dapat engkau melihat tentang keaiban diri mu sendiri... Manusia manusia mengecewakan engkau kerna hubungan mu dengan Nya adalah amat buruk. Andai hubungan mu denganNya cemerlang, maka setiap hati hati yang bersih itu akan jua turut tertarik kepada mu dan bersilaturrahim seperti Muhajirin dan Anshor ...


Baiti Jannati?

Mana kah yang engkau utamakan? Rumah mu kah? Atau rumah ALLAH?

Mulut mu mengatakan Rosulullah saw ikutan mu, tapi bagaimanakah dengan pembuktiannya dari segi 'amalan?? ALLAHU Robbi...

Sesampai sahaja Nabi s.a.w. ke Madinah, baginda mendirikan Masjid. Bukankah tika itu baginda diburu musyrikin Makkah? Bukankah dengan otak kita yang bijak ini akan mengatakan buatlah Kem Tentera, buatlah senjata banyak banyak...  tapi tidakk... Nabi bangunkan hubungan dengan ALLAH lebih dahulu. ALLAH's First. Maka terbinalah Masjid Quba itu yg kekal hingga ke hari ini lambang ketaqwaan seorang Rosul junjungan s.a.w.   Sollu 'Alan Nabiyy...

Rumah rumah ALLAH itu adalah tempat tempat yang paling ALLAH suka. Maka adakah kita suka rumah kita melebihi rumah ALLAH?  Adakah kita kira kita lebih tahu dari ALLAH??  FIkir fikir..
'

Mufti2 dan Ulama' Pening

Mereka pening kerana apa?

Kerna manusia hari ni ilmu mereka terlalu tinggi..tak tercapai oleh para Mufti dan Ulama' . Para Ulama terbungkam kaku berdepan dengan para ilmuwan yang hebat hebat ini. 

Bagi wanita yang berilmu tinggi, faham agama, tinggi martabatnya sehingga mampu menafsirkan ayat ayat ALLAh dengan lebih tepat dan jitu telah berjaya membuatkan para 'Ulama ini terdiam dan kalut membuka serta menggali lagi ilmu mereka bagi menyaingi ketinggi ilmu para wanita moden ini.

Mereka memakai tudung kepala, tetapi dibelitkan ke leher mereka, dada terjojol ... baju pula adalah baju zaman mereka di sekolah tadika dulu. Dek ketinggian ilmu agama mereka dalam bab 'Pembaziran' maka mereka masih memakai baju baju mereka ketika mereka masih kecil dulu.  "Membazir itu saudara syaitan" Hujjah mereka. Ulama' garu kepala.. "Aduh..tinggi tafsiran mereka ini!" 

Bukan itu sahaja, wajah wajah mereka pula dijadikan seumpama kanvas lukisan utk dipalitkan warna warna bak seni abstrak.    .... "ALLAH itu indah dan suka kepada keindahan" Hujjah mereka lagi... Ulama' tercabut serban mereka sampaikan ramai di kalangan mereka kini malu nak pakai serban lagi dah. MEreka pakai kopiah je dan kalau yang iman kuat sikit mereka akan pakai songkok, lagi tinggi songkok tu lagi tinggi martabat mereka. 

Tapi mereka malu dengan wanita wanita ni dek kerena tingginya ilmu para wanita moden ini setaraf dengan Mujtahidah Mutlaq dunia.  Merekalah pengamal agama yang sebenar dengan imej Busana Muslim yang halus dan telus pandang sesuai dengan halusnya sifat wanita itu.. Memang tinggi ilmu ilmu agama wanita wanita moden zaman ini... sampai ada ularmak yang bukan sahaja buang serban.. kepala pun togel jer sekarang nih dek hormatkan ketinggian ilmu para ilmuan agamawan agung desawarsa kini.




Apa yang engkaukan tu Labuuuuu.......
Labels: | edit post
2 Responses
  1. hijabrockers Says:

    Saya suka ni :

    Tidakkah KITA INI BERPOTENSI UNTUK MENJADI PENENTANG BAGINDA S.A.W.?? Para sahabat tak perlukan asbab dalam beriman kepada Nabi s.a.w.

    Potensi mmg sangat besar sbb smua benda nak guna akal sendiri. Padahal dah ada panduan Quran, hadis, sunnah dan alim ulama'. Perasan bijak sbnrnya kita ni. Ya Allah ampunla....


  2. Mereka itu..laksana bintang bintang yang berkerlipan di langit .... Rodhiallahu anhum ...


Post a Comment