Azhar Hashim
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH Yang Menghidupkan dan Mematikan, Yang Awwal dan Yang Akhir, Yang menjadikan insan dan mengajarkannya tentang Matahari dan Bulan dijadikannya dengan penghitungan, sujud padaNya segala sesuatu samada di langit mahupun di bumi. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait serta para sahabat r.anhum.


Apa itu ikhlas?

 Entah mengapa telah ditaqdirkan ALLAH bilamana aku akhir akhir ini dalam 2 bulan ini sudah beberapa kali ditanyakan akan perkara yang amat penting ini samada di sms, telefon mahupun bilamana aku terbaca dibincangkan dalam artikel,. status FB dan juga Blog. Aku tak berapa berani nak sentuh ni sebab aku rasa ikhlas aku ni ntah berada di tahap mana ntah...takut takut nanti cakap je pandai tapi aku di takuk paling tercorot na'uzubillah ...


Namun mudah mudahan ada manfaatnya yang dapat aku tumpang dgn amalan sahabat shabat dan mudah mudahan ALLAH beri ilmu dan faham kepada umat melalui tulisan aku ni (harap harap bro..aku tau aku ni ntahapahapa..tapi aku harap padaNya jua atas kelemahan aku ni Dia akan perkuat kan aku) .. Sebentar tadi aku jumpa lagi bentuk tulisan yang seakan sama yg membicarakan tentang ikhlas yang mana pada aku perlu buat komentar jua di blog aku nih mudah mudahan ada manfaatnya. Ketepikan dulu 'Ke Mana Haluan Ku? III'  ada umur leh sambung insyaALLAH.


Apa yang aku nak nyatakan di sini, adanya kecenderungan di kalangan umat ini yang menekankan Ikhlas itu bermaksud:


1. Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa apa balasan.
2. Melakukan sesuatu semata mata kerana ALLAH.


Dua dua ni memang betul , pada yang pertama tu, aku nak tambah skit la ayatnya, 'melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa apa balasan dari orang atau makhluk yang ditolongnya samada berbentuk material mahupun pujian.

okeh.

Kita ini, sebagai al insan, hidup di dunia ini hanya untuk mempersiapkan diri buat hidup abadi di kampong akhirat. Hidup yang sebenar benar hidup. Maka apa yang ada di dunia ini, sebolehnya kita mahu bawa ke akhirat untuk bersama kita, anak pinak, isteri/suami kita..kita mahu semuanya di sana abadan abadaa.. justeru itu Ummul Mukminin Saodah r.anha sanggup menyerahkan gilirannya kepada Aisyah r.anha agar Nabi s.a.w. tak menceraikannya (beliau mendengar khabar sahaja, Nabi tak cakap pun). Tujuannya adalah supaya bersama selamanya di akhirat sebagai isteri Nabi s.a.w. Maka kita pun mahu orang yg kita saying itu bersama kita selamanya di sana..jalannya.. Nikah.  Ok. Settle.. melencong skit. Ehehe..

Kita ini hidup berpindah pindah dari satu dunia ke dunia yang lain. Sekarang ni yang membaca entry ini sedang berada di dunia kita yang ke tiga, dalam proses perpindahan ke dunia ke empat iaitu Barzah. Berpindah pindah dari alam Ruh ke alam Rohim, alam dunia dan bakal ke alam Barzah iaitu awal mula permulaan hidup yang sebenar benar hidup kekal abadi buat selama lamanya abdan abadaa..


Maka untuk itu, hidup ini adalah ujian semata mata, guna untuk diperhisabkan (takutnya tulis perkataan 'hisab' tu kerna aku pun KENA!!! dengan muka tak malunya aku berharap aku dari golongan Tanpa Hisab..aminnnn aminnn...) tentang amalnya di dunia ini. Maka dari itu diadakan syariat untuk panduan umat ini tentang apa yang ALLAH pemilik dan penguasa seluruh alam ini mahukan dan perintahkan atas kita.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Terjemahan:


"Sesungguhnya Kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya supaya Kami menguji mereka (manusia/jin) siapakah diantara mereka itu yang lebih baik amalnya" (Al-Kahfi:7)



إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Terjemahan:


"Sesungguhnya Kami jadikan manusia dari setitik mani yang melalui berbagai proses, supaya Kami hendak mengujinya" (Ad-Dahr:2)


Kehidupan duniawi tidak dapat dipetik melainkan oleh mereka yang menanamnya… ianya tak akan dapat dituai melainkan oleh penanamnya sendiri. Kerna di sana nanti, Raja segala Raja adalah Raja Yang Maha Adil. Andai didunia tanaman kita, usaha kita, boleh dicuri, dirompak, disapu oleh al penyangak wal penyamun tarbus, namun di sana nanti kita hanya akan dapat menuai apa yng kita tanam dan tak ada orang lain yang mampu untuk mengambilnya. Maka beruntunglah mereka yang subur tanamannya lagi banyak tanamannya kelak.. (semoga akulah org itu...aamiinn)


Telah berkata al Mutannabbi :


"Biarkan aku untuk memperoleh keluhuran yang tidak mungkin dapat dicapai, memang kesukaran mencapai keluhuran itu harus dilalui dengan kesukaran pula dan yang mudah diperoleh dengan mudah… Engkau bermaksud untuk mencapai keluhuran itu dengan senang senang sahaja, tetapi untuk mencapai Syahid haruslah kena sengat Lebah dahulu"

Kalau saja di dunia kita ni pun kita perlu berusaha (Darul Asbab) untuk memperolehi sesuatu, maka apakah nanti kenikmatan menatap wajah ALLAH itu kita akan perolehi secara percuma saja? Neyhi neyhi… ada harga yang perlu dibayar bang!

Adakah sama sahaja antara orang Soleh dengan orang Tholeh? Sama kah dengan Sang Pejuang dengan Sang Lepaking? Orang malas dengan orang rajin? Zolim dan Adil pun sama je ker? Buat tak buat tak kisah pun… adakah begitu system yang ALLAH ada kan di dunia nih? Sekali lagi… Neyhi Neyhi …

Maka insyaALLAH kita sudah bersepakat dan memaklumi akan sunnatullahnya di mayapada ini, bahawa sesuatu yang berharga itu tidak dapat dicapai melainkan dengan usaha dan kesungguhan, malahan semakin tinggi nilai sesuatu itu , maka semakin meningkat akan kepayahan untuk memperolehinya. Ini sunnatullahNya (melainkan jika Dia berkehendakkan selainnya kerna Dia Maha Berkehendak).




أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Terjemahan:

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" (Aali-Imraan:142)


Ikhlaskah Kalau Beramal kerna mencari Pahala? Syurga? Takut Neraka?


OKeh, key point yang aku buat nak menulis ni adalah kerna persoalan yang di atas ni lah. Ada kecenderungan yang banyak yang aku lalui bilamana mereka ini mempersoalkan orang yang beramal kerna mahukan Syurga atau takutkan Neraka atau mahukan pahala . Mereka berpendapat semua ini menjadikan amal menjadi rosak dan tidak ikhlas lantaran mengharapkan perkara-perkara tersebut. Ada yang marah marah aku pun ada. Tapi tak mengapalah kerna mereka pun betul juga iaitu definisi mereka yang awal tadi => :

1. Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa apa balasan.

2. Melakukan sesuatu semata mata kerana ALLAH.


Persoalannya sekarang ini, adakah salah kalau beramal kerana mahukan Syurga ALLAH, takutkan Neraka ALLAH, atau mahukan Pahala atas amal yang dilakukan? Salah kah? Tak ikhlas kah? Betulkah tak ikhlas?




Hakikat 'Amal
Apapun, hakikatnya, 'amal itu menerbitkan PAHALA (husnuz zhon - sangka baik- dan ar rojaa -berharap harap - pd penerimaan 'amalnya). Dan pahala pula tak dapat tidak tidak akan dapat lari dari 2 perkara iaitu:

1. Taat perintah ALLAH
2. Jauhi larangan ALLAH

Kerna apa? Kerna ini janji ALLAH.


Justeru itu, jiwa yang bersih dan suci akan menyembah ALLAH lantaran Dia sahajalah yang layak untuk disembah dan tiada duanya dan tiadalah Dia bersekutu dengan sesuatu apa pun malahan yang selain dariNya lah yang bergantung harap kepadaNya. Maka selayaknya lah Dia itu disembah dan diberi ketaatan mutlaq.

Para Ulama' ASWJ berpendapat tidak salah dan tidak berdosa seseorang itu ber'amal kerna mahukan pahala, syurga atau takutkan Neraka ALLAH. MEreka berpendapat para Anbiya', para Muqorrobin, Siddiqin dan Solihin dalam doa doa mereka dan puji pujian mereka dalam Qur'an kerana takutkan Neraka dan mengharapkan Syurga ALLAH.


أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ ۚ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا



Terjemahan:

"Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhan mu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti." (Bani Israel:57)


Begitulah yg ALLAH gambarkan orang orang yg menghampirkan diri mereka kepada ALLAH, mereka itu TAKUT AKAN AZAB ALLAH dan sememangnya dianjurkan dan diperintahkan supaya kita takut akan azabNya.


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا


Terjemahan:
"Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, hindarkanlah kami dari Azab Jahannam itu dari kami, kerana azabnya itu sangat mengerikan. (Al-Furqan:65)


Dan ALLAH berfirman pula untuk selamat dari Neraka tersebut, mereka berwasilah dgn iman mereka:


الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Terjemahan:
"(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka"(Aali-Imran:16)

Maka wasilah yang paling agung untuk menyelamatkan diri dari api Neraka adalah wasilah Iman. ALLAH menerangkan tentang orang orang yang ber'aqal dan berfikir, mereka itu selalu meminta minta kepada ALLAH akan SyurgaNya dan berlindung diri kepada ALLAH dari ancaman NerakaNya serta mengharapkan PahalaNya atas amalan yang mereka lakukan:


 إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
 الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
 رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
 رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا ۚ رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ
 رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
 فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ ۖ بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ ۖ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ


Terjemahan:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. Wahai tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.Maka tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). "(Aali Imran:190-195)

Maka tak ada perselisihan lagi di sini apa yang diperintahkan/ditawarkan dalam kitabullah dan yang diajarkan oleh para Rosul itu adalah untuk memohon SyurgaNya, jauhi NerakaNya dan mengharapkan pahalaNya.



إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

Terjemahan:
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;" (Al-Fathir:29)

Ulama' tafsir mengatakan perniagaan di sini bermaksud ganjaran pahala.


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Terjamahan:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. " (Al-Baqarah:261)

Ayat ayat ni menunjukkan 'offer' ALLAH utk memberi pahala.. takkan kita tak sudi kot? Takkan jual mahal kottt...


Sabdaan Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. banyak menjurus kepada memohon Syurga dan menjauhi diri dari Neraka ALLAH. Dalam doa doa kita, wirid wirid kita selepas solat juga memohon Syurga dan jauh dari Api Neraka ALLAH. Nabi juga menyarankan kita bila kita minta Syurga, mintalah Syurga Firdaus kerna itulah Syurga yang tertinggi.

Selepas Azan, kita doakan agar Nabi kita ditempatkan di tempat yang tertinggi dalam Syurga yang mana doa ini Nabi kita ajarkan kepada kita dan baginda menyatakan baginda menginginkan tempat yang tertinggi dalam Syurga itu dan kita umatnya lah Bantu mendoakannya. Sesesiapa yang mendoakannya maka baginda akan bagi syafaatnya! (Maaf atas kerendahan dan kejahilan aku, aku cari cari hadith ni tak jumpa jumpa, maka tak dapat aku sertakan matannya di sini tapi aku yakin hadith ni hadith popular dan ramai dah baca dan tahu.)

Sebuah lagi menceritakan bagaimana suatu hari Nabi bersabda lebih kurang maksudnya Nabi tanya bagaimana boleh tak tertarik dgn Syurga? Kerna Syurga itu demi Tuhan Ka'abah adalah cahaya yang berkilau kilauan, wangi wangian yg semerbak, bidadari yang cantikjelita. Buah buahan yang ranum, istana istana yang megah, sungai yang mengalir dsbnya sehingga kemudiannya para sahabat menyahut "Ya Rosulullah! Kami sangat tertarik dengannya dan akhirnya Nabi pun bersabda 'InsyaALLAH' (Sapa tau hadith ni tolong emel aku supaya aku dapat tepet kat sini insyaALLAH..makasih)


Kalaulah ber'amal kerena hendakkan Syurga ALLAH itu tak ikhlas dan tercela, kenapa pula Al-Qur'an dan Hadith menganjurkannya?? Tidakkah ianya bertentangan dgn Al Qur'an dan Sunnah? Kalau ber'amal kerna takutkan Neraka ALLAH itu tak ikhlas, maka ke mana hendak dicampakkan surah surah dan hadith hadith tu semua?? 


Kisah Sahabat r.a.

Ketika perang berkecamuk, seorang sahabat sedang melepaskan lelah sambil memakan sebiji kurma di tangan kanannya dan beberapa biji lagi di tangan kirinya menanti untuk disuapkan ke mulutnya.  Sedang dia melihat dan makan kurma itu, beliau bertany kepada baginda Rosul saw yang ada di sisinya. Dimanakah kedudukan dan keberadaannya kalau dia tumpas dalam pertempur itu,  Jawab baginda s.a.w. pendek "dalam Syurga!"  Mendengarkan itu beliau mencampakkan kurma yang baru separuh dimamahny dan bakinya yang ada di tangan kiri ke tanah, terus menghunus pedangnya dan menyambung pertarungan dengan meluru melompat ke tengah tengah medan pertempuran. Beliau  berjuang dengan berani dan menewaskan beberapa orang musuh sambil meneriakkan dia sudah terbau akan bauan Syurga…beliau akhirnya menemui Syahid dalam pertempuran itu…. Renungkan. Nabi kata Sahabat sahabat baginda itu laksana bintang di langit. Ingat tu. Selesai.

Menurut Imam Fakhruddin ar Razi: Ibadah itu ada 3 perkara yang timbul darinya iaitulah:


1. Ia membentuk Insan Kaamil (sempurna) - dengannya hati nurani diterangi Nur Ilahi, lidahnya terpelihara dari perkaaan yang lagho tapi dihiasi dengan ucapan yang mulia seperti zikrullah, anggota tubuhnya menjadi indah dan segar sehingga dia mencapai tingkat kemanusiaan yg tinggi dan akhirnya mencapai sa'ada (kebahagiaan) dalam erti yg seluas luasnya.

2. Membentuk sifat amanah - satu akhlak yang utama. Orang yang amanah akan mendapat pertolongan Ilahi pada saat-saat yang diperlukan.

3. Ibadah menciptakan kegembiraan dan sukacita - Dia mengeluarkan manusia dari alam kegelapan kepada cahaya terang benderang. Dia memberikan jalan keluar dari sesuatu kesulitan, menunjukkan pemecahan persoalan dari kesukaran yang sedang dihadapi sesuai dengan firmanullah:

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ...


 وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ


Terjemahan:
"..sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)" (At-Tholaq:2-3)


Setahu aku yang jahil ini, memang ada ahli ahli Thoriqat yang mengatakan demikian (adapun yang cakap dgn aku tu bukan ahli Thoriqat pun) dan aku menghormati pendapat mereka itu. Adapun mereka berkata dengan ilmu dan insyaALLAH aku faham akan Zouk mereka tu… Mereka berpendapat 'Tidak patut seorang 'abid beribadah kpd ALLAHdengan menepati perintah dan laranganNya kerna takutkan azab atau kerna ingin mendapatkan pahalaNya. Seorang Mahabbah yang sebenarnya tidak mengkehendaki yang sedemikian itu. Orang yang mencintai tidak ada hak untuk dicintai.


Subhanallah… terkesima aku. Sungguh tinggi maqam mereka itu!

Namun aku berpendapat secara peribadi, mereka itu benar dan apa yang mereka tujui itu juga benar. Namun pembawaan pengikut yg tak faham dan tak merasai apa yang dirasai oleh ahli ahli sufi itu yang menjadikan masalah kpd umat ini. MEreka yang sampai (tenggelam dalam lautan cinta pada ALLAH) perkataan mereka seringkali kita tak dapat fahami dan kita fahamkan lain dari yang apa yang mereka maksudkan.

Pada aku, kata kata mereka itu mereka tujukan kepada murid murid mereka, halaqah halaqah mereka jemaah jemaah mereka dalam pada mereka mendidik hati menuju mardhotillah. Namun mereka tak menghukum orang lain, tidak menujukan kata kata itu kepada jemaah lain, pergerakan lain atau orang lain sekalipun, kata kata mereka tu sebenarnya ditujukan kepada DIRI MEREKA sendiri.

Namun salah pembawaan mereka yang samada mendengar tanpa ilmu, membaca tanpa ilmu dan belajar tasauf tanpa guru yang menyebabkan ada di kalangan yang mencela orang lain beramal kepada pahala, syurga dan neraka. Cukuplah takat tu dulu, aku tak layak pun nak komen tentang ahli ahli sufi ni… moga ALLAH ampunkan aku…


Hamba Yang Bersyukur

Adapun hadith Aisyah r.anha bilamana menceritakan Aisyah r.anha menanyakan kepada baginda Rosul s.a.w. mengapa beliau solat sampai bengkak bengkak kakinya, padahal dia adalah Rosul pilihan, dosanya telah diampunkan lagi pula berkeadaan Maksum dari perbuatan dosa dan noda. Sementelah baginda juga sudah dijanjikan ahli Syurga di tempat yang tertinggi maqam para Rosul, tapi mengapakah baginda solat sampai bengkak bengkak kaki? Baginda s.a.w. memberitahu Aisyah, apakah tidak selayaknya aku ini menjadi hamba yang bersyukur!?  Inilah tingkatan Ikhlas tertinggi..ikhlas para Rosul a.s.!!

Kesimpulan

Ikhlas boleh dikategorikan dalam 4 perkara:

1.  Ber'amal kerna mahukan Syurga ALLAH, ini adalah ikhlas.
2. Ber'amal kerna takutkan Neraka ALLAH, ini pun ikhlas jugak.
3. Ber'amal kerna mahukan meraih keuntungan ganjaran Pahala dari ALLAH, ni pun ikhlas di sisiNya.
4. Ber'amal kerna ALLAH semata mata - ini golongan para Rosul dan Anbiya a.s. serta mereka yang ALLAH pilih untuk mendapat kurniaNya ini.

Apapun keikhlasan itu diukur oleh ALLAh dan bukan kita manusia ini. Kita hanya bertuah dikirimkan Rosul dan diturunkan Kitab bagi menerangkan syariat perintah dan larangan yang ALLAH mahukan atas kita. Maka di tingkatan mana kah kita dan tingkatan mana yang tinggi, itu urusan ALLAH. Tak perlu kita menuding kepada sesiapa pun lantaran kita tak ada cop mohor "bebas dari Api Neraka' di dahi kita ni. Kalau dibincangkan pun hanayalah bertujuan supaya kita sama sama fikir di mana kita ini dan bagaimana kita hendak taat kepadaNya bukan bertujuan nak sesatkan orang atau nak rendahkan orang lain. Biarkan kerja ALLAH untuk ALLAH dan kerja kita untuk kita laksanakan. Entri ini pula bukanlah artikel ilmiah tapi hanya santai sahaja bincang bincang sekadar mampu...

Mari kita sama sama muhasabah diri kita (terutama diri ku sendiri) dan sama sama perbetulkan niat kita..Moga moga tergolong dalam golongan yang ikhlas ber'amal di sisiNya ...Aaamiinn
0 Responses

Post a Comment