Azhar Hashim
Assalamu'alaykum warahmatullah ..

Hanya pada Mu Ya ALLAH aku serahkan seluruh urusan ku.. Pencipta dan Pentadbir seluruh alam, Maha Bijaksana, Maha Adil Engkau dalam setiap urusan pentadbiran Mu darihal seluruh makhluk makhluk Mu yang tak terkirakan banyaknya bertaburan di seluruh alam. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat baginda r.anhum.

AKu baru balik dari musafir ke selatan. Menghadiri kenduri anak saudara ku juga mengziarahi rakan taulan. Sempat jua aku mengais sekupang dua di perjalanan ini. Alhamdulillah...sungguh rahmat Mu Maha Luas telah Engkau limpahkan ke seluruh alam...

Dalam pada itu, aku bermimpi lagi... kali ini aku bermimpi bertemu rakan sekelas ku di ITM dulu. Beliau telah pun pulang ke rahmatullah sebulan dua yang lalu... Aku teringat 'Bonjot' yg menalipon aku memberitahu Asma telah tiada, dia meninggal di US akibat Kanser (pd hakikatnya, masanya telah tiba)...



Dalam mimpi aku tu, aku melihat deretan manusia sedang berbaris, seolah menanti untuk menaiki kenderaan atau masuk ke suatu tempat.. aku tak pasti. Yang pasti aku tak ikut berbaris tapi berjalan ditepi tepi baris itu dan aku terhenti pada seorang muslimah yang menoleh pada ku.. aku betul betul terhenti di sebelah kanannya, kalau aku mendepangkan tangan aku, pasti aku dapat menyentuhnya, begitulah dekatnya kedudukan kami ketika itu... Tatkala aku mengadap ke arahnya dan aku lihat je wajah muslimah tu.. subhanallah.. ASMA!!

Ye..aku nampak Asma...rakan sekelas ku di ITM dulu..dan dia tersenyum manis melihat aku!! Terus aku terjaga selepas itu!

Asma... setakat itu yang aku tahu namanya..(teruk kan?) Aku tak tahu nama penuhnya.. aku tak pernah bercakap sepatah pun dengannya dulu..dan aku tak pernah ada apa apa urusan pun dengannya sepanjang 3 tahun kami di sana... Hanya pada suatu ketika, Asma datang bersama rakan karibnya, mahu memesan gambar yang aku ambil pada satu aktiviti, gambar tu aku print dan publish utk sapa sapa nak order.. itulah pertama kali dia datang, itupun bersama rakannya, dan dia mewakilkan pada kawannya itu untuk bercakap dgn aku padahal aku ni rakan sekelas dia dan aku ada di depan dia pada waktu itu!! 

Betapa belagaknya aku dulu ... termenung aku pagi tu.. mengenangkan akan diri ku dulu sebagai seorang pelajar..aku memberitahu Reen dan Bonjot melalui sms tentang mimpi aku tu.. Bonjot tak cakap banyak.. dia mengucapkan syukur bila aku kata Asma senyum pada aku.  Reen je yg banyak komen dgn aku... ada juga kata katanya yang aku akui dan aku pegang.. terima kasih sahabt bagi aku kekuatan (kekuatan hakiki hanyalah dariNya) tapi..yg pastinya, aku rasa menyesal dulu aku ni belagak giler..kononya rock hebat sangat... Aku tak banyak bergaul dengan kalian (perempuan) padahal rakan sekelas. Kini seorang demi seorang kawan aku telah pergi dahulu ke alam barzah meninggalkan dunia yg penuh dgn tipudaya dan fitnah ini..

Asma, walau aku tak pernah memainkan peranan sebagai seorang sahabat pada mu kmu dulu..tapi engkau datang pada aku melalui dalam mimpi aku... nanges aku... semoga kau terima aku sebagai sahabat kamu di dunia dan akhirat... aku dapat doa dan sedeqah bacaan al-Qur'an pada mu kini.. anak anak mu pun aku tak kenal..suami mu lagi aku tak tau sapa dia... aku takut.. aku takut aku tak dapat menjawab soalan kubur nanti tentang siapa saudara aku!!

Asma gadis yang baik, bertudung labuh ketika ramai kawan kawan lain yg freehair dan merapu gaban.. pergaulan terjaga pandangan terjaga. Aku sebenarnya menghormati kamu ... aku pandang kamu dari jauh..menjaga kamu dari jauh. Tak perlu aku merapu banyak kat sini.. kau pun dah pergi. Aku minta maaf pada mu dan ampun pada ALLAH untuk aku dan dirimu... semoga engkau diletakkan di kalangan orang orang yang soleh. Aku tahu engkau memang solehah..insyaALLAH aku redho kamu kawan ku... sehingga kau dah meninggal pun, kamu juga yang datang mengziarahi aku..sedangkan kubur mu pun aku tak tahu di mana letaknya utk aku ziarahi! Kawan apa kah aku ini!???

Apa sahaja urusan duniawi yang aku usahakan akan aku teruskan walau pada petang sebelumnya aku bertekad mahu menghentikan segalanya. Aku mahu hentikan lantaran tujuan aku melakukannya telah pun tiada lagi..untuk apa aku usahaka lagi.. lagi pula bergelumang dgn dunia amat bahaya bagi aku yang alergik ini... justeru petang tu aku dihina lagi pulak tu. -'only in your dreams!' - Huh! .. Memang aku kuat tekad mahu hentikan sahaja tika itu ... Tapi tak mengapalah.. memang padan muka aku pun. Ahahahaha~ mereng.

 Tapi kehadiran mu Asma membuatkan aku berfikir.. aku masih berpijak di bumi fana ini.. aku kena amik sekadar yang perlu utk aku gunakannya ke akhirat... fitnah dan sok sek sok sek pun semakin berleluasa, kasihan anak isteri aku dipandang serong dan sinis atas jalan yang aku ambil ini... pada mereka yg sok sek tu, dunia ini seolahnya adalah segala galanya... Semoga ALLAH pelihara ku dari tertewas lagi dgn duniawi ini.. Justeru akan ku teruskan apa yg aku rancang dan laksanakan setakat ini insyaALLAH

AKu mahu ziarah korang semua nanti wahai sahabat sahabat ku! Bagi la aku masa 3-4 bulan lagi.. AKu azam nak pegi ziarah semua yang aku kenal di seluruh pelusuk tanahair ini. Dari Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak..  Mana tahu masa autk ku pun tak lama lagi... aku mahu bermaaf maafan dengan korang semua.. Aku nak peluk korang semua... dukung anak anak korang..(yg kecik la..ahahaha)  anak anak aku pun kini belajar dgn aku, aku akan bawak mereka semua bermusafir..musafir ziarah lillahi ta'ala. Moga moga menjadi sunnah yang baik yg aku tinggalkan untuk mereka. KOrang pembaca blog tolonglah doakan hajat aku nih... aku ni memang suka merayap pun..ehehe..

Al Fatihah untuk Asma dan semua sahabat sahabat kawan kawan aku yang telah pergi lebih dahulu... kamu orang semua sahabt aku yang baik dan aku redho kalian semua jadi sahabat aku dulu. Semoga kita dapat bersama nanti di kampung asal kita yang kekal abadi buat selama lamanya. Semoga aku dapat memanfaatkan sisa sisa hidup aku yang berbaki ini pada jalan yang ALLAH redho ..mudah mudahan ampunanNya dapat ku raih...

Alhamdulillah..malam ni modem dapat pulak berjalan dgn baik. Pada insan yang prihatin dan baik hati yang mahu menghadiahkan aku modem baru tu.. aku ucapkan ribuan terima kasih..semoga ALLAH membalasi nya dengan SyurgaNya yang luasnya meliputi langit dan bumi. Dan semoga sekiranya ada manfaatnya penggunaan modem itu nanti, disampaikan jua pahalanya kepada kamu... malu saya dgn kamu ini! Rasa macam nak tulis je nama kami kat sini, tapi nanti pasti kamu luku paler aku pulak!!

ok lah..sudah lah merapu,. Aku baru sampai dari KL ni... baju pun tak salin lagi. Seronok jumpa anak anak saudara, terubat juga hati aku yg lara ini... pada Mu jua Ya ALLAH aku serahkan segala urusan ku.. ampunan Mu ku pohon... Terima kasih ALLAH mempertemukan aku dgn Arwah Asma, juga dulu dgn arwah Azrin (aku rasa ada tulis kat sini dulu kot..ke kat FB?) .. Pada Mu  bergantung segala sesuatu.. ALLAHU Robbi...

Wassalam...

p/s: Hidup ini ibarat mimpi mimpi nan indah.. kita hanya terjaga dari mimpi mimpi itu tatkala hadir dua Malaikat penyoal didalam kubur kita... di situlah kehidupan kita akan bermula.. setelah terjaga dari mimpi nan panjang...
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment