Azhar Hashim
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh..

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang Maha Pencipta yang telah menjadikan aku dari setetes air yang lemah, kemudian diberikan kpd ku nikmat Iman.. Nikmat yg terbesar yg dikurniakan kepada ku. Moga moga dikekalkan hingga akhir hayatku, syukur Ya ALLAH.. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Nabi dan Rasul terakhir bagi anak Adam a.s., para ahlil bait dan para sahabat r.anhum serta kaum muslimin dan muslimat di serata ceruk alam..

Banyak perkara yg aku kira dapat aku coretkan di entry kali ini. Tapi insyaALLAH, aku sentuh sikit sikit pasal dah terhutang lama. Tak mampu aku nak kejar.. Kisah ini pun kisah yang telah berlalu hampir sebulan yang lalu. Biar aku tulis satu satu yg aku ingat insyaALLAH. Semoga ada manfaatnya di sisi Yang Maha Kuasa.

Huzaifah

Aku merasa rindu padanya di saat ini. Sungguh rindu. ALLAH sahaja yang tahu.

Isteri ku keguguran hampir 3 minggu yang lalu, pada tarikh 4 Julai, Janin anak ku yg berusia 4 bulan lebih selamat disemadikan disisi kuburan datoknya iaitu ayah ku.

Akulah yang memandikan, mengkafankan, mensolati (bersama anak anak Ma'had), menguburkannya tatkala ibu mu masih di wad rawatan. Tidak aku sangka yang akulah yang telah ditaqdirkan oleh ALLAH SWT yg terlebih dahulu melakukannya. Sangka ku dan harapan ku, anak anak ku lah yang akan memandikan, mengkafankan, menyolati dan menguburkan aku kelak. Namun ternyata, ALLAH itu Maha Berkuasa telah menetapkan yang aku, si bapa lah yang akan melakukan yang demikian itu terlebih dahulu. Semoga pergi mu jua memberi manfaat ilmu pada anak-anak lain di Ma'had akan tatacara pengurusan jenazah kecil seperti mu.

Aku kafaninya dgn Kain Serban ku sendiri untuk lapisan pertama, dan kain selendang ibu ku untuk lapisan ke duanya. Atar yang selalu aku pakai, aku sapukan pada serban dan selendang yang kemudiannya menjadi kafan anak ku. APa yg di kepala ku itulah sahaja buat mu yang mampu abah berikan wahai Huzaifah anak ku.. Tanda kasih dan sayang abah pada mu, kain serban peninggalan arwah datok kamu yg abah sayangi itulah yang abah korbankan untuk mu. Datok telah pun pergi 19 tahun yang lampau, namun serbannya masih utuh terlilit di kepala abah, dan kini, membaluti tubuh mu yang kecil sebesar tapak tangan buat bekalan berhadapan dgn ALLAH kelak.  Apakah agaknya yang akan engkau perkatakan tentang ibu dan ayah kamu ini nanti di hadapan Qadi Robbul Jaleel...

Apa kata adik beradik mu sayang?

Kak Humaira': *Menangis tak berkata apa apa..

Abg Mu'az: Bercita cita untuk hafiz cepat supaya dapat mengajarkan mu sendiri menjadi seorang hafiz sepertinya.. tapi adik pergi dulu.. (Alhamdulillah..)

Abg Adam: Menangis kerna pernah berdoa meminta ALLAH tidak menggugurkan kandungan ibu (kamu wahai anak ku).. dan ditegur kawannya supaya jgn doa begitu, takut nanti benar benar jadi. Dan sememangnya taqdir ALLAH itu pasti akan berlaku. Abg mu inilah yang paling banyak mengalirkan air matanya, dan dialah yang menatang mu sepanjang perjalanan ke persemadian mu tempoh hari.

Kak Juwairiah: - Peneman dan rakan sepermainan mu nanti di SyurgaNya yang kekal abadi

Abg Muhammad Razin : -  Menangis ketika dia menceritakan tentang mu pada kak Humaira' semasa beliau di wad hospital. - Ketika Ibu dirawat, serentak pada masa yang sama, abg razin dimasukkan ke Wad kerna asthma. Dua hospital abg giliri untuk ibu (kamu) dan abg razin. Dia tak berkesempatan untuk mengurusi dan mengiringi jenazah mu tempoh hari kerna masih di wad. Alhamdulillahi 'ala kulli haal..

Ternyatalah bahawa engkau tidak sanggup untuk datang ke dunia yang penuh pancaroba ini. Dan pergilah engkau buat selamanya. Maka berlakulah satu lagi perkara yang abah rasai sejak dari dulu..iaitu kehilangan seorang anak. Satu demi satu perkara ghaib yg abah rasakan telahpun ALLAH zahirkan. Maha Suci Engkau Ya ALLAH. Ada DUA lagi yang entah benar akan berlaku ataupun tidak. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui dan abah hanya menanti waktu samada ianya benar ataupun tidak, semuanya sudah ada dalam lipatan taqdirNya jua. Kita ini hambaNya..

InsyaALLAH anak ku, kita akan bertemu lagi nanti di sana. Janganlah dikau lupa akan ibu dan ayah mu ini serta abang abang dan kakak kakak mu.. kami sayangkan kamu. Dan insyaALLAH, tidak akan melupakan mu buah hati kami.. Duhai anakku.. Huzaifah bin Azhar ...


p/s: Di sisi Mazhab As-Syafie, tak perlu kafan, solat dsbnya namun bukan pula salah sekiranya dilakukan. Terserah pada ALLAH akan segala urusan. Wallahu'alam
Labels: | edit post
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    takziah.sudah ada seorang pemberi syafaat buat anda sekeluarga.


  2. Nurul Says:
    This comment has been removed by the author.

  3. Nurul Says:

    mmm....teringat ms sy call tu. mmm...sy pun nanges pastu dgr ustat sebak. =(


Post a Comment