Takdirnya ALLAH, ketika dok melayari web nih, aku terjumpa klip video yang amat menyedihkan dan mendebarkan hati dan perasaan ku.. klip video terakhir dua orang wira negara yang terkorban dalam satu kemalangan udara.. Payung Terjun! Aku pernah sendiri mengalami kemalangan udara ini namun ajal ku belum sampai lagi.. Atas ehsanNya aku masih diizinkannya untuk terus menghirup udaraNya.. Semoga Engkau mengampuni Ku atas segala kelalaian dan kesalahan serta dosa dosa yang masih menumpuk numpuk yg aku kerjakan..walaupun kelihatannya Engkau telahpun memberikan amaran kepada ku belasan tahun yang lalu.. hanya pada Engkau aku memohon keampunan dan aku bertaubat Ya ALLAH!
Berkenaan dengan video itu, kalau tak silap, ini adalah video di Melaka bilamana dua perajurit muda dari Kor Komando telah terkorban semasa latihan ini. Dari jenis Jump Suit yang mereka pakai, mereka ni mungkin dalam berkursus lanjutan payung terjun..
Kelihatannya salah seorang perajurit yang menjadi fokus video ini pada pendapat aku telah pengsan atau knock out.. tak nampak akan tanda tanda beliau
Peristiwa ini mengingatkan aku akan allahyarham Sjn (u) Ali - dianugerahkan F/Sjn oleh perkhidmatan setelah kematiannya- iaitu salah seorang jurulatih aku dulu. Beliau juga telah terkorban dalam usahanya untuk menyelamatkan salah seorang peserta kursus di bawah jagaannya, seorang pranita.
Allahyarhamah ada masalah dengan payung utamanya namun beliau panik dan tidak berbuat apa apa... F/Sjn Ali dengan beraninya telah memutuskan payung utamanya untuk mengejar pranita ini dalam usaha menyelamatkannya. Usaha allahyarham pada peringkat awalnya berhasil apabila berjaya mengejar pranita itu di udara namun pranita itu terlalu panik dan takut dan terus memeluknya dengan kuat dan terus menggagalkan usahanya untuk membuka payung cadangan pranita itu. Mereka jatuh serentak secara bersama ... guru dan anak muridnya. Semoga ALLAH mengampuni mereka dan menaikkan darjatnya ke peringkat Syuhada. Aku kenal F/Sjn Ali dan beliau bukan seorang yang lagha..
Itu secebis kisah semasa aku dalam tentera.. dalam video ini aku lihat tak ada seorang pun yang cut weld (tak pasti ejaan) untuk mengejar allahyarham ini dan berusaha membukakan payung utamanya.. dalam masa yang singkat itu, tindakan pantas dan segera perlu dibuat tanpa lengah atau berfikir dua tiga kali... Dalam masa satu saat sahaja para penerjun telahpun jatuh 100 meter!! Allahyarham yang pertama pada pendapat aku masih boleh diusahakan untuk diselamatkan oleh rakan penerjunnya yang lain dengan mengejar dan membukakan payung utamanya! Walau dilatih dgn khas sebagai seorang Komando, kehendakNya mengatasi segala..
Seorang lagi aku lihat payung utamanya terbuka walau pada awalnya payungnya turut collapsed.. tak tahu samada beliau masih sedar dan berjaya membetulkan payungnya atau payungnya jadi ok dengan taqdirnya ALLAH.. namun setelah payungnya kembang, talinya berbelit dan ketika ini aku yakin dia sendiri knock out juga berpandukan keadaannya yang longlai dalam video itu.. Aku pernah mengalami keadaan berbelit ini..tak ada cara lain melainkan untuk 'kayuh beskal' di udara untuk membuka belitannya... Namun apakan daya beliau tak sedarkan diri...
Semoga ALLAH mengampuni segala dosa dosa mereka andaikata mereka itu saudara seagama dengan ku dan mengangkat darjat mereka ke darjat Syuhada.....
al-Fatihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment