Assalamualaikum warahmatullah..
Berikut ini adalah sambungan dari entri yang lalu.. kalau belum baca, kalian baca dulu lah kot (perah santan ada org baca blog..ehehehe) KLIK Ops Sariap
Dalam perjalanan ke Ipoh, aku mengantuk la pulak. Minggu ni memang kurang tidur. TApi alhamdulillah ALLAH bagi kekuatan. Macam macam hal berlaku, tapi itu semua rahmat dan ujian dariNya jua. Semoga ALLAH terima usaha aku yg amat amat dhoif ini... namun aku tetap berharap pada Mu Ya ALLAH...
Aku berhenti isi petrol sebelum mula masuk ke Tol Juru. Isi penuh. Mengantuk masih mengganggu. TApi aku tak sanggup pulak berhenti takut takut nanti bas potong aku... TApi akhirnya aku berhenti tidur di satu R&R tu. Aku tak pasti R&R mana pasal mengantuk sangat. Bawak kereta pun agaknya ke tengah ke tepi dah.
Aku tak sehebat seorang hamba ALLAH tu yg tertidur ketika membawa kereta. Tapi ALLAH melindunginya sehinggalah sampai ke jalan masuk ke rumahnya iaitu ketika ia terhentak melalui bonggol jalan, baru dia tersedar. Rupanya dia dah selamat sampai ke taman perumahannya!
Subhanallah! Tiket tol dan duit tol yg disediakan pun tak terusik. Entah jalan mana yang dia lalui pun dia tak ingat. Yg dia ingat, dia masuk Tol KK dan jalan, kemudian dia terlelap, dan sedar sedar dan sampai ke taman perumahannya. Akibat keletihan ke hulu ke hilir mengajar kitab kitab ALLAH. Maka benarlah bukan kenderaan yang menyampaikan kita, tapi ALLAH yang menyampaikan kita, ALLAHU Akbar!
LELAP
Dapat aku lelap dalam 15 minit dan terjaga. Terus aku meneruskan perjalanan. Tiket bas menunjukkan akan bergerak pada jam 11.30 am. TApi melalui percakapan ku tadi dengan Raxtor 1, pukul 12.12 baru dia jalan. Agak lewat juga dari jadualnya. Namun aku tak boleh lengah. AKu meneruskan perjalanan aku ke Ipoh. Raxtor 1 memberitahu aku yang dia duduk di seat bernombor 20 (single) dan Target pula di seat 22 (double). Kira dekat lah, mudah untuk dia memerhati dan memantaunya. Sehingga waktu itu Target tak sedar dia diekori. Raxtor 1 menyuruh aku menyemak al-Qur'an surah 12, ayat 12 (jam bas bergerak). Hasilnya, ini terjemahan ayat berkenaan:
"Biarkan dia pergi bersama sama kami esok, supaya dia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya" (Yusuf:12)
Adakah ada kaitan dengan anak-anak (tiga orang) yg ditinggalkan? Wallahu'alam.
Akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti di hentian bukit gantang, nak beli buah.. ehehehe..mengada ngada la pulak. Itu lah bestnya Operasi ni, tak macam dulu masa pakai uniform, mana leh pi shopping segala.. ye lah..mana de kedai dalam hutan! ahahahaha.Aku beli buah Salak...aku lantak Salak utk makan tengahari nih.. alhamdulillah.. syukur nikmat! Makan sambil memandu, dual tasking.
IPOH
Sampai di Ipoh menunjukkan jam 1.35 ptg. Waktu Solat Jumaat nak masuk. Aku masuk ke tempat parking, alhamdulillah, tempat parking bawah atap ada yg kosong untuk aku. Aku dikira bermusafir, dan aku keluar pun sebelum subuh tadi. Jadi aku akan laksanakan solat jamak sahaja nanti insyaALLAH, aku terus ke kaunter tiket. ALLAH memudahkan aku, tiket terus ada dan bas sedang menanti. Isk..terlupa pulak pouch aku di kereta.. cungap pulak aku berlari. Rupanya aku dah tak fit! ehehehe.. tercungap cungap aku jadinya. Terus naik Bas, dan Bas pun bergerak. Aku telefon Raxtor 1 tanya lokasi mereka, ternyata dia baru je masuk sempadan negeri Perak. Alhamdulillah..aku di depan mereka!
Dalam perjalanan, aku tidur je banyak. Ngantuk la katakan. TAk peduli dah rakan sebelah tu, seorang india yg sibuk dengan handphonenya. Aku lena jaga, lena jaga. Sampai di Rawang, Raxtor A telefon aku tanya lokasi aku, aku bagitau lah. Yang lokasi dia lak, dia baru je lepas Tol Juru! Dia tawar kat aku lak untuk aku naik dengan dia.
Raxtor A selepas hantor Target ke stesyen Bas, terus balik pack barang anak2 dan dirinya sekali. Tekad, akan keluar tak kembali lagi dah. So agak slow la skit pergerakannya. Adapun barang anak2 memang dah packed awal coz kononnya nak hantor deme ke umah atok mereka. Penuh juga le keta mpv dia tu. Tika aku dah lepas Rawang, dia baru masuk ke Tol Juru.
Aku ada usulkan supaya aku tunggu dia di tepi hiway je dan naik sama dengannya. Tapi aku tak mo tinggal kereta aku di pekan kecil tu, karang nak kena patah balik pi amik plak bila mission accomplished. Lagipun aku tak tau ok ke tak ok tinggal kereta aku tu kat situ. So aku nak ke Ipoh, dan parkir kereta kat tempat yg aku rasa dan yakin selamat. Aku tunggu la dia tepi hiway tu. Tapi dia tak setuju. So, aku lompat naik bas lah. Itu yang dia telefon aku tu seolahnya aku masih nak teruskan plan asal aku iaitu aku tunggu dia tepi Hiway dan dia kutip aku lah. Aku dah atas bas dah pun. Kot kalau awal tu, buleh juga aku balik kejap beli lampin dan mungkin sempat juga Solat Jumaat. Si Juwairiah tu dah kehabisan lampin rupanya, sabarlah ye nak, abah ada urusan umat! Apapun, semua tu dalam lipatan taqdirNya jua. Subhanallah.
Destinasi 1
Aku sampai ke Selangor, di tempat hentian bas tu pada jam 4 petang lebih kurang. Aku lapor lokasi kpd Raxtor A dan Raxtor 1. Raxtor 1 masih jauh lagi rupanya. Basnya agak perlahan dan berhenti rehat agak lama di tepi hiway. Raxtor 2 pula dah menunggu di situ awal lagi, tapi aku tak hubungi dia. Pertama aku kena buat, cari Surau atau Masjid dulu. Taqdir ALLAH, aku nampak sayup seorang pakcik pakai pelekat berketayap putih jalan kaki. Apa lagi, aku followww.. follow punya follow, aku perasan agak jauh juga dah aku jalan. Eh betul ke pakcik ni nak ke Masjid? Pada perkiraan aku, Asar tak berapa lama lagi dah. Kemudian sampai satu jalan yang lurus, aku nampak sebuah motorsikal datang amik pakcik tu, kawannya kot, juga pakai pelekat berkopiah putih. Ah! Dia naik motor, aku berhenti memerhatikan dari jauh, motor tu belok pada satu selekoh. Aku nekad.. I followw... aku anggar jarak aku dengan pakcik tu tadi dalam 60 meter. Jauh juga tu. Mungkin aku dapat kejar dalam 10 meter sebelum pakcik motor tu berhenti amik dia. Mmm..mujahadah sungguh pakcik ni datang ke Masjid. Memang jauh, dah lima minit aku jalan tak nampak Masjid lagi sedangkan ketika aku nampak dia awal-awal tadi dia dah dalam perjalanan. Entah dimana dia bermula pun aku tak tahu. Aku jalan terus sampai ke simpang yg mereka belok tu, aku nampak papantanda, 'Masjid Al-Amin' dengan anak panah ke kanan! Alhamdulillah! Dah dekat!
Kali pertama aku masuk ke tandas Masjid yang amatlah wanginya. TAk tahu lah aku kot kot baru basuh ke apa ker. Tapi memang wangi amat dan bersih. Tak nampak tanda baru cuci pun. Masjid ni ada SAR, anak-anak dah memenuhi ruang khas untuk mereka di bahagian belakang sof. Mereka dah siap siap menunggu waktu Solat. Aku kira ada dalam 10 minit lagi sebelum masuk waktu.
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Riwayat Muslim)
Anak-anak kecil ini ditanam dengan akhlak dan adab islamiyyah sejak awal lagi. Aku tak la berkomunikasi dengan mereka tapi kelihatannya mereka ini patuh dan taat pada guru mereka. Tak pun kelihatan yang berlari lari dan bermain-main dalam rumah ALLAH itu. Mereka pun tak bising, tak de dengar suara yang kuat dari arah perkumpulan mereka. Semoga rumah rumah ALLAH akan penuh dengan golongan muda setelah golongan tua tak mahu ke Masjid! Tapi, sampai ke sudah aku tak jumpa pakcik berpelekat merah hati berketayap putih tu. Motor pun aku tak nampak kat Masjid tu. Tak tau la kot depa pusing parking sebelah sana jalan. Tapi kenapa nak parking jauh? Entahlah. Aku serahkan pada ALLAH S.W.T. makhlukNya belaka.
Selesai kewajipan. Aku balik ke 'pos pemerhati' aku.. bagi sitrep pada Raxtor A. Raxtor 1 tak dapat dihubungi. Adakah ketika itu dia masuk terowong tu? Tapi takkan begitu lama? Ah! Dia ke tandas barangkali.
Kemudian itu, baru lah aku hubungi Raxtor 2 yang dah hampir 20 tahun lebih tak ku temui. Dari jauh aku dah nampak dia, setia menunggu di 'pos'nya sendiri. Aku telefon dan bagitau dia yang aku nampak dia.. locked on head! Sniper is in position! ahahahaha.. lama tak cakap macam nih. Dia ketawa je, 'Abih la akuu" kata dia. ... *Sambung
p/s:
Tentang Target
Beliau memberitahu akan ke sebuah Daerah lain dari daerahnya (Perak) untuk menghadiri satu majlis perkahwinan sahabatnya. Lantas itu beliau perlu pegi ke daerah itu. Dan memandangkan suami agak sibuk, maka dia pergi seorang. Kenapa memakan masa 2-3 hari? Alasannya, kenduri dibuat secara gotong royong, maka perlu lah dia pergi seorang tanpa bawa anak-anak bagi memudahkan urusan. Juga untuk membantu lantaran ianya dijalankan secara gotong royong.
Tentang Plan B
Dalam entri lepas dinyatakan tentang Plan B. Plan B ialah Raxtor A bertanya terus pada Target, mana dianya tiket tu? Saja nak tengok. Tiket dihulurkan dengan terketar ketar (sebab destinasinya berbeza, bukan ke daerah yg ada kenduri tu, tapi jauh ke Selangor). Target berdalih mengatakan tiket memang terus ke Selangor, tapi ianya akan masuk singgah ke Daerah yg dimaksudkan itu. Maka dia akan turun di Daerah itu dan bas akan menurunkannya di satu tempat yang mana nanti ada yang akan mengambilnya ke kenduri. Jadi walau tiket menunjukkan bas ke Selangor, tapi Target hanya akan ke Perak (kononnya..).
Raxtor A hanya perlu melihat tiket tu, tarikh, nomor bas dan syarikat bas. Maklumat yg diperolehi dari Plan B ini memungkinkan Raxtor 1 membeli tiket bas syarikat yang sama dan bertolak pada jadual yang sama.
Kenapa perlu Escort?
Raxtor 1 diperlukan untuk memastikan tiada berlakunya sebarang perubahan kepada Plan Onar yang dirangka oleh Target bersama rakan subahatnya. Maka Raxtor 1 perlu mengekori dan memastikan perjalanannya adalah sepertimana maklumat yg diperolehi sebelum ini.

Post a Comment