Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala puji pujian tertentu hanyalah layak bagi ALLAH Tuhan sarwa seluruh alam. Maha Esa lagi Maha Agung dan seluruh sifat sifat kepujian terkumpul padaNya. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Penghulu sekelian para Rasul, ahlil bait dan para sahabat r.anhum serta muslimin muslimat sekalian.


Episode Hidup Di Dunia

Selama aku di alam siber ini. TAk kurang beberapa kali tulisan aku disalah erti. Tulisan tanpa mimik wajah, tanpa intonasi, tanpa suara, lenggok bahasa sering kali mendapat tafsiran yang berbeza dari pembaca. Apatahlagi aku ni tak ada ilmu dalam bidang penulisan. Sungguh besar fitnahnya rupanya. Kata kata nasihat dikatakan perli, kata kata pujian dikatakan perli, kata-kata teguran ikhlas dikatakan menyibuk. Kadang tu, kata kata suka dikatakan kita benci! Ehehehehe.. Indah sungguh alam yang Engkau ciptakan ini Ya ALLAH.

Andai tiada dugaan, mana kan datang martabat dan maqam.

Andai tiada Umpatan - Mana kan datang pahala memaafkan orang.

Andai tiada cacian dan makian - Mana kan datang peluang belajar bersabar ..

Andai tiada sakit dan maut - Mana kan ada peluang mencuci dosa dan bersabar

Andai tiada Kesusahan - Bila masanya mahu belajar Mujahadah..

Indahnya sekolah yang Engkau dirikan di Maya Pada ini ... Sungguh Engkau Maha Bijaksana.


XXXXX===XXXXX

Kegelinciran Lidah atau Salah Fahaman?

Seringkali pula kita tersilap kata dalam banyak perkara (kita tu merujuk kepada AKU, bukan kamu) ..Kita sering berkata..

"AKu bukan nak datang sini sebenarnya, tapi KEBETULAN aku lalu kat sini, terus lah jumpa ko!"

"Aku nak ke pasar sebenarnya, Kebetulan pulak masa tu ko lalu, dapat la aku pow ko seliang dua" (abaikan bahasa ni kalau tak paham yer)

Banyak lagi contoh ayat ayat begitu dalam kehidupan kita nih.. (baru satu contoh - Kebetulan)

Dulu pun dalam tahun hujung 80 an kot, ada lagu 'Suratan atau Kebetulan' yang dilagukan oleh pasangan yang menggunakan nama kristian. So aku agak Kristian la kot. Tak apa lah. Tapi masalahnya dinyanyikan dan didendangkan oleh ramai umat Islam..tanpa sedar... (ramai tu sebenarnya aku lah. uhuhuh)

 Antara lirik :

Sesuatu yang tak disangka,
Seringkali mendatangi kita
Apakah Suratan dalam kehidupan,
ATau sekadar,
Satu KEBETULAN ...

bla bla bla..

So..apa masalahnya?

Masalahnya, WUJUDKAH KEBETULAN dalam kehidupan ini?

Dilihat dalam Kamus, Kebetulan tu maknanya :  

"accidental, by accident, by chance, casual, fit, happen to, incidental, ocassional"

Tu dia. Maka nampaknya, Kebetulan tu ialah bermaksud, tak sengaja, tak dirancang, berlaku secara begitu je (by chance), ngam ngam jadi, terjadi begitu dan lain lain.  Dapat disimpulkan, KEBETULAN itu tidak dirancang. Dari sudut makhluk, benar. Dari sudut yg menyeluruh, tidak benar. Kerna Alam ini ada yang menjaganya, ada yang merencanakannya, ada yang mentadbirnya.

  وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ


 Terjemahan ayat di atas:
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata." (al-Anaam:59)


إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

 Terjemahannya:
"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya." (Luqman:34)


 مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَ‌ٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Terjemahannya: "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."  (Al-Hadid:22)



Maka boleh kah kita menggunakan perkataan KEBETULAN tu lagi?? Cuba tanya iman masing masing (maksudnya aku lah nih, bukan org lain).

Aku pernah dulu bermuzakarah dengan seorang yang menggunakan akalnya terlalu bebas hingga terbabas ke bab bab ghaib yang memerlukan sokongan dan pembuktian Al-Qur'an dan sunnah. Antara yang dia kata dulu, alam ini ALLAH jadikan, memang pertamanya Tuhan yang merangka dan mengadakan sistem untuk alam ini (dia maksudkan sunnatullah la tu) .. Tetapi Tuhan setkan kepada mode otomatik (ni ayat aku nak bagi kome faham) yang mana setelah itu, segalanya berlaku secara natural dan Dia (Tuhan) tak perlu lagi meneliti tiap sesuatu itu lagi. Pada mamat tu, kalau ALLAH nak jaga semua, mana mungkin sempat. Begitulah yang aku faham dari otak dia tu. Dia letak ALLAH setaraf dgn Makhluk. Mamat tu fikir ALLAH ni macam dia la kot, mana mampu nak kawal dan jaga semua pada tiap detik dan ketika. Ok habis takat tu.


Berita Semasa

Apapun, tadi aku dah kena blok. Tak apa lah kot. Sekali lagi aku disalah tafsirkan. ehehehe.. Blok apa tu? Blok dari Facebook lah. Ada seorang yg niatnya bagus menulis tentang iman dan menyentuh hal itu. Aku nak tambah skit supaya bab bab ghaib ni disandarkan pada Al-Qur'an dan Sunnah. Apa yang penulis tu tulis tu betul lah tu, tapi aku cuba nak enter frame la konon, memperindahkan dengan memberi peringatan yang semua ada di alam ni adalah 'tanda-tanda' kebesaran ALLAH. tapi tak sampai taraf sebagai bukti di sisiNya. Justeru itu Dia turunkan Para Rasul dan kitab kitab untuk memperkenalkan diriNya pada makhluk manusia ini.

Niat aku nak peringatkan (tazkirah) pada pembaca yang kita tak tahu tahap iman dan ilmu mereka, apatah lagi aku difahamkan tulisannya itu ditujukan pada Si Muallaf. Bimbang juga aku hal hal ini hanya pakai logik (logik manusiawi - kerna semua tentang ALLAH logik tapi mungkin tidak pada manusia) . Tapi aku sekali lagi aku disalah anggap sebagai tak setuju dgn tulisannya dan diblok aku. Kemudian ada pula penyokong tibai aku.. adeh.. Sungguh indah taqdirMu Ya ALLAH. Engkau Maha Adil, dan taqdir Mu semestinya Adil buat ku hingga bila bila pun. Alhamdulillah. Sekarang aku dah kena blok, dah tak leh kawan dah dgn penulis tu.. InsyaALLAH, ALLAH akan hantar org lain yg boleh membantu dia nanti. Aamiin..

Udah ler.. aku nak masuk tidor.

Esok nak pegi ziarah Sheikh muda di Penang. Dia dapat Sheikh di Mesir. Umur muda lagi, tapi hafiz dan mahir Qiraat. Sekarang mengajar di Ma'had Ihsaniyyah. Nak pegi ziarah orang orang 'alim, walaupun muda dari aku, tapi dia lebih mulia lagi, nak tumpang toi berkat. ehehehe..
0 Responses

Post a Comment