Showing posts with label Tenung Tenung... Show all posts
Showing posts with label Tenung Tenung... Show all posts
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum..

Alhamdulillah segala puji dan puja hanyalah bagi Mu Ya ALLAH.. Tuhan sekelian alam, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, tiadalah daya dan upaya ku melainkan Engkau Ya ALLAH..Dzat Yang Maha Tinggi, Maha Agung Engkau yang menguasai timur dan barat..Bergantung segala sesuatu itu kepada Mu jua. Kepada Mu ku pohon ampun dan aku bertaubat dari segala dosa dan noda yang banyak telah aku perbuatkan.. Sesungguhnya lautan keampunan Mu amatlah luas, maka ampunilah aku Ya ALLAH..dan Engkau ampunilah kedua ibu dan bapa ku, anak isteri ku, guru guru ku, abang2 dan kakak2 ku,datuk datuk dan nenek nenek ku serta sekelian pada muslimin dan muslimat yang tunduk sujud memohon keampunan Mu serta bertaubat kepada Mu...

Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi mulia kekasih ku Muhammad saaw serta ahlil bait seluruhnya dan para sahabat baginda r.anhum ... Hanya melalui sunnah mu Ya Rosulullah kami dapat mematuhi dan menjauhi akan segala larangan ALLAH SWT. Jasa mu tak mungkin dapat kami balas, guru dunia dan akhirat... 

Namun segala sesuatu itu telahpun tertulis sejak azali lagi oleh tuan pemunya seluruh alam dan isinya ini ALLAH 'azza wa jalla... Sungguh tiada sesuatu pun yg terlepas dari ilmuNya melainkan segala sesuatu itu adalah dibawah kekuasaan dan pemerintahanNya jua..




أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَـٰدً۬ا (٦) وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادً۬ا (٧

(Mengapa kamu ragu ragu kekuasaan Kami menghidupkan semula orang orang yang telah mati?) Bukankah Kami menjadikan Bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? (6) Dan Gunung ganang sebagai pancang pasaknya? (7) (An-Naba;)


Siang dan malam sebagai suatu tanda kebesaran ALLAH SWT ke atas alam ini. Kita selaku makhluk bernama manusia adalah yang paling banyak menerima nikmat ke atas segala apa yang ada di dalam dunia ini. Namun sedikit sekali dari kita ini yg bersyukur..

Tiadalah di kalangan kita ini melainkan para 'Ulama lah yang paling taqwa kepada ALLAH. Ulama' adalah pewaris para anbiya a.s. Pada mereka terakam kesabaran Nabi Nuh as. sabarnya berdakwah siang dan malam selama 950 tahun tanpa henti. Dan dikurniakan hidayah hanya sekita 83 orang sahaja pengikutnya. Sehinggakan anak dan isteri sendiri tidak beriman kepadanya ...Diberi perintah membina kapal di tempat yg jauh dari laut ..dituduh gila dan macam macam...namun tetap sabar dalam menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi..

Pada mereka terukir kehebatan dan ketabahan Nabi Ibrahim as. Tabah meninggalkan anak yg masih kecil dan isterinya jauhhhh di lembah Bakkah. Tabah pula meninggalkan isterinya yg sulung berserta anak kecil Nabi Ishaq as di Palestine.. Tabahnya isteri patuh tak bertanya lagi suaminya kemanakah beliau hendak pergi dan kenapa meninggalkan mereka berdua di padang pasir tandus tatkala dijawab ianya adalah Perintah ALLAH.  Setelah beberapa tahun, kembali pula Nabi Ibrahim as. menemui anak isterinya, namun atas tujuan untuk menyembelih anaknya itu pula... tabahnya si anak menurut lantaran ianya perintah ALLAH ... sudahlah lama tidak menjengah, baru ziarah sudah mahu menyembelih pula! Tabahnya insan insan terpilih ini... subhanallah... Selesai peristiwa korban, balik semula ke Palestine dan ziarah kembali tatkala anak sudah pun berkahwin..puluhan tahun berlalu... atas pesanan "tukarkan jenang pintu rumah mu ini" si anak yg tak merasa kasih sayang seorang ayah, taat terus menceraikan isterinya kerna itu perintah ayahnya kepada nya... Subhanallah... adakah anak sesoleh ini di zaman ini? 

Pada para ulama tercerna kebijaksanaan dan kekuatan Nabi Musa a.s. Hidup bersama dengan makhluk ALLAH yang paling hina Fir'aun yg mana berani mengangkat dirinya sebagai Tuhan semesta Alam. Sabar dan bijaksana menurut perintah ALLAH untuk berdakwah dan menentang orang yg selama ini membesarkannya, memberinya makan dan pakai serta tempat perlindungan! (Wahai ust ust penjilat penguasa..kalian baru dapat Gaji sudah tak berani angkat muka depan penguasa yang zolim!)  Ulama' yg ikhlas menurut akan sifat ini dan tidak gentar berhadapan dengan penguasa yang zolim. Rela dibunuh diseksa dipenjara demi agama yang suci ini!

Pada para ulama terserlah kasih dan sayangnya Nabi Isa a.s. kepada umatnya.. mewakafkan diri 24 jam untuk ummat. Ulama 'amilin adalah milik umat, hatta keluarganya pun tidak memiliki mereka. Pada mereka hanya ada ummati ummati ... teringat akan kata kata seorang anak allahyarham AF Ust Fadhil Noor bilamana dia jumpa ayahnya pada dua hari raya sahaja itupun sekejap... subhanallah!!  

Kepada para Ulama ini terpancar akhlak yang baik dan indah sepertimana contoh teladan ygn dititipkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saaw,..




وَجَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِبَاسً۬ا (١٠) وَجَعَلۡنَا ٱلنَّہَارَ مَعَاشً۬ا (١١ 
  "Dan Kami telah menjadikan malam (dgn gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi) ? (10) Dan kami menjadikan  siang (dgn cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?" (An-Naba')



p/s: Yg ni pd bulan lepas... publish je lah...




Capt MUHAMMAD Azhar
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH Yang Menghidupkan dan Mematikan, Yang Awwal dan Yang Akhir, Yang menjadikan insan dan mengajarkannya tentang Matahari dan Bulan dijadikannya dengan penghitungan, sujud padaNya segala sesuatu samada di langit mahupun di bumi. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait serta para sahabat r.anhum.


Apa itu ikhlas?

 Entah mengapa telah ditaqdirkan ALLAH bilamana aku akhir akhir ini dalam 2 bulan ini sudah beberapa kali ditanyakan akan perkara yang amat penting ini samada di sms, telefon mahupun bilamana aku terbaca dibincangkan dalam artikel,. status FB dan juga Blog. Aku tak berapa berani nak sentuh ni sebab aku rasa ikhlas aku ni ntah berada di tahap mana ntah...takut takut nanti cakap je pandai tapi aku di takuk paling tercorot na'uzubillah ...


Namun mudah mudahan ada manfaatnya yang dapat aku tumpang dgn amalan sahabat shabat dan mudah mudahan ALLAH beri ilmu dan faham kepada umat melalui tulisan aku ni (harap harap bro..aku tau aku ni ntahapahapa..tapi aku harap padaNya jua atas kelemahan aku ni Dia akan perkuat kan aku) .. Sebentar tadi aku jumpa lagi bentuk tulisan yang seakan sama yg membicarakan tentang ikhlas yang mana pada aku perlu buat komentar jua di blog aku nih mudah mudahan ada manfaatnya. Ketepikan dulu 'Ke Mana Haluan Ku? III'  ada umur leh sambung insyaALLAH.


Apa yang aku nak nyatakan di sini, adanya kecenderungan di kalangan umat ini yang menekankan Ikhlas itu bermaksud:


1. Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa apa balasan.
2. Melakukan sesuatu semata mata kerana ALLAH.


Dua dua ni memang betul , pada yang pertama tu, aku nak tambah skit la ayatnya, 'melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa apa balasan dari orang atau makhluk yang ditolongnya samada berbentuk material mahupun pujian.

okeh.

Kita ini, sebagai al insan, hidup di dunia ini hanya untuk mempersiapkan diri buat hidup abadi di kampong akhirat. Hidup yang sebenar benar hidup. Maka apa yang ada di dunia ini, sebolehnya kita mahu bawa ke akhirat untuk bersama kita, anak pinak, isteri/suami kita..kita mahu semuanya di sana abadan abadaa.. justeru itu Ummul Mukminin Saodah r.anha sanggup menyerahkan gilirannya kepada Aisyah r.anha agar Nabi s.a.w. tak menceraikannya (beliau mendengar khabar sahaja, Nabi tak cakap pun). Tujuannya adalah supaya bersama selamanya di akhirat sebagai isteri Nabi s.a.w. Maka kita pun mahu orang yg kita saying itu bersama kita selamanya di sana..jalannya.. Nikah.  Ok. Settle.. melencong skit. Ehehe..

Kita ini hidup berpindah pindah dari satu dunia ke dunia yang lain. Sekarang ni yang membaca entry ini sedang berada di dunia kita yang ke tiga, dalam proses perpindahan ke dunia ke empat iaitu Barzah. Berpindah pindah dari alam Ruh ke alam Rohim, alam dunia dan bakal ke alam Barzah iaitu awal mula permulaan hidup yang sebenar benar hidup kekal abadi buat selama lamanya abdan abadaa..


Maka untuk itu, hidup ini adalah ujian semata mata, guna untuk diperhisabkan (takutnya tulis perkataan 'hisab' tu kerna aku pun KENA!!! dengan muka tak malunya aku berharap aku dari golongan Tanpa Hisab..aminnnn aminnn...) tentang amalnya di dunia ini. Maka dari itu diadakan syariat untuk panduan umat ini tentang apa yang ALLAH pemilik dan penguasa seluruh alam ini mahukan dan perintahkan atas kita.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Terjemahan:


"Sesungguhnya Kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya supaya Kami menguji mereka (manusia/jin) siapakah diantara mereka itu yang lebih baik amalnya" (Al-Kahfi:7)



إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Terjemahan:


"Sesungguhnya Kami jadikan manusia dari setitik mani yang melalui berbagai proses, supaya Kami hendak mengujinya" (Ad-Dahr:2)


Kehidupan duniawi tidak dapat dipetik melainkan oleh mereka yang menanamnya… ianya tak akan dapat dituai melainkan oleh penanamnya sendiri. Kerna di sana nanti, Raja segala Raja adalah Raja Yang Maha Adil. Andai didunia tanaman kita, usaha kita, boleh dicuri, dirompak, disapu oleh al penyangak wal penyamun tarbus, namun di sana nanti kita hanya akan dapat menuai apa yng kita tanam dan tak ada orang lain yang mampu untuk mengambilnya. Maka beruntunglah mereka yang subur tanamannya lagi banyak tanamannya kelak.. (semoga akulah org itu...aamiinn)


Telah berkata al Mutannabbi :


"Biarkan aku untuk memperoleh keluhuran yang tidak mungkin dapat dicapai, memang kesukaran mencapai keluhuran itu harus dilalui dengan kesukaran pula dan yang mudah diperoleh dengan mudah… Engkau bermaksud untuk mencapai keluhuran itu dengan senang senang sahaja, tetapi untuk mencapai Syahid haruslah kena sengat Lebah dahulu"

Kalau saja di dunia kita ni pun kita perlu berusaha (Darul Asbab) untuk memperolehi sesuatu, maka apakah nanti kenikmatan menatap wajah ALLAH itu kita akan perolehi secara percuma saja? Neyhi neyhi… ada harga yang perlu dibayar bang!

Adakah sama sahaja antara orang Soleh dengan orang Tholeh? Sama kah dengan Sang Pejuang dengan Sang Lepaking? Orang malas dengan orang rajin? Zolim dan Adil pun sama je ker? Buat tak buat tak kisah pun… adakah begitu system yang ALLAH ada kan di dunia nih? Sekali lagi… Neyhi Neyhi …

Maka insyaALLAH kita sudah bersepakat dan memaklumi akan sunnatullahnya di mayapada ini, bahawa sesuatu yang berharga itu tidak dapat dicapai melainkan dengan usaha dan kesungguhan, malahan semakin tinggi nilai sesuatu itu , maka semakin meningkat akan kepayahan untuk memperolehinya. Ini sunnatullahNya (melainkan jika Dia berkehendakkan selainnya kerna Dia Maha Berkehendak).




أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Terjemahan:

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" (Aali-Imraan:142)


Ikhlaskah Kalau Beramal kerna mencari Pahala? Syurga? Takut Neraka?


OKeh, key point yang aku buat nak menulis ni adalah kerna persoalan yang di atas ni lah. Ada kecenderungan yang banyak yang aku lalui bilamana mereka ini mempersoalkan orang yang beramal kerna mahukan Syurga atau takutkan Neraka atau mahukan pahala . Mereka berpendapat semua ini menjadikan amal menjadi rosak dan tidak ikhlas lantaran mengharapkan perkara-perkara tersebut. Ada yang marah marah aku pun ada. Tapi tak mengapalah kerna mereka pun betul juga iaitu definisi mereka yang awal tadi => :

1. Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa apa balasan.

2. Melakukan sesuatu semata mata kerana ALLAH.


Persoalannya sekarang ini, adakah salah kalau beramal kerana mahukan Syurga ALLAH, takutkan Neraka ALLAH, atau mahukan Pahala atas amal yang dilakukan? Salah kah? Tak ikhlas kah? Betulkah tak ikhlas?




Hakikat 'Amal
Apapun, hakikatnya, 'amal itu menerbitkan PAHALA (husnuz zhon - sangka baik- dan ar rojaa -berharap harap - pd penerimaan 'amalnya). Dan pahala pula tak dapat tidak tidak akan dapat lari dari 2 perkara iaitu:

1. Taat perintah ALLAH
2. Jauhi larangan ALLAH

Kerna apa? Kerna ini janji ALLAH.


Justeru itu, jiwa yang bersih dan suci akan menyembah ALLAH lantaran Dia sahajalah yang layak untuk disembah dan tiada duanya dan tiadalah Dia bersekutu dengan sesuatu apa pun malahan yang selain dariNya lah yang bergantung harap kepadaNya. Maka selayaknya lah Dia itu disembah dan diberi ketaatan mutlaq.

Para Ulama' ASWJ berpendapat tidak salah dan tidak berdosa seseorang itu ber'amal kerna mahukan pahala, syurga atau takutkan Neraka ALLAH. MEreka berpendapat para Anbiya', para Muqorrobin, Siddiqin dan Solihin dalam doa doa mereka dan puji pujian mereka dalam Qur'an kerana takutkan Neraka dan mengharapkan Syurga ALLAH.


أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ ۚ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا



Terjemahan:

"Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhan mu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti." (Bani Israel:57)


Begitulah yg ALLAH gambarkan orang orang yg menghampirkan diri mereka kepada ALLAH, mereka itu TAKUT AKAN AZAB ALLAH dan sememangnya dianjurkan dan diperintahkan supaya kita takut akan azabNya.


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا


Terjemahan:
"Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, hindarkanlah kami dari Azab Jahannam itu dari kami, kerana azabnya itu sangat mengerikan. (Al-Furqan:65)


Dan ALLAH berfirman pula untuk selamat dari Neraka tersebut, mereka berwasilah dgn iman mereka:


الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Terjemahan:
"(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka"(Aali-Imran:16)

Maka wasilah yang paling agung untuk menyelamatkan diri dari api Neraka adalah wasilah Iman. ALLAH menerangkan tentang orang orang yang ber'aqal dan berfikir, mereka itu selalu meminta minta kepada ALLAH akan SyurgaNya dan berlindung diri kepada ALLAH dari ancaman NerakaNya serta mengharapkan PahalaNya atas amalan yang mereka lakukan:


 إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
 الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
 رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
 رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا ۚ رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ
 رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
 فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ ۖ بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ ۖ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ


Terjemahan:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. Wahai tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.Maka tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). "(Aali Imran:190-195)

Maka tak ada perselisihan lagi di sini apa yang diperintahkan/ditawarkan dalam kitabullah dan yang diajarkan oleh para Rosul itu adalah untuk memohon SyurgaNya, jauhi NerakaNya dan mengharapkan pahalaNya.



إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

Terjemahan:
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;" (Al-Fathir:29)

Ulama' tafsir mengatakan perniagaan di sini bermaksud ganjaran pahala.


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Terjamahan:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. " (Al-Baqarah:261)

Ayat ayat ni menunjukkan 'offer' ALLAH utk memberi pahala.. takkan kita tak sudi kot? Takkan jual mahal kottt...


Sabdaan Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. banyak menjurus kepada memohon Syurga dan menjauhi diri dari Neraka ALLAH. Dalam doa doa kita, wirid wirid kita selepas solat juga memohon Syurga dan jauh dari Api Neraka ALLAH. Nabi juga menyarankan kita bila kita minta Syurga, mintalah Syurga Firdaus kerna itulah Syurga yang tertinggi.

Selepas Azan, kita doakan agar Nabi kita ditempatkan di tempat yang tertinggi dalam Syurga yang mana doa ini Nabi kita ajarkan kepada kita dan baginda menyatakan baginda menginginkan tempat yang tertinggi dalam Syurga itu dan kita umatnya lah Bantu mendoakannya. Sesesiapa yang mendoakannya maka baginda akan bagi syafaatnya! (Maaf atas kerendahan dan kejahilan aku, aku cari cari hadith ni tak jumpa jumpa, maka tak dapat aku sertakan matannya di sini tapi aku yakin hadith ni hadith popular dan ramai dah baca dan tahu.)

Sebuah lagi menceritakan bagaimana suatu hari Nabi bersabda lebih kurang maksudnya Nabi tanya bagaimana boleh tak tertarik dgn Syurga? Kerna Syurga itu demi Tuhan Ka'abah adalah cahaya yang berkilau kilauan, wangi wangian yg semerbak, bidadari yang cantikjelita. Buah buahan yang ranum, istana istana yang megah, sungai yang mengalir dsbnya sehingga kemudiannya para sahabat menyahut "Ya Rosulullah! Kami sangat tertarik dengannya dan akhirnya Nabi pun bersabda 'InsyaALLAH' (Sapa tau hadith ni tolong emel aku supaya aku dapat tepet kat sini insyaALLAH..makasih)


Kalaulah ber'amal kerena hendakkan Syurga ALLAH itu tak ikhlas dan tercela, kenapa pula Al-Qur'an dan Hadith menganjurkannya?? Tidakkah ianya bertentangan dgn Al Qur'an dan Sunnah? Kalau ber'amal kerna takutkan Neraka ALLAH itu tak ikhlas, maka ke mana hendak dicampakkan surah surah dan hadith hadith tu semua?? 


Kisah Sahabat r.a.

Ketika perang berkecamuk, seorang sahabat sedang melepaskan lelah sambil memakan sebiji kurma di tangan kanannya dan beberapa biji lagi di tangan kirinya menanti untuk disuapkan ke mulutnya.  Sedang dia melihat dan makan kurma itu, beliau bertany kepada baginda Rosul saw yang ada di sisinya. Dimanakah kedudukan dan keberadaannya kalau dia tumpas dalam pertempur itu,  Jawab baginda s.a.w. pendek "dalam Syurga!"  Mendengarkan itu beliau mencampakkan kurma yang baru separuh dimamahny dan bakinya yang ada di tangan kiri ke tanah, terus menghunus pedangnya dan menyambung pertarungan dengan meluru melompat ke tengah tengah medan pertempuran. Beliau  berjuang dengan berani dan menewaskan beberapa orang musuh sambil meneriakkan dia sudah terbau akan bauan Syurga…beliau akhirnya menemui Syahid dalam pertempuran itu…. Renungkan. Nabi kata Sahabat sahabat baginda itu laksana bintang di langit. Ingat tu. Selesai.

Menurut Imam Fakhruddin ar Razi: Ibadah itu ada 3 perkara yang timbul darinya iaitulah:


1. Ia membentuk Insan Kaamil (sempurna) - dengannya hati nurani diterangi Nur Ilahi, lidahnya terpelihara dari perkaaan yang lagho tapi dihiasi dengan ucapan yang mulia seperti zikrullah, anggota tubuhnya menjadi indah dan segar sehingga dia mencapai tingkat kemanusiaan yg tinggi dan akhirnya mencapai sa'ada (kebahagiaan) dalam erti yg seluas luasnya.

2. Membentuk sifat amanah - satu akhlak yang utama. Orang yang amanah akan mendapat pertolongan Ilahi pada saat-saat yang diperlukan.

3. Ibadah menciptakan kegembiraan dan sukacita - Dia mengeluarkan manusia dari alam kegelapan kepada cahaya terang benderang. Dia memberikan jalan keluar dari sesuatu kesulitan, menunjukkan pemecahan persoalan dari kesukaran yang sedang dihadapi sesuai dengan firmanullah:

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ...


 وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ


Terjemahan:
"..sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)" (At-Tholaq:2-3)


Setahu aku yang jahil ini, memang ada ahli ahli Thoriqat yang mengatakan demikian (adapun yang cakap dgn aku tu bukan ahli Thoriqat pun) dan aku menghormati pendapat mereka itu. Adapun mereka berkata dengan ilmu dan insyaALLAH aku faham akan Zouk mereka tu… Mereka berpendapat 'Tidak patut seorang 'abid beribadah kpd ALLAHdengan menepati perintah dan laranganNya kerna takutkan azab atau kerna ingin mendapatkan pahalaNya. Seorang Mahabbah yang sebenarnya tidak mengkehendaki yang sedemikian itu. Orang yang mencintai tidak ada hak untuk dicintai.


Subhanallah… terkesima aku. Sungguh tinggi maqam mereka itu!

Namun aku berpendapat secara peribadi, mereka itu benar dan apa yang mereka tujui itu juga benar. Namun pembawaan pengikut yg tak faham dan tak merasai apa yang dirasai oleh ahli ahli sufi itu yang menjadikan masalah kpd umat ini. MEreka yang sampai (tenggelam dalam lautan cinta pada ALLAH) perkataan mereka seringkali kita tak dapat fahami dan kita fahamkan lain dari yang apa yang mereka maksudkan.

Pada aku, kata kata mereka itu mereka tujukan kepada murid murid mereka, halaqah halaqah mereka jemaah jemaah mereka dalam pada mereka mendidik hati menuju mardhotillah. Namun mereka tak menghukum orang lain, tidak menujukan kata kata itu kepada jemaah lain, pergerakan lain atau orang lain sekalipun, kata kata mereka tu sebenarnya ditujukan kepada DIRI MEREKA sendiri.

Namun salah pembawaan mereka yang samada mendengar tanpa ilmu, membaca tanpa ilmu dan belajar tasauf tanpa guru yang menyebabkan ada di kalangan yang mencela orang lain beramal kepada pahala, syurga dan neraka. Cukuplah takat tu dulu, aku tak layak pun nak komen tentang ahli ahli sufi ni… moga ALLAH ampunkan aku…


Hamba Yang Bersyukur

Adapun hadith Aisyah r.anha bilamana menceritakan Aisyah r.anha menanyakan kepada baginda Rosul s.a.w. mengapa beliau solat sampai bengkak bengkak kakinya, padahal dia adalah Rosul pilihan, dosanya telah diampunkan lagi pula berkeadaan Maksum dari perbuatan dosa dan noda. Sementelah baginda juga sudah dijanjikan ahli Syurga di tempat yang tertinggi maqam para Rosul, tapi mengapakah baginda solat sampai bengkak bengkak kaki? Baginda s.a.w. memberitahu Aisyah, apakah tidak selayaknya aku ini menjadi hamba yang bersyukur!?  Inilah tingkatan Ikhlas tertinggi..ikhlas para Rosul a.s.!!

Kesimpulan

Ikhlas boleh dikategorikan dalam 4 perkara:

1.  Ber'amal kerna mahukan Syurga ALLAH, ini adalah ikhlas.
2. Ber'amal kerna takutkan Neraka ALLAH, ini pun ikhlas jugak.
3. Ber'amal kerna mahukan meraih keuntungan ganjaran Pahala dari ALLAH, ni pun ikhlas di sisiNya.
4. Ber'amal kerna ALLAH semata mata - ini golongan para Rosul dan Anbiya a.s. serta mereka yang ALLAH pilih untuk mendapat kurniaNya ini.

Apapun keikhlasan itu diukur oleh ALLAh dan bukan kita manusia ini. Kita hanya bertuah dikirimkan Rosul dan diturunkan Kitab bagi menerangkan syariat perintah dan larangan yang ALLAH mahukan atas kita. Maka di tingkatan mana kah kita dan tingkatan mana yang tinggi, itu urusan ALLAH. Tak perlu kita menuding kepada sesiapa pun lantaran kita tak ada cop mohor "bebas dari Api Neraka' di dahi kita ni. Kalau dibincangkan pun hanayalah bertujuan supaya kita sama sama fikir di mana kita ini dan bagaimana kita hendak taat kepadaNya bukan bertujuan nak sesatkan orang atau nak rendahkan orang lain. Biarkan kerja ALLAH untuk ALLAH dan kerja kita untuk kita laksanakan. Entri ini pula bukanlah artikel ilmiah tapi hanya santai sahaja bincang bincang sekadar mampu...

Mari kita sama sama muhasabah diri kita (terutama diri ku sendiri) dan sama sama perbetulkan niat kita..Moga moga tergolong dalam golongan yang ikhlas ber'amal di sisiNya ...Aaamiinn
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah..

Alhamdulillahi Robbil 'Alameen.. Ku panjat syukur dan puji pujian bagi Mu Ya ALLAH, yang telah menjadikan aku dan menghidupkan aku di alam maya ini melalui perantaraan ayah dan ibu ku. Dengan kasih sayang Mu aku melihat dunia ini, berkasih sayang sesama makhluk Mu lainnya dan berperang dengan musuh Mu laknatullah juga berperang dgn nafsu haiwani dalam diri ku sendiri. Bantu lah aku Ya ALLAH dalam perjalanan ku menuju Mu dengan membawa harapan dan impian selaku insan yang serba lemah dan serba kekurangan.

Bergantung segala sesuatu itu kepada Mu sedangkan Engkau megah berdiri dengan sendirinya tanpa memerlukan sesuatu apa pun dari makhluk Mu sedangkan segala makhluk Mu amat amat memerlukan Engkau Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang Maha Lemah Lembut ..

ALLAH, Sampaikanlah selawat serta salam penuh kerinduan ke atas kekasih Mu baginda Rosulullah s.a.w. serta ahlil bait baginda dan para sahabat ridwanullahu 'alaihim ajmain... Berilah kami kekuatan untuk mengamalkan sunnahnya sebagai tanda kasih dan sayang kami kepada baginda s.a.w.

Marilah kita mengucapkan sebesar sebesar kesyukuran kita kepada ALLAH SWT atas segala nikmat yang tak terhitungkan kepada kita siang malam pagi petang sedar jaga malah pada tiap saat, detik dan ketika. Maha Suci Tuhan y ang menciptakan alam ini dengan segala keindahan... Subhanallah...


Pengabdian Diri Kepada ALLAH Adalah Jalan Kebebasan!

Dalam kehidupan ini, kita dibekalkan dengan nafsu keinginan kepada keindahan dan kemewahan duniawi. Setiap sesuatu itu adalah ujian pula kepada kita, perkara yang sama boleh menjadi fitnah kepada seseorang tapi sebaliknya menjadi satu rahmat kepada orang lain. Yang menentukan samada berjaya atau tidak adalah dengan apabila kita menundukkan nafsu untuk menurut syarak, buat apa yang ALLAH perintah dan tinggalkan apa yang ALLAH larang dan tegah melalui amalan yang telah diajarkan melalui sunnah Rosulullah s.a.w..

Mahu harta kekayaan?
Bolehhh...
..... ukur kemampuan diri mu sendiri tentang bila berhadapan dengan dunia yang penuh pancaroba ini. Adakah aku mampu mengikut jejak jejak Abdul Rahman Bin Auf r.a. atau aku akan mengikut jejak langkahnya Qorun ? Kalau ko tak mampu, maka hiduplah sekadar cukup keperluan mu dan anak anak serta isteri isteri mu dan bersabarlah dengan dunia yang sementara ini. Infaqkan lebihan rezki mu walaupun hanya sebelah atau sehiris tamar!  Ingatlah, dunia yang tiada berkesudahan itu adalah lebih baik dan kekal berbanding dunia yang sementara ini.

Mahu jadi penguasa?
Silakan..
...ukur kemampuan diri sendiri dalam melaksanakan hak hak mereka yang di bawah penguasaan atau pemerintahan mu.. adakah kau mampu membawa mereka kpd Redho ALLAH sepertimana Raja Nabi Sulaiman a.s.? Atau engkau hanya akan menjahanamkan diri mu sendiri dan mereka yang dibawah penguasaan mu sepertimana Firaun laknatullah?

Mahu beristeri/tambah isteri?
Boleh sahaja...
..ikutlah syarak, tundukkan rasa cinta mu itu menurut syarak. Rasa cinta itu ko tak akan mampu membendungnya, ianya adalah anugerah ALLAH jua, namun jangan dituruti sepenuhnya selagi belum di'islam'kan cinta kalian dengan ijab dan qobul. Berusahalah ke arahnya, ianya adalah jihad dan berpahala pula. Niat yang betul ALLAH tahu dan manusia lainnya tak tahu... ukur lah diri mu sendiri... perbetulkan niat.. Ingatlah, isteri isteri mu di dunia adalah isteri isteri mu di Syurga jua insyaALLAH.

Perkara yang sama, tapi memberikan natijah yang berbeza kepada dua pihak yang berlainan niat, maksud dan amalan.

Tsunami yang melanda Acheh, semua disapu bersih dalam perjalanannya (kecuali yg ALLAH kecualikan), mangsanya sama sama meninggal, dalam kejadian yang sama namun ianya adalah BALA bagi sebahagian dan MUSIBAH bagi sebahagian yang lainnya. Mereka yang bermaksiat ditimpakan bala atas mereka dan mereka yang beriman ditimpakan musibah pada satu kejadian yang sama..!!

Maka tiap apa yang kita lakukan, sentiasalah ingat pada Nya, YAKIN pada janji janjiNya, jangan berputus asa selagi masih bernyawa atau belum nyata akan apa sebenarnya yg ditaqdirkan ke atas mu samada dari segi rezeki mu, jodoh mu, kekayaan  mu dan sebagainya. Untuk mencapai kejayaan yang hakiki, maka ikutlah mereka yang telah berjaya iaitu para Sahabat r.anhum dan para salafussoleh

PEngabdian kepada ALLAH itu sebenar benar kebebasan dan kemerdekaan pada hakikatnya. Ianya dapat mebebaskan hati dari perhambaan pada selain dari ALLAH yang bersifat serba kekurangan dan lemah. Masih ramai lagi penyembah penyembah berhala dan ism ism di dunia ini. Tidak kurang juga yang memperhambakan diri pada harta kekayaan,  wanita dan kekuasaan (melalui jalan yang bathil). Mutaakhirin meyaksikan munculnya penyembah penyembah akal, penyembah teknoloji, penyembah ideologi dan segala macam toghut lagi na'uzubillah.

Tiada daya dan upaya untuk membawa kebahagiaan dan ketenangan hati melainkan mengarahkan seluruhnya kepada ALLAH SWT dengan penuh khudhu' dan cinta kasih sehingga hatinya tak dirisaukan lagi dengan aneka ism ism dan sesembahan sesembahan mahu pun tuhan tuhan modern yg dinyatakan di atas yg macam macam itu!


Ibadah itu Makanan Rohaniyah
Manusia ini bukan sahaja ada jasad kasar tetapi juga ada jasad halus iaitu Ruh. Tubuh dan jasad kasar ini sama sahaja sepert pakaian yang kita pakai tu. Cuba tengok pakaian yang tergantung di dinding atau almari pakaian mu, lemah tak bermaya. Sehinggakan kedai kedai kain atau yang menjual pakaian tu terpaksa 'mencipta' 'jasad' (mannequine) untuk dikenakan pakaian itu tadi untuk tatapan ramai. Kerna apa? kerna ia hanyalah pakaian dan hanya berguna kalau dipakai di tubuh kita! Kalau hanya dalam keadaan tergantung atau terlipat, maka dari segi 'persembahan'nya agak kurang menarik perhatian pembeli atau pelanggan. Maka begitulah perumpamaannya antara jasad kasar dan jasad halus kita, saling memerlukan namun jasad halus itulah yang wajib kita lebihkan perhatian padanya.

Keduanya memerlukan makanan dan minuman untuk terus 'hidup'. Ruh ini perlu diisikan dengan santapan ketenangan atau sakinah dan kemantapan jiwa. Dengan itu baru dapat fokus dan mengenal dirinya.  Air yg tenang mampu mencerminkan wajah kita tatkala kita merenung ke air itu, tetapi sekiranya air tu tak tenang dan berkocak, kita tak mampu menatap wajah tampan kita tu dengan baik dan jelas.

Begitulah hati ini, sekiranya hati tak tenang, maka tak mampu untuk melihat ke dalam dirinya sendiri untuk mengenali dirinya sendiri. Eh! Betul ke hidung aku senget nih? Mata aku cemey ker? Mulut nampak macam terjuih ka? Telinga aku ni capang sebelah ker? Namun itulah natijahnya yg ternampak pd bayangan wajahnya di air yang berkocak. Ini membawa maksud hati yang tak tenang tak akan mampu mencerminkan akan dirinya sendiri yang sebenar.

Yang haq dilihatnya sebagai bathil, yang bathil dilihatnya sebagai haq. Betapa umat ini kita jauh dari amalan sunnah Nabinya malah tidak kurang pula mereka yang mencemuh mereka yang mengamalnya. Bukan setakat mereka yang mengamalkan sunnah sahaja mereka cemuh, yang bercita cita untuk mengamalkannya pun mereka perolok olokkan. Sudah lah mereka sesat, mereka mahu menyesatkan pula. Itulah cerminan kepada hatinya yang tidak tenang dan berkocakan sehingga menampakkan bayangan wajahnya hodoh sekali, padahal dialah (al insan) sebagai makhluk yang sempurna kejadiannya diantara sekian banyak makhluk ALLAH.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Terjemahannya:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Ar-Raad:28)

Maka tenangkanlah hati kita ini dengan memperbanyakkan zikir yang boleh menyucikan hati dan menenangkan jiwa. Bila jiwa tenang, tiadalah kita berkocakan dan berserabut dengan hal hal dunia yang remeh temeh ini lagi insyaALLAH..

Hati nurani manusia ini sentiasa berhajat untuk bermunajat kepada penciptanya. Komunikasi dgn Sang Pencipta oleh hati ini hanya boleh dicapai melalui 2 cara (al-Ghazali):

1. Melalui amal Ibadah

2. Melalui isti'anah dan tawakkal

Dengan melakukan 'amal ibadah serta isti'anah dan bertawakkal, ruhani manusia laksana mendapat habuan makan yang membuatnya segar dan bertenaga.

Segala macam kelazatan lahiriah ni tak mampu menolong sedikitpun untuk menciptakan suatu pengabdian dan kebaktian kepada ALLAH SWT melainkan dipandu oleh Ruh yang sihat. Pakaian yang kita pakai ini, pakaian yang sama boleh saja di bawa ke tempat maksiat dan pakaian yang sama boleh juga dibawa ke Masjid! Bergantung kepada si pemakainya! (umum).


Hidup Adalah Ujian

Hidup kita ini, panjang atau pendek bukan tujuan atau maksud, hidup kita ini bukanlah Pangkalan yang terakhir!!  Hidup kita ini tidak lain melainkan pangkalan untuk kita berpindah ke hidup yang lain dan ke kampung yang lain, itulah hidup nan abadi kekal selamanya tiadalah ia akan rusak binasa lagi selama lamanya abadan abada...

وَمَا هَـٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ.

Terjemahnnya:
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupanan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-Ankabut:64)

Kita idup di sini hanyalah untuk mempersiapkan diri buat kehidupan di kampung yang kekal abadi. Kita kumpulkan bekalan di sini untuk perjalanan yang jauh. Kita bukan sahaja akan bawak bekal amal sendiri, kita akan bawak anak isteri dan keluarga kita bersama kita.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Terjemahannya:
"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan" (At-Tahrim:6)


Peperangan Dalam Jiwa

Aduhai diri ku, apakah kau kira dalam kehidupan yang sesingkat ini di dunia ini, kau harus bersenang lenang sahaja?Apakah engkau menyangka kenikmatan menatap wajah ALLAH di SyurgaNya itu ko akan dapat tanpa melalui jalan susah payah dan ujian serta cubaan???

Sungguh kalau begitulah yang engkau fikirkan duhai diri ku, apa bezanya antara orang yang tinggal duduk senang lenang di rumah dengan orang yang berjihad di medan jihad?? Sama sahajalah antara orang malas dengan orang yang rajin, si jahil sama je dengan si 'alim, si Fasiq tak ada bezanya dengan si Soleh!!! Adakah kau kira neraca timbangan ALLAH seperti itu???

Justeru Syurga itu dikelilingi dengan segala sesuatu yang menjadi kebencian nafsu sementara Neraka dikelilingi dengan segala macam kesukaan nafsu!! Duhai Nafsu dalam diri ku..jangan kau ceburkan aku ke tempat yang engkau suka itu!!!! Sedangkan engkau akan puas sepuas puasnya di dalam SyurgaNya kelak dan KITA akan menderita sederita derita seazab azab sepedih pedihnya didalam Neraka itu!! Na'uzubillah... ALLAHUMMA Ajirni minannaarrr..!!!!

Bersabarlah duhai diri dengan ujian duniawi ini, sabarlah duhai nafsu ku, akan ku penuhi kehendak mu dengan syarat engkau tunduk mengikut apa yang diperintahkan Nya... mahu minum? Minum yang halal..ada banyakkk.... mau arak? Sabar lah..tunggu nanti di sana... nanti kita togoklah arak di sungai arak! Kita berenanglah dalamnya...tak akan buncit kekenyangan malahan dalam kenikmatan! Mahu wanita? Ikutlah jalan yang ALLAH gariskan... nikah! 2 3 4 kalau ko mahu dan kekal hidup bersama sampai ke syurgaNya kelak! Ukurlah kemampuan ku berapa yang aku sanggup!  Ikut cara yang Dia redho..Mahu harta? Ambikkk...  Ah Nafsu... tak akan habis ku tulis kemahuan mu di sini ... segalanya tersedia di sana! Faham!? ....Peperangan dalam diri meletus lagi entah kali yang keberapa ntah... La hau la wala quwwata illa billah..

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah

Segala puji hanyalah tertentu kepada ALLAH SWT, Tuhan yang Esa yang tiada beranak dan diperanakkan. Maha suci ALLAH dari menyerupai sesuatu apa pun dari sekian banyak para makhluk ciptaanNya. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat ridwanullahi 'alaihim ajmain.

Hari ini hari kesedihan untuk umat Islam seluruhnya. Kepergian yg dikasihi Tuan Guru Hj Abd Latif Bin Abd Rahman (Pak Teh) dari Madrasah Ad Dinniah Al-Latifiyyah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Teh, Jenazah beliau selamat disemadikan pada jam 11 pagi tadi. Al fatihah untuk beliau.

Pada entry yang lalu, diceritakan kematian mengejut bapa mertua sahabat ku sejak kecil. Padahal pada ketika itu, yg dimasukkan ke wad kerana penyakit barah ialah bapanya tetapi yg dijemput ALLAH ialah bapa mertuanya yang kelihatan sihat. Begitulah kekuasaan ALLAH..penyakit hanyalah salah satu dari asbab kepada kematian.

Dan seminggu setelah itu (minggu lepas), tibalah giliran besannya iaiatu bapa sahabat ku itu. Semoga ALLAH memberikan ketabahan dan kesabaran kepadanya dan keluarganya yang tinggal. Aku kenal keluarganya sejak kecil, malahan arwah ayahnya itu aku panggil dgn panggilan 'abang' dan bukannya pakcik sepertimana rakan rakan lainnya. Ini adalah kerana usia ibu ku jauh lebih berumur darinya dan dia memanggil ibunya dgn panggilan 'kakak' dan ibunya (nenek kawan ku itu) aku panggil dgn panggilan 'Mak Jah'.  Begitu serba ringkas mengenai mereka. Semoga juga ALLAH mengampuni arwah serta meletakkannya di kalangan orang-orang yang soleh.

Tadi... kami dijemput untuk menghadiri sebuah majlis tahlil kematian juga, salah seorang ahli kariah sebelah (jiran). Berangkatlah kami selepas solat isya' ke rumahnya. Itulah kali pertama aku masuk ke rumahnya, besar ya amat. Memang dilimpahi kemewahan. Namun kasihan kerna tak semua anak cucu dan saudara mara (?) serta rakan taulan (?) yg turut sama bertahlil sedangkan itulah hadiah dan pertolongan yang dapat kita hulurkan untuk si mati dan merekalah yang lebih afdhal untuk melakukannnya. Mereka tinggal di luar sambil menjamu selera yang mana hidangan telah pun tersedia di luar. Tak perlu khemah lantaran mereka ada kawasan bangunan seperti dewan untuk tujuan kenduri kendara seperti itu. Cukup mewah.

Tuan rumah iaitu anak si mati melayan kami dgn baik. Penuh jenaka dan gelak ketawa (pernah aku komen pada entry terdahulu tentang ini maka tak perlu aku komen lagi). Mungkin sahaja beliau mahu menyorokkan kesedihan beliau. Namun aku tak tergamak nak bergurau sama, senyum sahaja sebagai sedekah. Dalam pada itu, terdengar katanya kpd tukang masak (?) "EH! TAkkan kuih macam ni je kot? Ni kuih biasa je..kasilah special sikit" .. Aku tak tahu beliau bergurau atau tidak tapi diucapkannya dgn nada bergurau. Aku tengok Tukang masak (?) terdiam ... wallahu'alam.

Pengajaran ada banyak, aku nak sentuh ni saja. Pada beliau, kuih itu biasa sahaja yang mana tiap petang dia makan, mungkin niatnya mahukan yang lebih dari kuih 'biasa' namun kata-katanya seperti itu pada aku memperlekehkan rezeki yang ALLAH kurniakan. Korang jgn silap, hukum ni  untuk diri aku, bukan aku menghukumnya pulak.. begitulah ketakutan para sahabat r.anhum tatkala dunia dibentangkan kepada mereka. Tidak sedikit dari mereka itu golongan bangsawan dan kaya raya namun mereka meninggalkannya semua lantaran takut akan hari pembalasan nanti.

Tatkala nak balik, rumah itu berhadapan dgn sederet rumah teres 2 tingkat iaitu di seberang taman permainan kecil. Aku pergi mengiran jumlah rumah yang sebanding dgn panjangnya rumah mewah itu. Jgn tak percaya kalau mengikut kiraan aku dan Adam, panjang rumah mewah itu adalah sebanding (sama panjang) dgn 17 buah rumah teres sederhana 2 tingkat! Malah ada padang lagi dalam kawasan rumah tu, maknanya lebih panjang lagi! Maha Hebat ALLAH dgn kurniaanNya yg melimpah ruah.

Jgn silap lagi sekali, bukan aku suruh korang jadi miskin papa kedana, tapi aku hanya mengukur diri ku sendiri. InsyaALLAH kita masing masing tahu diri kita sedikit sebanyak sekiranya kita dilonggokkan ALLAH akan perbendaharaan dunia ini kepada kita. Aku pernah walaupun tidak lah seperti tuan rumah ini, tapi memang aku bukan jenis yg boleh ada harta kekayaan yang banyak, ianya menjadi racun pada diri ku lantaran kelemahan aku sendiri. Hidup sederhana buat masa ini lebih sesuai untuk aku... wallahu'alam.


Wassalamu'alaykum warahmatullah.

p/s: Alhamdulillah, semoga ramai lagi umat ini yg kaya raya dan pemurah yg mana turut sama bantu membantu agama ALLAH ini. Subhanallah..
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah..

Alhamdulillah..Ku panjatkan kesyukuran pada Mu Ya ALLAH, Tuhan Penguasa seluruh Alam, Yang Maha Hidup, Yang Kekal, Maha Pengasih Engkau Ya Rahman yang menguasai timur dan barat. Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya ALLAH yang layak untuk kami sembah dan mengabdikan diri. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat r.anhum serta muslimin sekelian di seluruh pelusuk alam.

Masa.. begitu cepat masa telah berlari meninggalan kita. Separuh Romadhon telah pun berlalu..apakah yang telah kita perbuat selama Romadhon datang bertandang? Moga moga ALLAH memberikan kekuatan kpd ku untuk mengimarahkan bulan yang penuh barokah ini untuk ku bawakan keberkatannya ke bulan bulan yang lain sepanjang tahun ini... ampunilah aku Ya ALLAH..





Dalam satu hadith yang panjang, Nabi s.a.w. telah bersabda yang mafhumnya:

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kpd kami pada hari terakhir bulan Sya'aban:  " Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Satu bulan yang ALLAH SWT telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan Fardhu dan berdiri pada malam hari (tarawikh) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri ALLAH pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu Fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 Fardhu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah Syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kpd orang-orang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari Neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannnya.

Para Sahabat r.anhum berkata: "Bukanlah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang-orang yang berpuasa untuk berbuka puasa."  Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "ALLAH SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji Tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." (Riwayat Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqqi) *Hadith 1 dalam Bab Pertama Kitab Fadhilat Romadhon.

Sepanjang Roamadhon ini, aku mengajak diri ku dan sahabt sekelian supaya jangan ditinggalkan 4 perkara yg mana menurut pengarang kitab ini, 2 perkara dapat meredhokan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan iaitu

*Dua Perkara yang dapat meredhokan Tuhan Mu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari ALLAH SWT (perbanyakkan Tahlil) dan kamu memohon Istighfar dariNya.

*Manakala dua perkara tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon Syurga kepada ALLAH SWT dan meminta perlindungan (kepada ALLAH) dari Api Neraka.


Nikmat Romadhon...aku rasa, mata aku sudah pulih sediakala..alhamdulillah. Sebelum ini, 2 muka ayat maka selepas itu kalau aku memandang ke tempat lain mata aku akan jadi kabur.. Abg aku suruh aku pakai cermin mata begitu juga kawan aku Azhari. Namun berkat Romadhon, mata aku tak kabur lagi kini setelah membaca Qur'an.. Ye, aku jadi kabur begitu hanya selepas baca Qur'an, tidak pada buku atau kitab2 lain. Ini semua anugerah dan rahmat dariNya jua dan kepadaNya lah nanti kita semua akan dikembalikan...


p/s: Sesiapa yang memberi minum kpd mana-mana orang yang berpuasa maka ALLAH SWT akan memberinya minum dari telaga Nabi saw (pd hari kiamat) dan dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam Syurga.
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah,

Segala puji bagi ALLAH SWT yang menghidupkan dan Yang Mematikan. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabatnya r.anhum serta seluruh kaum muslimin dan muslimat sekelian.

Agak payah juga nak mengejar cursor yang sekejap ke atas sekejap ke bawah. Ada masalah skit lappy ni tapi syukur masih diberi nikmat kesihatan dan kelapangan waktu serta berbagai lagi nikmat lain yang tak terhitungkan... Alhamdulillahi Robbil 'Alameen..

Mungkin aku tak menulis panjang kali ini kerna susah juga kalau cursor asyik lari dan tulisan terpadam setelah ditaip... ehehehe... seolahnya teknologi ini sedang mempermain mainkan aku dan mentertawakan aku..

Rasakan kau bilamana aku ini tak mengikut kata mu..arahan mu..sedangkan engkau wahai manusia yang mereka aku dan memasang aku. Nah! Bagaimana kalau engkau selaku manusia yang segala galanya bergantung harap pada Yang Maha Esa..seringkali ENGKAR dan tak mahu TUNDUK pada setiap perintah dan laranganNya? Marah? Sakit hati? Eleh..takat silap taip yang tiba tiba pergi ke perenggan lain dan hilang taipan..itu sikit jer.. Sedangkan kamu selalai lalai padaNYA!

YA ALLAH!! Aku tak sanggup nak tulis lagi... Astaghfirullah...

Astaghfirullah..ampunkan aku Ya ALLAH..ampunkan Ayah Ibu ku Ya ALLAH.. ayah dan ibu isteriku..isteri ku..dan anak anak zuriat keturunan ku.. Engkaulah Tuhan Kami..dan kami hamba Mu yang lemah lagi hina.. ampunilah kami Ya ALLAH..

Astaghfirullah...Astaghfirullah..
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah ..

Alhamdulillah..baru tadi tulis, terasa nak tulis lagi biiznillah ..

Pertanyaan

Ada seorang muslimah bertanya pada ku.. tentang satu  majlis perkahwinan yang berlangsung baru baru ini. Ianya perkahwinan anak perempuan seorang lagi sahabat di maya ni yang terkenal seorang aktivist. Dan kata katanya penuh nasihat serta disulami dgn nas serta dalil dalil yg kukuh. Beliau juga disenangi kawan dan lawan. Majlis perkahwinan anak perempuannya itu dijalankan ketika aku mengikuti ijtimak di KL, so tak dapat lah hadir dan aku awal-awal minta excuse dah.

Namun isu yg ditanyakan.. tentang pakaian pengantin perempuan iaitu anak kepada sahabat tadi yg tidak menutup aurat, tidak memakai tudung, baju jarang dan nipis hingga nampak kulit! Ah sudah! Kenapa tanya pada aku nih! Aku tak pegi pun!


Susah Juga tu

Aku tak tau nak jawab apa. Hanya aku bagitau padanya suatu kisah. Kisah yang aku alami sendiri, pengalaman hidup aku, satu kisah je pun mencukupi insyaALLAH.

Di tempat aku nih, ada seorang brader tu, memang hebat la masa mudanya. Hebat apa? Hebat perengusnya..samsengnya..macam macam hal lah. Maklumlah kampung aku ni dulu memang femes lah. Senang cakap nama kampung aku ni MANJOI (yg tau tu tau lah). So..brader ni berada di puncak 'kegemilangan' pada ketika itu lah. Keluar masuk penjara je dia.

Tapi sekarang dia dah insaf. Dia pun pernah datang jumpa aku minta maaf, juga pada mak aku. Aku tak de hal lah..pasal aku pun dulu leh tahan jugak...ahahahaha. TApi dia ni senior lah dari aku..senior jauh. Dah masuk kategori warga emas sekarang ini. Dia keluar pada tahun 2008 tak silap aku lah. Sekarang dah balik pada agama dan berusaha utk yang terbaik. InsyaALLAH azam nak korban untuk agama..keluar sebar pada seluruh pelusuk alam... tu dia! Moga ALLAH pilih kami semua!

Ceritanya

Bukan main baik punya intro..ehehhe..ok kisah brader ni aku sampaikan pada muslimah yang bertanya tu (pasal aku tak tahu apa hal walimah sahabat kami tu jadi cam tu). Brader yg terer ni satu ketika masa aku balik dan berpindah ke kampung nih, jumpa aku. Menceritakan akan kisahnya setelah itu. Meluahkan akan rasa hatinya terhadap anak anak perempuan dan lelakinya yang kurang tentang agama dan amal mereka. Yg perempuan tak mahu tutup aurat walau jenuh ditegur malahan melawan pulak. Dia kata dia tak mampu dan tak tahu nak buat apa lagi.. Menangis nangis dia citer. Pelik je rasa tengok kepala gangster mengadu kat aku (bekas daa..sekarang dia muhsin!) ..

Kisah dia ni adalah kisah di sebalik tabir. Maknanya, kalau org luar lihat, keadaan anaknya yang begitu, tapi ayahnya kini berkopiah dan sedang berubah nak mengamalkan pakaian sunnah yang lainnya... tentu agak kontrast.

Bagi yg suka menghukum atau rasa diri lebih hebat, akan mengata ngata tanpa usul periksa ke atas brader kita nih. Mentang mentang dia ada rekod baekk punya, dan anak anak dia ruggert (tul ke eja nih?) tapi perkara sebenarnya kita tak mengetahui.


Al-Kisahnya

Apa yg aku cakap pada brader tu dulu, "Bang.. kita kena banyak syukur pada ALLAH, kerena Dia yang memilih kita dan memberi kita hidayah. Oleh itu, kita kena sama sama minta doa supaya ALLAH beri hidayah kepada yang lain terutamanya Keluarga kita sendiri! Utk diri abg, ye lah..yg lepas tu dah lepas dan Alhamdulillah, abang pun dah bertaubat. InsyaALLAH, kena yakin yang ALLAH terima taubat abang tu. Tentang anak-anak, abang kena terus tegur dan doa untuk mereka tanpa jemu. Kalaulah sampai ke sudah mereka tak berubah juga, maka abang dah pun berusaha sedaya mampu abang. Memang lah silap abag dulu abaikan didikan agama mereka, tapi kini mereka dah besar, dah ada akal yang waras. Mereka dah lebih dari baligh lagi dah. Mereka bertanggungjawab pada diri mereka sendiri! Tentang perkara dulu -dulu, abang dah bertaubat, serah padaNya dan yakin padaNya. Kalau anak anak tak mahu ikut nasihat abang, maka abang dah tak tanggung lagi beban dosa mereka, hanya sebagai seorang ayah, sayang pada anak tu tentu ada, maka teruskan berdoa, merayu padaNya dan pada anak anak abang, supaya menjunjung tinggi Addin kita nih. InsyaALLAH, abang jgn bimbang, Abang dah buat yang terbaik, jgn berhenti tapi teruskan berusaha semampu. Hidayah bukan milik abang, hidayah milik ALLAH!"

Cukup la kot takat tu.

Wallahu'alam.

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah..

Aku copy paste dari blog lain ..  Leh klik kat tajuk entri ni utk Blog ori entri ni ditulis.

XXX=XXX


So far, kita tahukan bahawa orang kafir ini (sebenarnya ia lebih kepada yahudi) tidak akan meredhai umat ISLAM sampailah hari kebangkitan. So, what is the point? The point is, bila seseorang itu membenci kita, maka dia akan melakukan pelbagai perkara untuk menjatuhkan kita dan fakta ini sangatlah dipersetujui jika kita membaca fakta-fakta sains yang dipertonjolkan oleh pihak yahudi dan juga fakta-fakta sains yang diperlihatkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Makan Vitamin B

Saya assume kebanyakan orang belajar Biologi melalui buku yang diterbitkan oleh orang kafir atau buku yang mengikut silibus orang kafir, kita disuruh untuk makan bahagian dalaman dalam haiwan (hati, jantung, limpa dan sebagainya) dan biasanya hati haiwan dan hati ayam. Ini kerana dalam bahagian tersebut ada vitamin B yang tinggi dan mampu menambahkan sel darah dalam badan kita semua.

Apa yang nabi ajar pada kita? JANGAN makan makanan seperti hati ayam atau hati haiwan yang laen kerana kalau dilihat dari sudut SAINS juga, hati merupakan tempat berkumpulnya pelbagai jenis toksik yang mana akan dineutralkan sendiri oleh hati tersebut. Maka dengan itu, hati merupakan tempat yang mempunyai kepekatan TOKSIK yang tinggi dan tak mustahil kita akan mendapat lebihan toksik berbanding kandungan vitamin A jika kita makan hati ayam dan hati haiwan yang lain.

Kopi

Sejak kecil lagi, kita dimomokkan bahawa tak baik minum kopi kerana di dalamnya terdapat dadah yang kecil kesannay yang dinamakan sebagai caffein. Ini yang dimomokkan kepada kita oleh golongan yang belajar SAINS ber-silibuskan buku orang KAFIR.

Tapi yang peliknya, KOPI merupakan minuman kesukaan nabi selain SUSU dan MADU. Okay, kita lihat pula kat StarBucks milik yahudi ini, bukankah mereka lebih kepada mempromosikan minuman seperti KOPI. Melalui info yang saya dapat, PROFESSOR di UK semuanya mesti mempunyai segelas KOPI di tangan mereka. Aneh?

Soya dan USA

Kita diwar-warkan supaya minumlah soya untuk kesihatan. Ya, korang semua boleh pergi ke mana-mana supermarket di MALAYSIA dan kamu akan mendapati pelbagai minuman soya yang mempamerkan bentuk hati (simbolik) kepada jantung menunjukkan soya itu bagus untuk kesihatan. Betulkah?
Info cepu emas. USA boleh dikatakan sebagai pengeluar soya yang agak besar di dunia so to cover their ass and sell the soy, mungkin mereka memerlukan “strategi kesihatan” bagi meraih pelanggan untuk mendapatkan produk mereka demi “kesihatan”. Anda semua tahu tak apa kandungan dalam Soya itu? Kandungannya ialah Hormon Estrogen (iaitu hormon yang sama dalam badan wanita), ada Phytic Acid (yang mampu mengurangkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc dalam badan kita). Apa bahayanya pada manusia?

Melemahkan kejantanan lelaki melalui hormon Estrogen tersebut (kalau orang lelaki minum hari-hari mesti kembang dada), mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan, risiko kanser payudara, kanser ovari dan kanser prostat.

Bahagiakah hidup kita dengan mengikut “silibus kehidupan” orang kafir?
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala puji pujian tertentu hanyalah layak bagi ALLAH Tuhan sarwa seluruh alam. Maha Esa lagi Maha Agung dan seluruh sifat sifat kepujian terkumpul padaNya. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Penghulu sekelian para Rasul, ahlil bait dan para sahabat r.anhum serta muslimin muslimat sekalian.


Episode Hidup Di Dunia

Selama aku di alam siber ini. TAk kurang beberapa kali tulisan aku disalah erti. Tulisan tanpa mimik wajah, tanpa intonasi, tanpa suara, lenggok bahasa sering kali mendapat tafsiran yang berbeza dari pembaca. Apatahlagi aku ni tak ada ilmu dalam bidang penulisan. Sungguh besar fitnahnya rupanya. Kata kata nasihat dikatakan perli, kata kata pujian dikatakan perli, kata-kata teguran ikhlas dikatakan menyibuk. Kadang tu, kata kata suka dikatakan kita benci! Ehehehehe.. Indah sungguh alam yang Engkau ciptakan ini Ya ALLAH.

Andai tiada dugaan, mana kan datang martabat dan maqam.

Andai tiada Umpatan - Mana kan datang pahala memaafkan orang.

Andai tiada cacian dan makian - Mana kan datang peluang belajar bersabar ..

Andai tiada sakit dan maut - Mana kan ada peluang mencuci dosa dan bersabar

Andai tiada Kesusahan - Bila masanya mahu belajar Mujahadah..

Indahnya sekolah yang Engkau dirikan di Maya Pada ini ... Sungguh Engkau Maha Bijaksana.


XXXXX===XXXXX

Kegelinciran Lidah atau Salah Fahaman?

Seringkali pula kita tersilap kata dalam banyak perkara (kita tu merujuk kepada AKU, bukan kamu) ..Kita sering berkata..

"AKu bukan nak datang sini sebenarnya, tapi KEBETULAN aku lalu kat sini, terus lah jumpa ko!"

"Aku nak ke pasar sebenarnya, Kebetulan pulak masa tu ko lalu, dapat la aku pow ko seliang dua" (abaikan bahasa ni kalau tak paham yer)

Banyak lagi contoh ayat ayat begitu dalam kehidupan kita nih.. (baru satu contoh - Kebetulan)

Dulu pun dalam tahun hujung 80 an kot, ada lagu 'Suratan atau Kebetulan' yang dilagukan oleh pasangan yang menggunakan nama kristian. So aku agak Kristian la kot. Tak apa lah. Tapi masalahnya dinyanyikan dan didendangkan oleh ramai umat Islam..tanpa sedar... (ramai tu sebenarnya aku lah. uhuhuh)

 Antara lirik :

Sesuatu yang tak disangka,
Seringkali mendatangi kita
Apakah Suratan dalam kehidupan,
ATau sekadar,
Satu KEBETULAN ...

bla bla bla..

So..apa masalahnya?

Masalahnya, WUJUDKAH KEBETULAN dalam kehidupan ini?

Dilihat dalam Kamus, Kebetulan tu maknanya :  

"accidental, by accident, by chance, casual, fit, happen to, incidental, ocassional"

Tu dia. Maka nampaknya, Kebetulan tu ialah bermaksud, tak sengaja, tak dirancang, berlaku secara begitu je (by chance), ngam ngam jadi, terjadi begitu dan lain lain.  Dapat disimpulkan, KEBETULAN itu tidak dirancang. Dari sudut makhluk, benar. Dari sudut yg menyeluruh, tidak benar. Kerna Alam ini ada yang menjaganya, ada yang merencanakannya, ada yang mentadbirnya.

  وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ


 Terjemahan ayat di atas:
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata." (al-Anaam:59)


إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

 Terjemahannya:
"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya." (Luqman:34)


 مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَ‌ٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Terjemahannya: "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."  (Al-Hadid:22)



Maka boleh kah kita menggunakan perkataan KEBETULAN tu lagi?? Cuba tanya iman masing masing (maksudnya aku lah nih, bukan org lain).

Aku pernah dulu bermuzakarah dengan seorang yang menggunakan akalnya terlalu bebas hingga terbabas ke bab bab ghaib yang memerlukan sokongan dan pembuktian Al-Qur'an dan sunnah. Antara yang dia kata dulu, alam ini ALLAH jadikan, memang pertamanya Tuhan yang merangka dan mengadakan sistem untuk alam ini (dia maksudkan sunnatullah la tu) .. Tetapi Tuhan setkan kepada mode otomatik (ni ayat aku nak bagi kome faham) yang mana setelah itu, segalanya berlaku secara natural dan Dia (Tuhan) tak perlu lagi meneliti tiap sesuatu itu lagi. Pada mamat tu, kalau ALLAH nak jaga semua, mana mungkin sempat. Begitulah yang aku faham dari otak dia tu. Dia letak ALLAH setaraf dgn Makhluk. Mamat tu fikir ALLAH ni macam dia la kot, mana mampu nak kawal dan jaga semua pada tiap detik dan ketika. Ok habis takat tu.


Berita Semasa

Apapun, tadi aku dah kena blok. Tak apa lah kot. Sekali lagi aku disalah tafsirkan. ehehehe.. Blok apa tu? Blok dari Facebook lah. Ada seorang yg niatnya bagus menulis tentang iman dan menyentuh hal itu. Aku nak tambah skit supaya bab bab ghaib ni disandarkan pada Al-Qur'an dan Sunnah. Apa yang penulis tu tulis tu betul lah tu, tapi aku cuba nak enter frame la konon, memperindahkan dengan memberi peringatan yang semua ada di alam ni adalah 'tanda-tanda' kebesaran ALLAH. tapi tak sampai taraf sebagai bukti di sisiNya. Justeru itu Dia turunkan Para Rasul dan kitab kitab untuk memperkenalkan diriNya pada makhluk manusia ini.

Niat aku nak peringatkan (tazkirah) pada pembaca yang kita tak tahu tahap iman dan ilmu mereka, apatah lagi aku difahamkan tulisannya itu ditujukan pada Si Muallaf. Bimbang juga aku hal hal ini hanya pakai logik (logik manusiawi - kerna semua tentang ALLAH logik tapi mungkin tidak pada manusia) . Tapi aku sekali lagi aku disalah anggap sebagai tak setuju dgn tulisannya dan diblok aku. Kemudian ada pula penyokong tibai aku.. adeh.. Sungguh indah taqdirMu Ya ALLAH. Engkau Maha Adil, dan taqdir Mu semestinya Adil buat ku hingga bila bila pun. Alhamdulillah. Sekarang aku dah kena blok, dah tak leh kawan dah dgn penulis tu.. InsyaALLAH, ALLAH akan hantar org lain yg boleh membantu dia nanti. Aamiin..

Udah ler.. aku nak masuk tidor.

Esok nak pegi ziarah Sheikh muda di Penang. Dia dapat Sheikh di Mesir. Umur muda lagi, tapi hafiz dan mahir Qiraat. Sekarang mengajar di Ma'had Ihsaniyyah. Nak pegi ziarah orang orang 'alim, walaupun muda dari aku, tapi dia lebih mulia lagi, nak tumpang toi berkat. ehehehe..
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah..

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Mu Ya ALLAH! Tuhan yang mematikan dan menghidupkan. Tiada sekutu bagi Mu..


Lama jugak saya tercokoh dengan laptop nih. Macam macam perkara nak tulis..tapi tak tertulis pulak. Intro dan doa di atas kalaulah dalam bentuk kopi o ..mungkin dah sejuk gedi dah..

Dari itu..saya akhiri dulu dgn sebaris fikir utk difikirkan. Dalam bahasa omputeh bleh kot?


Cigarette:

A pinch of tobacco rolled in paper with fire at one end and a fool at the other.




Jangan marahhh...

Wassalam.
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah,

Ilmu. Menuntut Ilmu. Banyak Ilmu. Ilmu tinggi. Menara Ilmu. Ilmu penyuluh hidup. Ilmu hitam. Ilmu putih. Ilmu itu. Ilmu ini. bla bla bla.

Ada yang bersedih tak dapat ke Menara Ilmu.. Menara Gading... tanpa mengambil kira, islamik kah kehidupan di sana tu? Terjagakah batas batas aurat dan pergaulan? Tertegakkah Sunnah Nabi mu?  Tulisan ni coretan ni, khusus untuk mereka yang tak dapat peluang melanjutkan ke Universiti dan sebagainya.. Ingin aku nyatakan di sini, aku pernah menolak belajar ke US atas alasan ini dan menyambung di dalam negara. Hasilnya? Lebih kurang sama je kalau tak lebih dari belajar di negara Kafir. Sendiri kena jaga dan bawa diri sendiri.

Apa yang aku merepek nih? Ntah ler.. aku tak pandai nak menyusun ayat la pulak. Nasib la sapa sapa yang tersesat masuk baca kat sini. ehehehehe...

Ilmu

Org dok kalut mencari Ilmu sekarang nih. Dan dah distandardkan, tertinggi sekali Phd ..dan di Universiti. Kalau peringkat rendah, orang akan mengatakan "Eh! Anak ko tak sekolah ker?"   Aku jawab: "Tak, Anak anak aku, aku tak hantor ke Sekolah, pasai kat Sekolah tu nanti, Wudhu' mereka tak sah, kalau wudhu' tak sah, solat pun tak sah jadinya."  .... Diam ..

"apsal lak tak sah wudhu' solat segalanya plak?"  Aku jawab.." Udah berwudhuk di kolah yang hanya satu kolah, mana nak sahnya, sekurangnya Dua kolah. Tu pasal aku hantor anak aku ke Dua Kolah"  ...Diam..

Org kita akan merasa, kalau tak pergi sekolah, maka anak itu anak yg tak belajar. Padahal, belajar dan sekolah dua perkara berbeza. Bukankah Rasul bagitau kita, belajarlah dari buaian sampai ke liang lahad? Baginda s.a.w. tak suruh pegi sekolah beb! Sekolah tu institusi .. Ramai yg pergi Sekolah tapi tak belajar. Lebih baik tinggal di rumah tapi belajar ayat ayat ALLAH. Itu lah pelajar, bukan sekadar murid sekolah! Oooo... melopong.




Ye! Kita keliru antara belajar dan sekolah. Kalau tak sekolah, maka dikatakan tak belajar. Padahal, dia ke sekolah, dia main, sedangkan yang tak pergi sekolah, dia belajar di rumah. Jadi, siapa yang tak belajar di sini? Mungkin terikat dgn dialog filem P Ramlee la kot. "Maaf, saya kecik kecik dulu tak sekolah!"

Okeh..pada saya la yer (jgn terima bulat bulat)  ILMU ni ada DUA je pada kita. Iaiatu Al-Qur'an dan Sunnah serta yang seumpamanya. Yang selainnya seperti Biologi, Sains, Fizik  dll tu bukan Ilmu, tapi itu adalah KEMAHIRAN. Dengan menggabungkan hukum hukum alam atau sunnatullah, maka mereka dapat menghasilkan satu produk atau penemuan yg baru. Lalu kemahiran ini dipanggil dan digelarkan sebagai Ilmu. 

Itulah kemahiran. Mahir mengadaptasikan, mengapplikasikan, menterjemahkan, menggunakan sumber sumber sekeliling yang telah sedia ada untuk menghasilkan satu produk atau hasil produk berasal dari gabungan pelbagai unsur mahupun sunnatullah atau hukum.

Lalu.. apa ilmu itu? Ilmu yg sebenar ialah Al-Qur'an dan Hadith. Tu dia! Ini yang dituntut untuk dipelajari. Ilmu boleh menyelamatkan manusia dan membawa mereka ke arah kejayaan. Ilmu mampu untuk memperkenalkan siapa Tuhan alam ini dan apa tujuan kita ada di sini. Ilmu mampu untuk membimbing perkara zahir mahupun ghaib, Ilmu mampu memberikan tunjukajar cara cara mengjalani kehidupan yang diredhoi ALLAH selaku tuan punya alam dan bumi tempat berpijak ini. Ilmu mampu membawa manusia ke pintu SyurgaNya dan jauh dari NerakaNya.

 Adapun selain dari itu hanyalah kemahiran. TAPI, kemahiran juga boleh menjadi ilmu, bila ianya diselaraskan dengan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi s.a.w. iaitu dengan mengembalikan segalanya kepada ALLAH S.W.T.

Pada mereka yang menganggap  itu untuk sekadar dipelajari, sekadar untuk mendapat segulung ijazah atau pengiktirafan duniawi, sekadar untuk supaya 'balik' nanti boleh dapat kerja. Maka mereka ini tidak berilmu , mereka hanya berkemahiran sahaja. Rugilah mereka kerna tak dapat ilmu yg hakiki, Ilmu yang membawa mereka kepada Robbnya tapi hanya berkemahiran duniawi semata mata.

Padahal kita ini belajar kerana perintah ALLAH. Kerana ini perintah Rasul dan sunnahnya serta sunnahnya para sahabat r.anhum. Bukan kerena mahu kerja. Bukan kerana 'untuk masa depan' , bukan kerana mahukan gelaran, pengiktirafan, bukan kerana ianya adalah trend masa kini, bukan kerena nak merasa duduk di 'menara Gading' bukan bukan bukan. Ada yang belajar keras kerana PEPERIKSAAN sudah menjelang tiba, perlu LULUS utk balas jasa ayah ibu bla bla bla.. baguslah niat tu. TApi bagi aku, PEPERIKSAAN itu bukan untuk KAMU selaku murid, PEPERIKSAAN itu sebenarnya adalah untuk PARA GURU yang mengajar untuk menilai sejauh mana Ilmu yang disampaikan itu berkesan sebagai ilmu bagi muridnya atau hanya sekadar kemahiran dan maklumat sahaja. PEPERIKSAAN bukan untuk murid tapi untuk GURU menilai ilmu yang telah disampaikan kepada muridnya sampai atau tidak.

Apapun, selagi niat kalian bergantung kepada Makhluk, selagi niat kalian untuk habuan duniawi yang amat sedikit ini, maka kalian tidak akan berilmu melainkan dikehendaki sebaliknya oleh Yang Maha Esa. Justeru salah niat lah maka ramai yang tersesat jalan, menjadi hamba duniawi, justeru salah niat lah maka ramai yg meninggalkan sunnah Nabi s.a.w. sebaliknya mengagungkan cara hidup Yahudi dan Nasoro .. (keluarkanlah aku dan keluarga serta kami umat Islam ini dari golongan ini Ya ALLAH... aku lemahh..)

Cuba ditanyakan kepada mereka, apa itu Fiqh? Fiqh tu apa? Jawapan yang biasa aku dapat, Fiqh Muamalat, Fiqh Syariah, dll. Padahal, Fiqh ini adalah salah satu ilmu mengenal ALLAH, takut akan ALLAH, mengesakan ALLAH (mereka kata ilmu mengenal ALLAH itu tasauf!) .  Jangan buat sesuatu itu kerna ianya menjadi kemurkaan ALLAH, sebaliknya buatlah sesuatu yang menjadi Perintah ALLAH dan tambahkan dengan perkara yang menyukakan ALLAH! Inilah Fiqh. Tapi ramai memahami Fiqh ini halal, haram, makruh, harus dan sunat. Akhirnya Fiqh ini adalah satu ilmu MENGHUKUM. Ko salah.. ko tak betul..ko tak kena.. ko sesat.. aku hebat.. aku canggih, aku je betul, korang semua tak betul, bukan macam tu, bukan macam nih, tapi macam gini gitu tutu titi tutitititit.... Jadilah mereka manusia Penghukum seolahnya telah tercabut dari jiwa mereka akan kasih sayang sebagaimana yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.  Sedangkan Fiqh juga ilmu mengenal ALLAH dan mengembalikan setiap perbuatan, tuturkata, muamalah dan segala hal kehidupan kepada ALLAH S.W.T.  Sapa yang ajar kita Fiqh itu sekadar haram halal harus makruh sunat? 


Belajar

Belajar itu bukan hanya ada di SEKOLAH, bukan hanya ada di KOLEJ, UNIVERSITI, dan lain lain. Belajar itu terletaknya di hati kita dan dibuktikan dengan tindakan serta amalan kita. Inilah belajar yang benar benar belajar, belajar untuk AMAL bukan belajar untuk bagi orng gempar, untuk buktikan sesuatu pada orang lain, untuk sekeping ijazah, untuk dapat kerja, untuk naik pangkat. Ingat, hidup kita ini jgn disia siakan, ada lagi kehidupan yang sebenarnya iaitu kehidupan selepas mati. Apa yang kita nak bawakan kalau semasa kita hidup ini kita buat hanya sekadar untuk dunia semata mata?

Tak dapat masuk universiti..tak kisah! Tak dapat sambung belajar...tak heran! Tak dapat ke luar negara..biarlah! Kerna ISLAM mengajarkan, belajar itu dari buaian sampai ke liang lahat. Di mana mana pun boleh belajar, yg penting niat kerana ALLAH. Niat kerena nak amal agama dan bukan kerna selainnya hanya semata mata kerana ALLAH.  Jangan bersedih atas taqdir mu lantaran ALLAH itu MAHA ADIL. Kerja kita usaha, biarkan keputusan di tanganNya. Kalau dapat ke Menara Gading, alhamdulillah, kalau tak dapat, alhamdulillah juga, Kerna ALLAH memberikan kita aqal yang sempurna, masih boleh belajar sepanjang hari sepanjang hidup kita insyaALLAH!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah...

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ni aku nak tulis skit. Mudah mudahan ada manfaatnya bagi diri ini khasnya dan umum pada yg membaca (perasan kejap) .

Aku buat blog walking.. jalan jalan jalan jalan dan jalan jalan... aku terjumpa satu blog nih... yg menarik perhatian aku... Blog seorang penganut Kristian Protestant, tapi dia pakai Niqab! Yer.. Dia pakai Niqab, dan dia ni American Citizen dan yes of course dia pakai di negara dia Amerika.

Dalam blog dia pulak, aku jumpa lagi beberapa Kristian..perempuan Kristian yang turut pakai Niqab. Aku terfikir dia ni minat Islam, tapi rasanya tidak. Dia masih percayakan agamanya, tapi dia pilih Niqab sebab katanya ianya baik untuk menjaga diri, kehormatannya, melindungi tubuhnya (aurat!?) dari dilihat lelaki selain suaminya bla bla bla..

Blognya di sini korang klik kat sini

Adakah ini tempelakkan ALLAH pada wanita Islam yg mendedahkan aurat ke sana sini? Tatkala mereka sibuk berkiblatkan Barat.. Perempuan Barat pula memakai Niqab..malah dalam entrinya ada ketikanya dia memakai Burqa!  Adakah ALLAH sedang menggantikan kita perlahan lahan dengan kaum yang lain? Marilah kita sama sama menjaga agama kita kerna sesungguhnya kita perlukan agama, tapi agama tak perlukan kita langsung!

Disamping itu, marilah kita sama sama berdoa agar ALLAH memberikan beliau dan sahabat sahabat beliau Hidayah ALLAH asbab dari kecintaan mereka kepada pakaian Ummul Mukminin kita nih!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah..

Semalam, ada bicara petang dengan seorang guru. Sembang biasa, kemudian mula dia menceritakan akan masalah masalah yg dihadapinya. Penumpuan diberikan kepada kisah pentadbiran sekolahnya yang boleh lah dikatakan gile glemer (ayat aku sendiri nih).

Kisah tentang guru ni dah biasa kita dengar di dada dada akhbar ni. Sembang sembang dgn kawan kawan guru pun dah biasa kita dengar tentang ketidakpuasan hati deme tu dari pelbagai aspek, baik dari segi pentadbiran, jadual tugas, gaji, kerja luar bilik darjah, anak-anak pelajar mereka, ibu ayah, kerajaan dan lain lain.  Ada la pro and cons nya, biasanya org mempertikaikan, kenapa la guru ni banyak songeh benor? Nak kata teruk, teruk lagi Askar dan Polis.. terutama cikgu cikgu dalam askar dan Polis tu.. bomba lagi..itu lagi ini lagi.  

Tapi aku tak mo lah cari perbezaan tu, aku nak cakap atau cari titik persamaan lah.  

Al-kisah cikgu ni rasa tak tenteram dan tenang jiwanya selama bekerja di tempat dia sekarang nih. Berlaku penyelewengan (dia tak jelaskan lanjut, aku pun tak bertanya) dan orang gila nama. Mahukan supaya namanya gah di mata dunia (mata dunia? dahsyat tu! tu aku tambah le tu.. ehehehe)
. Antaranya, guru guru ini dikorbankan masa cutinya dan wang ringgit mereka kononnya atas perkara yg baik (for a good cause).  Sampaikan nak tukor langsir Surau pun dibuat kutipan pada guru guru jugak untuk tujuan membeli langsir baru (bagus la tu..utk surau.. nanti dulu. Nanti sembang). Yang ni la yang aku nak komen kot.. ehehehe..

TApi.. aku tak mo komen lelebih, sebab aku bukan dan tak pernah jadi cikgu pun. So macam aku cakap di awal tadi lah, nak cari titik persamaan, bukan perbezaan dalam permasalahan ini. So para guru yang baca ni, korang pikior la yer (mcm bagus je perasan cikgu cikgu masuk blog nih..ehehehe.. tak per tak pe. Jom kita masuk bakul jom!)

Inisiatif?

Nak sembang gak pasal kisah seorang hamba ALLAH nih, dia ni dalam tentera lah. Jadi juruletih (deme tak pangge jurulatih, tapi juruletih) .. Alkisahlah askar ni biasa lah, dah angkat sumpah bertugas 24 jam. Maksudnya boleh dikerah 24 jam pada bila bila masa. So tak leh la nak manja manja komplen sana sini kalau kena panggil tu. Jadi kerja juruletih ni memang letih la.. ada masanya balik je dah pukul 3-4 pagi (off road), pukul 7 kena masuk baris pagi dah balik..ramai la tak balik, tidor je kat base. Gitu gitu lah lebih kurang dapat nama juruletih. Habis.

Antara perkara yg ditekan di sini ialah INISIATIF. Aku rasa, perkara ni sama jugak la dgn cikgu nih. Tu sal aku nak cakap mende nih. Perkataan ini banyak samada disalahtafsir atau disalahguna oleh mereka yang berkepentingan ataupun tidak. Kisah hamba ALLAH ni ketika menjadi juruletih nih sebagai perencah rasa kepada isu ini. Ok.. read on.. ececeh..


Al-Kisahnya

Iinisiatif ni selalu disalah tafsirkan dengan 'outsource.' Outsourcing' ni memang inisiatif lah, tapi yg dimaksudkan outsource ni ialah dengan menggunakan peralatan, kemudahan, bahan mentah atau apa sahaja yg berada di luar daripada peruntukkan yang diberikan dengan cara mengeluarkan belanjanya dari poket sendiri. Contohnya, kenderaan tak mencukupi, maka dikutip wang dari pelajar pelajar kursus nih untuk menyewa kenderaan dari luar. Maka inilah Inisiatif!  Betul ke cam tu? ....SALAH!!

Ketika mula mula masuk jadi juruletih nih, memang letih lah dgn budaya nih. Memanglah persembahan para pelajar ni ni hebat tapi rupanya dikeluarkan dari poket sendiri. Ianya seakan budaya yang telah berakar umbi sejak dulu. Kalau pergi kursus je, siaplah kena sediakan peruntukan sekian sekian banyak untuk tujuan seperti ini.

Pengalaman Hamba ALLAH ini berkursus dengan sayap ATM lainnya (ada 3, Darat, Laut dan Udara), dia dapati perkara ini adalah biasa dan sudah menjadi satu adat pula. Ketika dia sampai utk satu kursus kejuruletihan memandu, ketua kursus pada hari pertama sudah menggariskan beberapa perkara yg perlu disediakan (setelah diberi oleh juruletih di situ). Antaranya:

1. Penyapu Sampah
2. Tong Sampah
3. Kertas Fotostat sekian banyak..
4. Pensil Warna sekian kotak
5. Yuran kelas komputer sekian sekian..

Dan macam macam lagi lah. Itu antara yg dia ingat. Pas tu, ada pulak kutipan untuk 'break time' (ok la tuh) yg tak oknya, ada ditolak skit utk Juruletih dan rokok juruletih. Omak aiii!!! Banyak cantet! Sampai habis kursus, Hamba ALLAH ni tak bayarkan utk mereka tu (pasai dia pun juruletih jugak kat tempat dia dan syarat tu diletakkan oleh juruletih sayap ATM tu..mana buleh! Lainla kalau dimesyuwarahkan dan dipersetujui bersama antara pelajar). Dia seorang je tak bayar makan minum dan duit rokok juruletih di situ. Tapi dia belikan hadiah utk mereka di akhir kursus. Ni sendiri punya hal.

So semasa hari pertama tu, Hamba ALLAH ni membuka minda peserta lain.. "Cuba  fikir tu, kertas fotostat, penyapu, tong sampah.. soalannya, macam penyapu dan tong sampah tu, peserta kursus sebelum ni tak beli ker? Mana dianya? Padahal baru minggu sebelumnya satu kursus yg sama telah tamat kursu. Tentu mereka pun beli jugak!" 

Panjang pulak perbincangan ketika itu. Alkisah dalam kelas ni, Hamba ALLAH ni sorang lah yg dok komplen, dia pulak satu satunya dari Sayap ATM yg lainnnya. Yang best, mereka yang lain hairan seolahnya perkara ini biasa. Mereka kata ini biasalah dalam mana mana kursus pun!! Haaa!!??? Biasa? Terbeliak mata mendengornya.. Akhirnya Hamba ALLAH ni kata, "tak apa lah, aku sponsor semua tu. Nanti aku amik kat Stor aku".  Pandai pulak deme tepuk tangan lepas tu!! Ahahahaha..

Nak cerita lagi memang banyak lah, tapi cukup lah takat tu pemahaman mat mat terap ni tentang INISIATIF. Bagi mereka Inisiatif ialah mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyediakan perkara yg tak ada disediakan oleh pengurusan. Nanti di akhir kita simpulkan hal ini insyaALLAH. Habis.


Balik Ke Tempat Sendiri

Seusai kursus, maka hamba ALLAH ni pun ditugaskan di sebuah Sekolah Latihan di tempat dia sendiri. Ketika itu, peralatan memang tak cukup (standard la tu) .. komputer pun ada 6 buah sahaja ketika itu untuk digunakan oleh seramai 30 peserta kursus pada sebilang masa. Kursus tu pulak dari pagi sampai petang dan memang dibuat sedemikian rupa supaya para peserta ni mengejar masa (suasana perang).. sehari memang tidur 2 jam je. Yg lain lain tu pandai pandai la curi tidur dalam kelas..jgn kena tangkap sudah. ehehehe..

Maka para pelajar ni bila submit kertas ops mereka..eh! Semuanya bertaip komputer! (printer ada satu je) .. dahsyat juga deme ni bekerjasama. Siasat punya siasat, rupanya deme ni keluar dan pergi menaip di cyber cafe sekitar bandar X .. keluar duit sendiri la tu.. Inisiatiffff kata deme! Hamba ALLAH tu kata kat deme "P*** H***K Korang Inisiatif!"   Kesiannn deme..udah le keluar duit sendiri..kena maki pulak! Nasib la labuu..ehehehe

Selepas tu, Hamba ALLAH ni mengeluarkan arahan, sesiapa yg menggunakan duit sendiri untuk menyelesaikan sesuati tugasan itu, maka akan ditolak tiap satunya itu 5 markah! (byk tu beb!) . 

Inisiatif ini bermaksud, menggunakan sumber di sekitar untuk kegunaan sesuatu missi atau tugasan. Termasuk dalam bab ini outsource kepada lain lain jabatan tanpa mengeluarkan duti dari poket sendiri!. Utk pembuktian, maka perlu disertakan salinan surat menyurat atau borang atau catatan yg dapat membuktikan perolehan suatau perkhidmatan, barangan, peralatan, konsultasi dan lain lain itu adalah dari jabatan atau pihak luar! Pelajar hendaklah menggunakan apa yang ada yg disedikan oleh Pihak Pengurusan, kalau tak ada, guna lah inisiatif masing masing (tanpa keluar duit poket).   

Kalau peralatan tak cukup, misalnya komputer, itu bukan salah pelajar tapi pihak pengurusan gagal menyediakannya dgn cukup. Maka tak perlu keluarkan duit sendiri utk pergi ke cyber cafe (seolahnya pelajar yang kena penalised pulak). Buleh mintak kebenaran jabatan lain atau guna je mesin taip ataupun TULIS TANGAN sahaja akan kerja kursus tu.  

Begitulah antara kisah yg mengisahkan tentang salah fahaman tentang INISIATIF yg berlaku dalam ATM. Rasanya perkara ni sama jugak seperti di dalam bidang perguruan. Dalam tentera, suasana perang sentiasa dibayangkan. Maka ketika perang, kalau anggota2 tidak dilatih yg sedemikian itu, maka mereka akan kurang berINISIATIF sebab ketika perang, duit mana laku maa... Mereka kena menggunakan seluruh aset negara  sendiri/musuh yang ada pada ketika itu (apa yg ada di sekeliling). Maka keadaan ini perlu disemai dalam dada dan pemikiran mereka sehingga sebati supaya bila tiba masa yang diperlukan. Mereka tak kehilangan arah!

Seperti contoh kursus yg disertai oleh hamba ALLAH itu tadi, dia kata dia sanggup sponsor semua peralatan itu dengan mengambilnya dari stornya sendiri. Ini adalah inisiatif. Walaupun peralatan diambil dari Stor Base malah Sayap ATM yg lainnnya, tapi ianya tetap hak milik kerajaan Malaysia dan semua anggota layak mendapatkannya.

Apa yg berlaku sebenarnya menyebabkan Belanjawan Mengurus satu satu pusat latihan itu tak dapat diukur dengan tepat berapa sebenarnya yg ia perlukan untuk belanja pengurusan sesebuah pusat itu selama setahun beroperasi. Contohnya, berapa Ream kertas fotostat diperlukan untuk jalankan 10 kursus setahun? Mereka tak tahu sebab ianya disediakan oleh penuntut kursus itu sendiri. Maka berterusanlah Pusat latihan tu membuat bajet yg kurang dari yg sepatutnya pada setiap tahun.  Pihak Kementerian juga tak tahu berapa perbelanjaan utk latihan yg sebenar kalau setiap pusat tak dapat memberi angka yang tepat keperluan mereka. Dan bebannya... ANGGOTA ANGGOTA BAWAHAN. (saya tak sentuh lagi golongan atasan yang saban tahun kembang hidung sebab berjaya jalankan sekian sekian kursus dgn 'jayanya' padahal alat pun pun dikorbankan dari poket anggota bawahan.. tak malu ker?).

Kesimpulan

Insiatif ini bagus supaya dapat keluar dari kotak atau kerangka sedia ada. Ianya perlu ada pada setiap orang. Hanya jangan pula sampai kita bertindak di luar kemampuan kita. Bertindak berseorangan dgn secara berjemaah atau berorganisasi tidak sama. Misalannya, cara berbelanja duit sendiri dengan duit peruntukan kerajaan tidak sama. Utk duit sendiri, biasanya ada lebihan yg disimpan utk masa kecemasan atau utk tujuan lain. Sekiranya ada simpanan, ini dah kira bagus. Tapi tidak pada peruntukan kerajaan. Ianya perlu dibelanjakan habis! Begitu juga dgn Wang Zakat. Buat apa dibangga bangga berjaya kutip sekian banyak, ada simpan sekian banyak? Patutnya wang zakat dihabiskan utk ke lapan lapan asnaf zakat itu. Cara dan corak pengurusan tak sama pada kedua dua peringkat ini (ahli sufi lain la ye... mereka ada yakin yg amat tinggi, memang tak simpan punya).

Jadi pada para pentadbir, usahlah menekan orang bawahan untuk membuat perkara yg sebenarnya timbul akibat dari kegagalan ANDA sebagai pentadbir untuk berfungsi. Seperti Juruletih itu, komputer di tempat dia ada 6 buah, dan itu adalah tanggungjawabnya untuk menyediakan prasarana yg cukup. Maka BUKAN salah pelajar kalau mereka menghantar tugasan dalam bentuk tulisan tangan sahaja. (sebab tak cukup peralatan ) Lebih lebih salah lagi kalau menekan pelajar itu atas nama Inisiatif utk keluarkan duit pergi menaip di luar. SALAH anda, anda lah yang TANGGUNG!!. Be Gentleman! Kalau tidak anda hanya syiok sendiri dan pihak Kementerian Pendidikan misalnya dalam kes ini tak tahu akan masalah ini sebab laporan yg diterima ok je  tanpa sebarang masalah. Padahal anda menekan guru guru untuk mencapainya. Tidak kah itu zalim namanya?

Bersedialah untuk menerima tanggungjawab. Kena TANGGUNG, dan KENA JAWAB. Sama seperti kita dulu dah sanggup untuk menerima Al-Qur'an yg mana gunung gunung pun menolaknya, maka kita kena TANGGUNG dan kena JAWAB atas segala perintah dan larangan yang terkandung didalamnya.  Halal haram perlu diperhatikan. Itu penting. Ingat...tempat kita bukan di sini, tapi di akhirat nun. Apa guna nama wangi di sini tapi wangi atas maki hamun anggota anggota bawahan yg diamanahkan kepada anda dan busuk lagi membusukkan nanti di sana nanti?

Wallahu'alam.

p/s: Ramai lagi yg ok.. terima kasih pada para guru ku sekelian..doa ku tetap utk kalian..segunung intan selautan kasih ...