Assalamualaikum warahmatullah,
Kisah ini adalah sambungan dari entri terdahulu iaitu DI SINI SILA KLIK. Kalau belum baca, sila baca di link tu dulu...baru ada flow dia insyaALLAH.
****************
Kemudian itu, baru lah aku hubungi Raxtor 2 yang dah hampir 20 tahun lebih tak ku temui. Dari jauh aku dah nampak dia, setia menunggu di 'pos'nya sendiri. Aku telefon dan bagitau dia yang aku nampak dia.. locked on head! Sniper is in position! ahahahaha.. lama tak cakap macam nih. Dia ketawa je, 'Abih la akuu" kata dia. ... *Sambung
****************
Aku lepak di tepi jalan di hentian Bas itu. Cuba menghubungi Raxtor 1 tapi gagal je. Aku bagitau Raxtor A dan kemudia Raxtor 2 , kedua dua mereka juga tak dapat menghubungi Raxtor 1. Sah! Battery conk! Raxtor A hangin je suh aku lempang je Raxtor 1 bila dia sampai.. ehehe. Sabor Bro.. aku bukan sheikh yang dulu beb.. lagipun, tentu dia pun tak jangka kot. Yang penting, dia dah lapor nombor Bas dan dia dah lapor yang dia bersama Target. Maka ikut logiknya pada akal, dia akan tetap memerhatikan Target dan memastikan Target tak membuat apa-apa pertukaran Plan Onarnya.
Aku mulai bosan. Aku call Raxtor 2:
Aku: apa cerita ni skot?...
Raxtor 2: Apa lagi..jom la kita ngeteh dulu!"
Maka bertemulah aku dengan Raxtor 2 setelah hampir 20 tahun tak bersua muka. Raxtor 2 masih kering melidi dan tinggi macam dulu. Kepala dah tambah putih. Dah buleh tukor nick kepada Tok Uban dah! ehehehe... Kami lepak ngeteh sembang macam dulu dulu. Port kami ni kira laluan Bas masuk. InsyaALLAH, kami tak miss Bas ni. Bas dah masuk pukul 5 tak nampak lagi. Mungkinkah tayar meletup?
Lama juga Raxtor 2 melepak dgn aku, dari kisah kawad, masuk hutan, melepak, gitar, gedebak gedebuk semua masuklah..dan tentunya disusuli gelak tawa hilaian panjang... miahahahahahaha... Apatah lagi Raxtor 2 adalah satu platun dan satu kompeni dengan aku. Kira rapat dah la tu, kisah dan cerita masing masing memang dalam tangan punya!!! .. Sudah pukul 6 petang. ke mana gerangan Bas nih?
Raxtor 2 tak sedap hati, minta diri pegi dulu untuk standby di post dia. Dia takut kot kot Target nampak dia lepak tepi jalan tu. Ok lah kata aku. Aku terus lepak sambil menikmati kuetiaw goreng. Lalat punya la banyak kedai tu.. aku selamber rock je makan.. eheheheh... ALLAH belaka!
Bas Pun Tiba
Tiba tiba tergerak hati aku untuk bayar.berdebar debar pulak jantung aku nih. Sudah beberapa buah bas berlalu, syarikat yang sama, jenis bas yang sama, warna yang sama tapi no plat je tak sama.
Aku hubungi Raxtor 2, dia pun kompom nombor yang dikatakan itu belum sampai lagi. Yang sampai nombornya berlainan. Aku call Raxtor A, dia masih sahkan nombor yang kami ada tu adalah nombor bas yang Raxtor 2 dan Target naiki. Hmmmm... macam mana nih? TApi aku terus bangun dan bayar harganya. Aku nak pergi tinjau membantu Raxtor 2, tak sedap benar rasa hati nih.
Elok je aku bayor, aku nampak sebuah bas dah pun sampai ke stesyen, syarikat yang sama, jenis bas yang sama, warna yang sama tapi nombor yang berlainan. Ketika tu dah pukul 6.45 pm, remang remang senja dah mula kelihatan. Agaknya bas tu sampai ketika aku bayar bil aku la kot.
Berhenti je bas tu, kelihatan Raxtor 1 keluar dari bas!!! Dia orang pertama keluar! Terus aku call Raxtor 2 .. "Target arrived target arrived!" (cakap omputeh tuu..ceh! Maafkan aku ye) Aku nampak Raxtor 2 menghampiri bas, aku terus menyoroti di mana Raxtor 1 dan Target. TApi aku lebihkan tumpuan pada Raxtor 1 sebab Target sekarang ini adalah tugas Raxtor 2. Aku memerhati dari jauh dan pergi ke bahagian belakang stesyen. Aku tengok Raxtor 2 dah hilang. Mungkin dia dah mula gerak mengekori Target menuju ke destinasi Onarnya.
O Grup
Aku mula mencari cari, mana pulak Raxtor 1 nih? Tetiba aku dapat call dari nombor yang tak dikenali. Hmmm .. Raxtor 1 ! Rupanya memang betul batteri dia habis. Dia pakai telefon awam, tapi kenapa pulak nombor telefon bimbit pulak yang keluar? Ah! Lantak lah. Aku lapur pada Raxtor A yg Raxtor 1 telah aku jumpai dan Raxtor 2 sedang mengekori Target ke Destinasi Onarnya. Raxtor A dah sampai ke Selangor dan telah pun cx in ke Hotel X berhampiran Hotel Onar. Aku call Raxtor 3 dan Raxtor 3 memberitahu Raxtor 4, 5, 6, 7,8, dan 9 sudah dalam posisi di Hotel Onar. Menunggu dan mengambil tempat masing masing. Aku dan Raxtor 2 kemudia bergerak ke Hotel X dan O grup bersama Raxtor A dan Raxtor 3.
Ketika dalam perjalanan ke Hotel X, aku dapat makluman dari Raxtor 2 yang target telah pun sampai dan masuk ke lobi Hotel Onar. Ini bermakna tiada pertukaran Rancangan Onar mereka. Di Hotel Onar, Raxtor 4 mengambil alih dengan kumpulan Raxtorsnya yang lain. Raxtor 2 pula akan berundur memandangkan wajahnya dikenali oleh Target. Dia balik mandi kot pasal dari pukul 2 lebih lagi dia dah berlonggok tunggu bas tu.
Di Hotel Onar, Raxtor 5 ditugaskan untuk sama-sama menaiki lif dengan target. Setibanya Target ke Hotel Onar dan setelah mendaftar masuk, maka Raxtor 5 akan menaikinya bersama sama Target tanpa menekan butang, seolahnya sama tingkat dari Target. Dengan cara ini, akhirnya Nombor bilik penginapan Target telah diperolehi. Nombor pun diperolehi dan dimaklumkan kepada semua ahli Tim.
Cara ini perlu dilakukan kerana Hotel Onar, sesuai dengan namanya Hotel Onar, sememangnya tak akan memberikan kerjasama dalam hal seperti ini. Kononnya untuk menjaga imej dan nama baiknya (dalam ranking Hotel terbaik syaithon syaithon sedunia). Pergilah mana-mana cawangan Hotel Onar ni, memang macam tu la polisi mereka, salah sebuah yang agak hangat (dek panasnya api Neraka) di KL tu siap ada ayam lagi Na'uzubillah! Justeru itu maka Hotel Onar tak diberitahu akan perkara ini dan tidak diminta sebarang kerjasama dari mereka.
Hotel X
Di Lobi Hotel X, kami bertemu dan berbincang secara berdiri je. Bukan la betul di Lobi tapi di porch depan Lobi Hotel X. Tak lama, Raxtor 2 sampai. Anak-anak yang dibawa telah pun selamat berada dalam bilik yang telah ditempah awal. MEreka tak ada masalah kata Raxtor A. ALLAH telah mempermudahkan perjalanan mereka tanpa ada apa apa halangan. Alhamdulillah. Akhir sekali, Raxtor 8 sampai, beliau baru tamat kerjanya dan beliau juga akan mengikuti tim ini.
Anak-anak kecil ini seolahnya mengerti apa yang sedang berlaku walaupun mereka sebenarnya tak mengerti pun. Si bongsu sebelum ini tak mahu dengan orang lain melainkan ibu dan ayahnya lebih lebih lagi ibunya, tapi kali ini begitu sporting mahu mengikut orang lain untuk mendukungnya. Dalam perjalanan dari pekan kecil di Utara itu, Raxtor A turut ditemani Raxtor B yang mana selama ini, tiap kali Raxtor B datang ke rumah dan mengacu untuk mendukung beliau, dia akan menangis dan melarikan dirinya dari Raxtor B. Tapi tidak pada hari ini! Tengahari tadi, setibanya Raxtor B ke rumah, beliau mengacukan tangan dan baby terus menerimanya tanpa banyak soal dan tanpa songeh. Sepanjang perjalanan juga tidak merenget nak makan ke minum ke atau pun..yak yak .. Perjalanan sungguh lancar dan mudah dari pekan kecil di Utara tu sampailah ke KL!
Sebelum kami bergerak, Raxtor A menerima panggilan dari Target. Target memang pandai berlakon, bertanya seolahnya begitu mengambil berat akan hal keluarganya dan betapa sibuknya dia di kala itu membantu itu dan ini di majlis kenduri kawin 'kawannya'. Raxtor A pun tak kurang hebatnya berlakon, nampaknya ALLAH beri dia kesabaran dalam hal ini. Kalau aku.... Na'uzubillah!
Dalam gurauan tu Raxtor A bertanya, tentang 'Pengantin' ... yang lain aku tak jelas sangat apa mereka sembang, tapi aku dapat dengar 'lawakan' dari Target.
Target: "U tau tak, sebenarnya, I la Pengantin tu malam ni!"
Raxtor A, " Oo..Ye ker.. ehehehe..kalau macam tuuu.. tunggulah nanti malam ni abang sampaiiiiii..."
lembut je suaranya dijawab sambil tersenyum! Kah kah kah!! Tak pernah aku tengok lakonan sehidup ini beb!! Dahsyat! Berdebar debar dada aku nih... aku pulak yang leybeh leybeh! Ehehehehe.. (sorilah aku ni bahasa rojak + cincau + soya + segala macam kalau ada penulis yang hebat baca, jgn marah ah..)
Tetiba aku dihulurkan kamera oleh Raxtor A. Katanya, tolong aku amik gambar! Alamak! Ini bermakna aku akan missed the action la beb! Mmm... takkan aku nak bangkang dalam saat saat macam tu. Aku pun setuju lah, belajar tips tips nak pakai kamera nih. 2nd mission Raxtor 2 ialah videoman. Dia amik video, aku amik gambar semasa kami in action (omputeh lagi..maaf yea) .. mmm... insyaALLAH..beressss...
Setelah segalanya selesai, menjelang pukul 8.10 mlm kami bergerak ke Hotel Onar. Kami sepakat untuk mengerjakan solat Jamak takhir saja nanti kecuali beberapa yang memang dari situ, mereka dah pun solat maghrib tadi rasanya.
Raxtor B pun turut sama. Anak-anak ditinggalkan di bilik kerna sementara itu, Abg Raxtor A bersama isteri dalam perjalanan ke Hotel X untuk menjaga anak-anak kecil itu nanti. Perjalanan mengambil masa tak sampai pun 5 minit.Kami minum dulu di Pelita Nasi Kandar berhampiran dengan Hotel Onar. Setelah itu, kami mula bergerak ke Hotel Onar kira kira 30 minit setelah itu. Terasa masa lambat pula bergerak dan seolahnya ALLAH memberikan kami begitu banyak masa dan luang untuk bertenang dan meneliti semula akan plan dan rancangan gerakan kami.
Hotel Onar
Di Hotel Onar, kami berlonggok di bahagian TAman di tepi hotel tersebut. Agak gelap kawasan itu. Raxtor 3 entah ke mana dalam kegelapan malam tu sambil bercakap sesuatu dalam telefon. Dalam dok berlonggok menantikan Jantan tu sampai (nombor kereta dah diperolehi dalam missi secondary sebelum ini oleh Raxtor C), Raxtor 10 telah sampai. RAxtor 10 ni juga adalah sahabat lama aku dulu, seorang wanita. Masih anggun lagi..ehehehe. Raxtor 10 ada peranan yang agak penting juga malam ni, dan dia sedia untuk bersama sama kami. Sebenarnya Raxtor 10 dan Raxtor A agak rapat juga dulu hingga kini. Aku je kurang rapat skit pasal dia pompuan, alergik skit.. ececececeh ..
Tim Raxtor 5 -Raxtor 9 telah sampai awal dan telah menempah masuk ke salah sebuah bilik di Hotel Onar sebagai bilik operasi dan juga untuk berehat. Ini kerana sebahagian datang dari luar Selangor maka perlu rehat juga lah. Takdirnya Yang Maha Esa, rupanya bilik yg dimasuki oleh Target (dan Jantan tu sebentar lagi) adalah sama tingkat sama baris! ALLAHU AKBAR! Dalam banyak banyak tingkat, banyak banyak jenis bilik, mereka dapat sama tingkat sama baris dengan bilik Plan Onar Target. Makanya kalau kami berlonggok depan bilik dan kamera keselamatan Hotel Onar nampak kami pun tak mengapa pasal kami lepak di depan bilik kami!
Lama juga kami melepak di situ tanpa kelihatan sebarang pergerakan atau ketibaan kenderaan Jantan tu sampai.
Jantan tu sebelumnya pada petang itu, menurut maklumat dari Raxtor C telah mengadakan sessi makan malam bersama isteri dan anaknya di tempat kami melepak tadi. Kononnya untuk menyambut ulangtahun ke 3 mereka! Tudia!
Lepas tu Jantan tu akan menghantar anak isterinya pulang, dan akan keluar untuk buat projek dari malam sampai pagi. Kononnya ada projek yg diberi oleh Bos yang perlu Jantan tu penuhi. Elok benor lah..dua dua pandai berlakon, dua dua pandai torak .. Cuma yang bezanya, sebelah sini ada otak dan cerdik sikit, dapat kesan perubahan awal awal pada target. Mesti ada sesuatu yang tak kena! Memang betul bisikan hatinya. Manakala si isteri Jantan tu pulak, kena la tippoo idup idup dengan lakonan hebat Jantan nih.
So malam tu, Jantan tu dah dapat alasan untuk tidak pulang ke rumah dan sebaliknya bermalam di Hotal Onar untuk melaksanakan Plan Onar atau projek malam ke pagi oleh nya. Aku ingat aku nak taruk sebaris dua emel 'lucu' dia ni pada Target, tapi kerana terlalu 'lucu' maka aku takut nanti kedudukan Raja Lawak tergugat, biarlah aku dan tim je yang tahu ayat-ayat Jahanam dia tu!!!
Kami duk tunggu lagi, dalam pada itu, Raxtor A menalifon Target untuk mengorek maklumat kalau kalau Jantan tu telah pun berjaya menyusup masuk!
Raxtor A: Hello Sayang! Macam mana kenduri malam nih?
Target: Meriah sangat sangat!
Raxtor A: Hmmm...macam mana Pengantin? Dah sampai ker? ehehehe..
Target: Tu la Bang! Pengantin lambat laaa..janji pukul 9 sampai..ni dah pukul 9.15 dahh..
Raxtor A: ehehehehe... (Jahanam ko betina! - dalam hati)
Begitulah sessi percakapan mereka. aku tak sanggup dengor selanjutnya... begitu tabah kau sahabat!
Tiba-tiba Raxtor A memaklumkan ketibaan 'yang ditunggu-tunggu Pengantin pada malam itu! Sebuah kereta )(*()&* bernombor (&Y(*& melintasi kami... (kami dalam gelap - kalau nampakpun dia tak kenal kami). Kami menanti dengan saspen.
Dah lima minit, tak nampak pun dia masuk Hotel Onar! Isk.. ada loop hole plan kita nih! AKu menawar diri untuk pegi Recce. Dan ternyata setelah aku ronda, tak nampak kenderaannya. Aku syak dah lepas ke atas. Rupanya Hotel Onar ni ada parking kat atas. Maklumat ni Team Raxtors tak cover! Kami terus naik ke atas. Sekali lagi loop hole, rupanya team standby kat atas tu siap bertembung dgn Jantan tu semasa dia naik ke atas. Dia parking di Tingkat 4 dan terus naik beberapa tingkat saja lagi ke bilik operasi Onar mereka. Team atas menyangka kami di bawah tentu dah tahu! Ah! Masalah pasal Team Raxtor di atas ni hanyalah staffs kepada Raxtor 5! Mereka tak biasa!
*..Bersambung! InsyaALLAH...
p/s:
Kelewatan Bas kemudian diceritakan oleh Raxtor 1:
1. Bas dijadualkan bergerak pada jam 11.30 pagi, Hanya jam 12.12 tengahari baru bergerak.
2. Lepas tu, singgah menyinggah. Kemudia bas berhenti mengisi minyak di hentian R&R Simpang Pulai.Di Situ pun 30 minit berhenti. Bas pun bergerak agak perlahan. Di simpang pulai ni telefon bimbit Raxtor 1 mula meragam - nak habis bateri. (Apa lu mat..nak pegi mission but not fully prepared! Banyak lemak dah kot! ehehehe)
3. Selepas Tol Hentian Duta, bas berhenti lagi. Kali ni bertukar Bas pulak! Raxtor 1 menceritakan beliau patuh pada arahan pemandu, terus turun dan menaiki bas yang lain untuk menuju ke destinasi akhir. Setelah dia mendapat tempat duduk, baru dia perasan yang target masih dalam bas asal. Dia tak turun!! Dia mula gelabah, menunggu juga la dalam bas tu. 'Mungkin juga target tak perasan kot' detik hatinya."Eh! Jangan jangan, mereka ada pertukaran Plan Onar B kot? Inilah mission aku utk pastikan mereka tak ada Plan B atau menukar ke Plan B! Ah Sudah!" Bas mula nak bergerak.. Raxtor 1 terus bangun nak turun masuk ke bas asal, ketika itu dia ternampak Target melompat keluar dari bas asal menuju berlari ke Bas yang dia naiki sekarang! Kemudia, Target menaiki bas baru itu pula!.... " Fuh! Lega!"
Maka inilah menjawab pertanyaan kenapa nombor Plat berbeza! Rupanya Bas asal pergi ke destinasi lain dan penumpang terpaksa bertukar ke bas lain untuk ke destinasi asal mereka. Di sini juga mengambil masa yang lama. Patutlah perjalanan keseluruhan mengambil masa 6 jam lebih!!

Salam,nampaknya begitu istimewa perempuan di mata penulis.
Wa'alaykumussalam .. Saya tak tau nak kata apa ttg kementar anony.
Terima kasih sudi datang menjengah.. mari kita kongsi fikir untuk agama insyaALLAH..
wassalam
salam..aduhh...saspennye ostat....cepat le bagi sambung...
Wa'alaykumussalam warahmatullah..
Ye ye..sabor sabor... InsyaALLAH..