Showing posts with label Rencam Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Rencam Kehidupan. Show all posts
Capt MUHAMMAD Azhar
Dengan nama ALLAH aku mulai dan aku bertawakkal kepada ALLAH, aku berpegang teguh pada Nya dan aku menyerahkan kepada ALLAH, cukuplah ALLAH tempat ku berpegang dan bertawakkal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanyalah ALLAH Yang Maha Tinggi dan Maha Esa. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat r.anhum.

Teringat aku akan entri yang dulu yang masih tergantung iaitu entri yang ini Klik ..

Insan yang dimuliakan oleh ALLAH ini telah muncul semula pada bulan Zulqaedah yang lalu...

Sungguh airmata penyesalanya pada 27 Romadhon dulu benar benar ikhlas dan benar benar cahaya hidayah telah dipanah menusuk ke kalbunya...

"Assalamu'alaykum!..."

"Wa'alaykumussalam...yea?"

"Ust kenal saya tak?"

"Err... ni.. errr.. tak ingat lah...maaf..sapa yea?"

"Saya... Nur ******!"

Subhanallah! Macam mana nak kenal, udah berfurdah!

Pendek kisah, rupanya dia bukan insan biasa, ada Phd dari al Azhar, pangkat DOktor la tu... kini dah bercerai dari suaminya. Kisahnya dia berbincang dari hati ke hati dengan suaminya (bekas) dan meminta izin untuk berubah dengan menutup aurat dan mengamalkan ilmu agama yang ada dalam dirinya...  Maka akhirannya, keputusan diambil untuk derhaka pada suami dan taat pada ALLAH dengan sebenar benar taat. Bercerai lah mereka.  Hampir 1 juta wang dalam akaun yg diberi suami ketika masih bersama ditolak dan diberi kembali kpd bekas suaminya.. buat sementara waktu anak anak ditinggalkan bersama suami (bekas)..

Hatinya makin lapang dan tenang katanya... dengan izin ALLAH, dalam masa 40 hari selepas malam Qadr baginya itu, dia yang sebelum ini telah lupa akan ayat ayat ALLAH... dengan izinNya dan kebesaranNya..dalam masa 40 hari tu.. beliau berjaya mendapatkan semula kalam suci itu ke dalam dadanya dan telah ingat semua kesemua 30 juzk dalam dadanya!! Subhanallah...

"Inilah tanda taubat puan ALLAH terima! Beruntung lah puan..eh ..Doktor... eh..Doktor Ustazah **** "

Ayahnya dulu membiayai pengajiannya tanpa berharap pada pinjaman dan sebagainya. Walaupun ada biasiswa, ayahnya tak izinkan terima, hanya kerana dia (arwah) mahu bermujahadah menjadikan anaknya ini seorang ilmuwan dan pendakwah agama dengan hasil biayai tulang empat keratnya sendiri!! Berelung relung tanah dijual untuk membiayainya sampai ke Phd, macam macam kerja dan usaha... berapa ratus ribu untuk sampai ke tahap itu? Wallahu'alam, aku tak tanya, dia pun tak cerita..

Namun inilah berkat usaha seorang ayah yang Ikhlas berkorban untuk anaknya demi Agama ini.  ALLAH pelihara anaknya yang asalnya telah pun tersesat jalan namun akhirnya dan kelazatan iman ALLAH berikan semula Nur Hidayah kepada anaknya ( Pendapat pribadi aku lah)..

Banyak pula tawaran kerja yang diperolehinya... Selain dari doktorate dalam bidang perbandingan Aqidah, beliau juga faseh 5 bahasa - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Parsi dan (aku lupa), Beliau memilih Univer******  dengan kelulusannya itu, ALLAH permudahkan jalan rezki untuknya dan anak anak... Walau membuang segala kemewahan wang ringgit hingga tak ada sesen pun tinggal, tiada lagi kereta mewah, tiada lagi rumah besar, tapi dengan cepat ALLAH gantikan korbannya. Benarlah kita tidak diuji melainkan dengan kemampuan kita sahaja. Setelah hidupnya stabil, anak anak akan diambilnya semula, ini perjanjian dgn bekas suami...

Setakat tu je kisahnya untuk kita renungi akan insan insan terpilih.. Sungguh Dia Maha Berkehendak... Janganlah putus asa dan jangan lemah semangat...  Aku tak tau nak tulis apa lagi....

Wallahu'alam.


p/s: Tengah rajin ni leh ler apdet sini...akan datang masa mungkin suntuk kot pasai nak kena kejar 'garisan langit' ehehehe.. ada yang jeles selalu apdet tuu...
Capt MUHAMMAD Azhar
3 Muharram ... 3 hari ke tahun baru ....  Kegembiraan yang aku kira sebuah kegembiraan telah diambil semula oleh Yang Maha Kuasa... Alhamdulillahi 'ala kulli haal ...

Sungguh Engkau Maha Berkehendak ...Sungguh dengan Qudrah dan Iradah Mu dengan hanya Kun ... Fa yakun!



Aku merayau ke KLCC untuk satu tujuan yang mana hingga aku terlupa akan asal mula tujuan ku, iaitu untuk ke tingkat 9 Menara 1, urusan Perlesenan .. Perkara yang mengganggu aqal dan fikiran ku. Memang benarlah sehingga kita diuji, barulah kita tahu akan tahap iman kita ini. Baru sedikit kegembiraan ALLAH tarik dari ku..aku sudah gelabah ..memang tipis amat iman aku ini.. amat jauhhh sekali dari para Sahabat r.anhum ... entah berapa peratus dari ketebalan kulit bawang pun aku tak tahu.... Hanya dengan SMS bertarikh 8/12/10  9:40:03  aku terus hilang arah pedoman..debar semacam ... sedangkan dua hari sebelumnya senyum sokmo ..
ahahahaha... amik ko penangan buat ko!  Sesungguhnya ALLAH tak akan menguji melainkan menurut kemampuan diri kita sendiri ... Subhanallah...

Di kala itu aku meminta sokongan makhluk ... hati memohon kekuatan dari Khaliq ...  ALLAH hantar seorang insan sebagai duta bagiNya membuka minda dan fikir ku ...

Katanya:

"...ujian perasaan, ketidak tenteraman jauh lebih berat daripada miskin tapi hatinya merdeka. ALLAH sengaja letak macam tuh supaya pakcik (pakcik dia pangge aku! chait! aahaha) terus merayu pada Dia. Ingat ALLAH hati tenang. Kena fikir Dunia ni Pondok Buruk yang di dalamnya bermacam macam penderitaan, kesusahan untuk membina Istana akhirat. Sabar ya.... **** doakan"

Wah!! Berpusing pusing aqal dan fikir ku memecut deras meninggalkan tanah tandus menuju ke padang menghijau...

Ada lagi katanya:

" **** pernah alaminya tau..ketidak tenteraman **** bongkar isi hati **** untuk mencari punca dan subhanallah rupanya kerana hati terikat kpd Dunia. Pakcik (pakcik lagii!!! eeeee!!!) bila diuji.. **** suka ingat Nabi. Selawat byk2 sambil hayati siroh Nabi, akhirnya **** menangis. Ya ALLAH, ujian kecil sangat, malu untuk mengeluh. masih tak layak menangis"


Hati aku terdetak, iman aku tersedar.. "Betoi Betoi Betoi..."

Lagi katanya:

"......di mana Bumi dipijak, disitu ALLAH dijunjung, melihat ragam manusia, pakcik interaksi dengan hati dan sebut nama ALLAH, berzikir tak semestinya kena duduk sejadah, setiap nafas adalah zikir, lebarkan senyum mu jika ingin ALLAH redho, kita mesti terlebih dahulu redho. **** cakap, alam ini bicara ALLAH, kalau **** rasa panas terik, ALLAH sebenarnya memberi amaran, sebab tu hujan disebutkan Rahmat. Sabar yaa..manusia tak ada kuasa memudharatkan kita, biar menjadi kebencian manusia tapi ALLAH redho :)  **** bercakap umum ye..nasihat untuk diri sendiri "


hua hua hua hua... lagi lagi lagii...


Berkata lagi saudara ku ini....:

"........Ahli sufi pakai jubah lusuh sambil mengembara walaupun ada yang datang dari keturunan hartawan. Kenapa? sebab inilah jalan mujahadah, menundukkan nafsu dan menyemarakkan rasa kehambaan. Pakcik (ya laa..yalaa..pakcik laaa), situasai tu adalah 'temubual' ALLAH dengan mu, Jangan merasa hina di depan manusia sekali pun mereka menghina mu, tapi ambil semuanya sebagai 'lidah' ALLAH. Dia nak hati Pakcik (pakcik pun pakcik laaa..) sedar, betapa kita tak punya upaya.. sangka baik dengan orang tau. Bila orang pandang sebelah mata, pakcik (penat dah taip pakcik pakcik nih...eheheh)cepat cepat senyum, kalau boleh pergi salam dan buat ukhuwah. Akhlak tetap menang walaupun dalam keadaan kita jelek dan jijik...Yes Pak CIk (hmph!!) boleh! Ambik iktibar, jangan dibenci mereka tapi kasihani lah.... "

Waaaaaaa.... Kelas A nih!! Baikkk punya tazkirotul imann....

lagi ada??

Adaaaaaaaaa....

Eh! Eh... tak ada lagi.. dah habis..


Terima kasihlah hadir memberi nasihat dan kata kata hikmah untuk diri yang hanyut dilanda gelora ini... di kala aku memerlukan kata kata dan peringatan, ALLAH hantar kamu untuk mengingatkan aku... alhamdulillah...

Ada yang mengatakan hidup ini hanyalah pentas sandiwara, tapi sebagai seorang muslim/muslimah, pastikan hidup muslimin bukanlah bersandiwara tetapi adalah bersandarkan Al-Qur'an dan Sunnah. Islam dan Akhlak tak dapat dipisahkan, adab pelengkap 'amalan.  Apakah kamu kira hidup ini dijadikan ALLAH sekadar untuk main main sahaja? Untuk kamu lakonkan sandiwara di pentas dunia ini??   Dunia tempat menyemai..akhirat untuk kita menuai apa yang kita semai...


إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ

Terjemahan:

"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). " (Muhammad:36)


Semoga ALLAH mengampuni ku dan merahmati semua kaum muslimin di mana sahaja mereka berada.. Juga moga moga ALLAH memberikan kekuatan untuk aku melaksanakan apa yang aku janjikan kepada semua sahabat rakan taulan muslimi dan muslimat yang lainnya jua insyaALLAH ....
Capt MUHAMMAD Azhar
Bismillahirrohmanirrohim...

Semalam, tamat riwayat anak anak Siam dibaham si hitam. Aku baru balik dari Asr dgn anak2, terdengar suara Juwairiah..."abahhhh....dah matiiiii....kucin dah matiiiii...siannnn dier... matiiiii...."

Keempat empatnya 'disembelih' oleh si Hitam. Humaira' diberitakan dapat hantam si hitam cukup cukup... tapi masa aku parking motor aku tu, aku nampak si hitam panjat pagar, Mu'az terus kejar dan dia melarikan diri.

Malam tu selesai solat, aku dan Adam bawak bangkai anak anak kucin tu ke sungai untuk dihanyutkan. Tengahari tu aku aku dapat kiriman Modem, kotak kasut yang digunakan untuk bungkus Modem tu Humaira' amik dan dia hiasi dan balut cantik cantik, katanya nak letak baby kucin... rupanya, kotak tu jadi 'keranda' baby kittens tu.... selesai 'pengkebumian' ... Rupanya, ada seekor yg missin, Si Siam sudah ambil bawak lari...kesian dia masih mengharapkan anaknya masih hidup! Baby kitten yg disorokkan ibunya itu dijumpai kemudian oleh Humaira', dia yang uruskan 'pengkebumian' anak kucin tu.... Juwairiah sugul. "kucin da matiii... dan matii dahh..siannn dier.."

Awal malam tu, Si Siam mengiau ngiau mencari cari anak anaknya..sedih lak aku tengok, sayu je ngiauan dia .... naluri keibuan ALLAH letakkan pada binatang sekalipun. Namun di kalangan manusia ni ada yang tergamak membuang anak anak mereka sedangkan itu hasil kebejatan mereka sendiri. Di mana perginya naluri kemanusiaan mereka? Sudah tentu si Siam ini lebih baik dari mereka! Semoga ALLAH melindungi diri ku dan keturunan ku dari ditimpa kecelakaan dosa besar seperti itu dan semoga mereka yang terbabit diberikan hidayah supaya bertaubat dan berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik.


Si hitam memang nekad, dinihari itu dia masuk ke dalam rumah menggunakan laluan khusus untuk kucin kucin dalam rumah ni keluar... dan tengah malam tadi pun masa aku terjaga, aku terserempak dgn si Hitam dalam jam 4 pagi ... Isteri aku yg nampak sebenarnya, dia terus memeritahu aku..terus lah aku tutup laluan keluar supaya si hitam tu terperangkap... kena ketuk kepaler dgn aku! Aku nak belasah cukup cukup.. tapi bila memikirkan nama pun kucin..binatang..udah naluri dia begitu... kena la sabor skit..last last aku buka juga laluan tu bagi dia blah, harap harap dia tak datang dah lah.. he is no welcomed! moga moga mesej tu sampai pada dia...

Masuk cerita kucin pulak kat blog aku ni.... sorilah yea... hanya selingkar kisah.....




p/s: Selesai aku taip baris atas tu.., Si Siam masuk ke bilik memanggil manggil anaknya, sayu betullah suara dia..  aku cakap kat dia.."tak per siamm..beranak ler lagi yea..."  Siam pun diam dan keluar dari bilik ni... eh.. dia paham ke cakap aku tadi tu?????
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah..

Segala puji pujian tertentu hanya bagi Mu Ya ALLAH, Pencipta dan Pentadbir Alam Semesta serta segala isinya. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat r.anhum.

Hampir 2 minggu lebih modem meragam. Sampai juruteknik TMnet datang ke rumah untuk membantu. dan akhirnya keputusan yang diberi, "Modem dah rosak nih!" ....

Memang betul pun warranty dah habis, kena beli baru le nih... errr..ada ke modem yang pakai usb lagi jaman nih? Pasal laptop antik aku ni tak dak internet cable yang besor tu, pakai usb je ...

Nak ke cc segan pulak.. cc sekarang ni jadi tempat main game jer... tetiba pak lebai ni masuk cc pulak..adeh... fitnah fitnah...

TApi hidup dan mati kita di tangan ALLAH termasuklah 'hidup dan mati' modem aku tu...

Pada tarikh keramat 26 Oktober 2010 bersamaan 18 Zulkaedah 1431H, dengan izinNya tetiba lampu adsl,ppp dan lainnya menyala!  Aik! Modem aku hidup balik!?  Ia kembali aktif pada hari yang banyak berlaku peristiwa penting dalam hidup aku ni! Hari yang telah membuatkan aku menangis pada siangnya, hari yang membuatkan aku tersenyum pada petangnya...juga hari yang mempertemukan aku dengan seseorang insan yang pada aku hebat pada malamnya!  Modem aku tiba tiba jadi ok tatkala seseorang yang aku rindu minta aku add dia di FB ...mmmm..FB lagi.. udah berjaman aku tak ke situ ... "Aiseh..modem rosak lah.. tak ble online" sambil aku jeling kat modem, tetiba lampu blinking saat itu juga! dan Modem aku kembali hidup dengan izinNya!!! Subhanallah!!!

Aku tak mo cerita apa yang menyebabkan aku menangis, apa yang menyebabkan aku tersenyum, tapi aku dipertemukan ALLAH dengan seseorang yang mana aku rasa selesa pada dia dan dia pulak suka kat aku katanya... Malam itu aku jumpa dia di homestay di kampung aku nih... Lama jugak aku lepak lepak dari asal mula tujuan untuk bisnes, akhirnya jadi sessi muzakarah dan ta'aruf antara kami!! Namanya Dr. Azizan (sorry doc, sebut nama plak) ... ehehe... Seorang bekas Jutawan, terpelajar dan ada phd dalam mathematik! Bila lingkup ... isteri pun lari... kawan usah cerita lah... tapi ALLAH bagi sesuatu yang lebih mahal lagi dari dunia dan isinya... AGAMA!

Kini dia hidup amat sederhana dan tak lagi mengejar duniawi yang penuh dengan dugaan dan tipuan semata ini.. Tidur di tepi highway, di masjid masjid di mana sahaja kaki melangkah.. 'Dr Al-Faqir, Musafir At Large'  perkataan tu aku ada nampak pada salah satu kertas kerja dia.... kereta Iswara itulah rumah bergeraknya meneruskan sisa sisa kehidupan di dunia fana ...

Sekarang dia membuat sales software tulisannya sendiri ke Ma'had2 dan pondok2. Sofwer untuk database murid, guru dan kewangan. Harga sofwer?  Terpulang pada pembeli!!! Ada yang bayar seribu, dua ribu, atau ratus ratus..ada jugak yang tergamak bayar RM14 (ayat tergamak tu aku yg letak, Dr tak cakap macam tu ar!)  Ingat senang ke nak buat program komprehensif macam tu? Ko bayor patblas hengget jer?? Ko ingat tu budak lepasan universiti ker? Tu tahap Prof laa.. ada Phd In Math dari US. Nak buat parttime lecturer kat kolej kolej samada IPTA atau IPTS senang je bagi dia..berebut org nakkan dia.. 

Pada zaman dia amik phd tu, berapa kerat je anak melayu sampai ke tahap dia sampai tuu??  Tapi... itulah dianya Dr Azizan .... aku syukur pada ALLAH menghantar dia datang pada aku... senang sekali aku sembang dgn dia, lupa akan kesakitan dan kesedihan yang menghiris hiris hati aku pada hari tu.. ALLAH hiburkan aku dgn berjumpa insan yang sekepala dengan aku! Cukuplah aku tulis takat tu dulu..nak nanges pulak.. chech ...

Buat abg azizan.. Bumi ALLAH ini luas.. di mana sahaja kita berada, pasti itu bumi milik ALLAH jua, perbendaharaan ALLAH tak akan pernah habis mahupun berkurangan ... Apa yang ada di sisi ALLAH itulah yg lebih kita yakini dari apa yang ada dalam poket hatta di tangan kita sekali pun.. DIA Wajibal Wujud... Kita..mumkinal wujud .... Sungguh kita sedang bermimpi dengan mimpi yang panjang dan akan terkejut jaga tatkala disapa Munkar dan nankir kelak di alam sana.. di situlah kehidupan sebenar kita akan bermula ...itu lah dia MASA DEPAN kita... Laailaha Ilallah Muhammadurrosulullah ...


***************

Pada mana mana pentadbir Ma'had atau Pondok, sang ustaz yang ada keperluan untuk menggunakan sofwer untuk database murid, guru, pentadbir kewangan dan lain lain, buleh hubungi aku ni utk aku uruskan dengan my Brother ...Dr Azizan ... Price is not a matter .... tu katanya...

Tapi kata ku hamba dunia ni pulak... korang agak agak laa..bayor la..tu org hebat... kalau kat luar puluh ribu kena bayor kat dia weh.... Dia Full time musafir.. kena la korang ada kat Johor, nak beli sofwer dia, dia lak masa tu ada kat Kelantan... naya je drive ratus batu korang beli sofwer dia patblas hengget! Ada akai ka? Walau dia senyum dan amik..tapi takkan lah korang gamak amik kesempatan kot? Ni marah nih! hinsh hinsh! Tapiii...kalau korang memang tak ada..nak buat macam mana kan? Beli le singgit pun (last option), yg paling penting, korang pakai sofwer dia tu utk kerja agama... itulah perniagaan dia yang paling besar..berniaga dgn ALLAH!

Sekian, wassalamu'alaykum warahmatullah...
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah,

Alhamdulillahi robbil 'alameen. Hanya pada Mu Ya ALLAH terhimpun segala pujian pujian yang hanya layak bagi Mu, Tuhan Penguasa dan Pentadbir alam ini, yang telah menjadikan tujuh petala langit dan bumi dalam enam masa. Maha Suci Engkau dari segala sifat sifat makhluk yang lemah dan binasa. Engkaulah Yang Awal dan Engkaulah Yang Akhir. Selawat dan salam ke atas Nabi pilihan Mu, Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat r.anhum.

Semalam aku terpana dengan komentar seorang blogger yang amat aku hormati tentang tindakannya dalam menjaga agama yang ada padanya dengan mengkesampingkan perkara yang menjadikannya  terleka dgn dunia dan menghalang akan cinta dan ketaatannya kepada Ilahi.  Sungguh apabila ALLAH berkehendakkan, maka diperkuatkan iman seseorang itu dan dipermudahkan baginya untuk meninggalkan apa apa sahaja yang menjadi penghalang antaranya dgn ALLAH SWT hatta perkara itu sekadar menjadi penghalang atau sekadar membuatnya lagho dari mengingati ALLAH. Sungguh beruntunglah dia dengan kurniaan itu dan aku tumpang tumpang sama moga moga ada percikan hidayahNya terpercik pada ku jua..

Bila hidayah sudah tiba, maka kerajaan yang hebat, mahkota bergermerlapan pun telah ditinggalkan oleh Ibrahim Adham untuk menjalani hidup sebagai hamba Tuhan yang hakiki, Harta melimpah ruah habis diinfaqkan pada jalanNya tatkala hidayah sudah membekas di hati Abu Bakar as siddiq, Khadijah bt Khuwailid r.a. dan ramai lagi.

Aku ada menonton di tv seminggu dua yang lalu tentang restoran Cina Muslim, pemiliknya seorang reverted muslim berasal dari agama kristian khatolic. Setelah beliau mendapat Islam, dgn jalan mujahadah beliau mengislahkan dirinya, berubah dari cara hidup kafir kpd cara hidup Islami, namun bagitu, ada satu tabiat yg begitu mengcengkamnya iaitu.minum arak. Di kaca tv sendiri dgn wajah bersinar dan tampak ketenangan beliau menyingkap dan berkongsi akan rahmat ALLAH ke atas beliau. Menurutnya, setelah sembilan tahun memeluk Islam, beliau masih lagi meminum arak! Yang satu ini beliau tak mampu nak lawan! Namun apabila ALLAH berkehendak, asbab dari usaha dan ikhtiar yg tak putus putus untuk meninggalkan tabiat buruk ini, maka beliau telah diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengerjakan Umrah, di hadapan Ka'abah yang mulia beliau merintih memanjatkan do'a serta rayuan pada Yang Maha Esa agar dibeikan kekuatan utk beliau meninggalkan arak dari hidupnya. Maka ALLAH telah memakbulkan do'anya itu, sejak dari itu, dia berjaya meninggalkan tabiat buruknya meminum arak. ALLAH telah membantunya dan mencampakkan rasa benci pada arak itu dalam dirinya. Kini telah lebih 30 tahun beliau tak lagi menyentuh arak, mudah mudahan hingga menutup mata sehinggalah sampai masa yang dikehendaki olehNya kelak untuk menikmati arak di SyurgaNya  insyaALLAH! Sungguh beruntunglah dia!


Romadhon lalu

Ada satu kisah yang berlaku pada romadhon yang lepas yang mana ALLAH telah menunjukkan kekuasaan dan kepemurahanNya pada insan insan yang Dia kehendaki. Kisahnya berlaku pada malam ke 27 Romadhon 1431H.

Malam itu masjid mengadakan majlis khatam Qur'an sebagai mengzahirkan kesyukuran sempena selesai mengkhatamkan 30 juzk al-Qur'an, alhamdulillah. Maka seusai solat Tarawikh dan tazkirah, majlis pun bermula yang mana kemudiannya diikuti dengan doa khatam Qur'an. Do'a dibaca melalui speaker masjid dan didengari kariah yang berdekatan sepertimana lazimnya. Namun dengan kehendakNya Yang Maha kuasa, suara itu didengari oleh orang tertentu pada jarak yang tak mungkin sampai pada hari kebiasaannya, iaitu berhampiran sebuah Pasaraya yang mana kaki limanya sibuk dengan aktiviti berjual beli dengan hiruk pikuk serta kenderaan lalu lalang. Dalam keadaan biasa, sememangnya suara azan tak kedengaran di situ, apatah lagi dalam keadaan sibuk nak menyambut raya begitu, memang tenggelam suara dari masjid itu.Namun ALLAH Maha Berkehendak dan Dia berkehendakkan yang sebaliknya untuk seorang insan, insan yang istimewa !!

Seorang insan sedang memilih pakaian utk hari raya.. "Bang! Abg dengar tak tuh? Doa tu.. suara tu!! Abg dengar tak??"

"Suara apa? Doa apa?"  ...balas sang suami..

"Eh! Dah lama tak dengar do'a macam nih.. dulu ada dengar di Mesir je bang!"

Dengar di Mesir je? Yer.. insan ini adalah merupakan lulusan al Azhar Mesir .. layak utk dipanggil ustazah!

Di Masjid doa dibacakan dgn irama syahdu, bertarannum dgn tarannum Nahawand ... sayu dan menitislah airmata dgn rahmatNya jua..

Selesai sudah majlis, sudah melampau jam 12 malam .. melangkah lah nak balik, di pintu luar Masjid, ada seorang wanita menanti di luar pintu Masjid, kelihatannya seperti mencari seseorang..

"Mmm..Assalamu'alaykum..saya rasa..ustaz ni yang membaca Qur'an dan do'a tadi??" sapa nya..

"Err..Wa'alaykumussalam warahmatullah.. ye banar.. saya tadinya yang membacanya... err..kenapa puan tanya? "

Dengan mata yang berkaca kaca, wanita yang ber tshirt paras lengan, hugging type dan seluar sendat mula berceritakan betapa dia merindukan bacaan yang syahdu begitu.. yang dia dahulunya belajar di al-azhar biasa mendengar bacaan seperti itu.. ketika mengikuti bait bait do'a yang dibacakan amat menyentuh hatinya. Dia seakan tersedar dari lamunan yang panjang betapa dia jauh dari ALLAH kini. Keinginannya tadi untuk membeli belah sudah tumpul dan tiada lagi setelah mendengarkan bacaan Al-Qur'an dan doa yg didoakan. Lantas dia meminta suaminya untuk fokus dan mendengarnya tapi seolahnya dia memang tak dapat mendengarnya, seakan ada sumbatan barangkali. Dilihatkan orang ramai juga tak ada yang mengambil kisah atau kah mungkin mereka juga tak mendengarnya..mungkin hanya dia seorang sahaja yang mendengarnya!

"Ustaz, saya dulu hafizah..30 juzk saya hafal, tapi kini...." untaian dan juraian airmata tak terbendungkan lagi terus mengalir deras membasahi pipi pada malam 27 Romadhon ..malam yang penuh Barokah...

"Habis..kenapa jadi macam nih? Apa yg telah berlaku?"

"Saya jadi macam ni setelah saya berkahwin ustaz... ini semua salah suami saya...dia tak pernah menggalakkan malah dia menyesatkan saya seperti ini pula... saya tenggelam dalam kemewahan ustaz"

Dijeling pada kereta yang tinggal di perkarangan Masjid, hanya ada sebuah kereta Mercedez Sports dua pintu..mmm tu keretanya barangkali... ntah ada atau tidak suaminya dalam kereta itu.. Mmm..memang bergaya, rambut ada kaler kaler..pakaiannya pun buleh tahan, beg tangan nampak jenis mahal ... Namun, tatkala hidayah ALLAH terpanah ke dalam hatinya, tiada yang dia nampak melainkan ALLAH ALLAH ALLAH ... tidak dipedulikan mata yang melirik lirik padanya, seorang wanita anggun berdiri di pintu Masjid tanpa menutup aurat sempurna, matanya meliar mencari cari sesuatu atau seseorang, taqdirnya pula tiada yang menghalang mahupun menegur, masing masing melintasinya untuk pulang segera ke rumah atau ke tempat lain.

"Usah disalahkan suami atas perkara yang sebegini, memang suami salah, tapi untuk diri puan sendiri, puan diberi PILIHAN oleh ALLAH untuk memilih, tiada paksaan dalam hal ini, dan puan telahpun membuat pilihan puan ketika berkahwin dengannya dan mengikut perintahnya selama ini.." ...

Diam ...

"Puan masih boleh berbahasa Arab?"

"InsyaALLAH saya masih memahaminya... Kitab kitab saya dulu saya letak dalam sebuah peti dan masih dalam keadaan baik dalam simpanan saya. Saya ada melanggan majalah majalah dari timur tengah serta buletin al azhar dsbnya..."

"Sekarang puan, pilihan di tangan puan, puan bukan org jahil dan ALLAH telah memilih puan malam ini untuk menerima hidayahNya, inilah hadiah Romadhon bagi puan, malam inilah Malam Al-Qadr bagi puan! Segeralah beramal dgn apa yang puan tahu....pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk puan dan kita semua selagi masih bernafas dan selagi Sang Mentari tidak terbit dari barat"

Begitulah selingkar kisah yang ALLAH tunjukkan pada malam itu untuk beberapa insan yang Dia pilih. Wanita itu menceritakan dia berdiri di luar sahaja lantara menghormati Masjid atas pakaiannya yang tidak sesuai sambil mengharapkan ustaz berkenaan keluar melalui pintu itu. Masjid ada pintu di ke empat empat penjurunya, boleh sahaja ustaz keluar ikut pintu yang lain sementelah pula pintu yang dipilihnya adalah pintu yg mana menuju ke ruang parking kenderaan paling kecil. Kalau diikutkan maka pintu yg menghala ke tempat parking yang luar itulah lebih ramai orang guna apatah lagi di situ juga terdapat tempat parking khusus untuk tuan guru atau penceramah jemputan. Namun ALLAH telah menggerakkannya untuk menanti di pintu yang bakal dilalui oleh orang yang dia cari.

Taqdir ALLAH juga mengetarkan dirinya tatkala ternampak ustaz yang dicari carinya, si pembaca Qur'an dan do'a yang didengarinya tadi. Padahal ramai telah lalu lalang di hadapannya, dan taqdirNya pula si ustaz keluar lambat, namun tekaan kali pertamanya terus mengena tepat ke sasaran. Itu semua kerja ALLAH belaka, bila Dia berkehendak, maka tak ada satu kuasa pun yang dapat menghalangkan, bila ALLAH telah memutuskan sesuatu, maka tak ada mana mana kuasa pun (memang tiada kuasa selain dariNya) yang dapat mencegah!

Begitulah dunia ini dapat memesongkan hati insan yang terpelajar sekalipun. Tiada jaminan sekiranya kita baik pada hari ini maka akan baik selamanya... marilah kita berlindung pada Yang Maha Esa memohon agar ditetapkan iman, dijauhkan dari fitnah Dajjal dan Fitnah akhir zaman, ditetapkan kaki kaki kita di atas jalanNya yang lurus...

Laa haula wala quwwata illah billahil 'aliyyil adzhim...


p/s: Dua tiga hari lepas.... pertemuan kedua berlangsung lagi dalam suasana yang berbeza... moga ALLAH beri kekuatan untuk ku menulis lagi insyaALLAH ... Engkau lah Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Engkau jua menerima taubat hamba hamba Mu yang berdosa... Subhanallah...
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarokaatuh..

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur kepada ALLAH SWT, pemilik mutlaq alam ini, Dia lah yang Awwal dan Dia lah yang Akhir. Tiada sekutu bagiNya dan Dia lah Tuhan Yang Maha Agung dan Suci, tiada duanya  melainkan hanya Dia Yang Maha  Esa. Selawat serta salam ke atas Penghulu sekelian Nabi, utusan ALLAH yang terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait serta para sahabat r.anhum dan umat Islam seluruh pelusuk alam.

Semalam di Masjid, kurang sekali jemaah yang hadir sehinggakan ketika aku keluar utk memperbaharui wudhu' , aku lalu di belakang sof Muslimat, pintunya terbuka ditiup angin barangkali, maka aku tutupkan, kelihatan ada 6 org sahaja makmumnya! Padahal sebelumnya melimpah sampai imam terpaksa umum kpd jemaah muslimat jgn sampai melebihi imam - (mereka solat di sebelah tepi kiri bersebelahan jemaah muslimin dan bukan belakang, ada dinding pemisah antara jemaah. Aku tak mo komen lah pasal kedudukan jemaah tu pasal aku tak tau apa tentang Masjid tu. Masjid tu asal rumah org kot, diwakafkan dan diperbesarkan, maka tak la dirangka dgn baik sebagaimana selayaknya sebuah Masjid.)

Jemaah Lelaki pula tak melimpah ke ruang 'annex' Masjid tapi cukup di ruang solat utama dan tak penuh pun, aku tak kira berapa sof tapi memang sikit lah, Aku sampai lambat malam tadi pasal rumah 'blackout' sejurus nak berbuka puasa (dah tiga kali jadi macam tu, mcm sengaja je). Kami sampai pun lewat. Mu'az tak pa la pasai dia Imam, yg aku ni masbuk Isya' dgn Tarawikh!  Selepas 8 roka'at, hanya tinggal 2 suku sof sahaja, standard solat Isya' pada hari hari biasa. Adakah ini bermakna tinggal jemaah biasa Masjid sahaja? Apa yg aku nak tekankan, Jemaah dah semakin kurang seawal peringkat pertama Romadhon lagi.. belum lagi genap 10 hari berpuasa! Beruntunglah sesiapa yg ALLAH pilih utk hadir berjemaah di rumah rumahNya.. semoga ALLAH pilih aku jua... please O ALLAH! Pilihlah aku!!

Retro - Romadhon 2

Pada hari pertama puasa iaitu pada malam ke 2 Romadhon, selepas solat Tarawikh, aku bergegas balik ke Manjoi sebab ada jemputan tahlil arwah, Imam Surau Tengku Hussein Hujung yg juga bapa mertua guru muda aku telah kembali ke rahmatullah pada petang itu. Aku dapat mesej ketika bersiap utk berbuka. Malam tu aku buat 8 roka'at je di Masjid dan kemudia terus amik Mu'az dan beredar dari situ. Aku pinjam pakai motor adik ipar aku yg tak digunakan sebab tuannya ada di Kl. Dapat panaskan enjin dan motor tu pun laju la dari motor antik aku tu. Kami mengejar masa sehingga terlupa bahawa masa itu makhlukNya jua. Astaghfirullah..Moga ALLAH mengampuni ku...

Sehari sebelum itu, iaitu pada malam Selasa, kami telah pun bersama sama membaca yassin di sisi arwah bersama jemaah surau beliau. ALLAH menyayanginya dan ternyata beliau dapat masuk ke bulan Romadhon dan meninggal pada hari pertama Romadhon! Semoga ruhnya ditempatkan bersama ruh ruh orang orang yang soleh.  Dikebumikan pada hari puasa yang ke dua di Tanah Perkuburan Meru Raya. Aku dapati mudah je urusannya dan ramai pula yang hadir. Aku dapati yang hadir pula tak bercakap cakap perkara lagho sepertimana yang biasa aku hadapi. Memang tension mendengarkan mereka yang hadir ke pengkebumian atau ketika mengziarahi jenazah di rumah boleh bergelak ketawa dan bercakap cakap hal dunia yang melaghokan!

Aku pernah singgah di sebuah Masjid utk solat yang mana ada jenazah bakal disolati selepas itu, menunggu jenazah sampai pun agak lewat sampai aku hampir sahaja nak pergi meneruskan perjalanan aku. Jenazah yang sampai rupanya org dagang yang sebatang kara tiada saudara mara. Para pengurus pengkebumian amat amat tidak beradab dgn jenazah. Boleh dibuat lawak ketika menguburkan jenazah dan boleh pula buat lawak menuding jari pada jenazah sambil menyuruh rakannya kalau tak percaya akan cerita yg diceritakannya (cerita lawak) sila lah tanyakan pada jenazah tu. Disambut dgn gelak ketawa pulak! Aku tak faham! Ini yg paling teruk pernah aku hadir dalam hidup aku sehingga hari ini! Aku blah terus lepas tu... tak sanggup aku mendengarkannya lagi..kasihan  pada si mati! Hanya doa dapat aku panjatkan pada si polan.

Pengebumian arwah imam ni lain, masing masing keliatan bertafakur dan diam. Anak anak kecil (mungkin cucu cucunya) pun tak membuat bising hinggalah selesai semua urusan. Mu'az dan Adam ada bersama dan mereka dapat berdiri di pinggir liang untuk melihat cara-cara pengkebumian dilaksanakan. Aku suruh mereka perhati dan belajar praktikal. Aku bisikkan pada Mu'az ketika kubur mula ditimbus...

"Mu'az, nanti jenazah abah dikebumikan, Mu'az jgn pijak pijak atas Abah macam tu tau! Dan jgn bagi org pijak pijak atas kepala Abah macam tu!"  Dia angguk... ALLAHU ROBBI!  Perkara itu mungkin biasa ketika menguburkan untuk memijak mijak tanah kubur dgn berdiri di atas Jenazah (tertimbus) itu.

Bagi aku, ini upacara pengebumian yang syahdu tanpa gelak ketawa dan lawak serta bersembang hal dunia sepertimana lazim aku temui selama ini. Setakat ini, baru dua, iaitu pengebumian arwah ayah aku dan kini pengebumian arwah imam Surau tengku hussein hujung! Semoga ALLAH mengampuni semua arwah yg telah mendahului kami ... ALLAHUMMA firlahum warhamhum wa 'afihi wa'fuanhum..


Ribut

Pada minggu lepas berlaku ribut di Jasin Melaka.. Berlaku di Bazaar Romadhon dan 3 orang terbunuh! Salah seorang adalah pengunjung dan 2 orang lagi adalah peniaga di Bazaar berkenaan. Aku cuak jugak lah pasal ada org penting dalam hidup aku ada kat sana... Hanya pada ALLAH aku berserah pasal sms dan panggilan tak bersambut.. ALLAH je tahu macam mana aku rasa. Tapi lewat petang tu aku dapat balasan yg mengatakan semua ok dan dia serta keluarga tak terbabit. Alhamdulillah..

Terfikir aku apa yg Rasulullah s.a.w. lakukan tatkala berlakunya Ribut? Aku semak dalam Kitab Fadhail 'Amal dan aku menjumpainya pada kitab  Kisah-Kisah Para Sahabat iaitu pada bab 2: Takut Kepada ALLAH.

Amalan Nabi s.a.w. ketika Ribut.

Hazrat Aisyah r.anha meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan, akan terzahir pada wajah Nabi s.a.w. yang mulia. Wajah Baginda s.a.w. akan menjadi pucat! Baginda s.a.w. akan berjalan keluar masuk dalam keadaan resah sambil membaca do'a ini: (mafhum)

"Ya ALLAH, aku memohon daripada Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada didalamnya dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung kepada Mu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada didalamnya dan keburukan yang Engkau kirim denganNya"

Apabila hujan mulai turun, kegembiraan mula kelihatan pada wajah Nabi s.a.w. Saya bertanya: "Wahai Rasulullah, apabila melihat awan, semua orang akan bergembira kerana awan tanda akan turun hujan, sebaliknya tuan kelihatan gelisah!"

Baginda s.a.w. bersabda: " Wahai Aisyah, adakah aku boleh berasa yakin bahawa tidak ada azab bersama-sama angin itu? Kaum 'Aad telah diazab dgn perantaraan angin. Apabila mereka melihat awan, mereka bergembira lalu berkata: "Awan itu akan membawa hujan untuk kami." Sedangkan dalam angin itu ada azab"

Firmanullah: (terjemahan)

"Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang membawa hujan kepada kita." (mendengarkan kata2 yang demikian Nabi Hud a.s bersabda) "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan iaitu azab yang tak terperi sakitnya. Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya." (Setelah azab itu menimpa mereka) maka mereka menjadi (punah ranah) tidak ada kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikian Kami membalas kaum yang berdosa."  (Al-Ahqaf: 24-25)

Keterangan

Inilah sifat takut kpd ALLAH SWT yang ada pada diri Rasulullah s.a.w. Walaupun dpd sabdaan Baginda s.a.w. sendiri menunjukkan bahawa Baginda s.a.w ialah Sayyidul-Awwalin-wal-Akhirin' (yg bermaksud penghulu semua orang terdahulu dan terkemudian). Dalam kitab suci Al-Qur'an pun ada ayat yang mengatakan bahawa ALLAH SWT tidak akan mengazab umat ini selagi Nabi Muhammad s.a.w. ada bersama mereka. Sungguhpun ALLAH SWT telah berjanji demikian, namun baginda s.a.w. melihat awan hitam dan ribut, Baginda s.a.w. masih terkenangkan azab yang menimpa kaum yang terdahulu kerana ketakutan yang mendalam terhadap ALLAH SWT.

Berdasarkan kisah ini, marilah kita melihat keadaan diri kita sendiri. Meski pun hampir setiap masa kita terlibat dengan dosa, namun selepas melihat gempa bumi dan pelbagai azab yang lain, kita tidak pun terkesan dengan azab-azab itu. Kita juga tidak menyibukkan diri dengan taubat, istighfar dan solah tetapi sebaliknya kita menyibukkan diri dengan pelbagai kajian yang sia sia.

Wallahu'alam

p/s: Semoga ALLAH mengampuni dosa mereka yang terbunuh dalam ribut di Jasin tempohari dan memberikan kekuatan iman dan kesabaran kepada keluarga mereka yang tinggal.
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakaatuh,

Alhamdulillah, segala puji hanyalah layak bagi Mu Ya ALLAH, Tuhan Pentadbir dan Pemilik sekelian alam samada zahir ataupun yang terhijab dari pandangan mata makhluk lain. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait, para sahabat r.anhum dan para muslimin sekelian di serata alam.

Romadhon 1

Hari ini bermula lah Tarawikh. 1 Romadhon bersamaan dgn terbenamnya Matahari pada 10 Ogos 2010. Surau di kawasan perumahan Mak Mertua ku telah dirobohkan utk dibina Surau yang baru. Mungkinkah mereka terlepas pandang akan Romadhon yang bakal menjelma. Org Melyu Islam begitu ambil berat akan solat Sunnah Tarawikh dan Moreh. Nah! Surau mereka robohkan kurang seminggu dari Bulan Romadhon, terlepas pandang?  Masjid memang ada, namun agak jauh dan pada kebiasaannya, masjid pun penuh.

Retro

Satu perkara yang pasti akan hikmahnya dirobohkan surau di situ, iaitu peluang menghidupkan malam di rumah Mertua ku. Mertua ku tinggal seorang diri, bukanlah kurang amal hanya aku nampak peluang disitu utk hidupkan amal qiyam dgn solat Isya' dan tarawikh berjemaah. Di samping itu juga, peluang untuk Mu'az di ketengahkan kepada Masyarakat.. Rasanya tak beban lah kalau jadi imam solat Isya' dan Tarawikh di rumah neneknya. Org pun tak ramai sperti di Surau atau Masjid. Satu pendedahan yg baik padanya untuk terjun di bidang dakwah yang luas itu kelak.

Aku pun pada minggu sebelumnya telah mengsyorkan pada Mak supaya menanyakan pada kawan kawan, jiran jiran yang mahu berjemaah tarawikh, tapi tak mampu untuk ke Masjid. "Boleh sahaja solat di rumah Mak, porch mak ni agak luas jugak, lepaslah 20-30 orang jemaah." kata ku. 

"Mak ajak muslimat sahaja, lelaki sila lah ke Masjid, imamnya...nin diaaaa...cucu mak.. Mu'az"  Terangkat kening Mu'az dgn kata kata aku tu. Bukan apa, anak anak aku nih, diperingkat kecil ni aku layan macam askar skit, means 'What I say, goes!" tapi tak la sekeras tu sampai tak leh bagi pendapat. Pada aku, pada umur belum baligh ni, dia kena ikut cakap aku, bila dah baligh tu, len skit. Ehehehe... ganas tak? Apa pun, ini cara aku lah, mungkin agak keras tapi insyaALLAH berkesan. Kalau dibiarkan mereka meliar fikir, nanti macam macam fikir masuk dan mereka konpius tak tau mana satu nak diguna pakai. Semuanya nampak betul. Justeru aku masukkan fikir aku dulu sebelum mereka kembangkan dgn ilmu ilmu lainnya. Maksud fikir aku ni fikir agama lah, kalau takat fikir aku ni..memang tak de maknanya lah. Ok selesai.

"Nantilah Mak tanyakan makcik Jah..mak cik..(bla..bla..bla....)" Mak setuju la tu. Then aku slow talk dgn Mu'az, "Mu'az, ni peluang nak tarik rahmat ALLAH, juga untuk mengumpulkan manusia untuk buat taat pada ALLAH, kerja ini kerja Rosul, kerja mulia, menarik orang kepada ALLAH, kerja ini boleh menyukakan ALLAH pada kita...bla bla bla.. Mu'az jgn bimbang, tak ramai makmum, semuanya ni kawan kawan uwan kamu. Mereka tak larat nak jalan jauh jauh, tapi mereka nak beramal ibadah di bulan mulia..kasihan pada mereka, lagi pun kan Abah dah cakap, Bulan Romadhon ni Bulan Hafiz..Bulan para Hafiz menajamkan hafazan mereka! " Angguk angguk..aksi si Mu'az... haaa..kan senang, "Jadi?" ... "InsyaALLAH Abah, Mu'az sedia!"  Alhamdulillah.... sengeh.


Malam Romadhon

Malam pertama pun bermula. Selepas Maghrib kami terus bertolak ke rumah Mertua ku yg letaknya lebih kurang 30 minit perjalanan dari rumah mak aku. Sampai je, mak dah siapkan tirai dan tikar solat di porch rumahnya. Aku lepak dalam 5 minit dan terus ke  Masjid yg terletak 3 minit dari rumah.

Di Masjid, punyalah ramai umat! Subhanallah, fenomena biasa awal romadhon, tanda betapa barokahnya bulan mulia ini! AKu menapak masuk, aik!! Kat depan banyak lagi kosong! Kat luar tu di ambang pintu berlonggok jemaah seolahnya di dalam dah penuh sendat! Tipah tertipu.. eheheh...

Bermulalah solat di malam mulia di bulan mulia, walau imam agak laju tapi alhamdulillah, tak la laju sangat. Seusai Isya' masing masing mengerjakan solat Ba'da Isya', namun ramai juga yg hanya duduk sahaja atau bersembang di luar sementara menantikan tarawikh.

Kanak-kanak pun ramai juga, hiruk pikuk usah ceritalah. Aku solat di dalam, kurang skit, aku rasa sapa yang solat di luar tentu bingit. Teringat aku kecil kecil dulu pun macam tu lah, tapi bukan dalam musolla. Tatkala jemaah berdiri utk solat tarawikh, kami yg kecik kecik di belakang mula menyusup macam komando utk keluar main mercun, kejar kejar aci nyorok polis sentri dan lain lain. Lampu jalan bukannya ada pun masa tu, gelap glemat kata org kampung aku.. tapi kami selamber je berlari ke sana ke mari.. 'hantu tak ada, bulan posa hantu dah kena ikat!' Berpegang pada kata kata ini, pokok besar, semak samun semua kami redah, dah tak takut dah! ahahaha... tapii.. jemaah di dalam surau aman, tak dengar jerit pekik kami di luar, jauh dari surau sambil menyalah gunakan lesen tarawikh utk mendapat 'extra time' berkejar kejaran di waktu malam. Inilah satu satunya bulan yang mana kami boleh bermain pada waktu malam!! Inilah barangkali erti barokah Romadhon bagi sorang kanak kanak riang macam aku dulu...ehehehe..

Selesai

Selesai solat, aku gerak balik . Ternyata jemaah di rumah pun dah selesai. Di Masjid 20 rokaat di buat agak laju juga. Tak tahu apa yang dikejar. Mungkin nak meraikan jemaah yang ramai baru datang ke Masjid. Lagipun, Imam tentu lebih tahu hal keadaan jemaahnya berbanding org luar seperti aku.

"Macam mana mak?"  ..

"Alhamdulillah ok..."   *Sengeh "tapi dia buleh lupa pulak sabbi his (al-A'la)..cuba kamu semak balik" kata mak sambil tersengeh...  "Mu'az... kamu lupa?"   "teheehehehe...ntah lah bah..terlupa...ehehehe"  Ahahaha.. kiut imam muda nih!

Di rumah mak Mu'az imamkan Isya', 8 roka'at tarawikh dan 3 rokaat witir sahaja. Satu malam, dua mukasurat Al-Qur'an, bermula juzk 1. Jadi insyaALLAH, dia akan habis dulu lah solat tarawikh daripada Masjid. Alhamdulillah... Ya ALLAH...permudahkanlah Ya ALLAH .. Taqobbalallahu minna wa minkum.

*Nota: Dah tulis pada minggu lepas lagi..tapi ada musibah laptop ni kena air. Atap pondok kami dah bocor teruk.. kena la buat apa yang patut..kalau tak bimbang short circuit pulak... Alhamdulillah, 'pembedahan' berjaya. So..cerita basi la skit.
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, segala puji pujian hanya layak bagi Mu Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa. Tiadalah Tuhan melainkanNya jua. UntukNya terhimpun segala kepujian serta segala sifat sifat kesempurnaan yang tak terhitungkan. Selawat serta salam ke atas pesuruhNya junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait serta para sahabat r.anhum dan muslimin muslimat sekelian di serata alam.

Mudah mudahan ALLAH permudahkan untuk aku menulis di blog ini.. Seminggu nan lalu, aku disalahanggap lagi.. hehahe..mungkin ini sahajalah tahap aku ini.. kena salah anggap saja. Bukan kena korban nyawa pun lagi... ALLAH tahu tahap aku. Tapi..pengajarannya, skil komunikasi aku ni teruk. Mesej selalu tak sampai, nak menjelaskan tapi aku yang kena, nak memuji tapi org anggap aku mengeji, nak kompliment tapi orang sangka aku mengutuk.. Ni umumlah apa yg dah jadi dulu dulu, bukan khusus utk kes minggu lepas tu.

Yang terjadi baru ni, aku nak menjelaskan tentang tindakan seseorang yang lain dari sudut perspektif yang mungkin aku faham tentang org itu. Citernya ada seorang tu telah ditegur oleh seorang yang lain. Memang aku tak setuju caranya menegur tu, tapi..yah..itu caranya, betul utk nya. Tapi yg menerima teguran tak berapa nak terima lantaran dia mahu ditegur mengikut cara yang kononnya betul padanya atau ayat sekarang ni hikmah. Lalu aku pun dgn lagak hero masuk ler memberikan pendapat aku dari sudut si penegur tu (bukan aku). Bertujuan nak menjernihkan suasana bila yg ditegur faham akan kedudukan si penegur tu.. tapi dek lemahnya skil aku tu..aku lak yg kena..ehehehe.. alhamdulillahi 'ala kulli haal..


Pendapat sekupang aku

Ni bukanlah nak mengatakan aku je betoi..tapi ni pendapat aku lah.. korang leh setuju atau tak setuju. Korang leh jugak komen kat sini kalau nak. InsyaALLAH, aku akan menjerit dan menjerit pada korang.. ehehehe..acah je. Kalau jerit pun korang tak dengar.. (tapi ALLAH pasti dengar!)

Dalam kehidupan kita sekarang ni. Ada ramai yang tersalah konsep (terutamanya aku lah). Bila dia dapat satu satu ilmu tu, ilmu tu dia akan borong habis pakai utk semua orang, semua keadaan, semua perlakuan. Seolahnya ianya adalah merupakan satu formula matematik yang mana pasti tak lari darinya! Benarkah begitu?

Pada aku tak benar..Lantaran dunia ni ada pemiliknya, dan pemilik dunia dan segala isinya ini adalah Yang Maha Bijaksana... Dia tak jumud bai! Aku bagi contoh bodo aku:

Kereta rekaan kita, hasil gabungan makhluk makhluk ciptaan yang Maha Pencipta, ALLAH SWT. Antaranya ialah getah, logam, plastik, sebatian kimia lain bla bla bla.. dari segi kepakaran pula tergabung dari pelbagai kepakaran ilmu antaranya mekanikal, kimpalan, kimia, elektronik, rekabentuk dan lain lain. Maka hasilnya ialah KERETA. Selesai.

Manusia Ciptaan ALLAH, hasil gabungan makhluk makhluk lain juga iaitu darah, sel, kulit, rambut, tulang, gigi, jantung dan senarai yang amat panjang yang mungkin tak habis nak dibincangkan di sini (sampai sekarang manusia masih kaji tubuh manusia). Maka hasilnya ialah MANUSIA. Selesai.

Satu rekaan manusia (kereta), satu lagi ciptaan ALLAH. Manusia ada manualnya iaitu Al-Qur'an dan sunnah. KEreta pun ada manualnya iaitu manual lah kan.. ehehehe. Betapa luasnya manual utk manusia itu merangkumi kesemua perkara yang berkaitan dgn manusia itu sendiri termasuklah alam ini, alam angkasa, alam barzah, alam malakut, alam jabarut dan entah berapa banyak alam lagi yg belum dijumpai dalam manual itu. Manual kereta.. hanya tentang kereta tu je. Tak ada kaitan dgn yang lain. Kerana apa? Kerna yang mencipta manusia itu turut mencipta segala sesuatu yang lain untuk manusia itu, maka seharusnya dalam manual illahiyyah itu terkandung segala macam perkara yang perlu utk manusia. Manakala yang mereke kereta, hanya tertumpu pada kereta sahaja..tu je kemampuannya. Dia tak mampu nak keluarkan manual tanam pokok getah macam mana (tayar). Tak mampu dia keluarkan manual cara cara melombong besi, melebur dan lain-lain. Dalam ertikata lain, manual Illahiyyah ini terbuka, universal boleh diguna dimana sahaja..tak terhad manakala manual manusiawi ini JUMUD. Selesai.

Kereta (rekaan manusia) kalau rosak, tak ada cara lain melainkan HANTOR ke MEKANIK atau BAIKI SENDIRI. Cara baikinya SATU je...Formula baikinya SATU je. KEreta rosak, orang tak hantar jumpa sinsei, tak bawak pi mandi bunga, tak bawak pi jampi..tak bawak buat kimoterapi, tak ada rawatan akupuntur, tak ada herba utk dimasukkan ke kereta, vitamin tak ada, itu tak ada, ini tak ada.. yang ada, BAWAK PI MEKANIK. Satu je FORMULA dia. Selesai.

Manusia (ciptaan ALLAH) kalau sakit (rosak fizikal), ada pelbagai cara utk kesembuhan yang telah ALLAH letakkan sebagai sunnatullah dan sebagai ibrah tentang betapa hebatnya ciptaanNya yang Maha Sempurna. Boleh saja ikhtiarkan ke Hospital utk juma doktor, jumpa sinsei, jumpa dukun (bukan bomoh), cucuk cucuk pakai akupuntur pun buleh, bagi makan herba pun buleh, bagi minum air jampi pun buleh, bagi terapi pun ok, dibedah pun buleh, di bawa mandi air panas pun buleh, diurut buleh, diberi motivasi je pun buleh, dengan do'a saja pun buleh, dengan solat pun buleh,  malah 1001 cara atau kaedah buleh digunakan untuk merawat sakit yang sama bagi manusia itu. FORMULA dia ada BANYAKKK... selesai.

Contoh penggunaan

Kita mungkin setuju kalau aku katakan, untuk membuka segala skrew, nut dan bolt kena pakai tools. Tak leh nak pakai tangan atau main geget je nut tu. Tul tak? Tu je lah Formulanya, pakai tools. TApi..

Kalau nak buka nut tapi pakai Screw Driver, memang u goin nuts lah.. betullah u guna tools tuk longgarkan nut tu dan bukan pakai jari ke gigi ker, pakai tools. TApi tools yg ko pilih tu salah lah bai.. ada tools lain, namanya Spanar. Tu pun ada saiz saiznya pulak. Ngerti?

Point aku

Cara cara menegur ni sebenarnya ada banyak. Ada yg lembut, ada yang keras. Ada yang terus, ada yang secara sinis atau tak langsung. Ada melalui lisan, ada yg melalui tulisan (mcm sekarang ni lah), ada juga melalui contoh perbuatan, mimik wajah, amalan dan macam macam lagi.. See.. ada banyakkk FORMULAnya.. Kerna apa? Kerna yg dihadapi ini ialah CIPTAAN ALLAH Yang Maha Bijaksana. Dia telah berikan Akal dan Naluri, maka diletaknya ujian pada hamba hambaNya termasuk dalam hal tegur menegur nih. Sesungguhnya menegur atau berpesan pesan itu adalah perintahNya juga. Pandai pandai lah kita pilih mana satu yg sesuai dgn yg mahu ditegur atau diri kita sendiri. Selesai.

Sekarang ni popular dgn 'Formula' hikmah! Ye betul lah tu..hikmah atau bijaksana itu salah satu perkara yang penting dalam nak menegur org nih.. tapi hikmah bukan segalanya, ianya boleh dikatakan WAJIB bg penegur tapi TAK WAJIB bg yg ditegur. Faham dak nih?

Kena bagi contohlah....

Maksud aku, semua orang kena ada amik tanggungjawab masing masing. Macam kereta itu tadi,  yg terbabit dgn pembuatan kereta tu banyak sungguh, penanam pokok getah, penoreh getah, pekilang getah, pekilang tayar kereta, pelombong minyak, kilang minyak sintetik, pakai kimia, pakar itu, pakar ini... Pelombong minyak kena fikir cara pelombong minyak, jgn fikir macam penoreh getah. Penoreh getah kena fikir dan amal ilmu menoreh getah jgn pakai ilmu melombong minyak..abih berlubang estet pakcik tu. Walau ilmu masing masing berbeza, tapi masing masing amik tanggungjawab. Korang kembangkan. Selesai.

TANGGUNGJAWAB. Esok bila kita kembali menemuiNya, kita SORANG SORANG. Kita yang akan jawab SEMUA apa yang kita perbuat di dunia ini..(Ya ALLAH..janganlah Engkau hisab akan aku ini....) Maka kita perlu risaukan diri sendiri dulu! Jgn sibuk nak bising org tu tegur tak hikmah lahl..tak bijak lah..mad'u lari lah.. keras lah ..tak pandai lah.. perasan pandai lah dan lain lain walaupun mungkin dari sudut ilmu ALLAH memang benar perkara itu dilakukan oleh si penegur! Biarkan ALLAH sahaja membuat kerjaNya, tak perlu kita menyibuk sama! Faham tak?

Tu utk yang ditegur.. untuk yang menegur.. Jangan la semberono, jangan keras, jangan pulak lembik, jangan belagak, jangan perasan bagus.. dan lain lain.

Katakan Si Penegur ni memang belagak perasan bagus Keras campur Kerek... maka Si Penegur GAGAL menjalankan tanggungjawabnya sebagai penegur yang baik (dalam hal ini ) mana JANGAN pula yg DITEGUR pulak gagal menjalankan tanggungjawabnya untuk memperbaiki diri! Faham ker? Apa yg jadi, bila yang ditegur dapati si penegur pun ntahapahapa, maka dia terus hantam si penegur dgn kata kata yg betul la jugak (dalam kes ni si penegur tu tak jln tanggungjawab penegur yg baik).. Bila si Penegur gagal menjalankan Tanggungjawabnya dgn baik, janganlah pulak kita yg ditegur turut gagal menjalankan tanggungjawab kita sebagai org yg ditegur!

 Ini yg tak berlaku yang mana akhirnya yg berlaku, perkara yang ditegur tak selesai, perang dingin pulak yang timbul yang mana akhirnya timbul satu FORMULA baru iaitu MIND YOUR OWN BUSINESS.  Tu diaaaa... maka berjayalah Syaithon melarikan manusia dari melaksanakan PERINTAH ALLAH yg terkandung dalam Suratul  Asr...

Memang susah nak beri teguran TAPI susah lagi menerima teguran. Pada saya, yg menegur bakal diserang ujian ujub, riak, takabbur, sombong dan lain lain lagi setelah dia melaksanakan tanggungjawabnya dalam menegur itu (ujian atas ujian!) Tapi yg ditegur, dia diuji untuk MENERIMA. Takkan lah pula yg ditegur boleh rasa riak pulak kot? Atau Takabbur, melainkan kalau dia TAK MENERIMA teguran itu tadi. Maka yg menerima teguran itu (yg melaksanakan tanggungjawabnya) dia akan menunduk dirinya, muhasabah akan kelemahannya, malah kalau dia betul pun..dia akan segera teringat akan Mahsyar yang mana tiap satu pasti akan ditanyai. Maka bila dia ditegur, ada peluang utk dia istighfar dan harap harap ALLAH sorokkan sahaja perkara itu nanti di Mahsyar.. Kalau dia faham ini, maka dia akan amat berterima kasih pada yang menegur! (korang kena ingat, tulisan aku kali ni adalah untuk yg ditegur)


Silam

Dulu aku pun terperangkap sama dalam jerat syaithon ni (bukan makna sekarang ni aku tak kena dah.. kena jugak! Astaghfirullah..) .. Dulu aku banyak berdebat dalam forum politik nih. Ko itu ko ini, aku itu aku ini..ko hantam aku tarok.. cam tu lah. Ni bukan. nak kata politik kotor lah, jgn berpolitik  lah dan sebagainya yer..ni nak cerita perangai huduh aku yg berkaitan dgn tulisan ni. Yea..perangani huduh aku..bukan orang lain hokeh! Mudah mudahan terus tinggal dalam lipatan sejarah lah yea.. aamiinn..

Bila dalam forum politik tu biasanya, macam macam hujjah diberikan untuk mengentam dan menjatuhkan pihak lawan nun. Terlupa dakwah (aku lah) tapi nafsu ammarah je yang tinggal..ko salah..aku betul. Ko tak amal sunnah, aku je yg paling sunnah dan unggul. Dan kesimpulan ini perlu aku pertahankan! Jgn ingat aku je, lawan politik aku pun tak kurang juga..sampai macam macam perkara dibelitkannya hatta perkara agama pun! Aku tak mo tulis in details lah..bukak pekung di dada wat per..hanya utk pengajaran lah..

Kesimpulan dari sikap aku dulu (menegur/menerima teguran) aku terlepas pandang tentang tanggungjawab sebagai pemberi teguran dan tanggungjawab sebagai penerima teguran. Apa yg berlaku, bila ditegur, aku akan tuding jari pula pada si penegur, "ko tu tengok lah...parti ko tu buat lagi teruk..ko &*%^%^&* ... " ..hasilnya pertikaman lidah (atau tulisan) ..apa yg ditegur tu hanya subjek utk 'bertempur' sahaja, tiada ibrah yg diambil, tindakan pembetulan takat mampu yg dibuat pun tak buat. Apa yang ada, 'aku buat sikit je, ko lagi terok.' Terlupa Al-Qur'an, terlupa sunnah - (ni aku lah bukan org lain yg aktif berpolitiking tu yea. Depa ok insyaALLAH kecuali yang ikut macam perangai aku dulu tu lah. )

 Seolahnya aku ketika itu,  kalu pihak lawan buat silap tahap 10, maka tak apa lah aku buat silap tahap 5, kerna apa? Kerna pihak lawan buat silap 10, aku 5 je. Padahal kedua duanya adalah perkara yang ALLAH benci! Rupa rupanya, kami dua dua pun salah dan yang paling sadis, kami tak nampak kesalahan kami.  Contohnya kalau Negeri A tarah hutan sekian banyak, maka aku akan pertahankan kata itu sikit je, korang lagi terok..Negeri B bawah pentadbiran korang dah tarah separuh negari.... maka akhirannya, aku redho 'geng' aku buat perkara yang sama tapi pada skala yang kecil padahal dua duanya ALLAH murka . Dalilnya ketika itu bukan AL-Qur'an dan Hadith, tapi dalilnya tengok parti lawan, asal tak lebih terok dari depa, maka itu takpa. Astaghfirullah.. Itu lah aku pada ketika itu dulu. Moga moga ALLAH ampunkan. Yg benarnya tetap benar, salah tetap salah, tak kira siapa. 

Suatu masa yang tak lama dulu , ada  sikit  salah faham pada aku di FB. Ada seorang muslimah ni menulis notes tentang Iman khusus untuk seorang muallaf. TApi dia tulis tu pakai akal semata tak ada dalil. Dia memang tak berapa pakai dalil, caranya ikut akal yg ALLAH beri padanya. Aku pun seronok dgn usaha dia tu maka aku terfikir nak bantu lah kononnyer. Aku selitla komentar kata semua perkara di alam ini adalah merupakan tanda-tanda kebesaran ALLAH namun itu tak cukup dan sampai ke tahap BUKTI di sisiNya.

Contohnya kisah Nabi Ibrahim a.s. yang nampak tanda tanda kebesaran dan kewujudan Tuhan pada alam ini namun ianya tetap hanya tanda dan bukan bukti. Menurut Al-Qur'an, bukti yang nyata hanyalah Al-Qur'an (kitab) dan sunnah Nabi s.a.w.  Aku nyatakan juga yg di internet ni bukan untuk berguru, maka carilah guru tauhid secara talaqqi untuk menjelaskan permasalahan Tauhid ini di alam nyata. Semua kata kata tu aku tuju kat muallaf tu lah tanpa terfikir langsung mengkritik atau merendahkan apa yg ditulis oleh pemilik notes tu. Sangka aku, aku  menguatkan dan membantunya menguatkan hujjahnya utk Si Muallaf. Lagi pula, dia tagged aku masuk ke notes tu, maka pada faham aku adalah supaya aku turut sama membantu saudara baru itu. Tapi.. aku dimarahinya dimakinya dgn kata bongok dan sebagainya..ehehehe.. ALLAHU Robbi!

Teruknya tulisan aku sampai lain yg difahami olehnya.. malu aku pada saudara baru itu lantaran dia melihat kami yg lama ni macam tu! Tapi ALLAH bantu aku..aku tak rasa marah..alhamdulillah.. Peh tu saudara baru tu mesej aku minta aku tulis tentang apa itu Islam. Aku pun tulis tapi dia minta aku jadikan notes pulak.. aku turuti dgn syukur pasal aku dapati dia ni bijak orangnya, memang ALLAH telah memilihnya ke jalanNya yg lurus. Tapi aku tetap pesan padanya cari guru dan berguru secara berdepan. Apa yang aku tulis tu amat basic dan aku tak mahu dia berguru di internet dalam hal aqidah ini. Aku tak nampak wajahnya, mimik rupanya, gerak geri tubuhnya, mana aku tahu apa yg dia faham itu adalah apa yang sepatutnya dia faham. Alhamdulillah dia setuju, dan dia dah pun keluar dakwah dgn jamah Tabligh dan telah ke Markas Seri Petaling.

Muslimat yang berkenaan pula setelah bongokkan aku telah delete aku dari friend's listnya. Sebelum tu ada seseorang yang komen hentam aku sama dan kata cara aku keras dan aku tak mungkin dapat islamkan seorang pun org kafir dgn dakwah seperti itu. Aku tak jawab (peh tu kena delete lagi la tak dapat nak jawab). Senangnya org menghukum yea.. ALLAHU Robbi.. aku malu sangat ketika tu dgn saudara baru tu.
Di depannya penganut penganut agama yang baru dia anuti ni bertelagah dan saling menghentam..maki pun ada!

Dakwah ini luas.. jgn kita sangka kepetahan kita berpidatolah maka orang itu dapat hidayah, jgn kita sangka ilmu kita yang melangit lah punca org yg kita dakwah itu masuk Islam!Sungguh tertipulah kita dgn ilmu kita sendiri kalau itu yang kita sangkakan. Berdakwah tak perlu ILMU tinggi, cukup ada kalimah Syahadah je. Ada yang masuk Islam hanya melihat serban dam jubah yang menjadi amalan seorang muslimin. Ada yang masuk Islam hanya kerna diajak makan setalam tanpa ada apa apa kalimah pun yg menyerunya kepada Islam, ada yang masuk Islam hanya kerana sekeping keset! Senang senang dia hukumkan aku tak akan dapat dakwahkan org kafir masuk Islam seolahnya dia pemberi hidayah! Nanti aku tulis lain insyaALLAH.(muslimat tu dah minta maaf dan add aku kembali pd akaun FBnya yang lain-knp akaun yg lain? Aku tak tahu)

Wahhh..dah jauh aku melencung nih... balik ke pangkal jalan..jom!


Kisahnya

Dah jauh aku merayap baru aku nak go to the kisah yea.. ehehe..jgn marah lah.. dah hujung hujung baru nak cakap punca aku tulis entri ni..bukan apa, aku bimbang kalau aku sakitkan hati dia pulak. Pasal dia ada mai masuk blog ni, blog dia pun aku paling rajin masuk. Dia pandai menulis, tak macam aku.. point dia jelas,  orgnya bijak, tulisan pun tip top. Ok..merayap lagi nampaknya.. dah.

Kisahnya kawan aku ni ditegur di pasar kononnya dia pakai sunnah tapi tak ikut syarak. Yg menegur ni pulak hafiz (tak tau pelajar ke guru ke). Caranya direct, maka yang kawan aku ni terasa hati lah. Dia cerita lah kat aku, maka aku kononnya nak redakan lah, maka aku cerita dari sudut kemungkinan ilmunya si penegur. Mungkin dia ada ilmu (Formula) dari pengajiannya, aku anggap si penegur tu student atau pun guru tapi belajar dari satu aliran sahaja. Aku tulislah mengikut kitab lama, memang bla bla bla bla... aku ada kata si penegur tak leh letak yg ditegur sama macamnya dari segi ilmu, iman dan lain lain. Pada aku, si penegur ni ada Ilmu, tapi hanya dalam aliran dia sahaja, dia tak lihat pendapat aliran lain yang diamalkan oleh orang lain. Pelajar hafiz ni disiplin dia ketat, makan dia ketat, pergaulan dia ketat, kerna nak jaga hafazan, disiplin ilmu ini telah diturun sejak dulu lagi. Tapi itu utk dia, bukan utk semua umat Islam. Maksud aku, WAJIB utk dia, tapi hukum pada org lain tak bolehkan diwajibkan juga sebab hak mengenakan hukum itu hak ALLAH SWT secara mutlak.Dan 'wajib' atas diri mereka disini bukan bermaksud wajib dari sisi Syarak, kalau syarak utk semualah.

Contohnya solat tahajjud itu wajib atas Nabi Muhammad s.a.w. ianya adalah fardhu atas baginda tapi tidak atas umatnya namun baguslah pada yang mahu mendirikannya dan harus dia mewajibkan atas dirinya sendiri TAPI dia tak boleh kata ianya wajib juga atas org lain! Maksudnya ia mengakuit ianya wajib atas diri tapi dia tak pula hukumkan perkara yang sama pada orang lain! Maka pelajar tahfiz tu tak bolehlah hukum kawan aku ni sama macam dia. Bukan maksud aku pula sebab dia hafiz, maka dia lagi mulia..bukan begitu. Hanya utk diri aku, kalau aku bukan hafiz dan org itu hafiz, maka pada aku org hafiz tu lagi mulia dari aku, aku tak cakap dia lagi mulia dari org lain, org lain aku tak tau lah tapi dgn aku, memang dia si hafiz tu lagi mulia dari aku konspnya 'Hukum utk diri sendiri, nasihat utk orang lain' .
Maka aku jelaskanlah dari sudut itu, tapi kawan aku ni mungkin tak faham penerangan aku yg memangnya tak mantap pun, maka dia mungkin terasa hati dgn aku lah.. Aku minta maaf lah kawan.. bukan macam tu.. Aku hanya nak terangkan dari sudut si penegur tu supaya ko faham kedudukan dia dan seterusnya tak rasa sedih dan amalkan sahaja apa yang telah ko amalkan tu berdasarkan ilmu yang ko ada.  Tu jer.. tapi aku tak pandai sampaikan.. aku minta maaf lah yea.

Maka dari itu aku menulis entri ini dalam kepayahan. Bukan nak ek, tapi memang payah ler cursor lari sana sini, ada idea aku yg terpadam pun dan tak tau nak tulis balik dah pasal dah hilang. Tapi aku tulis juga sebab ko penting bagi aku selaku seorang muslimin. Tak halallah kalau aku sakitkan hati saudara seaqidah aku. AKu minta maaf yea pada yang berkenaan.. maafkan aku..

Cukup la kot..panjang panjang tulis lagi konpius..dgn aku aku sekali konpius..ahahahaha

p/s: Inilah entri paling lama aku nak siapkan... jenuh mengejor cursor dan buat editing.. ehehehe...indahnya alam ini.. Subhanallah
Capt MUHAMMAD Azhar
SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAHI WALLAHU AKBAR!

Rupa rupanya AF Ust Ibrahim dah balik dah! ALLAHU AKBAR!!! Beliau dah bebas!

Tertinggal keretapi aku... ALHAMDULILLAH!! 25 hari kena tahan! Mereka takut dengan bayang bayang atau mereka mengikut Yahudi dan Nasoro masuk lubang Biawak?! Masa yang disabdakan Nabi PASTI akan tiba tatkala pokok2 dan batu batu akan berkata:"Hey muslimun...belakang aku ni ada Yahudi menyorok!!" Maka celakalah mereka dan pengikut pengikut mereka. Masa tu PASTI akan tiba samada aku sempat tengok atau tidak, tapi PASTI akan menjelma..

Kisah beliau dah bebas KAT SINI
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah,

Hari ni setelah updates windows laptop ni, baru dapat layari internet tanpa sistem jadi pegun/hang. Ni LapTop pertama aku. Dah jahanam 7 tahun dulu akibat peperangan saudara antara Mu'az dan Adam. Sorang tarik ke timur, sorang tarik ke Barat... Aku dalam bilik air masa tu... sekali aku keluar je tengok laptop aku dah barai dah... terkepak skrin dia..

Tapi entry ni bukan nak cerita pasal ni..nanti insyaALLAH aku tulis lain in details..

Hanya aku teringat akan AF Ust Ibrahim kita yang ditahan pihak berkuasa Mesir ketika beliau nak pulang ke Malaysia tu.. ntah ke mana peginya tak seorang pun tahu. Dikatakan ditahan sebab disyaki anggota JI. Apa kejadahnya JI tu? BEtul ke wujud atau mengikut tektik US mencipta al Qaeda?
Ust Ibrahim tu lemah lembut giler.. cakap pun sambil tersenyum ... Melihatnya bercakap memang mengingatkan pada Rasulullah s.a.w. yang sentiasa tersenyum.. Moga ALLAH membernya kekuatan iman dan amal dalam 'uzlahnya kali ini!

Dibuang negeri kita melancong, ditahan dalam penjara kita uzlah, dibunuh kita syahid! ALLAHU AKBAR!

Aku stop dulu lah... udah masalah aku tak leh nak kontrol cursor ni pulak, suka dia nak ke atas ke bawah.. kena taip balik banyak kali. TApi ni sikit jer..tak seperti ujian ALLAH pada Ust Ibrahim... Bantuan ALLAH pasti akan tiba dan ianya hampir...

ALLAHU AKBAR!!!
ALLAHU AKBAR!!!
ALLAHU AKBAR!!!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah ..

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya Dia lah yang Maha Agung lagi Maha TInggi. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat r.anhun juga sekalian muslimin dan muslimat seluruh pelusuk alam.

Ahad nan lepas berlepas ke Cameron Highlands, lanjuta dari Entri yang lalu  Berlepas jam 11.30 am. Namun aku tak dapat ikut lantaran ada program Tadika anak aku yang mana dia wakil bahagian azan. Oleh kerana dah ada tiga orang, maka aku tak payah pegi la kot.

Namun kita merancang ALLAH jua merancang dan DIa lah sebaik baik perancang. Imam masjid yg patutnya menunggu kami (yg menjemput kami) terlupa nak beritahu yang beliau tak dapat meneruskan perjumpaan dan perbincangan kami itu. Anaknya dimasukkan ke ICU! 

Maka berkelana lah grup kami tu di atas sana..wahh..balik malam tu.

Apapun..doakan apa yang dirancangkan berjaya insyaALLAH.
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH Yang Maha Esa yang memberikan ku kesihatan, kelapangan dan ketenangan dalam hidup beragama. Ku pohon taufiq dan hidayah Mu Ya ALLAH buat ku hingga nafas ku yang terakhir juga buat keluarga ku, jiran jiran ku, saudara seaqidah ku di mana sahaja mereka berada dan kepada seluruh manusia umat Muhammad s.a.w.

Hanya nak bercerita tentang anak ke empat ku Juwairiah.. seorang anak istimewa. Hanya satu yang aku nak sentuh, anugerah yang ALLAH berikan pada kami. Juwairiah ni, suka tersenyum bahagia walaupun ketika sakit demam atau terjatuh. Di masa kecil, dia kerap terjatuh samada ketika berlari mahupun ketika bermain. Berdentum dentam kepalanya terhempas ke lantai..subhanallah! Sampaikan seolahnya kepalanya keras macam batu sudahnya. Tiada tangisan tatkala jatuh! Kecuali kalau memang betul betul sakit, baru dia mengadu sakit.

Juwairiah ni yang paling rapat dengan aku lah. Dan dia ni boleh berpergian dengan aku walau tanpa ditemani ibunya. Malah ketika kecil, dia kerap ditahan di wad dan semasa di wad, akulah yang menunggunya dan tidur bersamanya. Ketika aku masih berkhidmat, ada masanya aku bawa dia bersama ku balik ke kampung, hanya kami berdua. Dia tak ada masalah tentang itu. Kelebihan yang ALLAH beri pada anak aku yang sorang nih. Tak meragam tak merungut walaupun ketika sedang sakit! Subahanallah... Alhamdulillah. Inni haza lahuwal Fadhlummubin ...


Six Sense

Juwairiah ini dianugerahi ALLAH akan perasaan naluri yang agak tajam. Dia ni nampak apa yg kebanyakan dari kita tak nampak. Pernah dalam kenderaan dulu dia melambai lambai keluar, bila ditanya, katanya.. "Tu kawan" ..dgn bahasa pelatnya. Akusengeh je lahh.

Jaulah
Hanya satu peristiwa dalam perjalanan ke Kelantan, melalui Grik. Waktu Senja, tika tu di duduk di kerusi depan dan yang lain lain di belakang. Tiba tiba dia menekup mukanya ke riba ku sambil menutup wajahnya dan menjerit dan menangis. Di tanyai kenapa nih? Dia membuka sebelah tangannya (menekup muka) dan lihat ke windshield serta tingkap sebelah kiri, dia menjerit kembali dan menutup muka, " Tuuuuuuu!!!" katanya! "Tuuuuuu...takuttttttt!" ah sudah.. Ada makhluk yang mengikut!


Di Kampung

Dulu ketika aku belum menamatkan perkhidmatan ku, insyaALLAH selang seminggu aku balik ke Ipoh untuk menjengah ibu. TAk semua keadaan aku membawa semuanya balik bersama, ada ketikanya aku balik sorang. Tapi, insyaALLAH tiap kali nak masuk ke rumah Mak, Juwairiah akan menangis tak mahu masuk. Pelik, kalau rumah mertua ok je dia. Then fahamlah aku akan keadaan anak aku tuh. Sesuatu perlu dilakukan. Mak pun pernah cerita yang bukan bukan. Hmmm..alam ini kita tak pulun sorang, berkongsi dgn makhluk ALLAH yang lain.



Di Perumahan Mertua

Ketika di Pasar Tani, di kawasan perumahan mertua, aku memegang tangannya sedangkan aliah sibuk tunjuk tunjuk (shopping la tu) tiba tiba Juwairiah terpegun, tak mahu jalan. Isk..ni pasar pagi nih. Juwairiah buat hal lagi ker. Aku pun melayannya dan berhenti, aku tenung ke arah yang dia terpegun. Aku tanya:

AKu: Kenapa ni Juwairiah?

Juwairiah: (mendongak tengok muka ku)

Aku: Aju nampak kawan yer?  (sebab aku tak nampak riak ketakutan di wajah dia)

Juwairiah: (tersenyum) a' ah .. tuuuu..kawan tuuu... (sambil tunjuk ke satu arah yg ramai orang tapi aku tak nampak pun ada budak mahupun orng yg memandang ke arah kami)

Aku: Ok tak per.. babai kawannn...cepat..

Juwairiah: Babai kawannnnn..babai kawannnnn (melambai lambai)

Ketika nak balik, aku tanya dia lagi..

Aku: Aju... kawan mana?

Aku nak test tengok samada masih merenung ke tempat yang sama atau tidak.Bila aku tanya dia je soalan di atas tu, dia tertoleh toleh ke banyak arah, seolah mencari sesuatu. Dan kemudian terpegun ke satu arah dan menjerit

Juwairiah: Tuuuuu..kawan... Babai kawannnnn...assssmekommmmmm.... (pelat).

Ibunya panik, aku katakan tak apa..dia tak takut pun..kira ok la tu.. bunian pun nak shopping gak kot.. ehehehe..

Di Perkuburan

Terkini (bulan lepas) ketika aku bawa anak anak termasuk anak angkat ku Farid yg bercuti dari pengajian mereka untuk pergi mengziarah ke kubur ayah ku. Kami pun berdoa, berzikir, membaca qur'an dan lain lain di situ sambil kemudian membersihkan sikit kawasan tu. Juwairiah dok main main di pinggir kuburan yg ada binaan tepinya. Kehulu ke hilir dia. Aku tak henti perhatikan dia.. Girang je dia bermain. Alhamdulillah. Biasanya aku peluk dia dan letak atas riba aku. Tapi hari tu kami pegi agak ramai (lapan orang) dan aku nak luang masa lebih dgn anak anak yg bercuti 4 hari nih, so dia bebas sikit diawasi ibunya dan adiknya razin. Ketika hampir selesai semua, Juwairiah terhenti (aku pulak ketika itu ditaqdirkan -bukan kebetulan- sedang memandangnya) Dia pandang terus jauhhh ke belakang. Kemudia dia menuding jari ke satu arah di belakang kami...

Juwairiah: Eh eeeee.. Hantuuuu.. tu abah..tu hantuuu.. banyakkkk....

Ehehehe..pagi pagi syuruk dia dah nampak dah. Tapi tak de nampak macam dia takut pulak. Kira ok la tu. Ntah ntah Malaikat kot! Abag abang dan kakaknya ketawa jer. Mu'az agak serius sikit bab bab macam nih. ehehe.. Kemudian kami pun balik, aliah dah macam takut pulak..ahaha.. so aku tag dia dgn Mu'az putera sulung kami. Biar mereka tunggu di depan dan aku berpatah balik dengan Juwairiah ke kereta melalui di tepi kawasan yang Juwairiah tuding tadi. Aku palingkan kepala dia supaya pandang terus ke depan sambil buat apa yg patut.


Di Tepi Semak

Suatu ketika dulu, waktu remang senja, aku melalui jalan pintas dari Taman Saz ke Alkaff iaitu jalan bawah Taliapi tu, jalan tu muat muat kereta je dan tak ramai pun yg ikut jalan tu. Jalan tu agak semak walau kiri dan kanannya ada bangunan kedai. Kira tu tanah TNB lah pasal bawah TaliAPi. Aku lalu situ, Juwairiah menoleh pada aku..

Juwairiah: Isk!! Abah niiiiiii..... Cepat laaahh.. (pandang ke luar macam cemas) ..

Aku: Ok ok..kejap jer..

Juwairiah: ALaaaaa..cepat laaaaahhh!!! (muka nak nangis)

Dia dok toleh ke tepi tingkat ke arah semak tu sambil merapatkan diri pada aku. Nampak lagi le tuh! Salah aku juga lalu ikut situ. Kena la buat apa yang patut..karang ada yang ikut. Lepas je laluan tu, dia ok dan duduk menyandar balik. Laluan semak tu dalam 10 meter jer..mungkin juga kurang lagi dari itu.

Apsal lak nih?

Saje je aku tulis kisah ni pasal hari tu aliah aku komplen katanya TV asyik tunjuk cerita seram jer. Seram betul tak per tapi khurafat. Terkini katanya cerita orang minyak pulak. Wahh! Aku pun ada pengalaman kejor Orang Minyak kureng asam nih... zaman pelajar dulu.

Tu bila duduk depan PC ni, mula menulis tentang kisah kisah makhluk halus yang tak nampak nih. Nak kasi tau mereka pun ada share dunia nih. Mereka tu makhluk ALLAH jua. Tak de kuasa, tak dapat memberi mudharat mahupun manfaat. Tak yah kita takut dan pi minta tolong dengan mereka pula. Nabi dah bagitau ada segolongan dari kita yang minta tolong dgn jin ni, tak lain menambahkan kesombongan para Jin ni. Takut takut jatuh syirik pun buleh dibuatnya oleh Jin kafir nih. Lagi pun, susah kita nak tau kafir ke Islam ker pasal kita tak nampak amalan dia. Apapun, ada yang ALLAH beri kelebihan menguasai jin ni tapi mereka yang tertentu sahaja.

Udah la yer..

Wassalam.
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH , Tuhan yang menghidupkan dan mematikan, Yang Tidak Mengantuk Yang tidak pernah Tidur..

Pada satu minggu nan lalu, kami berkesempatan ke Cameron Highland. TAnah Tinggi tuu.. Dah lama tak ke sana, kalau ada pun dulu (tahun lepas) hanya setakat beli peralatan pertanian, baja. racun dan lain-lain. Iaitu semasa aku usahakan tanaman cili dulu. Tak le ke atas betoi, setakat Kuala Terla. Naik dari Simpang Pulai.

Hari tu ada naik ke atas, jalan jalan bawak budak budak tu. Maka terlihatlah ramainya manusia di situ. Rata rata adalah pelancong lah. Tiada lain melainkan untuk bercuti atau membeli belah. Cuaca pun tak begitu sejuk macam dulu, banyak bukit dah ditarah. Merah kelihatan di sana sini bukit bukit yang dah mula botak. Tanah runtuh pun ada kelihatan kesan kesannya di tepi tepi jalan. Banyak juga kerosakan mukabumi ini di sana sini di situ.  Seolahnya mereka menggali kubur kemusnahan mereka sendiri. Saya tak tahu berapa lama Cameron Highland dapat bertahan. Ini baru faktor kecil... ada faktor yang lebih besarr!!

Kehidupan masyarakat setempat (pd pendapat aku yg sengkek) agak jauh dari Islam. Muda mudinya pakaiannya tak nampak macam Islam. Pekerja pekerja Indon kebanyakannya di kedai kedai, sensitiviti agama kurang. Ada satu kedai jual strawberry, di dindingnya ada quote ayat dari Bible, saya lihat pekerja pakai skaf, saya tanya, kamu muslimah kah? Dia mengaku. Saya tanya dia, kamu tahu kah apa yang tertulis di belakang kamu itu? Itu dari Bible, kemudian ada salib. Katanya itu tuan dia yang letak. Saya kata, mintalah pada tuan kamu alihkan sebab kamu muslimah. Dia keberatan. Antara wang dan agama. Ntahlah.. pada aku, agama itu penting. Mungkin ada yang backing kata dia datang nak cari makan, bla bla bla..  Itu semua alasan belaka bagi ku. Baik kebulur dari tergadai agama... wallahu'alam.

Maka singgah solat di satu Masjid.  Astaghfirullah..azannya pun tak betoi. TApi takkan nak tegur terus.. lagi pun, itu lah antara orang yang mahu ke Masjid di situ. Aku tak yah cakap lah Masjid apa. Kendian kami tunggu lah pak Imam... akhiranya, kalangan kami lah yang jadi imam! Imam pun tak ada!

Cameron Highland, InsyaALLAH..kami akan kembali.. wahai org tempatan..bantu lah kami untuk membantu diri kalian sendiri..Kita satu umat.

Cukuplah setakat itu,
Sebenarnya aku dah nak publish ni beberapa waktu yang dulu..tapi macam tak berapa nak jadi publish. Memandangkan dah tulis, aku publish je lahh..

p/s: Semasa perjalanan turun, ALLAH uji. Brake Pad boleh gugur macam tu jer, sekali dgn housing dia (dah masuk bengkel baru tahu - padanlah perasan spt ada benda jatuh). Tak pernah dibuat dek orang. Masa turun bukit pulak tu. Alhamdulillah ALLAH lindung. Berkat doa naik kenderaan anak anak. Apa lagi..towing la sampai balik Ipoh. Teguran kerna meninggalkan umat di atas tu barangkali.
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah,

Kisah ini adalah sambungan dari entri terdahulu iaitu DI SINI SILA KLIK.  Kalau belum baca, sila baca di link tu dulu...baru ada flow dia insyaALLAH.

****************
Kemudian itu, baru lah aku hubungi Raxtor 2 yang dah hampir 20 tahun lebih tak ku temui. Dari jauh aku dah nampak dia, setia menunggu di 'pos'nya sendiri. Aku telefon dan bagitau dia yang aku nampak dia.. locked on head! Sniper is in position! ahahahaha.. lama tak cakap macam nih. Dia ketawa je, 'Abih la akuu" kata dia.   ... *Sambung

****************

Aku lepak di tepi jalan di hentian Bas itu. Cuba menghubungi Raxtor 1 tapi gagal je. Aku bagitau Raxtor A dan kemudia Raxtor 2 , kedua dua mereka juga tak dapat menghubungi Raxtor 1. Sah! Battery conk! Raxtor A hangin je suh aku lempang je Raxtor 1 bila dia sampai.. ehehe. Sabor Bro.. aku bukan sheikh yang dulu beb.. lagipun, tentu dia pun tak jangka kot. Yang penting, dia dah lapor nombor Bas dan dia dah lapor yang dia bersama Target. Maka ikut logiknya pada akal, dia akan tetap memerhatikan Target dan memastikan Target tak membuat apa-apa pertukaran Plan Onarnya.

Aku mulai bosan. Aku call Raxtor 2:

Aku:  apa cerita ni skot?...

Raxtor 2:  Apa lagi..jom la kita ngeteh dulu!"

Maka bertemulah aku dengan Raxtor 2 setelah hampir 20 tahun tak bersua muka. Raxtor 2 masih kering melidi dan tinggi macam dulu. Kepala dah tambah putih. Dah buleh tukor nick kepada Tok Uban dah! ehehehe...  Kami lepak ngeteh sembang macam dulu dulu. Port kami ni kira laluan Bas masuk. InsyaALLAH, kami tak miss Bas ni. Bas dah masuk pukul 5 tak nampak lagi. Mungkinkah tayar meletup?

Lama juga Raxtor 2 melepak dgn aku, dari kisah kawad, masuk hutan, melepak, gitar, gedebak gedebuk semua masuklah..dan tentunya disusuli gelak tawa hilaian panjang... miahahahahahaha... Apatah lagi Raxtor 2 adalah satu platun dan satu kompeni dengan aku. Kira rapat dah la tu, kisah dan cerita masing masing memang dalam tangan punya!!! .. Sudah pukul 6 petang. ke mana gerangan Bas nih?

Raxtor 2 tak sedap hati, minta diri pegi dulu untuk standby di post dia. Dia takut kot kot Target nampak dia lepak tepi jalan tu. Ok lah kata aku. Aku terus lepak sambil menikmati kuetiaw goreng. Lalat punya la banyak kedai tu.. aku selamber rock je makan.. eheheheh... ALLAH belaka!



Bas Pun Tiba

Tiba tiba tergerak hati aku untuk bayar.berdebar debar pulak jantung aku nih. Sudah beberapa buah bas berlalu, syarikat yang sama, jenis bas yang sama, warna yang sama tapi no plat je tak sama.

Aku hubungi Raxtor 2, dia pun kompom nombor yang dikatakan itu belum sampai lagi. Yang sampai nombornya berlainan. Aku call Raxtor A, dia masih sahkan nombor yang kami ada tu adalah nombor bas yang Raxtor 2 dan Target naiki. Hmmmm... macam mana nih? TApi aku terus bangun dan bayar harganya. Aku nak pergi tinjau membantu Raxtor 2, tak sedap benar rasa hati nih.

Elok je aku bayor, aku nampak sebuah bas dah pun sampai ke stesyen, syarikat yang sama, jenis bas yang sama, warna yang sama tapi nombor yang berlainan. Ketika tu dah pukul 6.45 pm, remang remang senja dah mula kelihatan. Agaknya bas tu sampai ketika aku bayar bil aku la kot.

Berhenti je bas tu, kelihatan Raxtor 1 keluar dari bas!!! Dia orang pertama keluar! Terus aku call Raxtor 2 .. "Target arrived target arrived!" (cakap omputeh tuu..ceh! Maafkan aku ye)  Aku nampak Raxtor 2 menghampiri bas, aku terus menyoroti di mana Raxtor 1 dan Target. TApi aku lebihkan tumpuan pada Raxtor 1 sebab Target sekarang ini adalah tugas Raxtor 2. Aku memerhati dari jauh dan pergi ke bahagian belakang stesyen. Aku tengok Raxtor 2 dah hilang. Mungkin dia dah mula gerak mengekori Target menuju ke destinasi Onarnya.




O Grup

Aku mula mencari cari, mana pulak Raxtor 1 nih? Tetiba aku dapat call dari nombor yang tak dikenali. Hmmm .. Raxtor 1 ! Rupanya memang betul batteri dia habis. Dia pakai telefon awam, tapi kenapa pulak nombor telefon bimbit pulak yang keluar? Ah! Lantak lah. Aku lapur pada Raxtor A yg Raxtor 1 telah aku jumpai dan Raxtor 2 sedang mengekori Target ke Destinasi Onarnya. Raxtor A dah sampai ke Selangor dan telah pun cx in ke Hotel X berhampiran Hotel Onar. Aku call Raxtor 3 dan Raxtor 3 memberitahu Raxtor 4, 5, 6, 7,8, dan 9 sudah dalam posisi di Hotel Onar. Menunggu dan mengambil tempat masing masing. Aku dan Raxtor 2 kemudia bergerak ke Hotel X dan O grup bersama Raxtor A dan Raxtor 3.

Ketika dalam perjalanan ke Hotel X, aku dapat makluman dari Raxtor 2 yang target telah pun sampai dan masuk ke lobi Hotel Onar. Ini bermakna tiada pertukaran Rancangan Onar mereka. Di Hotel Onar, Raxtor 4 mengambil alih dengan kumpulan Raxtorsnya yang lain. Raxtor 2 pula akan berundur memandangkan wajahnya dikenali oleh Target. Dia balik mandi kot pasal dari pukul 2 lebih lagi dia dah berlonggok tunggu bas tu.

Di Hotel Onar, Raxtor 5 ditugaskan untuk sama-sama menaiki lif dengan target. Setibanya Target ke Hotel Onar dan setelah mendaftar masuk, maka Raxtor 5 akan menaikinya bersama sama Target tanpa menekan butang, seolahnya sama tingkat dari Target. Dengan cara ini, akhirnya Nombor bilik penginapan Target telah diperolehi. Nombor pun diperolehi dan dimaklumkan kepada semua ahli Tim.

Cara ini perlu dilakukan kerana Hotel Onar, sesuai dengan namanya Hotel Onar, sememangnya tak akan memberikan kerjasama dalam hal seperti ini. Kononnya untuk menjaga imej dan nama baiknya (dalam ranking Hotel terbaik syaithon syaithon sedunia). Pergilah mana-mana cawangan Hotel Onar ni, memang macam tu la polisi mereka, salah sebuah yang agak hangat (dek panasnya api Neraka) di KL tu siap ada ayam lagi Na'uzubillah!  Justeru itu maka Hotel Onar tak diberitahu akan perkara ini dan tidak diminta sebarang kerjasama dari mereka.




Hotel X

Di Lobi Hotel X, kami bertemu dan berbincang secara berdiri je. Bukan la betul di Lobi tapi di porch depan Lobi Hotel X. Tak lama, Raxtor 2 sampai. Anak-anak yang dibawa telah pun selamat berada dalam bilik yang telah ditempah awal. MEreka tak ada masalah kata Raxtor A. ALLAH telah mempermudahkan perjalanan mereka tanpa ada apa apa halangan. Alhamdulillah. Akhir sekali, Raxtor 8 sampai, beliau baru tamat kerjanya dan beliau juga akan mengikuti tim ini.

Anak-anak kecil ini seolahnya mengerti apa yang sedang berlaku walaupun mereka sebenarnya tak mengerti pun. Si bongsu sebelum ini tak mahu dengan orang lain melainkan ibu dan ayahnya lebih lebih lagi ibunya, tapi kali ini begitu sporting mahu mengikut orang lain untuk mendukungnya. Dalam perjalanan dari pekan kecil di Utara itu, Raxtor A turut ditemani Raxtor B yang mana selama ini, tiap kali Raxtor B datang ke rumah dan mengacu untuk mendukung beliau, dia akan menangis dan melarikan dirinya dari Raxtor B. Tapi tidak pada hari ini! Tengahari tadi, setibanya Raxtor B ke rumah, beliau mengacukan tangan dan baby terus menerimanya tanpa banyak soal dan tanpa songeh. Sepanjang perjalanan juga tidak merenget nak makan ke minum ke atau pun..yak yak .. Perjalanan sungguh lancar dan mudah dari pekan kecil di Utara tu sampailah ke KL!

Sebelum kami bergerak, Raxtor A menerima panggilan dari Target. Target memang pandai berlakon, bertanya seolahnya begitu mengambil berat akan hal keluarganya dan betapa sibuknya dia di kala itu membantu itu dan ini di majlis kenduri kawin 'kawannya'. Raxtor A pun tak kurang hebatnya berlakon, nampaknya ALLAH beri dia kesabaran dalam hal ini. Kalau aku.... Na'uzubillah!

Dalam gurauan tu Raxtor A bertanya, tentang 'Pengantin' ... yang lain aku tak jelas sangat apa mereka sembang, tapi aku dapat dengar 'lawakan' dari Target.

Target:  "U tau tak, sebenarnya, I la Pengantin tu malam ni!"

Raxtor A, " Oo..Ye ker.. ehehehe..kalau macam tuuu.. tunggulah nanti malam ni abang sampaiiiiii..."

lembut je suaranya dijawab sambil tersenyum! Kah kah kah!! Tak pernah aku tengok lakonan sehidup ini beb!! Dahsyat! Berdebar debar dada aku nih... aku pulak yang leybeh leybeh! Ehehehehe.. (sorilah aku ni bahasa rojak + cincau + soya + segala macam kalau ada penulis yang hebat baca, jgn marah ah..)

Tetiba aku dihulurkan kamera oleh Raxtor A. Katanya, tolong aku amik gambar! Alamak! Ini bermakna aku akan missed the action la beb! Mmm... takkan aku nak bangkang dalam saat saat macam tu. Aku pun setuju lah, belajar tips tips nak pakai kamera nih. 2nd mission Raxtor 2 ialah videoman. Dia amik video, aku amik gambar semasa kami in action (omputeh lagi..maaf yea) .. mmm... insyaALLAH..beressss...

 Setelah segalanya selesai, menjelang pukul 8.10 mlm kami bergerak ke Hotel Onar. Kami sepakat untuk mengerjakan solat Jamak takhir saja nanti kecuali beberapa yang memang dari situ, mereka dah pun solat maghrib tadi rasanya.

Raxtor B pun turut sama. Anak-anak ditinggalkan di bilik kerna sementara itu, Abg Raxtor A bersama isteri dalam perjalanan ke Hotel X untuk menjaga anak-anak kecil itu nanti. Perjalanan mengambil masa tak sampai pun 5 minit.Kami minum dulu di Pelita Nasi Kandar berhampiran dengan Hotel Onar. Setelah itu, kami mula bergerak ke Hotel Onar kira kira 30 minit setelah itu. Terasa masa lambat pula bergerak dan seolahnya ALLAH memberikan kami begitu banyak masa dan luang untuk bertenang dan meneliti semula akan plan dan rancangan gerakan kami.


Hotel Onar

Di Hotel Onar, kami berlonggok di bahagian TAman di tepi hotel tersebut. Agak gelap kawasan itu. Raxtor 3 entah ke mana dalam kegelapan malam tu sambil bercakap sesuatu dalam telefon. Dalam dok berlonggok menantikan Jantan tu sampai (nombor kereta dah diperolehi dalam missi secondary sebelum ini oleh Raxtor C), Raxtor 10 telah sampai. RAxtor 10 ni juga adalah sahabat lama aku dulu, seorang wanita. Masih anggun lagi..ehehehe. Raxtor 10 ada peranan yang agak penting juga malam ni, dan dia sedia untuk bersama sama kami. Sebenarnya Raxtor 10 dan Raxtor A agak rapat juga dulu hingga kini. Aku je kurang rapat skit pasal dia pompuan, alergik skit.. ececececeh ..

Tim Raxtor 5 -Raxtor 9 telah sampai awal dan telah menempah masuk ke salah sebuah bilik di Hotel Onar sebagai bilik operasi dan juga untuk berehat. Ini kerana sebahagian datang dari luar Selangor maka perlu rehat juga lah. Takdirnya Yang Maha Esa, rupanya bilik yg dimasuki oleh Target (dan Jantan tu sebentar lagi)  adalah sama tingkat sama baris! ALLAHU AKBAR! Dalam banyak banyak tingkat, banyak banyak jenis bilik, mereka dapat sama tingkat sama baris dengan bilik Plan Onar Target. Makanya kalau kami berlonggok depan bilik dan kamera keselamatan Hotel Onar nampak kami pun tak mengapa pasal kami lepak di depan bilik kami! 
 Lama juga kami melepak di situ tanpa kelihatan sebarang pergerakan atau ketibaan kenderaan Jantan tu sampai.

Jantan tu sebelumnya pada petang itu, menurut maklumat dari Raxtor C telah mengadakan sessi makan malam bersama isteri dan anaknya di tempat kami melepak tadi. Kononnya untuk menyambut ulangtahun ke 3 mereka! Tudia!

Lepas tu Jantan tu akan menghantar anak isterinya pulang, dan akan keluar untuk buat projek dari malam sampai pagi. Kononnya ada projek yg diberi oleh Bos yang perlu Jantan tu penuhi. Elok benor lah..dua dua pandai berlakon, dua dua pandai torak .. Cuma yang bezanya, sebelah sini ada otak dan cerdik sikit, dapat kesan perubahan awal awal pada target. Mesti ada sesuatu yang tak kena! Memang betul bisikan hatinya. Manakala si isteri Jantan tu pulak, kena la tippoo idup idup dengan lakonan hebat Jantan nih.

So malam tu, Jantan tu dah dapat alasan untuk tidak pulang ke rumah dan sebaliknya bermalam di Hotal Onar untuk melaksanakan Plan Onar atau projek malam ke pagi oleh nya. Aku ingat aku nak taruk sebaris dua emel 'lucu' dia ni pada Target, tapi kerana terlalu 'lucu' maka aku takut nanti kedudukan Raja Lawak tergugat, biarlah aku dan tim je yang tahu ayat-ayat Jahanam dia tu!!!

Kami duk tunggu lagi, dalam pada itu, Raxtor A menalifon Target untuk mengorek maklumat kalau kalau Jantan tu telah pun berjaya menyusup masuk!

Raxtor A: Hello Sayang! Macam mana kenduri malam nih?

Target: Meriah sangat sangat!

Raxtor A: Hmmm...macam mana Pengantin? Dah sampai ker? ehehehe..

Target: Tu la Bang! Pengantin lambat laaa..janji pukul 9 sampai..ni dah pukul 9.15 dahh..

Raxtor A:    ehehehehe... (Jahanam ko betina! - dalam hati)

Begitulah sessi percakapan mereka. aku tak sanggup dengor selanjutnya... begitu tabah kau sahabat!

Tiba-tiba Raxtor A memaklumkan ketibaan 'yang ditunggu-tunggu Pengantin pada malam itu! Sebuah kereta )(*()&* bernombor (&Y(*& melintasi kami... (kami dalam gelap - kalau nampakpun dia tak kenal kami). Kami menanti dengan saspen.

Dah lima minit, tak nampak pun dia masuk Hotel Onar! Isk.. ada loop hole plan kita nih! AKu menawar diri untuk pegi Recce. Dan ternyata setelah aku ronda, tak nampak kenderaannya. Aku syak dah lepas ke atas. Rupanya Hotel Onar ni ada parking kat atas. Maklumat ni Team Raxtors tak cover!  Kami terus naik ke atas. Sekali lagi loop hole, rupanya team standby kat atas tu siap bertembung dgn Jantan tu semasa dia naik ke atas. Dia parking di Tingkat 4 dan terus naik beberapa tingkat saja lagi ke bilik operasi Onar mereka. Team atas menyangka kami di bawah tentu dah tahu! Ah! Masalah pasal Team Raxtor di atas ni hanyalah staffs kepada Raxtor 5! Mereka tak biasa!

*..Bersambung! InsyaALLAH...


p/s:


Kelewatan Bas kemudian diceritakan oleh Raxtor 1:

1. Bas dijadualkan bergerak pada jam 11.30 pagi, Hanya jam 12.12 tengahari baru bergerak.

2. Lepas tu, singgah menyinggah. Kemudia bas berhenti mengisi minyak di hentian R&R Simpang Pulai.Di Situ pun 30 minit berhenti. Bas pun bergerak agak perlahan. Di simpang pulai ni telefon bimbit Raxtor 1 mula meragam - nak habis bateri. (Apa lu mat..nak pegi mission but not fully prepared! Banyak lemak dah kot! ehehehe)

3. Selepas Tol Hentian Duta, bas berhenti lagi. Kali ni bertukar Bas pulak! Raxtor 1 menceritakan beliau patuh pada arahan pemandu, terus turun dan menaiki bas yang lain untuk menuju ke destinasi akhir. Setelah dia mendapat tempat duduk, baru dia perasan yang target masih dalam bas asal. Dia tak turun!! Dia mula gelabah, menunggu juga la dalam bas tu. 'Mungkin juga target tak perasan kot' detik hatinya."Eh! Jangan jangan, mereka ada pertukaran Plan Onar B kot? Inilah mission aku utk pastikan mereka tak ada Plan B atau menukar ke Plan B! Ah Sudah!"   Bas mula nak bergerak.. Raxtor 1 terus bangun nak turun masuk ke bas asal, ketika itu dia ternampak Target melompat keluar dari bas asal menuju berlari ke Bas yang dia naiki sekarang! Kemudia, Target menaiki bas baru itu pula!.... " Fuh! Lega!"

Maka inilah menjawab pertanyaan kenapa nombor Plat berbeza! Rupanya Bas asal pergi ke destinasi lain dan penumpang terpaksa bertukar ke bas lain untuk ke destinasi asal mereka. Di sini juga mengambil masa yang lama. Patutlah perjalanan keseluruhan mengambil masa 6 jam lebih!!