Tol
Ibnu Hashim
Bermulanya 1 jan 2007, kita mendapat hadiah tahun baru daripada kerajaan Malaysia, kenaikan TOL lebuhraya lebuhraya konsesi. Minyak tak ada alasan nak dinaikkan, pasal harganya dah turun...dulu naik sebab harga minyak naik..berdegar degar lah mereka memberi justifikasi kenaikan minyak tu...nah, sekarang harga minyak dah turun...apsal tak turun lak?

Berbalik kepada TOL, sombong betul menteri yang berkenaan tu..dia kerja untuk sapa pun tak tau lah..tapi memang dia tak kisah dah.. orang tetap pangkah dia. Kalau sekarang ni tak nak dia pun dia tak kisah dah..dah kaya raya tahap giler babi dah tu...

Ni ada la yang buat online petition.. ni je yang terdaya... meh sign petition bantah kenaikan TOL..

Isi petition dia cam ni
To: Works Minister of Malaysia, Datuk Seri S. Samy Vellu


We, the undersigned, members of public and motorists in Klang Valley, Malaysia, wish to register our strongest protest against the latest announcement by the UMNO-led Government that toll will be increased in five main highways in Klang Valley with effective from 1st January 2007. These five highways are Guthrie Corridor Expressway (GCE), Shah Alam Highway (KESAS), Damansara-Puchong Highway (LDP), Kuala Lumpur-Karak Highway and Cheras-Kajang Highway. The UMNO-led Government has signed concession agreements with the operator of these five highways i.e. Guthrie Corridor Expressway Sdn. Bhd., KESAS Sdn. Bhd., Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd., MTD Prime Sdn. Bhd. and Grand Saga Sdn. Bhd. and they are allowed to apply for review on toll charges after a certain period. The recent 20%-60% toll rates hike must be condemned as it is of no difference from “highway robbery in broad daylight that sells out” the rights of motorists, consumers and ordinary Malaysians to big corporations, especially when the construction cost does not appear to justify the toll rates to be paid as follows:-

• RM 1.42 billion Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) with a concession period of 1996-2030, its toll rate rise from RM1 to RM1.60, an increase of 60 percent.

• RM 1.3 billion Kesas Highway with a concession period of 1993-2024, the toll rate increased from RM1.50 to RM2.20, a 46.7-percent hike.

• RM 336 million Cheras-Kajang Highway's with a concession period of 1995-2026, the toll rate increased by 30 cents - a hike of between 42.9 and 50 percent.

• RM 568 million Kuala Lumpur-Karak Highway with a concession period of 1994-2032, its toll rate increased between 20 and 25 percent; and

• RM 501 million Guthrie Corridor Expressway with a concession period of 2005-2035, its toll rate went up from RM1 to RM1.40 - a 40-percent increase.

We also wish to register our dissatisfactions over the toll hike when it is proven that the service quality provided by the concessionaires is unacceptable and unjustifiable for a toll hike. Everyday, thousands of users of the highways often endure congestion at toll plazas which is a nightmare for motorists. It is outrageous that motorists in Klang Valley have to pay increased toll rates when there are in fact more traffic jams, poorer services and deterioration of roads on the highways. We also press for a full and complete review of such unfair privatization concession agreements, or demand that road tax be reduced to reflect the reduced financial commitments by the UMNO-led Government to building roads.
In September 2004, Works Minister, Datuk Seri Samy Vellu said the UMNO-led Government had paid out RM 1.04 billion in compensation to highway concessionaires as part of efforts to offset toll increment over a five-year period from 1999. Therefore, we suggest that instead of keep on compensating these concessionaires untransparently in 5 to 6 years time in 2011 – 2013, it is more economically feasible to buy back the highways at cost, which would not only save the highway operators from going bankrupt, but also ensure a reasonable toll rate for all motorists as well as good service that is accountable to everyone. We would like to remind the UMNO-led Government that they should not abuse the huge mandate given by the people to the UMNO-led Government during the last General Election.
When the Prime Minister pledged for a clean, effective and people-oriented government, he must make sure he and his Cabinet really walk the talk. Therefore, we also demand that the UMNO-led Government must respect public opinion by agreeing to a deferment of the unfair toll hike to allow for a full public study and understanding of its socio-economic and long-term implications of the toll hike.


======= For those who share the same aspirations with us, please also send this message to the relevant government authorities and highway concessionaires to protest against the unfair toll hike. Their telephone numbers and email addresses are as followed:

1. Guthrie Corridor Expressway: 603 - 6038 5052, 603 - 6038 5270, support@gce.com.my

2. KESAS Hotline: 603-5633 7188, email: mm@kesas.po.my

3. LDP Hotline: 603-7494 7333, 603-7494 7020, 603-7494 7000, email: info@litrak.com.my

4. MTD Capital: 603-6120 3322, 09-233 0100,

5. Grand Saga Hotline: 603-9075 0505

6. Dato Seri S. Samy Vellu, Ministry of Works, 603-27714004, menteri@kkr.gov.my

7. Dato' Syed Jamal bin Syed Jaafar, Secretary-General of the Ministry of Works, 603-27714020, SyedJamal@kkr.gov.my

8. Malaysia Highway Authority (Lembaga Lebuhraya Malaysia), 603-8737 3000 / 8738 3000, llm@llmnet.gov.my
Sincerely,

Meh kita sign kat sini hah => KLIK DI SINI UNTUK SIGN PETITION
p/s: LDP tu laluan utama aku tu... huhuhuhu...
Ibnu Hashim
Tak pernah lagi saya menulis tentang kes sensasi yang berlaku di negara ini iaitu kes pembunuhan Altantuya.. Kenapa? Entahlah..terkedu barangkali!? Mayat dibom!? Saya secara peribadi mengetahui akan kekuatan ledakan c4 itu... Secara ringkas, ianya boleh digunakan untuk menumbangkan sebatang pokok!! Apa yang ditulis dalam akhbar...peledak yang biasa digunakan untuk memecah pintu... Entahlah...

Apa pun, kes ini sedang dibicarakan..tunggulah apa lagi perkara perkara pelik yang akan berlaku.. Menerusi media pada awalnya, Altantuya itu dikatakan datang ke mari untuk mencari 'suaminya' ... Makna kata, bukan perempuan simpanan datang mencari 'penyimpannya' ..nampak lembut la sikit...


Dan diberi pula nama yang ayu.. Altantuya @ Aisah Abdullah... Nak cerita kata bahawa dia ni masuk islam..maka kuatlah 'kisah' dia ni datang cari 'suami' di sini dan mengkisahkan 'suaminya' itu seorang muslim...

Dalam pada itu, Tuhan nak tunjuk, maka berlaku lagi perebutan mayat seorang insan yang dulunya kristian, kendian kawin dgn muslimah, masuk islam, kendian murtad balik ke agama asalnya dan pulang ke pangkuan keluarganya..mamat ni sampai ajal dan mati... Masa ni lah JAKIM/Majlis Agama sibuk nak claim mayat untuk disempurnakan pemgebumian cara Islam. (Masa hidup tak pedulik langsung pulak!) ..pendek ceritanya, kes kalah dan dia memang dah murtad dan dikebumikan secara kristian.. Keluarganya pulak saman balik JAKIM...(tu kat dunia tu, kat akhirat pun nanti kena 'saman' dgn si mati tu pasal apa masa dia hidup dulu hangpa tak jaga aku baik baik dalam Islam).. Saya bukan nak cerita kes ni tapi kaitannya dgn Altantuya nih..

So dia ada nama muslim...aisah..Apsal lak JAKIM tak siasat dan biarkan keluarganya bakar sisa sisa mayatnya?? Kenapa tak claim untuk disempurnakan mengikut Islam jenazahnya? Kenapa agaknya?
abih kes kedua..

Kendian untuk sedapkan lagi cerita, dikisahkan serba sedikit akan 'adat resam' org Mongolia itu yang mana bila seorang lelaki itu berbuat baik kepada seorang wanita, kendian seketiduran, maka mereka itu sudah dianggap sebagai suami isteri di sana.... Mmm...nampaknya ada kontradiksi dgn yang kedua di atas tu... Kantoi!?

Hari ni pulak, dalam media internet dikatakan ada dipertikaikan 'tindakan' Jabatan Imegrisen yang memadam rekod kedatangan Altantuya ke Malaysia dan perkara ini mendapat bantahan Kerajaan Mongolia... Kalau betullah gitu, gamaknya dema ni lupa dia ni nak keluar negaranya pun ada rekod... Pi la kautim dgn imegresen Mongolia nun dulu...kautim baikkk punya dan delete la rekod tu sama sama... Nak tambah cerdik lagi, minta tolong kat MIB, pinjam pen cuci memory dia tu, pi cuci padam memory keluarganya pulak...cerdik sangat...tu pun kalau betullah... (nakal skit)

Diceritakan Altantuya ni ada anak dengan penyimpannya tu..Ha..bila nak wat DNA test? Tau la bapaknya org Mesia ke bukan...Enuf said!

Ntahler..tak tau nak nak ngomel pepanjang..inilah dunia.. Dunia bukan tempat untuk mendapat keadilan..apatah lagi menggunakan undang undang sekular tu... memang langsung tak dapat..

Keadilan sebenar hanyalah di akhirat..itulah keadilan yang hakiki.. walau sebesar zarah pun kebaikan mahupun kejahatan akan diadili dan diberi balasan yang setimpal oleh Yang Maha Kuasa...

Sudah menjadi naluri manusia ciptaanNya mahukan kepada keadilan..oleh itu Dia menurunkan kitabnya, hukum hukumNya untuk digunapakai... Tapi... sendiri tau lah..

Pernah tak kita mendengar kisah ataupun menonton cerita yang mana menunjukkan heronya mati dibunuh musuhnya (pastinya crook la)..kendiannya aweknya pulak jatuh hati kat crook tu tadi..peh tu Crook tu live happily ever after!! Ada tak? Kalau ada, habak mai.. Ikut pengalaman saya ni...tak ada langsung..zero!

Kenapa tak ada? Kerana cerita cerita tu semuanya direkacipta oleh manusia, maka tentulah nalurinya mahukan keadilan seadanya mengikut akalnya.. Jahat dibalas Jahat, Baik dibalas baik... tu pasal orang jahat tak pernah menang dalam kisah kisah ceritera mahupun di layar perak... Namun persoalannya...adilkah begitu?

Kalau crook tu bunuh ratusan atau ribuan orang pun, nyawanya hanya satu...dihukum mati ia dgn sekali hukuman sahaja... Kalau dibandingkan antara seorang pembunuh yang membunuh satu jiwa dgn seorang pembunuh lainya yang membunuh puluhan mangsanya dan kedua pembunuh ini dijatuhkan hukuman mati!! Adakah adil? Seorang bunuh satu jiwa je, sorang lagi puluhan jiwa, tapi hukumannya sama jer.

Kalau ikutkan hati, untuk yang bunuh puluhan jiwa tu, lepas je hukum bunuh, peh tu hidupkan balik dan hukum bunuh lagi dan hidupkan balik dan hukum bunuh lagi berulang ulang kali mengikut jumlah bilangan mangsa bunuh nya...tak gitu?


Nah...di akhirat sahaja yang ada macam tu...kita tak nampak..tu pasal tak begitu takut sangat..hati hati kita ni kotor (saya le tu) tak mampu melihat dgn matahati kita ini akan seksaan dan balasan baik/jahat di sana.. Dibakar dalam neraka Allah, digantikan balik kulit yang terbakar itu, tumbuh balik, bakar lagi..tumbuh balik, bakar lagi!!! Na'uzubillah!! Namun insyaAllah, kita yakin KEADILAN hanya ada di sana dan mahu tak mahu, sedar tak sedar...kita sudah semakin hampir setiap detik ke kiamat kecil kita, iaitulah ...kematian..
Ibnu Hashim
Kebahagiaan ke-4 & 5. - Allah Menjemput Untuk Masuk Ke SyurgaNya Serta Dapat Melihat WajahNya.

Apabila Allah S.W.T. menjemput kita untuk masuk ke syurganya...itulah kebahagiaan yang sejati bagi seorang mukmin... bukan rumah besar...bukan pangkat...bukan harta..bukan jua dunia ini seluruhnya.. Kebahagiaan yang sebenarnya yang keempat yang menantinya jua di akhirat..

"Sesungguhnya orang orang penduduk syurga pada hari itu bersenang lenang dalam pekerjaan mereka, mereka bersama pasangan mereka di tempat tempat yang teduh, bersandar di atas kerusi malas. Di sana mereka mendapat buah-buahan dan memperoleh apa yang apa yang mereka pinta. Damai (sejahtera) perkataan (penghormatan) diterima daripada Tuhan yang Penyayang." Yasiin: 55-58

Menerusi ayat-ayat ini, Allah menerangkan tentang balasan yang akan diterima oleh golongan manusia yang mempunyai amalan yang baik. Iaitu, mereka menjadi penduduk syurga! Adapun penduduk syurga itu akan merasakan segala macam kesenangan hidup di akhirat. Kerja mereka hanya bersukaria dan bersenang lenang. Mereka menikmati segala macam kurnia yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas di hati manusia sebelum ini.

Dengan demikian, maka tidak ada lagi yang hendak difikirkan oleh mereka, selain dari bersenang lenang. Itulah sebabnya mereka sentiasa kelihatan gembira, aman dan tenteram hidup mereka - tak pernah merasakan kedukaan atau kesusahan.

Mereka hidup dalam Syurga berpasang pasangan, menjadi suami isteri. Duduk di bawah lindungan yang teduh dan redup selalu tidak terdapat kepanasan Matahari sebab di akhirat kelak tidak ada lagi Matahari. Mereka juga duduk bersandar di atas kerusi malas atau tempat pembaringan yang selesa, lembut dan diselubungi kelambu halus yang menambahkan perasaan sehabis habis nikmat dan lazat yang tidak tergambarkan!!

Disamping itu, mereka dihidangkan dengan beraneka macam makanan dan buah-buahan yang lazat citarasanya. Dan apa jua makanan yang diidamkan serta mereka pinta akan mereka dapati dengan mudahnya, melebihi kehidupan orang-orang yang kaya dan berkehidupan mewah di dunia dulu.
Didalam Syurga juga akan kedengaran oleh mereka akan ucapan selamat sejahtera yang datangnya daripada Allah dengan perantaraan Malaikat yang disampaikan oleh mereka - sebagai penghormatan. Hal ini sebagaimana yang disampaikan oleh Allah dalam ayat 23 dan 24 surah Ar-Ra'ad yang bermaksud:

"Dan para Malaikat masuk menemui mereka melalui setiap pintu. Dengan mengucapkan sejahtera , aman dan damai ke atas kamu sekelian."

As-Salam
disini ertinya ialah aman dari perkara yang tidak disukai , atau kesejahteraan. Yakni tidak ada sesuatu yang mengganggu keamanan, menyinggung perasaan atau mengeruh dan merisaukan fikiran mereka yang ada dalam Syurga itu. Maka inilah sebesar besar martabat kenikmatan rohani dan jasmani yang tidak pernah dirasakan di dunia, hanya dirasakan di akhirat sahaja kerana ialah diantara kurnia Tuhan yang amat menyanyangi hamba-hambaNya.

- Tafsir surah Yasin - Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad.

Melihat Wajah Allah adalah sebesar besar kenikmatan yang mana inilah kemuncak kebahagian seseorang mukmin itu! Allah yang disembah, yang dirindu juga ditakuti hanya boleh dilihat oleh penduduk ahli syurga sahaja. Mereka yang kafir, akan terhijab dari melihat wajah Allah buat selama lamanya..kekal lah mereka dalam neraka bersama toghut yang mereka sembah selama hidup mereka di dunia yang fana' dulu..

أَنَّ نَاسًا قَالُوا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ نَرَى رَبَّنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ تُضَارُّونَ فِي رُؤْيَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ قَالُوا لاَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ هَلْ تُضَارُّونَ فِي الشَّمْسِ لَيْسَ دُونَهَا سَحَابٌ قَالُوا لاَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّكُمْ تَرَوْنَهُ كَذَلِكَ. (متفق عليه)


" Sesungguhnya manusia telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Adakah kami dapat melihat Rabb kami pada Hari Kiamat?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Adakah yang memudharatkan kalian jika kalian melihat bulan pada malam purnama”? Mereka menjawab: “Tidak, wahai Rasulullah!” Beliau bertanya lagi kepada mereka: “Adakah yang memudharatkan kalian jika kalian melihat matahari yang tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab: “Tidak wahai Rasulullah!” Kemudian beliau s.a.w bersabda: “Begitu juga kalian akan melihat-Nya…” (HR. Bukhari Muslim)"

كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ نَظَرَ إِلَى الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ فَقَالَ أَمَا إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ لاَ تُضَامُّونَ فِي رُؤْيَتِهِ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا يَعْنِي الْعَصْرَ وَالْفَجْرَ ثُمَّ قَرَأَ جَرِيرٌ (وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا). (متفق عليه)

"Ketika kami sedang duduk di samping Rasulullah s.a.w, tiba-tiba beliau memandang bulan purnama, seraya bersabda: “Sesungguhnya kalian akan dapat melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan purnama ini, dan kalian tidak berdesak-desakkan ketika melihat-Nya. Maka jika kalian mampu, janganlah kalian lalai untuk melakukan solat sebelum terbit Matahari dan sebelum terbenam Matahari, yaitu shalat Asar dan Subuh”. Kemudian Jarir membaca firman Allah ( وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوْبِهَا ) “Dan bertasbihlah dengan memuji Rabb-mu sebelum terbit dan terbenam matahari”. (HR. Bukhari Muslim)
Ibnu Hashim
Diri ini…

Sudah sememangnya kita ini terlalu hina sehina hinanya dan terlalu lemah selemah lemahnya dgn segala sifat sifat kekurangannya di sini Allah, Tuhan yang menjadikan alam semesta ini…. Maka celakalah orang orang yang mengsyirikkan Allah…mereka yang mengatakan Isa a.s. itu anak Allah… Mereka menyembah Berhala…mereka menyembah batu, kayu , matahari, api gunung gunung…dan apa sahaja yang mereka sangkakan sebagai tuhan tuhan mereka…alangkah jauh sesatnya mereka itu…

Dan kita umat Islam…umat yang dikurniakan dengan Iman…yang dikurniakan dengan Syahadah...yang dijadikan sebagai umat terpilih....umat akhir zaman yang dicemburui oleh Nabi Musa a.s. dan dipohon oleh Nabi Musa a.s. untuk menjadi umat ini…sedangkan baginda itu seorang Nabi…Nabi yang boleh berkata-kata dengan Allah S.W.T. namun dipohonnya untuk menjadi umat Muhammad…Umat akhir zaman …

Kenapa kita tak rasa bangga? Kenapa kita malu berkopiah? Kenapa malu berserban? Ya! Ianya bukan syariat..tetapi ingat..ianya adalah Syiar!! Nabi mu orang Arab..sememangnya begitulah pakaian orang Arab, sememangnya begitulah jua baginda s.a.w. Namun pakailah dan amalkan lah sunnah kerana Allah dan sebagai tanda kasihkan Nabi s.a.w. Pedulikan mereka yang mengatakan ianya hanyalah adat...pedulikan mereka... Kenapa serban ini yang dia nampak? Kenapa janggut ini yang dia tegur? Pegi kamu ke sana main jauh jauh…pergi sana kamu tegur anak anak muda tepi jalan yang berpakaian sepertinya orng kafir! Kenapa tak tegur mereka? Kenapa tak beritahu mereka itu pakaian orang yang tak percayakan Allah? Kenapa pakaian sunnah itu yang kamu perlekehkan? Kenapa???

Sesungguhnya, kita ini kecil…terlalu kecil…lemah tak berdaya… Tiadalah kekuatan melainkan Engkau Ya Allah… Wahai diri..kenapa engkau ini malas sujud kepadaNya... Wahai diri..tak sedarkah engkau baruuuu sahaja sebentar tadi Si Izrael datang melawatmu? Aduh celakanya diri kalau masih sombong...masih berlagak dan merasa hebat...sedangkan engkau itu...ah....terlalu hina!

Pernah ku baca kisah yang menceritakan kisah orang terakhir masuk Syurga. Orang ini celaka di awalnya dan dibakar serta di seksa di Neraka, namun dengan syahadah sebesar biji sawinya Allah kemudianya mengampunkan setelah entah berapa jutaan atau billion tahun menderita di Neraka!!

Masuk sahaja ke Syurga Allah, dia merasa malu dan merasa dia diperli..kerana Allah menganugerahkannya syurga yang keluasannya SEPULUH KALI GANDA besarnya Dunia ini!!! Nah...siapakah di dunia ini yang begitu hebat jika dibandingkan dengan hamba Allah itu tadi nantinya di Syurga? Paling kayapun tak pernah ada mana mana manusia yang memiliki DUNIA ini seluruhnya...Tetapi hamba Allah ini, yang merupakan orang terakhir masuk ke Syurga Allah, diberikan syurga yang luasnya 10 kali ganda dunia... Dia rasa seolahnya tidak percaya....luasnya!

Wahai diri yang masih cintakan dunia ini...luaskah 10 kali dunia itu? Besarkah 10 kali besar dunia itu? Ya...memang besar...tapi sebelum itu, sila lihat video di bawah ini....

Ibnu Hashim
Pernah dulu aku mengikuti satu kuliah yang disampaikan oleh Dato' Harun Din... Dalam kuliahnya itu menceritakan betapa lemahnya manusia ini...betapa kerdilnya manusia ini...

Dato' membawakan satu hadith yang menceritakan akan kehebatan makhluk ciptaan Allah S.W.T. ini. Dalam kisah itu, Malaikat Jibril a.s. menjelma dalam rupa bentuk yang asalnya kepada baginda s.a.w. Baginda melangut ke atas melihat betapa besarnya Jibril itu sampai kepala melepasi langit (awan)... Baginda melihat Jibril mempunyai 600 pasang sayap...yang mana sekiranya dia membuka SATU sayapnya yang disebelah timur, maka akan gelaplah timur seluruhnya (maknanya sayapnya itu terlalu panjang), dan jika dibukannya sayap yang di sebelah Barat, maka akan gelaplah barat seluruhnya... dan itu baru SEPASANG sayapnya sahaja sedangkan ia mempunyai 600 pasang!!


Nabi memuji muji akan kehebatan dan keagungan Allah menciptakan makhluk yang begitu hebat...Namun Jibril mencelah, katanya ada lagi makhluk Allah lainnya yang diciptakan lebih hebat dari ku... Nabi bertanya makhluk apakah lagi yang lebih hebat penciptaannya dari engkau Jibril? Jibril menjawab iaitu Malaikat >>>>> (saya lupa nama malaikat ini-maaf atas kelemahan diri ini) Malaikat >>>> ini mempunyai 600 pasang sayap juga, sama seperti Jibril...namun sekiranya Aku (jibril) membukakan kesemua sayap sayap ku (1200 sayap) baru sahaja sama dengan SATU daripada 1200 sayap Malaikat >>>>> itu!!! Nabi sekali lagi merasa kagum dan mengucapkan puji pujian kepada Allah S.W.T. atas kehebatannya dgn menjadikan makhluk yang begitu hebat!

Tapi sayangnya manusia yang begitu kecil ini tak sedar diri!! Malaikat yang begitu hebat itu tak pernah sekali pun meninggi diri apatah lagi sombong melawan Allah...beraninya kita ini melawan Allah..perintahNya kita langgar...SyariatNya kita tongsampahkan... LaranganNya kita buat sedangkan SuruhanNya kita tinggal malah memperlekeh lekehkan pulak... Na'uzubillah... sedarlah diri tu sapa...Kecikkkkkkkkkkkk jer....

Kemudian dari itu, Jibril a.s. memberitahu lagi kepada baginda s.a.w. bahawa ADA lagi makhluk yang lebih besar dari itu lagi!!! Makhluk apakah itu Ya Jibril? Jibril memberitahu iaitulah Malaikat Israfil... Malaikat Israfil ini juga begitu, mempunyai 1200 sayap (600 pasang) yang mana sekiranya Malaikat >>>>> itu tadi MEMBUKA KESEMUA 1200 sayapnya itu, maka hanya menyamai dgn SATU sayap Malaikat Israfil.... Subhanallah!!! Begitu hebat penciptaan Mu Ya Allah!!!

Nabi terus terpesona dan memuji muji akan kebesaran Allah dan kehebatanya... Begitu besarnya Jibril yang ada di depan mata baginda itu sekarang, rupanya Jibril itu masih terlalu kecil jika dibandingkan dgn Malaikat >>>>> itu, apatah lagi terlalu amat amat kecil sekali jika dibandingkan Malaikat Jibril itu dengan Malaikat Israfil ...Nak dibandingkan dengan Manusia?? Huh...

Kemudian itu Malaikat Jibril a.s. berkata lagi... Ada lagi yang lebih besar lagi dari itu Ya Rasulullah s.a.w !! APa itu ya Jibril? Iaitulah Malaikat Penanggung Arasy Allah... Yang besarnya sama seperti perbandingan yang telah dibuat sebelum ini jika hendak dibandingkan dengan Malaikat Israfil... dan Malaikat -Malaikat ini ada 7 kesemuanya....Subhanallah... Kalau sudahnya begitu...Arasy Allah itu Besar mana??? Subhanallah!!! Nak menanggungnya sahaja ada TUJUH malaikat yang tak terbayangkan betapa besarnya tubuh mereka itu, dari itu Arasy tu betapa pulak hebatnya!!! Allahu Akhbar!!!

Manusia? Ah!!! Lebih kecil daripada sebutir zarah pun jika hendak dibandingkan dgn Makhluk Makhluk hebat itu...tapi manusia yang lemah dan kerdil inilah yang banyak melawan....Masih merasa diri Hebat..Masih lagi lagho dengan dunia hingga terbuai jauh dari rahmat Allah..Masih lagi sombong, kikir, ujub, riya' dan berbagai bagai lagi sifat sifat mazmumah..Makhluk lain yang begitu hebat kejadiannya tunduk patuh taat kepada Allah S.W.T. dan begitu amat takut kepadaNya....Kenapalah diri manusia ini tak sedar diri? Nak sedar masa bila?? Nak berlagak sombong dengan pangkat harta tu sampai ke mana? Ya Allah...semua ini, termasuklah diri ini....Ampunilah Ya Allah...ampunilah daku....ampun Ya Allah...ampun Ya Allah....Hamba Mu ini bertaubat...berilah kekuatan Iman Ya Allah...kemanisan Iman Ya Allah...dan tetap beristiqamah di jalanMu Ya Allah...Tiadalah Daya dan upaya ku melainkan Engkau Ya Allah! ALLAHU AKHBAR!!!
Ibnu Hashim
Assalamualaikum,

Kebahagiaan sejati masih belum habis ku siapkan...banyak lagi rujukan yang perlu dilakukan...namun, ingin jua melepaskan rasa rindu dendam di sini...blog bisu..

Pernah aku menonton cerita Star Trek suatu ketika dahulu...dan sememangnya aku minat dgn sains fiksyen nih..membuka minda kepada sesuatu yang jasad tidak mampu mencapainya tetapi mampu dicapai dengan akal kurniaan Illahi Yang Maha Agung. Jadi dalam kisah itu, menceritakan tentang sejenis makhluk asing yang digelar sebagai 'Q' yang mempunyai pelbagai kuasa ajaib (kisah mcm ni tak berapa gemar sebenarnya). Q melakukan apa sahaja yang terdaya untuk mempengaruhi Komander kapal angkasa The Enterprise supaya dia menerima pelawaannya untuk menjadi Q juga sepertinya. Namun ianya ditolak dan semua crew juga menolaknya..di pendekkan cerita, Komander kapal itu membuat satu kenyataan yang dangkal dgn mengatakan :q sebenarnya sedar akan kemampuan manusia ini tiada batasannya, dia sedar suatu ketika nanti, ilmu manusia akan mengatasinya dan kitalah yang berkuasa...Di ketika itu, kita menjadi Tuhan kepada alam semesta ini...

Aku bukan nak mempertikaikan ayat komander itu sebab 'menjadi tuhan' itu boleh diertikan dalam dua makna iaitu dari segi istilah dan bahasa. Namun dari cerita itu aku menganggap maksud dia ialah manusia akan benar benar menguasai alam dan menjadi seperti tuhan! Angan angan kosong!!!
Ibnu Hashim
Kebahagiaan KeTiga – MELALUI TITIAN SIRAT DAN SELAMAT SAMPAI KE HUJUNGNYA

Di akhirat kelak, semua jin dan manusia daripada Adam a.s. sehinggalah manusia terakhir tidak akan terlepas daripada melalui titian Sirat ini. Titian yang halus dan tajam yang merentangi Neraka Jahim... Dalam tazkirah ust Abdullah itu dikatakan titian itu panjangnya memerlukan perjalanan sejauh 3000 tahun!! Betapa jauhnya perjalanan itu dan betapa panjangnya titian sirat yang perlu kita lintasi itu...Mampukah kaki kita tetap di atasnya tanpa tergelincir sepanjang perjalanan sejauh itu!!!????? Mampukah? Subhanallah....

Di kala itu, kita juga tidak terlepas dan berada di saf safnya menantikan giliran untuk kita pula...bayangkanlah kita lihat sendiri dengan mata kepala kita sendiri akan kebenaran janji janji Allah S.W.T. Ketika ramai manusia dan jin bersesak sesak, ada yang melintas dengan muka nya ke bawah...ada yang merangkak..ada yang berlari lari anak...yang sepantas bayu..sepantas kilat...malah kita lihat sendiri lebih ramai umat manusia itu yang jatuh tergelincir ke lembah neraka Jahim yang berada di bawahnya!!

Keadaan itu, kita sendiri risau akan diri kita sendiri...mampukah kita melepasinya sedangkan ramai yang telah jatuh terjerumus jauhhh ke bawah sana... Amatlah sedikit yang mampu melepasinya... Tidakkah kita takut dan risau? Mengenangkan hidup di dunia yang penuh lagha dan noda, mampukah kita melepasinya??

Bayangkanlah akan ketakutan yang kita rasai...Ya Allah.... ampunilah akuuu... Namun di akhirat tiada lagi amal yang boleh kita lakukan..tiada lagi sujud yang dapat kita kerjakan...apakah ada sekelumit jasa bakti dan amal yang kita lakukan itu dapat menyelamatkan kita? Dan sudahlah pula seciput amal bakti dan ibadah semasa di dunia, persoalannya, adakah ianya diterima pula oleh Allah???? Luluskah??

Di depan mata kita kita melihat manusia berjuta juta jatuh dari titian itu!! Giliran kita semakin hampir...!!! Seorang demi seorang yang berdiri di hadapan kita telah sampai giliran melintasinya dan ianya semakin dekat kepada kita!! Tiada tempat lain lagi untuk kita tujui selain dari melalui titian itu.


Malaikat-malaikat bengis tak mungkin memberikan kasihan kepada kita. Tiada wang rasuah yang dapat disuapkan kepada mereka..tiada harta yang dapat ditawarkan kepada mereka..tiada wanita yang dapat melembutkan mereka...mereka satu Makhluk hebat yang amat taat dan tidak mungkin sekali kali mengengkari Allah S.W.T.. MALAHAN kita sendiri tiada apa satu besar habuk pun harta harta yang kita kejar semasa hidup di dunia ini yang kita bawa bersama!!! Semuanya harta harta dunia itu kita tinggalkan di belakang....harta harta itu tiada memberi sebarang manfaatpun kepada kita kecuali yang diinfaqkan kembali ke jalan Allah...

Tak takutkah kita? Masih rasa hebatkah kita?? Tidak kah kita takut yang amat sangat ketika itu? Masih lagi nak berlagak sombongkah dengan Pangkat kita? Aku Jenderal! Aku Raja! Aku PM! Aku Pemimpin Dunia!!! Nah!! Mana dia penyokong penyokong kita yang dahulunya sentiada menyokong kita tanpa belah bahagi tak kira perbuatan kita benar atau tidak...semuanya mereka sokong!! Mana?? Mana?? Mana??


Oh! Mereka juga sibuk dengan hal mereka...mereka juga SAMA sahaja seperti kita..menanti untung nasib dan pembalasan atas kerja kerja yang dilakukan semasa hidup di dunia dulu... Alangkah sedihnya kita....Sedangkan kita menyaksikan semuanya secara Live dan kita lihat sendiri di bawahnya Sirat ialah api neraka menjulang julang menelan setiap yang jatuh dari titian sirat itu!

Hiruk pikuk jeritan kesakitan manusia diazab jelas kedengaran di telinga dan dilihat dengan mata kita...Api Neraka diberitakan bagaikan mengaum ngaum berpesta meminta habuannya membakar dan mengazab manusia manusia yang berdosa dan bermaksiat kepada Allah S.W.T. Benci sungguh ia akan manusia manusia yang berdosa itu...Seronokkah kita pergi kepada yang membenci kita!!? Ya Allahhhhhhh........

Maka dari itu, bukankah ianya merupakan bahagia yang amat tidak terhingga kepada kita apabila kita selamat sampai ke hujungnya titian sirat itu dengan izin Allah S.W.T.? Di kala itu, ITULAH KEBAHAGIAN yang sejati dan hakiki untuk kita umat Islam ini...Berjaya melintasi titian Siratul Mustaqim hingga ke hujungnya menuju Syurgawi... Tak bahagiakah kita di ketika itu...?? Ya Allah...jadikanlah kami dari golongan orang orang yang berjaya di dunia dan di Akhirat..berjaya melepasi Siratul Mustaqim....

Ibnu Hashim
Kebahagiaan Kedua – MATI DALAM IMAN DAN SELAMAT DARI TIPU DAYA SYAITAN KETIKA MENGHADAPI SAKARATUL MAUT

Bahagian kedua bagi orang Mukmin itu adalah ketika Ruhnya dicabut adalah dalam kalimah LAILAHA ILLALLAH maka matilah ia dalam keadaan beriman kepada Allah S.W.T. InsyaAllah, redhalah ia akan Allah dan redhalah Allah akan ia.
( *Dibawah ini dipetik dari yahoogroups = filsafat)
Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."

Berkata ulamak Syaitan: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

"Bagaimanakah Zat Allah?" Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. (sumber: *Filsafat Yahoogroups)

Alangkah berbahagianya hamba Allah itu apabila terselamat ia dari tipu daya Iblis dan Syaitan ketika Sakaratul Maut itu? Bukankah ianya merupakan satu kebahagiaan yang tidak terbandingkan jika hendak dibandingkan dengan bumi dan segala isinya ini?

Setelah ’lulus’ ujian sakarat ini, maka yang seterusnya insyaAllah akan menjadi lebih mudah dan begitulah sebaliknya sekiranya ’gagal ujian sakarat itu...

"Katakanlah bahwa sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri daripadanya itu, pasti akan menemui kamu kemudian kamu semua akan dikembalikan kepada Dzat Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Selanjutnya Dia akan memberitahukan padamu semua apa-apa yang kamu lakukan." Al-Jumu’ah:8


"Sesungguhnya Alam Kubur itu merupakan awal dari Alam Akhirat. Siapa yang selamat dalam tahap pertama itu, untuk selanjutnya akan lebih ringan. Namun siapa ayng tidak selamat, maka untuk tahap tahap selanjutnya akan terlebih berat." H.R At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim.


Dan di kuburnya dia dari golongan yang berbahgia, sesungguhnya kubur itu samada menjadi sebagai taman daripada taman taman syurga atau sebaliknya menjadi lubang daripada lubang lubang Neraka..dibukakan padanya pintu syurga/ Neraka siang dan malam.

Ya!! Terselamat dari tipu daya Iblis dan Syaitan ketika Sakaratul Maut itulah KEBAHAGIAAN bagi seorang Mukmin...
Ibnu Hashim
Kebahagiaan Pertama – Tidak Membuat Dosa Pada Hari Yang Dilalui

Ianya adalah merupakan satu kebahagian bagi seorang mukmin itu apabila hari yang dilaluinya, qalam terangkat daripadanya melalukan dosa! Alangkah bahagianya bila rekod amal kejahatannya pada sehari hari itu kosong dan tiada dicatatkan sebarang dosa yang telah dilakukannya pada hari itu!

Sesungguhnya kehadiran dan kewujudan kita ke dunia ini hanyalah untuk beribadat kepadaNya dan tidak bermaksiat kepadaNya. Itulah TUJUANnya kita ini diwujudkan di alam maya pada ini... Maka apabila kita bermaksiat kepada Allah S.W.T. maknanya kita telah menyalahi hukum asal tujuan kejadian dan kewujudan kita ke muka bumi ini. Namun, manusia ini tidak sunyi dari salah dan silap dan dengan RahmatNya dan sifat Al-GhafurNya sentiasa mengampuni setiap dosa anak Adam sekiranya mereka bertaubat dan memohon keampunan dariNya.

Bayangkanlah apabila hari yang dilalui oleh seorang mukmin itu, tiada dicatitkan sebarang dosa padanya...alangkah gembiranya mukmin itu pada ketika ianya berlaku. Tiada sebarang dosa dilakukannya pada hari itu sedangkan manusia ini tidak sunyi dari salah dan silap namun mukmin ini berjaya mengelakkan melakukan sebarang dosa dan maksiat kepada Allah S.W.T. sekaligus menepati tujuan asal ianya diwujudkan! Alangkah bahagianya!! Inilah kebahagiaan atau Hari Raya yang pertama untuk orang mukmin!!
Ibnu Hashim
Photobucket - Video and Image Hosting
Ibnu Hashim
Ramadhan yang lalu, ketika aku mengikuti Tazkirah Subuh di Masjid Kariah ku, Us. Abdullah membawakan akan kebahagiaan yang sebenarnya kepada orang Mukmin ada lima menurut Annas Bin Malik r.a. Beliau telah mengupas perkara ini yang mana telah membukakan mata hati ku..Di pagi pagi itu, tiada lah apa apa buku catatan yang aku bawakan ke masjid melainkan ku simpankan poin poin kebahagiaan itu dalam handphone ku jua...

Takdirnya Allah S.W.T. dalam perjalanan pulang ku berhari raya, diberi kekuatan olehNya untuk kami memulakan perjalanan pada waktu dinihari, kira kira jam 3 am. Alhamdulillah RahmatNya Ilahi maka kami dapat singgah menunaikan solat Subuh di Masjid Baru di Sungkai. Rupanya pagi itu ada kuliah subuh, maka kami ambil kesempatan untuk turut serta dalam majlis Ilmu, majlis yang amat digemari oleh para Malaikat malah diberitakan ada sekumpulan Malaikat yang diciptakan khusus untuk mencari majlis majlis zikrullah ini dan menebarkan sayapnya ke atas para hadirin... dan tajuk yang dibawakan oleh ustaz muda itu ialah Hari Raya...

Rupanya beliau juga turut mengulas hadith Annas Bin Malik r.a. itu yang mana menyentuh tentang Lima Hari Raya untuk orang Mukmin... Subhanallah...baru sahaja beberapa hari yang lepas ku ikuti tajuk yang sama dengan penuh minat dan kini seolah olahnya Allah telah memutarkannya semula untuk ku malah dengan seluruh keluarga ku akan kisah yang amat penting ini...hakikat kebahagiaan orang Islam...

Dengan IzinNya pula, selamat sampailah kami semua ke Kampung, menjelang dua hari sebelum raya, kami berangkat ke rumah mentua ku memandangkan tahun ini adalah giliran kami beraya di rumah Mentua ku... Dapatlah bertemu dengan ipar duai sebelah isteri ku pula...dan berkumpullah kami untuk berbuka puasa. Bagi mendapatkan waktu berbuka yang tepat, maka kami menggunakan radio siaran tempatan untuk siaran azan maghrib. Sejurus setelah itu, ketika sedang berbuka, Subahanallah...dengan Rahmatnya, ada tazkirah pendek disampaikan di radio Ipoh yang membicarakan tentang 5 hari raya untuk orang Mukmin...Maka sekali lagi hati ini disajikan dengan kisah yang dibawakan oleh Annas Bin Malik r.a. itu!!!!

InsyaAllah...akan aku nukilkan di sini mengikut apa yang ku dengar dan ku fahami untuk kita sama sama mengabadikan dan buat tatapan semua insyaAllah... Allahu Akbar!!!

Kebahagiaan yang Sejati dan yang sebenar benarnya menurut Annas Bin Malik r.a.
Ibnu Hashim
Syawal tahun ini membawa daku untuk menemui semula sahabat lama yang telah sekian tahun terpisah.. Jarak rumah kami tidak jauh, namun giliran kami ke rumah mentua selalu sahaja berselisih sehinggakan waktu kami di kampong tidak bertepatan. Bunyinya macam mustahil tetapi itulah hakikatnya….

Sahabat sejak kecil yang menjadi geng penunggu titi kat kampong kami dulu ini kini telah menjadi seorang yang hebat….dia sentiasa sahaja terkehadapan daripada diri ini… Masih ingat lagi, ketika itu, dialah yang lebih rockers lagi dari aku….laju lagi jari jemarinya memetik tali temali alat yang dipanggil gitar itu dariku… Rambut pun tak dapat lawan sebab rambutnya lagi panjang! Lagi hebat pakaiannya rockersnya…perkh! Rock habis! Tu tak masuk dalam sukan, lagi ligat lariannya membawa bola hingga ke dalam gol…tercungaplah aku mengejarnya tapi tak termampu… Dalam pelajaran pun dia lebih terkehadapan dari ku..bermula peperiksaan penilaian darjah 5, beliau mendapat 5A, dalam SRP juga begitu dan beliau melangkah ke Asrama penuh meninggalkan aku terkulat kulat…rock , rock juga tapi beliau cemerlang dalam hidupnya…Kami melangkah sama ke ITM dan aku terus menyaksikan akan kecemerlangannya dan akhirnya beliau berangkat ke Luar Negara yang mana menyaksikan kami terus terpisah jauh…jauh meninggalkan aku dalam segala segi…

Kini di usia kami ini, beliau sedang mengejar Ijazah Doctorate nya yang mana terlalu jauh rasanya untuk aku jangkaui… Inilah, tahun inilah kali pertama aku bertemu dengan anak isterinya. Ku sangka diri ini telah cukup bagus...belum lagi, kehendak Allah menemukan aku sekali lagi dengan hambanya yang hebat ini dan aku menyaksikan pula betapa jiwa rohaninya jua telah jauh meningkat tinggi meninggalkan aku! Kalau dahulu aku pernah menegurnya kerana solatnya yang begitu ringkas dan cepat, hari itu, ketika aku ke Masjid solat Jumaat, ku lihat dia di depan mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid begitu panjang dan kusyuk sekali!! Allah telah menempelak aku sendiri atas ”kesimpulan” yang pernah aku buat belasan tahun yang lalu dengan memberi aku peluang menyaksikan betapa sahabat aku ini telah berubah! Begitu juga solat Ba’diah yang begitu panjang sekali....(dulu aku komplen solatnya terlalu cepat...sujud macam patuk ayam!)

Beliau juga telah 'mewakafkan' dengan berpisah dengan anak beliau yang kecil, sekecil 6 tahun untuk mengikuti pembelajaran Al-Qur’an dan seterusnya menjadi seorang Hafizah sepenuh masa! Anak sekecil itu telah dihantar dan terpisah jauh darinya! Sedangkan aku, anak perempuan ku, aku tunggui sehingga usianya 13 tahun untuk ku hantar atas alasan mahu mendidiknya dgn ilmu rumahtangga dahulu...benarkah tindakan aku itu? Ah sahabat!! Engkau sentiasa sahaja mendahuluiku!

Ya Allah! Alhamdulillah ku panjatkan syukur padamu Ilahi kerana mengurniakan aku seorang sahabat yang begitu hebat untuk aku cemburui dan untuk aku contohi!! Semoga silaturrahim ini akan berpanjangan dunia akhirat dalam RedhaNya...
Ibnu Hashim
Berita yang ku dengar di TV tentang perbincangan PBB akan Projek Nuklear Iran sekali lagi membuka mata ku luas luas… Tak tahulah kalau kalau berita itu tidak benar tapi apa yang aku dengar, si Amreka tu nak menyekat supaya Iran tidak berupaya membuat Roket/Peluru berpandu Nuklear maka untuk itu, segala penghantaran/penjualan alatan yang boleh digunakan untuk membuat roket/peluru berpandu itu perlu disekat!!!

Nampaknya tembelangnya telah pecah…apa yang aku fikirkan memang telah terserlah kini.. Sebenarnya Amreka memang tahu, Iran tidak membina senjata Nuklear namun dia menggunakan alasan itu untuk menyekat perkembangan persenjataan Iran!! Atas sebab nak menyekat senjata Nuklear, kini semua jenis senjata Balistiknya iaitu peluru berpandu dan roketnya juga akan disekat!!! Binawe punya Bush!!
Ibnu Hashim
Berlalunya Ramadhan membawa sejuta pengharapan kepada Allah S.W.T atas amal ibadat yang seciput cuma agar diterima olehNya. Moga-moga akan diberi peluang lagi bagi kita untuk Ramadhan yang akan datang InsyaAllah.

Hari Raya yang Ke dua, seorang lagi sahabat dijemput olehNya untuk mengadap ke Hadhrat Ilahi. Pemergiannya atas asbab sakit kanser perut pada waktu hening pagi 8.45am. Segalanya telah ditulis dalam suratan Qada’ dan QadarNya…Moga moga Ramadhan yang ditempuhi oleh Allahyarham membawa RedhaNya kepada beliau. Setidaknya beliau masih berkesempatan untuk menempuh bulan penuh keberkatan dan insyaAllah…Lailatul Qadr untuknya! Seorang demi seorang sahabat dan teman telah pergi dahulu, ada yang dijemput Izrael ketika sedang bertugas, insyaAllah, Syahidlah untuk mereka, ada yang kemalangan tidak kurang yang dijemput dalam keadaan bermaksiat kepada Allah. Na’uzubillah…bilakah agaknya diri ini akan menyusul?? Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku, keluarga ku, sahabat-sahabatku yang soleh dan solehah akan Husnul Khatimah dan jauhkanlah kami pula Ya Allah dari Su’ul Khatimah, amin.
Ibnu Hashim
Alhamdulillah..semalam semasa berjemaah di Surau Al Islah, Medan Pejasa, Ustaz Farhan seorang bekas Pendakyah Kristian telah meng'quote' kan daripada kitab Ihya' Ullumiddin oleh Imam Al-Ghazali berkenaan 'tips' lailatul Qadr..

1. Sekiranya Ramadhan Jatuh pada Hari Sabtu, Lailatul Qadr pada Malam 23
2. Sekiranya Hari Khamis, Lalilatul Qadr pada Malam 25
3. Sekiranya Hari Selasa, Lailatul Qadr pada Malam 27
4. Sekiranya Hari Isnin, Lailatul Qadr pada Malam 21
5. Sekiranya Hari Ahad/Rabu, Lailatul Qadr pada Malam 29

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa dengan mengikut Formula/Petua Guru ku (AL-Ghazali), sejak aku mula baligh, aku tidak pernah luput malam Lailatul Qadr!

Berdasarkan ini, Ramadhan tahun ni jatuh pada hari Ahad, maka dijangka Lailatul Qadr adalah pada Malam 29!!!

Namun, jangan tumpu di situ sahaja...malam malam lainpun pahalanya hebat hebat dan tidak terdapat pada malam malam lainnya apatah lagi bulan bulan lainnya...

Allahu Rabbi...temukanlah Kami dengan Lailatul Qadr...Kurniakanlah hadiah Mu pada Umat Muhammad s.a.w. ini kepada Kami pada tahun ini dan tahun tahun mendatang....amin.

p/s: Ustaz Farhan banyak menyentuh gejala Murtad...nanti diizinkanNya, akan saya nukilkan sedikit di sini...insyaAllah
Ibnu Hashim
Bila sebut akhir....maknanya kita telah ke penghujung... Bila sebut akhir..maknanya ianya adalah penamat kepada yang bermula... Alangkah cepatnya masa yang berlalu... Alangkah lalainya diri ini ...
Sepuluh Malam Yang Akhir bermula malam ini... Dalamnya ada malam yang penuh Barokah...dalamnya ada Lailatul Qadr...
Lailatul Qadr... Alangkah Pemurahnya Yang Maha Pencipta... Alagkah Agungnya Kebesaran Mu... Alangkah Maha Kayanya Engkau Ya Allah...
Wahai diri...Andainya Ramadhan itu satu Marathon buat mu...maka sedarlah engkau yang engkau telah hampir ke Penamatnya... Kumpulkan segenap tenagamu untuk pecutan ke garisan penamat.. Ayuh!! Hayunkan langkah dengan lebih laju!!!! Jangan engkau sia siakan larian mu di awal dulu...!! Pecut!! Laju!!! Lekasssss!!!!!!
Ya Allah...Tiadalah Daya dan Upaya melainkan Engkau!! Bantulah hambamu yang lemah ini menjalani SEPULUH MALAM YANG AKHIR dalam keredhaanMu.....
Ibnu Hashim

Lanjutan daripada posting sebelumnya (Balik Raya Nih...) Subuh tadi Allah S.W.T. beri keizinannya untuk berjumpa saudara baru kita tu, Aiman, orang Iban. Dalam perjalanan balik ke rumah tu kami sembang sambil jalan kaki..dan memang dia kata tak dapat pun zakat sejak dia masuk Islam lagi... "tak dapat" ujarnya....

Sorang lagi tak dapat...Bila agaknya jumpa saudara baru yang kata dia dapat zakat! Agaknya kena jadi Ahli AMENO dapat le kot? Entah ler..cuma terfikir jer...
Ibnu Hashim
Sekitar Lailatul Qadar
Malam Teristimewa


Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Ab Rahman

(Artikel ini diterbitkan di METRO AHAD 8 Oktober 2006 dalam versi lebih ringkas)

Web : www.zaharuddin.com

Group : http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT : Ertinya : “Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan” (Al-Qadr : 2) . Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beridabat melebihi malam-malam lain. Tersebut di dalam hadith . Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain” ( Riwayat Muslim, no 1175 )

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها )البخاري, ومسلم (

Ertinya : “Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)” ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)


حديث عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم " كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره " البخاري (1920) ومسلم (1174) زاد مسلم وجَدَّ وشد مئزره .

Ertinya : “ Apabila telah masuk bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Keistimewaanya

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ; justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai’d Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.

2) Di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu. Syeikh Dr Saleh Al-Munajjid berpendapat bahawa pada malam itu, dipindahkan dari Qadar manusia dipindahkan dari lawh mahfudz. Hal ini dapat difahami melalui ayat surah al-Dukhaan ayat 1 hingga 6 menurutnya. Justeru, seeloknya kita menghidupkan malam ini dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita. Demikian juiga difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. ( Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat. Perlu difahami bahawa para ulama menyebut bahawa seribu bulan yang dinyatakan dalam ayat quran ini bukanlah bermaksud ‘tahdid’ atau menghadkan ganjarannya kepada ‘seribu’, tetapi ia sebenarnya bermaksud satu pergandaan yang tidak terkira banyaknya, manakala jumlah ‘seribu’ itu hanyalah contoh yang mewakili suatu jumlah yang amat banyak; disebutkan oleh Imam Malik dalam al-Muwatta’ bahawa gandaan ini adalah sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as). Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera, sehinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah; ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)


Waktunya

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat mansia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun, terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. Iaitu seperti esok harinya tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan bagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana sesebuah Negara berlainan, di Negara barat mungkin sedang mendung kerana musim sejuk, di afrika mungkin sedang terik, maka adakah mereka mala qadar tidak muncul di tempat mereka?. Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, pada malam-malam ganjil. Setengah ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramdhan, manakala Imam An-Nawawi pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu’ 6/450). Berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir” ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dan juga hadith Nabi :-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : “ Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam dan dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW dan ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka’ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerna beliau telah melihat tandanya dan zaman lain umumnya), sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : “Malam al-Qadar adalah malam yang ke dua puluh tujuh” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : “Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : “ Sebutlah doa “ Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan”


Mestikah Mendapat Tanda ?

Sabda Nabi SAW :

"من يقم ليلة القدر فيوافقها.." (رواية لمسلم عن أبي هريرة).

Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya…” ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas. Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda pelik dan sebagainya.

Sekian,

Kuala Lumpur
Ibnu Hashim
Korea Utara dah buat test Bom Nuklear.... Amreka kata apa erk? Iran baru je buat penkayaan Uranium....tu pun untuk janakuasa elektrik...dah kecoh bagi warning nak serang... Mentang mentanglah kawan tu tak dok senjata nuklear..hang berani la yer! Sama macam Iraq dulu...dia tuduh kata ada WMD, peh tu lesen untuk dia serang....Maunya dia berani kalau betul betul Iraq ada WMD..kecut perut punya lahh...

Ni Korea Utara dgn machonya test bom nuklear...dan dia pun dah lama dah umumkan dia ada senjata nuklear.... Mmm.... Agak agak bom nuklear ni nak buat apa yer? Nak kasi klear la kan!! Hancur dunia ni dibuatnya....


Ibnu Hashim
Ai...baru 2 minggu je poser dah cerita pasal raya? Nanti dulu kawann...baca dulu ..

Maka tersebutlah kisah akan memanda menteri yang prihatin akan keselamatan rakyatnya lalu telah mengarahkan akan penurunan had laju kenderaan di jalan jalan Persekutuan... Maknanya, halaju di Lebuhraya Swasta - kekal!

Mmmm..pernah memandu di jalan persekutuan? Alaa...jalan yang tak ada tol tu lah.. ada? Aku memang selalu lah..pasal nak elak tol dan boleh berhenti mana mana je untuk solat ke atau R&R. Namun begitu, perangkaan menunjukkan kemalangan lebih banyak berlaku di jalan persekutuan berbanding dengan lebuhraya swasta nih... Dan di sebalik itu pula, saman pun kat sini le yang banyak! Pak Pak Polisi pun suka beroperasi kat jalan jalan lama nih berbanding dengan lebuhraya... kenapa? Tak panas la beb.....Kat lebuhraya nun panas giler! nak beli air pun kena pegi R&R, dah tu mahal plak tu!!

Saman ni tak selesai masalah...cuma ianya mengembungkan poket kerajaan, tu pasal kerajaan ni sayang sangat kat Pak Polisi ni berbanding dengan Askar.... (ingat apa Kak Pidah cakap pasal Askar ni dulu?) .. tu salah satu sebab la Pak Polisi ni feveret Kerajaan..ada banyak lagiiiiii....

Pada aku lah, penurunan halaju ni tak bermakna apa apa pun kecuali AL-FULUS! Ni ler peluang nak tambah kantung kerajaan...pada aku lah... Saman menyaman ni tak selesai masalah.. Terutamanya orang kaya kaya... Aku ada kawan sorang tu, masa tu dia check saman..tau apa kata dia? "Ah! Baru TUJUH saman...belum 10 lagi!" Rupanya mamat tu dok himpun samannya bagi cukup 10 baru pi bayar...main borong gitu! Dia ni memang tak serik, maklumlah orang banyak duit... Bulan posa tahun tu, dia boleh drive ke penang nun untuk beli Nasi Kandar, bungkus taruk dalam coleman ka apaka nak kasi tahan panas, then drive balik ke KL nih, bukak posa makan nasi kandar Penang Ori punya! Dia punya lari tok sah cakaplah.. katanya 2 jam je sampai Penang dari KL!

Cuba tengok dari segi hukum Islam...mananya yang tertegak? Mahkamah 'Syariah'? Zina je kena denda..bukannya hukum Islam tuuu...nasib baik kawan aku yang aku cerita kat atas tu bukan kaki zina, kalau tak gamaknya dia pun buat macam kes saman halaju dia tu jugak..."Ah! Baru satu kes je nak bayar..belum SEPLOH lagi..kumpoi dulu!!!" Pendeknya, yang mana buleh asyukkkkk...tu yang dia buat... Abih dah ker? Ada lagiiiii......

Cuba tengok hukum Zakat ... Dikelek keleknya hukum hukum Fiqh nih, dicari carinya jalan supaya Zakat Pendapatan diadakan...Dapat pulak tu... Maka digunapakailah hukum tu maka Zakat Pendapatan pun dikenakan kepada rakyatnya.... Maka atas keprihatinannya, maka zakat jenis ni pun buleh bayor ansuran tiap tiap bulan!!! Ntah mana punya gaphlah jingga sudda kasi fatwa... Ah! Apa pedulik....janji satu lagi asyukkkkk.....

Pasal zakat lagi.. Dibuat bilboard, sticker kereta tentang bayar zakat...baguih la tu..alhamdulillah, memang kita kena ingat mengingati... TAPI, mana stiker hudud? Mana bilboard tegak hukum Islam? Dulu MidMan tu kata tak leh nak buat hukum Islam ni pasal rakyat tak paham, kena didik rakyat dulu kasi paham... So, mana dia program yang nak kasi paham tu? Kurang kurangnya kempen macam hangpa dok kempen zakat tu...mana dia? Apa dia? Oooooo..hok ni tak ada Asyukkkkkkk......

Zakat lagi...maka dibuatnya lah meja meja untuk kutip zakat! Sampai ke shoping shopping komplek dibuatnya meja untuk bayor zakat...Baguih! Memang baguih! Ikhlas aku cakap memang baguih..memudahkan umat namanya tu. (bab galak orang pi shopping komplek tu bab lain)... Tapi itulah, asal sahaja asyukkk...macam macam bende pelek diaorang ni akan buat... Kesianlah kat ustaz ustaz Zakat tu kena hamput ke sana sini..... TAPI (ayat ni mesti ada..'tapi') , nak kutip laju..nak keluarkan...omak aiii!!!! Punya lah payah.... Ada pulak yang guna duit zakat ni buat bangunan...sedangkan berapa ramai dan berapa banyak asnaf lain lagi yang tak dapat zakat! Contohnya suatu masa dulu, semasa Ustaz Hussein Yee masih ditatang dan masih buleh keluar TV, ada satu ceramah dia di Masjid Subang Jaya yang sempat aku pergi... Dia mengeluh (bukan sebab dia nak sangat) pasal dia tak dapat Zakat!!! Ini keluhan orang yang baru masuk Islam..ini keluhan orang yang 'hilang' keluarga malah ada yang hilang pekerjaan dek kerana memeluk agama suci ini...mana pembelaannya? Dan ini memang aku dok ikut dan dok tanya mana mana Mu'allaf, setakat ni, TAK ADA seorang pun yang dapat duit zakat!!! (Dua tiga hari lepas kenal seorang lagi Muallaf...tak tanya dia lagi..insyaAllah.. malam ni kalau jumpa dia akan aku tanyai..)

Tu tak masuk lagi Pelajar pelajar yang belajar agama ni...nak kata semua, aku tak berani, tapi dah berapa ramai yang aku jumpa mengatakan depa tak dapat pun duit zakat nih...(kecuali individu yang bayar secara terus kpd mereka) Terbaru ialah bekas Ustaz si Muaz nih, dia akan pergi Yaman lepas Raya Haji nih...pun tak dapat... Tahu mana dia dapat sponsor? Dia dapat sponsor secara direct daripada mereka yang prihatin samada kariah masjid atau dari pejuang pejuang Islam itu sendiri...Duit zakat ? Bayang pun tak ada...

Tak pernah pulak aku nampak mana mana meja yang disediakan untuk BAGI ZAKAT! Siap berbarislah asnaf asnaf yang layak tu untuk ambil duit zakat mereka... Ada ke pernah jumpa? Ada tak weh? TAPI time nak tuntut zakat ni, pandai pandai le korang cari kat mana pejabat Zakat nih...Pandai pandai le korang tuntut... Cama tang KUTIP tu aje aku amik inisiatif mai turun padang letak meja...Hangpa nak tuntut zakat, mai cari aku, dapat tak dapat cerita lain.....yang penting, Janji Asyukkkkkkk.......!!!!!!!!!!!!!

So balik raya ni, berhati hati lah kepada semua, nyawa lebih berharga maka hargailah nyawa anda... aku time time raya ni insyaAllah pakat sama tolong bayor Tol...nak wat camner..,kat jalan lama tu bersepah sepah Pak Polisi nak kutip 'zakat'..halaju lak ada yang 60kmsj (hok ni pun dema turunkan lagi dak?) Ada tempat tu pulak, papan halajunya tak nampak dek balik pokok... macam dibiarkan pulak..maklumlah..senang nak Asyukkkkkkk......

Al Fulusu Fiddunya, Wal Mampus Fil Akhirah!

Selamat berbuka!

Ibnu Hashim
Semalam (Ahad) aku bersahur dgn kawan kawan di Kg Baru. Janji jam 4 am ada meeting pasal majlis berbuka rumah anak yatim, so aku datang awal cadangnya nak lepak Masjid... Tapi malangnya Masjid tu berkunci rupanya...gate pun berkunci ketiga tiganya... Alhamdulillah, ada sorang muda nampaknya i'tikaf di serambi depan dan dia ada kunci, dia datang membuka pintu untuk aku...(tak tanya lak namanya)...

So aku lepak kat belakang masjid....sepi...seram la pulak...isk..penakut betoi! Tapi memang bulu roma meremang! Tak pasal pasal...

Cuma apa nak kata, kenapa Masjid dikunci? Sebab nak mengelakkan kecurian... Kenapa pencuri tala ke Masjid? Sebab Masjid ada barang barang berharga macam Jam, Aircond, PETI DUIT! So, kunci lah..!! Habih tu orang nak semayang? Solatlah kat kaki lima tu!

Aku dok perati. Masjid yang berkunci ni, tak menjadi tempat tumpuan Jemaah Tabligh... Maka tinggallah sunyi sepi selepas waktu solat.... Syukur Masjid di kariah aku ni tak kunci..selalu Jemaah Tabligh datang ziarah... mereka ni orang hebat hebat!

Setelah solat Subuh pagi tu, dema baca yassin...aku trus blah ke Maahad Muaz untuk amik dia balik..sempat sembang dgn Ustaz Zul...dia ajak aku tadarus..join sekali malam tu....Ok la tu..

Katanya malam tu nak start buat tadarus Perdana! Bagus betul ustaz muda ni...banyak idea... Apa Tadarus Perdana tu? Rupanya dia nak khatam dalam 1 malam!!!! Pelan pelan lah teman sedar diri teman ni sapa nak dibandingkan dengan si Hafiz nih... MasyaAllah... Semoga anak ku jadi macam gurunya malah lebih hebat lagi insyaAllah..
Ibnu Hashim
Kalau dalam posting 'keutamaan' yang awal tu disentuh bab tarawih yang kebanyakan orang salah letak keutamaan... rasanya ada satu dua butir lagi yang tertinggal dan kerap kali berlaku saban tahun....dan tahun ni pun ada lagi...

Kalau posting yg dulu dibandingkan yang sunat dengan yang fardhu...malam ni...dinihari ni nak bandingkan antara sunat dengan yang sunat... Begitulah tersusun indahnya Addin ini mengajar dan memberi petunjuk dalam segala segi dan segala hal. Setiap satu itu berjalan atas paksinya sendiri dan tidak bercanggah serta mempunyai keutamaan dan kegunaannya sendiri. Kalau semua maklum Fardhu lebih aula dari yang sunat...tapi kita masih melihat segelintir yang masih tak paham (kes tarawih lagi la nih). Maka dari segi sunat pun ada yang perlu diutamakan ke atas ibadah sunat yang lainnya.

Aku perhatikan mereka yang berjemaah di masjid ini (alhamdulillah...cukup ramai sekarang ini...) antaranya yang mengambil enteng akan solat sunat selepas Isya' . Selesai sahaja solat Isya' , maka jemaah ada yang bangun (majoriti) untuk meneruskan solat ba'diyah ini. Namun, seperti kes semalam tu, di kiri dan kanan aku tu duduk sahaja dan tidak mengerjakan solat ba'diyah ini... Mereka menunggukan solat Tarawih!!!! (Jangan silap...aku bukan anti Tarawih!)

Dalam hal ini juga diperhatikan, ramai jemaah Jumaat yang datang ke Masjid akan menunaikan solat qabliah ..alhamdulillah.... TAPI malangnya setelah tamat atau selesai solat Jumaat, terus ciao angkat kaki....segelintir sahaja yang menunaikan solat Ba'diah sedangkan solat selepas Jumaat itulah yang Muakkadahnya!!!

Nak tulis lagi bab ni pun rasanya tak yah dah... Tajuk posting ni pun KEUTAMAAN, so faham faham je lah... Jangan silap Priority!!


p/s: Nak Husnuz Dzonnya, depa ni solat sunat ni kat umah lo kot....
Ibnu Hashim
Masih lagi berkisar pasal TV pagi nih... Nampaknya sampai 3 artikel aku pagi ni hasil dari tengok berita pagi TV3...mmmm...

Tapi ni bukan pasal berita pagi tu...bukann... Maklumlah kan TV Swasta, ada le iklan. So berita pagi tadi ni berhenti kejap pasal tunjuk iklan... selingan daripada rancangan Melodi hari esok...dia tunjukkan sikit sikit 'temuramah' dgn bakal bakal pemimpin negara ini nanti...Para Artis (biar betul!)

Dalam pada itu, terselit lah kata-kata daripada seorang artis gediks yang aku tak kenal pun... mukanya macam kertas lukisan beb...penuh kaler..rambut lak mengerbang macam baru turun dari Roller Coaster (tapi dema kata cantik? Pelik kan?) ..Artis ni kata dalam snapshot tu.. "Orang pergi ke Kelab ni tak semestinya jahat.."

Teman tak la pulak tahu kelab apa maksud dia tu...tapi logiknya takkanlah Kelab Darul Ehsan kot... Mana ada orang kata pergi Kelab Darul Ehsan ni orang Jahat... Nak kata Kelab Bolasepak... Lagi le tak ada..habih kuat pun orang kata dema yang pergi tu buang karan jer... Kelab Golf? Tak tahu le aku......Jadi kelab apa yerk?

Selalunya orang akan kata Pegi KELAB MALAM tu orang yang jahat, tidak bermoral... Aaaaa...yang ni kena. Rasanya dia merujuk kepada KELAB MALAM la tuuu....

Nampak macam melayu..melayu baru le nih. Ni nak habak mai, Orang pi KELAB MALAM tu.. MEMANG ORANG JAHAT! haaaaaa...sapa nak sanggah?

Apa ada kat Kelab Malam tu?


"DEMI ALLAH, SESUNGGUHNYA TELAH KAMI UTUS (beberapa rasul) KEPADA UMAT UMAT YANG SEBELUM ENGKAU, LALU SYAITAN MENAMPAKKAN-BAIK DALAM PEMANDANGAN MEREKA PEKERJAAN MEREKA (yang buruk) DAN DIALAH PEMIMPIN MEREKA PADA HARI ITU DAN MEREKA MENDAPAT SEKSAAN YANG PEDIH"
AN-NAHL: 63


Ibnu Hashim
Alhamdulillah..YES! Akhirnya kita ada ibusawat kita sendiri! Selama ini kita ni ding! Dong! Ding! Dong! antara Amreka dan Singapura bila nak akses internet.. Nak capai negawa maju, prasarana mesti bagusss.... Alhamdulillah...mudah mudahan internet makin murah lah... Cumaaa..(ada cumanya pulakkk)...

Mari kita lihat positif dan negatifnya...

Positif

1. Kita berdiri sendiri tanpa mengharap kepada negara luar.
2. Memajukan lagi industri Internet negara.
3. Pengguna dapat perkhidmatan yang murah.
4. Selaras dengan hasrat menjadi negara maju.


Negatif

1. KERAJAAN BOLEH KONTROL INTERNET (Macam Pak Lah claim hari tu, "I'm IN CONTROL")
2. Perkhidmatan murah hanya dapat dijamin sekiranya tak ada kroni moni masuk, contohnya TNB, sungguh pelik boleh rugi! Tak pernah dengar orang boikot tak mo pakai elektrik...Elektrik ni satu KEMESTIAN, tapi TNB rugi! Tak pelik ke? Oooooo.. ada IPP ..lupa lak. :)


Pada masa kini, kebanjiran blog blog ini tidak disenangi pihak kerajaan pasal dema tak leh nak kontrol berita lagi dah. Rakyat dah buleh dapat berita alternatif dari internet dan bukan lagi hanya berita yang disogokkan kerajaan semata mata... Pemuda dia lak lempar tuduhan blog blog ni 'Penembak curi' (Sniper?) dan memberi maklumat tak tepat (tapi dema tak balas pulak 'tembakan curi' tu dengan fakta - kalau dah tak betul hangpa perbetullah)

Maka dgn adanya ibusawat Internet nih....jeng jeng jeng... I'm In Control of Even Internet Now!

gegegegeegegeeg....... lagi 6 bulan jer!

p/s: Aku pun dah tak pakai Onion Server dah....

Ibnu Hashim
Pagi ni sempat aku tengok berita pagi di TV 3. Saja nak sentuh bab tindakan drastik atau segera yang diambil oleh PM untuk menangani masalah pembayaran lewat kontraktor kerajaan. Pada aku, memang betul pun, ada kontraktor terutamanya dalam bidang pembinaan ini lewat mendapat bayaran kerja kerja mereka...takat sebulan dua mungkin biasa,ini ada yang makan tahun pun tak dapat lagi...contohnya abang ipar aku la..ntah berapa tahun dah JKR tak bayor kerja kerja dia sampaikan dia ucapkan tak payah lah..kira sedekah je lah...

Oleh itu, tepat lah tindakan tu...saya sokong...syabas Pak Lah!

Jadi, PM telah gariskan 5 (lima) tindakan yang akan diambil bagi mengatasi masalah lambat bayar ini. Aku nak sentuh satu jer iaitu:

- MENAMBAH KAKITANGAN KONTRAK JKR UNTUK MENGATASI KEKURANGAN KAKITANGANNYA DAN KALAU PERLU BOLEH 'OUTSOURCE'

Tapi (ada tapinya pulakkk).... alangkah bagusnya kalau tindakan yang sepantas dan secepat itu juga diambil dalam menangani perkara dan masalah negara lainnya WALAUPUN tak ada keuntungan material (AL-FULUS) dalamnya. Apatah lagi ianya memberi kemaslahatan dan keuntungan rohaniyyah kepada Umat Islam ini..

Apa yang aku nak cakap ialah berkenaan dengan sebuah Jabatan lain kerajaan iaitu JAKUN eh silap...JAKIM...

Kesian JAKIM, bayangkanlah, dengan hanya 6 (ENAM) orang penguatkuasanya perlu memantau keseluruhan produk yang dikeluarkan sijil HALAL olehnya. SATU MALAYSIA ni, 6 orang je nak pantau...nasib baik tak kena santau! Keluhan kekurangan kakitangan ni dah jadi macam S.O.P. kepada JAKIM untuk menjawab persoalan yang dilontarkan kepada mereka... Ibarat Tangan dan kaki mereka diikat, kemudia dicampak ke laut dan disuruh berenang!! Tu tak masuk lagi nak pantau kes kes maksiat kat taman taman, kes khalwat la itu la ini la... Dah tu pulak, SURAU dan MASJID pun nak kena pantau (hok ni yg paling utama nih) dan pastikan Khutbahnya yang 'ORI' je iaitu dikeluarkan oleh Jabatan Agama. (ni Jabatan Agama lah..tapi JAKIM pun ada jugak)

p/s: Perumpamaan ini tak termasuk kpd PASKAL ar...with respect, PASKAL memang buleh berenang dgn tangan dan kaki terikat...Toksah loyar buruk ar..
ISI
Ibnu Hashim
Kerajaan India kata dia akan beri bukti bahawa ISI yang mendalangi pengeboman itu...
Ye la tu..belajar kat Amreka la tu..ada bukti ada bukti..last last yang ada minaci jer... tengok la apa bukti dia nanti tu... dalam statement tu pun kata suspek yang dipercayai terbabit tu ditangkap dalam keadaan khayak dgn dadah.. Mmm...pejuang Islam tulen le tu yer? Ada ke pejuang islam Mat Paipon? Biar betul... Ntah mamat Paipon mana dia upah dadah suh mengaku...laju je la mamat tu... Tengok je la... tapi aku memang tak caya geng geng depa nih..memang depa tunggu peluang bantai Umat Islam... HAPRAK!
Ibnu Hashim
Masjid Masjid dilarang mengadakan Tazkirah dan majlis Ilmu..yang menghalangpun bukan orang kapiak...orang yang mengaku Islam jugak.. Dikalangan berilmu pulak..
Namun, Alfulusu fiddunya, wal mampus fil akhirah!

Pesan Rasulullah: Ganjaran pahala hadir majlis ilmu

KEDATANGAN Ramadan tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu budaya menambahkan pengetahuan memang dituntut tidak kira bila atau di mana juga.

Daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy.

Justeru, Ramadan bukan saja bulan latihan, kesabaran dan berkat, malah bulan ilmu. Ia memberi peluang kepada seseorang mendapat ganjaran dan pahala serta menjauhkan diri perkara sia-sia.

Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa Abu Darda’ berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kami menjadi orang berilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mempelajari ilmu.”

“Jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. Jangan kamu jadi golongan keempat (yang tidak termasuk dalam golongan itu). Hendaklah kamu tinggalkan perbuatan golongan keempat itu.”
Ibnu Hashim
Image Hosted by ImageShack.us



Ikhsan: Tok Guru, Tko
Ibnu Hashim

Imperial Iranian Air Force (IIAF) menerima Drone baru buatan tempatan! Satu lagi fakta yang menggerunkan Amreka... Sebenarnya inilah yang ditakuti oleh Amreka ni, Teknologi Sendiri!

Sekarang ni termasuklah negara aku nih pakai Teknologi Barat...entah apa kejadah Bug yang dema planted dalam pelbagai alatan alatan canggih dema yang kita beli termasuklah Pesawat Pejuang kita sekarang ni pun kita tak tahu. Teknologi depa punya, dema leh ajar sekerat je dan claim kata dah habih...setahu temanlah, setiap teknologi dema ni mesti ada ’back door’ untuk dema gunakan kelak...Alahh...busuk busukpun masa perang esok camana kita nak buat sedangkan spare part pun kena melutut mintak kat dema!

Tu pasal yang Amreka dok sibuk sibuk dengan Plant Nuclear Iran tu...Dema tak mo Negara Umat Islam ni maju dan ada teknologi sendiri, Macam Russia dulu lah..

Teringat aku kat sebijik Stealth Aircraft dema dapat dikesan radar Russia dan ditembak jatuh di sebuah negara Balkan dulu... Tak ingat dah negara mana ntah..kelam kabut lepaih tu Amreka ni tarik balik Squadron Stealth dia yang deployed ke sana... Rupa-rupanya stealth pada Radar dema jer...tidak kepada Radar Buatan Russia!!!

Radar Russia ni teknologi dia lain, falsafah dia lain..kacang je dia detect ’stealth fighter’ tu...dah tu jammer dia pun tak berfungsi untuk jamming Missiles teknologi Russia tu... Apa lagi KAKABO!! Kena tembak!! Jaguh kampung rupanya! Hang kata Hang terer!?

Tak tahu la apa keupayaan Drone terbaru nih..mungkin boleh membunuh jugak sama macam Drone yang dibuat oleh Amreka tu. Teringat dulu pada 30 May tahun nih, UAV Iran telah terbang di USS REAGAN selama 25 minit tanpa dapat dikesan oleh Radar Kapal Perang tuh!! 25 Minit BEB!!! Lamaaa tuuu!!! Lepas tu baru nak kalut dema scramble UAV tu, UAV tu pun dah lepas balik masuk ke sempadan dah! Tu yang Amreka dok risau keluh kesah dgn Iran tuh!!

Memang Saintis Iran berjaya mencari Loopholes dalam sistem reconnaisance Amreka tu. La ni dah ada Drone terbaru lak tu..kes UAV tu pun baru je 4 bulan lepas! Yang tu pun dema tak tau camana leh undetected dan masih dok kaji...ni dah keluar baru punya Drone!

Ko tunggulah saat kebinasaan mu Amreka!!!

Ibnu Hashim
Kerajaan India hari ini menuduh kejadian pengeboman pada 11 Julai dulu di negaranya adalah didalangi oleh pihak 'intelligence' Pakistan. Pengeboman di Mumbai tersebut yang telah membunuh seramai 200 nyawa dikatakan dilakukan oleh Pakistan,

Walaubagaimanapun, pihak Pakistan menafikannya dan meminta supaya pihak Polis India untuk mengemukakan bukti mereka bagi mengukuhkan dakwaan liar mereka tu!

Menurut berita itu lagi, Si Inspektor Sahab ni telah mengatakan bahawa " "The terror plot was ISI sponsored and executed by Lashkar-e-Tayyaba operatives with help from the Students Islamic Movement of India," Roy said at a news conference to announce the completion of the investigation.

Lashkar is a Pakistan-based Islamic militant group, while the Students Islamic Movement of India, or SIMI, is a banned Islamic group."

Nampaknya tak lain nak mengaitkan ISLAM sekaligus ke dalam hal ini! Inilah kerja pihak kuffar..tak habis habis dengan penentangan demi penentangan terhadap umat Islam. Apa sahaja yang boleh diambil kesempatan akan dinyatakan dan digunakan sepenuhnya.

Mungkin ianya ada kaitan juga dengan kelantangan Pervez Musharraf yang mendedahkan betapa Amreka mengugutnya akan menghancurkan Pakistan..."Bersedialah untuk kembali ke zaman batu" Itu antara kata kata ugutannya.

Mungkin ini adalah bunga bunga untuk mereka menghalalkan serangan ke atas Pakistan dan memulakan projeck Stoneage mereka tu!?

Kita ni digasak kiri dan kanan, depan dan belakang, atas dan bawah...dan di akhir ceritanya, kitalah yang pengganasnya..kitalah yang jahatnya...dan kitalah yang baruanya!!! HAMPEH KORANG SEMUA!!!!