Ibnu Hashim
Kebahagiaan Pertama – Tidak Membuat Dosa Pada Hari Yang Dilalui

Ianya adalah merupakan satu kebahagian bagi seorang mukmin itu apabila hari yang dilaluinya, qalam terangkat daripadanya melalukan dosa! Alangkah bahagianya bila rekod amal kejahatannya pada sehari hari itu kosong dan tiada dicatatkan sebarang dosa yang telah dilakukannya pada hari itu!

Sesungguhnya kehadiran dan kewujudan kita ke dunia ini hanyalah untuk beribadat kepadaNya dan tidak bermaksiat kepadaNya. Itulah TUJUANnya kita ini diwujudkan di alam maya pada ini... Maka apabila kita bermaksiat kepada Allah S.W.T. maknanya kita telah menyalahi hukum asal tujuan kejadian dan kewujudan kita ke muka bumi ini. Namun, manusia ini tidak sunyi dari salah dan silap dan dengan RahmatNya dan sifat Al-GhafurNya sentiasa mengampuni setiap dosa anak Adam sekiranya mereka bertaubat dan memohon keampunan dariNya.

Bayangkanlah apabila hari yang dilalui oleh seorang mukmin itu, tiada dicatitkan sebarang dosa padanya...alangkah gembiranya mukmin itu pada ketika ianya berlaku. Tiada sebarang dosa dilakukannya pada hari itu sedangkan manusia ini tidak sunyi dari salah dan silap namun mukmin ini berjaya mengelakkan melakukan sebarang dosa dan maksiat kepada Allah S.W.T. sekaligus menepati tujuan asal ianya diwujudkan! Alangkah bahagianya!! Inilah kebahagiaan atau Hari Raya yang pertama untuk orang mukmin!!
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    sheikh, sowwy sebab agak lama aku tak drop by kat blog hang ni... syukur hang berkongsi citer pasal 5 raya aka kebahagian sebenar. semoga Allah memberkati ilmu yang dikongsi ini...


  2. Anonymous Says:

    errr...anakmami...??

    Errr...ok ok tima kasih lawat ke mari...


Post a Comment