Ibnu Hashim
Syawal tahun ini membawa daku untuk menemui semula sahabat lama yang telah sekian tahun terpisah.. Jarak rumah kami tidak jauh, namun giliran kami ke rumah mentua selalu sahaja berselisih sehinggakan waktu kami di kampong tidak bertepatan. Bunyinya macam mustahil tetapi itulah hakikatnya….

Sahabat sejak kecil yang menjadi geng penunggu titi kat kampong kami dulu ini kini telah menjadi seorang yang hebat….dia sentiasa sahaja terkehadapan daripada diri ini… Masih ingat lagi, ketika itu, dialah yang lebih rockers lagi dari aku….laju lagi jari jemarinya memetik tali temali alat yang dipanggil gitar itu dariku… Rambut pun tak dapat lawan sebab rambutnya lagi panjang! Lagi hebat pakaiannya rockersnya…perkh! Rock habis! Tu tak masuk dalam sukan, lagi ligat lariannya membawa bola hingga ke dalam gol…tercungaplah aku mengejarnya tapi tak termampu… Dalam pelajaran pun dia lebih terkehadapan dari ku..bermula peperiksaan penilaian darjah 5, beliau mendapat 5A, dalam SRP juga begitu dan beliau melangkah ke Asrama penuh meninggalkan aku terkulat kulat…rock , rock juga tapi beliau cemerlang dalam hidupnya…Kami melangkah sama ke ITM dan aku terus menyaksikan akan kecemerlangannya dan akhirnya beliau berangkat ke Luar Negara yang mana menyaksikan kami terus terpisah jauh…jauh meninggalkan aku dalam segala segi…

Kini di usia kami ini, beliau sedang mengejar Ijazah Doctorate nya yang mana terlalu jauh rasanya untuk aku jangkaui… Inilah, tahun inilah kali pertama aku bertemu dengan anak isterinya. Ku sangka diri ini telah cukup bagus...belum lagi, kehendak Allah menemukan aku sekali lagi dengan hambanya yang hebat ini dan aku menyaksikan pula betapa jiwa rohaninya jua telah jauh meningkat tinggi meninggalkan aku! Kalau dahulu aku pernah menegurnya kerana solatnya yang begitu ringkas dan cepat, hari itu, ketika aku ke Masjid solat Jumaat, ku lihat dia di depan mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid begitu panjang dan kusyuk sekali!! Allah telah menempelak aku sendiri atas ”kesimpulan” yang pernah aku buat belasan tahun yang lalu dengan memberi aku peluang menyaksikan betapa sahabat aku ini telah berubah! Begitu juga solat Ba’diah yang begitu panjang sekali....(dulu aku komplen solatnya terlalu cepat...sujud macam patuk ayam!)

Beliau juga telah 'mewakafkan' dengan berpisah dengan anak beliau yang kecil, sekecil 6 tahun untuk mengikuti pembelajaran Al-Qur’an dan seterusnya menjadi seorang Hafizah sepenuh masa! Anak sekecil itu telah dihantar dan terpisah jauh darinya! Sedangkan aku, anak perempuan ku, aku tunggui sehingga usianya 13 tahun untuk ku hantar atas alasan mahu mendidiknya dgn ilmu rumahtangga dahulu...benarkah tindakan aku itu? Ah sahabat!! Engkau sentiasa sahaja mendahuluiku!

Ya Allah! Alhamdulillah ku panjatkan syukur padamu Ilahi kerana mengurniakan aku seorang sahabat yang begitu hebat untuk aku cemburui dan untuk aku contohi!! Semoga silaturrahim ini akan berpanjangan dunia akhirat dalam RedhaNya...
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    Hebat sungguh sahabat saudara tu, tak termampu sesetengah kita nak buat macam dia, sanggup berkorban, berpisah dengan anak yg begitu kecil demi utk akhirat. Agaknya bila kita boleh macam tu?

    Salam perkenalan


  2. Anonymous Says:

    Itulah...kerja Tuhan... Kita pohonlah agar Dia memilih kita pula..usahalah ke arah itu...
    Mujahadah sungguh... Katanya...aku ni tumpo memanjang..hantar anak bukan apa..nak tumpang anak esok di akhirat...masih lagi merendah diri... Seorang lagi anaknya juga di asrama..
    W'salam


  3. Anonymous Says:

    strikeagle ke nih? Si Penembak Helang?


Post a Comment