Assalamu'alaykum..
Alhamdulillah segala puji dan puja hanyalah bagi Mu Ya ALLAH.. Tuhan sekelian alam, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, tiadalah daya dan upaya ku melainkan Engkau Ya ALLAH..Dzat Yang Maha Tinggi, Maha Agung Engkau yang menguasai timur dan barat..Bergantung segala sesuatu itu kepada Mu jua. Kepada Mu ku pohon ampun dan aku bertaubat dari segala dosa dan noda yang banyak telah aku perbuatkan.. Sesungguhnya lautan keampunan Mu amatlah luas, maka ampunilah aku Ya ALLAH..dan Engkau ampunilah kedua ibu dan bapa ku, anak isteri ku, guru guru ku, abang2 dan kakak2 ku,datuk datuk dan nenek nenek ku serta sekelian pada muslimin dan muslimat yang tunduk sujud memohon keampunan Mu serta bertaubat kepada Mu...
Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi mulia kekasih ku Muhammad saaw serta ahlil bait seluruhnya dan para sahabat baginda r.anhum ... Hanya melalui sunnah mu Ya Rosulullah kami dapat mematuhi dan menjauhi akan segala larangan ALLAH SWT. Jasa mu tak mungkin dapat kami balas, guru dunia dan akhirat...
Namun segala sesuatu itu telahpun tertulis sejak azali lagi oleh tuan pemunya seluruh alam dan isinya ini ALLAH 'azza wa jalla... Sungguh tiada sesuatu pun yg terlepas dari ilmuNya melainkan segala sesuatu itu adalah dibawah kekuasaan dan pemerintahanNya jua..
أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَـٰدً۬ا (٦) وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادً۬ا (٧
(Mengapa kamu ragu ragu kekuasaan Kami menghidupkan semula orang orang yang telah mati?) Bukankah Kami menjadikan Bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? (6) Dan Gunung ganang sebagai pancang pasaknya? (7) (An-Naba;)
Siang dan malam sebagai suatu tanda kebesaran ALLAH SWT ke atas alam ini. Kita selaku makhluk bernama manusia adalah yang paling banyak menerima nikmat ke atas segala apa yang ada di dalam dunia ini. Namun sedikit sekali dari kita ini yg bersyukur..
Tiadalah di kalangan kita ini melainkan para 'Ulama lah yang paling taqwa kepada ALLAH. Ulama' adalah pewaris para anbiya a.s. Pada mereka terakam kesabaran Nabi Nuh as. sabarnya berdakwah siang dan malam selama 950 tahun tanpa henti. Dan dikurniakan hidayah hanya sekita 83 orang sahaja pengikutnya. Sehinggakan anak dan isteri sendiri tidak beriman kepadanya ...Diberi perintah membina kapal di tempat yg jauh dari laut ..dituduh gila dan macam macam...namun tetap sabar dalam menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi..
Pada mereka terukir kehebatan dan ketabahan Nabi Ibrahim as. Tabah meninggalkan anak yg masih kecil dan isterinya jauhhhh di lembah Bakkah. Tabah pula meninggalkan isterinya yg sulung berserta anak kecil Nabi Ishaq as di Palestine.. Tabahnya isteri patuh tak bertanya lagi suaminya kemanakah beliau hendak pergi dan kenapa meninggalkan mereka berdua di padang pasir tandus tatkala dijawab ianya adalah Perintah ALLAH. Setelah beberapa tahun, kembali pula Nabi Ibrahim as. menemui anak isterinya, namun atas tujuan untuk menyembelih anaknya itu pula... tabahnya si anak menurut lantaran ianya perintah ALLAH ... sudahlah lama tidak menjengah, baru ziarah sudah mahu menyembelih pula! Tabahnya insan insan terpilih ini... subhanallah... Selesai peristiwa korban, balik semula ke Palestine dan ziarah kembali tatkala anak sudah pun berkahwin..puluhan tahun berlalu... atas pesanan "tukarkan jenang pintu rumah mu ini" si anak yg tak merasa kasih sayang seorang ayah, taat terus menceraikan isterinya kerna itu perintah ayahnya kepada nya... Subhanallah... adakah anak sesoleh ini di zaman ini?
Pada para ulama tercerna kebijaksanaan dan kekuatan Nabi Musa a.s. Hidup bersama dengan makhluk ALLAH yang paling hina Fir'aun yg mana berani mengangkat dirinya sebagai Tuhan semesta Alam. Sabar dan bijaksana menurut perintah ALLAH untuk berdakwah dan menentang orang yg selama ini membesarkannya, memberinya makan dan pakai serta tempat perlindungan! (Wahai ust ust penjilat penguasa..kalian baru dapat Gaji sudah tak berani angkat muka depan penguasa yang zolim!) Ulama' yg ikhlas menurut akan sifat ini dan tidak gentar berhadapan dengan penguasa yang zolim. Rela dibunuh diseksa dipenjara demi agama yang suci ini!
Pada para ulama terserlah kasih dan sayangnya Nabi Isa a.s. kepada umatnya.. mewakafkan diri 24 jam untuk ummat. Ulama 'amilin adalah milik umat, hatta keluarganya pun tidak memiliki mereka. Pada mereka hanya ada ummati ummati ... teringat akan kata kata seorang anak allahyarham AF Ust Fadhil Noor bilamana dia jumpa ayahnya pada dua hari raya sahaja itupun sekejap... subhanallah!!
Kepada para Ulama ini terpancar akhlak yang baik dan indah sepertimana contoh teladan ygn dititipkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saaw,..
وَجَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِبَاسً۬ا (١٠) وَجَعَلۡنَا ٱلنَّہَارَ مَعَاشً۬ا (١١
"Dan Kami telah menjadikan malam (dgn gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi) ? (10) Dan kami menjadikan siang (dgn cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?" (An-Naba')
p/s: Yg ni pd bulan lepas... publish je lah...
Post a Comment