Assalamu'alaykum warahmatullah..
Alhamdulillahi Robbil 'Alameen.. Ku panjat syukur dan puji pujian bagi Mu Ya ALLAH, yang telah menjadikan aku dan menghidupkan aku di alam maya ini melalui perantaraan ayah dan ibu ku. Dengan kasih sayang Mu aku melihat dunia ini, berkasih sayang sesama makhluk Mu lainnya dan berperang dengan musuh Mu laknatullah juga berperang dgn nafsu haiwani dalam diri ku sendiri. Bantu lah aku Ya ALLAH dalam perjalanan ku menuju Mu dengan membawa harapan dan impian selaku insan yang serba lemah dan serba kekurangan.
Bergantung segala sesuatu itu kepada Mu sedangkan Engkau megah berdiri dengan sendirinya tanpa memerlukan sesuatu apa pun dari makhluk Mu sedangkan segala makhluk Mu amat amat memerlukan Engkau Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang Maha Lemah Lembut ..
ALLAH, Sampaikanlah selawat serta salam penuh kerinduan ke atas kekasih Mu baginda Rosulullah s.a.w. serta ahlil bait baginda dan para sahabat ridwanullahu 'alaihim ajmain... Berilah kami kekuatan untuk mengamalkan sunnahnya sebagai tanda kasih dan sayang kami kepada baginda s.a.w.
Marilah kita mengucapkan sebesar sebesar kesyukuran kita kepada ALLAH SWT atas segala nikmat yang tak terhitungkan kepada kita siang malam pagi petang sedar jaga malah pada tiap saat, detik dan ketika. Maha Suci Tuhan y ang menciptakan alam ini dengan segala keindahan... Subhanallah...
Pengabdian Diri Kepada ALLAH Adalah Jalan Kebebasan!
Dalam kehidupan ini, kita dibekalkan dengan nafsu keinginan kepada keindahan dan kemewahan duniawi. Setiap sesuatu itu adalah ujian pula kepada kita, perkara yang sama boleh menjadi fitnah kepada seseorang tapi sebaliknya menjadi satu rahmat kepada orang lain. Yang menentukan samada berjaya atau tidak adalah dengan apabila kita menundukkan nafsu untuk menurut syarak, buat apa yang ALLAH perintah dan tinggalkan apa yang ALLAH larang dan tegah melalui amalan yang telah diajarkan melalui sunnah Rosulullah s.a.w..
Mahu harta kekayaan?
Bolehhh...
..... ukur kemampuan diri mu sendiri tentang bila berhadapan dengan dunia yang penuh pancaroba ini. Adakah aku mampu mengikut jejak jejak Abdul Rahman Bin Auf r.a. atau aku akan mengikut jejak langkahnya Qorun ? Kalau ko tak mampu, maka hiduplah sekadar cukup keperluan mu dan anak anak serta isteri isteri mu dan bersabarlah dengan dunia yang sementara ini. Infaqkan lebihan rezki mu walaupun hanya sebelah atau sehiris tamar! Ingatlah, dunia yang tiada berkesudahan itu adalah lebih baik dan kekal berbanding dunia yang sementara ini.
Mahu jadi penguasa?
Silakan..
...ukur kemampuan diri sendiri dalam melaksanakan hak hak mereka yang di bawah penguasaan atau pemerintahan mu.. adakah kau mampu membawa mereka kpd Redho ALLAH sepertimana Raja Nabi Sulaiman a.s.? Atau engkau hanya akan menjahanamkan diri mu sendiri dan mereka yang dibawah penguasaan mu sepertimana Firaun laknatullah?
Mahu beristeri/tambah isteri?
Boleh sahaja...
..ikutlah syarak, tundukkan rasa cinta mu itu menurut syarak. Rasa cinta itu ko tak akan mampu membendungnya, ianya adalah anugerah ALLAH jua, namun jangan dituruti sepenuhnya selagi belum di'islam'kan cinta kalian dengan ijab dan qobul. Berusahalah ke arahnya, ianya adalah jihad dan berpahala pula. Niat yang betul ALLAH tahu dan manusia lainnya tak tahu... ukur lah diri mu sendiri... perbetulkan niat.. Ingatlah, isteri isteri mu di dunia adalah isteri isteri mu di Syurga jua insyaALLAH.
Perkara yang sama, tapi memberikan natijah yang berbeza kepada dua pihak yang berlainan niat, maksud dan amalan.
Tsunami yang melanda Acheh, semua disapu bersih dalam perjalanannya (kecuali yg ALLAH kecualikan), mangsanya sama sama meninggal, dalam kejadian yang sama namun ianya adalah BALA bagi sebahagian dan MUSIBAH bagi sebahagian yang lainnya. Mereka yang bermaksiat ditimpakan bala atas mereka dan mereka yang beriman ditimpakan musibah pada satu kejadian yang sama..!!
Maka tiap apa yang kita lakukan, sentiasalah ingat pada Nya, YAKIN pada janji janjiNya, jangan berputus asa selagi masih bernyawa atau belum nyata akan apa sebenarnya yg ditaqdirkan ke atas mu samada dari segi rezeki mu, jodoh mu, kekayaan mu dan sebagainya. Untuk mencapai kejayaan yang hakiki, maka ikutlah mereka yang telah berjaya iaitu para Sahabat r.anhum dan para salafussoleh
PEngabdian kepada ALLAH itu sebenar benar kebebasan dan kemerdekaan pada hakikatnya. Ianya dapat mebebaskan hati dari perhambaan pada selain dari ALLAH yang bersifat serba kekurangan dan lemah. Masih ramai lagi penyembah penyembah berhala dan ism ism di dunia ini. Tidak kurang juga yang memperhambakan diri pada harta kekayaan, wanita dan kekuasaan (melalui jalan yang bathil). Mutaakhirin meyaksikan munculnya penyembah penyembah akal, penyembah teknoloji, penyembah ideologi dan segala macam toghut lagi na'uzubillah.
Tiada daya dan upaya untuk membawa kebahagiaan dan ketenangan hati melainkan mengarahkan seluruhnya kepada ALLAH SWT dengan penuh khudhu' dan cinta kasih sehingga hatinya tak dirisaukan lagi dengan aneka ism ism dan sesembahan sesembahan mahu pun tuhan tuhan modern yg dinyatakan di atas yg macam macam itu!
Ibadah itu Makanan Rohaniyah
Manusia ini bukan sahaja ada jasad kasar tetapi juga ada jasad halus iaitu Ruh. Tubuh dan jasad kasar ini sama sahaja sepert pakaian yang kita pakai tu. Cuba tengok pakaian yang tergantung di dinding atau almari pakaian mu, lemah tak bermaya. Sehinggakan kedai kedai kain atau yang menjual pakaian tu terpaksa 'mencipta' 'jasad' (mannequine) untuk dikenakan pakaian itu tadi untuk tatapan ramai. Kerna apa? kerna ia hanyalah pakaian dan hanya berguna kalau dipakai di tubuh kita! Kalau hanya dalam keadaan tergantung atau terlipat, maka dari segi 'persembahan'nya agak kurang menarik perhatian pembeli atau pelanggan. Maka begitulah perumpamaannya antara jasad kasar dan jasad halus kita, saling memerlukan namun jasad halus itulah yang wajib kita lebihkan perhatian padanya.
Keduanya memerlukan makanan dan minuman untuk terus 'hidup'. Ruh ini perlu diisikan dengan santapan ketenangan atau sakinah dan kemantapan jiwa. Dengan itu baru dapat fokus dan mengenal dirinya. Air yg tenang mampu mencerminkan wajah kita tatkala kita merenung ke air itu, tetapi sekiranya air tu tak tenang dan berkocak, kita tak mampu menatap wajah tampan kita tu dengan baik dan jelas.
Begitulah hati ini, sekiranya hati tak tenang, maka tak mampu untuk melihat ke dalam dirinya sendiri untuk mengenali dirinya sendiri. Eh! Betul ke hidung aku senget nih? Mata aku cemey ker? Mulut nampak macam terjuih ka? Telinga aku ni capang sebelah ker? Namun itulah natijahnya yg ternampak pd bayangan wajahnya di air yang berkocak. Ini membawa maksud hati yang tak tenang tak akan mampu mencerminkan akan dirinya sendiri yang sebenar.
Yang haq dilihatnya sebagai bathil, yang bathil dilihatnya sebagai haq. Betapa umat ini kita jauh dari amalan sunnah Nabinya malah tidak kurang pula mereka yang mencemuh mereka yang mengamalnya. Bukan setakat mereka yang mengamalkan sunnah sahaja mereka cemuh, yang bercita cita untuk mengamalkannya pun mereka perolok olokkan. Sudah lah mereka sesat, mereka mahu menyesatkan pula. Itulah cerminan kepada hatinya yang tidak tenang dan berkocakan sehingga menampakkan bayangan wajahnya hodoh sekali, padahal dialah (al insan) sebagai makhluk yang sempurna kejadiannya diantara sekian banyak makhluk ALLAH.
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Terjemahannya:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Ar-Raad:28)
Maka tenangkanlah hati kita ini dengan memperbanyakkan zikir yang boleh menyucikan hati dan menenangkan jiwa. Bila jiwa tenang, tiadalah kita berkocakan dan berserabut dengan hal hal dunia yang remeh temeh ini lagi insyaALLAH..
Hati nurani manusia ini sentiasa berhajat untuk bermunajat kepada penciptanya. Komunikasi dgn Sang Pencipta oleh hati ini hanya boleh dicapai melalui 2 cara (al-Ghazali):
1. Melalui amal Ibadah
2. Melalui isti'anah dan tawakkal
Dengan melakukan 'amal ibadah serta isti'anah dan bertawakkal, ruhani manusia laksana mendapat habuan makan yang membuatnya segar dan bertenaga.
Segala macam kelazatan lahiriah ni tak mampu menolong sedikitpun untuk menciptakan suatu pengabdian dan kebaktian kepada ALLAH SWT melainkan dipandu oleh Ruh yang sihat. Pakaian yang kita pakai ini, pakaian yang sama boleh saja di bawa ke tempat maksiat dan pakaian yang sama boleh juga dibawa ke Masjid! Bergantung kepada si pemakainya! (umum).
Hidup Adalah Ujian
Hidup kita ini, panjang atau pendek bukan tujuan atau maksud, hidup kita ini bukanlah Pangkalan yang terakhir!! Hidup kita ini tidak lain melainkan pangkalan untuk kita berpindah ke hidup yang lain dan ke kampung yang lain, itulah hidup nan abadi kekal selamanya tiadalah ia akan rusak binasa lagi selama lamanya abadan abada...
وَمَا هَـٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ.
Terjemahnnya:
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupanan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-Ankabut:64)
Kita idup di sini hanyalah untuk mempersiapkan diri buat kehidupan di kampung yang kekal abadi. Kita kumpulkan bekalan di sini untuk perjalanan yang jauh. Kita bukan sahaja akan bawak bekal amal sendiri, kita akan bawak anak isteri dan keluarga kita bersama kita.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Terjemahannya:
"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan" (At-Tahrim:6)
Peperangan Dalam Jiwa
Aduhai diri ku, apakah kau kira dalam kehidupan yang sesingkat ini di dunia ini, kau harus bersenang lenang sahaja?Apakah engkau menyangka kenikmatan menatap wajah ALLAH di SyurgaNya itu ko akan dapat tanpa melalui jalan susah payah dan ujian serta cubaan???
Sungguh kalau begitulah yang engkau fikirkan duhai diri ku, apa bezanya antara orang yang tinggal duduk senang lenang di rumah dengan orang yang berjihad di medan jihad?? Sama sahajalah antara orang malas dengan orang yang rajin, si jahil sama je dengan si 'alim, si Fasiq tak ada bezanya dengan si Soleh!!! Adakah kau kira neraca timbangan ALLAH seperti itu???
Justeru Syurga itu dikelilingi dengan segala sesuatu yang menjadi kebencian nafsu sementara Neraka dikelilingi dengan segala macam kesukaan nafsu!! Duhai Nafsu dalam diri ku..jangan kau ceburkan aku ke tempat yang engkau suka itu!!!! Sedangkan engkau akan puas sepuas puasnya di dalam SyurgaNya kelak dan KITA akan menderita sederita derita seazab azab sepedih pedihnya didalam Neraka itu!! Na'uzubillah... ALLAHUMMA Ajirni minannaarrr..!!!!
Bersabarlah duhai diri dengan ujian duniawi ini, sabarlah duhai nafsu ku, akan ku penuhi kehendak mu dengan syarat engkau tunduk mengikut apa yang diperintahkan Nya... mahu minum? Minum yang halal..ada banyakkk.... mau arak? Sabar lah..tunggu nanti di sana... nanti kita togoklah arak di sungai arak! Kita berenanglah dalamnya...tak akan buncit kekenyangan malahan dalam kenikmatan! Mahu wanita? Ikutlah jalan yang ALLAH gariskan... nikah! 2 3 4 kalau ko mahu dan kekal hidup bersama sampai ke syurgaNya kelak! Ukurlah kemampuan ku berapa yang aku sanggup! Ikut cara yang Dia redho..Mahu harta? Ambikkk... Ah Nafsu... tak akan habis ku tulis kemahuan mu di sini ... segalanya tersedia di sana! Faham!? ....Peperangan dalam diri meletus lagi entah kali yang keberapa ntah... La hau la wala quwwata illa billah..
Post a Comment