Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, segala puji pujian hanya layak bagi Mu Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa. Tiadalah Tuhan melainkanNya jua. UntukNya terhimpun segala kepujian serta segala sifat sifat kesempurnaan yang tak terhitungkan. Selawat serta salam ke atas pesuruhNya junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait serta para sahabat r.anhum dan muslimin muslimat sekelian di serata alam.

Mudah mudahan ALLAH permudahkan untuk aku menulis di blog ini.. Seminggu nan lalu, aku disalahanggap lagi.. hehahe..mungkin ini sahajalah tahap aku ini.. kena salah anggap saja. Bukan kena korban nyawa pun lagi... ALLAH tahu tahap aku. Tapi..pengajarannya, skil komunikasi aku ni teruk. Mesej selalu tak sampai, nak menjelaskan tapi aku yang kena, nak memuji tapi org anggap aku mengeji, nak kompliment tapi orang sangka aku mengutuk.. Ni umumlah apa yg dah jadi dulu dulu, bukan khusus utk kes minggu lepas tu.

Yang terjadi baru ni, aku nak menjelaskan tentang tindakan seseorang yang lain dari sudut perspektif yang mungkin aku faham tentang org itu. Citernya ada seorang tu telah ditegur oleh seorang yang lain. Memang aku tak setuju caranya menegur tu, tapi..yah..itu caranya, betul utk nya. Tapi yg menerima teguran tak berapa nak terima lantaran dia mahu ditegur mengikut cara yang kononnya betul padanya atau ayat sekarang ni hikmah. Lalu aku pun dgn lagak hero masuk ler memberikan pendapat aku dari sudut si penegur tu (bukan aku). Bertujuan nak menjernihkan suasana bila yg ditegur faham akan kedudukan si penegur tu.. tapi dek lemahnya skil aku tu..aku lak yg kena..ehehehe.. alhamdulillahi 'ala kulli haal..


Pendapat sekupang aku

Ni bukanlah nak mengatakan aku je betoi..tapi ni pendapat aku lah.. korang leh setuju atau tak setuju. Korang leh jugak komen kat sini kalau nak. InsyaALLAH, aku akan menjerit dan menjerit pada korang.. ehehehe..acah je. Kalau jerit pun korang tak dengar.. (tapi ALLAH pasti dengar!)

Dalam kehidupan kita sekarang ni. Ada ramai yang tersalah konsep (terutamanya aku lah). Bila dia dapat satu satu ilmu tu, ilmu tu dia akan borong habis pakai utk semua orang, semua keadaan, semua perlakuan. Seolahnya ianya adalah merupakan satu formula matematik yang mana pasti tak lari darinya! Benarkah begitu?

Pada aku tak benar..Lantaran dunia ni ada pemiliknya, dan pemilik dunia dan segala isinya ini adalah Yang Maha Bijaksana... Dia tak jumud bai! Aku bagi contoh bodo aku:

Kereta rekaan kita, hasil gabungan makhluk makhluk ciptaan yang Maha Pencipta, ALLAH SWT. Antaranya ialah getah, logam, plastik, sebatian kimia lain bla bla bla.. dari segi kepakaran pula tergabung dari pelbagai kepakaran ilmu antaranya mekanikal, kimpalan, kimia, elektronik, rekabentuk dan lain lain. Maka hasilnya ialah KERETA. Selesai.

Manusia Ciptaan ALLAH, hasil gabungan makhluk makhluk lain juga iaitu darah, sel, kulit, rambut, tulang, gigi, jantung dan senarai yang amat panjang yang mungkin tak habis nak dibincangkan di sini (sampai sekarang manusia masih kaji tubuh manusia). Maka hasilnya ialah MANUSIA. Selesai.

Satu rekaan manusia (kereta), satu lagi ciptaan ALLAH. Manusia ada manualnya iaitu Al-Qur'an dan sunnah. KEreta pun ada manualnya iaitu manual lah kan.. ehehehe. Betapa luasnya manual utk manusia itu merangkumi kesemua perkara yang berkaitan dgn manusia itu sendiri termasuklah alam ini, alam angkasa, alam barzah, alam malakut, alam jabarut dan entah berapa banyak alam lagi yg belum dijumpai dalam manual itu. Manual kereta.. hanya tentang kereta tu je. Tak ada kaitan dgn yang lain. Kerana apa? Kerna yang mencipta manusia itu turut mencipta segala sesuatu yang lain untuk manusia itu, maka seharusnya dalam manual illahiyyah itu terkandung segala macam perkara yang perlu utk manusia. Manakala yang mereke kereta, hanya tertumpu pada kereta sahaja..tu je kemampuannya. Dia tak mampu nak keluarkan manual tanam pokok getah macam mana (tayar). Tak mampu dia keluarkan manual cara cara melombong besi, melebur dan lain-lain. Dalam ertikata lain, manual Illahiyyah ini terbuka, universal boleh diguna dimana sahaja..tak terhad manakala manual manusiawi ini JUMUD. Selesai.

Kereta (rekaan manusia) kalau rosak, tak ada cara lain melainkan HANTOR ke MEKANIK atau BAIKI SENDIRI. Cara baikinya SATU je...Formula baikinya SATU je. KEreta rosak, orang tak hantar jumpa sinsei, tak bawak pi mandi bunga, tak bawak pi jampi..tak bawak buat kimoterapi, tak ada rawatan akupuntur, tak ada herba utk dimasukkan ke kereta, vitamin tak ada, itu tak ada, ini tak ada.. yang ada, BAWAK PI MEKANIK. Satu je FORMULA dia. Selesai.

Manusia (ciptaan ALLAH) kalau sakit (rosak fizikal), ada pelbagai cara utk kesembuhan yang telah ALLAH letakkan sebagai sunnatullah dan sebagai ibrah tentang betapa hebatnya ciptaanNya yang Maha Sempurna. Boleh saja ikhtiarkan ke Hospital utk juma doktor, jumpa sinsei, jumpa dukun (bukan bomoh), cucuk cucuk pakai akupuntur pun buleh, bagi makan herba pun buleh, bagi minum air jampi pun buleh, bagi terapi pun ok, dibedah pun buleh, di bawa mandi air panas pun buleh, diurut buleh, diberi motivasi je pun buleh, dengan do'a saja pun buleh, dengan solat pun buleh,  malah 1001 cara atau kaedah buleh digunakan untuk merawat sakit yang sama bagi manusia itu. FORMULA dia ada BANYAKKK... selesai.

Contoh penggunaan

Kita mungkin setuju kalau aku katakan, untuk membuka segala skrew, nut dan bolt kena pakai tools. Tak leh nak pakai tangan atau main geget je nut tu. Tul tak? Tu je lah Formulanya, pakai tools. TApi..

Kalau nak buka nut tapi pakai Screw Driver, memang u goin nuts lah.. betullah u guna tools tuk longgarkan nut tu dan bukan pakai jari ke gigi ker, pakai tools. TApi tools yg ko pilih tu salah lah bai.. ada tools lain, namanya Spanar. Tu pun ada saiz saiznya pulak. Ngerti?

Point aku

Cara cara menegur ni sebenarnya ada banyak. Ada yg lembut, ada yang keras. Ada yang terus, ada yang secara sinis atau tak langsung. Ada melalui lisan, ada yg melalui tulisan (mcm sekarang ni lah), ada juga melalui contoh perbuatan, mimik wajah, amalan dan macam macam lagi.. See.. ada banyakkk FORMULAnya.. Kerna apa? Kerna yg dihadapi ini ialah CIPTAAN ALLAH Yang Maha Bijaksana. Dia telah berikan Akal dan Naluri, maka diletaknya ujian pada hamba hambaNya termasuk dalam hal tegur menegur nih. Sesungguhnya menegur atau berpesan pesan itu adalah perintahNya juga. Pandai pandai lah kita pilih mana satu yg sesuai dgn yg mahu ditegur atau diri kita sendiri. Selesai.

Sekarang ni popular dgn 'Formula' hikmah! Ye betul lah tu..hikmah atau bijaksana itu salah satu perkara yang penting dalam nak menegur org nih.. tapi hikmah bukan segalanya, ianya boleh dikatakan WAJIB bg penegur tapi TAK WAJIB bg yg ditegur. Faham dak nih?

Kena bagi contohlah....

Maksud aku, semua orang kena ada amik tanggungjawab masing masing. Macam kereta itu tadi,  yg terbabit dgn pembuatan kereta tu banyak sungguh, penanam pokok getah, penoreh getah, pekilang getah, pekilang tayar kereta, pelombong minyak, kilang minyak sintetik, pakai kimia, pakar itu, pakar ini... Pelombong minyak kena fikir cara pelombong minyak, jgn fikir macam penoreh getah. Penoreh getah kena fikir dan amal ilmu menoreh getah jgn pakai ilmu melombong minyak..abih berlubang estet pakcik tu. Walau ilmu masing masing berbeza, tapi masing masing amik tanggungjawab. Korang kembangkan. Selesai.

TANGGUNGJAWAB. Esok bila kita kembali menemuiNya, kita SORANG SORANG. Kita yang akan jawab SEMUA apa yang kita perbuat di dunia ini..(Ya ALLAH..janganlah Engkau hisab akan aku ini....) Maka kita perlu risaukan diri sendiri dulu! Jgn sibuk nak bising org tu tegur tak hikmah lahl..tak bijak lah..mad'u lari lah.. keras lah ..tak pandai lah.. perasan pandai lah dan lain lain walaupun mungkin dari sudut ilmu ALLAH memang benar perkara itu dilakukan oleh si penegur! Biarkan ALLAH sahaja membuat kerjaNya, tak perlu kita menyibuk sama! Faham tak?

Tu utk yang ditegur.. untuk yang menegur.. Jangan la semberono, jangan keras, jangan pulak lembik, jangan belagak, jangan perasan bagus.. dan lain lain.

Katakan Si Penegur ni memang belagak perasan bagus Keras campur Kerek... maka Si Penegur GAGAL menjalankan tanggungjawabnya sebagai penegur yang baik (dalam hal ini ) mana JANGAN pula yg DITEGUR pulak gagal menjalankan tanggungjawabnya untuk memperbaiki diri! Faham ker? Apa yg jadi, bila yang ditegur dapati si penegur pun ntahapahapa, maka dia terus hantam si penegur dgn kata kata yg betul la jugak (dalam kes ni si penegur tu tak jln tanggungjawab penegur yg baik).. Bila si Penegur gagal menjalankan Tanggungjawabnya dgn baik, janganlah pulak kita yg ditegur turut gagal menjalankan tanggungjawab kita sebagai org yg ditegur!

 Ini yg tak berlaku yang mana akhirnya yg berlaku, perkara yang ditegur tak selesai, perang dingin pulak yang timbul yang mana akhirnya timbul satu FORMULA baru iaitu MIND YOUR OWN BUSINESS.  Tu diaaaa... maka berjayalah Syaithon melarikan manusia dari melaksanakan PERINTAH ALLAH yg terkandung dalam Suratul  Asr...

Memang susah nak beri teguran TAPI susah lagi menerima teguran. Pada saya, yg menegur bakal diserang ujian ujub, riak, takabbur, sombong dan lain lain lagi setelah dia melaksanakan tanggungjawabnya dalam menegur itu (ujian atas ujian!) Tapi yg ditegur, dia diuji untuk MENERIMA. Takkan lah pula yg ditegur boleh rasa riak pulak kot? Atau Takabbur, melainkan kalau dia TAK MENERIMA teguran itu tadi. Maka yg menerima teguran itu (yg melaksanakan tanggungjawabnya) dia akan menunduk dirinya, muhasabah akan kelemahannya, malah kalau dia betul pun..dia akan segera teringat akan Mahsyar yang mana tiap satu pasti akan ditanyai. Maka bila dia ditegur, ada peluang utk dia istighfar dan harap harap ALLAH sorokkan sahaja perkara itu nanti di Mahsyar.. Kalau dia faham ini, maka dia akan amat berterima kasih pada yang menegur! (korang kena ingat, tulisan aku kali ni adalah untuk yg ditegur)


Silam

Dulu aku pun terperangkap sama dalam jerat syaithon ni (bukan makna sekarang ni aku tak kena dah.. kena jugak! Astaghfirullah..) .. Dulu aku banyak berdebat dalam forum politik nih. Ko itu ko ini, aku itu aku ini..ko hantam aku tarok.. cam tu lah. Ni bukan. nak kata politik kotor lah, jgn berpolitik  lah dan sebagainya yer..ni nak cerita perangai huduh aku yg berkaitan dgn tulisan ni. Yea..perangani huduh aku..bukan orang lain hokeh! Mudah mudahan terus tinggal dalam lipatan sejarah lah yea.. aamiinn..

Bila dalam forum politik tu biasanya, macam macam hujjah diberikan untuk mengentam dan menjatuhkan pihak lawan nun. Terlupa dakwah (aku lah) tapi nafsu ammarah je yang tinggal..ko salah..aku betul. Ko tak amal sunnah, aku je yg paling sunnah dan unggul. Dan kesimpulan ini perlu aku pertahankan! Jgn ingat aku je, lawan politik aku pun tak kurang juga..sampai macam macam perkara dibelitkannya hatta perkara agama pun! Aku tak mo tulis in details lah..bukak pekung di dada wat per..hanya utk pengajaran lah..

Kesimpulan dari sikap aku dulu (menegur/menerima teguran) aku terlepas pandang tentang tanggungjawab sebagai pemberi teguran dan tanggungjawab sebagai penerima teguran. Apa yg berlaku, bila ditegur, aku akan tuding jari pula pada si penegur, "ko tu tengok lah...parti ko tu buat lagi teruk..ko &*%^%^&* ... " ..hasilnya pertikaman lidah (atau tulisan) ..apa yg ditegur tu hanya subjek utk 'bertempur' sahaja, tiada ibrah yg diambil, tindakan pembetulan takat mampu yg dibuat pun tak buat. Apa yang ada, 'aku buat sikit je, ko lagi terok.' Terlupa Al-Qur'an, terlupa sunnah - (ni aku lah bukan org lain yg aktif berpolitiking tu yea. Depa ok insyaALLAH kecuali yang ikut macam perangai aku dulu tu lah. )

 Seolahnya aku ketika itu,  kalu pihak lawan buat silap tahap 10, maka tak apa lah aku buat silap tahap 5, kerna apa? Kerna pihak lawan buat silap 10, aku 5 je. Padahal kedua duanya adalah perkara yang ALLAH benci! Rupa rupanya, kami dua dua pun salah dan yang paling sadis, kami tak nampak kesalahan kami.  Contohnya kalau Negeri A tarah hutan sekian banyak, maka aku akan pertahankan kata itu sikit je, korang lagi terok..Negeri B bawah pentadbiran korang dah tarah separuh negari.... maka akhirannya, aku redho 'geng' aku buat perkara yang sama tapi pada skala yang kecil padahal dua duanya ALLAH murka . Dalilnya ketika itu bukan AL-Qur'an dan Hadith, tapi dalilnya tengok parti lawan, asal tak lebih terok dari depa, maka itu takpa. Astaghfirullah.. Itu lah aku pada ketika itu dulu. Moga moga ALLAH ampunkan. Yg benarnya tetap benar, salah tetap salah, tak kira siapa. 

Suatu masa yang tak lama dulu , ada  sikit  salah faham pada aku di FB. Ada seorang muslimah ni menulis notes tentang Iman khusus untuk seorang muallaf. TApi dia tulis tu pakai akal semata tak ada dalil. Dia memang tak berapa pakai dalil, caranya ikut akal yg ALLAH beri padanya. Aku pun seronok dgn usaha dia tu maka aku terfikir nak bantu lah kononnyer. Aku selitla komentar kata semua perkara di alam ini adalah merupakan tanda-tanda kebesaran ALLAH namun itu tak cukup dan sampai ke tahap BUKTI di sisiNya.

Contohnya kisah Nabi Ibrahim a.s. yang nampak tanda tanda kebesaran dan kewujudan Tuhan pada alam ini namun ianya tetap hanya tanda dan bukan bukti. Menurut Al-Qur'an, bukti yang nyata hanyalah Al-Qur'an (kitab) dan sunnah Nabi s.a.w.  Aku nyatakan juga yg di internet ni bukan untuk berguru, maka carilah guru tauhid secara talaqqi untuk menjelaskan permasalahan Tauhid ini di alam nyata. Semua kata kata tu aku tuju kat muallaf tu lah tanpa terfikir langsung mengkritik atau merendahkan apa yg ditulis oleh pemilik notes tu. Sangka aku, aku  menguatkan dan membantunya menguatkan hujjahnya utk Si Muallaf. Lagi pula, dia tagged aku masuk ke notes tu, maka pada faham aku adalah supaya aku turut sama membantu saudara baru itu. Tapi.. aku dimarahinya dimakinya dgn kata bongok dan sebagainya..ehehehe.. ALLAHU Robbi!

Teruknya tulisan aku sampai lain yg difahami olehnya.. malu aku pada saudara baru itu lantaran dia melihat kami yg lama ni macam tu! Tapi ALLAH bantu aku..aku tak rasa marah..alhamdulillah.. Peh tu saudara baru tu mesej aku minta aku tulis tentang apa itu Islam. Aku pun tulis tapi dia minta aku jadikan notes pulak.. aku turuti dgn syukur pasal aku dapati dia ni bijak orangnya, memang ALLAH telah memilihnya ke jalanNya yg lurus. Tapi aku tetap pesan padanya cari guru dan berguru secara berdepan. Apa yang aku tulis tu amat basic dan aku tak mahu dia berguru di internet dalam hal aqidah ini. Aku tak nampak wajahnya, mimik rupanya, gerak geri tubuhnya, mana aku tahu apa yg dia faham itu adalah apa yang sepatutnya dia faham. Alhamdulillah dia setuju, dan dia dah pun keluar dakwah dgn jamah Tabligh dan telah ke Markas Seri Petaling.

Muslimat yang berkenaan pula setelah bongokkan aku telah delete aku dari friend's listnya. Sebelum tu ada seseorang yang komen hentam aku sama dan kata cara aku keras dan aku tak mungkin dapat islamkan seorang pun org kafir dgn dakwah seperti itu. Aku tak jawab (peh tu kena delete lagi la tak dapat nak jawab). Senangnya org menghukum yea.. ALLAHU Robbi.. aku malu sangat ketika tu dgn saudara baru tu.
Di depannya penganut penganut agama yang baru dia anuti ni bertelagah dan saling menghentam..maki pun ada!

Dakwah ini luas.. jgn kita sangka kepetahan kita berpidatolah maka orang itu dapat hidayah, jgn kita sangka ilmu kita yang melangit lah punca org yg kita dakwah itu masuk Islam!Sungguh tertipulah kita dgn ilmu kita sendiri kalau itu yang kita sangkakan. Berdakwah tak perlu ILMU tinggi, cukup ada kalimah Syahadah je. Ada yang masuk Islam hanya melihat serban dam jubah yang menjadi amalan seorang muslimin. Ada yang masuk Islam hanya kerna diajak makan setalam tanpa ada apa apa kalimah pun yg menyerunya kepada Islam, ada yang masuk Islam hanya kerana sekeping keset! Senang senang dia hukumkan aku tak akan dapat dakwahkan org kafir masuk Islam seolahnya dia pemberi hidayah! Nanti aku tulis lain insyaALLAH.(muslimat tu dah minta maaf dan add aku kembali pd akaun FBnya yang lain-knp akaun yg lain? Aku tak tahu)

Wahhh..dah jauh aku melencung nih... balik ke pangkal jalan..jom!


Kisahnya

Dah jauh aku merayap baru aku nak go to the kisah yea.. ehehe..jgn marah lah.. dah hujung hujung baru nak cakap punca aku tulis entri ni..bukan apa, aku bimbang kalau aku sakitkan hati dia pulak. Pasal dia ada mai masuk blog ni, blog dia pun aku paling rajin masuk. Dia pandai menulis, tak macam aku.. point dia jelas,  orgnya bijak, tulisan pun tip top. Ok..merayap lagi nampaknya.. dah.

Kisahnya kawan aku ni ditegur di pasar kononnya dia pakai sunnah tapi tak ikut syarak. Yg menegur ni pulak hafiz (tak tau pelajar ke guru ke). Caranya direct, maka yang kawan aku ni terasa hati lah. Dia cerita lah kat aku, maka aku kononnya nak redakan lah, maka aku cerita dari sudut kemungkinan ilmunya si penegur. Mungkin dia ada ilmu (Formula) dari pengajiannya, aku anggap si penegur tu student atau pun guru tapi belajar dari satu aliran sahaja. Aku tulislah mengikut kitab lama, memang bla bla bla bla... aku ada kata si penegur tak leh letak yg ditegur sama macamnya dari segi ilmu, iman dan lain lain. Pada aku, si penegur ni ada Ilmu, tapi hanya dalam aliran dia sahaja, dia tak lihat pendapat aliran lain yang diamalkan oleh orang lain. Pelajar hafiz ni disiplin dia ketat, makan dia ketat, pergaulan dia ketat, kerna nak jaga hafazan, disiplin ilmu ini telah diturun sejak dulu lagi. Tapi itu utk dia, bukan utk semua umat Islam. Maksud aku, WAJIB utk dia, tapi hukum pada org lain tak bolehkan diwajibkan juga sebab hak mengenakan hukum itu hak ALLAH SWT secara mutlak.Dan 'wajib' atas diri mereka disini bukan bermaksud wajib dari sisi Syarak, kalau syarak utk semualah.

Contohnya solat tahajjud itu wajib atas Nabi Muhammad s.a.w. ianya adalah fardhu atas baginda tapi tidak atas umatnya namun baguslah pada yang mahu mendirikannya dan harus dia mewajibkan atas dirinya sendiri TAPI dia tak boleh kata ianya wajib juga atas org lain! Maksudnya ia mengakuit ianya wajib atas diri tapi dia tak pula hukumkan perkara yang sama pada orang lain! Maka pelajar tahfiz tu tak bolehlah hukum kawan aku ni sama macam dia. Bukan maksud aku pula sebab dia hafiz, maka dia lagi mulia..bukan begitu. Hanya utk diri aku, kalau aku bukan hafiz dan org itu hafiz, maka pada aku org hafiz tu lagi mulia dari aku, aku tak cakap dia lagi mulia dari org lain, org lain aku tak tau lah tapi dgn aku, memang dia si hafiz tu lagi mulia dari aku konspnya 'Hukum utk diri sendiri, nasihat utk orang lain' .
Maka aku jelaskanlah dari sudut itu, tapi kawan aku ni mungkin tak faham penerangan aku yg memangnya tak mantap pun, maka dia mungkin terasa hati dgn aku lah.. Aku minta maaf lah kawan.. bukan macam tu.. Aku hanya nak terangkan dari sudut si penegur tu supaya ko faham kedudukan dia dan seterusnya tak rasa sedih dan amalkan sahaja apa yang telah ko amalkan tu berdasarkan ilmu yang ko ada.  Tu jer.. tapi aku tak pandai sampaikan.. aku minta maaf lah yea.

Maka dari itu aku menulis entri ini dalam kepayahan. Bukan nak ek, tapi memang payah ler cursor lari sana sini, ada idea aku yg terpadam pun dan tak tau nak tulis balik dah pasal dah hilang. Tapi aku tulis juga sebab ko penting bagi aku selaku seorang muslimin. Tak halallah kalau aku sakitkan hati saudara seaqidah aku. AKu minta maaf yea pada yang berkenaan.. maafkan aku..

Cukup la kot..panjang panjang tulis lagi konpius..dgn aku aku sekali konpius..ahahahaha

p/s: Inilah entri paling lama aku nak siapkan... jenuh mengejor cursor dan buat editing.. ehehehe...indahnya alam ini.. Subhanallah
0 Responses

Post a Comment