Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah..

Semalam, ada bicara petang dengan seorang guru. Sembang biasa, kemudian mula dia menceritakan akan masalah masalah yg dihadapinya. Penumpuan diberikan kepada kisah pentadbiran sekolahnya yang boleh lah dikatakan gile glemer (ayat aku sendiri nih).

Kisah tentang guru ni dah biasa kita dengar di dada dada akhbar ni. Sembang sembang dgn kawan kawan guru pun dah biasa kita dengar tentang ketidakpuasan hati deme tu dari pelbagai aspek, baik dari segi pentadbiran, jadual tugas, gaji, kerja luar bilik darjah, anak-anak pelajar mereka, ibu ayah, kerajaan dan lain lain.  Ada la pro and cons nya, biasanya org mempertikaikan, kenapa la guru ni banyak songeh benor? Nak kata teruk, teruk lagi Askar dan Polis.. terutama cikgu cikgu dalam askar dan Polis tu.. bomba lagi..itu lagi ini lagi.  

Tapi aku tak mo lah cari perbezaan tu, aku nak cakap atau cari titik persamaan lah.  

Al-kisah cikgu ni rasa tak tenteram dan tenang jiwanya selama bekerja di tempat dia sekarang nih. Berlaku penyelewengan (dia tak jelaskan lanjut, aku pun tak bertanya) dan orang gila nama. Mahukan supaya namanya gah di mata dunia (mata dunia? dahsyat tu! tu aku tambah le tu.. ehehehe)
. Antaranya, guru guru ini dikorbankan masa cutinya dan wang ringgit mereka kononnya atas perkara yg baik (for a good cause).  Sampaikan nak tukor langsir Surau pun dibuat kutipan pada guru guru jugak untuk tujuan membeli langsir baru (bagus la tu..utk surau.. nanti dulu. Nanti sembang). Yang ni la yang aku nak komen kot.. ehehehe..

TApi.. aku tak mo komen lelebih, sebab aku bukan dan tak pernah jadi cikgu pun. So macam aku cakap di awal tadi lah, nak cari titik persamaan, bukan perbezaan dalam permasalahan ini. So para guru yang baca ni, korang pikior la yer (mcm bagus je perasan cikgu cikgu masuk blog nih..ehehehe.. tak per tak pe. Jom kita masuk bakul jom!)

Inisiatif?

Nak sembang gak pasal kisah seorang hamba ALLAH nih, dia ni dalam tentera lah. Jadi juruletih (deme tak pangge jurulatih, tapi juruletih) .. Alkisahlah askar ni biasa lah, dah angkat sumpah bertugas 24 jam. Maksudnya boleh dikerah 24 jam pada bila bila masa. So tak leh la nak manja manja komplen sana sini kalau kena panggil tu. Jadi kerja juruletih ni memang letih la.. ada masanya balik je dah pukul 3-4 pagi (off road), pukul 7 kena masuk baris pagi dah balik..ramai la tak balik, tidor je kat base. Gitu gitu lah lebih kurang dapat nama juruletih. Habis.

Antara perkara yg ditekan di sini ialah INISIATIF. Aku rasa, perkara ni sama jugak la dgn cikgu nih. Tu sal aku nak cakap mende nih. Perkataan ini banyak samada disalahtafsir atau disalahguna oleh mereka yang berkepentingan ataupun tidak. Kisah hamba ALLAH ni ketika menjadi juruletih nih sebagai perencah rasa kepada isu ini. Ok.. read on.. ececeh..


Al-Kisahnya

Iinisiatif ni selalu disalah tafsirkan dengan 'outsource.' Outsourcing' ni memang inisiatif lah, tapi yg dimaksudkan outsource ni ialah dengan menggunakan peralatan, kemudahan, bahan mentah atau apa sahaja yg berada di luar daripada peruntukkan yang diberikan dengan cara mengeluarkan belanjanya dari poket sendiri. Contohnya, kenderaan tak mencukupi, maka dikutip wang dari pelajar pelajar kursus nih untuk menyewa kenderaan dari luar. Maka inilah Inisiatif!  Betul ke cam tu? ....SALAH!!

Ketika mula mula masuk jadi juruletih nih, memang letih lah dgn budaya nih. Memanglah persembahan para pelajar ni ni hebat tapi rupanya dikeluarkan dari poket sendiri. Ianya seakan budaya yang telah berakar umbi sejak dulu. Kalau pergi kursus je, siaplah kena sediakan peruntukan sekian sekian banyak untuk tujuan seperti ini.

Pengalaman Hamba ALLAH ini berkursus dengan sayap ATM lainnya (ada 3, Darat, Laut dan Udara), dia dapati perkara ini adalah biasa dan sudah menjadi satu adat pula. Ketika dia sampai utk satu kursus kejuruletihan memandu, ketua kursus pada hari pertama sudah menggariskan beberapa perkara yg perlu disediakan (setelah diberi oleh juruletih di situ). Antaranya:

1. Penyapu Sampah
2. Tong Sampah
3. Kertas Fotostat sekian banyak..
4. Pensil Warna sekian kotak
5. Yuran kelas komputer sekian sekian..

Dan macam macam lagi lah. Itu antara yg dia ingat. Pas tu, ada pulak kutipan untuk 'break time' (ok la tuh) yg tak oknya, ada ditolak skit utk Juruletih dan rokok juruletih. Omak aiii!!! Banyak cantet! Sampai habis kursus, Hamba ALLAH ni tak bayarkan utk mereka tu (pasai dia pun juruletih jugak kat tempat dia dan syarat tu diletakkan oleh juruletih sayap ATM tu..mana buleh! Lainla kalau dimesyuwarahkan dan dipersetujui bersama antara pelajar). Dia seorang je tak bayar makan minum dan duit rokok juruletih di situ. Tapi dia belikan hadiah utk mereka di akhir kursus. Ni sendiri punya hal.

So semasa hari pertama tu, Hamba ALLAH ni membuka minda peserta lain.. "Cuba  fikir tu, kertas fotostat, penyapu, tong sampah.. soalannya, macam penyapu dan tong sampah tu, peserta kursus sebelum ni tak beli ker? Mana dianya? Padahal baru minggu sebelumnya satu kursus yg sama telah tamat kursu. Tentu mereka pun beli jugak!" 

Panjang pulak perbincangan ketika itu. Alkisah dalam kelas ni, Hamba ALLAH ni sorang lah yg dok komplen, dia pulak satu satunya dari Sayap ATM yg lainnnya. Yang best, mereka yang lain hairan seolahnya perkara ini biasa. Mereka kata ini biasalah dalam mana mana kursus pun!! Haaa!!??? Biasa? Terbeliak mata mendengornya.. Akhirnya Hamba ALLAH ni kata, "tak apa lah, aku sponsor semua tu. Nanti aku amik kat Stor aku".  Pandai pulak deme tepuk tangan lepas tu!! Ahahahaha..

Nak cerita lagi memang banyak lah, tapi cukup lah takat tu pemahaman mat mat terap ni tentang INISIATIF. Bagi mereka Inisiatif ialah mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyediakan perkara yg tak ada disediakan oleh pengurusan. Nanti di akhir kita simpulkan hal ini insyaALLAH. Habis.


Balik Ke Tempat Sendiri

Seusai kursus, maka hamba ALLAH ni pun ditugaskan di sebuah Sekolah Latihan di tempat dia sendiri. Ketika itu, peralatan memang tak cukup (standard la tu) .. komputer pun ada 6 buah sahaja ketika itu untuk digunakan oleh seramai 30 peserta kursus pada sebilang masa. Kursus tu pulak dari pagi sampai petang dan memang dibuat sedemikian rupa supaya para peserta ni mengejar masa (suasana perang).. sehari memang tidur 2 jam je. Yg lain lain tu pandai pandai la curi tidur dalam kelas..jgn kena tangkap sudah. ehehehe..

Maka para pelajar ni bila submit kertas ops mereka..eh! Semuanya bertaip komputer! (printer ada satu je) .. dahsyat juga deme ni bekerjasama. Siasat punya siasat, rupanya deme ni keluar dan pergi menaip di cyber cafe sekitar bandar X .. keluar duit sendiri la tu.. Inisiatiffff kata deme! Hamba ALLAH tu kata kat deme "P*** H***K Korang Inisiatif!"   Kesiannn deme..udah le keluar duit sendiri..kena maki pulak! Nasib la labuu..ehehehe

Selepas tu, Hamba ALLAH ni mengeluarkan arahan, sesiapa yg menggunakan duit sendiri untuk menyelesaikan sesuati tugasan itu, maka akan ditolak tiap satunya itu 5 markah! (byk tu beb!) . 

Inisiatif ini bermaksud, menggunakan sumber di sekitar untuk kegunaan sesuatu missi atau tugasan. Termasuk dalam bab ini outsource kepada lain lain jabatan tanpa mengeluarkan duti dari poket sendiri!. Utk pembuktian, maka perlu disertakan salinan surat menyurat atau borang atau catatan yg dapat membuktikan perolehan suatau perkhidmatan, barangan, peralatan, konsultasi dan lain lain itu adalah dari jabatan atau pihak luar! Pelajar hendaklah menggunakan apa yang ada yg disedikan oleh Pihak Pengurusan, kalau tak ada, guna lah inisiatif masing masing (tanpa keluar duit poket).   

Kalau peralatan tak cukup, misalnya komputer, itu bukan salah pelajar tapi pihak pengurusan gagal menyediakannya dgn cukup. Maka tak perlu keluarkan duit sendiri utk pergi ke cyber cafe (seolahnya pelajar yang kena penalised pulak). Buleh mintak kebenaran jabatan lain atau guna je mesin taip ataupun TULIS TANGAN sahaja akan kerja kursus tu.  

Begitulah antara kisah yg mengisahkan tentang salah fahaman tentang INISIATIF yg berlaku dalam ATM. Rasanya perkara ni sama jugak seperti di dalam bidang perguruan. Dalam tentera, suasana perang sentiasa dibayangkan. Maka ketika perang, kalau anggota2 tidak dilatih yg sedemikian itu, maka mereka akan kurang berINISIATIF sebab ketika perang, duit mana laku maa... Mereka kena menggunakan seluruh aset negara  sendiri/musuh yang ada pada ketika itu (apa yg ada di sekeliling). Maka keadaan ini perlu disemai dalam dada dan pemikiran mereka sehingga sebati supaya bila tiba masa yang diperlukan. Mereka tak kehilangan arah!

Seperti contoh kursus yg disertai oleh hamba ALLAH itu tadi, dia kata dia sanggup sponsor semua peralatan itu dengan mengambilnya dari stornya sendiri. Ini adalah inisiatif. Walaupun peralatan diambil dari Stor Base malah Sayap ATM yg lainnnya, tapi ianya tetap hak milik kerajaan Malaysia dan semua anggota layak mendapatkannya.

Apa yg berlaku sebenarnya menyebabkan Belanjawan Mengurus satu satu pusat latihan itu tak dapat diukur dengan tepat berapa sebenarnya yg ia perlukan untuk belanja pengurusan sesebuah pusat itu selama setahun beroperasi. Contohnya, berapa Ream kertas fotostat diperlukan untuk jalankan 10 kursus setahun? Mereka tak tahu sebab ianya disediakan oleh penuntut kursus itu sendiri. Maka berterusanlah Pusat latihan tu membuat bajet yg kurang dari yg sepatutnya pada setiap tahun.  Pihak Kementerian juga tak tahu berapa perbelanjaan utk latihan yg sebenar kalau setiap pusat tak dapat memberi angka yang tepat keperluan mereka. Dan bebannya... ANGGOTA ANGGOTA BAWAHAN. (saya tak sentuh lagi golongan atasan yang saban tahun kembang hidung sebab berjaya jalankan sekian sekian kursus dgn 'jayanya' padahal alat pun pun dikorbankan dari poket anggota bawahan.. tak malu ker?).

Kesimpulan

Insiatif ini bagus supaya dapat keluar dari kotak atau kerangka sedia ada. Ianya perlu ada pada setiap orang. Hanya jangan pula sampai kita bertindak di luar kemampuan kita. Bertindak berseorangan dgn secara berjemaah atau berorganisasi tidak sama. Misalannya, cara berbelanja duit sendiri dengan duit peruntukan kerajaan tidak sama. Utk duit sendiri, biasanya ada lebihan yg disimpan utk masa kecemasan atau utk tujuan lain. Sekiranya ada simpanan, ini dah kira bagus. Tapi tidak pada peruntukan kerajaan. Ianya perlu dibelanjakan habis! Begitu juga dgn Wang Zakat. Buat apa dibangga bangga berjaya kutip sekian banyak, ada simpan sekian banyak? Patutnya wang zakat dihabiskan utk ke lapan lapan asnaf zakat itu. Cara dan corak pengurusan tak sama pada kedua dua peringkat ini (ahli sufi lain la ye... mereka ada yakin yg amat tinggi, memang tak simpan punya).

Jadi pada para pentadbir, usahlah menekan orang bawahan untuk membuat perkara yg sebenarnya timbul akibat dari kegagalan ANDA sebagai pentadbir untuk berfungsi. Seperti Juruletih itu, komputer di tempat dia ada 6 buah, dan itu adalah tanggungjawabnya untuk menyediakan prasarana yg cukup. Maka BUKAN salah pelajar kalau mereka menghantar tugasan dalam bentuk tulisan tangan sahaja. (sebab tak cukup peralatan ) Lebih lebih salah lagi kalau menekan pelajar itu atas nama Inisiatif utk keluarkan duit pergi menaip di luar. SALAH anda, anda lah yang TANGGUNG!!. Be Gentleman! Kalau tidak anda hanya syiok sendiri dan pihak Kementerian Pendidikan misalnya dalam kes ini tak tahu akan masalah ini sebab laporan yg diterima ok je  tanpa sebarang masalah. Padahal anda menekan guru guru untuk mencapainya. Tidak kah itu zalim namanya?

Bersedialah untuk menerima tanggungjawab. Kena TANGGUNG, dan KENA JAWAB. Sama seperti kita dulu dah sanggup untuk menerima Al-Qur'an yg mana gunung gunung pun menolaknya, maka kita kena TANGGUNG dan kena JAWAB atas segala perintah dan larangan yang terkandung didalamnya.  Halal haram perlu diperhatikan. Itu penting. Ingat...tempat kita bukan di sini, tapi di akhirat nun. Apa guna nama wangi di sini tapi wangi atas maki hamun anggota anggota bawahan yg diamanahkan kepada anda dan busuk lagi membusukkan nanti di sana nanti?

Wallahu'alam.

p/s: Ramai lagi yg ok.. terima kasih pada para guru ku sekelian..doa ku tetap utk kalian..segunung intan selautan kasih ...

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah ..


Manusia belajar dari kesilapan yg lalu, belajar dari pengalaman silam samada diri sendiri, atau pengalaman orang lain .

Sungguh alam ini penuh dengan perkara perkara ajaib yang ALLAH sediakan untuk kita semua fikirkan. Ianya menjadi tanda-tanda kebesaran ALLAH S.W.T. dan tanda-tanda kewujudanNya.

Berapa ramai yg telah mendapat hidayahNya dgn merenung tiap penciptaan langit dan bumi in?. Mereka orang orang terpilih untuk mendapat hidayahNya.

Namun, sudah menjadi lumrah alam ini pula, setiap yang datang dgn mudah, maka ianya agak kurang dihargai. Dan begitu juga ianya kurang dihargai apabila ianya berada dgn kita, hanya bila ALLAH mengambilnya semula, maka ketika itu meratap hiba menyesal dan bersedih kerana tidak menjaganya dengan betul sebelumnya..

Alam ini indah, sebagai tanda tanda kehebatan PenciptaNya yang Maha Sempurna dan suka kepada keindahan. Namun semua itu bakal musnah lantaran tangan tangan manusia itu sendiri. Manusia kurang menghargainya hinggalah pabila ianya telah pupus atau hampir pupus, baru lah kelam kabut.


ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ


Terjemahannya: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). " (Ar-Ruum:41)


ALLAH menjadikan siang dan malam untuk kita. Setiap satunya perlu diisi dgn perkara yg sepatutnya selaras dengan tujuan kita diwujudkan di dunia ini iaitu utk beramal ibadah kepadaNya.

Itu juga adalah nikmat yang tak terhingga dari Tuhan kita. Sungguh penggantian siang dan malam itu tanda tanda kebesaran ALLAH jua..



إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَّقُونَ

Terjemahannya: "Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa. " (Yunus:6)

Pernahkah sedetik dalam hidup kita ini kita merenungkan semua ini dan menghargainya? Sementelah semuanya itu telah tersedia sejak kita mula dilahirkan malah sejak ibu ayah kita dilahirkan..malah sejak manusia pertama diciptakan..ianya telah pun tersedia! Maka adakah kita bersyukur?



Berapa ramai pula di kalangan kita ini yang sanggup menjaga dan melayani dengan baik ibubapanya telah tua renta? Sanggup berkorban masa, harta, pangkat, tenaga andaikata kesemua yg disebutkan tadi itu menghalangnya untuk berbakti kepada kedua ibubapanya yg telah uzur?  Adakah kita merasa 'lega' dan merasa sudah cukup dgn 'elaun' bulanan yg dihantar tiap bulan ke kampung??..

Adakah kita merasakan kita telah melaksanakan tanggungjawab kita dalam menjaga kedua orang tua yg lemah itu?  Kalau ada diantara kita yg ibubapanya telah tua, renungkan dan pilih antara dua, dunia mu atau ibubapa mu! Kalau kita sebagai anak adalah merupakan amanah ALLAH pada kedua ibubapa kita, maka ketahuilah bahawa kedua ibubapa kita pula adalah juga merupakan amanah kepada kita!

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا


Terjemahannya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).(Al-Isra':23)


Tuan tuan, Agama yg sampai pada kita hari ni adalah hasil dari KORBAN umat yg terdahulu. Mereka mendapatkan agama dengan Darah, keringat dan air mata mereka malah keluarga mereka sendiri mereka korbankan utk agama ini.

Lantaran sunnatullah itulah, maka mereka mencintai addin ini dgn sepenuh jiwa raga mereka. Mereka bukan Born Muslims! (tak ada salahnya born muslim malah rahmat juga pada kita - hy nak bincang2)

Utk itu tuan puan, utk kemanisan iman, usaha untuk kemantapan rohani, sayang kita pada agama ini, maka kita kena lah Berkorban.  Basikal yg kita beli masa sekolah dahulu, dengan bersusah payah mengikat perut, beli parts by parts, sikit sikit, pasang sendiri. Basikal itu lebih kita hargai dansayangi dari basikal yg dihadiahkan oleh org lain kepada kita. Kerna apa? Kerna ianya hasil pengorbanan dan susah payah kita untuk memperolehinya.

Sekarang ini tuan puan, degree, masters, malah Phd pun buleh dibeli atau diswastakan. Namun, perasaaannya tak sama dgn mereka yg berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memperolehi sekeping ijazah, sarjana dan kedoktoran itu! Mana kan sama!?

Itu lah sunnatullah yg telah ALLAH tetapkan atas mukabumi ini. Maka utk addin ini juga begitulah juga aturannya, pada kekasih ALLAH iaitu para anbiyak, mereka lah yang paling berat diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk seksaan di dunia ini. Ada yg dibunuh, dicerca, dihalau, dimaki, dihina dan macam macam lagi sedangkan mereka inilah semulia mulia makhluk!

Maka atas dasar apakah kita mengambil ringan sahaja akan addin ini? Cukup hanya nama kita ada bin, ada binti? Cukup nama kita nama arab? Cukup dalam IC tulis Islam?  Kita kena belajar korban untuk agama...  Korban masa, tenaga, wang ringgit, keluarga dan kemuncaknya.. Korban Nyawa!

InsyaALLAH..nanti kita mengomel lagi ...

Maksimakan sound komputer anda...

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah,

Ada satu kisah seorang tabi'in yg dipuji orang, maka ia bertanya kpd yg memuji itu tadi:

"Apakah engkau pernah menguji saya ketika marah sehingga engkau ketahui kesabaran ku?"

Jawab si pemuji itu tadi: "Tidak!"

"Apakah engkau pernah menguji saya dalam berpergian sehingga engkau mengetahui kebaikan akhlak ku?"

"Tidak!" Jawab pemuji..

"Apakah engkau pernah menguji amanat ku sehingga engkau mengetahui benar-benar aku seorang yang amanah?"

"Tidak!" katanya si pemuji..

Berkatalah tabi'in itu: "Celaka engkau! Seorang tidak boleh memuji orang lain sebelum diuji dalam tiga perkara iaitu:

Tiga macam dari akhlak ahli Syurga dan tidak dapat kecuali pada orang yang baik budi:

a. Memaafkan orang yang zalim kepada mu
b. Memberi kepada orang yang bakhil kepada mu.
c. Membantu orang yang bersalah kepada mu.

Ini dari hal MEMUJI ... alangkan memuji pun begitu lagaknya, bagaimana pula jika berburuk sangka?

Pernahkah tuan puan dilakukan seperti itu? Niat yg baik dan ikhlas kerana ALLAH tetapi dipandang buruk oleh orang lain atas pelbagai sebab.

Sakit hati bukan?

Marah?

Andainya begitu.. cuba kita semak balik niat kita ketika melakukan kebaikan itu (terutama diri ku ini!!)  .. Adakah kerana Dia ... atau kerana dia ?

Andainya kerana Dia, maka ketahuilah bahawa Dia itu Maha Mengetahui .. terdetik dalam hati mu itu pun Dia mengetahuinya. Tak ada satu perkara pun terlepas dari pandangan dan kekuasaan Nya.. jadi.. kalau mereka berburuk sangka pada kita. .mengapa kita risau? Mengapa kita sedih? ALLAH kan ada!?

Tapi andainya kita buat kerana dia .. maka ketahui lah juga bahawa dia itu lemah ..dia itu tiada daya apa pun. Nak menggerakkan jari jemarinya pun perlukah qudrah iradah ALLAH jua..izinNya, baru bergerak hatta sebutir zarah di tengah tengah angkasaraya sekali pun!  Nah.. kalau begitu, memang selayaknya lah dia hanya menghukum ikut matanya sahaja (tanpa matahati yg kenal ALLAH) ...  Jangan lah bersedih! (ni bukan nak buat buku La Tahzan versi Malaysia pulak nih!)

Maka syarat pertama yg dinyatakan Tabi'in di atas tu memang tepat utk kita selaku manusia juga memaafkan manusia lain yg khilaf, sama seperti kita juga yg khilaf di masa masa lalu dan masa masa akan datang. Tak mahu kah kita kawan kawan dan manusia lain memaafkan kita? Tentu mahu bukan? Malah, bukan setakat mahu sahaja, tetapi kita sangat sangat sangat memerlukannya untuk menyempurnakan istighfar dan sujud taubat kita padaNya lantaran dosa sesama manusia tak diampunkanNya melainkan telah dimaafkan oleh mereka yg kita zalimi itu.

Ntah lah.. apa sahaja yang aku tulis malam malam nih...saja melayan hati tatkala kenangan menyapa diri ...  Cukuplah dunia ku utk hari ini... masa utk menunaikan hak yang lainnya pula.....

Wassalamualaikum warahmatullah..

 
Mafhum Hadith Nabi s.a.w,  Bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara" (Riwayat Muslim)

 
p/s: APa kena mengena antara 'Memuji' dengan 'buruk sangka' eh? Patutnya puji lawannya keji!? Ah.. dah silap petik. TAk apa lah kot.. penyakit hati belaka tu! ehehehe.. Ceroi!

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah..


Ntah mengapa hari ni aku asyik teringatkan arwah abg Zul yg telah pergi buat selamanya sebulan nan lalu??..

Ntah kapan pula aku akan menyusulnya pergi sepertimana ribuan juta umat ini yg terdahulu berpindah ke alam nyata! Alam yang sebenarnya.


Kepergian Abg Zul amat amat amat aku cemburui .. kalau selama ini didengari dalam kisah kisah para muqorrobin, dalam kitab kitab, dalam ceramah ceramah.. Nah..kali ini, berlaku pada sahabat sejemaah ..
Perginya dalam hening malam, tatkala sujud pasrah pada Yang Esa dalam rumahNya yg penuh barokah!

Ya! Abg Zul pergi dalam sujud tahajjudnya dalam rumah kekasihnya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Malam itu dilihat panjang benar sujudnya.. dibiarkan sahaja sang perindu terus meratap hiba apatah lagi seseorang hamba itu paling dekat dgn Robbnya ketika dalam sujud .. Dalam kelam dinihari kelihatan sesusuk tubuh di suatu sudut Masjid sedang asyik sujud.. diiringi suara rintihan halus sang pencinta ntah dari penjuru mana Masjid .... Gelap .. hening..tenang..

Ah..Subuh hampir menjelang, Abg Zul masih bersujud! Subhanallah! Besar sungguh kurnia Mu padanya Tuhan ku ... aku cemburu!

5.30 pagi, masih lagi bersujud.. tak berapa lama lagi lampu akan dipasang oleh siak sebagai persediaan Subuh.. telah menjadi rutin lampu dinyalakan 30 minit sebelum masuk waktu .. Abg Zul masih bersujud..ntah adakah itu sujud rakaat terakhirnya atau pun tidak..tidaklah diketahui.. Hanya yang pasti, itulah sujud yg terakhir dalam hidupnya..

Lampu-lampu dipasang, terang benderang rumah ALLAH.. sang pencinta sibuk menyiapkan diri untuk mengadap Yg Esa, mengemaskan diri, memperbaharui wudhuk.. Mmm.. kenapa sujud Abg Zul seperti senget? Terlena kah dia?

Teringat aku akan Adam, putera 3 ku ketika berusia 4 tahun, di Masjid Jamek Padang Benggali Penang. Rakaat kedua Isyak, sujudnya berpanjangan.. hingga selesai isya' , selesai Wirid dan doa... Risau pulak aku tika itu.. lalu aku tuju ke arahnya dan mengoyang goyangkan badannya, tak ada respon... aku jeling dari sisinya.. Ah! Dia tidur dalam sujud solat rupanya!

Kecoh satu Masjid memperkatakan tentang kisah lucu si Adam.. jadi selebriti pulak dia. Si Abang pulak buat halnya sendiri.. Adam, sedari kecil lagi sudah menyendiri .. moga menjadi mujahidNya walau tika semua menghindari!

Abg Zul! Abg Zul! digerakkan perlahan lahan.. sejuk..kaku..perlahan lahan dia seakan rebah.. dipangku tubuhnya.. EH! Abg Zul dah tak ada!!! Innalillahi wa inna ilaihirojiunn .. (istirja' ini bukan utk kematian sahaja, apa sahaja musibah melanda) ...

Perginya tak kembali..dalam hening malam tika sujud pada Yang Maha Esa, dalam rumahNya ia beriktikaf. Siapa tak kenal Abg Zul? Dia mewakafkan dirinya di jalan ALLAH sepanjang masa. Kalau umat sibuk meminta cuti utk membuat kerja kerja agama, menyeru Ummat ke jalan yang ALLAH redhoi , tapi Abg Zul membuat kerja dakwah sepenuh masa dan hanya minta cuti (dari kerja dakwah) untuk urusan keluarga dan lainnya! Anaknya pun diwakafkan utk agama! Dia menduda setelah kematian isteri dan tak pernah berkahwin lagi lantaran sibuk dgn urusan dakwah! MasyaALLAH..Dakwah itu kerjanya..dan dunia ini sampingannya!  Terbalik pula dari diri ku ini!! Astaghfirullah!!


ALLAH! Pilihlah aku hamba Mu yg lemah ini menjadi Syuhada mu!! Biarlah aku mati di jalan Mu! Mati kerana agama Mu!! Bantulah aku Ya ALLAH!!! Aku lemah.. aku lagho..

Abg Zul ... aku cemburukan kamu! Al-Fatihah buat mu wahai Mujahid terpilih!


Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum ..

Hidup ini bila kita renung renungkan...ianya sebenarnya pelik..

Namun ianya menjadi normal bila dah selalu dilalui.. Itulah kehidupan ini, terlalu banyak tendang terajangnya yg belum kita rasai.. ianya ada walau kita tak rasa...ianya tetap ada... Ah..menerawang jauh aku malam nih..

Hanya ingin berceloteh membawa minda berkongsi rasa membuka fikir insyaALLAH sebelum melabuhkan tirai malam....


Kisah Bapak Ikan dan anak anaknya..


Nun jauh di tengah lautan, terdapatlah sekumpulan ikan ikan bebas berenang ke sana sini menikmati akan rezki yg telah ditentukan olehNya utk mereka. Laut yg membiru itu mewah dgn segala khazanah dan seolahnya tak pernah dan tidak akan kekurangan suatu apa pun hinggalah ke akhir zaman. Begitu mewahnya kehidupan mereka di bawah air itu..

Lumrah alam, yg tua dihormati, yg muda disayangi. Yg tua dihormati lantaran ilmu dan pengalamannya yg luas, yg muda disayangi dan diberi tunjukajar dan nasihat lantaran kurangnya pengalaman dan ilmu.

Maka atas dasar itu, telah berkatakan Bapak Ikan ini pada anak anak ikannya...

"Hey anak anak ku sekelian! Ketahuilah oleh mu, bahawa di sebalik alam ini, ada lagi alam lainnya yg telah diciptakan oleh ALLAH! Alam itu dinamakan ALam Daratan. Di sana, iaitu di alam Daratan itu, tiadalah kamu dapati dikelilingi Air sepenuh alam, keadaannya kering tanpa air sekeliling melainkan sedikit sedikit di sini sana!"

Anak anak ikan kehairanan! "Aii..lain macam je Bapak Ikan hari nih.. dah nak nyanyuk dah kot? .. kita dah ke hulu ke hilir dah.. beribu batu pun ada dah.. mana ada tempat di alam ini (laut) yang tak ada air?? Semuanya air belaka! ... merepek sungguh!" Protes anak anak ikan dalam hati..

Bapak ikan menyambung lagi.. " Dan ingatlah wahai anak anak ku sekelian. Kalian perlu berhati hati agar tidak dibawa masuk ke alam itu terutamanya oleh sejenis makhluk yang namanya Manusia!"

Anak ikan bertanya: "Makhluk bernama manusia tu apa dianya? Giginya tajam kah seperti Sang Jerung? Laju benarkah renangannya mengalahkan Sang Lumba lumba? Besarkah tubuhnya seperti Sang Paus??"

Bapak Ikan menjawab: "Tidak sama sekali makhluk itu menyerupai mana mana makhluk pun yg ada dalam alam ini (laut). Ia ada dua sepit seperti Ketam (itulah contoh terbaik nak digambarkan manusia itu) Namun sepit sepitnya itu bercabang lima, maka pada dua sepit manusia itu jumlahnya ada sepuluh cabang! Matanya dua seperti kita juga, tetapi kepalanya ada bulu seperti rumpair laut. Dia ada lubang hidung seperti Lumba Lumba.. Kulitnya juga boleh disalin seperti Ketam juga, namun ianya boleh disalin pada bila bila masa sahaja yg dia suka(pakaian).. Manusia ini pula ada memelihara makhluk lain, antara makhluk lain itu namanya Kucing!"

Anak anak Ikan mula resah.. ni apa bondo pulak nih? Pelik benar cerita nih.. Tak logik langsung!! Mana ada ketam yg sepit bercabang sampai lima? Dua ada lah! Kepala penuh rumpair tu apa hal? isk.. tak masuk dek akal! Tak logik sungguh! .... Anak anak ikan mula protes! Namun ketaatan mereka pada Bapak ikan tak berbelah bahagi, tak berani mereka membangkangnya. Membangkang bererti mendurhaka. Mendurhaka ni amatlah berat sekali dosanya di alam laut itu!

Bapak Ikan menyampaikan lagi nasihatnya.. :" Duhai anak anak ku, maka berhati hatilah kamu dgn makhluk itu, maka sekiranya kelak, kamu menjumpai makanan yg enak, perhatikan dahulu akan keselamatannya, lihat samada makanan itu sebenarnya hanyalah umpan yg mana tersembunyi di sebaliknya. mata kail yg tajam!!"

Anak ikan bertanya: "Mata kail? Apa tu wahai bapak ku?" Soalnya dgn sopan..ececeeh..

Bapak Ikan menjawab: "Iaitulah alatan yg digunakan oleh Makhluk itu untuk menangkap kamu! Dengannya maka ia akan menembusi kepala mu sekiranya engkau memakan makanan umpan tersebut!"

Anak ikan pening... Macam mana pulak makan cacing buleh tembus kepala pulak nih? Tak pernah dengor ada cacing yg tajam macam tu dalam alam ini! Sah Bapak dah nyanyuk nih!! Layan je lah..

Bapak Ikan: "Andai kamu Engkar! Kamu makan juga cacing umpanan itu, maka kamu akan ditarik keluar dari alam ini, masuk ke alam Daratan oleh Makhluk yg bernama manusia itu! Kamu akan diisi dalam bekas, dan dibawa balik ke rumah. Kamu akan kelemasa kerana alam itu tiada air walau sedikit pun dalam bekas itu!! Sampai di rumah, kamu akan diberikan kpd isteri makluk manusia itu, ia akan menggunakan alat yg namanya Pisau, dgn pisau itu ia akan memotong motong perut kamu, mengeluarkan segala isinya, membuang insang insang kamu..sedang kamu menahan kesakitan yang tak tertanggungkan!

Setelah itu, kamu akan dikelar kelar.. diisi dgn garam dan dilumuri dgn buah yg dinamakan Asam Jawa!"

Anak ikan mula buhsan... Buah apa tu ? Pisau? Mana ada dalam dunia ni bende bende tu semua? Isk isk...

Bapak Ikan: "Setelah itu, kamu akan dimasukkan dalam Kuali.. kuali itu terletak di atas Dapur, dapur itu pula dibawahnya ada Api, makhluk Api ini akan menghangatkan minyak dalam kuali, dan kamu akan digoreng hingga garing!"

"Stop stop stop stop!!" Anak ikan mencelah. "Bapak... apa bapak cakap nih? kuali? Api? minyak? Apa tu?"

"Kuali tu alat yg diperbuat dari logam besi yg telah dileburkan, dibentuk seperti kawah, minyak itu seperti air di sekeliling kita ini, tapi ia lebih kecil zarahnya, dan ia bersifat likat. Api itu makhluk yg membakar...dgn api ia dapat memanaskan air seperti mana panasnya air di kawasan gunung berapi bawah laut itu! Dan kali ini ia akan membakar dan memanaskan minyak itu yg lebih panas dari suhu air mendidih! "

Anak ikan protes lagi dalam diam: "Besi dileburkan? APi ? Membakar? Tak pernah aku tengok ada di alam ini bende bende tu. Itu semua tak logik. Tak masuk dek akal! Hish.. "

Bapak ikan tak peduli.. meneruskan tugasnya utk menyampaikan berita kpd anak anak ikan: "Kamu setelah digoreng ranggup, kamu kemudian akan menjadi santapan anak anak beranak makhluk manusia itu.. sampai tinggal tulang!! Tak cukup takat itu, tulang kamu akan diberi kpd makhluk peliharaan manusia..nama kucing! Kucing ini berbulu seluruh tubuhnya sama seperti rumpair lait.. tapi ia ada kuku yg tajam yg boleh disimpan dalam sepitnya, giginya tajam seperti gigi Jerung, dan kukunya juga tajam seperti gigi Jerung!"

Udah udah udah udahhhhhhhh!!! Stop Stop Stop!!! (komain ikan ni..speaking london yea..ehehehe) ... Tersentak Bapak Ikan bila dakwahnya disekat! Ah! Mereka mula menolak ku... sepertimana sunnahnya penyampai kebenaran lain yg pernah diutuskan sebelum ku..

Hari itu, seluruh anak anak ikan menolak untuk beriman dgn bapak Ikan lagi. Mereka mengatakan bapak ikan ni dah nyayuk.. tukang Syair.. Gila! Cakap merapu! Mana mungkin semua itu berlaku.. tak Logik langsung! Api? Mana ada api dalam alam nih! (laut) Tak pernah aku tengok! Makhuk kucing berbulu macam rumpair melekat seluruh tubuh..gigi tajam macam jerung, ada pulak yg dinamakan kuku, pun tajam macam jerung.. ada ke macam tu? Tak logik ...tak logik!!

Mereka terus menutup telinga meraka dan mengusir bapak Ikan yg sebelum ini amat mereka hormati... Maka berkelanalah Bapak Ikan ke kawasan lain setelah dakwahnya ditolak mentah mentah oleh anak anak ikannya sendiri... "Alangkah bagusnya kalau anak anak ku mengerti seperti yang aku mengerti!" Getus Bapak Ikan sambil berlalu pergi...


Moral of the story.. Tak logik pada kita, tak semestinya tak wujud. Ingatlah ilmu yg kita ada tu terlalu amat sedikit.. laksana kalau dicelupkan jari kita pada air laut, maka sisa sisa yg tinggal di jari kita itulah ilmu yg kita ada, sedangkan lautan itulah ilmu ALLAH malah lebih luas lagi dari itu tak terbayangkan!

Bapak Ikan tu seolahnya Para Rasul a.s. yg diutuskan pada kita membawa berita berita Ghaib... Maka wajiblah kita beriman dgnnya walau pada akal kita tak logik..dah mati hidup balik? Ada syurga ada Neraka? Ada sirath ada azab..ada macam macam yg tak pernah kita tengok pun dalam alam ini...baik di duniam di bulan atau di bintang bintang! Ingat.. Ilmu kita amatlah sedikit... Jgn sombong seperti anak anak ikan yg jahil itu!!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah...

Mafhum Hadith Nabi s.a.w.:

"Ada 4 perkara, barangsiapa yang memiliki semuanya itu dalam dirinya, maka ia adalah seorang munafiq, sedang barangsiapa yang memiliki salah satu dari sifat-sifat itu di dalam dirinya, maka ia memiliki salah satu sifat tadi. Empat perkara itu ialah jikalau berbicara dia dusta, jikalah berjanji dia menyalahi, jikalau menjanjikan sesuatu ia berkhianat dan jikalau bermusuhan dia berlaku curang" (Muttaffaqun 'Alaih)

"Ada tiga perkara, barangsiapa memiliki semua itu dalam dirinya, maka ia adalah seorang munafiq, sekalipun ia solat, puasa dan mengira bahawa ia seorang muslim, iaitu jikalau berkata ia dusta, jikalau berjanji ia mennyalahi dan jikalau dipercayai ia berkhianat" (Muttafaqun 'Alaih)

Menurut Imam Al-Ghazali, dusta ada dalam berbagai bentuk, antaranya:

1. Berlebih lebihan dalam memberitakan sesuatu. Sejengkal dijadikan sehasta, sehasta dijadikan sedepa. Kalau orang telah terbiasa begitu, maka selamanya tidak selesa baginya jika tidak melebih lebihkan cerita!

2. Mencampur adukkan yang Haq dengan yang dusta. Baik dalam perkataan atau dalam perbuatan. Di dalam Al-Qur'an disebutkan "Dan janganlah kamu campur adukkan yang Haqdgn yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu, sedang kamu mengetahui."

3. Memotong-motong kebenaran, misalnya mengambil pangkalnya saja dan meninggalkan hujungnya atau sebaliknya. Sehingga rosak suatu maksud perkataan. Dalam Al-Qur'an banyak perkataan kalau dipotong begitu amat rosaklah maksudnya; "Celakalah orang yang solat yang daripada solatnya mereka lupa". "Jangan mendekati Solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk"

4. Mengatakan dengan mulut sesuatu yang berlainan dari yang terasa di hati, walaupun pada hakekatnya yang dinyatakan itu benar. Seperti yang terjadi di atas diri orang-orang munafiq yang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengakui dengan sungguh sungguh bahawa mereka telah percaya, bahawa beliau adalah pesuruh ALLAH. Padahal hati kecilnya sendiri tidak mempercayai.


Janji Dusta

Janji itu pasti terlebih dahulu diucapkan oleh lidah!

Firmanullah:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوۡفُواْ بِٱلۡعُقُودِ‌ۚ
  Terjemahan: "Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah janji-janji mu....."

Mafhum Hadith Nabi s.a.w.:

"Janji adalah merupakan pemberian (yg harus ditepati)"  (Riwayat Thabarani, Abu Na'im)

ALLAH telah memuji NabiNya .. Nabi Ismail a.s. dalam kitabullah:

...إِنَّهُ ۥ كَانَ صَادِقَ ٱلۡوَعۡدِ...
  
Terjemahan: "..Sesungguhnya ia (Isma'il) adalah tepat janjinya....." (Maryam:54)


Janji.... Setiap janji itu PASTI akan dituntuti!!!

Maka sebagai seorang muslim, pastikan lah bahawa kita tidak memiliki satu pun dari sifat sifat yg telah disabdakan oleh junjungan Nabi s.a.w. Inilah jihad kita yg utama yg bergerak pada setiap masa, tempat dan ketika. Sebagai muslim, kita wajib mengelakkan diri kita dari bersifat dari salah satu sifat sifat munafiq itu tadi.

Diriwayatkan bahawa Umar Abd Aziz ketika hampir tiba ajalnya, beliau berkata: "Puteri ku itu sudah dipinang oleh seorang lelaki dari suku Quraisy. Antara aku dgn dia sudah ada percakapan yang serupa perjanjian. Maka demi ALLAH, aku tidak akan bertemu dengan ALLAH bila membawa sepertiga dari sifat kemunafiqan! Maka dari itu, aku mempersaksikan kepada mu bahawa aku telah mengahwinkan puteri ku itu dengan lelaki Quraisy itu tadi." (Bahaya Lesan, Imam Al-Ghazali, m/s 28, KBC)


Sepanjang usia kita yg diberikan ALLAH untuk terus hidup di atas muka bumiNya ini, sudah berapa banyak janji janji yg telah kita taburkan? Sudahkah kesemua janji janji itu kita penuhi dan laksanakan? Adakah kesemua janji janji itu kita tunaikan? Aduhai... PASTI janji janji itu semuanya akan dituntut nanti di depan Robbul Jalil!!!

Oleh itu, aduhai diri ku dan muslimin sekelian, marilah kita saling maaf memaafkan, redho meredhokan akan sesama saudara muslim kita semua atas semua janji janji kita yg tak mampu kita penuhi. Andaikata ada antara mereka, ahli keluarga, saudara rapat, rakan taulan muslimin dan muslimat yg pernah memberikan janji janji mereka kepada kita, namun mereka mungkiri atas apa sebab sekalipun... mari lah kita sama sama maafkan..redhokan..akan kelalaian mereka itu.. Mudah mudahan kita juga akan dimaafkan oleh mereka atas kealphaan dan kelalaian kita dalam membuat janji... Moga moga kita semua dapat hidup dalam keadaan berkasih sayang dan maaf memaafkan.

Pada yang masih ada masa dan mampu untuk menunaikannya, maka laksanakanlah secepat mungkin sebelum datang si Pemutus Kelazatan dunia ini menjemput kita. Mudah mudahan niat mu itu dipandang ALLAH dan dikira sebagai telahpun memenuhi janji dengan usaha dan niat kita itu!

Memang sakit bila dikhianati.. memang geram bila dipermainkan..memang lah sedih bila diperbodoh bodohkan.. tapi sedarlah.. Neraka ALLAH itu lagi pedih seksaannya... Maka bermaafan lah sesama kita selayaknya... cintailah saudara kita sebagaimana kita mencintai diri kita, dan bencilah kita saudara kita dicampakkan ke NerakaNya sebagaimana kita benci dicampakkan ke NerakaNya pula.. Na'uzubillah!!!

Namun begitu, mulai hari ini, jangan lah kita sewenang wenangnnya menabur janji janji manis padahal kita tak bermaksud pun untuk menunaikannya. Janji janji kosong tidak menyelesaikan masalah sebaliknya membawa masalah yang lebih besar lagi yg mana akan hinggap Satu daripada 3 atau 4 sifat sifat kemunafiqan dalam diri kita. Dan meyebabkan maruah dan harga diri kita tidak lagi dipercayai oleh orang lain. Pada yang masih suka menabur janji palsu, hentikanlah. jgn berkata sesuatu yang tidak kamu maksudkan untuk melakukannya. Ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Mengetahui.. dan ingatlah bahawa ALLAH itu jua Maha Pengampun..

Marilah kita sama sama muhasabah diri...

Maafkan keterlanjuran aku wahai para sahabat sahabat rakan taulan muslimin dan muslimat atas sebarang kemaksiatan dan keburukan yang pernah aku lakukan ke atas kalian dan saksikanlah.. Aku maafkan semua kamu yg pernah aku kenali atau tidak yg pernah menyakitkan hati ku samada sedar atau tidak, sengaja atau tidak Lillahi taala... Justeru itu ...Ampunilah aku Ya ALLAH.. Ampunilah Kami Ya Rahmann... Itulah yang aku harap harap kan...

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum,

Minggu lepas ke Terengganu Darul Iman.. mencandat Sotong lagii.. ehehe..

Saja lewat skit keluar cerita nih..kasi saspen.

Tapi..tak ada apa apa kisah pun nak diceritakan..

Hanya kali nih... dapat 2 EKOR!

Bangga bukan main!

Ahahahaha...

Teringat posting tentang sotong beberapa tahun lalu.. KAT SINI

Apapun.. ALLAH Maha Agung! Sotong itu..telah sedari awal lagi ditentukan untuk aku.. Dari khazanah laut yg luasnya seolah tak bertepi.. dari sekian banyak bot dan candat serta matakail yg berselirat di dasar laut.. 2 ekor itu tetap milik ku.. walau apa pun yg terjadi.

Subhanallah! Engkau Maha Pemurah!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum,

Alhamdulillah..sehari lagi masa Engkau berikan kepada ku untuk menghirup udara Mu mengecapi tiap rezki yg Engkau kurniakan dan taburkan kepada ku ... Semakin hari, semakin hampir aku dgn 'saat' itu ... untuk aku mula melangkah pergi ke destinasi abadi ..

Umur ku..ntah ke mana telah aku habiskan? Harta ku..ntah ke mana telah aku belanjakan? Ilmu ku..apakah aku amanah dengan ilmu kurniaan ALLAH? APakah telah aku ajarkan kepada setidaknya ahli ku sendiri?

Ah!

Addin ini.. apakah telah ku sebarkan??

Hidup ni simple je sebenarnya..

1. Belajar Agama
2. Amal agama
3. Sebar Agama

Namun keperluan keperluan duniwai mencelah diantara ketiganya sehinggakan akhirnya duniawi memesongkan kita dari jalan yang lurus!

Difikir fikirkan diri sendiri, berapa ramai orang kafir yg telah aku ajak kepada Islam? Yang aku offer dia keselamatan dalam Islam? Yg aku sampaikan ajaran Rasul tentang Islam?

Berapa ramai pula yg diselamatkan dari Neraka ALLAH? Berapa ramai zuriat keturunannya yg selamat dari bencana api Neraka dgn kalimah Lailaha illallah?

Dah berapa ramai pula kawan kawan ku dari kalangan mereka yang tak mengetahui ini yg telah aku sampaikan kepada mereka? ADakah mereka akan mendakwa aku nanti di hadapan ALLAH S.W.T.? Mahukah nanti Nabi ku Muhammad s.a.w. memandang kepada ku dgn pandangan kasih dan sayang?

Banyaknya yang aku fikirkan.. aduhaii..jauhnya perjalanan.. sikitnya bekalan!

Alhamdulillah..aku ada nyawa lagi.. aku masih bernafas lagi...

ayuh!! Kita sebarkan..kita sampaikan.. Hidayah milik ALLAH .. ikhtiar kerja kita!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah..

Semalam dapat lah mendaratkan 2 ekor (hah? 2 jer?) sotong..ehehehe... (* 1 May 2010)

Yerrr... DUA EKOR jer...

Alhamdulillah!

Nak cerita sotong ke nih?

ker.. blurr sotong?

Idakk.. tu selingan jer.

Ada aku ajak seorang sahabat utk trip tu, pangge Sarip Dol jer (bukan nama sebenar), tapi dia bukan la samseng kampung dusun. Seorang sahabat siber yg bertukar dari sahabat alam realiti maya.

Maka tersebutlah tentang Ilmu dan sifat dalam perbincangan kami. Eh! Sebelum tu, Sarip ni Naib Johan candat tahun lepas...tapi semalam dia dapat sekor jer....ehehehe...kira aku dah kalahkan Naib Johan la nihhh... Iklan.

Apa yg kami perkatakan dalam bot hari tu tentang ilmu ni, sekarang ni alhamdulillah, kesedaran dah meningkat di kalangan ibu ayah untuk menghantar anak anak mereka ke pengajian agama (yg belum sedar lagi ramai..yg sedar tapi tak berani atau tak yakin pun ramai gak). Maka kita lihat ramai ust2 muda di persada ilmu negara sekarang nih..alhamdulillah!

Sarip menceritakanlah tentang madrasah tempat anaknya belajar juga tentang madrasah baru anaknya..

Tapi..bukan nak cerita pasal madrasah tuu..

bukan bukannn..

ehehehe..

Saja je nak kasi posting ni panjang yea? Idak ler.. saja kasi santaiii..

So kisahnya ustaz ustaz muda (dgn maaf para ustaz..tak semua cam ni) yg agak keras dalam sesuatu perkara. Itu satu hal, hal yg lain tu... yg kami bincangkan.. Ustaz, tapi tak nampak macam ustaz! jeng jeng jeng...

Dari pelbagai sudut lah.. so kita bawak ke satu sudut dulu. Apa tu? Sifat pendakwah. Saya pernah bersembang dgn seorang Ustaz tu (sebaya dgn saya maa) dia tak pakai kopiah, tak berjubah, tak dak janggut.. (sebenornya ni pakaian warak/sunnah, bukan pakaian ustaz je) .. dia pakai Jeans, tshirt biasa. Tarak nampak kata dia seorang ust. Bila sembang bab agama, dia la terkehadapan! Tu dia!! Nganga la org lain mendengarkannya.. Ooooo..ustaz rupanyaa... tu la kome ..jgn pandang rupa dia jer...

Gitu lah yg selalu diucapkan oleh orang lain yg baru mengenalinya. Aku tak pernah tanya, tapi dia yg cakap..katanya "Ana tak pakai kopiah, jubah dan segalanya ni walau ana ustaz bukan apa, supaya senang ana nak mendekati remaja, nak berdakwah pada mereka!" Tu diaaaa.... Kome pikior la sendiri yea.. Habis satu kes.

Aku hari tu ke Pejabat Agama, aku masuklah.. jeng jeng jengg... aku tengok ustaz2 kat situ tak macam ustaz la pulak.. tapi aku tau la deme tu ustaz. Aku tengok pulak, ustazah2 pun ranggi gak.. tapi aku tau dia depa tu ustazah (amboihh hang jeling ustazah no... isk..kantoi!) ... Yg datang ke pejabat tu pulak aku tengok ok lagi dari penampilan para ustaz2 kat pej agama tu (pandangan mata aku je..pandangan mata selalu tersasar tau!) .. ada yg datang tu pakai niqob lagi, berserban (dalam opis tu sorang tak pakai serban)..pakai jubah (pun tak dak yg dalam opis tu pakai cam tu)

Peh tu satu hari tu aku pi minum kat kantin kat Jab agama tu.. dgn para ustaz lain lah..dok sembang sama kat meja meja sebelah tu para ustaz lain.. uik..belum pukul sepuluh lagi tu baii... time opis tu! Eh eh! Depa tu keja field work kot..tak ikut timing. Ye la kot.. husnuz dzhon..

Nak juga kenal kenal kan..maka ust yg bersama kami perkenalkan..haaa..yg kat ceruk tu..dia ust bla bla..bahagian blah blah... yg tu...kljklj...dia kat khknkln... Haaaaa..yg bersandar tuuu..itu TIMBALAN MUFTI tuuu.. aku pun memanjangkan tengkuk aku nak tengok dia..elok aku tengok dia jer.. SAPPPP.. tangan dia naik ke atas menuju ke bibir dia... Apa tu? Isap rokok beb!  Aduhaii...


Selesaii..



Tu dari sudut penampilan lah.. Bukankah semua itu adalah Sunnah Nabi mu? (Jgn pulak nanti ada yg kata, Nabi tak pakai Niqob!) .. penat.. Cx maksud Sunnah dulu baii..

Jadi sekarang ni ramai orang yg berilmu, tapi Ilmu tu tak jadi ilmu hanya setakat menjadi Pengetahuan atau maklumat sahaja. Ramai yg tahu, tapi tak mahu amal. Mungkin kerna tak yakin? TAk selesa? Atau apa tak tahu lah aku... Hanya pada ALLAH sahajalah kita berserah.

Apa kesannya nanti tuan? Entahlah..tu nak kena dibuat kajian khusus oleh mereka yang berkebolehan. Aku ni ceroi..tak mampu beb. Nak sembang kedai kopi boleh lah. Nak?

Hahaha..korang sembang cam tu ke atas bot tu? Idak ler.. tu topik yg dibincangkan ler..kisah kisah lain tu aku tambah bila dapat ilham dariNya jua.

Berbalik pada tajuk posting ini, Ilmu dan Sifat.

Antara keduanya, dua dua penting dan saling berkait. Tapi Sifat adalah perlu lebih kuat lagi pada aku pada masa akhir zaman ini. Sepertimana aku tulis sebelum ini, Ilmuan agama ramaiiii... ahli maksiat pun ramai yg tahu cakap bab agama (aku pernah jumpa beb..kaki tonggang, dok pegang gelas arak lagi masa dia dok cakap tu) .. pernah juga aku jumpa kaki zina tapi cabar kalau nak cakap pasai agama dgn dia..memang dia berkebolehan walau ada yg tak tepat dan salah sana sini. Tapi kalau didengari secara lalu je..memang macam ustazah lah.. Tapi mana sifat?

"Tak faham lagi la beb!"

Ehehehe..sorri la.. aku tak reti menulis sangat.. men hentam jer.. ok la ok la...cam nih..

Kalau kita nak tahu apa itu SABAR, maka kita pun pegi la jumpa tuan guru dan belajar darinya apa itu SABAR. Guru pun ajar lah sabar tu maknanya..begini,ayatnya sekian, hadithnya sekian.. sirah Nabawiyyah begini, Sirah Sahabat begitu..sirah org org Muqarrobin macam nih.. Itu semua kita katakan sebagai ILMU. Maka BERILMU lah org itu setelah mengetahui akan ia tentang apa yg dikatakan sebagai SABAR. ILMU. Selesai.

Sifat? Iaitulah amalan kepada Ilmu itu tadi! Katakanlah setelah org itu bertanya itu ini pada tuan guru tu..dah selesai bab sabar. dia pun balik. TApi dia ni nakal skit. Dia alihkan kasut tuan guru tu..sebelah dia letak kat tangga lain, sebelah dia sorok! Tuan guru tu nak balik cari tengok kasutnya tak ada! Apa lagii. tuan guru pun "APaaaa la diaorang nih, datang Masjid pun nak mencuri jugak! Amik la kasut yg mahal mahal tu, selipar cabuk aku pun nak tibai!" Kata tn guru tu. Haaaa..mana SIFAT SABAR guru tu? Dia mungkin ada Ilmu...Sifat Sabar tak ada! Selesai.

Nampak dak?

So macam mana nak dapatkan Sifat dari Ilmu tu beb?

Nak dapat tu, kena la ada GURU MURSYID!

Nak dapatkan sifat pada anak, maka para ibubapa carilah guru yg beramal dgn amalan sunnah. Bermula dari pakaian, cara hidup, pemikiran, masa, adab, amalan soleh lainnya. Tak cukup setakat tengok sekolah/madrasah/ma'had nama keAraban skit, ada tulis jawi skit..kira lulus jah. Tengok dulu gurunya.. amalannya gitu. Walau mungkin guru tak ada sijil berkajang kajang..tak ada degree (bukan kondem ustaz berdegree ya) tak ada mastar phd (pun bukan kondem deme tu) ..tapi mereka ikhlas (sapa saja ada degree atau tak - ikhlas yg penting) .. guru guru macam tu selalunya dari pengajian pondok pondok dan pesantrean.


InsyaALLAH, sebagaimana guru, macam tu lah murid. Keberkatan akan turun pada ilmu yg diajarkan ikhlas. Ikhlas ni panjang la perbincangannya..antara ikhlas ni ialah beramal dgn ilmunya. Kalau ustaz pun janggut selai tarak..pakai baju masuk dalam nampak ponggong.. kopiah tak pakai togey jer.. tangan sepit rokok... Tuan tuan pindahlah anak tuan tuan tu ke sekolah lain. Walaupun ilmunya tinggi melangit..tapi tak lebih dari seekor keldai membawa kitab kitab!! (dgn maaf)  Itu lebih baik!

p/s: Maaf pada tuan tuan guru para kiyai para ustaz ustazah 'alim ulama' yg ikhlas dan soleh dan solehah. Tuan tuan permata tak ternilai harganya sebagai pewaris Nabi. Kami nampak Nabi Muhammad s.a.w. melalui tuan puan! Terubat rindu kami padanya melalui akhlak dan amalan serta penampilan tuan puan!!! ALLAHU AKBAR!



Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897


Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah...

Dua hari lepas aku membawa tetamu tetamu Sarawak dan anak anak mereka ke Gunung Lang ..

Rilek rilek...

Bukan bawak panjat gunung... tapi Gunung Lang ni tempat rekreasi daaa..

Per pun, bukan nak cerita keindahan Gunung Lang tu.. tapi nak cerita pasal Berok ... (Kera sebenarnya..tapi perkataan 'berok' lebih komersial... ehehehe)

Kat situ almaklumlah hutan, ada la grup grup berok kat situ.. Si Freddy ni dia pi beli maruku la..kacang la..itu laa..ini laa.. buat jajan budak budak tu.. errr...aku pun tumpang maa.. jan marah ek..

Kami pun lepak kat belah tasek yg tak ada ramai org..

Kat tempat lepak yg utama (main) tu ada banyak la pulak 'ikan duyung' naik ke darat.. naya je budak budak tahfiz ni hilang hafazan deme... So kami berangkat ke sebelah Tasik balik bukit batu kapur tu yg ada air terjun buatan tu..

Lepak kat situ maka ternampaklah sekumpulan beruk kera yg memerhatikan kami, ada seekor yang dominan dok paling dekat dan dahan yg paling rendah..memerhati kami. Sekali sekali dia menyeringai menunjukkan taringnya yg boleh tahan tajamnya!

Si Farid ni memang tak reti takut (memang kami mahukan anak anak pemberani bakal pemuda pemberani masa depan!) dia pi acah acah beruk tu. Yg si Murni ni pulak (ni lelaki yer..ehehe) pi dakwah beruk tu.. katanya.. "Ucaplah Laailaha illallahh.."  Tak tau la aku nak kata apa apa kat dia tu.. ehehehe.. Beruk tu menyerongin je ..agaknya dia faham kalimah tauhid tu!

Diperhatikan bahwa dia lah satu satunya beruk jantan kat situ.. banyak betul bini dia..mahu belas belas ekor.. yg kecik kecik junior tu ada la yg jantan. Cemana aku tau jantan betina? Ahhh... payah nak citer...tak yah tau lah ye.

Budak budak ni perhatian dah ke berok berok tu..ikan ikan yg bermain di gigi air tak menarik perhatian mereka lagi.. Farid, Usop, Rasyid tak sudah sudah cuba membaling maruku pada Ketua Berok tu, dia nak sambut tak manjang tak dapat.. akhirnya dia turun ke bawah tapi dgn hati hati...
satu satu dikutipnya..kiri kanan disuapkan ke mulutnya.. bila dia mula makan, maka turunlah bini bini dia pulak.. yg junior junior tinggal di atas...

Kami bergerak ke belakang sikit, ada bukit kecil dalam 2 kaki tinggi umpama busut.. kami letak maruku dan segala mak nenek di situ.. nak turun ketua beruk dan bini dia (bini tua kot) ehehe.. yg lain memerhati...

Nah! Lihat lah betapa besarnya kasih sayang ALLAH dan betapa luasnya rezeki ALLAH. Walau pada zahirnya kami yg memberi makan, tapi ALLAH lah yg telah menakdirkan pada hari tu, kamu berok..makan Maruku, kacang dll.!

Berok tak tahu memasak.. berok tak tau pelekat api (korang faham ke maksud pelekat tu?) .. malah nak buat percikan api pun berok tau tau. Jangan tanya la berok tau tak nak tanam gandum, semai gandum, meracun, menuai.. menggiling gandum jadikan tepung, dari tepung buat pulak macam macam..contohnya maruku ka...ada pa.. Tau ke berok tanam kacang?  Macam mana la berok nak cari akal utk buat resepi masak maruku nih? Acuannya? Kualinya? ah ah...macam macam lagiii..

Berok tau ker?

Tau?

Takkkkk!!! Berok tak tauuuu...

Abih cam ner pulak ALLAH takdirkan hari tu waktu tu Berok ni Dia rezkikan dgn Maruku? (dah berlaku baru kita tau taqdir ALLAH itu)

Itulah TANDA kekuasaan ALLAH. Dia Maha Berkuasa dan Dia menentukan segalanya walau pun mustahil pada akal kita.

Berok yg tak tau serba serbi pun dapat makan Maruku, dapat makan Kacang yg siap digoreng. Berok yg tak pernah tanam kacang pun dapat makan Kacang dll. Inilah kebesaran dan kemurahan ALLAH!

Nah! Apa pula masalah kamu wahai manusia? Tak yakin kah kamu dgn janji janji ALLAH? Mengapa kamu takut kehilangan Dunia mu sampai sahaja kerja kerja pejabat, perniagaan, perkhidmatan kamu menghalang kamu dari mencari Redho ALLAH?  Bukankah Dia boleh memberimu apa sahaja tanpa kamu sangka sangkakan? Sama macam berok berok tu!?  Agak agak kamu? Yakin kamu dgn yakin beruk..mana yang lebih tinggi? Agak agak laa...  (kalau aku..memang yakin berok tu lagi tinggi dari aku yg lemah nih..aduhaii dirii..)

Sudah sudah lah itu..

bila tiba panggilan Azan.. tinggalkan ladang ladang mu..tinggalkan jabatan jabatan mu, tinggalkan anak isteri mu..(anak lelaki bawak sama!).. tinggalkan komputer.. tinggalkan kereta, tinggalkan permainan..malah tinggalkan SEGALA GALANYA.... lantaran dunia ini semuanya MILIK ALLAH, dan DIA boleh beri pada sapa sahaja yang Dia kehendaki... maka atas dasar apa kita mengejar ngejar Dunia sampai lupa akhirat??

Kalau beginilah sikap kita..kalau begini lah perangai kita.. kalau begini lah yakin kita... Agak agak lahh...

Agak agak..


Agak agak korang lah....


Bila bergema SEMBOYAN JIHAD! "AIYUHAL MUSLIMUNNNN!!!

HAYYAA BIL JIHADDDD!!!

ALLAHU AKBAR!!!!

ALLAAHHHHHU AKBAR!!!!



Agak agak.......


Mampu tak sahut?


Agak agak la..

Atau..

Lari ke gunung gunung?

Lari menyelamatkan harta?

Lari menyelamatkan anak isteri?

Lari ke negara lain?

Menyuruk ke tempat tempat yg 'selamat'?


Dan yg paling teruk.. Lari dan jadi TALIBARUT TALIBARUT MUSUH ALLAH!!!!

Agak agak korang lah..

sanggup tak korang korban? Ikhlas lah jawab dalam diri korang.. (terutama aku lah nih...)

Kalau sudah MASA korang tak sudi beri dan korban untuk agama...  kuliah tak mo pergi, solat tak mo pergi.. nasihat tak de masa nak dengar.. Keluar ke jalan ALLAH korang tak sanggup..

Kalau sudah harta tak sudi nak korban fi sabilillah... Takut kurang..takut miskin..takut kebulurr..

Kalau sudah anak anak korang kepung bawah ketiak..tak sanggup korban perasaan berpisah utk hantar belajar agama....kononnya sayang sangat..biar besar depan mata..tak tau ngaji tak per..tak tau solat tak kisahh..

Kalau diri korang cintakan melebihi saudara saudara seaqidah korang.. apa nak jadi kat korang tu korang punya pasal..janji aku perut kenyang..burp!

Kalau korang tak mahu berziarah saudara seaqidah korang Seantero Dunia dgn kasih sayang sebagaimana ajaran Nabi kita s.a.w. ..

Kalau semua itu korang TAK SANGGUP utk KORBANkan..

Sedangkan SEMUANYA itu..BUKAN HAK MILIK MUTLAK KITA!!!

Agak agak lah...

Agak agak...

Korang sanggup ke KORBAN NYAWA utk ALLAH???  Kalau semua KORBAN KORBAN yg juzuk juzuk kecil tu korang tak sanggup.. mampukah korang (aku sekali nih) sanggup buat PENGORBANAN TERTINGGI ini iaitu KORBAN NYAWA bila masanya tiba?? 

Korang rasa..korang akan termasuk golongan yang menyahut panggilan tentera Mahdi nanti?? ALLAHU ROBBI!!!

Pilihlah aku menjadi tentera Mu... Berilah aku untuk Mati Syahid di jalan MU!!! La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil adzhim!!!

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ini, pagi ini.. buat blog walking (istilah baru dapat nih! ehehe) .. Sebelum tu, malam tadi rai sahabat dari Kuching yg keluar berdakwah ke Pahang.. Mereka singgah di Perak untuk ziarah anak anak mereka di Ma'had Tahfiz di sini.  Salah seorang dari mereka ada 3 orang anak yg berjuang jihad fi sabilillah menuntut keredhoan ALLAH dengan menjadi 'penjaga-penjaga' Al-Qur'an dan meletakkan al-Qur'an dalam dada dada mereka.

Apa lagi yang ada di dunia ini untuk kita melainkan meletakkan agama itu di hadapan? APa lagi yang kita mahukan dari dunia ini bilamana Rasulullah menyatakan dunia ini umpama Bangkai??

Tuan puan..bayangkanlah kalau seorang peniaga membawa bangkai Kambing atau Lembu misalnya, digantung di pasar pasar utk dijual..bangkai yg telah reput busuk berulat itu.. siapalah agaknya yang mahu atau sudi membelinya???  Mahupun menjeling? Malahan penjual itu akan kita katakan GILA!!

Tak sudi?


Eleh! Tapi bukankah kita yg meninggalkan solat utk beli bangkai itu? Kita leka di pejabat..di kedai kedai, di pasar pasar malam..di padang padang bolasepak.. di laut, sungai, lembah lombong..sibukkkk membeli BANGKAI sedangkan Muazzin melaungkan azan menyeru kepada kejayaan?  Bersambutkah laungan itu?

Tuan tuan... Masjid masjid kita kosong tuan tuann.. yg mengisinya org org pencen..pesakit darah tinggi, pesakit jantung..pesakit kencing manis! Maaflah wahai pencinta pencinta Masjid..bukan mahu menghina kamu ..tidakk..kamu org semulia mulia makhluk bilamana ISlam itu kamu ikuti... hanya secebis peringatan kepada anak anak muda.. Yg kental jiwa kononnya.. yg gah di mata dunia kononnya.. yg gagah dan kuat tenaga kononnya.. yg bijak menyusun ayat berpidato kononnya... yg aggresif kononnya...

Apalah gunanya semua itu kalau BANGKAI yg kamu tujui... apalah ertinya banyak lauk kamu dapat tapi dari daging BANGKAI yg busuk lagi membusukkan! Apa manfaat yg dapat?

Abih tu! Lari dari dunia nih.. tinggal terus.. dunia ni busukkk..dunia ni bangkaiii...

Bukan begitu baii...

Jangan kita lupaa.. Dunia ini juga adalah imtihan..tempat ujian..setiap satunya adalah ujian semata... anak pinak harta benda pangkat kenderaan tanah lombong estate isteri/isteri2  semua semua semuaa  semuaaaaanya ujian!!! ALLAHU ROBBI!!

Ketika sahabat r.anhum datang mengziarahi Baginda Nabi s.a.w. , baginda ketika itu baru bangun dari tidurnya, sahabat melihat belakang Nabi s.a.w. berbelak belak berbekas (Allahuma Solli 'ala Muhammad!!!) bekas dari serabut serabut, daun daun pelepah pelepah tamar yg diisi sebagai alas tidur Baginda s.a.w.!  Dan seterusnya kisah selepas itu baginda bersabda yg mafhum dunia ini tempat persinggahan semata mata.. ibarat seorang pengembara yg singgah berhenti melepaskan lelas di sebatang pohon... setelah itu ia meneruskan perjalanan.. persinggahan itulah dunia ini...


Diriwayatkan dari (Mujahid):Ibn Umar berkata, "Rasulullah SAW memegang bahuku dan berkata, 'hiduplah didunia ini seakan akan kamu adalah orang asing atau sebagai pengambara' "

Aduhai diri ku.. kamu juga mahukan bangkai itu??

Mafhum hadith Nabi s.a.w.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,
“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.

Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.

Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. (Riwayat At-Tirmidzi)



tuan tuan ... kalau boleh dimisalkan Dunia ini ibarat kita memandu Kenderaan.. Hadapan kenderaan itulah jalan menuju akhirat.. sampai di belok, kita belok, kalau kiri kiri lah..kalau kanan  kanan lah.. kalau perlu berhenti kita berhenti lah..

Sementara side mirror atau rear mirror itulah dunia.. dalam perjalalanan kita pandangan kita, perhatian kita terus pandang ke depan..destinasi kita jauh maju di depan sana... itulah akhirat..

sekali sekali kita menjeling ke sider mirror, rear mirror untuk memastikan kelancaran perjalanan..side mirror dan rear mirror itulah Dunia.

Andainya kita tak tumpu ke hadapan..tumpu pada side mirror dan rear mirror (dunia) insyaALLAH..memang tak sampai ke destinasi kita!!

Tuan tuan.. check point pertama kita di sana nanti adalah SOLAT... di situ ulama mengatakan penentu kesenangan atau keazaban utk check point check point seterusnya.. So apa persembahan kita? Mau yang terbaik atau yg cincai bancai??  Aduhai diri ku...

Tuan tuan... berusahalah memenuhkan Masjid dgn solat tiap waktu.. mulakan hari ini... sekarang pagi lagi..mulakan hari ni. Kalau tika baca posting ini azan sedang dikumandangkan..jangan tuan tuan..jangann..jangan diteruskan membaca lagi.. sahutlah azan itu dgn terus menuju ke tempat ianya dilaungkan!  Tinggalkan sahaja apa sahaja perkara duniawi yg sedang kita lakukan!

Ini PERINTAH Rasul.. ini SUNNAH Rasul kita... Sesungguhnya.. Rasulullah s.a.w. ketika sakit.. DIPAPAH utk pergi solat berjemaah oleh menantu dan sepupunya iaitu ALi krj dan Ibnu Abbas r.a.  Seorang kekasih ALLAH.. dipapah utk solat.. tetap baginda tak solat sorang diri!! Aduhai diri ku... subhanallah.. beratnya utk aku taip ini semua... namun redho Mu ku dambakan... perlu juga aku sampaikan walau merentap jantung ku sendiri!!!

Tuan tuan umat Muhammad s.a.w. (dan termasuklah diri ku sendiri lebih lebih lagi..) Solat jgn diringankan.. melengahkan solat sudah dikira meringan ringankan solat.. Buat tak reti kalau dalam bahasa kita. Ibarat kalau kita pangge anak kita, adik kita, isteri kita orang bawahan kita... dia buat dergg jer meneruskan apa yg dia sedang buat.. kalau menulis dia terus menulis..kalau bermain dia terus bermain kalau memasak dia terus memasak..hinggalah dia puas hati dan selesai akan kerjanya...baru lah dia datang kepada kita.. kecik ati tak? Bukan depa tak datang, datang jugak , sahut jugak panggilan kita, tapi datang dgn malas.. dgn muka yg..aduhaii..

Kecik ati tak kita?

Kecik ati?

Kecik ati ker?

Kecik ati ker takk??

Haa?

Kecik ati?

Eh! Ko sapa?

Ko sapa beb?

LU SAPA???

Astaghfirullah....  Panggilan Ilahi kita buat tak tahu..sedangkan hidup kita dan seluruh makhluk bergantung sepenuhnya pada ALLAH!!  tau marah kalau panggilan kita ahli kita buat tak tau.. abih yg kita buat tak tau pada panggilan ALLAH kenapa?  Kenapa? Why why??

tak berani aku nak meneruskan lagi...  aduhai diri ku... berilah kekuatan pada Kami Ya ALLAH.. Pilihlah kami Ya ALLAH!! Berilah kekuatan utk kami menyeru mereka dgn kasih sayang..menjemput mereka ke rumah rumah Mu.. sedang Engkau tak memerlukan seduit pun dari kami padahal kami lah yang mengharap pada Engkau Tuhan Robbul Jaleel...  Pilihlah kami menjadi duat Mu..pilihlah kami menjadi pekerja pekerja Mu..pilihlah kami menjadi Hamba Abdi Mu... hidayah Mu kami mohon..hidayah Mu kami damba...

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah..

Abu: "Assalamualaikum Latip!"

Latip: "Waalaikumussalam warahmatullah" ....

Abu: "Eh! Lawa ni, nak ke mana ko?"

Latip: "Aku nak ke kuliah ler.. deme buat kat Masjid Negeri tu..kena la pakai lawa lawa skit..nak masuk rumah ALLAH!"

Abu: "Ohh... ye betoi betoi betoi! Eh..Tapi kuliah tu start pukul 9 kan? Ni baru pukul 7.30 pagi.. awal lagi nih, jom teman aku pegi sarapan nak?"

Latip terdiam... Hmmmm...aku pun lapar gak nih..tapi leceh la lepak dgn mamat nih... fikir Latip..

Latip: " Eh! Tak per lah..aku dah makan dah tadi!"

hoyeeeeeeyyy...hoyeeeeyyyyyyy!!! bersorak syaithon syaithon di keliling Latip..bagus bagus bagusss

Abu: "Laaaaa... ko dah makan dulu ker? Awal betol! Ko makan apa tadi ek?"

Latip: "Aaaaaaaa... Nasi Lemak!"

berguling guling Syaithon syaithon jantan betina keliling Latip!! Yippeeee!!!!  (namun begitu...1 point! Malaikat Roqib sebelah kiri sibuk mencatit)

Abu: " Eh! Nasi Lemak?  Best jugak tuuu.. ko makan kat kedai mana ek?"

Latip: "Alaaa.. Kedai Makcik Temah tu laa..yg kat bawah pokok ketapang tu.."

yark yark yey!!!! Bagus bagus bagus!! Syaithon syaithon terus berpesta!  (mmm 1 point lagi, Roqib sibuk mencatit)

Abu: " Ko makan Nasi Lemak biasa ke special?"

Latip: "Aisaymen.. tu pun ko nak tau ker? Aku makan Nasi Lemak special sambal sotong!"

Hahahahahaha!!! kita tak yah kata apa apa lagi dah..dia buat sendiri beb!!! Sorak syaithon syaithon kegirangan   (di satu tempat yg terhijab...1 point lagii.. Malaikat Roqib terus mencatit.. Malaikat Atid melihat je tanpa tindakan)

Abu: "Whoooaaa... best tu.. Berapa hengget ek?"

Latip: "RM3 jer"

Ehehehehe...kekekekeke.. mengekek lagi Si Laknatullah syaithonirrojimmm... ( sementara itu...tulis lagiiii Malaikat Roqib sibuk menjalankan tugasnya.. Malaikat Atid...jobless)

Abu: "Boleh tahan la mahal jugak.. Yg biasa je berapa ek?"

Latip: "Yang biasa jer? Ek ele.. kalau biasa je..ada la dalam RM1.20 jer"

ahahaha..bagusss bagusss... kawan kawannn..jom kita cari mangsa lain pulakk.. mamat Latip ni dah pro!!! ekekekekeke...mengekek ngekek Syaithon jantan betina ketawa riang...terlupa Neraka Jahannam menanti mereka dan kekal mereka didalamnya ..( Malaikat Roqib pula terus mencatat..sambil ada bonus pulak - Malaikat Atid..jobless...)

ehehe.. korang sambung la pulak imaginasi nih...

Tu la contoh contohnya bilamana seseorang bila menipu...dia akan terus menipu untuk menutup tipuan tipuannya sebelum ini sampailah tiba masanya bila dia dikantoikan oleh ALLAH samada di dunia (sempat taubat dan minta maaf) atau di akhirat (amatlah malang sekali...aduhaiii diri ku...)

hidup menjadi lebih sempoy..lebih mudah sekiranya kita bercakap benar. InsyaALLAH otak dan fikiran tak serabut dgn fikiran Negatif macam mana nak tipu dia nih..nak kata apa plak ye kalau aku cakap cam ni pasti nanti dia tanya cam tu. Bila aku jawab yang tu nanti, pasti dia tanya yang ni plak... maka berlegar legarlah kepala hotak berjambul tu macam mana nak tipu. Konon konon leh dapat title Professional (sapa bg title nih? Syaithon laa...peh tu kita syiok sendiri kata aku bagus sedang si syaithon laknatullah ketawa mengekek ngekek! )

Pernah buat?

Yea.. aku mengaku aku pernah buat ... tapi itu duluu..

Tul ker?

Yerrrr... aku tobat lahom dah!

Alhamdulillah! Ko dah jumpa semua org yang ko tipu tu ke untuk mintak maaf?

Alamak! Yang tuuu... aku pun tak ingat dah...banyak kali benor dah... dah jadi macam compulsive liar! 

Haaaa... macam mana tu tuan puan? Kesian tak kat mamat yg dah bertaubat kat atas nih? Kesian kan? Justeru itu..sebelum kita tidur tu.. kita doa mintak kat ALLAH.. (selain sunnah2 yg diajarkan Nabi s.a.w) Ya ALLAH, Engkau ampunkanlah aku atas dosa dosa yang aku lakukan sepanjang hari ni samada aku sedar atau tidak, sengaja atau tidak.. dan Ya ALLAH, sesungguhnya, aku maafkan semua saudara ku yang ada berbuat salah dgn ku samada mereka sedar atau tidak, sengaja atau tidak..oleh itu Ya ALLAH, ampunan Mu lah kami pohonkan!"   (ni amalan salah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang mana Nabi bagitau sapa nak tengok ahli Syurga, tunggu sekejap lagi dia akan masuk ikut pintu sekian sekian...berlaku sampai 3 kali berturut turut sehingga seorang sahabat lain ikut dia balik utk lihat amalnya..seterusnya rujuk kitab la yer)

Ni contohlah..kalau korang tau dan sedar sapa yang menipu ke menganiaya ker..sebut la nama dia tu, bagi kat ALLAH..minta ALLAH ampunkan dia lantaran kita dah maafkan dia.. boleh buat?  Susah?

Aii.. kome tak mahu ke orang lain maafkan kome jugak? Tak mahu ke ALLAH ampunkan kome? Dosa sesama manusia ni ALLAH tak ampun melainkan org berkenaan maafkan dan kita bertaubat! Inilah hidup berkasih sayang.. tak ingin saudaranya tercampak ke NerakaNya seperti mana dia juga tak mahu dicampakkan ke dalam Neraka ALLAH!!!

pada mereka yang mengenali ku..aku mohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran ku dulu sepanjang masa kita bersahabat. InsyaALLAH, seingat aku, aku bukanlah seorang penipu yea.. tapi seingat ingat aku, aku ni manusia..insan lemah..banyak salah dan silap ..PASTI aku ada menyakiti hati kamu orang.. maafkanlah aku yea..aku tak bermaksud demikian wahai sahabat sahabat ku sekalian.. Aku sayang kamu semua sama seperti aku menyanyangi diri ku sendiri... (ALLAH..jgnlah Engkau uji aku dgn ujian yang berat beratttt!)

Astaghfirullahh.... ampunkan kami Ya ALLAH!!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ni nak tulis tentang orang Masjid pulak. Kalau orang rumah meninggalkan post mereka (rumah) utk bekerja di luar, mengejar sesuatu yg murah dan meninggalkan sesuatu yang amat mahal (kecuali kerja2 tertentu yg khusus utk muslimah) .. maka apa pula kurangnya lelaki?  Rasanya ramai lagi yg tak mahu sandang Title Orang Masjid!  Tak caya? Cuba ko tanya kawan kome, tanya dia.. "Ko ni org Masjid ek?"  Haaaa.. macam macam kuntau dia akan keluarkan ... macam macam madah akan dinukilkan seolahnya begitu merendah diri... (rendah diri tu bagus..amat bagus tapi kena pada tempatnya lah)

Telah bersabda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yg Mafhumnya, Dari Jabir dan Abu Hurairah r.a. "Tiada solat bagi tetangga Masjid melainkan di Masjid!"  (Riwayat Daruqutni)


Tiada solat tu beb! Berat tuu... Cuba check tengok..agak agak azan tu dengar ke tidak? Kalau dengar tu, Sah! Tetangga Masjid!  Ehehehe..

Aku tak dengar beb! Oooo...ko tak dengar yea.. keter ada? Motor ada? Tenaga ada? Sapa bagi tu? Sendiri bikin ka? Sendiri la jawab baii....

Maksud Firmanullah ayat An-Nisa' 102:

"Dan apabila kamu (Muhammad) berada di tengah-tengah mereka (sahabat mu) lalu kamu hendak mendirikan solat (berjemaah) bersama mereka....."

Ayat ini memerintahkan solat Jema'ah pada ketika ketakutan dalam peperangan, maka sudah tentu dalam masa aman ni lebih lebih lagi la dituntut! Dengor tu wahai "Orang Masjid?"

Apa lagi sabdaan Nabi kita s.a.w.? Mafhum hadith:

"Solat jama'ah itu lebih afdhal dari solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat"

Dan dalam riwayat lain pula: "Lebih daripada solat seorang diri dengan dua puluh lima darjat".

Telah berkata Imam Nawawi rah dalam Kitab Majmu' dalam memahami kedua hadith di atas itu, sebenarnya tidak ada pertentangan di antara dua riwayat hadith itu kerana yang sedikit (25) tidak menafikan yang banyak (27) atau pada mulanya Nabi s.a.w. mengkhabarkan yang sedikit kemudian diberitahu pula bahawa ALLAH S.W.T. menambahkan lagi dengan limpah kurniaNya atau perbezaan itu berlaku kerana berbeza keadaan orang-orang yang bersolat dari segi bilangan sedikit atau banyaknya".

Ahaa.. rupanya rupanya Isteri kita tu Orang Rumah.. maka kita ni rupanya Orang Masjid la yer! Oooo... kena la nanti deme pangge kita "Orang Masjid..oooo..Orang Masjid.. nak ke mana tuu? " ehehehe.. janggal!

Masih nak solat sorang sorang? Nak campak ke mana offer Baginda Rasul s.a.w. tu? Nak dikesampinkan? Nak dibuat pekakk jer?

Idak..kita kena junjung tu beb!

Abih? Naper banyak tiang dari jemaah di Masjid tu?  Duuhhhh... err....

Aduhai Orang Masjid!  Kalau Orang Masjid udah tak sior dgn Title Orang Masjidnya..Orang Rumah tak hingin dgn Title Orang Rumahnya.. apa nak jadi dgn kita nih?

eh... kome paham ke nih?

Lahaulawa la quwwatailla billahil 'aliyyil adzhim. Mudah mudahan ALLAH pilih kita untuk jadi benar benar Orang Masjid.. (tak selesai lagi beb..banyak kerja lain lagi..huhuhuhu) Marilah kita perbanyakkan doa..pohon padaNya...
Capt MUHAMMAD Azhar
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ,



Terfikir nak sambung tajuk Orang Rumah yang lalu. Setidaknya aku tak la memikiorkan sangat perkara yang berlaku tu. Baik tulis kebesaran ALLAH..zikrullah lah tu..boleh tenangkan hati...

Okeh..Org Rumah, atau para Isteri (aku khaskan utk mujahidah yg berjihad di rumah yg kat luar tu tengok la dulu, ada jugak macam doktor, bidan, guru dll) la senang cakap. Deme ni kita gelarkan Orang Rumah tanpa melihat balik definisi tu samada deme layak atau tak layak dapat title yg tinggi tu. Pada pandangan aku nih, RAMAIIII yang tak layak dapat title tu. Eleh.. APa heran kata deme! Ye le apa heran.. kome tu jauh dari Nabi s.a.w. kome tak kenal ke Fatimah r.a.? Kome tak baca ke hadith tentang medan Jihad wanita ni di rumah? Kome ingat koman spanar ke Title Orang Rumah tu? ehehehe.. terkomen la pulak..udah udah.. abih bab tu.

Ok...

Kalau udah ghuper itu, dah kome ni para suami ni org apa pulak? Haaaaa... cemana yeob? Kome orang aper? Org Pejabat? Org Site? Org lapangan? Org minyak? (kerja pelantar daa).. Org biasa? Hah..kome orang aper kalau udah bini kome tu Orang Rumah?

Ehehehe... senang je yeob..


Kome tu ORANG MASJID!

Aikh...

Layak ker?

Acu kome jawab le sendiri yea...

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum,

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Raad:28)

Benarlah kalam ALLAH itu. Tatkala ini aku diuji dgn Jihad perasaan.. Jihad hati.. Subhanallah! Ternyata Ikhlas dalam sesuatu itulah ubat untuk segala cubaan dan dugaan. Andaikata segala yang dibuat itu ikhlas kerananya, maka tak ada keluh kesah lagi akan cercaan makhluk.. tak gundah gulana lagi akan sindiran makhluk. Kerna apa?

Kerana Makhluk itu serba kekurangan dan tidak tahu sedangkan Dia Maha Mengetahui. Maka setiap pekerjaan itu Pasti Dia tahu akan niatnya kita. Justeru itu, tiadalah keresahan tatkala kita dituduh serendah itu..dihina..dicaci.. kerna mereka semua itu tak tahu apa pun..tapi mereka merasakan mereka tahu!

Aduhai diri, dari itu, jgnlah mengeji..jgnlah memandang hina dan rendah pada orang lain.. jgn lah suka menuduh nuduh tanpa bukti! Betapa beratnya bebanan yang digalas.. Lidah ini perlu dijaga.. aduhai diri...

Org Belanda pun ada peribahasa mereka tentang ini.. "Waar't hart van vol is, vloeit demond van over" - Bila hati telah diliputi rasa, mulut/lidah akan mengucapkannya dengan seindah kata. Tapi..dibalik itu juga, lidah menuturkan kata kata yg tajam menghiris!

Zaman moden sekrang ni, kesan dari lidah ini dijelmakan dalam bentuk bentuk lain antaranya SMS. Huhuuh...SMS yg aku dapat tadi sungguh tajam menikam! Hanya pada ALLAH tempat ku berserah diri dan bermuhasabah diri... Oppoturnistkah aku ini? Tak ikhlas kah aku ini? Siapa kamu nak menilai dan menghukum akan kerja hati ini? Siapa kamu ini wahai Abd Latif? (bukan nama sebenar) Kamu menerjah entah dari mana menikam menusuk bertubi tubi dari segala arah... Kamu kenalkah aku ini? Bagaimana kamu boleh tahu hati dan niat aku ini?? Bagaimana kamu tahu keikhlasan hati aku ini? Adakah kamu ini Umat Khidir a.s. yang tertinggal ke zaman ini? AH! Biar kan biarkan.. maafkan sahaja.. kamu ada Tuhan Yang Maha Mengetahui!!

Lagi pula..bagus sangatkah diri kamu itu? Sempurnakah kamu? Tak ada kah secebis kebenaran dalam tuduhan tuduhan itu? Aduhhhh Kacau! Bagaimana kalau benar? Bagaimana kalau diri kamu sendiri yang tak nampak tapi org itu nampak lalu menempelak kamu?? Ah Sudah!!

Astaghfirullahal adzhim..... "Ya ALLAH! Ampunilah aku atas dosa dosa yang aku lakukan secara terang atau sembunyi.. secara sedar atau tak sedar.. secara sengaja atau tidak! Sesungguhnya, Maha Suci Engkau Ya ALLAH, sedangkan aku telah mengzalimi diri ku sendiri.."

Perjalanan amat jauh... bekalan amat ciputtt... dgn makhluk pun tak lepas..bagaimana dgn Mu nanti!!! Sesungguhnya.. Hisab itu adalah Azab!!!

aduhai dirii...!!!!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum,

'Orang Rumah'...

Kenapa dgn orang rumah? Nak tambah se lagi ker? Ada baby ker? Dia lari ker? Ada affair ke?

Dak dak dak dak...

Abih tu?

Ni la yang bermain di fikiran nih. Kenapa para Isteri dipanggil org rumah yer? Oooo... sebab mereka menghabiskan kebanyakan masa mereka di rumah yeak? Abih tu..sikalangg.. para isteri sibuk ke kantor kantor..berbibir merah delima, berkasut tinggi, muka dicorat coret dgn pelbagai warna warni pelangi (melampau tu..eheheh) ... Mereka ni layakkah dipanggil orang rumah? Idakkkkkkkkk..... Beh tu? Mereka tu Org Pejabattttt.... Org Moderennnn.... Org terkiniii...

Nak komplen pasal isteri isteri moderen ke kali ni?

Dak dak dak dak dak...

Abih tu?

Ehehe... saja terfikir.. gelaran org rumah diberikan kepada para isteri itu sebenarnya adalah satu penghormatan.. satu pengiktirafan.. Kerna apa? Nih.. =>

Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: “Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Maksudnya:
“ Seafdhal-afdhal solat seseorang ialah di rumah kecuali bagi solat fardhu, ia lebih afdhal dilakukan di masjid. Dan janganlah kamu menghalang isteri-isteri kamu dari mengunjungi masjid, solat mereka di rumah adalah lebih baik bagi mereka”
( Hadis Riwayat Abu Daud, di sahihkan oleh Al-Hakim dengan syarat Bukhari dan Muslim)

Berkata Imam Al-Bujairimi dalam Hasyiah beliau sebagai komentar hadis di atas:

“Sekiranya dalam hadis di atas menyebut solat para wanita di rumah adalah lebih baik, maka sudah tentu ia bermaksud tiada larangan untuk mereka solat di masjid. Larangan yang dimaksudkan bukannya larangan haram atau larangan secara pasti, sebaliknya larangan para wanita solat di masjid khusus bagi mereka yang boleh mendatangkan syahwat dan fitnah terhadap lelaki. Solat di masjid adalah elok bagi wanita akan tetapi solat di rumah adalah lebih elok untuk mengelakkan berlakunya fitnah ketika keluar rumah….”

lagi..

Seorang isteri pernah mengadu: “Wahai Rasulullah, para suami melarang kami mendirikan solat bersamamu (berjamaah di masjid) padahal kami ingin sangat solat bersamamu.” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Solat kalian (para wanita) di rumah kalian lebih utama berbanding solat kalian di anjung rumah kalian. Sedangkan solat kalian di anjung rumah kalian lebih utama berbanding solat kalian secara berjamaah (di masjid).” [Riwayat Ibn Abi Syaibah, al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah]

Nah.. rupa rupanya..mulia sungguh Title Orang Rumah ni yer! Subhanallah! Tapi..kenapa ek org pompuan sekarang tak suka dipanggil Orang Rumah .. mereka rasa seolahnya mereka dizalimi.. diperuk di rumah.. mereka lebih suka kalau digelar.. "modern mom" .. atau wanita berkerjaya .. bla bla bla.. tak la aku ni nak suruh semua berhenti keghojer.. tapi ada sesetengah tu yg rasa gelaran Orang Rumah tu tak sepadan dengan deme tu apasal ek.. dah lupa ke Sabda Nabi?

Eh..mana ada Nabi pangge isterinya Orang Rumah! Ehehehe.. betul lah tu.. Maksud haku..naper tak suka duduk rumah? Naper tak suka buat kerja rumah.. mengasuh anak di rumah...berjihad di rumah.. yang mana ertinya jadi orang rumah? (bukan suruh lelaki panggil isteri isteri mereka sebagai orng rumah yer..panggil la laling ke anjer ker.. ehehehe)

So.. sapa diantara kalian sekarang ni yg nak berbangga bangga dgn pangkat Orang Rumah eh? Sila angkat keyboard!


p/s: Omak den oghang rumah yg sejati.. terima kasih mak membesarkan ku dgn tangan mu sendiri! Simpati ku pada anak anak yg dibesarkan oleh tangan bibik bibik silih berganti kontrak demi kontrak... sian! Sayang mak!
Capt MUHAMMAD Azhar
Korang rasa..perlu tukor baju tak blog nih eh? Dah lama dah pakai baju yang samaa jer.. Naik biru dah mater nih aikh!

Senornya aku ni tak berapa sihat nih. TApi inilah kelebihan dunia penulisan yer.. baca tulisan aku ni macam tak de apa pun yeak.. eheheh..ntah lah.. lenguh lenguh abih sendi aku nih.. semalam pi ziarah abg ipor jatuh motor merempit. Ehehe..idak ler.. dah tua mana merempit plak. Dia pi naik motor skuter, peh tu tak biasa dgn brek tangan... hujan pulak marii... kedebuak! Meleret atas jalan.. lutut ada cedera, siku ada luka... Tu asbab la tu.. yg benornya semuanya dah tertulis dah akan berlaku...

Aku pi ziarah dgn family... tapi badan aku lak lenguh lenguh sendi sejak tengahari. Aku pi sana malam.. deme pakat kata aku kena Denggi kot.. Tengok Din Beramboi tu..tetiba je meninggal kena Denggi Berdarah.

Dengor cakap cam tu..ntah lah. Aku tak tau apa perasaan aku. Takut kah? Gembira kah? Nak kata gembira sebab nak balik jumpa ALLAH, tak berani pasai amal ciput ciput bebenor.. nak kata takut, mana buleh seorang muslim takut mati.. adeh deh... Mungkin aku patut fikirkan tentang Palestine... Aiyuhal Jihad!!!!

Alangkah indahkan kematian itu... mati di jalan ALLAH! Layakkah aku nih? ALLAH! Bantulah hamba Mu yg lemah ini!!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah..

Lama sungguh tak menulis di sini...

Sejak terkeluar dari TKO nih.. ada la masa sikit. Ntah mengapa Mod Password tetiba tak leh log on plak. Dah report kat WM sebelum tu tapi tak berbalas pun.. Tak lama lepas tu nak log in langsung tak leh even sebagai Forumer biasa... YM kat KM ..sengap jer.. tak dak respon jugak.

Dah sampai masanya direhatkan diri la kot. Dah lama pun kat TKO tu. Lagi pun tahun ni aku masuk utk moderating jer... tak aktif berposting pun. Mungkin deme pun rasa aku tak aktif kot pasal tak nampak posting aku banyak macam dulu..

Apa pun, life goes on..

Bila aku stop bidang Investment ni (maintan yg sedia ada je), memang life agak tough la skit. Terfikir gak nak teruskan, pasal lesen aku idup lagi sampai hujung tahun nih... ntah mengapa hati tak berapa setuju dgn aktiviti deme tu. Walaupun aku sememangnya tak join deme melompat lompat menyanyi nyanyi tu..tapi rasa tak menambahkan iman je lepak dgn deme tu ... asyik sembang pasai al fulussss jer... adeh. Tapi insyaALLAH, pelabur pelabur aku tu, aku tak tinggal maa.. aku akan memantau dan pantau pelaburan deme tu. Sampailah deme sendiri nak cash out ke apa ker. TAk leh la kapten nak tinggalkan kapal cam tu jer.. ehehe...produknya bagus.. org orgnya jer yg kureng skit (macam la aku ni bagus..astaghfirullah) ...

Udah udah la. Hari tu aku jadi pekebun cabai. Banyaklah yang aku dapat belajar. Tapi yg akhirnya, yg loaded adalah org tengah gak. I mean penjual. Aku berpanas, berhujan berpeluh dan macam macam ber lagi lah... deme senangg je jual memahal. Pengguna jugak yg kena dapat harga kow kow. Aku tolak kat deme RM7 - RM8 (ada cecah RM10 gak) Deme tolak sampai RM15-RM17 ... kusss semangat.. kesiannn pengguna kat Mesia nih...

Sekarang kebun dah buat tanam semula, tapi ada pekerja lah. Aku tak gi kebun dah. TUnggu buah masak sok, aku maghi lah utk buat sale. Mungkin nak jual sendiri lah. Dah ada cara dan strategi dah. Bukan apa, cabai ni kena petik hari hari... tu tak sempat nak jual tu. Tolak kat org jer... Kali ni..aku petik sebelah petangg... simpan, esok pepagi kutip belah pagi plak.. petang tu aku jual! Haaaa.. aku jual murah murah kat korang pengguna semua...insyaALLAH...

Ada la wat biz lain, pakaian muslimah..tapi aku pass kat 'mam' aku lah. Pasal market aku susah nak cari maa.. pakaian muslimah ni muslimah la yang pakai... mana la aku banyak kontek muslimah nih.. peh tu..segan la pulak..ahahahaha...

So..aku biz Apple Cider je lah. Makanan Sunnah tu... Eh sebelum tu, ada biz pekasam gak. Korang yang tau nih, biz ni aku tangguh dulu la... jauh bangat dan kekangan waktu juga. Aku dah bukak Web biz aku... baru daftar je lah..lom siap ..ehehehe...

Esok ada perjumpaan dgn anak anak aku di Ma'had. Utk Ma'had aku handle biz Ma'had jugak. Biz Ma'had ni priority lah utk aku. Aku jual barangan ibadah dan pakaian lah... Korang kalau nak beli pergi lah ke Maahad Ansoriyy tu yer... belilah apa yang patut.. InsyaALLAh 2-3 bulan lagi akan ada kedai dekat dgn Masjid Ittihadiyyah tu. Senang nak solat.. Moga moga dapat tarik keberkatan Masjid ke kedai kami tu.

Udah ler... merepek meraban.. insyaALLAH.. aku dah kembali!! Huhuhuhuhu...

Wassalamualaikum.
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum,...

Di bulan yg mulia ini aku dikejutkan dgn kepergian sahabat lama satu skot aku iaitu Allahyarham Mej Roszaini bin Mohd Mustapa TUDM. Beliau terbunuh dalam kemalangan pesawat MkII di Langkasi semalam...

Semasa belajar dulu, dia junior aku (ROTU) dari Arau... dan dalam TUDM pula kami satu Skot (G.O. 9 )

Tiada apa yg dapat aku tuliskan buat masa ini..hanya kesedihan dan doa ku utk mu sahabat... Semoga roh mu diterima di sisiNya sebagai seorang Syuhada...

Al-Fatihah...
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum!!

Ramadhan menjelma lagi..membawa seribu pengharapan pada yang Maha Esa agar dapat membentuk diri menjadi insan yang lebih baik dari yg sudah sudah.

Semoga kehadirannya membawa sinar dan kemanfaatan serta bertambah imannya!

Nampaknya dah tahun ke tiga posting pada tajuk yg sama..ehehe..kira macam renew lesen la nih.

Apa pun.. Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi diri ku dan keluarga ku berbanding yg lepas lepas... Apakah ini Ramadhan yang terakhir untuk ku?

Angan ku agar sepanjang tahun ini adalah merupakan Ramadhan belaka!!!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum,

Masih tak tau nak tulis apa apa kat sini..
ehehehe...

So nak war war kan insyaALLAH bulan Mei ni nak pegi mencandat sotong..

Mudah mudahan ALLAH izinkan dan dapatlah bercandat serta bertemu kawan lama dan kawan baru ... amiiinnn...

Wassalam
Ibnu Hashim
Assalamualaikum,

Lama tak menulis di sini...

Malas yg betoi nya..

Berat pulak butang butang kibod nih... eh berat pulak, ketat la..


Malasnyaa...

Astaghfirullah!!..
Ibnu Hashim
Tahun lepas, tajuk yg sama telah digunakan, tahun ini, tajuk yg sama keluar lagi. .. Ramadhan menjelma lagi. Cepat sungguh masa berjalan di zaman zaman akhir ini. Tak sedar 365 hari telah berlalu..entah apa ntah pengisiannya hari hari yg berlalu itu... ALLAHU ROBBI!!!...

Tahun ini insyaALLAH sepanjang bulan Mulia ini akan disambut di negeri kelahiran sendiri. Tak perlu lagi merangka rancangan pergerakan balik ke Kampung bila hampir tiba hari Lebaran. Tiada lagi kesesakan lalulintas..tiada TOL.. alhamdulillah.

Akhirnya pindah jua balik ke negeri kelahiran setelah negeri ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Tak pernah menjangka bahawa UMNO BN akan tewas di sini. Tapi itulah taqdirnya dan keputusan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa ALLAH Azzawajalla.. Tiada siapa dapat menghalang akan qudrat dan IradatNya... Apa yg ALLAH kehendaki..ianya PASTI akan berlaku!

Anak anak semua dah pindah jua, Muaz dan Adam di tempat pengajian baru yg dikendalikan oleh bekas senior sekolah aku dulu juga. Org kampung kata sepelaung sahaja jauhnya dari rumah ini. Namun peraturannya lebih ketat lagi. Aku dan keluarga tak boleh berjumpa dgn mereka dan mereka hanya boleh pulang bercuti 4 hari setiap 3 bulan sekali!!

SAR pun dekat rumah, si sulung ku belikan basikal guna untuknya berulang alik ke Sekolah, rumah dan ke SAR. Akhirnya ku beli jua basikal kepadanya. Semoga ALLAH selamatkan perjalanannya pergi dan balik untuk menuntut Ilmu. Sedar tak sedar tak lama lagi dia akan menduduki UPSR dah.

Si comel Ju pula berpeluang untuk ku hantar ke PDK. Walaupun PDK ini baru sahaja dipindahkan (sebelum ini dekat dgn rumah) tapi tak la jauh mana. Kelasnya pun hanya 2 kali seminggu. Setiap kali itu, aku hantarnya sendiri dan isteri menemaninya hingga selesai sekolah.

Sibongsu... InsyaALLAH, tahun depan akan masuk Pasti. Baru sahaja dia menyambut harilahirnya yg ke 4 bulan lepas. Buasnya...masyaALLAH...apa boleh buat.. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!?

Cukup takat ini dulu.. bersempena Ramadhan ini..semoga ianya menjadi Ramadhan yg lebih baik dari tahun tahun sebelumnya! ALLAHU AKBAR!!