Assalamualaikum warahmatullah ..
Manusia belajar dari kesilapan yg lalu, belajar dari pengalaman silam samada diri sendiri, atau pengalaman orang lain .
Sungguh alam ini penuh dengan perkara perkara ajaib yang ALLAH sediakan untuk kita semua fikirkan. Ianya menjadi tanda-tanda kebesaran ALLAH S.W.T. dan tanda-tanda kewujudanNya.
Berapa ramai yg telah mendapat hidayahNya dgn merenung tiap penciptaan langit dan bumi in?. Mereka orang orang terpilih untuk mendapat hidayahNya.
Namun, sudah menjadi lumrah alam ini pula, setiap yang datang dgn mudah, maka ianya agak kurang dihargai. Dan begitu juga ianya kurang dihargai apabila ianya berada dgn kita, hanya bila ALLAH mengambilnya semula, maka ketika itu meratap hiba menyesal dan bersedih kerana tidak menjaganya dengan betul sebelumnya..
Alam ini indah, sebagai tanda tanda kehebatan PenciptaNya yang Maha Sempurna dan suka kepada keindahan. Namun semua itu bakal musnah lantaran tangan tangan manusia itu sendiri. Manusia kurang menghargainya hinggalah pabila ianya telah pupus atau hampir pupus, baru lah kelam kabut.
Terjemahannya: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). " (Ar-Ruum:41)
ALLAH menjadikan siang dan malam untuk kita. Setiap satunya perlu diisi dgn perkara yg sepatutnya selaras dengan tujuan kita diwujudkan di dunia ini iaitu utk beramal ibadah kepadaNya.
Itu juga adalah nikmat yang tak terhingga dari Tuhan kita. Sungguh penggantian siang dan malam itu tanda tanda kebesaran ALLAH jua..
Terjemahannya: "Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa. " (Yunus:6)
Pernahkah sedetik dalam hidup kita ini kita merenungkan semua ini dan menghargainya? Sementelah semuanya itu telah tersedia sejak kita mula dilahirkan malah sejak ibu ayah kita dilahirkan..malah sejak manusia pertama diciptakan..ianya telah pun tersedia! Maka adakah kita bersyukur?
Berapa ramai pula di kalangan kita ini yang sanggup menjaga dan melayani dengan baik ibubapanya telah tua renta? Sanggup berkorban masa, harta, pangkat, tenaga andaikata kesemua yg disebutkan tadi itu menghalangnya untuk berbakti kepada kedua ibubapanya yg telah uzur? Adakah kita merasa 'lega' dan merasa sudah cukup dgn 'elaun' bulanan yg dihantar tiap bulan ke kampung??..
Adakah kita merasakan kita telah melaksanakan tanggungjawab kita dalam menjaga kedua orang tua yg lemah itu? Kalau ada diantara kita yg ibubapanya telah tua, renungkan dan pilih antara dua, dunia mu atau ibubapa mu! Kalau kita sebagai anak adalah merupakan amanah ALLAH pada kedua ibubapa kita, maka ketahuilah bahawa kedua ibubapa kita pula adalah juga merupakan amanah kepada kita!
Terjemahannya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).(Al-Isra':23)
Tuan tuan, Agama yg sampai pada kita hari ni adalah hasil dari KORBAN umat yg terdahulu. Mereka mendapatkan agama dengan Darah, keringat dan air mata mereka malah keluarga mereka sendiri mereka korbankan utk agama ini.
Lantaran sunnatullah itulah, maka mereka mencintai addin ini dgn sepenuh jiwa raga mereka. Mereka bukan Born Muslims! (tak ada salahnya born muslim malah rahmat juga pada kita - hy nak bincang2)
Utk itu tuan puan, utk kemanisan iman, usaha untuk kemantapan rohani, sayang kita pada agama ini, maka kita kena lah Berkorban. Basikal yg kita beli masa sekolah dahulu, dengan bersusah payah mengikat perut, beli parts by parts, sikit sikit, pasang sendiri. Basikal itu lebih kita hargai dansayangi dari basikal yg dihadiahkan oleh org lain kepada kita. Kerna apa? Kerna ianya hasil pengorbanan dan susah payah kita untuk memperolehinya.
Sekarang ini tuan puan, degree, masters, malah Phd pun buleh dibeli atau diswastakan. Namun, perasaaannya tak sama dgn mereka yg berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memperolehi sekeping ijazah, sarjana dan kedoktoran itu! Mana kan sama!?
Itu lah sunnatullah yg telah ALLAH tetapkan atas mukabumi ini. Maka utk addin ini juga begitulah juga aturannya, pada kekasih ALLAH iaitu para anbiyak, mereka lah yang paling berat diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk seksaan di dunia ini. Ada yg dibunuh, dicerca, dihalau, dimaki, dihina dan macam macam lagi sedangkan mereka inilah semulia mulia makhluk!
Maka atas dasar apakah kita mengambil ringan sahaja akan addin ini? Cukup hanya nama kita ada bin, ada binti? Cukup nama kita nama arab? Cukup dalam IC tulis Islam? Kita kena belajar korban untuk agama... Korban masa, tenaga, wang ringgit, keluarga dan kemuncaknya.. Korban Nyawa!
InsyaALLAH..nanti kita mengomel lagi ...
Maksimakan sound komputer anda...

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ
Terjemahannya: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). " (Ar-Ruum:41)
ALLAH menjadikan siang dan malam untuk kita. Setiap satunya perlu diisi dgn perkara yg sepatutnya selaras dengan tujuan kita diwujudkan di dunia ini iaitu utk beramal ibadah kepadaNya.
Itu juga adalah nikmat yang tak terhingga dari Tuhan kita. Sungguh penggantian siang dan malam itu tanda tanda kebesaran ALLAH jua..
إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَّقُونَ
Terjemahannya: "Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa. " (Yunus:6)
Pernahkah sedetik dalam hidup kita ini kita merenungkan semua ini dan menghargainya? Sementelah semuanya itu telah tersedia sejak kita mula dilahirkan malah sejak ibu ayah kita dilahirkan..malah sejak manusia pertama diciptakan..ianya telah pun tersedia! Maka adakah kita bersyukur?
Berapa ramai pula di kalangan kita ini yang sanggup menjaga dan melayani dengan baik ibubapanya telah tua renta? Sanggup berkorban masa, harta, pangkat, tenaga andaikata kesemua yg disebutkan tadi itu menghalangnya untuk berbakti kepada kedua ibubapanya yg telah uzur? Adakah kita merasa 'lega' dan merasa sudah cukup dgn 'elaun' bulanan yg dihantar tiap bulan ke kampung??..
Adakah kita merasakan kita telah melaksanakan tanggungjawab kita dalam menjaga kedua orang tua yg lemah itu? Kalau ada diantara kita yg ibubapanya telah tua, renungkan dan pilih antara dua, dunia mu atau ibubapa mu! Kalau kita sebagai anak adalah merupakan amanah ALLAH pada kedua ibubapa kita, maka ketahuilah bahawa kedua ibubapa kita pula adalah juga merupakan amanah kepada kita!
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Post a Comment