Ibnu Hashim
Merdeka telah berlalu, nampaknya, Merdeka tahun ini memberikan makna kepada diriku…sebab…pada hari itu, daku jua merdeka mengikut caraku sebagai anak pasca Merdeka, tanggal 31 Ogos, aku merdeka daripada masuk Pejabat!

Bermulanya hari hari baru ku yang mendatang….semoga segala perancanganku mendapat RedhaNya dan dimakbulkanNya insyaAllah.

Aku mula habiskan baki cuti tahunanku..81 hari!
Ibnu Hashim
Jumaat lepas, Mu'az pulang ke rumah..cuti sekolahnya bermula..Riuh rendah rumah dengan suaranya bergurau dengan kakak dan adik adiknya.. Razin si kecil pun pandai menyebut nama Mu'az...Semalam, hari Ahad, dia ku hantar ke Sg COngkak pula, mengikuti Kursus Motivasi...

Sayu je matanya memandang ketika dia ditinggalkan pergi...Sunyi kembali teratak kecil ku ini...

Marahkah dia pada abahnya ini? Di situ, dia antara peserta yang termuda...Ku lihat, ada yang menangis bila ibubapanya meninggalkannya di situ...itu pelajar Menengah.. Mu'az ku baru 7 tahun lebih... Bibirnya menguntum senyum tatkala aku berlalu pergi..Hatinya..entahlah!?

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..

Ku tinggalkan mu..Demi berkorban di jalan Allah... Dialah yang menjagamu kelak anak ku... Bersamalah kita bersabar...
Ibnu Hashim
Berikut adalah ucapan Mufti Negeri Perak Dato Harussani. Dalam ucapannya itu, jelas telah hilang kepercayaan untuk kerajaan sekarang ini untuk mempertahankan Aqidah Islam ini. Beliau menyeru untuk tidak menunggu orang lain (kerajaan) untuk bertindak dan diri sendiri bertindak mengikut kemampuan masing masing...
Read on..


MATAN-MATAN KHULASAH UCAPAN DATO' SERI HJ. HARUSSANI,
MUFTI NEGERI PERAK MENGENAI ISU MURTAD
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui 6 peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam dalam negara ini. Taklimat berlangsung selama 4½ jam. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian, menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana Umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina bt. Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah.

Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion). Kes ini dibicara di hadapan 3 hakim di Mahkamah Agung iaitu Y.A.A Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.

ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.

iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak
lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.
Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun di lihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Canada , Australia dan AS pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersintak setelah saya melapurkan perkara ini. Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian Dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. Ini mengikut jangkaan Persatuan India Muslim. Bahkan mengikut lapuran pihak Polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.

2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.

3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbakistan dan China, walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim disamping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.
Serangan Aqidah Di malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan Fakulti-Fakulti Islam di Universiti mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadkan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Di Indonesia

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di Universiti-Universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Inipun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia . Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual. Sekarang, di Malaysiapun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan di tukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan Mengenai Kes Pakai Serban

Ini ada lapurannya dalam semua akhbar. Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Peranan Masjid

Allah jadikan sembahyang berjemaah 5 waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar.

Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani.

Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang dihindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harapan Kepada Siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, Al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim.

Allah S.W.T berfirman:

"Kami wariskan Al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T.

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ?

Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam.

Anual Bakhri Haron

S/U Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 15 Rejab 1427/9 Ogos 2006
Ibnu Hashim
Pokok Yahudi






“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah ia! Kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah dari pokok Yahudi”

[Hadeeth riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidhi]
999
Ibnu Hashim
Tadi baru saja menonton rancangan TV3, 999 dan salah satu coverage dia macam biasalah, iaitu pelacuran. Yang tak sedapnya Si Zakaiah Anaz ni sebut "...Pekerjaan tertua di dunia" (merujuk kepada pelacuran)

Apa la punya ghaplah jingga minah nih..tu la, baca buku barat tu buleh, tapi kena la tapih tapihkan dengan ilmu yang Hak, iaitulah Addinul Islam itu sendiri... Jangan dok ikut bulat bulat kata mereka tu! Sampai depa kata manusia ni asal beruk pun ada yang boleh terima malah bermati matian pulak mempertahahankannya!

Kalau dah kata pekerjaan tertua tu ialah melacur..adakah kita nak kata umat Nabi Adam a.s. semuanya dulu tak bekerja? Sebab, umat yang mula menyeleweng ialah Umat Nabi Nuh!(pekerjaan pertama mereka ialah melacur? )

Kalau nak kat juga, so manusia Pertama ialah Adam a.s. dan pasangannya ialah Hawa. Mereka ni kerjanya apa? Mulut tu jaga sikitttt....

Kalau pakai akai pun dah buleh tolak, melacur tu bukannya free, kena bayor..kalau tak ada kerja, nak bayor dengan apanya? Dah tentulah ada pekerjaan lainnya yang dikerjakan terlebih dahulu..baru ada 'Modal'! Akai ada ka?


Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".

H.R. Muslim

Keterangan:
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

Sumber: 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)


p/s: sekadar ingatan untuk diri sendiri
Ibnu Hashim

God Of Gamblers mengisahkan seorang lelaki yang hampir nak mati yang suka berjudi, Denan. Oleh kerana amat suka berjudi, dia telah membuka sebuah kasino di Genting Highland.

Dipendekkan cerita, si Denan yang suka memuja dan menyembah pemimpin atasannya, telah dilantik menjadi menteri setelah menang pilihanraya baru-baru ini. Ini memudahkan lagi kerjanya untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan. Dengan kuasa yang ada padanya, dia telah membolehkan kelab malam di buka sehingga pukul 5 pagi. Maka semakin majulah kasinonya itu.
Satu hari, Raja Judi dari Sabah, Osu Sekam, datang bertandang ke kasino Denan dengan tujuan untuk berjudi. Apabila menyedari bahawa kasino tersebut adalah milik Denan, Osu telah mencabar Denan untuk berjudi dengannya. Dia yang ketiadaan wang akibat kalah berjudi di England baru-baru ini telah menjadikan isterinya sebagai taruhan dan Denan pula telah mempertaruhkan kasinonya.

Dapatkah Denan mempertahankan kasino kesayangannya? Dan apa pula nasib Osu yang berani mempertaruhkan isterinya? Jangan lupa saksikan God Of Gambler: When A Night Club Open Until 5 am…..

sumber: Lama TKO oleh Dato_Seri

Disclaimer: Iklan wayang ini hanyalah rekaan semata mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Ambil pengajaran dari kisah ini, jauhilah arak dan judi serta tinggallah perkara yang keji dan mungkar.

Ibnu Hashim
Dear All,

Pls take heed that there will a BIG gathering in Masjid WilayahPersekutuan, Jalan Duta KL in protest of Article 11 Group/IFC withregards to kes murtad and the far-reaching threat that it can poseto the powers/sovereignty of Syariah Court in dealing with casesthat involves Muslims and Islamic legal issues in Malaysia.

Agenda: Pertemuan Sejuta Umat Islam Pertahan Aqidah & Syariah.Forum Syariah Dan Cabaran Semasa anjuran Persatuan Ulama dan TERASdgn kerjasama JAWI serta NGO-NGO Islam.

Time: 9 pagiDate: Ahad , 23 Julai 2006

Venue: Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jln Duta.

Isu2 yang akan dibincang:

1) Tuntutan IFC,

2) Article 11 Federal Constitution dan kes murtad Lina Joy ,

3) Kesannya ke atas kuasa Mahkamah Syariah dan masa depan Islam diMalaysia

4) Kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaanpersekutuan.

5) Ancaman gerakan Islam Liberal.

I urge everyone to come & listen and try to understand why the issuefacing the Malay /Muslim ummah in Malaysia is very dangerous and whyit is considered as campurtangan golongan2 tertentu yg berniat jahatdalam urusan2 umat Islam di Malaysia.
As Muslims, we should at least seek first to understand ! Pls showyour support. Come & listen.

Tolong SEBARKAN!!!!!
Ibnu Hashim

Seorang ‘superhero’ yang telah pencen, Superdet telah meletak jawatan sebagai Presiden negara Malaypulis dan bercadang ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah kebajikan orang tua. Namun apabila melihat musuh lamanya, yang juga penggantinya iaitu Lah Luthor telah melakukan berbagai kemusnahan serta kerosakan kepada projek kesayangannya, Superdet ingin kembali berkuasa semula.

Malangnya apabila menyuarakan hasratnya itu kepada bekas menteri kabinet beliau, mereka semua menolak mentah-mentah termasuklah menteri yang pernah dicintainya dulu, Pidah Lane.

Superdet mengunakan berbagai strategi untuk memenangi hati rakyat negara Malaypulis. Lah Luthor pula pergi bercuti kesebuah pulau dan menyerahkan segala permasalahan yang ditimbulkan oleh Superdet untuk dijawab oleh timbalannya. Berjayakah Superdet berkuasa semula? Jangan lupa untuk menyaksikan filem terhebat abad ini, Superdet Return….

p/s: filem ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia ataupun telah pencen. Jika ada sebarang persamaan watak, atau karekter atau mimik wajah, ia adalah satu kebetulan yang tidak disengajakan....


Dipetik dari Laman TKO, oleh Datok_Seri
Ibnu Hashim
Lama sudah aku tak menulis di sini...baru tadi aku buka blog baru...blog tu untuk aku catat perjalanan hidup aku yang baru insyaAllah...saja saja menulis....

Tajuk di atas sebenarnya mengandungi cerita dan maksudnya tersendiri...saja ingin aku coretkan di sini...

Tak lama dulu iaitu dalam 7-8 tahun yang terdahulu, aku ada berulang alik ke TUDM Bukit Jugra atas tugas...ketika itu aku tinggal di Kg Melayu Subang maka sudah tentulah jarak adalah merupakan suatu faktor. Biasanya aku akan bertolak balik setelah selesai tugas dan akan singgah di salah satu Masjid di Banting dalam perjalanan balik aku...Ikut dan ajelah Masjid mana yang akan aku singgah berdasarkan waktu asar yang masuk... Tapi biasanya aku akan singgah di 2 buah masjid ini, satu di satu persimpangan antara lampu trafik dan satu lagi masjid lain tidak jauh dari situ yang mana lebih baru dan moden sikit..

Ni nak cerita pasal Masjid yang pertama itu. Maka satu hari , aku pun berhentilah untuk solat Asar di situ, aku dah terlewat kerana jemaah telah pun balik dan aku solat sorang...Masuk Rakaat ke dua, ada seseorang masuk ke Masjid tapi dia tidak mengikut aku...dia solat sebelah aku dalam jarak 5 kaki gitu...namun aku sedar kehadirannya dan boleh nampak pergerakannya (nampak sangat tak kusyuk....aduiii)

Namun apa yang aku nak ceritakan di sini adalah, kecepatan solatnya!! Aku yang telah masuk rakaat kedua ini telah dipotongnya!!! Maksud aku dia dulu habis solat asar dia tu! Dan setelah aku bari salam dan terus keluar dari Masjid (aku nak jumpa dia sebenarnya) tapi hamba Allah tu tak nampak kelibatnya langsung!!! Cepatnya!!

Cerita Kedua baru berlaku kepada aku dalam bulan lepas...ketika aku di Masjid dekat rumah aku...ketika itu sedang menunggu solat (azan telah dikumandangkan) untuk solat Isya' . Aku duduk menantikan Iqamah dilaungkan...pandangan aku terarah ke sudut kiri Masjid...ada seorang hamba Allah dalam kepayahan mendirikan solat... Aku rasa ada kecacatan pada kaki kanan dan kirinya pun agak tak begitu kuat. Tubuhnya agak besar...terbayang dalam benak aku isk...dia ni cacat...berdiri pun tak kuat, tapi iman dia kuat!!!

Aku terus memakukan pandangan pada dia, tiba waktu untuk rukuk, dia hampir hampir tersembam!!! Dalam kepayahan dia cuba untuk rukuk tetapi entah macam mana tangannya tergelincir (slip) daripada lututnya...nasib baik dia sempat menompang tangan kanannya dan mengelak daripada jatuh.... Tak dapat bayangkan pula kepayahannya untuk berjalan ke masjid!! Aku yang sihat segar bugar ni...isk isk iskk....

Cerita ke tiga berkenaan dengan Surau Maahad anak aku... Ada seorang Jemaah itu Buta matanya....namun setiap kali aku ke sana mengziarahi anak aku dan gurunya, masuk aje waktu solat, dia akan datang solat berjemaah bersama!! Dan dia antara yang terawal yang akan sampai..tak pernah sekalipun dalam ingatan aku yang aku solat di situ dia tak ada datang... Rumahnya agak jauh juga untuk seorang buta untuk datang ke surau... Yang aku paling suka anak aku suka bantu memimpin tangannya masuk ke surau...Alhamdulillah.... Sememangnya sejak dia kecil lagi aku selalu suruh dia memimpin tangan Ibu ku yang uzur untuk berjalan setiap kali sahaja kami pulang ke kampung...

Cerita Ke Empat baruuuuu je berlaku dalam bulan ini. Ketika itu, aku nak ke Menara Maybank untuk tukar kad ATM aku yang tak leh pakai. Aku parking kat Puduraya Bus Stand, jadi aku amik kesempatan untuk solat Zohor yang masih berbaki setelah aku terperangkap lama dalam trafik. Yang mamat ni solat lajunya MasyaAllah...aku rasa sama laju dengan mamat yang aku jumpa di Banting dulu....bayangkan aku bangun dari sujud sama sama dengan dia, ketika aku baru selesai menarik nafas dan menyusunkan, baru nak sebut Biss....... DIA DAH RUKUK!!!!! Bukannya pertengahan atau hujung Fatihah dia dah rukuk, tapi aku baru nak buka fatihah dengan ayat pertama, itu pun baru BISS.....dia dah rukuk!! Omak Ai! Nampaknya terganggu lagi solat aku....Tapi yang herannya pulak...ntah berapa rakaat dia buat aku pun tak tahu!! Adakah dia buat jamak??

Itu lah antara yang dapat aku nukilkan di sini...tapi ada banyak lagi peristiwa peristiwa lainnya yang berlaku....20 Jun yang lepas aku solat maghrib di Masjid As-Syakirin KLCC, sebelah aku Syiah kot...dia qiam tapi tangan lurus ke bawah.... yang ni aku tak tau apa hukumnya dan status pahala jemaah aku... Syiah ni ada yang hukumkan kafir dan sebaliknya....entah lahhh...
Ibnu Hashim
Assalamualaikum,

Saya saja nak lepaskan rasa di sini.. ceritanya begini, saya ni ada join satu grup bisnes lah di web nih, senang cakap Raja Prepaid lah..
So kami ada yahoo group dan berkomunikasi di situ lah tentang bisnes nih.

Nak jadi cerita maka sekarang ni Raja Prepaid ni dah kembangkan sayaplah dan mengeluarkan produk lain antaranya ubat gigi halal.

Berlakulah polemik di yahoo group tentang statusnya dan akhirnya dapat dipastikan ianya adalah disahkan halal dan ada sijilnya..So oklah..beres.

Cuma saya ni mencelah sikit dan mengingatkan tentang kepentingan kesatuan Ummah dalam semua hal termasuklah dari segi Ekonomi. Umum kita semua tahu lantaran kebiadapan bukan Islam mempermainkan kita puluhan tahun mengeluarkan ubat gigi yang tidak halal, dan kini kita UMAT ISLAM mengeluarkan produk ubat gigi halal kita sendiri, kini pihak bukan Islam pun mengeluarkan ubat gigi halal ..itu faktanya, so..tak pa lah, nii pun ok jugak ..beres, tak ada masalah.

Masalahnya ialah apabila email itu yg bertujuan mahu untuk saling memperingati bahawa KEUTAMAAN kita adalah saudara kita dan UTAMAKANLAH keluaran Umat Islam terlebih dahulu, malangnya email tu disekat dan tidak disiarkan atas alasan ianya berbau perkauman.!! Ada ker? Apa Islam ni milik melayu je ker? Punya la jumud!

Hangin betul lah...inilah dianya Umat kita sekarang nih...Tak dapat membezakan yang mana satu yang paling Utama..yang mana dulu yang mana kemudian...Tak kenal apa itu Pengorbanan dan tak kenal yang mana intan dan yang mana permata..Masalah kesatuan ummah yang simple macam ni pun tak dapat nak paham...Isk..geram nih...Lepak dulu... hmph!!
Ibnu Hashim
Unfortunately until now I still haven't received any reply from PPIM regarding of the issues I brought up to them. In the email I also asked them the outcome of the previous report that I sent them (halal mutton?).. Just may be there are just too many reports for them to cope with or just that my report ain't that 'big'...
Ibnu Hashim
How Islamic inventors changed the world

The Independent, UK

From coffee to cheques and the three-course meal, the Muslim world has given us many innovations that we take for granted in daily life. As a new exhibition opens, Paul Vallely nominates 20 of the most influential-and identifies the men of genius behind them.

1. The story goes that an Arab named Khalid was tending his goats in the Kaffa region of southern Ethiopia, when he noticed his animals became livelier after eating a certain berry. He boiled the berries to make the first coffee. Certainly the first record of the drink is of beans exported from Ethiopia to Yemen where Sufis drank it to stay awake all night to pray on special occasions. By the late 15th century it had arrived in Mecca and Turkey from where it made its way to Venice in 1645. It was brought to England in 1650 by a Turk named Pasqua Rosee who opened the first coffee house in Lombard Street in the City of London. The Arabic qahwa became the Turkish kahve then the Italian caffé and then English coffee.

2. The ancient Greeks thought our eyes emitted rays, like a laser, which enabled us to see. The first person to realise that light enters the eye, rather than leaving it, was the 10th-century Muslim mathematician, astronomer and physicist Ibn al-Haitham. He invented the first pin-hole camera after noticing the way light came through a hole in window shutters. The smaller the hole, the better the picture, he worked out, and set up the first Camera Obscura (from the Arab word qamara for a dark or private room). He is also credited with being the first man to shift physics from a philosophical activity to an experimental one.

3. A form of chess was played in ancient India but the game was developed into the form we know it today in Persia. From there it spread westward to Europe - where it was introduced by the Moors in Spain in the 10th century - and eastward as far as Japan. The word rook comes from the Persian rukh, which means chariot.

4. A thousand years before the Wright brothers a Muslim poet, astronomer, musician and engineer named Abbas ibn Firnas made several attempts to construct a flying machine. In 852 he jumped from the minaret of the Grand Mosque in Cordoba using a loose cloak stiffened with wooden struts. He hoped to glide like a bird. He didn't. But the cloak slowed his fall, creating what is thought to be the first parachute, and leaving him with only minor injuries. In 875, aged 70, having perfected a machine of silk and eagles' feathers he tried again, jumping from a mountain. He flew to a significant height and stayed aloft for ten minutes but crashed on landing - concluding, correctly, that it was because he had not given his device a tail so it would stall on landing. Baghdad international airport and a crater on the Moon are named after him.

5. Washing and bathing are religious requirements for Muslims, which is perhaps why they perfected the recipe for soap which we still use today. The ancient Egyptians had soap of a kind, as did the Romans who used it more as a pomade. But it was the Arabs who combined vegetable oils with sodium hydroxide and aromatics such as thyme oil. One of the Crusaders' most striking characteristics, to Arab nostrils, was that they did not wash. Shampoo was introduced to England by a Muslim who opened Mahomed's Indian Vapour Baths on Brighton seafront in 1759 and was appointed Shampooing Surgeon to Kings George IV and William IV.

6. Distillation, the means of separating liquids through differences in their boiling points, was invented around the year 800 by Islam's foremost scientist, Jabir ibn Hayyan, who transformed alchemy into chemistry, inventing many of the basic processes and apparatus still in use today - liquefaction, crystallisation, distillation, purification, oxidisation, evaporation and filtration. As well as discovering sulphuric and nitric acid, he invented the alembic still, giving the world intense rosewater and other perfumes and alcoholic spirits (although drinking them is haram, or forbidden, in Islam). Ibn Hayyan emphasised systematic experimentation and was the founder of modern chemistry.

7. The crank-shaft is a device which translates rotary into linear motion and is central to much of the machinery in the modern world, not least the internal combustion engine. One of the most important mechanical inventions in the history of humankind, it was created by an ingenious Muslim engineer called al-Jazari to raise water for irrigation. His 1206 Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices shows he also invented or refined the use of valves and pistons, devised some of the first mechanical clocks driven by water and weights, and was the father of robotics. Among his 50 other inventions was the combination lock.

8. Quilting is a method of sewing or tying two layers of cloth with a layer of insulating material in between. It is not clear whether it was invented in the Muslim world or whether it was imported there from India or China. But it certainly came to the West via the Crusaders. They saw it used by Saracen warriors, who wore straw-filled quilted canvas shirts instead of armour. As well as a form of protection, it proved an effective guard against the chafing of the Crusaders' metal armour and was an effective form of insulation - so much so that it became a cottage industry back home in colder climates such as Britain and Holland.

9. The pointed arch so characteristic of Europe's Gothic cathedrals was an invention borrowed from Islamic architecture. It was much stronger than the rounded arch used by the Romans and Normans, thus allowing the building of bigger, higher, more complex and grander buildings. Other borrowings from Muslim genius included ribbed vaulting, rose windows and dome-building techniques. Europe's castles were also adapted to copy the Islamic world's - with arrow slits, battlements, a barbican and parapets. Square towers and keeps gave way to more easily defended round ones. Henry V's castle architect was a Muslim.

10. Many modern surgical instruments are of exactly the same design as those devised in the 10th century by a Muslim surgeon called al-Zahrawi. His scalpels, bone saws, forceps, fine scissors for eye surgery and many of the 200 instruments he devised are recognisable to a modern surgeon. It was he who discovered that catgut used for internal stitches dissolves away naturally (a discovery he made when his monkey ate his lute strings) and that it can be also used to make medicine capsules. In the 13th century, another Muslim medic named Ibn Nafis described the circulation of the blood, 300 years before William Harvey discovered it. Muslims doctors also invented anaesthetics of opium and alcohol mixes and developed hollow needles to suck cataracts from eyes in a technique still used today.

11. The windmill was invented in 634 for a Persian caliph and was used to grind corn and draw up water for irrigation. In the vast deserts of Arabia, when the seasonal streams ran dry, the only source of power was the wind which blew steadily from one direction for months. Mills had six or 12 sails covered in fabric or palm leaves. It was 500 years before the first windmill was seen in Europe.

12. The technique of inoculation was not invented by Jenner and Pasteur but was devised in the Muslim world and brought to Europe from Turkey by the wife of the English ambassador to Istanbul in 1724. Children in Turkey were vaccinated with cowpox to fight the deadly smallpox at least 50 years before the West discovered it.

13. The fountain pen was invented for the Sultan of Egypt in 953 after he demanded a pen which would not stain his hands or clothes. It held ink in a reservoir and, as with modern pens, fed ink to the nib by a combination of gravity and capillary action.

14. The system of numbering in use all round the world is probably Indian in origin but the style of the numerals is Arabic and first appears in print in the work of the Muslim mathematicians al-Khwarizmi and al-Kindi around 825. Algebra was named after al-Khwarizmi's book, Al-Jabr wa-al-Muqabilah, much of whose contents are still in use. The work of Muslim maths scholars was imported into Europe 300 years later by the Italian mathematician Fibonacci. Algorithms and much of the theory of trigonometry came from the Muslim world. And Al-Kindi's discovery of frequency analysis rendered all the codes of the ancient world soluble and created the basis of modern cryptology.

15. Ali ibn Nafi, known by his nickname of Ziryab (Blackbird) came from Iraq to Cordoba in the 9th century and brought with him the concept of the three-course meal - soup, followed by fish or meat, then fruit and nuts. He also introduced crystal glasses (which had been invented after experiments with rock crystal by Abbas ibn Firnas - see No 4).

16. Carpets were regarded as part of Paradise by medieval Muslims, thanks to their advanced weaving techniques, new tinctures from Islamic chemistry and highly developed sense of pattern and arabesque which were the basis of Islam's non-representational art. In contrast, Europe's floors were distinctly earthly, not to say earthy, until Arabian and Persian carpets were introduced. In England, as Erasmus recorded, floors were "covered in rushes, occasionally renewed, but so imperfectly that the bottom layer is left undisturbed, sometimes for 20 years, harbouring expectoration, vomiting, the leakage of dogs and men, ale droppings, scraps of fish, and other abominations not fit to be mentioned". Carpets, unsurprisingly, caught on quickly.

17. The modern cheque comes from the Arabic saqq, a written vow to pay for goods when they were delivered, to avoid money having to be transported across dangerous terrain. In the 9th century, a Muslim businessman could cash a cheque in China drawn on his bank in Baghdad.

18. By the 9th century, many Muslim scholars took it for granted that the Earth was a sphere. The proof, said astronomer Ibn Hazm, "is that the Sun is always vertical to a particular spot on Earth". It was 500 years before that realisation dawned on Galileo. The calculations of Muslim astronomers were so accurate that in the 9th century they reckoned the Earth's circumference to be 40,253.4km - less than 200km out. The scholar al-Idrisi took a globe depicting the world to the court of King Roger of Sicily in 1139.

19. Though the Chinese invented saltpetre gunpowder, and used it in their fireworks, it was the Arabs who worked out that it could be purified using potassium nitrate for military use. Muslim incendiary devices terrified the Crusaders. By the 15th century they had invented both a rocket, which they called a "self-moving and combusting egg", and a torpedo - a self-propelled pear-shaped bomb with a spear at the front which impaled itself in enemy ships and then blew up.

20. Medieval Europe had kitchen and herb gardens, but it was the Arabs who developed the idea of the garden as a place of beauty and meditation. The first royal pleasure gardens in Europe were opened in 11th-century Muslim Spain. Flowers which originated in Muslim gardens include the carnation and the tulip.
Ibnu Hashim
It has been told that the talks was legal..and it was the demontration that was illegal (illegal gathering) .. Read on..

Kenyataan Media
(19 Mei 2006)

TAJUK :

FORUM SENSITIF TANPA PERMIT :
POLIS DI MINTA BERTINDAK TEGAS

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow seperti mana yang disiarkan di dalam Bernama.Com pada 19 Mei 2006 yang bertajuk Penganjur Forum Tidak Mohon Permit yang mana beliau telah menjelaskan bahawa adalah lebih baik pihak yang ingin menganjurkan forum yang menyentuh isu-isu sensitif memohon permit polis untuk keselamatan awam walaupun permit polis tidak diwajibkan bagi mana-mana pihak ingin menganjurkan forum atau seminar tertutup.

Kenyataan beliau ini merujuk kepada penganjuran forum umum bertajuk "Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua" yang menimbulkan kekecohan akibat demonstrasi orang ramai. Beliau membetulkan fakta bahawa sebenarnya program tersebut tidak mempunyai permit polis untuk dianjurkan.

Bermakna, penganjur program iaitu Aliran dan Article 11, yang dianggotai 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) termasuk Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM) telah melakukan perhimpunan HARAM yang sebelum ini didakwa telah mendapat kebenaran polis untuk diadakan forum tersebut.

DPPNJ mengharapkan agar pemantauan terhadap aktiviti yang seumpama ini akan dapat dipantau dengan lebih serius agar kejadian seperti ini khususnya yang menyentuh sensitiviti umat Islam dapat dielakkan.

Lebih-lebih lagi, forum ini didakwa membincangkan tentang Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan, yang merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

DPPNJ juga melahirkan rasa terkilan kerana forum yang dilabelkan sebagai sensitif ini telah didakan sebelum ini iaitu di Kuala Lumpur pada 12 Mac lepas dan di Melaka pada 21 April lepas. Bermakna, sekiranya tiada demonstrasi diadakan maka forum sensitif ini akan tetap berjalan.

Kesunguhan kira-kira 500 orang yang mendakwa mewakili Badan Anti Suruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (BADAi) mengadakan demonstrasi secara aman di depan Hotel Cititel di Jalan Penang pada hari Ahad lalu, bagi membantah penganjuran satu forum yang didakwa menghina Islam walaupun dilihat sebagai satu kesalahan dan dilabelkan sebagai tindakan BODOH oleh Datuk Nazri Aziz telah berjaya membuka mata semua pihak terhadap isu sensitif ini.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/
Ibnu Hashim
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Mr George Bush,

Presiden Amerika Syarikat.


Sejak sekian lama saya memikirkan, bagaimana untuk menjustifikasikan kontradiksi yang tidak boleh dinafikan yang wujud di dalam arena antarabangsa -- yang sedang hangat diperdebatkan, terutamanya dalam forum politik dan di kalangan pelajar universiti. Banyak persoalan yang masih tidak terjawab. Oleh itu, ia telah menarik minat saya untuk membincangkan kontradiksi dan persoalan tersebut, dengan harapan ia akan memberi peluang untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

Bolehkah seseorang yang menjadi pengikut Nabi Isa AS, Utusan Allah yang teragung, merasa terpaksa untuk menghormati hak asasi manusia, Mengemukakan liberalisme sebagai model ketamaddunan, Mengumumkan bantahan kepada pembangunan senjata nuklear dan senjata pemusnah, Menjadikan 'Memerangi Keganasan' sebagai slogannya, Dan akhirnya, berkerja ke ara mewujudkan kesatuan masyarakat antarabangsa - satu masyarakat yang suatu hari akan diperintah oleh Nabi Isa dan mereka yang suci, Tetapi pada masa yang sama, Menyerang sesebuah negara; Kehidupan, memusnahkan reputasi dan harta benda manusia dan kerana sedikit kemungkinan berlaku jenayah dalam sebuah kampung, bandar, atau negeri sebagai contoh maka seluruh kampung, bandar atau negeri tersebut dibakar. Atau kerana kemungkinan wujud senjata pemusnah dalam sesebuah negara, maka ia dijajah, di mana ratusan ribu rakyatnya dibunuh, sumber airnya, pertaniannya dan industrinya di musnah, hampir 180,000 tentera asing dihantar, kesucian rumah-rumah penduduk tempatan diceroboh, dan negara tersebut dimusnahkan.

Apakah harganya? Ratusan billion dollars dibelanjakan dari perbendaharaan sesebuah negara dan pastinya negara-negara lain juga dan puluhan ribu pemuda-pemuda lelaki dan wanita - dikerah menjadi tentera penjajah - mereka dipisahkan dari keluarga mereka dan mereka yang tersayang, tangan mereka dikotori darah mereka yang tidak berdosa, dan menjadi mangsa kepada tekanan saikologi sehingga setiap hari beberapa orang daripada mereka membunuh diri dan mereka yang kembali ke tanah air mereka mengalami tekanan, cedera manakala sebahagian lagi telah terbunuh dan mayat-mayat mereka dikembalikan kepada ahli keluarga mereka. Di atas alasan wujudnya senjata pemusnah, tragedi yang hebat ini telah melanda negara yang dijajah dan negara yang menjajah.

Kemudian, terbukti tidak wujud sebarang senjata pemusnah. Sememangnya Saddam adalah seorang diktator pembunuh. Tetapi peperangan bukan dilancarkan untuk mengguling beliau, matlamat yang diumumkan tentang peperangan tersebut adalah untuk mencari dan memusnahkan senjata pemusnah. Beliau telah jatuh bersama dengan matlamat yang lain, walaupun rakyat di rantau tersebut amat gembira mengenainya. Saya merujuk kepada peperangan É ke atas Iran di mana Saddam telah disokong oleh Barat.
Tuan Presiden,

Anda mungkin tahu bahawa saya seorang guru. Pelajar saya telah menyoal saya bagaimana tindakan tersebut boleh diselaraskan dengan nilai yang digariskan pada permulaan surat ini dan bertanggungjawab kepada tradisi Nabi Isa AS, Rasul yang gemarkan keamanan dan penuh kemaafan. Terdapat penjara di Guantanamo Bay yang tidak dibicarakan, tiada pembelaan yang sah, di mana keluarga mereka tidak boleh melawat mereka dan mereka dikurung di bumi asing di luar negara mereka sendiri. Tiada pengawasan terhadap keadaan dan nasib nereka oleh badan antarabangsa.

Tiada seorangpun yang mengetahui samada mereka itu seorang tahanan, tawanan perang dituduh atau penjenayah.Penyiasat Eropah telah mengesahkan kewujudan penjara rahsia di Eropah juga. Saya tidak boleh menerima penculikan seseorang, dan mereka ditahan dipenjara rahsia, tanpa pengawasan mana-mana sistem perundangan. Untuk itu, saya tidak faham bagaimana tindakan tersebut hendak dikaitkan dengan nilai yang digariskan pada awal surat ini, iaitu ajaran Nabi Isa AS, niai hak asasi manusia dan nilai lberal. Para pemuda, penuntut universiti dan orang awam mempunyai beberapa soalan mengenai fenomena Israel.

Saya pasti anda mengetahui mengenainya. Disepanjang sejarah beberapa buah negara yang telah dijajah, saya rasa pembentukan sebuah negara baru dengan rakyat baru, adalah merupakan fenomena yang ekslusif pada zaman kita. Para penuntut berkata bahawa enam puluh tahun yang lalu negara tersebut tidak wujud. Dokumen dan globe lama yang ditunjukkan, kita tidak akan dapat menemui negara yang dinamakan Israel. Saya memberitahu kepada mereka untuk mempelajari sejarah perang dunia pertama dan kedua. Salah seorang dari penuntut saya memberitahu kepada saya bahawa semasa perang dunia kedua, di mana lebih dari sepuluh juta orang telah terbunuh, berita mengenai perang tersebut telah disebar dengan cepat oleh pihak yang berperang. Setiap orang mendakwa kemenangan mereka dan kekalahan pihak musuh di garisan hadapan. Selepas perang, mereka mendakwa lebih dari enam juta orang-orang Yahudi telah terbunuh. Enam juta orang pastinya dikaitkan dengan dua juta keluarga.

Sekali lagi mari kita andaikan bahawa peristiwa tersebut adalah benar. Tidakkah secara logiknya ia diterjemahkan kepada kewujudan negara Israel di Timur Tengah atau menyokong kewujudannya? Bagaimanakah fenomena ini diperjelaskan?

Tuan President,
Saya pasti anda tahu bagaimana - dan apakah harganya - untuk mewujudkan negara Israel? - Berjuta-juta telah terbunuh dalam proses tersebut.- Berjuta-juta rakyat telah menjadi pelarian. - Ratusan ribu hektar tanah ladang, tanaman zaitun, bandar dan kampung dimusnahkan. Tragedi ini bukan dikhususkan pada masa kewujudan sahaja; malangnya ia telah berterusan selama lebih enam puluh tahun sekarang. Regim yang diwujudkan tidak menunjukkan belas kasihan walaupun kepada kanak-kanak, memusnahkan kediaman bersama-sama dengan penghuninya sekali, membuat pengumuman awal senarai dan rancangan untuk membunuh rakyat Palestin dan menahan beribu-ribu rakyat Palestin di penjara. Fenomena tersebut amat unik - atau tidak pernah dilakukan sebelum ini - menurut apa yang kita ingati.Satu lagi persoalan yang besar yang ditanya oleh orang ramai ialah kenapa regim tersebut disokong?

Adakah menyokong regim tersebut sehaluan dengan ajaran Nabi Isa AS atau Nabi Musa AS atau mana-mana nilai liberal? Atau adakah kita cuba memahami bahawa membenarkan habitat asal bumi tersebut - di dalam dan di luar Palestin - samada mereka itu Kristian, Muslim atau Yahudi, untuk menentukan nasib mereka, melaksanakan prinsip-prinsip demokrasi, hak asasi manusia dan ajaran para Rasul? Jika tidak, kenapakah terlalu banyak bantahan kepada referendum? Pentadbitan Palestin yang baru dipilih baru saja mengambil alih pemerintahan. Kesemua pemerhati bebas telah mengesahkan bahawa kerajaan tersebut mewakili rakyat yang memilih mereka. amat tidak dipercayai, mereka telah meletakkan kerajaan yang dibawah tekanan dan telah menasihati mereka untuk mengiktiraf regim Israel, menghentikan perjuangan mereka dan menurut program kerajaan sebelumnya.

Jika kerajaan Palestin sekarang bergerak di atas platform di atas, tidakkah rakyat Palestin mengundi mereka? Sekali lagi, bolehkah kedudukan tersebut diambil dalam menentang kerajaan Palestin diselaraskan dengan nilai yang digariskan sebelum ini? Orang ramai juga berkata "kenapa kesemua resolusi Majlis Keselamatan PBBdalam mengutuk Israel di veto?"
Tuan President,
Sebagaimana yang anda ketahui, saya hidup ditengah-tengah rakyat dan saya sering berhubungan dengan mereka -- ramai juga mereka dari sekitar Timur Tengah yang boleh berhubung dengan saya. Mereka juga tidak percaya polisi yang meragukan itu. Terdapat bukti bahawa penduduk di rantau tersebut menjadi bertambah marah terhadap polisi tersebut.Bukanlah niat saya untuk mengemukakan begitu banyak soalan, tetapi saya juga perlu merujuk kepada perkara yang lain.Kenapakah sebarang kejayaan dari segi teknologi dan saintifik yang sampai ke Timur Tengah diterjemahkan sebagai ancaman kepada regim Zionis? Tidakkah penyelidikan dan pembangunan saintifik merupakan hak asas kepada sesebuah negara?

Anda amat biasa dengan sejarah. Selain dari Timur Tengah, dari sudut namakah dalam sejarah di mana kejayaan saintifik dan teknikal menjadi satu jenayah? Bolehkah kejayaan saintifik digunakan untuk tujuan ketenteraan dijadikan alasan untuk menentang sain dan teknologi sama sekali? Jika benarlah tafsiran tersebut, maka kesemua disiplin saintifik, termasuk fisik, kimia, mathematik, perubatan, kejuruteraan dan seterusnya dihentikan. Pembohongan telah dilaporkan dalam perkara Iraq. Apakah hasilnya? Saya tidak merasa sangsi bahawa menyatakan pembohongan adalah bertentangan dengan mana-mana adat, dan anda sendiri tidak suka dibohongi.

Tuan Presiden,

Tidakkah rakyat Amerika Latin mempunyai hak untuk bertanya, kenapa kerajaan yang mereka pilih ditentang dan pemimpin yang merampas kuasa disokong? Atau, kenapakah mereka sering diugut dan hidup dalam ketakutan? Rakyat Afrika adalah golongan yang berkerja keras, kreatif dan berkebolehan. Mereka boleh memainkan yang penting dalam menyediakan hak kemanusiaan dan menyumbang untuk kemajuan material dan spiritualnya. Kemiskinan dan kesusahan di sebahagian besar Afrika telah menghalang kesemua itu dari berlaku. Tidakkah mereka mempunyai hak untuk menyoal kenapa kekayaan banyak - termasuk mineral - dirompak, walaupun pada hakikatnya mereka memerlukannya lebih dari yang lain di dunia ini? Sekali lagi, adakah tindakan tersebut selari dengan ajaran Nabi Isa dan bersesuaian dengan hak assi manusia?

Rakyat Iran yang berani dan beriman juga mempunyai banyak soalan dan tidak berpuashati, termasuk: 'coup d'etat of 1953' dan berterusan menggugurkan kerajaan yang sah, menentang revolusi Islam, menukarkan bangunan kedutaan kepada ibu pejabat yang menyokong aktiviti menentang Republik Islam (beribu-ribu muka surat dokumen ditemui bagi membuktikan tuduhan ini), menyokong Saddam dalam melancarkan perang terhadap Iran, menembak jatuh pesawat penumpang Iran, membekukan aset Iran, meningkatkan ugutan, marah dan menentang kemajuan program nukear Iran.

Tuan Presiden,
11 September adalah peristiwa yang memilukan. Pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa adalah menyedkan dan mengejutkan di seluruh dunia. Kerajaan kami dengan serta merta mengisytiharkan kutukan dan menyampaikan takiah dan simpati. Semua kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk untuk melindungi kehidupan, kemiskinan dan hal ehwal rakyat masing-masing. Dilaporkan bahawa kerajaan anda telah memasang sistem keselamatan, perlindungan dan perisikan yang terbaik - sehinggakan mampu memburu musuh yang berada di negara lain. 11 September bukanlah operasi yang mudah. Adakah ia dirancang dan dilaksanakan tanpa koordinasi dengan perkhidmatan keselamatan dan perisikan - atau penyerapan extensif mereka? Tentunya ini hanya satu tekaan yang bijak. Kenapakah beberapa aspek serangan tersebut dirahsiakan? Kenapa kita tidak diberitahu siapa yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna? Dan, kenapa mereka yang bertanggungjawab dan bersalah tidak dapat dikenalpasti dan dibicarakan? Semua kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan keselamatan dan ketenangan jiwa seluruh rakyatnya. Selama beberapa tahun, rakyat negara anda dan jiran-jiran tidak mendapat ketenangan. Selepas 911, selain dari kecederaan emosi yang dialami oleh mereka yang terselamat dan rakyat Amerika dapat disembuhkan - yang mendapat trauma akibat dari serangan tersebut - beberapa media Barat hanya menyebarkan ketakutan dan keadaan yang tidak selamat - ada yang dengan sengaja bercakap mengenai serangan baru pengganas dan menakut-nakutkan rakyat. Adakah itu perkhidmatan kepada rakyat Amerika?

Adakah mungkin untuk mengira kemusnahan yang dialami akibat dari ketakutan dan panik? Warga Amerika hidup dalam ketakutan akan berlakunya serangan baru yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa dan tempat. Mereka merasa tidak selamat dijalan-jalan, di tempat kerja dan di rumah masing-masing. Siapa yang akan bergembira dengan sitasi tersebut? Kenapa pihak media, membangkitkan rasa tidak selamat dan tidak berusaha untuk menjamin keselamatan dan ketenangan jiwa? Ada yang percaya bahawa peristiwa tersebut tiada kena mengena dengan serangan ke atas Afghanistan. Dan sekali lagi saya perlu merujuk kepada peranan media.

Dalam charter media, penyebaran maklumat yang betul dan laporan berita yang jujur merupakan satu prinsip. Saya menyampaikan kekecewaan mengenai penyelewengan prinsip yang ditunjukkan oleh media Barat. Preteks utama mengenai serangan ke atas Iraq ialah wujudnya senjata pemusnah. Dan ia diulangi berkali-kali - kepada umum, sehingga akhirnya mereka percaya dan usaha dilakukan untuk menyerang Iraq. Apakah kebenaran akan dapat dihilangkan dalam tipu helah dan pedaya? Sekali lagi , jika kebenaran dibenarkan hilang, bagaimana ia boleh diselaraskan dengan nilai yang disebut sebelum ini? Adakah kebenaran yang diketahui oleh yang Maha Berkuasa juga akan hilang?

Tuan Presiden,

Dalam negara di seluruh dunia, rakyat menyediakan perbelanjaan untuk kerajaan agar kerajaan mereka juga mampu memberi khidmat kepada mereka.Persoalan di sini ialah "apakah yang mampu dihasilkan kepada rakyat ratusan billion dollars yang dibelanjakan untuk kempen Iraq?"Sebagaimana yang tuan ketahui, di beberapa buah negeri dalam negara anda, ramai rakyat yang masih hidup dalam kemiskinan. Beribu-ribu lagi yang tidak mempunyai rumah dan penggangguran masih menjadi satu masalah yang besar. Sudah tentu masalah ini juga wujud di negara lain. Dengan masalah tersebut masih berkisar difikiran, bolehkah perbelanjaan yang besar untuk kempen tersebut - yang di bayar oleh perbendaharaan rakyat dijelaskan dan diselaraskan dengan prinsip yang disebut sebelum ini? Apa yang telah dikatakan, adalah ketidakpuasan hati rakyat di seluruh dunia, samada di rantau kami atau di negara anda. Tetapi perselisihan utama kami - yang saya harap anda akan bersetuju dengan sebahagian daripadanya ialah: Mereka yang berkuasa mempunyai masa tertentu di pejabat dan mereka tidak akan memerintah untuk selama-lamanya, tetapi nama mereka akan direkodkan dalam sejarah dan akan sentiasa dihakimi samada sekarang atau di masa akan datang.


Rakyat akan memerhati pemerintahan kita. Adakah kita mampu membawa keamanan, keselamatan dan kedamaian untuk rakyat atau mereka yang tidak mendapat perlindungan dan pengganggur? Adakah kita berusaha untuk mewujudkan keadlan, atau hanya menyokong kumpulan tertentu dan dengan cara memaksa orang ramai untuk hidup dalam kemiskinan dan kesusahan, menjadikan beberapa orang kaya raya dan berkuasa - sehingga mengadai kehendak rakyat dan yang Maha Berkuasa dengan mereka? Adakah kita mempertahankan hak mereka yang tidak mndapat keistimewaan atau mengabaikan mereka?Adakah kita mempertahankan hak rakyat seluruh dunia atau melancarkan perang ke atas mereka, mencampuri urusan mereka secara haram, mewujudkan penjara seumpama neraka dan memenjarakan mereka? Adakah kita membawa keamanan dunia dan keselamatan atau meningkatkan ugutan dan ancaman?

Adakah kita menyatakan kebenaran kepada negara kita dan lain-lain negara di seluruh dunia atau mengemukakan berita palsu kepada mereka?Adakah kita menyebelahi rakyat atau penjajah atau penindas? Adakah pihak pentadbir kita menetapkan untuk mempromosikan tingkah laku yang rasional, logik, beretika, aman, memmenuhi janji, keadilan, perkhidmatan kepada rakyat, kesejahteraan, progress dan mnghormati kemuliaan manusia atau paksaan dihujung senjata, ugutan, huru hara, tidak menghormati manusia, melengah-lengahkan progress dan kecemerlangan bangsa lain dan memijak hak manusia? Dan akhirnya, mereka akan menghakimi kita samda kita kekal jujur di atas sumpah jawatan kita - berkhidmat untuk rakyat, yang merupakan kerja utama kita, dan tradisi Nabi - atau tidak?


Tuan Presiden,

Berapa lama lagikah dunia ini boleh bertoleransi dengan situasi ini?Ke arah manakah trend ini akan membawa dunia ini? Berapa lamakah penduduk dunia ini terpaksa membayar akibat dari keputusan salah kita? Berapa lama lagikan keadaan huru hara akan berlaku - hasil dari penimbunan senjata pemusnah
Ibnu Hashim
Aku ada baca dalam Utusan yang Pak Lah rupanya marah dan sokong juga si Bahlul Nazri Aziz yang kata mereka yang demonstrasi di Penang menentang majlis IFC tu sebagai bodoh.

Aku tak tau nak kata apa la..cume teringatlah aku yang IFC ni tak dibatalkan oleh Pak Lah pun... ianya ditangguh.. Tangguh lepas Pilihanraya?

Aku mula ragui sapa Pak Lah nih.. Mudah mudahan aku yang salah...
Ibnu Hashim
Wahai Pak Lah..kuasa di tangan mu...Batalkan sahaja IFC itu..mengapa ditangguh? Mengapa? Masihkah engkau mencari akan Si Al-Ghazali? Masihkah engkau tercari cari akan AlShafie? Mudah saya wahai Pak Lah..bukalah kitab kitab mereka..pasti IFC sudah lama berkubur berpandukan kitab kitab tinggallan mereka itu.. Wahai Pak Lah, dengan kuasa yang Allah beri di tanganmu, gunakanlah di jalan Nya.. wahai cucu seorang Ulama'...
Ibnu Hashim
Teringat kembali kisah di Pasar Borong Selangor minggu lepas..Adakah masih relevan lagi Melayu disinonimkan dengan Islam (tidak merujuk peniaga Melayu itu sebagai bukan Islam).

Adakah ini yang dikatakan Melayu Glokal? Tambah pulak dengan kisah si penceramah di majlis IFC di Pulau Pinang itu sendiri...

Dalam sedar tak sedar, Tokey Judi di Malaysia adalah orang Melayu..Tokey Arak dan Maksiat di Melaka nun adalah orang Melayu (tokey disco), Juara hentam Undang Undang Islam Orang Melayu 'Kakak kakak dalam Islam'.. Kemana anak anak aku nanti? Ke mana pula cucu cucu zuriat keturuanan ku kelak? Ya Allah! Aku tidak rela seorang pun keturunanku lari dari Agama mu...Tiadalah daya dan upayaku melainkan Engkau jua Ya Allah...!!!

250 000 Murtad tetapi mereka kami kes terpencil!! Kalaulah Engkau masih ada Ya Rasulullah s.a.w.. kalaulah para sahabat mu masih ada... aku tak berdaya...Kuatkanlah aku Ya Allah!! Kuatkanlah iman dan iltizamku serta semua kaum Muslimin dan Muslimat!! Awas kamu wahai musuh musuh Allah!!! Awas kamu!!

Menangkan lah Pejuang Islam Ya Allah.. Kiamat sudah hampir!!
IFC
Ibnu Hashim
Rupa-rupanya dalam diam IFC ni masih berjalan..Mereka telah cuba menjalan satu majlis IFC di Pulau Pinang yang mana alhamdulillah, terdapat sebahagian daripada umat Islam telah berdemontrasi di hadapan Hotel Cititel yang mana majlis itu diadakan.

Puak puak tu sempat juga memberikan ucapan selama sejam yang disampaikan oleh mangkuk mangkuk hayun berikut: Honey Tan Lay Ban (racun) dari Executive Director Awam, Presiden Aliran, P.Ramakrishnan; Profesor Undang-undang Univesiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM), Prof Shad Saleem Faruqi; Lawyer On Constitutional Matters, Malik Imtiaz dan Ahli Parlimen Kota Bahru, Zaid Ibrahim.

Apa dah jadi nih? Nampaknya mereka yang mengaku Islam yang ramai dalam Majlis ni...Tak heranlah kalau agama ini, umat ini dengan berani dan lantang sekali dikritik oleh bukan Islam...

Apa nak jadi dengan UMNO nih? Apa nak jadi??

sumber: http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=2269&Itemid=28
Ibnu Hashim
Nampaknya sehingga kini laporan saya berkenaan Pasar Borong Selangor masih belum mendapat apa apa maklum balas. Ini menunjukan kemungkinan besar betapa banyaknya laporan laporan yang terpaksa pihak PPIM tangani... Email susulan akan saya buat insyaAllah..
Ibnu Hashim
Below is the email which I've sent to PPIM regarding of the incident that happened to me today at Pasar Borong Selangor...Til' now, my hand still shivering.. Biadap!!

Assalamualaikum w.b.t.

Ditakdirkan Allah, pagi ini buat pertama kalinya saya ke Pasar Borong Selangor (Biasanya saya ke sana waktu malam bukannya pagi) untuk membeli keperluan basah di rumah saya. Baru saya sedar di waktu pagi, ada peniaga peniaga kecil kecilan yang memasang payung di bahagian tepi kedai makan yang bertentangan dengan bangunan besar Pasar tersebut.

Di pendekkan cerita, saya terpandang seorang peniaga (nampak melayu-Islam kot?) yang menjual barang barang rencam yang kebanyakannya mainan kanak kanak. Disamping itu, dia juga ada menjual kalimah suci 'Lailahailallah', 'Allah' dan 'Muhammad' serta dua tiga buah frame gambar pemandangan.

Saya menegurnya dengan ikhlas perbuatannya meletakkan kalimah suci itu di bawah iaitu di atas 'tarmac' separas dengan kaki!! Bayangkanlah orang ramai lalu lalang di hadapannya kalimah suci yang separas dengan kaki mereka! Apatah lagi ada diantaranya yang bukan islam memakai seluar pendek lalu di hadapannya!!

Amat malang sekali kerana alat alat rencam yang lainnya di gantung dan diletakkan di atas meja...apalah salahnya dihormati akan nama Allah dan Nama Rasulullah s.a.w. dan diletakkan di tempat yang sepatutnya?? Tak bolehkah letak di atas meja itu sekurang kurangnya?

Dengan angkuh dia menjawab yang ini semua dia yang akan bertanggungjawab! Saya kurang arif adakah dia bermaksud ini hal antara dia dan Allah?! Alangkah sombongnya peniaga ini!! Saya mendukung anak kecil saya ketika itu hampir sahaja menghadiahkan penumbuk ke muka mamat biadab itu!!

Saya berlalu terus, silap silap nanti, saya pulak yang ke lokap polis. Saya berusaha menalipon ke 103 menanyakan nombor talipon PPIM tetapi mereka hanya ada koperasi PPIM yang saya cuba talipon tapi tiada jawapan (Hari minggu pun), FOMCA juga begitu dan akhirnya saya talipon ke Balai Polis Serdang. (sekarang baru saya simpan nombor hotline PPIM - silap saya juga)

Selepas itu, pihak Polis sampai, iaitu konstable Airul (tak berapa ingat namanya) dan Konstable Erwin. Saya bersama mereka ke gerai itu sekali lagi, Peniaga biadab ini masih lagi berkeras tidak mahu meletakkannya di tempat tinggi dan mencabar polis atas undang undang apa yang telah dia buat kesalahan tersebut.. Saya ada juga mencelah menyatakan awak itu muslim, undang undang Allah bagaimana? Tapi dia terus tak layan saya... Kemudian dia mencabar dan mengatakan pada saya "This is not Your Business"! Saya menjawab "HEY! I'm a Muslim, This is my Business!!!"

Kini, barulah saya paham apa maksudnya sebelum ini bila dia mengatakan "Saya akan bertanggungjawab" ..

Isk..panjang aduan saya...menggigil tangan saya ini..saya harap pihak PPIM dapat memantau perkara ini...saya tak tahu dia berniaga setiap hari atau tidak tetapi dalam perbualannya dengan Polis dia ada menyatakan dia dah lama berniaga dan mengaku dengan angkuhnya, ‘Dah ramai dah orang tegur akan hal ini!’ Astaghfirullah!!! Kerana tidak tahan, saya berlalu menunggu di kereta polis dalam 4 meter dari gerainya menenangkan diri saya..

Adakah hanya kerana dia telah pun lama berniaga semacam itu maka dia tidak boleh ditegur? Ibaratlah kalau saya ini telah lama berniaga Dadah, ketika saya ditangkap, bolehkah saya jawab saya dah lama berniaga dadah nih..kenapa sekarang baru nak tangkap?? Dia juga mendakwa ada peniaga lain juga berbuat begitu...Mungkin maksudnya pegi tangkap habis semua orang yang sejenis dengannya, baru kemudiannya datang tahan dia...!!!

Akhirnya, anggota Polis bernama Airul menyerah kalah dan datang ke kereta, saya menjelaskan padanya saya paham yang Polis tidak ada kuasa dalam hal ini, tetapi saya berharap mungkin dia menghormati Polis dan mengikut nasihat untuk meninggikan frame itu...Dia menang..dan nampak puas hati berjaya meletakkan nama Allah dan Muhammad s.a.w. itu terus separas kaki orang ramai di atas tarmac (Kalimah lailahaillallah digantung sejak awal -Alhamdulillah)

Banyak lagi pertikaman lidah saya dengannya yang rasanya tak perlu saya nukilkan di sini..buat sakit hati sahaja, cukuplah apa yang saya tulis itu menunjukkan betapa Sombongnya dan angkuhnya peniaga biadap ini..

Tidak lama dulu kita heboh semalaysia nak kan kerajaan buat undang undang supaya orang bukan islam tidak boleh menjual ayat-ayat dan kalimah suci Islam. Logika yang kita pakai hanya orang Islam yang menghormati dan tahu akan kesucian kalimat kalimah itu...Tapi pada hari ini, pendapat itu Hancur sehancur hancurnya... Luluh hati ini melihatkan umat islam sendiri begitu bangga Menghina nama Allah dan Muhammad s.a.w.

Mungkin juga PPIM boleh menyiasat status agamanya kalau ini tidak keterlaluan saya katakan...Mana Mungkin seorang Islam berbuat demikian?? Mana mungkin seorang Muslim tidak sedar kesalahannya setelah ditegur oleh ramai orang malahan berbangga pulak dengan menyatakan 'dah ramai dah orang tegur'..

Tuan boleh mendapatkan maklumat lelaki biadap ini di Balai Polis Serdang, Saya melihat Konstable Erwin mencatit butir butir kad pengenalannya dan saya sekali.

Tolonglah bertindak...tolong lah jadikan ini Kes Utama PPIM...

Nombor telepon Balai Polis Serdang 03-89482222.

Wassalam.
Ibnu Hashim
Pengorbanan adalah satu patah perkataan yang mudah diucap, senang ditulis tetapi payah untuk dilaksanakan. Kalau dilihat natijahnya kehidupan ini, setiap kejayaan yang dicapai hasil daripada pengorbanan adalah terlalu manis dan amat bermakna berbanding dengan kejayaan yang dicapai tanpa usaha.

Islam yang sampai kepada kita pun adalah hasil pengorbanan, darah keringat dan airmata ummat yang terdahulu. Sungguh suci pengorbanan yang telah mereka lakukan..tak dapat hendak dibalas hatta dengan kata-kata sekalipun...aneh sungguh bila kedengaran ke telinga kita ummat ummat terkebelakang daripada mereka, mengkritik hasil kerja dan fatwa mereka kononnya ummat terdahulu tidak tahu berbanding dengan ummat kini. Ya..memanglah ada diantara perkara-perkara ilmu pengetahuan yang baru ini sahaja yang kita temui yang mana pada suatu masa dahulu tidak diketahui..

Tapi..ingatlah..suatu ketika nanti, hasil penemuan kita masa kini yang kononnya 'paling terkini' pula akan diketawakan dan dikatakan sebagai kuno oleh ummat yang akan datang...Sesungguhnya ilmu itu adalah nur Allah, dan Nur Allah amat Maha luas sekali mencakupi segalanya. Segala apa yang kita ketahui adalah dalam Ilmu Allah jua dan segala ilmu pengetahuan yang kita tahu sekarang ini, asasnya telah diletakkan oleh ummat yang terdahulu..wallahu'alam.
Ibnu Hashim

Baru baru ini kelihatan iklan atau promosi di TV3 tentang Bulan Kesihatan Oral..Yang nyatanya ianya adalah berkaitan kempen oleh COLGATE, syarikat yang sombong dan tidak memperdulikan keperluan umat Islam.

Sehingga kini (blog ini ditulis) Colgate tidak melayan langsung pertanyaan pihak PPIM berkenaan status halalnya. Colgate ni dah bertapak lebih 40 tahun namun sampai sekrang tak ada tanda halal. Mengikut apa yang saya tahu, memang dia tak pernah mohon pun.

Apa yang saya tahu, untuk bahan kalsium dalam ubat gigi ni ada tiga sumber iaitu Tulang, Cengkerang dan Batu kapur. Kalsium dari tulang ini adalah yang paling murah, umum kita tahu Colgate ni mendapatkan bahan ubat giginya dari Thailand...Lembu ke banyak, Babi ke yang banyak kat sana? Kalau pun Lembu, sembelih camana?

Itu pasa ubat gigi yang tak pakai Tulang nih, harganya mahal sebab kos bahan Kalsium tu lebih tinggi (tak pakai yang berasas tulang). Selain itu, ia pulak dengan Bangganya tanpa was was mempromosikan akan FLUORIDA nya... Tapi kita tak kisah pun...Flourida ni menghakis gigi menjadikan gigi haus dan makin nipis lapisan enamelnya. Flourida ni adalah salah satu bahan dalam cecair pencuci lantai dalam erti kata lain, Fluorida ni ubat cuci lantai, untuk tenyeh lantai bukannya tenyeh gigi kita..

Kini dia buat kempen, ye lah syarikat ni banyak duit (kita la yang bagi) dia boleh buat kempen kat TV lagi untuk promosi. TV3 peduli apa, janji hangpa bayar, dia siarkanlah. Kalau tengok iklan tu, tak nampak bangsa lain yang ditunjukan (Kecuali seorang amoi, tapi dia nampak macam dentist bukan pelanggan). Ada ditunjukan sorang mamat berkopiah. Apa mesejnya? Entahlah, pada saya, ini menunjukkan berjayanya iklan ubat gigi Mukmin, Halal gel dan yang seumpamanya. Iklan iklan tu dok menerangkan betapa kita kena pakai ubat gigi yang HALAL, BERSIH...Tentunya ditujukan kepada orang Islam. Agaknya jualan COLGATE kpd umat Islam ni dah kurang, tu dia buat kempen tu, tu yang dalam TV tunjuk orang Islam jer...

Amacam? SAya dah tak pakai dah Colgate...dah lama dahhh....
Ibnu Hashim
Nampaknya pembinaan Jambatan Indah sudah ditamatkan... Ada suara supaya diadakan pungutan suara rakyat...depa kata tak payah pasal ni keputusan Kabinet (kabinet dapur ka?)

Tapi yang sedihnya..apa la kaputnya kita nih..nak buat jambatan kat tempat sendiri punnn kena tanya orang..mana dia Kedaulatannya? Apsal dah buat baru sedar ada komplikasi undang undang? Menteri Undang undang tak buat kerja ke? Ke sibuk terima undangan jalan jalan cari makan?

Depa mintak Pasir? Mintak airspace sebagai syarat? Syarat kebendanya kalau dah mende tu dibuat kat tanah sendiri...Depa buat rumah api kat Pulau Batu Putih, Pulau kita sendiri..tak ada pulak mintak izin..hapah pun tak bagi kat kita...mengaku dia punya lagi ada...
Dia tambak pulau dia, kasi besak sikit pasal 'anak' dah ramai, rumah makin sempit..kita komplen kata kapal TLDM kita payah nak berlayar sebab laluan jadi sempit, arus makin laju..Selamba rock je depa sound kata yang depa tambak tu di kawasan depa...tak ada kena mengenanya dgn kita..

Nampaknya depa lagi berdaulat daripada kita..walaupun Raja Berdaulat ada ramai kat tempat kita...
Ibnu Hashim
SmallVille..yeah, a famous tv series now being screened on every Sunday nite at TV3. What I'm going to write tonite is not the snapshot of the series...but just 'something' of that tv series that got something to do with my previous life as a student... read on..

I studied in ITM (now UITM) in 1989 - 1991..I joined the Reserve Officers Training Unit aka ROTU.. Lots of things happened...i mean LOTS LOTS LOTS things happened during the three years time...ehehehe..and that lots lots lots things, mostly were of the good one laaa... ;)

When I was at the intermediate rank, there was a rumour of 'orang minyak' stalking on the female students. They were terrified and most of them stayed in the hostel at nite. It was so quiet at nite as everybody was scared (the girls). To add worst, it was the final's season! EXAM!!

To cut short, we ROTU took the responsibility to work together with the ITM's security personnels to stand guard the Girl hostels at nite. They were lacking of man power, I took together with me my pocket knife that was given to me by my father and also my notes! I'm not trying to tell the whole story or the whole experience that we all gone thru those scary nites. Just one thing that is related to the subject matter today...yeap! Smallville!

On one nite, it was me and two others were guarding the Chempaka Hostels, if not mistaken it was almost dawn..we were tired (we were running around that nite because the orang minyak attack) we sat back to back with each other at the corridor. Everyone kept our eyes opened on one direction. By sitting in this position gave us a 360 degree surveilence..But finally it was only me that still awoke. Both of them fell asleep, but I have to admit that that nite my eyes were too heavy and it was really hard for me to stay awake.

I was left alone to fight with my sleepiness...suddenly, I saw a silhouette of a man, a naked man and he was seen as though was just about to start to run. I saw his movements with my own eyes and he was about 10 meter away from the place we were, on his third steps, he was just whooossh!!! Gone! So fast and dissapeared...Just like CLARK KENT in SMALLVILLE!!!

No kidding...This is my real experience..and I really did see it with my own eyes!! Just one thing for sure, that guy (or Jin) I'm surely confident that he was not from Krypton!!
Ibnu Hashim
If people from Poland are called Poles, why aren't people from Holland called Holes?

Why do we say something is out of whack? What's a whack?

If a pig loses its voice, is it disgruntled?

If love is blind, why is lingerie so popular?

When someone asks you, A penny for your thoughts, and you put your two cents in, what happens to the other penny? Or do you get change?

Why is the man (or woman) who invests all your money called a broker?

Why do croutons come in airtight packages? It's just stale bread to begin with.

Why is a person who plays the piano called a pianist but a person drives a race car not called a racist?

Why are a wise man and a wise guy opposites?

Why do overlook and oversee mean opposite things?

Why isn't 11 pronounced onety one?

If lawyers are disbarred and clergymen defrocked, doesn'tit follow that electricians can be delighted, musicians denoted, cowboys deranged, models deposed, tree surgeons debarked, and dry cleaners depressed?

Arcamax Publisher.
Ibnu Hashim
If Fed Ex and UPS were to merge, would they call it Fed UP?

Do Lipton Tea employees take coffee breaks?

If it's true that we are here to help others, then what exactly are the others here for?

You never really learn to swear until you learn to drive.

No one ever says, "It's only a game," when their team is winning.

Ever wonder what the speed of lightning would be if it didn't zigzag?

If a cow laughed, would milk come out her nose?

If olive oil comes from olives, where does baby oil come from?

ArcaMax Publisher.
Ibnu Hashim
My Father in Law had passed away peacefully last Sunday afternoon and was burried later at midnite. He died just about less than 30 minutes from the time he was brought home from the hospital. I was there at the hospital and rushed back home to prepare things at home the moment they decided to bring him home. Then at home, i went to the Surau for Zohor prayer and when I got back home, he was there already, lying on the mattress that was prepared by my wife previously, surrounded by his children, grand children and family members. I just sat nearby there and watched he died peacefully...

He was then brought back to Kemuning in Malacca on that night and was then laid to rest at about almost 2 am.

On that Saturday morning, me and my family was already headed back to our home (we already there for a week) and upon reaching Rawang area, my bro in law call telling me of his condition nothing new actually, his situation remain the same but I just got the hunch that this is not good! Earlier i planned to leave my wife and kids behind but she refused. I wanted to get back home only with my elder dauhgter and son but she insisted to follow...Later that nite, we returned to Ipoh, sent her and kids to my in law house and I headed to my mum's. That nite at midnite, on my way to my mum's house, I visited him again at the hospital reciting the Surah Yassin and whispering softly to his ear the kalimah Tauhid...alhamdulillah that later my in laws followed me...I managed to seek for his forgiveness for me and my wife and kids...I believed he did listen to me as when i recited the verse, his heart beat was fast and few minutes after i finished the verse, the heart beat was normal again...(I put my hand on his chest..rubbing softly)

I felt as though that my father was lying there and not my father in law..he was there in the same hospital and i believed my father had stayed there at ward 7b too....the memory was so fresh that i felt just like yesterday that i was there with him (my father)..My father passed away on 2nd August 1991...i was not with him at that moment as I was in ITM...

Just as a matter of time that I to follow them...Death is a gateway to the 'real' world...hereafter..

O Allah...please forgive me and my parents... O Allah..please help me to worship you in the best of manner...O Allah..please forgive me and my parents... O Allah..please forgive us all...
Ibnu Hashim
I got this joke and just wanna share..

A young man was driving up a steep, winding and narrow mountain road. Going round a tight corner, he notices a woman driver who is coming in the opposite direction begin to lean out of her window.

As they pass each other she yells at him - "PIG!!!!" The man immediately leans out of his window and screams back at her, "WITCH!!!"

Each continues on their way, and as the man rounds the next bend he crashes into a pig, right in the middle of the road...

If only men would listen.
Ibnu Hashim
It has been quite some time since I last wrote in here. Been busy with things in life. Just got back from hometown, in law is in grave sick..guess tonite have to go back to my hometown as his condition is worsen. I had a week off and i have to take another i guess..my kids will be missing their classes...

When I was away, I read a column saying that there was (is) a survey by a body..a government body, asking people the 'appropriate' punishment in law would be for a rapist!!!...

Raping is a crime in Islam whereby Allah has already mentioned in the Qur'an how to deal with rapist or other sexual crimes. There is NO other Choice for us to choose! We must Obey it!

Is it wise when Allah and Rasulullah s.a.w. have decided on a particular matters that you have other options? As a Muslim... just ' I Hear and I Obey!'
Wallahu'alam.
Ibnu Hashim
In today's Berita Harian, Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' ZulHasnan Rafique has said that the government is going to set up a slaughterhouse to accomodate a proper facility that will minimized the risk of spreading the harmful H5N1 virus. The Abattoir estimated cost is at RM20M.

Well, I really support this action as to what I've mentioned before in previous posting that we should have our own slaughterhouse rather than relying on Non-Muslims. I was also mentioned before that our Muslims Corporates should contribute and look into this matter and invested a small portion of their wealth for slaughterhouse for the benefit of Ummah. Though what was mentioned in that article just because to minimize the risk of harmful viruses and not because of fullfilling the need to cater Halal food because of Allah but I'm sure the Menteri also intended to do so in the course of Allah. Alhamdulillah...!!