Ibnu Hashim
Below is the email which I've sent to PPIM regarding of the incident that happened to me today at Pasar Borong Selangor...Til' now, my hand still shivering.. Biadap!!

Assalamualaikum w.b.t.

Ditakdirkan Allah, pagi ini buat pertama kalinya saya ke Pasar Borong Selangor (Biasanya saya ke sana waktu malam bukannya pagi) untuk membeli keperluan basah di rumah saya. Baru saya sedar di waktu pagi, ada peniaga peniaga kecil kecilan yang memasang payung di bahagian tepi kedai makan yang bertentangan dengan bangunan besar Pasar tersebut.

Di pendekkan cerita, saya terpandang seorang peniaga (nampak melayu-Islam kot?) yang menjual barang barang rencam yang kebanyakannya mainan kanak kanak. Disamping itu, dia juga ada menjual kalimah suci 'Lailahailallah', 'Allah' dan 'Muhammad' serta dua tiga buah frame gambar pemandangan.

Saya menegurnya dengan ikhlas perbuatannya meletakkan kalimah suci itu di bawah iaitu di atas 'tarmac' separas dengan kaki!! Bayangkanlah orang ramai lalu lalang di hadapannya kalimah suci yang separas dengan kaki mereka! Apatah lagi ada diantaranya yang bukan islam memakai seluar pendek lalu di hadapannya!!

Amat malang sekali kerana alat alat rencam yang lainnya di gantung dan diletakkan di atas meja...apalah salahnya dihormati akan nama Allah dan Nama Rasulullah s.a.w. dan diletakkan di tempat yang sepatutnya?? Tak bolehkah letak di atas meja itu sekurang kurangnya?

Dengan angkuh dia menjawab yang ini semua dia yang akan bertanggungjawab! Saya kurang arif adakah dia bermaksud ini hal antara dia dan Allah?! Alangkah sombongnya peniaga ini!! Saya mendukung anak kecil saya ketika itu hampir sahaja menghadiahkan penumbuk ke muka mamat biadab itu!!

Saya berlalu terus, silap silap nanti, saya pulak yang ke lokap polis. Saya berusaha menalipon ke 103 menanyakan nombor talipon PPIM tetapi mereka hanya ada koperasi PPIM yang saya cuba talipon tapi tiada jawapan (Hari minggu pun), FOMCA juga begitu dan akhirnya saya talipon ke Balai Polis Serdang. (sekarang baru saya simpan nombor hotline PPIM - silap saya juga)

Selepas itu, pihak Polis sampai, iaitu konstable Airul (tak berapa ingat namanya) dan Konstable Erwin. Saya bersama mereka ke gerai itu sekali lagi, Peniaga biadab ini masih lagi berkeras tidak mahu meletakkannya di tempat tinggi dan mencabar polis atas undang undang apa yang telah dia buat kesalahan tersebut.. Saya ada juga mencelah menyatakan awak itu muslim, undang undang Allah bagaimana? Tapi dia terus tak layan saya... Kemudian dia mencabar dan mengatakan pada saya "This is not Your Business"! Saya menjawab "HEY! I'm a Muslim, This is my Business!!!"

Kini, barulah saya paham apa maksudnya sebelum ini bila dia mengatakan "Saya akan bertanggungjawab" ..

Isk..panjang aduan saya...menggigil tangan saya ini..saya harap pihak PPIM dapat memantau perkara ini...saya tak tahu dia berniaga setiap hari atau tidak tetapi dalam perbualannya dengan Polis dia ada menyatakan dia dah lama berniaga dan mengaku dengan angkuhnya, ‘Dah ramai dah orang tegur akan hal ini!’ Astaghfirullah!!! Kerana tidak tahan, saya berlalu menunggu di kereta polis dalam 4 meter dari gerainya menenangkan diri saya..

Adakah hanya kerana dia telah pun lama berniaga semacam itu maka dia tidak boleh ditegur? Ibaratlah kalau saya ini telah lama berniaga Dadah, ketika saya ditangkap, bolehkah saya jawab saya dah lama berniaga dadah nih..kenapa sekarang baru nak tangkap?? Dia juga mendakwa ada peniaga lain juga berbuat begitu...Mungkin maksudnya pegi tangkap habis semua orang yang sejenis dengannya, baru kemudiannya datang tahan dia...!!!

Akhirnya, anggota Polis bernama Airul menyerah kalah dan datang ke kereta, saya menjelaskan padanya saya paham yang Polis tidak ada kuasa dalam hal ini, tetapi saya berharap mungkin dia menghormati Polis dan mengikut nasihat untuk meninggikan frame itu...Dia menang..dan nampak puas hati berjaya meletakkan nama Allah dan Muhammad s.a.w. itu terus separas kaki orang ramai di atas tarmac (Kalimah lailahaillallah digantung sejak awal -Alhamdulillah)

Banyak lagi pertikaman lidah saya dengannya yang rasanya tak perlu saya nukilkan di sini..buat sakit hati sahaja, cukuplah apa yang saya tulis itu menunjukkan betapa Sombongnya dan angkuhnya peniaga biadap ini..

Tidak lama dulu kita heboh semalaysia nak kan kerajaan buat undang undang supaya orang bukan islam tidak boleh menjual ayat-ayat dan kalimah suci Islam. Logika yang kita pakai hanya orang Islam yang menghormati dan tahu akan kesucian kalimat kalimah itu...Tapi pada hari ini, pendapat itu Hancur sehancur hancurnya... Luluh hati ini melihatkan umat islam sendiri begitu bangga Menghina nama Allah dan Muhammad s.a.w.

Mungkin juga PPIM boleh menyiasat status agamanya kalau ini tidak keterlaluan saya katakan...Mana Mungkin seorang Islam berbuat demikian?? Mana mungkin seorang Muslim tidak sedar kesalahannya setelah ditegur oleh ramai orang malahan berbangga pulak dengan menyatakan 'dah ramai dah orang tegur'..

Tuan boleh mendapatkan maklumat lelaki biadap ini di Balai Polis Serdang, Saya melihat Konstable Erwin mencatit butir butir kad pengenalannya dan saya sekali.

Tolonglah bertindak...tolong lah jadikan ini Kes Utama PPIM...

Nombor telepon Balai Polis Serdang 03-89482222.

Wassalam.
0 Responses

Post a Comment