Pengorbanan adalah satu patah perkataan yang mudah diucap, senang ditulis tetapi payah untuk dilaksanakan. Kalau dilihat natijahnya kehidupan ini, setiap kejayaan yang dicapai hasil daripada pengorbanan adalah terlalu manis dan amat bermakna berbanding dengan kejayaan yang dicapai tanpa usaha.
Islam yang sampai kepada kita pun adalah hasil pengorbanan, darah keringat dan airmata ummat yang terdahulu. Sungguh suci pengorbanan yang telah mereka lakukan..tak dapat hendak dibalas hatta dengan kata-kata sekalipun...aneh sungguh bila kedengaran ke telinga kita ummat ummat terkebelakang daripada mereka, mengkritik hasil kerja dan fatwa mereka kononnya ummat terdahulu tidak tahu berbanding dengan ummat kini. Ya..memanglah ada diantara perkara-perkara ilmu pengetahuan yang baru ini sahaja yang kita temui yang mana pada suatu masa dahulu tidak diketahui..
Tapi..ingatlah..suatu ketika nanti, hasil penemuan kita masa kini yang kononnya 'paling terkini' pula akan diketawakan dan dikatakan sebagai kuno oleh ummat yang akan datang...Sesungguhnya ilmu itu adalah nur Allah, dan Nur Allah amat Maha luas sekali mencakupi segalanya. Segala apa yang kita ketahui adalah dalam Ilmu Allah jua dan segala ilmu pengetahuan yang kita tahu sekarang ini, asasnya telah diletakkan oleh ummat yang terdahulu..wallahu'alam.
Post a Comment