Capt MUHAMMAD Azhar
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda, "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman ) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." - Riwayat Muslim


Dunia ini digambarkan kepada Nabi saaw ketika Isra' wal Mi'raj seperti perempuan tua yang bongkok ... itulah gambaran yang ALLAH perlihatkan kepada Baginda saaw seribu empat ratus tahun lebih yang lalu... Dunia ini..telah terlalu tua ... telah terlalu hampir ia ke ambang kehancurannya... saat bila mana gunung gunung berterbangan bagai bulu berterbangan.. bintang bintang berjatuhan dari tempatnya.. saat pabila langit digulung! Saat itu pasti tiba!!!!

Apakah kita ini, umat akhir akhir zaman (akhir kepada akhir zaman) masih merasa ingin hidup seribu tahun lagi? Masih mahu menongkat langit?  Mari kita hitung dan lihat sekeliling kita, berapa ramai dari kawan kawan kita, saudara mara kita, jiran jiran kita, guru guru kita masyarakat sekeliling kita..berapa ramai yang telah menemui kiamat kecil ke atas diri mereka iaitu maut??

Apakah mengenangkan itu kita masih boleh tersenyum bahagia? Masih boleh bergelak ketawa? (aku la tu :( ) Apakah yang masih mengekang kita dari berusaha bangun malam sembah sujud padaNya? Apakah dianya lagi yang menghalangi kita dari berusaha lebih untuk akhirat berbanding dunia kita?  Apakah kita masih memilih segunung intan duniawi ini dari memilih sehelai daunan Syurgawi???

Kerja kita masih belum selesai...kemungkinan tak akan selesai.. hanya berkadar banyak atau kurangnya sahaja. Maka kita tak boleh duduk diam. Berapa ramai yang kita lihat solat tak sempurna di masjid masjid? Pendedahan aurat tak terkirakan hatta dalam keluarga kita sendiri? Berapa ramai beramal tanpa ilmu? Belajar tanpa guru? Mencorakkan agama mengikut kepala otaknya sendiri? Berlagak melebihi imam imam mujtahid dalam mengeluarkan hukum?  Berapa ramai yang munafiq yang telah kita jumpa? bila di depan bercakap tentang Islam sampai goyang goyang meja tapi solat masih di rumah (bg lelaki).. rokok masih di bibir... anak anaknya rambut tercacak...  Adakah asing lagi bagi kita melihat pak haji lengkap jubah serban bawak anak gadisnya di belakang motor yang memakai baju zaman tadika hingga berlekuk sana sini?  Suami membiarkan isteri isteri bebas bertabarruj, bercampur gaul dgn lelaki ajnabi di tempat kerja, usik mengusik, tampar menampak bergurau senda tanpa batas atas nama mencari rezeki bagi 'membantu suami'?  Yer...memang dia amat membantu kalian! Membantu supaya kalian cepat masuk Neraka!!!

Duhai lelaki lelaki Muslimin sekelian.. kerja kita membetulkan dan menyampaikan kebenaran kepada umat ini belum selesai sehingga kita tutup mata. Tak kira kamu mat rempit.. kamu mat rock, kamu siapa sahaja pun beban ini terbeban atas pundak kita. Bebang atas diri sendiri, beban atas keluarga di bawah tanggungan kita, bebang atas hak kejiranan, beban atas hak sesama muslim..kesemuanya menuntut akan hak mereka masing masing... yea!! Banyak sungguh hak yang perlu ditunaikan... maka adalah lagi masanya lagi bagi kita berlengah lengah??

Tambahkan ilmu kita, tambahkan 'amal kita. Ilmu penyuluh kepada 'amal kita... Renungkan adakah kita sekarang ini sama je dengan kita pada tahun lepas? Atau dua tahu lepas? Adakah kita 10 tahun lepas solat macam ayam patuk, maka pada hari ni kita masih lagi seperti itu juga?  KIta selalu 'mengagungkan' dulu aku begitu dan sekarang aku begini begini dalam hal duniawi...pernahkan kita muhasabah sama akhirat kita? Dulu aku ke Masjid sedekah RM1, dulu lah, sepuluh tahun duluu... adakah sekarang ni  masih lagi di takuk lama (andai taraf ekonomi kita telah meningkat). Kalau ekonomi kita sama juga, maka bukan sebab juga utk kita tambal amal... dan yang terpenting tambahkan keazaman dan usaha kita untuk memurnikan niat. Barangkali RM1 10 tahun lalu tak sama dgn RM1 sekarang, walau nilainya sama tapi nilai 'amal di sisiNya insyaALLAH bertambah!


p/s: Subhanallah... ni telah ditulis berbulan nan lalu.. hari ni baru tengok.. published lah...
0 Responses

Post a Comment