Capt MUHAMMAD Azhar
KECINTAAN SAHABAT SAHABIAH KEPADA RASULULLAH S.A.W

Kisah 1 - Kematian seorang Wanita Ketika Melihat Maqam Rasulullah s.a.w

Seorang wanita telah pergi berjumpa Hazrat 'Aisyah r.anha dan berkata kepadanya: "Bawalah saya mengziarahi maqam Rasulullah s.a.w."  Oleh itu, Hazrat 'Aisyah r.anha pun membuka bilik itu. Wanita itu pergi  menziarahi maqam tersebut sambil menangis. Beliau menangis dan terus menangis sehingga meninggal dunia!
Adakah mingkin didapati bandingan cinta sebegini? Beliau tidak dapat menahan perasaan. Hanya dengan menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. beliau telah mengorbankan nyawanya.


Kisah 2 

Seseorang telah bertanya kepada Hazrat 'Ali r.a, : "Setakat manakah kasih sayang tuan terhadap Rasulullah s.a.w.?"


Beliau menjawab: "Kami mengasihi baginda s.a.w. melebihi daripada harta-harta kami, anak-anak kami, ibu-ibu kami, dan daripada air sejuk ketika tersangat dahaga."



Benarlah kata kata beliau itu. Sebenarnya itulah keadaan para sahabat r.anhum. Betapa tidak, sedangkan merekalah orang-orang yang sempurna iman dan ALLAH S.W.T. telah berfirman:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَاوَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ
(سُوۡرَةُ التّوبَة:٢٤
"Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.): "Jika bapa bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yg kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH S.W.T. dan RasulNya s.a.w. dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga ALLAH S.W.T. mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya). Kerana ALLAH S.W.T tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)" 

Dalam ayat yg mulia ini terdapat amaran terhadap orang-orang yang mencintai segala sesuatu yang lain lebih daripada cinta ALLAH SWT dan Rasul s.a.w.

Hazrat Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang pun daripada kamu tidak akan menjadi mukmin yang sempurna selagi dia tidak mencintai aku lebih daripada dia mencintai ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia."

Hazrat Abu Hurairah s.a. juga telah meriwayatkan hadith yang sama. Para ulama' berkata bahawa 'cinta' yang dimaksudkan dalam hadith hadith tersebut adalah cinta ikhtiari bukannya cinta thobie. Mungkin juga yang dimaksudkan di situ ialah cinta thobie. Tetapi darjah iman yang dimaksudkan ialah darjah iman yang sempurna sebagaimana iman para sahabat r.anhum.

Hazrat Anas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila didapati tiga perkara pada seseorang maka dia akan merasai kemanisan dan kelazatan iman. 
Pertama: Apabila dia mengasihi ALLAH SWT dan RasulNya s.a.w. melebihi segala sesuatu yang lain.  
Kedua: Dia mengasihi seseorang, semata-mata kerana ALLAH S.W.T.
Ketiga: Dia merasa berat dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berat dan benci untuk dimasukkan ke dalam api"

 Fadhilat Amal - Kisah Para Sahabat



- Mari kita renungkan di mana agaknya hendak diletakkan kita ini pada neraca timbangan akan kasih dan sayang kepada baginda Rasulullah s.a.w.?  Kasih kah kita padanya kalau sunnahnya kita perlekeh? Tak cukup dengan itu, orang yang ALLAH pilih untuk amal sunnah pun kita perlekehkan? Sanggupkah kita korban di jalan ALLAH demi untuk meneruskan kerja Rasululllah s.a.w. ke atas umat ini? Sanggupkah kita korban masa, harta, wang ringgit, pangkat demi kasihkan ALLAH dan Rasul?  ALLAHU Robbi...  Sollu 'Alan Nabiyy!

0 Responses

Post a Comment