Assalamualaikum warahmatullah..
Semalam, ada bicara petang dengan seorang guru. Sembang biasa, kemudian mula dia menceritakan akan masalah masalah yg dihadapinya. Penumpuan diberikan kepada kisah pentadbiran sekolahnya yang boleh lah dikatakan gile glemer (ayat aku sendiri nih).
Kisah tentang guru ni dah biasa kita dengar di dada dada akhbar ni. Sembang sembang dgn kawan kawan guru pun dah biasa kita dengar tentang ketidakpuasan hati deme tu dari pelbagai aspek, baik dari segi pentadbiran, jadual tugas, gaji, kerja luar bilik darjah, anak-anak pelajar mereka, ibu ayah, kerajaan dan lain lain. Ada la pro and cons nya, biasanya org mempertikaikan, kenapa la guru ni banyak songeh benor? Nak kata teruk, teruk lagi Askar dan Polis.. terutama cikgu cikgu dalam askar dan Polis tu.. bomba lagi..itu lagi ini lagi.
Tapi aku tak mo lah cari perbezaan tu, aku nak cakap atau cari titik persamaan lah.
Al-kisah cikgu ni rasa tak tenteram dan tenang jiwanya selama bekerja di tempat dia sekarang nih. Berlaku penyelewengan (dia tak jelaskan lanjut, aku pun tak bertanya) dan orang gila nama. Mahukan supaya namanya gah di mata dunia (mata dunia? dahsyat tu! tu aku tambah le tu.. ehehehe)
. Antaranya, guru guru ini dikorbankan masa cutinya dan wang ringgit mereka kononnya atas perkara yg baik (for a good cause). Sampaikan nak tukor langsir Surau pun dibuat kutipan pada guru guru jugak untuk tujuan membeli langsir baru (bagus la tu..utk surau.. nanti dulu. Nanti sembang). Yang ni la yang aku nak komen kot.. ehehehe..
TApi.. aku tak mo komen lelebih, sebab aku bukan dan tak pernah jadi cikgu pun. So macam aku cakap di awal tadi lah, nak cari titik persamaan, bukan perbezaan dalam permasalahan ini. So para guru yang baca ni, korang pikior la yer (mcm bagus je perasan cikgu cikgu masuk blog nih..ehehehe.. tak per tak pe. Jom kita masuk bakul jom!)
Inisiatif?
Nak sembang gak pasal kisah seorang hamba ALLAH nih, dia ni dalam tentera lah. Jadi juruletih (deme tak pangge jurulatih, tapi juruletih) .. Alkisahlah askar ni biasa lah, dah angkat sumpah bertugas 24 jam. Maksudnya boleh dikerah 24 jam pada bila bila masa. So tak leh la nak manja manja komplen sana sini kalau kena panggil tu. Jadi kerja juruletih ni memang letih la.. ada masanya balik je dah pukul 3-4 pagi (off road), pukul 7 kena masuk baris pagi dah balik..ramai la tak balik, tidor je kat base. Gitu gitu lah lebih kurang dapat nama juruletih. Habis.
Antara perkara yg ditekan di sini ialah INISIATIF. Aku rasa, perkara ni sama jugak la dgn cikgu nih. Tu sal aku nak cakap mende nih. Perkataan ini banyak samada disalahtafsir atau disalahguna oleh mereka yang berkepentingan ataupun tidak. Kisah hamba ALLAH ni ketika menjadi juruletih nih sebagai perencah rasa kepada isu ini. Ok.. read on.. ececeh..
Al-Kisahnya
Iinisiatif ni selalu disalah tafsirkan dengan 'outsource.' Outsourcing' ni memang inisiatif lah, tapi yg dimaksudkan outsource ni ialah dengan menggunakan peralatan, kemudahan, bahan mentah atau apa sahaja yg berada di luar daripada peruntukkan yang diberikan dengan cara mengeluarkan belanjanya dari poket sendiri. Contohnya, kenderaan tak mencukupi, maka dikutip wang dari pelajar pelajar kursus nih untuk menyewa kenderaan dari luar. Maka inilah Inisiatif! Betul ke cam tu? ....SALAH!!
Ketika mula mula masuk jadi juruletih nih, memang letih lah dgn budaya nih. Memanglah persembahan para pelajar ni ni hebat tapi rupanya dikeluarkan dari poket sendiri. Ianya seakan budaya yang telah berakar umbi sejak dulu. Kalau pergi kursus je, siaplah kena sediakan peruntukan sekian sekian banyak untuk tujuan seperti ini.
Pengalaman Hamba ALLAH ini berkursus dengan sayap ATM lainnya (ada 3, Darat, Laut dan Udara), dia dapati perkara ini adalah biasa dan sudah menjadi satu adat pula. Ketika dia sampai utk satu kursus kejuruletihan memandu, ketua kursus pada hari pertama sudah menggariskan beberapa perkara yg perlu disediakan (setelah diberi oleh juruletih di situ). Antaranya:
1. Penyapu Sampah
2. Tong Sampah
3. Kertas Fotostat sekian banyak..
4. Pensil Warna sekian kotak
5. Yuran kelas komputer sekian sekian..
Dan macam macam lagi lah. Itu antara yg dia ingat. Pas tu, ada pulak kutipan untuk 'break time' (ok la tuh) yg tak oknya, ada ditolak skit utk Juruletih dan rokok juruletih. Omak aiii!!! Banyak cantet! Sampai habis kursus, Hamba ALLAH ni tak bayarkan utk mereka tu (pasai dia pun juruletih jugak kat tempat dia dan syarat tu diletakkan oleh juruletih sayap ATM tu..mana buleh! Lainla kalau dimesyuwarahkan dan dipersetujui bersama antara pelajar). Dia seorang je tak bayar makan minum dan duit rokok juruletih di situ. Tapi dia belikan hadiah utk mereka di akhir kursus. Ni sendiri punya hal.
So semasa hari pertama tu, Hamba ALLAH ni membuka minda peserta lain.. "Cuba fikir tu, kertas fotostat, penyapu, tong sampah.. soalannya, macam penyapu dan tong sampah tu, peserta kursus sebelum ni tak beli ker? Mana dianya? Padahal baru minggu sebelumnya satu kursus yg sama telah tamat kursu. Tentu mereka pun beli jugak!"
Panjang pulak perbincangan ketika itu. Alkisah dalam kelas ni, Hamba ALLAH ni sorang lah yg dok komplen, dia pulak satu satunya dari Sayap ATM yg lainnnya. Yang best, mereka yang lain hairan seolahnya perkara ini biasa. Mereka kata ini biasalah dalam mana mana kursus pun!! Haaa!!??? Biasa? Terbeliak mata mendengornya.. Akhirnya Hamba ALLAH ni kata, "tak apa lah, aku sponsor semua tu. Nanti aku amik kat Stor aku". Pandai pulak deme tepuk tangan lepas tu!! Ahahahaha..
Nak cerita lagi memang banyak lah, tapi cukup lah takat tu pemahaman mat mat terap ni tentang INISIATIF. Bagi mereka Inisiatif ialah mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyediakan perkara yg tak ada disediakan oleh pengurusan. Nanti di akhir kita simpulkan hal ini insyaALLAH. Habis.
Balik Ke Tempat Sendiri
Seusai kursus, maka hamba ALLAH ni pun ditugaskan di sebuah Sekolah Latihan di tempat dia sendiri. Ketika itu, peralatan memang tak cukup (standard la tu) .. komputer pun ada 6 buah sahaja ketika itu untuk digunakan oleh seramai 30 peserta kursus pada sebilang masa. Kursus tu pulak dari pagi sampai petang dan memang dibuat sedemikian rupa supaya para peserta ni mengejar masa (suasana perang).. sehari memang tidur 2 jam je. Yg lain lain tu pandai pandai la curi tidur dalam kelas..jgn kena tangkap sudah. ehehehe..
Maka para pelajar ni bila submit kertas ops mereka..eh! Semuanya bertaip komputer! (printer ada satu je) .. dahsyat juga deme ni bekerjasama. Siasat punya siasat, rupanya deme ni keluar dan pergi menaip di cyber cafe sekitar bandar X .. keluar duit sendiri la tu.. Inisiatiffff kata deme! Hamba ALLAH tu kata kat deme "P*** H***K Korang Inisiatif!" Kesiannn deme..udah le keluar duit sendiri..kena maki pulak! Nasib la labuu..ehehehe
Selepas tu, Hamba ALLAH ni mengeluarkan arahan, sesiapa yg menggunakan duit sendiri untuk menyelesaikan sesuati tugasan itu, maka akan ditolak tiap satunya itu 5 markah! (byk tu beb!) .
Inisiatif ini bermaksud, menggunakan sumber di sekitar untuk kegunaan sesuatu missi atau tugasan. Termasuk dalam bab ini outsource kepada lain lain jabatan tanpa mengeluarkan duti dari poket sendiri!. Utk pembuktian, maka perlu disertakan salinan surat menyurat atau borang atau catatan yg dapat membuktikan perolehan suatau perkhidmatan, barangan, peralatan, konsultasi dan lain lain itu adalah dari jabatan atau pihak luar! Pelajar hendaklah menggunakan apa yang ada yg disedikan oleh Pihak Pengurusan, kalau tak ada, guna lah inisiatif masing masing (tanpa keluar duit poket).
Kalau peralatan tak cukup, misalnya komputer, itu bukan salah pelajar tapi pihak pengurusan gagal menyediakannya dgn cukup. Maka tak perlu keluarkan duit sendiri utk pergi ke cyber cafe (seolahnya pelajar yang kena penalised pulak). Buleh mintak kebenaran jabatan lain atau guna je mesin taip ataupun TULIS TANGAN sahaja akan kerja kursus tu.
Begitulah antara kisah yg mengisahkan tentang salah fahaman tentang INISIATIF yg berlaku dalam ATM. Rasanya perkara ni sama jugak seperti di dalam bidang perguruan. Dalam tentera, suasana perang sentiasa dibayangkan. Maka ketika perang, kalau anggota2 tidak dilatih yg sedemikian itu, maka mereka akan kurang berINISIATIF sebab ketika perang, duit mana laku maa... Mereka kena menggunakan seluruh aset negara sendiri/musuh yang ada pada ketika itu (apa yg ada di sekeliling). Maka keadaan ini perlu disemai dalam dada dan pemikiran mereka sehingga sebati supaya bila tiba masa yang diperlukan. Mereka tak kehilangan arah!
Seperti contoh kursus yg disertai oleh hamba ALLAH itu tadi, dia kata dia sanggup sponsor semua peralatan itu dengan mengambilnya dari stornya sendiri. Ini adalah inisiatif. Walaupun peralatan diambil dari Stor Base malah Sayap ATM yg lainnnya, tapi ianya tetap hak milik kerajaan Malaysia dan semua anggota layak mendapatkannya.
Apa yg berlaku sebenarnya menyebabkan Belanjawan Mengurus satu satu pusat latihan itu tak dapat diukur dengan tepat berapa sebenarnya yg ia perlukan untuk belanja pengurusan sesebuah pusat itu selama setahun beroperasi. Contohnya, berapa Ream kertas fotostat diperlukan untuk jalankan 10 kursus setahun? Mereka tak tahu sebab ianya disediakan oleh penuntut kursus itu sendiri. Maka berterusanlah Pusat latihan tu membuat bajet yg kurang dari yg sepatutnya pada setiap tahun. Pihak Kementerian juga tak tahu berapa perbelanjaan utk latihan yg sebenar kalau setiap pusat tak dapat memberi angka yang tepat keperluan mereka. Dan bebannya... ANGGOTA ANGGOTA BAWAHAN. (saya tak sentuh lagi golongan atasan yang saban tahun kembang hidung sebab berjaya jalankan sekian sekian kursus dgn 'jayanya' padahal alat pun pun dikorbankan dari poket anggota bawahan.. tak malu ker?).
Kesimpulan
Insiatif ini bagus supaya dapat keluar dari kotak atau kerangka sedia ada. Ianya perlu ada pada setiap orang. Hanya jangan pula sampai kita bertindak di luar kemampuan kita. Bertindak berseorangan dgn secara berjemaah atau berorganisasi tidak sama. Misalannya, cara berbelanja duit sendiri dengan duit peruntukan kerajaan tidak sama. Utk duit sendiri, biasanya ada lebihan yg disimpan utk masa kecemasan atau utk tujuan lain. Sekiranya ada simpanan, ini dah kira bagus. Tapi tidak pada peruntukan kerajaan. Ianya perlu dibelanjakan habis! Begitu juga dgn Wang Zakat. Buat apa dibangga bangga berjaya kutip sekian banyak, ada simpan sekian banyak? Patutnya wang zakat dihabiskan utk ke lapan lapan asnaf zakat itu. Cara dan corak pengurusan tak sama pada kedua dua peringkat ini (ahli sufi lain la ye... mereka ada yakin yg amat tinggi, memang tak simpan punya).
Jadi pada para pentadbir, usahlah menekan orang bawahan untuk membuat perkara yg sebenarnya timbul akibat dari kegagalan ANDA sebagai pentadbir untuk berfungsi. Seperti Juruletih itu, komputer di tempat dia ada 6 buah, dan itu adalah tanggungjawabnya untuk menyediakan prasarana yg cukup. Maka BUKAN salah pelajar kalau mereka menghantar tugasan dalam bentuk tulisan tangan sahaja. (sebab tak cukup peralatan ) Lebih lebih salah lagi kalau menekan pelajar itu atas nama Inisiatif utk keluarkan duit pergi menaip di luar. SALAH anda, anda lah yang TANGGUNG!!. Be Gentleman! Kalau tidak anda hanya syiok sendiri dan pihak Kementerian Pendidikan misalnya dalam kes ini tak tahu akan masalah ini sebab laporan yg diterima ok je tanpa sebarang masalah. Padahal anda menekan guru guru untuk mencapainya. Tidak kah itu zalim namanya?
Bersedialah untuk menerima tanggungjawab. Kena TANGGUNG, dan KENA JAWAB. Sama seperti kita dulu dah sanggup untuk menerima Al-Qur'an yg mana gunung gunung pun menolaknya, maka kita kena TANGGUNG dan kena JAWAB atas segala perintah dan larangan yang terkandung didalamnya. Halal haram perlu diperhatikan. Itu penting. Ingat...tempat kita bukan di sini, tapi di akhirat nun. Apa guna nama wangi di sini tapi wangi atas maki hamun anggota anggota bawahan yg diamanahkan kepada anda dan busuk lagi membusukkan nanti di sana nanti?
Wallahu'alam.
p/s: Ramai lagi yg ok.. terima kasih pada para guru ku sekelian..doa ku tetap utk kalian..segunung intan selautan kasih ...