Ibnu Hashim
Sejarah Silam Umat Islam memang sudah sedari awal diputar belitkan oleh media Barat dan juga sebahagian besar pemimpin negara Barat yang dikawal oleh gerakan Zionis.

Dunia hari ini mengenal Islam sebagai sebuah agama yang mengajarkan para penganutnya akan keganasan. Mereka digelar pengganas dsbnya. Apabila berlaku kemungkaran yang dilakukan oleh umat Islam, maka Islamlah yang dibicarakan, Islamlah yang dipersalahkan. Namun bila penganut Kristian mengganas..itu bukan ajaran Kristian.. Bila Yahudi membunuh, oh itu tak mengapa..selain Yahudi itu Goyim.

Gerakan Pengganas Tamil Elam...jelas memperjuangkan Hindu, namun tak pernah sekali pun...tidak sekali pun aku pernah dengar kata kata yang mengutuk agama Hindu. Keganasan yang berlaku di Sri Lanka sepertimana yang diceritakan seorang kawan ku di sana - seorang Buddha - amat amat menyanyat hati... kanak kanak, perempuan, orang tua semua dibantainya...

Peristiwa pembunuhan di Masjid Kotakundi (tak ingat ejaan) amat amat menyayat hati melihatkan mayat bergelimpangan yg mana baru sebentar tadi sahaja mereka berbaris dalam sof sof nya utk menunaikan solat... termasuklah anak anak kecil! Darah merah masih segar walau beberapa hari tragedi berlaku. Mana suara pejuang keamanan dunia??

Di Pattani, di utara tanahair ini..mana suara mengutuk keganasan buddha?? Mana? Ada ker?

Nun di Palestine, Yahudi penggarok darah Umat Islam di sana... mana dia PBB?? Mana dia anugerah title Keganasan Agama yang sepatutnya kamu kalungkan ke leher Yahudi Yahudi laknat tu? Mana?

Oh..lupa..Title itu hanyalah untuk satu sahaja umat di dunia ini..iaitulah Ummat Muhammad s.a.w.

Mafhum Hadith:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud


Di bawah ini aku titipkan akan video tentang bangsa Moor di Granada, pusat pemerintahan Islam di masa silam. Malangnya dokumentari ini dilakukan oleh orang Barat. Apapun, ianya dapat merungkaikan akan betapa imej umat ini telah dipadam dari catatan sejarah Dunia. Betapa Islam yang telah meletakkan asas ke atas kemajuan ilmu teknologi yang ada pada masa kini. Pada mereka yang mencari dengan ikhlas, pasti mereka akan berjumpa dengan kebenaran dengan seizinNya jua. Aku berdoa agar mereka yang rajin mengkaji Islam ini diberikan kefahaman dan taufiq serta hidayahNya tentang Islam. Sedih mengenangkan betapa umat kafir ini masuk ke dalam neraka selama lamanya...tidak keluar keluar lagi. Neraka bukan tempat tinggal anak Adam... Syurga itulah kampung kita..

Aduhai... Ramainya yang masih tidak mengenali Islam..tidak mengenali ALLAH..berilah aku kekuatan untuk menyampaikan Ya ALLAH...dan janganlah Engkau dakwa aku di akhirat kelak akan ramainya anak Adam ini yang tak mampu untuk aku serukan seruan Ilahi kepada mereka.. ampuni Ya ALLAH...



When The Moors Ruled In Europe
0 Responses

Post a Comment