Ibnu Hashim
Assalamualaikum w.b.t.

Di kesempatan masa yang ALLAH berikan, pada bulan lalu saya sempat menyambung kembali aktiviti yang lama tak dilakukan.. diving...bukan sky diving, tapi sea diving.

Kali terakhir sebelum itu ialah di perairan Pulau Labuan yang sempat juga buat Nite Diving... maaf cakap lah.siap tembak ikan..tapi bukan for fun cuma cari makan... ehehe...

Kali ni sempat ke Taman Marin dan kawasan sekitar Pulau Redang. Namun apa yang pastinya, karang karangan laut banyak sekali yang mati di sana. Kawasan yang dulunya kaya dengan hidupan karang karangan kini berpasir!

hidupan ikan ikan mungkin di kawasan Marin Park masih ada banyak namun itu faktor pelancung yang datang memberi makan kepada ikan ikan itu. Pada keadaan laut lepas sekitar Pulau Redang.. memang karang karangan dah mati . Adakah akibat pembangunan melampau?

Lepas sembang dgn orang tempatan, baru tahu bahawa keadaan ni kerajaan dah sedar (baru sedar?) yang mana sekarang ni bot nelayan dilarang untuk ke kawasan sekitar Redang hanyalah Bot Pelancung. Tak tau lah adakah ini boleh menyelamatkan keadaan atau hanya mahu mengaut keuntungan..tak tahu lah. Elok diadakan projek tukun tiruan di Redang jua...

Wallahu'alam.
0 Responses

Post a Comment