Lanjutan daripada blog Pasar Borong Selangor yang lepas, lawatan telah dibuat sekali lagi untuk mengumpul maklumat untuk disalurkan kepada pihak berwajib. Gambar-gambar di bawah ini telah diambil dan dimajukan ke pihak yang berkenaan. Berbanding dengan gerai yang menjual ayam, mereka menyertakan sekali sijil halal dan peniaganya pun orang Islam. Tapi penjual daging Kambing ni hanya catit di board mereka tanda halal tanpa mempamerkan sijil. Apapun, gerai yang papan tandanya warna hijau ini ketika lawatan ianya ditutup, manakala yang disebelahnya iaitu papan tanda warna kuning masih buka.
TUnggu je lah nanti apa cerita di sebalik ini...
Ditanggung halal, siap logo, tapi sijil halal
tak nampak pun...
Post a Comment