Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah..

Segala puji pujian tertentu hanya bagi Mu Ya ALLAH, Pencipta dan Pentadbir Alam Semesta serta segala isinya. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat r.anhum.

Hampir 2 minggu lebih modem meragam. Sampai juruteknik TMnet datang ke rumah untuk membantu. dan akhirnya keputusan yang diberi, "Modem dah rosak nih!" ....

Memang betul pun warranty dah habis, kena beli baru le nih... errr..ada ke modem yang pakai usb lagi jaman nih? Pasal laptop antik aku ni tak dak internet cable yang besor tu, pakai usb je ...

Nak ke cc segan pulak.. cc sekarang ni jadi tempat main game jer... tetiba pak lebai ni masuk cc pulak..adeh... fitnah fitnah...

TApi hidup dan mati kita di tangan ALLAH termasuklah 'hidup dan mati' modem aku tu...

Pada tarikh keramat 26 Oktober 2010 bersamaan 18 Zulkaedah 1431H, dengan izinNya tetiba lampu adsl,ppp dan lainnya menyala!  Aik! Modem aku hidup balik!?  Ia kembali aktif pada hari yang banyak berlaku peristiwa penting dalam hidup aku ni! Hari yang telah membuatkan aku menangis pada siangnya, hari yang membuatkan aku tersenyum pada petangnya...juga hari yang mempertemukan aku dengan seseorang insan yang pada aku hebat pada malamnya!  Modem aku tiba tiba jadi ok tatkala seseorang yang aku rindu minta aku add dia di FB ...mmmm..FB lagi.. udah berjaman aku tak ke situ ... "Aiseh..modem rosak lah.. tak ble online" sambil aku jeling kat modem, tetiba lampu blinking saat itu juga! dan Modem aku kembali hidup dengan izinNya!!! Subhanallah!!!

Aku tak mo cerita apa yang menyebabkan aku menangis, apa yang menyebabkan aku tersenyum, tapi aku dipertemukan ALLAH dengan seseorang yang mana aku rasa selesa pada dia dan dia pulak suka kat aku katanya... Malam itu aku jumpa dia di homestay di kampung aku nih... Lama jugak aku lepak lepak dari asal mula tujuan untuk bisnes, akhirnya jadi sessi muzakarah dan ta'aruf antara kami!! Namanya Dr. Azizan (sorry doc, sebut nama plak) ... ehehe... Seorang bekas Jutawan, terpelajar dan ada phd dalam mathematik! Bila lingkup ... isteri pun lari... kawan usah cerita lah... tapi ALLAH bagi sesuatu yang lebih mahal lagi dari dunia dan isinya... AGAMA!

Kini dia hidup amat sederhana dan tak lagi mengejar duniawi yang penuh dengan dugaan dan tipuan semata ini.. Tidur di tepi highway, di masjid masjid di mana sahaja kaki melangkah.. 'Dr Al-Faqir, Musafir At Large'  perkataan tu aku ada nampak pada salah satu kertas kerja dia.... kereta Iswara itulah rumah bergeraknya meneruskan sisa sisa kehidupan di dunia fana ...

Sekarang dia membuat sales software tulisannya sendiri ke Ma'had2 dan pondok2. Sofwer untuk database murid, guru dan kewangan. Harga sofwer?  Terpulang pada pembeli!!! Ada yang bayar seribu, dua ribu, atau ratus ratus..ada jugak yang tergamak bayar RM14 (ayat tergamak tu aku yg letak, Dr tak cakap macam tu ar!)  Ingat senang ke nak buat program komprehensif macam tu? Ko bayor patblas hengget jer?? Ko ingat tu budak lepasan universiti ker? Tu tahap Prof laa.. ada Phd In Math dari US. Nak buat parttime lecturer kat kolej kolej samada IPTA atau IPTS senang je bagi dia..berebut org nakkan dia.. 

Pada zaman dia amik phd tu, berapa kerat je anak melayu sampai ke tahap dia sampai tuu??  Tapi... itulah dianya Dr Azizan .... aku syukur pada ALLAH menghantar dia datang pada aku... senang sekali aku sembang dgn dia, lupa akan kesakitan dan kesedihan yang menghiris hiris hati aku pada hari tu.. ALLAH hiburkan aku dgn berjumpa insan yang sekepala dengan aku! Cukuplah aku tulis takat tu dulu..nak nanges pulak.. chech ...

Buat abg azizan.. Bumi ALLAH ini luas.. di mana sahaja kita berada, pasti itu bumi milik ALLAH jua, perbendaharaan ALLAH tak akan pernah habis mahupun berkurangan ... Apa yang ada di sisi ALLAH itulah yg lebih kita yakini dari apa yang ada dalam poket hatta di tangan kita sekali pun.. DIA Wajibal Wujud... Kita..mumkinal wujud .... Sungguh kita sedang bermimpi dengan mimpi yang panjang dan akan terkejut jaga tatkala disapa Munkar dan nankir kelak di alam sana.. di situlah kehidupan sebenar kita akan bermula ...itu lah dia MASA DEPAN kita... Laailaha Ilallah Muhammadurrosulullah ...


***************

Pada mana mana pentadbir Ma'had atau Pondok, sang ustaz yang ada keperluan untuk menggunakan sofwer untuk database murid, guru, pentadbir kewangan dan lain lain, buleh hubungi aku ni utk aku uruskan dengan my Brother ...Dr Azizan ... Price is not a matter .... tu katanya...

Tapi kata ku hamba dunia ni pulak... korang agak agak laa..bayor la..tu org hebat... kalau kat luar puluh ribu kena bayor kat dia weh.... Dia Full time musafir.. kena la korang ada kat Johor, nak beli sofwer dia, dia lak masa tu ada kat Kelantan... naya je drive ratus batu korang beli sofwer dia patblas hengget! Ada akai ka? Walau dia senyum dan amik..tapi takkan lah korang gamak amik kesempatan kot? Ni marah nih! hinsh hinsh! Tapiii...kalau korang memang tak ada..nak buat macam mana kan? Beli le singgit pun (last option), yg paling penting, korang pakai sofwer dia tu utk kerja agama... itulah perniagaan dia yang paling besar..berniaga dgn ALLAH!

Sekian, wassalamu'alaykum warahmatullah...
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah..

Alhamdulillahi Robbil 'Alameen.. Ku panjat syukur dan puji pujian bagi Mu Ya ALLAH, yang telah menjadikan aku dan menghidupkan aku di alam maya ini melalui perantaraan ayah dan ibu ku. Dengan kasih sayang Mu aku melihat dunia ini, berkasih sayang sesama makhluk Mu lainnya dan berperang dengan musuh Mu laknatullah juga berperang dgn nafsu haiwani dalam diri ku sendiri. Bantu lah aku Ya ALLAH dalam perjalanan ku menuju Mu dengan membawa harapan dan impian selaku insan yang serba lemah dan serba kekurangan.

Bergantung segala sesuatu itu kepada Mu sedangkan Engkau megah berdiri dengan sendirinya tanpa memerlukan sesuatu apa pun dari makhluk Mu sedangkan segala makhluk Mu amat amat memerlukan Engkau Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang Maha Lemah Lembut ..

ALLAH, Sampaikanlah selawat serta salam penuh kerinduan ke atas kekasih Mu baginda Rosulullah s.a.w. serta ahlil bait baginda dan para sahabat ridwanullahu 'alaihim ajmain... Berilah kami kekuatan untuk mengamalkan sunnahnya sebagai tanda kasih dan sayang kami kepada baginda s.a.w.

Marilah kita mengucapkan sebesar sebesar kesyukuran kita kepada ALLAH SWT atas segala nikmat yang tak terhitungkan kepada kita siang malam pagi petang sedar jaga malah pada tiap saat, detik dan ketika. Maha Suci Tuhan y ang menciptakan alam ini dengan segala keindahan... Subhanallah...


Pengabdian Diri Kepada ALLAH Adalah Jalan Kebebasan!

Dalam kehidupan ini, kita dibekalkan dengan nafsu keinginan kepada keindahan dan kemewahan duniawi. Setiap sesuatu itu adalah ujian pula kepada kita, perkara yang sama boleh menjadi fitnah kepada seseorang tapi sebaliknya menjadi satu rahmat kepada orang lain. Yang menentukan samada berjaya atau tidak adalah dengan apabila kita menundukkan nafsu untuk menurut syarak, buat apa yang ALLAH perintah dan tinggalkan apa yang ALLAH larang dan tegah melalui amalan yang telah diajarkan melalui sunnah Rosulullah s.a.w..

Mahu harta kekayaan?
Bolehhh...
..... ukur kemampuan diri mu sendiri tentang bila berhadapan dengan dunia yang penuh pancaroba ini. Adakah aku mampu mengikut jejak jejak Abdul Rahman Bin Auf r.a. atau aku akan mengikut jejak langkahnya Qorun ? Kalau ko tak mampu, maka hiduplah sekadar cukup keperluan mu dan anak anak serta isteri isteri mu dan bersabarlah dengan dunia yang sementara ini. Infaqkan lebihan rezki mu walaupun hanya sebelah atau sehiris tamar!  Ingatlah, dunia yang tiada berkesudahan itu adalah lebih baik dan kekal berbanding dunia yang sementara ini.

Mahu jadi penguasa?
Silakan..
...ukur kemampuan diri sendiri dalam melaksanakan hak hak mereka yang di bawah penguasaan atau pemerintahan mu.. adakah kau mampu membawa mereka kpd Redho ALLAH sepertimana Raja Nabi Sulaiman a.s.? Atau engkau hanya akan menjahanamkan diri mu sendiri dan mereka yang dibawah penguasaan mu sepertimana Firaun laknatullah?

Mahu beristeri/tambah isteri?
Boleh sahaja...
..ikutlah syarak, tundukkan rasa cinta mu itu menurut syarak. Rasa cinta itu ko tak akan mampu membendungnya, ianya adalah anugerah ALLAH jua, namun jangan dituruti sepenuhnya selagi belum di'islam'kan cinta kalian dengan ijab dan qobul. Berusahalah ke arahnya, ianya adalah jihad dan berpahala pula. Niat yang betul ALLAH tahu dan manusia lainnya tak tahu... ukur lah diri mu sendiri... perbetulkan niat.. Ingatlah, isteri isteri mu di dunia adalah isteri isteri mu di Syurga jua insyaALLAH.

Perkara yang sama, tapi memberikan natijah yang berbeza kepada dua pihak yang berlainan niat, maksud dan amalan.

Tsunami yang melanda Acheh, semua disapu bersih dalam perjalanannya (kecuali yg ALLAH kecualikan), mangsanya sama sama meninggal, dalam kejadian yang sama namun ianya adalah BALA bagi sebahagian dan MUSIBAH bagi sebahagian yang lainnya. Mereka yang bermaksiat ditimpakan bala atas mereka dan mereka yang beriman ditimpakan musibah pada satu kejadian yang sama..!!

Maka tiap apa yang kita lakukan, sentiasalah ingat pada Nya, YAKIN pada janji janjiNya, jangan berputus asa selagi masih bernyawa atau belum nyata akan apa sebenarnya yg ditaqdirkan ke atas mu samada dari segi rezeki mu, jodoh mu, kekayaan  mu dan sebagainya. Untuk mencapai kejayaan yang hakiki, maka ikutlah mereka yang telah berjaya iaitu para Sahabat r.anhum dan para salafussoleh

PEngabdian kepada ALLAH itu sebenar benar kebebasan dan kemerdekaan pada hakikatnya. Ianya dapat mebebaskan hati dari perhambaan pada selain dari ALLAH yang bersifat serba kekurangan dan lemah. Masih ramai lagi penyembah penyembah berhala dan ism ism di dunia ini. Tidak kurang juga yang memperhambakan diri pada harta kekayaan,  wanita dan kekuasaan (melalui jalan yang bathil). Mutaakhirin meyaksikan munculnya penyembah penyembah akal, penyembah teknoloji, penyembah ideologi dan segala macam toghut lagi na'uzubillah.

Tiada daya dan upaya untuk membawa kebahagiaan dan ketenangan hati melainkan mengarahkan seluruhnya kepada ALLAH SWT dengan penuh khudhu' dan cinta kasih sehingga hatinya tak dirisaukan lagi dengan aneka ism ism dan sesembahan sesembahan mahu pun tuhan tuhan modern yg dinyatakan di atas yg macam macam itu!


Ibadah itu Makanan Rohaniyah
Manusia ini bukan sahaja ada jasad kasar tetapi juga ada jasad halus iaitu Ruh. Tubuh dan jasad kasar ini sama sahaja sepert pakaian yang kita pakai tu. Cuba tengok pakaian yang tergantung di dinding atau almari pakaian mu, lemah tak bermaya. Sehinggakan kedai kedai kain atau yang menjual pakaian tu terpaksa 'mencipta' 'jasad' (mannequine) untuk dikenakan pakaian itu tadi untuk tatapan ramai. Kerna apa? kerna ia hanyalah pakaian dan hanya berguna kalau dipakai di tubuh kita! Kalau hanya dalam keadaan tergantung atau terlipat, maka dari segi 'persembahan'nya agak kurang menarik perhatian pembeli atau pelanggan. Maka begitulah perumpamaannya antara jasad kasar dan jasad halus kita, saling memerlukan namun jasad halus itulah yang wajib kita lebihkan perhatian padanya.

Keduanya memerlukan makanan dan minuman untuk terus 'hidup'. Ruh ini perlu diisikan dengan santapan ketenangan atau sakinah dan kemantapan jiwa. Dengan itu baru dapat fokus dan mengenal dirinya.  Air yg tenang mampu mencerminkan wajah kita tatkala kita merenung ke air itu, tetapi sekiranya air tu tak tenang dan berkocak, kita tak mampu menatap wajah tampan kita tu dengan baik dan jelas.

Begitulah hati ini, sekiranya hati tak tenang, maka tak mampu untuk melihat ke dalam dirinya sendiri untuk mengenali dirinya sendiri. Eh! Betul ke hidung aku senget nih? Mata aku cemey ker? Mulut nampak macam terjuih ka? Telinga aku ni capang sebelah ker? Namun itulah natijahnya yg ternampak pd bayangan wajahnya di air yang berkocak. Ini membawa maksud hati yang tak tenang tak akan mampu mencerminkan akan dirinya sendiri yang sebenar.

Yang haq dilihatnya sebagai bathil, yang bathil dilihatnya sebagai haq. Betapa umat ini kita jauh dari amalan sunnah Nabinya malah tidak kurang pula mereka yang mencemuh mereka yang mengamalnya. Bukan setakat mereka yang mengamalkan sunnah sahaja mereka cemuh, yang bercita cita untuk mengamalkannya pun mereka perolok olokkan. Sudah lah mereka sesat, mereka mahu menyesatkan pula. Itulah cerminan kepada hatinya yang tidak tenang dan berkocakan sehingga menampakkan bayangan wajahnya hodoh sekali, padahal dialah (al insan) sebagai makhluk yang sempurna kejadiannya diantara sekian banyak makhluk ALLAH.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Terjemahannya:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Ar-Raad:28)

Maka tenangkanlah hati kita ini dengan memperbanyakkan zikir yang boleh menyucikan hati dan menenangkan jiwa. Bila jiwa tenang, tiadalah kita berkocakan dan berserabut dengan hal hal dunia yang remeh temeh ini lagi insyaALLAH..

Hati nurani manusia ini sentiasa berhajat untuk bermunajat kepada penciptanya. Komunikasi dgn Sang Pencipta oleh hati ini hanya boleh dicapai melalui 2 cara (al-Ghazali):

1. Melalui amal Ibadah

2. Melalui isti'anah dan tawakkal

Dengan melakukan 'amal ibadah serta isti'anah dan bertawakkal, ruhani manusia laksana mendapat habuan makan yang membuatnya segar dan bertenaga.

Segala macam kelazatan lahiriah ni tak mampu menolong sedikitpun untuk menciptakan suatu pengabdian dan kebaktian kepada ALLAH SWT melainkan dipandu oleh Ruh yang sihat. Pakaian yang kita pakai ini, pakaian yang sama boleh saja di bawa ke tempat maksiat dan pakaian yang sama boleh juga dibawa ke Masjid! Bergantung kepada si pemakainya! (umum).


Hidup Adalah Ujian

Hidup kita ini, panjang atau pendek bukan tujuan atau maksud, hidup kita ini bukanlah Pangkalan yang terakhir!!  Hidup kita ini tidak lain melainkan pangkalan untuk kita berpindah ke hidup yang lain dan ke kampung yang lain, itulah hidup nan abadi kekal selamanya tiadalah ia akan rusak binasa lagi selama lamanya abadan abada...

وَمَا هَـٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ.

Terjemahnnya:
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupanan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-Ankabut:64)

Kita idup di sini hanyalah untuk mempersiapkan diri buat kehidupan di kampung yang kekal abadi. Kita kumpulkan bekalan di sini untuk perjalanan yang jauh. Kita bukan sahaja akan bawak bekal amal sendiri, kita akan bawak anak isteri dan keluarga kita bersama kita.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Terjemahannya:
"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan" (At-Tahrim:6)


Peperangan Dalam Jiwa

Aduhai diri ku, apakah kau kira dalam kehidupan yang sesingkat ini di dunia ini, kau harus bersenang lenang sahaja?Apakah engkau menyangka kenikmatan menatap wajah ALLAH di SyurgaNya itu ko akan dapat tanpa melalui jalan susah payah dan ujian serta cubaan???

Sungguh kalau begitulah yang engkau fikirkan duhai diri ku, apa bezanya antara orang yang tinggal duduk senang lenang di rumah dengan orang yang berjihad di medan jihad?? Sama sahajalah antara orang malas dengan orang yang rajin, si jahil sama je dengan si 'alim, si Fasiq tak ada bezanya dengan si Soleh!!! Adakah kau kira neraca timbangan ALLAH seperti itu???

Justeru Syurga itu dikelilingi dengan segala sesuatu yang menjadi kebencian nafsu sementara Neraka dikelilingi dengan segala macam kesukaan nafsu!! Duhai Nafsu dalam diri ku..jangan kau ceburkan aku ke tempat yang engkau suka itu!!!! Sedangkan engkau akan puas sepuas puasnya di dalam SyurgaNya kelak dan KITA akan menderita sederita derita seazab azab sepedih pedihnya didalam Neraka itu!! Na'uzubillah... ALLAHUMMA Ajirni minannaarrr..!!!!

Bersabarlah duhai diri dengan ujian duniawi ini, sabarlah duhai nafsu ku, akan ku penuhi kehendak mu dengan syarat engkau tunduk mengikut apa yang diperintahkan Nya... mahu minum? Minum yang halal..ada banyakkk.... mau arak? Sabar lah..tunggu nanti di sana... nanti kita togoklah arak di sungai arak! Kita berenanglah dalamnya...tak akan buncit kekenyangan malahan dalam kenikmatan! Mahu wanita? Ikutlah jalan yang ALLAH gariskan... nikah! 2 3 4 kalau ko mahu dan kekal hidup bersama sampai ke syurgaNya kelak! Ukurlah kemampuan ku berapa yang aku sanggup!  Ikut cara yang Dia redho..Mahu harta? Ambikkk...  Ah Nafsu... tak akan habis ku tulis kemahuan mu di sini ... segalanya tersedia di sana! Faham!? ....Peperangan dalam diri meletus lagi entah kali yang keberapa ntah... La hau la wala quwwata illa billah..

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah..

Alhamdulillah, hanya pada Mu tertuju segala puji pujian dengan segala sifat kesempurnaan terhimpun pada Mu. Tuhan yang menjadikan jagat raya ini serta sekelian alam dan isinya. Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiadalah aku tanpa Mu Ya Robb .. Tiada Ilah melainkan Engkau dan Muhammad itu pesuruh Mu. Selawat serta salam ke atas Nabi Mu , Muhammad s.a.w. ahlil bait serta para sahabatnya r.anhum

Masa... Masa itu ibarat pedang yang tajam, kalau engkau tak memotong, engkau yang akan terpotong!

Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Sungguh jangan kita berlengah diri dalam sesuatu pekerjaan apatahlagi dalam soal ibadah. Masa yang berlalu akan terus berlalu, menjadi kisah dalam lipatan sejarah silam, untuk ibrah dan pengajaran masa depan. Masa depan pula dalam genggaman ALLAH, tak siapa pun yang tahu akan keadaannya, masa sekarang, adalah masa untuk kita bekerja dan bertindak!

Aku pernah mengalami sedikit ujian yang mana ALLAH telah mengambil keupayaan kaki ku buat sementara gara gara asbab dari kemalangan udara di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sekitar tahun 1995. Angin yang kuat telah hampir meruyupkan payung terjun aku dan akibatnya aku tersasar dan pendaratan yang tak sempurna..PRAKKK!!!! Sah...patah dah kata aku dalam hati!

Pada saat aku direhatkan tu, baru aku tahu betapa mahalnya kaki aku tu. Baru aku tau selama ini nikmat yang berkaitan kaki ini,  berjalan, menendang, berlari, berdiri dan apa sahaja yang berkaitan dengan dengan kaki ini hatta menggaru kurap di kaki ku (aku tak de kurap arr..saja je penyedap cerita..ehehe) tak ku rasakan sebagai suatu nikmat sehinggalah ALLAH menahan sementara nikmat menggunakan kaki ini, baru aku tersedar dari lamunan dan mimpi yang panjang betapa aku selama ini adalah hamba yang tak tahu bersyukur!

Segala perkara aku memerlukan bantuan orang lain..kononya aku antara yang fit semasa latihan, nah kini nak ke bilik kecik tu pun aku perlukan bantuan!! Rupa rupanya aku ni lemah! Begitulah manusia ini, nikmat yang dikecap baru nak terasa bila hilang dari genggaman (Nasyid Saujana nih).

Hadith yang di atas tu amat relevan dan merupakan satu nasihat yang sangat baik untuk menyedarkan kita tentang perkara-perkara yang kita selalu tak perhatikan kepentingannya sehinggalah masa itu berlalu meninggalkan kita...

Semasa muda lah kita boleh solat berpuluh malah mungkin beratus rokaat, tapi kita nak tunggu pencen baru nak buat amal ibadah, .saat tu dah tak larat, makan pun roti dgn air sejuk , masa tu 2 rokaat pun tak larat udah usah cerita solat malam berbelas berpuluh rokaat...

Aku ada seorang sahabat (no name mention ar) yg dulu kawan rapat juga dgn aku. Masa dulu cita cita nak buat baik sedekah dsbnya..heran kenapa org tu kedekut lah, org tu itu lah, org ini lah... Sekarang dia seorang yang kaya raya, time aku minta bantuan dulu (bukan utk aku, tapi utk umat arrr) macam macam alasan diberi sedangkan sebelumnya baru je menceritakan kekayaan yang dia ada sekarang ini pada aku. Memang makan tak abih lah.. sehari pun puluh ribu ke ratus ribu masyukk... Jutawan tak terkirakan.... tapi tang ini...ada masalah skit (yg lain dia bagus).

Pengajarannya pada aku, AMAL perlu dijadikan AMALAN semasa muda. Dah tua adalah untuk melaksanakan kelaziman semasa muda/kaya/lapang dsbnya. Kalau masa miskin/sederhana kita dah biasa (amal?) bertangguh nak bersedekah, time duit dah berkepuk kepuk pun liat nak bersedekah juga...kalau ada bersedekah pun bersyarat pulak (melainkan mereka yang ALLAH pilih)..

Kalau muda muda maleh ke Masjid, usah haraplah dah pencen nanti nak jadi kaki Masjid.. kalau pegi pun buat orag lain gusar je pasal solat pun tak sempurna..nak ditegur bimbang melenting pulak, almaklumlah pangkat besor..ditegur kang melenting, udah le solat ikut dan dia ... (kecuali yang ALLAH kehendaki sebaliknya) .. Apa yg diamal dan jadi amalan itulah yang dipermudahkan ALLAH sampai masa utk kita dijemput pulang ke rahmatullah kelak... Begitulah kalimah Syahadah yang mudah disebut, kalau semasa hidup dari muda ke tua tak diamalkan dan ditunaikan tuntutannya, memang payah le nak mendapat akhirul kalam di dunia ini kalimah Toyyibah itu

Aku mengalami mimpi yang tak berapa ok beberapa malam yang lalu.. apa pun sementara aku masih bernyawa ini, ingin aku memohon ampun dan maaf kepada semua manusia yang pernah mengenali aku ataupun tidak terutama yang aku sayang dan yang rapat dgn aku..pasti aku ada melakukan kesalahan dan kesilapan pada kalian samada yang aku sedar ataupun tidak, sengaja ataupun tidak. Selaku insan yang lalai lagi lagho..pelupa dsbnya..maafkanlah aku.. halalkan makan minum harta pakaian yang aku guna. Dan aku, Aku dengan ini memaafkan kalian semua dan menghalalkan segalanya. Kalau ada hutang dgn aku yang kalian tak mampu bayar, aku halalkan..kalau nak bayar tu..alhamdulillah..aku pun dah jadi al ghorimin dah sekarang nih...ehehe

Pada insan yang aku ingati selalu tanpa pernah aku lupai walaupun sehari, walau aku tau dia tak masuk pun blog kuburanku nih, hanya aku nak nyatakan aku ikhlas pada kamu, aku tak ada niat nak perangkap kamu ke atau nak amik kesempatan ke pada kamu, apa yang aku bagi pun tak pernah aku ungkit pun seingat aku nih, tapi  kamu asyik mengatakan yang aku mahu menagih janji dsbnya , mengapa kau asyik sebut nak beri balik apa yang aku pernah bagi kamu dulu?? Janganlah bimbang jgnlah berhati walang, aku ini ikhlas pada mu, tak ada aku simpan walau sehelai janggut udang di sebalik mee atas apa yang aku perbuatkan. Itu wang zakat untuk kamu dari umat, bukan duit aku pun..malu lah aku nak mengambilnya semula. Ketahuilah oleh mu, wang zakat tu memang milik kamu, dan wang itu bukanlah wang aku sendiri, ianya amanah yang diberikan pada abang untuk abang sampaikan pada mereka yang berhak, dan KAMU antara yang berhak!

InsyaALLAH, kalau ada lagi rezki kamu, aku masukkan terus saja ke akaun kamu nanti, dengan itu, kamu tak tahu ianya dari  zakat mana dan dari sapa. Moga moga kamu selamat belajar dan pulang membawa kejayaan ke tempat asal mu nun di negeri bawah bayu... aku masih lagi seperti dahulunya yang sepertimana yang kamu kenali dan apa yang aku perbuat dan ucapkan adalah dari kehendak hati ku sendiri biiznillah..tiadalah aku mengikat akan diri mu... Tapi aku tak pernah lagi lupakan kamu.. selesai.

Ni bukanlah komplen... hanyalah untuk menasihatkan diri aku sendiri jer.. sendiri baca, sendiri fikir..tak tau la kot jadi pusaka pulak ke blog aku ni utk anak cucu aku kelak..wallahu'alam..






p/s: Hari ni aku sedikit capek dong ah... ada tulisan di atas aku nak padam..tapi... biarlah dulu kot..penat aku tulis tu.. buang tebiat ke aku nih? entah lah.... I had my day today.. ALLAHU Robbi...
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah,

Alhamdulillahi robbil 'alameen. Hanya pada Mu Ya ALLAH terhimpun segala pujian pujian yang hanya layak bagi Mu, Tuhan Penguasa dan Pentadbir alam ini, yang telah menjadikan tujuh petala langit dan bumi dalam enam masa. Maha Suci Engkau dari segala sifat sifat makhluk yang lemah dan binasa. Engkaulah Yang Awal dan Engkaulah Yang Akhir. Selawat dan salam ke atas Nabi pilihan Mu, Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat r.anhum.

Semalam aku terpana dengan komentar seorang blogger yang amat aku hormati tentang tindakannya dalam menjaga agama yang ada padanya dengan mengkesampingkan perkara yang menjadikannya  terleka dgn dunia dan menghalang akan cinta dan ketaatannya kepada Ilahi.  Sungguh apabila ALLAH berkehendakkan, maka diperkuatkan iman seseorang itu dan dipermudahkan baginya untuk meninggalkan apa apa sahaja yang menjadi penghalang antaranya dgn ALLAH SWT hatta perkara itu sekadar menjadi penghalang atau sekadar membuatnya lagho dari mengingati ALLAH. Sungguh beruntunglah dia dengan kurniaan itu dan aku tumpang tumpang sama moga moga ada percikan hidayahNya terpercik pada ku jua..

Bila hidayah sudah tiba, maka kerajaan yang hebat, mahkota bergermerlapan pun telah ditinggalkan oleh Ibrahim Adham untuk menjalani hidup sebagai hamba Tuhan yang hakiki, Harta melimpah ruah habis diinfaqkan pada jalanNya tatkala hidayah sudah membekas di hati Abu Bakar as siddiq, Khadijah bt Khuwailid r.a. dan ramai lagi.

Aku ada menonton di tv seminggu dua yang lalu tentang restoran Cina Muslim, pemiliknya seorang reverted muslim berasal dari agama kristian khatolic. Setelah beliau mendapat Islam, dgn jalan mujahadah beliau mengislahkan dirinya, berubah dari cara hidup kafir kpd cara hidup Islami, namun bagitu, ada satu tabiat yg begitu mengcengkamnya iaitu.minum arak. Di kaca tv sendiri dgn wajah bersinar dan tampak ketenangan beliau menyingkap dan berkongsi akan rahmat ALLAH ke atas beliau. Menurutnya, setelah sembilan tahun memeluk Islam, beliau masih lagi meminum arak! Yang satu ini beliau tak mampu nak lawan! Namun apabila ALLAH berkehendak, asbab dari usaha dan ikhtiar yg tak putus putus untuk meninggalkan tabiat buruk ini, maka beliau telah diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengerjakan Umrah, di hadapan Ka'abah yang mulia beliau merintih memanjatkan do'a serta rayuan pada Yang Maha Esa agar dibeikan kekuatan utk beliau meninggalkan arak dari hidupnya. Maka ALLAH telah memakbulkan do'anya itu, sejak dari itu, dia berjaya meninggalkan tabiat buruknya meminum arak. ALLAH telah membantunya dan mencampakkan rasa benci pada arak itu dalam dirinya. Kini telah lebih 30 tahun beliau tak lagi menyentuh arak, mudah mudahan hingga menutup mata sehinggalah sampai masa yang dikehendaki olehNya kelak untuk menikmati arak di SyurgaNya  insyaALLAH! Sungguh beruntunglah dia!


Romadhon lalu

Ada satu kisah yang berlaku pada romadhon yang lepas yang mana ALLAH telah menunjukkan kekuasaan dan kepemurahanNya pada insan insan yang Dia kehendaki. Kisahnya berlaku pada malam ke 27 Romadhon 1431H.

Malam itu masjid mengadakan majlis khatam Qur'an sebagai mengzahirkan kesyukuran sempena selesai mengkhatamkan 30 juzk al-Qur'an, alhamdulillah. Maka seusai solat Tarawikh dan tazkirah, majlis pun bermula yang mana kemudiannya diikuti dengan doa khatam Qur'an. Do'a dibaca melalui speaker masjid dan didengari kariah yang berdekatan sepertimana lazimnya. Namun dengan kehendakNya Yang Maha kuasa, suara itu didengari oleh orang tertentu pada jarak yang tak mungkin sampai pada hari kebiasaannya, iaitu berhampiran sebuah Pasaraya yang mana kaki limanya sibuk dengan aktiviti berjual beli dengan hiruk pikuk serta kenderaan lalu lalang. Dalam keadaan biasa, sememangnya suara azan tak kedengaran di situ, apatah lagi dalam keadaan sibuk nak menyambut raya begitu, memang tenggelam suara dari masjid itu.Namun ALLAH Maha Berkehendak dan Dia berkehendakkan yang sebaliknya untuk seorang insan, insan yang istimewa !!

Seorang insan sedang memilih pakaian utk hari raya.. "Bang! Abg dengar tak tuh? Doa tu.. suara tu!! Abg dengar tak??"

"Suara apa? Doa apa?"  ...balas sang suami..

"Eh! Dah lama tak dengar do'a macam nih.. dulu ada dengar di Mesir je bang!"

Dengar di Mesir je? Yer.. insan ini adalah merupakan lulusan al Azhar Mesir .. layak utk dipanggil ustazah!

Di Masjid doa dibacakan dgn irama syahdu, bertarannum dgn tarannum Nahawand ... sayu dan menitislah airmata dgn rahmatNya jua..

Selesai sudah majlis, sudah melampau jam 12 malam .. melangkah lah nak balik, di pintu luar Masjid, ada seorang wanita menanti di luar pintu Masjid, kelihatannya seperti mencari seseorang..

"Mmm..Assalamu'alaykum..saya rasa..ustaz ni yang membaca Qur'an dan do'a tadi??" sapa nya..

"Err..Wa'alaykumussalam warahmatullah.. ye banar.. saya tadinya yang membacanya... err..kenapa puan tanya? "

Dengan mata yang berkaca kaca, wanita yang ber tshirt paras lengan, hugging type dan seluar sendat mula berceritakan betapa dia merindukan bacaan yang syahdu begitu.. yang dia dahulunya belajar di al-azhar biasa mendengar bacaan seperti itu.. ketika mengikuti bait bait do'a yang dibacakan amat menyentuh hatinya. Dia seakan tersedar dari lamunan yang panjang betapa dia jauh dari ALLAH kini. Keinginannya tadi untuk membeli belah sudah tumpul dan tiada lagi setelah mendengarkan bacaan Al-Qur'an dan doa yg didoakan. Lantas dia meminta suaminya untuk fokus dan mendengarnya tapi seolahnya dia memang tak dapat mendengarnya, seakan ada sumbatan barangkali. Dilihatkan orang ramai juga tak ada yang mengambil kisah atau kah mungkin mereka juga tak mendengarnya..mungkin hanya dia seorang sahaja yang mendengarnya!

"Ustaz, saya dulu hafizah..30 juzk saya hafal, tapi kini...." untaian dan juraian airmata tak terbendungkan lagi terus mengalir deras membasahi pipi pada malam 27 Romadhon ..malam yang penuh Barokah...

"Habis..kenapa jadi macam nih? Apa yg telah berlaku?"

"Saya jadi macam ni setelah saya berkahwin ustaz... ini semua salah suami saya...dia tak pernah menggalakkan malah dia menyesatkan saya seperti ini pula... saya tenggelam dalam kemewahan ustaz"

Dijeling pada kereta yang tinggal di perkarangan Masjid, hanya ada sebuah kereta Mercedez Sports dua pintu..mmm tu keretanya barangkali... ntah ada atau tidak suaminya dalam kereta itu.. Mmm..memang bergaya, rambut ada kaler kaler..pakaiannya pun buleh tahan, beg tangan nampak jenis mahal ... Namun, tatkala hidayah ALLAH terpanah ke dalam hatinya, tiada yang dia nampak melainkan ALLAH ALLAH ALLAH ... tidak dipedulikan mata yang melirik lirik padanya, seorang wanita anggun berdiri di pintu Masjid tanpa menutup aurat sempurna, matanya meliar mencari cari sesuatu atau seseorang, taqdirnya pula tiada yang menghalang mahupun menegur, masing masing melintasinya untuk pulang segera ke rumah atau ke tempat lain.

"Usah disalahkan suami atas perkara yang sebegini, memang suami salah, tapi untuk diri puan sendiri, puan diberi PILIHAN oleh ALLAH untuk memilih, tiada paksaan dalam hal ini, dan puan telahpun membuat pilihan puan ketika berkahwin dengannya dan mengikut perintahnya selama ini.." ...

Diam ...

"Puan masih boleh berbahasa Arab?"

"InsyaALLAH saya masih memahaminya... Kitab kitab saya dulu saya letak dalam sebuah peti dan masih dalam keadaan baik dalam simpanan saya. Saya ada melanggan majalah majalah dari timur tengah serta buletin al azhar dsbnya..."

"Sekarang puan, pilihan di tangan puan, puan bukan org jahil dan ALLAH telah memilih puan malam ini untuk menerima hidayahNya, inilah hadiah Romadhon bagi puan, malam inilah Malam Al-Qadr bagi puan! Segeralah beramal dgn apa yang puan tahu....pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk puan dan kita semua selagi masih bernafas dan selagi Sang Mentari tidak terbit dari barat"

Begitulah selingkar kisah yang ALLAH tunjukkan pada malam itu untuk beberapa insan yang Dia pilih. Wanita itu menceritakan dia berdiri di luar sahaja lantara menghormati Masjid atas pakaiannya yang tidak sesuai sambil mengharapkan ustaz berkenaan keluar melalui pintu itu. Masjid ada pintu di ke empat empat penjurunya, boleh sahaja ustaz keluar ikut pintu yang lain sementelah pula pintu yang dipilihnya adalah pintu yg mana menuju ke ruang parking kenderaan paling kecil. Kalau diikutkan maka pintu yg menghala ke tempat parking yang luar itulah lebih ramai orang guna apatah lagi di situ juga terdapat tempat parking khusus untuk tuan guru atau penceramah jemputan. Namun ALLAH telah menggerakkannya untuk menanti di pintu yang bakal dilalui oleh orang yang dia cari.

Taqdir ALLAH juga mengetarkan dirinya tatkala ternampak ustaz yang dicari carinya, si pembaca Qur'an dan do'a yang didengarinya tadi. Padahal ramai telah lalu lalang di hadapannya, dan taqdirNya pula si ustaz keluar lambat, namun tekaan kali pertamanya terus mengena tepat ke sasaran. Itu semua kerja ALLAH belaka, bila Dia berkehendak, maka tak ada satu kuasa pun yang dapat menghalangkan, bila ALLAH telah memutuskan sesuatu, maka tak ada mana mana kuasa pun (memang tiada kuasa selain dariNya) yang dapat mencegah!

Begitulah dunia ini dapat memesongkan hati insan yang terpelajar sekalipun. Tiada jaminan sekiranya kita baik pada hari ini maka akan baik selamanya... marilah kita berlindung pada Yang Maha Esa memohon agar ditetapkan iman, dijauhkan dari fitnah Dajjal dan Fitnah akhir zaman, ditetapkan kaki kaki kita di atas jalanNya yang lurus...

Laa haula wala quwwata illah billahil 'aliyyil adzhim...


p/s: Dua tiga hari lepas.... pertemuan kedua berlangsung lagi dalam suasana yang berbeza... moga ALLAH beri kekuatan untuk ku menulis lagi insyaALLAH ... Engkau lah Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Engkau jua menerima taubat hamba hamba Mu yang berdosa... Subhanallah...
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah

Segala puji hanyalah tertentu kepada ALLAH SWT, Tuhan yang Esa yang tiada beranak dan diperanakkan. Maha suci ALLAH dari menyerupai sesuatu apa pun dari sekian banyak para makhluk ciptaanNya. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat ridwanullahi 'alaihim ajmain.

Hari ini hari kesedihan untuk umat Islam seluruhnya. Kepergian yg dikasihi Tuan Guru Hj Abd Latif Bin Abd Rahman (Pak Teh) dari Madrasah Ad Dinniah Al-Latifiyyah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Teh, Jenazah beliau selamat disemadikan pada jam 11 pagi tadi. Al fatihah untuk beliau.

Pada entry yang lalu, diceritakan kematian mengejut bapa mertua sahabat ku sejak kecil. Padahal pada ketika itu, yg dimasukkan ke wad kerana penyakit barah ialah bapanya tetapi yg dijemput ALLAH ialah bapa mertuanya yang kelihatan sihat. Begitulah kekuasaan ALLAH..penyakit hanyalah salah satu dari asbab kepada kematian.

Dan seminggu setelah itu (minggu lepas), tibalah giliran besannya iaiatu bapa sahabat ku itu. Semoga ALLAH memberikan ketabahan dan kesabaran kepadanya dan keluarganya yang tinggal. Aku kenal keluarganya sejak kecil, malahan arwah ayahnya itu aku panggil dgn panggilan 'abang' dan bukannya pakcik sepertimana rakan rakan lainnya. Ini adalah kerana usia ibu ku jauh lebih berumur darinya dan dia memanggil ibunya dgn panggilan 'kakak' dan ibunya (nenek kawan ku itu) aku panggil dgn panggilan 'Mak Jah'.  Begitu serba ringkas mengenai mereka. Semoga juga ALLAH mengampuni arwah serta meletakkannya di kalangan orang-orang yang soleh.

Tadi... kami dijemput untuk menghadiri sebuah majlis tahlil kematian juga, salah seorang ahli kariah sebelah (jiran). Berangkatlah kami selepas solat isya' ke rumahnya. Itulah kali pertama aku masuk ke rumahnya, besar ya amat. Memang dilimpahi kemewahan. Namun kasihan kerna tak semua anak cucu dan saudara mara (?) serta rakan taulan (?) yg turut sama bertahlil sedangkan itulah hadiah dan pertolongan yang dapat kita hulurkan untuk si mati dan merekalah yang lebih afdhal untuk melakukannnya. Mereka tinggal di luar sambil menjamu selera yang mana hidangan telah pun tersedia di luar. Tak perlu khemah lantaran mereka ada kawasan bangunan seperti dewan untuk tujuan kenduri kendara seperti itu. Cukup mewah.

Tuan rumah iaitu anak si mati melayan kami dgn baik. Penuh jenaka dan gelak ketawa (pernah aku komen pada entry terdahulu tentang ini maka tak perlu aku komen lagi). Mungkin sahaja beliau mahu menyorokkan kesedihan beliau. Namun aku tak tergamak nak bergurau sama, senyum sahaja sebagai sedekah. Dalam pada itu, terdengar katanya kpd tukang masak (?) "EH! TAkkan kuih macam ni je kot? Ni kuih biasa je..kasilah special sikit" .. Aku tak tahu beliau bergurau atau tidak tapi diucapkannya dgn nada bergurau. Aku tengok Tukang masak (?) terdiam ... wallahu'alam.

Pengajaran ada banyak, aku nak sentuh ni saja. Pada beliau, kuih itu biasa sahaja yang mana tiap petang dia makan, mungkin niatnya mahukan yang lebih dari kuih 'biasa' namun kata-katanya seperti itu pada aku memperlekehkan rezeki yang ALLAH kurniakan. Korang jgn silap, hukum ni  untuk diri aku, bukan aku menghukumnya pulak.. begitulah ketakutan para sahabat r.anhum tatkala dunia dibentangkan kepada mereka. Tidak sedikit dari mereka itu golongan bangsawan dan kaya raya namun mereka meninggalkannya semua lantaran takut akan hari pembalasan nanti.

Tatkala nak balik, rumah itu berhadapan dgn sederet rumah teres 2 tingkat iaitu di seberang taman permainan kecil. Aku pergi mengiran jumlah rumah yang sebanding dgn panjangnya rumah mewah itu. Jgn tak percaya kalau mengikut kiraan aku dan Adam, panjang rumah mewah itu adalah sebanding (sama panjang) dgn 17 buah rumah teres sederhana 2 tingkat! Malah ada padang lagi dalam kawasan rumah tu, maknanya lebih panjang lagi! Maha Hebat ALLAH dgn kurniaanNya yg melimpah ruah.

Jgn silap lagi sekali, bukan aku suruh korang jadi miskin papa kedana, tapi aku hanya mengukur diri ku sendiri. InsyaALLAH kita masing masing tahu diri kita sedikit sebanyak sekiranya kita dilonggokkan ALLAH akan perbendaharaan dunia ini kepada kita. Aku pernah walaupun tidak lah seperti tuan rumah ini, tapi memang aku bukan jenis yg boleh ada harta kekayaan yang banyak, ianya menjadi racun pada diri ku lantaran kelemahan aku sendiri. Hidup sederhana buat masa ini lebih sesuai untuk aku... wallahu'alam.


Wassalamu'alaykum warahmatullah.

p/s: Alhamdulillah, semoga ramai lagi umat ini yg kaya raya dan pemurah yg mana turut sama bantu membantu agama ALLAH ini. Subhanallah..
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarokaatuh..

Alhamdulillahi Robbil'Alameen.. Segala puji pujian hanyalah tertentu bagi Mu Ya ALLAH, Tuhan penguasa seluruh alam, Yang Maha Pencipta, Maha Pengasih dan Mah Penyayang. Tiada kata yang selayaknya dapat digunakan untuk memuji muji Mu selain dari yang Engkau firmankan dalam kitab Mu Al-Qur'anul Kareem. Kitab serta mukjizat Nabi Mu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutolib bin Hasyim bin Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fihrin s.a.w. Nabi dan Penutup sekelian Nabi. Tiada lagi Engkau mengutuskan lagi setelah kedatangan Baginda s.a.w. Betapa kasih dan pemurahnya Engkau Ya ALLAH untuk sekelian makhluk. Sampaikanlah salam dan selawat kami kepada Baginda s.a.w. ahlil bait dan para sahabat baginda r.anhum. Juga untuk sekelian umat Islam seluruh alam.


Dalam percaya tidak, hari ni merupakan hari akhir bagi kami berpuasa di bulan mulia Romadhon Al Mubarak. Bulan yang mana Al-Qur'an diturunkan pada satu malam yang berkah. Bulan yang mana telah diturunkan juga semua kita kitab samawi yang lainnya. Bulan pengampunan, bulan rahmat, bulan ibadah bulan yang mana dengannya dihiburkan hati kekasih Mu Muhammad s.a.w.sebagai hadiah untuk ummatnya yang tidak berumur panjang. Dianugerahkan satu malam yang menyamai atau lebih baik lagi dari Seribu Bulan yang lain iaitulah malam yang penuh barokah, malam al-Qadr.

Begitu pantas masa ini berlalu, begitu tajam masa telah memotong urat jantung nadi kami ... Romadhon bakal meninggalkan kami ....

Apakah Engkau bakal memberikan lagi peluang kepada kami ini untuk menyambutnya lagi pada tahun hadapan sedangkan kami ternyata telah menyia-nyiakan bulan yang penuh barokah ini berlalu begitu sahaja! Sujud kami sedikit..tilawatil kami kurang..sedeqah kami sejemput cuma .. solawat kami amatlah sedikit .. amal kami amat amat tidak ikhlas kepada Mu Ya ALLAH.... Terangkatkah amal amal kami yang sebegitu Ya Rahman? Bernilaikan amal amal kami itu di sisi Mu Ya Rohim?

7 Syawal 1431H

Tulisan di atas terhenti setakat itu sahaja. Sekarang sudah pun 7 Syawal. Syawal yang meninggalkan ribuan kenangan dan pengajaran pula buat ku, ada yang memenatkan, memalukan, meletihkan tak kurang yang mengharapkan. Hidup ini pun satu pengharapan cuma.. mengharap akan redho dan kasihnya Ilahi dalam pada diri yg asyik terlagho dan tersimpang dari jalanNya yang lurus. Jalan yang telah dirintis oleh Baginda Nabi s.a.w. Jalan yang telah terbentang luas untuk dilalui, masih lagi aku tersasar dan terleka dek keindahan dunia ... lemahnya iman ku ini Ya ALLAH ... ampuni lah daku...

Retro

Pagi Syawal seusai solat Subuh, aku, Muaz dan Adam bergegas ke kubur abah. Namun agak lewat skit kerna ada sembang chitchat selepas solat tadi... sampai sahaja kami ke kuburan, kubur abah telah pun ada yang mendahului kami. Entahlah siapa pun tidak lah aku ketahui. Daun pandan mewangi ditabur di kubur abah, ada tanda tanda dibersihkan daun daun kering. Sememangnya insyaALLAH setiap Jumaat kami akan ke kubur ayah ku.. dan taqdirNya Yang Maha Esa 1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Jumaat, maka rutin itu kami lalui seadanya.

Selain kubur abah yang ditaburi daun pandan dan hirisan bungaan, ku lihat kuburan Huzaifah pun ada batu tandanya!! Aku belum lagi meletakkan nisan untuk kubur Huzaifah, hanya ditandai dgn dua batang pohon hati2. Niat di hati mahu mencari batu sungai di Tapak Pondok baru Ansori nanti ..namun belum ada kesempatan. Ntah insan manakah yang telah menziarahi kubur ayah dan meletakkan tanda serta merapi kuburan Huzaifah terus menjadi misteri. Fajar sadiq masih belum sirna, dalam kesamaran subuh telah ada yang lain mendahului kami. Hairan! Kubur ayah memang aku maklumi, ada yang mengziarahinya kerna sejak dulu lagi ada tanda tandanya tanpa kami ketahui siapa yg telah datang itu, tapi.. kubur Huzaifah! Bagaimana 'org' itu tahu?  Abg abg ku balik pada Raya ke 2 . Siapa gerangannya? Bagaimana dia tahu? ALLAH, sesungguhnya aku ini lemah dan amat sedikit tahu berbanding dgn lautan ilmu Mu yang tiada taranya. Maha Suci Engkau Ya ALLAH!

Tahun ini aku dan keluarga berziarah raya ke Melaka, kampung belah mak ayah mertua ku. Semua la aku angkut.. ALLAH bantu dan sampaikan aku ke sana.. Alhamdulillah. Masa yang digunakan kiranya maksima jugak lah, siang ke malam. Rumah ke rumah. Hanya aku tengok kurang sistematik skit bilamana perjalanannnya tak dioptimakan. Contohnya aku hari ni di kawasan A, then ke kawasan B, esoknya aku ke kawasan A balik yang lokasinya boleh lah tahan jauhnya... ahaha... TAk apa lah, janji anak anak aku dapat ziarah keluarga belah ibu mereka. Ada juga peristiwa yg berlaku pada aku kerana aku ada program aku sendiri tapi aku merancang ALLAH jua merancang dan Dia lah sebaik baik perancang.

Sampai sahaja ke Melaka, kami terus ke kubur ayah mertua dan nenek mertua aku. Tapi aku dan keluarga sampai lewat skit walaupun kami jalan dahulu. Ini adalah kerana kami ada selitkan acara sessi ta'aruf dgn rakan blogger yang aku ikuti tulisannya di web ni. Kami bertemu  di RnR Ulu Bernam. Susah payah dia datang dari jauh semata mata nak kasi duit raya kat anak anak aku katanya. Lama menunggu di situ tapi rasanya menunggu tak lah sesusah memandu ke situ. Kena pulak dia silap jalan dan terpaksa mengambil jalan yang jauh, peh tu jammed pulak tu. Moga ALLAH memberikan ganjaran yang besar atas usahanya. menjalinkan ukhuwah sesama muslim. Anak anak aku happy je lepak kat RnR tu terumata Juwairiah, panas pun macam tak panas je dia main buaian tu. Siap dibekalkan pula makanan ringan burger dsbnya untuk perjalanan kami. Hajatnya nak belanja lunch tapi maaflah pasal kami kena kejor grup di hadapan yang telah pun memotong kami semasa kami berhenti di RnR tu. Tapi tak ada apa apa tu, semua dalam perancanganNya. Seronok jugak jumpa rakan blogger tu.

Untuk projek raya, aku beli seekor Lembu untuk dijual dagingnya sempena raya nih. Fikir  ku untuk biayai perbelanjaan semasa kembara raya nih. Biasa aku beli untuk korban dan diagihkan daging dagingnya untuk umat Islam lainnya, kali ni aku beli untuk dijual dagingnya... mmm... nanti lah stori lain insyaALLAH.. tu pun kalau ada mood lah.

Romadhon ini

Tulisan aku kali ni agak ding dong ding dong skit .. kejap Romadhon kejap Syawal kejap Retro ..maklumlah, inikan blog aku, sukati aku je apa yang aku nak tulis. Hati aku tak begitu tenteram sejak akhir akhir ini .. ada kalanya aku seakan tersentak tanpa asbab. Entah apakah alamatnya.. aku pun  tak tahu. Namun andai ini tanda dosa dosa ku pada sesama insan, aku berharap agar yg terbabit segera mengambil balas pada aku. Kalau boleh sekarang juga. Aku ini insan pendosa.. dosa dosa silam tak tertanggung..apatah lagi yg baru. Aku mohon ampun maaf pada sekelian makhluk ... terutama sesama insan. Andai masa aku dah sampai..aku takut hutanghutang aku masih tertangguh. Aku bukan beretorika di sini... aku benar benar menyatakan yang haq! Dengan ini aku memohon  ampun dan maaf pada sekelian kamu samada aku menyakitkan atau mengzalimi kalian dalam  keadaan sedar atau tidak, sengaja atau tidak, zohir ataupun bathin .. Maafkan lah aku ini.. tolonglah.. AKu mohon sungguh sungguh... kalaulah aku mati..tak tertanggung aku...


Romadhon 1431H

Direnung renung, apakah Romadhon ini yg terbaik bagi ku? Hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui. Namun kedatangannya begitu pantas dan kepergiannya pun secepat kilat. Memang keberkatan masa di akhir zaman ini seolahnya telah diangkat .. Aku bimbang..takut takut pada hari atau malam yang mana disabdakan Baginda Rosul s.a.w.  Malam yang mana Al-Qur'an diangkat ke langit pada satu malam!!! Begitu banyak malam malam dalam hidup aku ni.. juga siang harinya .. ntah berapa detik sahaja yang digunakan untuk membaca Al-Qur'an, ntah berapa saat digunakan untuk belajar Al-Qur'an dan memahami akan isi isinya.. ntah berapa ketika pula masa yang telah digunakan untuk mengajar al-Qur'an.. Sungguh Nikmat itu akan terasa benar bila kita kehilangannya. Semasa ada..kita buat tak tahuu jer. Astaghfirullah ...

9 Syawal

Untuk diri aku, aku merasakan masa itu terlalu pantasnya berlalu.. ntah apa yang telah aku lakukan dalam hidup aku ini untuk agama ALLAH, aku pun tak tahu. Memori aku bercampur baur antara romadhon ke romadhon yang lepas lepas. Ada masa aku mengimbas, ku sangkakan peristiwa itu pada Romadhon ini tapi rupanya ianya berlaku pada Romadhon yg sebelumnya padahal aku rasakan macam sama je waktunya! Tak terasa pun jarak masa setahun antara dua Romadhon ini!! Adalah berlaku tanda kiamat kecil atas diri aku ini iaitu masa yang dirasakan sempit pada akhir zaman ini!!!

Entah mengapa aku terasa sekali dikesampingkan oleh orang yang penting dalam hidup aku ini. Kehadiran aku seakan tak ada, aku ada tak menambah, tiada tak mengurang... Tak ubah laksana melukut di tepi gantang layaknya... Adakah ini ujianNya, atau musibah..atau bala dariNya? Aku tak tahu... aku benar benar keliru dan runsing ... aku tak tahu nak fikir apa pun di saat ini.

Adakah ini balasannya lantaran aku 'mengkesampingkan' Tuhan dalam kehidupan seharian aku ini? Na'uzubillah ... aku takut sekali kalau kalau Izrael datang merenggut nyawa ku percuma begitu! Astaghfirullah!! Aku takut!!

Semalam merupakan hari akhir bagi Allahyarham M Rajoli di dunia ini. Dia telah dijemput pulang oleh pemiliknya, ALLAH 'Azza wa jalla .. Atas asbab sakit Kanser Kelenjar Otak (?). Moga ALLAH mengampuninya dan meletakkan ruhnya bersama ruh orang orang yang soleh di sisinya. Aaamiinnn...

Teringat aku akan satu perbincangan dengan seorang rakan tentang sakit dan mati. Sejurus sebelum itu aku membincangkannya dgn anak saudara ku di laman rumah tika dia berkunjung ke rumah aku (rumah Tok dia actually) ... Kesimpulan yang kami dapat, Sakit dan Mati itu tak ada kaitan.

Sakit = musibah atau bala ALLAH atasnya. Samada ALLAH nak mengkaffarahkan dosa-dosanya atau menaikkan darjatnya (org yg soleh dan baik baik). Atau pun 'azab dari ALLAH atasnya.  Sementara kematian itu kerna masanya telah pun sampai baginya.

نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ

"Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan" (al-Waqiah:60)

ALLAHU AKBAR!!! Tatkala aku menulis ini tadi.. aku dapat sms, bapa mertua sahabat karib ku pula meninggal dunia, baru malam tadi kami bertemu dan dia pun tak ada mengatakan yang bapa mertuanya ada apa apa penyakit. Adakah ALLAH menunjukkan pada kami yang Sakit dan kematian itu tak ada kaitan yakni boleh sahaja meninggal tanpa asbab penyakit!

Menurut sahabat ku pagi tadi elok dia bersarapan!! ALLAHU AKBAR!  ALLAHU AKBAR! Kepada Mu aku berserah diri!! Ampunilah aku Ya ALLAH... matikanlah aku dalam Islam... apakah ini tanda tanda untuk ku pula??

Mudah mudahan ALLAH menghantar aku ke sana utk ziarah arwah  ... Semoga ALLAH mengampuni bapa mertua sahabat ku itu. Apakah tandanya semua ini? Pasti tidak sia sia .. Pada rakan rakan sahabat  dan yang tersayang.. Maafkan akuuu... ampunkan akuuu... aku nak mintak maaf pada kalian semua... aku nak minta maaf pada mak aku..isteri aku..anak anak akuu... mana tau... mana lah tau... aku takut.. La haula wala quwwata illah billah...
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarokaatuh..

Alhamdulillah .. Dengan izinNya dapat lagi aku menulis dan bernafas di bumiNya ini. Segala puji bagi Mu Ya ALLAH, yang menjadikan Siang dan Malam bertukar ganti tanpa ada yang mendahului satu dgn yang lain, Engkau jua yang mengaturkan peredaran planet planet atas paksinya yg tersendiri. Maha suci Engkau yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa. Tunduk dan patuh segala yang ada di langit dan di bumi atas kekuasaan dan pemerintahan Mu. Selawat serta salam ke atas Nabi akhir zaman, penutup sekelian Nabi, Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat r.anhum serta seluruh kaum muslimin di mana sahaja berada..


Alkisahnya
Hari ini ramai orang berpuasa. Alhamdulillah, aku fikir inilah hasil tarbiyyah ibu ayah sedari kecil lagi sudah ditancapkan keperluan untuk berpuasa. Sekecil  kecil umur 5 tahun sudah belajar berpuasa, anak-anak di Sekolah Khas pun para guru memesan ibu ayah yang bekalan makanan tidak digalakkan utk diberi kepada anak anak..maknanya nak digalakkan juga anak anak istimewa ini untuk berpuasa.

'anak-anak adalah umpama kain putih, ibu ayahnya lah yang mencorakkannya samada mahu jadi Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi' ..mafhum hadith ini semua orang tahu. Dan aku melihat akan kebenarannya (setelah beriman) pada waktu bulan Romadhon ini... anak anak kecil sibuk berpuasa dan yg dewasa juga begitu menitik beratkan ibadah berpuasa ini. Berkesan sungguh akan tarbiyyah yang diberikan ketika masih anak-anak ini..'corak' asas diterapkan oleh ibuyaah ke atas 'kain putih.'  Benarlah sabda Nabi s.a.w.

Menurut Pengarang Kitab Fiqh Al-Manhajiyy, adalah anak anak ini diajarkan untuk berpuasa tatkala berusia 7 tahun dan boleh dirotan kalau dia engkar setelah mencapai usia 10 tahun. Ianya diqiyaskan kepada perintah Nabi s.a.w. yang memerintahkan diajarkan solat kepada anak anak berusia 7 tahun dan dirotan setelah berumur 10 tahun sekiranya dia enggan bersolat (fardhu).


Mana Yang Utama?

Ironinya, yang (utama) diperintahkan baginda Rosul s.a.w. ialah diajarkan SOLAT.. Maka inilah yang lebih utama sekali berbanding puasa. Rosul s.a.w. tentulah seorang yg bijaksana, sudahlah bijaksana, tiap perbuatan tuturnya adalah merupakan wahyu dari ALLAH S.W.T. Yang Maha Bijaksana pula.  Tapi mengapa kita memilih milih dalam melaksanakan perintahnya? Cuba tanyakan diri kita (terutamanya diri ku sendiri).

"......sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut:45)

Kalau anak anak kita diajarkan solat dan mengamalkannya sehingga dewasa, insyaALLAH tak ada masalah akan hal hal peribadatan lainnya seperti berpuasa. Kerna orang yang bersolat pastinya dia juga akan berpuasa di bulan Romadhon berbanding sebaliknya orang yang berpuasa, BELUM TENTU dia orang yang mendirikan solat Fardhu 5 waktu sehari semalam!!

Bila kita lihat kembali betapa anak anak kecil ini dipantakkan tentang puasa yang agak sukar (bg kanak-kanak) untuk menghindar dari makan dan minum, tapi mereka berjaya juga atas dorongan IbuAyah dan masyarakat semua. Biasa kita mendengarkan org bertanya kpd si anak kecil, "Puasa tak?"  Tapi amat jarang jarang sekali kita dengar pertanyaan kepada anak kecil.. "Dah solat ke belum?" ...

Dari itu, peranan ibuayah yang mengutamakan puasa (puasa memang utama!) lebih dari Solat (yg lebih utama atas yang utama) adalah agak tersasar sedikit. Begitu juga keprihatinan masyarakat umum (termasuk aku) yang mengambil berat akan soal samada anak itu puasa atau tidak tetapi kurang prihatin akan anak itu solat atau tidak!


Peranan Kita

Ibuayah.. muslimin dan muslimat.. mari kita sama sama ambil pengajaran akan fenomena di bulan Romadhon ini, iaitu munculnya mereka yang tidak solat tapi sibuk berpuasa, mereka yang tidak menutup aurat tapi rajin berpuasa, mereka yang menentang hukum ALLAH tapi puasa tak tinggal walau sehari. Semua ini pada aku adalah asbab dari  'didikan' ibuayah mereka sedari kecil dan ransangan serta galakkan dari masyarakat Islam semuanya. Alangkah indahnya kalau perkara ini kita lakukan pada Solat iaitu asal perintah Hadith itu tadi.  Mengapa ibuayah tak cakna tentang solat anak anaknya? Adakah kerana ibuayah pun tak solat? Kalau itulah jawapan, maka ibuayah lebih utama lagi untuk menjaga solat kamu semua sementara masih bernafas ini. Dan insyaALLAH, anak anak akan menurut!

Mungkin inilah yang pernah dinukilkan oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi yang masalah umat masa kini ialah masalah menentukan KEUTAMAAN (aulawiyyat).

Mari kita sama sama membetulkan 'budaya' ini dalam diri kita, keluarga kita dan masyarat kita seluruhnya agar generasi akan datang adalah generasi yang bersolat, tunduk dan patuh pada Tuhannya. Maka dengan itu, insyaALLAH akan terhindar segala kemungkaran berkat dari Solat yg betul itu tadi. Perbetulkan dan tukarkan pertanyaan pada anak-anak kecil keluarga kita nanti ketika ziarah raya misannya dari bertanya "Puasa penuh tak?" kita gantikan dengan "Solat cukup tak 5 waktu?"  Atau "Sudah solat kah?"  dll mengikut situasi dan peringkat umur dan amalan anak anak tersebut.

Mereka itu Kain Putih, bukan setakat ibuayah, kita selaku keluarga/masyarakat turut memainkan peranan untuk mencorakkan kain kain putih ini. Lihatlah hasil produk kain kain putih yang telah dicorakkan (dalam hal puasa ini) begitu kuat berpuasa di bulan ini walaupun solat mereka abaikan!
Sama sama kita mengambil kesempatan atas keberkatan bulan yang penuh barokah ini untuk kita sama sama berubah fikir, berubah cara dengan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. dan mengikut cara mereka yang berjaya iaitulah para sahabat r.anhum..

Wallahu'alam


p/s: peranan org terdahulu dalam hal menerapkan ibadah puasa telah mereka laksanakan atas zuriat keturunan mereka sejak kecil, kita sekarang kena perhatikan solat sebagai pula tambahan ke atas usaha org terdahulu, jgn kita salahkan mereka pula sedangkan kita tak hidup di zaman mereka. Bukan masa utk salah menyalahkan, tapi kini masa untuk bekerja!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah..

Alhamdulillah..Ku panjatkan kesyukuran pada Mu Ya ALLAH, Tuhan Penguasa seluruh Alam, Yang Maha Hidup, Yang Kekal, Maha Pengasih Engkau Ya Rahman yang menguasai timur dan barat. Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya ALLAH yang layak untuk kami sembah dan mengabdikan diri. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat r.anhum serta muslimin sekelian di seluruh pelusuk alam.

Masa.. begitu cepat masa telah berlari meninggalan kita. Separuh Romadhon telah pun berlalu..apakah yang telah kita perbuat selama Romadhon datang bertandang? Moga moga ALLAH memberikan kekuatan kpd ku untuk mengimarahkan bulan yang penuh barokah ini untuk ku bawakan keberkatannya ke bulan bulan yang lain sepanjang tahun ini... ampunilah aku Ya ALLAH..





Dalam satu hadith yang panjang, Nabi s.a.w. telah bersabda yang mafhumnya:

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kpd kami pada hari terakhir bulan Sya'aban:  " Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Satu bulan yang ALLAH SWT telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan Fardhu dan berdiri pada malam hari (tarawikh) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri ALLAH pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu Fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 Fardhu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah Syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kpd orang-orang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari Neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannnya.

Para Sahabat r.anhum berkata: "Bukanlah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang-orang yang berpuasa untuk berbuka puasa."  Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "ALLAH SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji Tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." (Riwayat Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqqi) *Hadith 1 dalam Bab Pertama Kitab Fadhilat Romadhon.

Sepanjang Roamadhon ini, aku mengajak diri ku dan sahabt sekelian supaya jangan ditinggalkan 4 perkara yg mana menurut pengarang kitab ini, 2 perkara dapat meredhokan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan iaitu

*Dua Perkara yang dapat meredhokan Tuhan Mu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari ALLAH SWT (perbanyakkan Tahlil) dan kamu memohon Istighfar dariNya.

*Manakala dua perkara tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon Syurga kepada ALLAH SWT dan meminta perlindungan (kepada ALLAH) dari Api Neraka.


Nikmat Romadhon...aku rasa, mata aku sudah pulih sediakala..alhamdulillah. Sebelum ini, 2 muka ayat maka selepas itu kalau aku memandang ke tempat lain mata aku akan jadi kabur.. Abg aku suruh aku pakai cermin mata begitu juga kawan aku Azhari. Namun berkat Romadhon, mata aku tak kabur lagi kini setelah membaca Qur'an.. Ye, aku jadi kabur begitu hanya selepas baca Qur'an, tidak pada buku atau kitab2 lain. Ini semua anugerah dan rahmat dariNya jua dan kepadaNya lah nanti kita semua akan dikembalikan...


p/s: Sesiapa yang memberi minum kpd mana-mana orang yang berpuasa maka ALLAH SWT akan memberinya minum dari telaga Nabi saw (pd hari kiamat) dan dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam Syurga.
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarokaatuh..

Alhamdulillah, syukur pd Yang Maha Esa Pemilik Mutlaq alam dan seluruh jagat raya ini. Dia Yang tidak tidur apatahlagi mengantuk, Dia Yang tidak beranak dan diperanakkan. Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat akan segala sesuatu. Sungguh Dia lah Tuhan ku dan aku ini hanyalah satu dari makhluk ciptaanNya yang tak terkirakan jumlah bilangannya. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat ridwanullahu 'alaihim ajmain serta umat Islam di seluruh alam..

Hari tu aku tulis akan kepergian Bapa Mertua guru muda aku pada 1 Romadhon 1431H nan lalu. Rupanya pada 2 Romadhon, Ust Ahmad Sonhadji pula telah meninggalkan kita semua. Bulan yang penuh barokah ini telah ALLAH peruntukkan untuk memanggil pulang insan insan soleh ini.. Subhanallah. Semoga ALLAH merahmati kalian dan mengampuni kalian. Bersemadilah dengan tenang dan membawa hati yg salim...

Romadhon ini seolah mengingatkan aku yg giliran aku begitu hampir sekarang ini. Hidup dan mati ini terlalu dekat jaraknya, antara kita dan mati hanyalah di sebalik tabir sahaja. Entah bila bila sahaja kita akan berangkat pergi menuju ke peringkat kehidupan kita yang ke empat, alam barzah!

Teringat aku akan rakan rakan yg telah kembali, Lt Rosman, Kapt Roszaini, Lt Zainor Aizam, Hisyamuddin, Din Nanah, Bro Musa dan lain lain.  Yg sering terlintas di fikiran ialah anak saudara pupu aku, Buyas (Ilias nama dia). DIa pangge aku Pak Su walau aku muda dari dia..ehehehe...

Buyas pergi ketika usia remaja, namun hampir satu dunia dia dah pusing. Kalau tak silap beza umur kami kurang 8 tahun. Dia meninggal ketika aku berusia 14 tahun. Di usia muda itu, dia telahpun pergi berjihad ke Palestine. Antara ingat tak ingat je aku akan kisah yg dia ceritakan. Sempat jugak dia buat lawak (yg ini aku ingat pulak yer!) betapa comel comelnya gadis Palestine!. Dia kena black list dgn Kerajaan Malaysia pasal menyusup masuk ke Palestine.Itulah negara terakhir yg dia pergi kerna kepulangannya ke tanahair setelah itu, dia dijemput ALLAH pulang ketika menangkat takbir solat Asr di atas pembaringannya. Tak siapa yg mengqiyamkannya, dia sendiri yg mengqiyamkan tangannya (mahu solat) perginya dgn kalimah puji pujian pada Yang Maha Agung..

Dan semalam aku dapat berita seorang rakan kampung aku dulu telah meninggal dunia tahun lepas. Dah setahun tapi aku baru tahu. Dia ni salah seorang yg mewarnakan kampung aku ni dulu... memang orang pun takut kat dia... kalau ingat berita tahanan terjun laut di Jambatan Pulau Pinang... tu dia la tu. Tapi dia dah keluar lama dah... aku percaya dia dah insaf pasal dia tak balik dah ke kampung aku ni kecuali sekali sekala. Org ramai kata dia malu tapi aku percaya bukan sebab malu, dia ni mana tau malu... tapi aku yakin kerna dia mahu berubah kepada yang lebih baik dan salah satu caranya ialah kena berhijrah ke tempat baru.

Kita ini...diri aku ni terutamanya ntah bagaimana akhirannya tak tentu lagi. INilah yang dirisaukan... macam macam ALLAH dah tunjuk sebagai peringatan utk aku. Dalam sehari pun lebih 70 kali Izrael datang melawat sehinggakan tiada yang lebih mengenali diri kita ini dari dia Si Pemutus Kelazatan Dunia...
Wallahu'alam. Moga moga Romadhon ini membawa keinsafan kepada aku dan keluarga aku.. Apa pula nasib kami ini nanti? Al fatihah yg yang telah pergi dahulu...insyaALLAH..kami akan menyusul!

Kisah Dalam Seminggu Lepas

Aku tinggalkan kenangan aku pada arwah rakan-rakan, saudara mara dan keluarga yang telah pergi dulu. Itu jadi kenangan utk aku sekaligus peringatan juga untuk aku ini. Nak kisahkan sikit perjalanan seminggu lalu, dengar macam panjang kisahnya, tapi pendek je lah insyaALLAH..

Tentang motorsikal adik Ipar yang aku pakai tu, memang benarlah masa itu makhluk. Aku sangka pakai motornya yang lebih laju tu aku akan sampai cepat... Tidak! Kata ALLAH! Maka tak berlakulah yang demikian itu. Kisahnya macam nih, pada Rabu lepas, selepas seminggu lebih aku kudakan motor tu, aku tukor balik naik motor antik aku tu psal takut nanti bateri dia lemah pulak. Esok malamnya bertolaklah kami dua beranak naik motor tu, disebabkan dah biasa dgn jadual sebelumnya, maka tergocoh gocoh nak cepat pun kami tetap bertolak pada waktu yang sama seperti biasa. Aku dah agak lambat la sampai ni. Motor plak memang slow, udahla slow brek pun tak berapa nak makan (dia puasa tak buka buka dah) ... tapi ALLAH yang empunya dunia dan isinya ini menentukan yang kami sampai ke rumah mertua ku 15 minit lebih awal dari biasa iaitu ketika aku pakai motor baru adik ipar aku tu!  Masa..engkaupun makhluk... dilentur ditarik oleh Pemilik Alam ini sekehendakNya... ALLAHU Akbar! 

Then malam yang lainnya, aku cuba ikut jalan lain pulak, kononnya nak test dan nak tunjuk jalan jalan alternatif pada anak aku. Dah ketika menghampiri kawasan perumahan mak mertua aku, di satu persimpangan ada sebuah kereta yang diikuti rapat oleh sebuah yang lain melintas simpang di depan aku. Mujur aku sempat la brek, bunyi macam saspen je ye, tapi tak le sampai macam brek emergensi tu.. skit je, Cuma yang aku nak cakap ni, tak jauh dari simpang tu ada simpang ke kiri pulak, ada la dalam 20 meter dari simpang mula tadi, tiba tiba kereta didepan tu belok je ke kiri tanpa bagi isyarat, dia memperlahankan kenderaan dia dan belok dgn perlahan tanpa isyarat. Kereta kedua iaitu yg betul betul di depan aku punyalah marah, dia honk dan jeling tajam pada kereta depan tu, aku tau la pasal aku dekat je dgn diaorang. Aku pun bengang jugak pasai kena elak dan lari ke tengah jalan skit, tapi alhamdulillah ALLAH bagi sabar. Then dalam 15 meter pulak, mamat yang jeling jeling dan marah org konar tak bagi signal tu pulak buat hal, dia pulak main cilok je ke kiri... akuuuu jugak yang kena elak.. ahahahaha.. Tapi.. ALLAH bagi sabar, alhamdulillah, aku tak honk dia lah...aku berlalu macam tu jer.

Tapi yang aku dapat sejurus beberapa saat selepas itu, seolahnya ALLAH sedang menegur ku pula. "Ko tengok..Aku nak bagi kau tahu yg ko pun sama jugak macam tu, tegur orang je pandai, tapi diri sendiri pun buat salah yang sama! Ko lupa kelemahan diri sendiri, sibuk nak teropong salah orang yer! Sama macam pemandu tu tadi!"

  Tersentak aku atas motor tu... astaghfirullah... ampunilah aku Ya ALLAH.... Banyaknya dosa dosa ku... astaghfirullah... keluarkanlah aku nanti dari Romadhon ini dalam keadaan mendapat keampunan Mu dan Engkau Redho akan aku ini Ya ALLAH. Dan begitu juga utk keluarga ku seluruhnya serta sahabat rakan taulan umat Islam semuanya. Ampunilah kami Ya Ghafur....


*Tolong do'akan aku sama ye wahai sahabat sahabat semua... aku pun tak nak masuk Neraka jugak... uwaaaaaa...ALLAHUMMA Ajirna Minannaarrrr!!!!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarokaatuh..

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur kepada ALLAH SWT, pemilik mutlaq alam ini, Dia lah yang Awwal dan Dia lah yang Akhir. Tiada sekutu bagiNya dan Dia lah Tuhan Yang Maha Agung dan Suci, tiada duanya  melainkan hanya Dia Yang Maha  Esa. Selawat serta salam ke atas Penghulu sekelian Nabi, utusan ALLAH yang terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait serta para sahabat r.anhum dan umat Islam seluruh pelusuk alam.

Semalam di Masjid, kurang sekali jemaah yang hadir sehinggakan ketika aku keluar utk memperbaharui wudhu' , aku lalu di belakang sof Muslimat, pintunya terbuka ditiup angin barangkali, maka aku tutupkan, kelihatan ada 6 org sahaja makmumnya! Padahal sebelumnya melimpah sampai imam terpaksa umum kpd jemaah muslimat jgn sampai melebihi imam - (mereka solat di sebelah tepi kiri bersebelahan jemaah muslimin dan bukan belakang, ada dinding pemisah antara jemaah. Aku tak mo komen lah pasal kedudukan jemaah tu pasal aku tak tau apa tentang Masjid tu. Masjid tu asal rumah org kot, diwakafkan dan diperbesarkan, maka tak la dirangka dgn baik sebagaimana selayaknya sebuah Masjid.)

Jemaah Lelaki pula tak melimpah ke ruang 'annex' Masjid tapi cukup di ruang solat utama dan tak penuh pun, aku tak kira berapa sof tapi memang sikit lah, Aku sampai lambat malam tadi pasal rumah 'blackout' sejurus nak berbuka puasa (dah tiga kali jadi macam tu, mcm sengaja je). Kami sampai pun lewat. Mu'az tak pa la pasai dia Imam, yg aku ni masbuk Isya' dgn Tarawikh!  Selepas 8 roka'at, hanya tinggal 2 suku sof sahaja, standard solat Isya' pada hari hari biasa. Adakah ini bermakna tinggal jemaah biasa Masjid sahaja? Apa yg aku nak tekankan, Jemaah dah semakin kurang seawal peringkat pertama Romadhon lagi.. belum lagi genap 10 hari berpuasa! Beruntunglah sesiapa yg ALLAH pilih utk hadir berjemaah di rumah rumahNya.. semoga ALLAH pilih aku jua... please O ALLAH! Pilihlah aku!!

Retro - Romadhon 2

Pada hari pertama puasa iaitu pada malam ke 2 Romadhon, selepas solat Tarawikh, aku bergegas balik ke Manjoi sebab ada jemputan tahlil arwah, Imam Surau Tengku Hussein Hujung yg juga bapa mertua guru muda aku telah kembali ke rahmatullah pada petang itu. Aku dapat mesej ketika bersiap utk berbuka. Malam tu aku buat 8 roka'at je di Masjid dan kemudia terus amik Mu'az dan beredar dari situ. Aku pinjam pakai motor adik ipar aku yg tak digunakan sebab tuannya ada di Kl. Dapat panaskan enjin dan motor tu pun laju la dari motor antik aku tu. Kami mengejar masa sehingga terlupa bahawa masa itu makhlukNya jua. Astaghfirullah..Moga ALLAH mengampuni ku...

Sehari sebelum itu, iaitu pada malam Selasa, kami telah pun bersama sama membaca yassin di sisi arwah bersama jemaah surau beliau. ALLAH menyayanginya dan ternyata beliau dapat masuk ke bulan Romadhon dan meninggal pada hari pertama Romadhon! Semoga ruhnya ditempatkan bersama ruh ruh orang orang yang soleh.  Dikebumikan pada hari puasa yang ke dua di Tanah Perkuburan Meru Raya. Aku dapati mudah je urusannya dan ramai pula yang hadir. Aku dapati yang hadir pula tak bercakap cakap perkara lagho sepertimana yang biasa aku hadapi. Memang tension mendengarkan mereka yang hadir ke pengkebumian atau ketika mengziarahi jenazah di rumah boleh bergelak ketawa dan bercakap cakap hal dunia yang melaghokan!

Aku pernah singgah di sebuah Masjid utk solat yang mana ada jenazah bakal disolati selepas itu, menunggu jenazah sampai pun agak lewat sampai aku hampir sahaja nak pergi meneruskan perjalanan aku. Jenazah yang sampai rupanya org dagang yang sebatang kara tiada saudara mara. Para pengurus pengkebumian amat amat tidak beradab dgn jenazah. Boleh dibuat lawak ketika menguburkan jenazah dan boleh pula buat lawak menuding jari pada jenazah sambil menyuruh rakannya kalau tak percaya akan cerita yg diceritakannya (cerita lawak) sila lah tanyakan pada jenazah tu. Disambut dgn gelak ketawa pulak! Aku tak faham! Ini yg paling teruk pernah aku hadir dalam hidup aku sehingga hari ini! Aku blah terus lepas tu... tak sanggup aku mendengarkannya lagi..kasihan  pada si mati! Hanya doa dapat aku panjatkan pada si polan.

Pengebumian arwah imam ni lain, masing masing keliatan bertafakur dan diam. Anak anak kecil (mungkin cucu cucunya) pun tak membuat bising hinggalah selesai semua urusan. Mu'az dan Adam ada bersama dan mereka dapat berdiri di pinggir liang untuk melihat cara-cara pengkebumian dilaksanakan. Aku suruh mereka perhati dan belajar praktikal. Aku bisikkan pada Mu'az ketika kubur mula ditimbus...

"Mu'az, nanti jenazah abah dikebumikan, Mu'az jgn pijak pijak atas Abah macam tu tau! Dan jgn bagi org pijak pijak atas kepala Abah macam tu!"  Dia angguk... ALLAHU ROBBI!  Perkara itu mungkin biasa ketika menguburkan untuk memijak mijak tanah kubur dgn berdiri di atas Jenazah (tertimbus) itu.

Bagi aku, ini upacara pengebumian yang syahdu tanpa gelak ketawa dan lawak serta bersembang hal dunia sepertimana lazim aku temui selama ini. Setakat ini, baru dua, iaitu pengebumian arwah ayah aku dan kini pengebumian arwah imam Surau tengku hussein hujung! Semoga ALLAH mengampuni semua arwah yg telah mendahului kami ... ALLAHUMMA firlahum warhamhum wa 'afihi wa'fuanhum..


Ribut

Pada minggu lepas berlaku ribut di Jasin Melaka.. Berlaku di Bazaar Romadhon dan 3 orang terbunuh! Salah seorang adalah pengunjung dan 2 orang lagi adalah peniaga di Bazaar berkenaan. Aku cuak jugak lah pasal ada org penting dalam hidup aku ada kat sana... Hanya pada ALLAH aku berserah pasal sms dan panggilan tak bersambut.. ALLAH je tahu macam mana aku rasa. Tapi lewat petang tu aku dapat balasan yg mengatakan semua ok dan dia serta keluarga tak terbabit. Alhamdulillah..

Terfikir aku apa yg Rasulullah s.a.w. lakukan tatkala berlakunya Ribut? Aku semak dalam Kitab Fadhail 'Amal dan aku menjumpainya pada kitab  Kisah-Kisah Para Sahabat iaitu pada bab 2: Takut Kepada ALLAH.

Amalan Nabi s.a.w. ketika Ribut.

Hazrat Aisyah r.anha meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan, akan terzahir pada wajah Nabi s.a.w. yang mulia. Wajah Baginda s.a.w. akan menjadi pucat! Baginda s.a.w. akan berjalan keluar masuk dalam keadaan resah sambil membaca do'a ini: (mafhum)

"Ya ALLAH, aku memohon daripada Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada didalamnya dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung kepada Mu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada didalamnya dan keburukan yang Engkau kirim denganNya"

Apabila hujan mulai turun, kegembiraan mula kelihatan pada wajah Nabi s.a.w. Saya bertanya: "Wahai Rasulullah, apabila melihat awan, semua orang akan bergembira kerana awan tanda akan turun hujan, sebaliknya tuan kelihatan gelisah!"

Baginda s.a.w. bersabda: " Wahai Aisyah, adakah aku boleh berasa yakin bahawa tidak ada azab bersama-sama angin itu? Kaum 'Aad telah diazab dgn perantaraan angin. Apabila mereka melihat awan, mereka bergembira lalu berkata: "Awan itu akan membawa hujan untuk kami." Sedangkan dalam angin itu ada azab"

Firmanullah: (terjemahan)

"Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang membawa hujan kepada kita." (mendengarkan kata2 yang demikian Nabi Hud a.s bersabda) "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan iaitu azab yang tak terperi sakitnya. Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya." (Setelah azab itu menimpa mereka) maka mereka menjadi (punah ranah) tidak ada kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikian Kami membalas kaum yang berdosa."  (Al-Ahqaf: 24-25)

Keterangan

Inilah sifat takut kpd ALLAH SWT yang ada pada diri Rasulullah s.a.w. Walaupun dpd sabdaan Baginda s.a.w. sendiri menunjukkan bahawa Baginda s.a.w ialah Sayyidul-Awwalin-wal-Akhirin' (yg bermaksud penghulu semua orang terdahulu dan terkemudian). Dalam kitab suci Al-Qur'an pun ada ayat yang mengatakan bahawa ALLAH SWT tidak akan mengazab umat ini selagi Nabi Muhammad s.a.w. ada bersama mereka. Sungguhpun ALLAH SWT telah berjanji demikian, namun baginda s.a.w. melihat awan hitam dan ribut, Baginda s.a.w. masih terkenangkan azab yang menimpa kaum yang terdahulu kerana ketakutan yang mendalam terhadap ALLAH SWT.

Berdasarkan kisah ini, marilah kita melihat keadaan diri kita sendiri. Meski pun hampir setiap masa kita terlibat dengan dosa, namun selepas melihat gempa bumi dan pelbagai azab yang lain, kita tidak pun terkesan dengan azab-azab itu. Kita juga tidak menyibukkan diri dengan taubat, istighfar dan solah tetapi sebaliknya kita menyibukkan diri dengan pelbagai kajian yang sia sia.

Wallahu'alam

p/s: Semoga ALLAH mengampuni dosa mereka yang terbunuh dalam ribut di Jasin tempohari dan memberikan kekuatan iman dan kesabaran kepada keluarga mereka yang tinggal.
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakaatuh,

Alhamdulillah, segala puji hanyalah layak bagi Mu Ya ALLAH, Tuhan Pentadbir dan Pemilik sekelian alam samada zahir ataupun yang terhijab dari pandangan mata makhluk lain. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait, para sahabat r.anhum dan para muslimin sekelian di serata alam.

Romadhon 1

Hari ini bermula lah Tarawikh. 1 Romadhon bersamaan dgn terbenamnya Matahari pada 10 Ogos 2010. Surau di kawasan perumahan Mak Mertua ku telah dirobohkan utk dibina Surau yang baru. Mungkinkah mereka terlepas pandang akan Romadhon yang bakal menjelma. Org Melyu Islam begitu ambil berat akan solat Sunnah Tarawikh dan Moreh. Nah! Surau mereka robohkan kurang seminggu dari Bulan Romadhon, terlepas pandang?  Masjid memang ada, namun agak jauh dan pada kebiasaannya, masjid pun penuh.

Retro

Satu perkara yang pasti akan hikmahnya dirobohkan surau di situ, iaitu peluang menghidupkan malam di rumah Mertua ku. Mertua ku tinggal seorang diri, bukanlah kurang amal hanya aku nampak peluang disitu utk hidupkan amal qiyam dgn solat Isya' dan tarawikh berjemaah. Di samping itu juga, peluang untuk Mu'az di ketengahkan kepada Masyarakat.. Rasanya tak beban lah kalau jadi imam solat Isya' dan Tarawikh di rumah neneknya. Org pun tak ramai sperti di Surau atau Masjid. Satu pendedahan yg baik padanya untuk terjun di bidang dakwah yang luas itu kelak.

Aku pun pada minggu sebelumnya telah mengsyorkan pada Mak supaya menanyakan pada kawan kawan, jiran jiran yang mahu berjemaah tarawikh, tapi tak mampu untuk ke Masjid. "Boleh sahaja solat di rumah Mak, porch mak ni agak luas jugak, lepaslah 20-30 orang jemaah." kata ku. 

"Mak ajak muslimat sahaja, lelaki sila lah ke Masjid, imamnya...nin diaaaa...cucu mak.. Mu'az"  Terangkat kening Mu'az dgn kata kata aku tu. Bukan apa, anak anak aku nih, diperingkat kecil ni aku layan macam askar skit, means 'What I say, goes!" tapi tak la sekeras tu sampai tak leh bagi pendapat. Pada aku, pada umur belum baligh ni, dia kena ikut cakap aku, bila dah baligh tu, len skit. Ehehehe... ganas tak? Apa pun, ini cara aku lah, mungkin agak keras tapi insyaALLAH berkesan. Kalau dibiarkan mereka meliar fikir, nanti macam macam fikir masuk dan mereka konpius tak tau mana satu nak diguna pakai. Semuanya nampak betul. Justeru aku masukkan fikir aku dulu sebelum mereka kembangkan dgn ilmu ilmu lainnya. Maksud fikir aku ni fikir agama lah, kalau takat fikir aku ni..memang tak de maknanya lah. Ok selesai.

"Nantilah Mak tanyakan makcik Jah..mak cik..(bla..bla..bla....)" Mak setuju la tu. Then aku slow talk dgn Mu'az, "Mu'az, ni peluang nak tarik rahmat ALLAH, juga untuk mengumpulkan manusia untuk buat taat pada ALLAH, kerja ini kerja Rosul, kerja mulia, menarik orang kepada ALLAH, kerja ini boleh menyukakan ALLAH pada kita...bla bla bla.. Mu'az jgn bimbang, tak ramai makmum, semuanya ni kawan kawan uwan kamu. Mereka tak larat nak jalan jauh jauh, tapi mereka nak beramal ibadah di bulan mulia..kasihan pada mereka, lagi pun kan Abah dah cakap, Bulan Romadhon ni Bulan Hafiz..Bulan para Hafiz menajamkan hafazan mereka! " Angguk angguk..aksi si Mu'az... haaa..kan senang, "Jadi?" ... "InsyaALLAH Abah, Mu'az sedia!"  Alhamdulillah.... sengeh.


Malam Romadhon

Malam pertama pun bermula. Selepas Maghrib kami terus bertolak ke rumah Mertua ku yg letaknya lebih kurang 30 minit perjalanan dari rumah mak aku. Sampai je, mak dah siapkan tirai dan tikar solat di porch rumahnya. Aku lepak dalam 5 minit dan terus ke  Masjid yg terletak 3 minit dari rumah.

Di Masjid, punyalah ramai umat! Subhanallah, fenomena biasa awal romadhon, tanda betapa barokahnya bulan mulia ini! AKu menapak masuk, aik!! Kat depan banyak lagi kosong! Kat luar tu di ambang pintu berlonggok jemaah seolahnya di dalam dah penuh sendat! Tipah tertipu.. eheheh...

Bermulalah solat di malam mulia di bulan mulia, walau imam agak laju tapi alhamdulillah, tak la laju sangat. Seusai Isya' masing masing mengerjakan solat Ba'da Isya', namun ramai juga yg hanya duduk sahaja atau bersembang di luar sementara menantikan tarawikh.

Kanak-kanak pun ramai juga, hiruk pikuk usah ceritalah. Aku solat di dalam, kurang skit, aku rasa sapa yang solat di luar tentu bingit. Teringat aku kecil kecil dulu pun macam tu lah, tapi bukan dalam musolla. Tatkala jemaah berdiri utk solat tarawikh, kami yg kecik kecik di belakang mula menyusup macam komando utk keluar main mercun, kejar kejar aci nyorok polis sentri dan lain lain. Lampu jalan bukannya ada pun masa tu, gelap glemat kata org kampung aku.. tapi kami selamber je berlari ke sana ke mari.. 'hantu tak ada, bulan posa hantu dah kena ikat!' Berpegang pada kata kata ini, pokok besar, semak samun semua kami redah, dah tak takut dah! ahahaha... tapii.. jemaah di dalam surau aman, tak dengar jerit pekik kami di luar, jauh dari surau sambil menyalah gunakan lesen tarawikh utk mendapat 'extra time' berkejar kejaran di waktu malam. Inilah satu satunya bulan yang mana kami boleh bermain pada waktu malam!! Inilah barangkali erti barokah Romadhon bagi sorang kanak kanak riang macam aku dulu...ehehehe..

Selesai

Selesai solat, aku gerak balik . Ternyata jemaah di rumah pun dah selesai. Di Masjid 20 rokaat di buat agak laju juga. Tak tahu apa yang dikejar. Mungkin nak meraikan jemaah yang ramai baru datang ke Masjid. Lagipun, Imam tentu lebih tahu hal keadaan jemaahnya berbanding org luar seperti aku.

"Macam mana mak?"  ..

"Alhamdulillah ok..."   *Sengeh "tapi dia buleh lupa pulak sabbi his (al-A'la)..cuba kamu semak balik" kata mak sambil tersengeh...  "Mu'az... kamu lupa?"   "teheehehehe...ntah lah bah..terlupa...ehehehe"  Ahahaha.. kiut imam muda nih!

Di rumah mak Mu'az imamkan Isya', 8 roka'at tarawikh dan 3 rokaat witir sahaja. Satu malam, dua mukasurat Al-Qur'an, bermula juzk 1. Jadi insyaALLAH, dia akan habis dulu lah solat tarawikh daripada Masjid. Alhamdulillah... Ya ALLAH...permudahkanlah Ya ALLAH .. Taqobbalallahu minna wa minkum.

*Nota: Dah tulis pada minggu lepas lagi..tapi ada musibah laptop ni kena air. Atap pondok kami dah bocor teruk.. kena la buat apa yang patut..kalau tak bimbang short circuit pulak... Alhamdulillah, 'pembedahan' berjaya. So..cerita basi la skit.
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah..segala puji pujian ku tujukan hanya untuk Mu Wahai Tuhan ku Yang Maha Agung, Maha Esa, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan terhimpun segala sifat sifat kesempurnaan pada Mu Ya Robb. Engkaulah Tuhan ku dan aku ini hamba Mu yg faqir lagi hina.. Syukur Engkau mengizinkan aku untuk terus bernafas sehingga ke bulan yang penuh Barokah ini. Bulan yang dirindui dan dicintai oleh baginda Rasul s.a.w. Bulan Mulia, bulan yg mana AlQur'an diturunkan, bulan yang mana kitab kitab terdahulu jugak diturunkan, Suhuf, Zabur, Taurat, Injil semuanya diturunkan pada malam yg penuh barokah di bulan ini. Bulan yang diletakkan satu malam yang lebih balik dari Seribu bulan...  Lailatul Qadr ...

 Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat r.anhum serta kaum muslimin sekelian.

Terbuka sudah taqdir Mu yang aku sekurangnya satu hari (hari ini) Engkau izinkan untuk hidup di bulan penuh Barokah ini. Alhamdulillah.... Ya ALLAH!!! Jadikanlah sepanjang tahun ini adalah Romadhon!!!

Selamat datang Ya Romadhon!!i
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh,

Fatimah adalah "ibu dari ayahnya." Dia adalah puteri yang mulia dari dua pihak, yaitu puteri pemimpin para makhluq Rasulullah SAW, Abil Qasim, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim.

Dia juga digelari Al-Batuul, yaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab,hasab dan nasab. Fatimah lebih muda dari Zainab, isteri Abil Ash bin Rabi' dan Ruqayyah, isteri Utsman bin Affan. Juga dia lebih muda dari Ummu Kultsum. Dia adalah anak yang paling dicintai Nabi SAW sehingga beliau bersabda :"Fatimah adalah darah dagingku, apa yang menyusahkannya juga menyusahkan aku dan apa yang mengganggunya juga menggangguku." [Ibnul Abdil Barr dalam "Al-Istii'aab"]

Sesungguhnya dia adalah pemimpin wanita dunia dan penghuni syurga yang paling utama, puteri kekasih Robbil'aalamiin, dan ibu dari Al-Hasan dan Al-Husein. Az-Zubair bin Bukar berkata :"Keturunan Zainab telah tiada dan telah sah riwayat, bahwa Rasulullah SAW menyelimuti Fatimah dan suaminya serta kedua puteranya dengan pakaian seraya berkata :"Ya, Allah, mereka ini adalah ahli baitku. Maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya." ["Siyar A'laamin Nubala', juz 2, halaman 88]

Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :"Datang Fatimah kepada Nabi SAW meminta pelayan kepadanya. Maka Nabi SAW bersabda kepadanya :

"Ucapkanlah :"Wahai Allah, Tuhan pemilik bumi dan Arasy yang agung.Wahai, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan, yang membelah biji dan benih. Aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau kuasai nyawanya. Engkau lah awal dan tiada sesuatu sebelum-Mu. Engkau-lah yang akhir dan tiada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang batin dan tiada sesuatu di bawah Mu. Lunaskanlah utangku dan cukupkan aku dari kekurangan." (HR. Tirmidzi)

Inilah Fatimah binti Muhammad SAW yang melayani diri sendiri dan menanggung berbagai beban rumahnya. Thabrani menceritakan, bahwa ketika kaum Musyrikin telah meninggalkan medan perang Uhud, wanita-wanita sahabah keluar untuk memberikan pertolongan kepada kaum Muslimin.

Di antara mereka yang keluar terdapat Fatimah. Ketika bertemu Nabi SAW, Fatimah memeluk dan mencuci luka-lukanya dengan air, sehingga darah semakin banyak yang keluar. Tatkala Fatimah melihat hal itu, dia mengambil sepotong tikar, lalu membakar dan membubuhkannya pada luka itu sehingga melekat dan darahnya berhenti keluar." (HR. Syaikha dan Tirmidzi)

Dalam kancah pertarungan yang dialami itu, tampaklah peranan puteri Muslim supaya menjadi teladan yang baik bagi pemudi Muslim masa kini.

Pemimpin wanita penghuni Syurga Fatimah Az-Zahra', puteri Nabi SAW, di tengah-tengah pertempuran tidak berada dalam sebuah medan yang besar, tetapi bekerja di antara tikaman-tikaman tombak dan pukulan-pukulan pedang serta hujan anak panah yang menimpa kaum Muslimin untuk menyampaikan makanan, obat dan air bagi para prajurit. Inilah gambaran lain dari puteri sebaik-baik makhluk yang dapat kita perhatikan dan perhalusi serta dijadikan contoh kepada para pengantin masa kini yang membebani para suami dengan tugas yang tidak dapat dipenuhi.

Ali r.a. berkata :"Aku menikahi Fatimah, sementara kami tidak mempunyai alas tidur selain kulit domba untuk kami tiduri di waktu malam dan kami letakkan di atas unta untuk mengambil air di siang hari. Kami tidak mempunyai pembantu selain unta itu." Ketika Rasulullah SAW menikahkannya (Fatimah), beliau mengirimkannya (unta itu) bersama satu lembar kain dan bantal kulit berisi ijuk dan dua alat penggiling gandum, sebuah timba dan dua kendi. Fatimah menggunakan alat penggiling gandum itu hingga melecetkan tangannya dan memikul qirbah (tempat air dari kulit) berisi air hingga berbekas pada dadanya. Dia menyapu rumah hingga berdebu bajunya dan menyalakan api di bawah panci hingga mengotorinya juga. Inilah dia, Az-Zahra', ibu kedua cucu Rasulullah SAW :Al-Hasan dan Al-Husein.

Fatimah selalu berada di sampingnya, maka tidaklah mengherankan bila dia meninggalkan bekas yang paling indah di dalam hatinya yang penyayang. Dunia selalu mengingat Fatimah, "ibu ayahnya, Muhammad", Al-Batuul (yang mencurahkan perhatiannya pada ibadah), Az-Zahra' (yang cemerlang), Ath-Thahirah (yang suci), yang taat beribadah dan menjauhi keduniaan. Setiap merasa lapar, dia selalu sujud, dan setiap merasa payah, dia selalu berdzikir.

Imam Muslim menceritakan kepada kita tentang keutamaan-keutamaannya dan meriwayatkan dari Aisyah' r.a. dia berkata :

"Pernah isteri-isteri Nabi SAW berkumpul di tempat Nabi SAW. Lalu datang Fatimah r.a. sambil berjalan, sedang jalannya mirip dengan jalan Rasulullah SAW. Ketika Nabi SAW melihatnya, beliau menyambutnya seraya berkata :"Selamat datang, puteriku." Kemudian beliau mendudukkannya di sebelah kanan atau kirinya. Lalu dia berbisik kepadanya. Maka Fatimah menangis dengan suara keras. Ketika melihat kesedihannya, Nabi SAW berbisik kepadanya untuk kedua kalinya, maka Fatimah tersenyum. Setelah itu aku berkata kepada Fatimah :Rasulullah SAW telah berbisik kepadamu secara khusus di antara isteri-isterinya, kemudian engkau menangis!"

Ketika Nabi SAW pergi, aku bertanya kepadanya :"Apa yang dikatakan Rasulullah SAW kepadamu ?" Fatimah menjawab :"Aku tidak akan menyiarkan rahasia RasulAllah SAW."

Aisyah berkata :"Ketika Rasulullah SAW wafat, aku berkata kepadanya :"Aku mohon kepadamu demi hakku yang ada padamu, ceritakanlah kepadaku apa yang dikatakan Rasulullah SAW kepadamu itu ?" Fatimah pun menjawab :"Adapun sekarang, maka baiklah. Ketika berbisik pertama kali kepadaku, beliau mengabarkan kepadaku bahwa Jibril biasanya memeriksa bacaannya terhadap Al Qur'an sekali dalam setahun, dan sekarang dia memeriksa bacaannya dua kali. Maka, kulihat ajalku sudah dekat. Takutlah kepada Allah dan sabarlah. Aku adalah sebaik-baik orang yang mendahului mu." Fatimah berkata :"Maka aku pun menangis sebagaimana yang engkau lihat itu. Ketika melihat kesedihanku, beliau berbisik lagi kepadaku,dan berkata :"Wahai, Fatimah, tidakkah engkau senang menjadi pemimpin wanita-wanita kaum Mu'min atau ummat ini ?" Fatimah berkata :"Maka aku pun tertawa seperti yang engkau lihat."

Inilah dia, Fatimah Az-Zahra'. Dia hidup dalam kesulitan, tetapi mulia dan terhormat. Dia telah menggiling gandum dengan alat penggiling hingg berbekas pada tangannya. Dia mengangkut air dengan qirbah hingga berbekas pada dadanya. Dan dia menyapu rumahnya hingg berdebu bajunya.

Ali r.a. telah membantunya dengan melakukan pekerjaan di luar. Dia berkata kepada ibunya, Fatimah binti Asad bin Hasyim :"Bantulah pekerjaan puteri Rasulullah SAW di luar dan mengambil air, sedangkan dia akan mencukupimu bekerja di dalam rumah :yaitu membuat adonan tepung, membuat roti dan menggiling gandum."

Tatkala suaminya, Ali, mengetahui banyak hamba sahaya telah datang kepada Nabi SAW, Ali berkata kepada Fatimah, "Alangkah baiknya bila engkau pergi kepada ayahmu dan meminta pelayan darinya." Kemudian Fatimah datang kepada Nabi SAW. Maka beliau bertanya kepadanya :"Apa sebabnya engkau datang, wahai anakku ?" Fatimah menjawab :"Aku datang untuk memberi salam kepadamu." Fatimah merasa malu untuk meminta kepadanya, lalu pulang.

Keesokan harinya, Nabi SAW datang kepadanya, lalu bertanya :"Apakah keperluanmu ?" Fatimah diam. Ali r.a. lalu berkata :"Aku akan menceritakannya kepada Anda, wahai Rasululllah. Fatimah menggiling gandum dengan alat penggiling hingga melecetkan tangannya dan mengangkut qirbah berisi air hingga berbekas di dadanya. Ketika hamba sahaya datang kepada Anda, aku menyuruhnya agar menemui dan meminta pelayan dari Anda, yang bisa membantunya guna meringankan bebannya."

Kemudian Nabi SAW bersabda :"Demi Allah, aku tidak akan memberikan pelayan kepada kamu berdua, sementara aku biarkan perut penghuni Shuffah merasakan kelaparan. Aku tidak punya wang untuk nafkah mereka, tetapi aku jual hamba sahaya itu dan wangnya aku gunakan untuk nafkah mereka."

Maka kedua orang itu pulang. Kemudian Nabi SAW datang kepada mereka ketika keduanya telah memasuki selimutnya. Apabila keduanya menutupi kepala, tampak kaki-kaki mereka, dan apabila menuti kaki, tampak kepala-kepala mereka. Kemudian mereka berdiri. Nabi SAW bersabda :"Tetaplah di tempat tidur kalian. Maukah kuberitahukan kepada kalian yang lebih baik daripada apa yang kalian minta dariku ?" Keduanya menjawab :"Iya." Nabi SAW bersabda:

"Kata-kata yang diajarkan Jibril kepadaku, yaitu hendaklah kalian mengucapkan : Subhanallah setiap selesai shalat 10 kali, Alhamdulillaah 10 kali dan Allahu Akbar 10 kali. Apabila kalian hendak tidur, ucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan takbir (Allahu akbar) 33 kali."

Dalam mendidik kedua anaknya, Fatimah memberi contoh : Adalah Fatimah menimang-nimang anaknya, Al-Husein seraya melagukan :"Anakku ini mirip Nabi, tidak mirip dengan Ali."

Dia memberikan contoh kepada kita saat ayahandanya wafat. Ketika ayahnya menjelang wafat dan sakitnya bertambah berat, Fatimah berkata : "Aduh, susahnya Ayah !" Nabi SAW menjawab :"Tiada kesusahan atas Ayahanda sesudah hari ini." Tatkala ayahandanya wafat, Fatimah berkata :"Wahai Ayah, dia telah memenuhi panggilang Tuhannya. Wahai, Ayah, di syurga Firdaus tempat tinggalnya. Wahai, Ayah, kepada Jibril kami sampaikan beritanya."

Fatimah telah meriwayatkan 18 hadith dari Nabi SAW. Di dalam Shahihain diriwayatkan satu hadits darinya yang disepakati oleh Bukhari dan Muslim dalam riwayat Aisyah. Hadits tersebut diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Majah dan Abu Dawud. Ibnul Jauzi berkata :

"Kami tidak mengetahui seorang pun di antara puteri-puteri Rasulullah SAW yang lebih banyak meriwayatkan darinya selain Fatimah."

Fatimah pernah mengeluh kepada Asma' binti Umais tentang tubuh yang kurus. Dia berkata :"Dapatkah engkau menutupi aku dengan sesuatu ?" Asma' menjawab :"Aku melihat orang Habasyah membuat usungan untuk wanita dan mengikatkan keranda pada kaki-kaki usungan." Maka Fatimah menyuruh membuatkan keranda untuknya sebelum dia wafat. Fatimah melihat keranda itu, maka dia berkata :"Kalian telah menutupi aku, semoga Allah menutupi aurat kalian." [Imam Adz-Dzhabi telah meriwayatkan dalam "Siyar A'laamin Nubala'. Semacam itu juga dari Qutaibah bin Said ...dari Ummi Ja'far]

Ibnu Abdil Barr berkata :"Fatimah adalah orang pertama yang dimasukkan ke keranda pada masa Islam." Dia dimandikan oleh Ali dan Asma', sedang Asma' tidak mengizinkan seorang pun masuk. Ali r.a.berdiri di kuburnya dan berkata :

"Setiap dua teman bertemu tentu akan berpisah dan semua yang di luar kematian adalah sedikit kehilangan satu demi satu adalah bukti bahwa teman itu tidak kekal. Semoga Allah SWT meridhoinya. Dia telah memenuhi pendengaran, mata dan hati. Dia adalah 'ibu dari ayahnya', orang yang paling erat hubungannya dengan Nabi SAW dan paling menyayanginya. Ketika Nabi SAW terluka dalam Perang Uhud, dia keluar bersama wanita-wanita dari Madinah menyambutnya agar hatinya tenang. Ketika melihat luka-lukanya, Fatimah langsung memeluknya. Dia mengusap darah darinya, kemudian mengambil air dan membasuh mukanya.

Betapa indah situasi di mana hati Muhammad SAW berdenyut menunjukkan cinta dan sayang kepada puterinya itu. Seakan-akan kulihat Az-Zahra' a.s. berlinang air mata dan berdenyut hatinya dengan cinta dan kasih sayang. Selanjutnya, inilah dia, Az-Zahra' puteri Nabi SAW, puteri sang pemimpin. Dia memberi contoh ketika keluar bersama 14 orang wanita, di antara mereka terdapat Ummu Sulaim binti Milhan dan Aisyah Ummul Mu'minin r.a. dan mengangkut air dalam sebuah qirbah dan bekal di atas belakangnya untuk memberi makan kaum Mu'minin yang sedang berperang menegakkan agama Allah SWT.

Semoga kita semua, kaum Muslimah, dapat meneladani para wanita mulia tersebut. Amiin yaa Robbal'aalamiin.


* Dipetik dari Kitab "An-Nisaa' Haula Ar-Rasuul"  yang disusun oleh Muhammad Ibrahim Salim. Disalin oleh: Hanies Ambarsari.