Ibnu Hashim
Kasihnya ALLAH S.W.T. ke atas hamba hambaNya amatlah luas. Erti kasih meliputi langit dan bumi. KasihNya ALLAH akan hamba hambanya melebihi 70 kali kasihnya seorang ibu kepada anaknya. (70 kali itu bermakna berganda ganda tak terhitung!)

Sepertimana yang pernah ditulis sebelum ini adalam blog ini, walaupun hambaNya itu berbuat maksiat… namun Ia tetap memberikan rezkiNya kepada yang berusaha. Walaupun tidak solat, namun tiada pula datangnya Malaikat untuk memukulinya tatkala solat itu ditinggalkannya. Malahan pula kita lihat di sekeliling kita, berapa ramai orang orang yang boleh dikatakan kaya raya, tidak terbina akhlaknya.

Berapa ramai pula anak anak gadis, yang berpakaian ranggi yg tentunya berharga mahal masih lagi mampu bergelak ketawa… nampak happy jer…senang je hidup walau tak solat…walau auratnya didedah. Berapa ramai pula anak anak muda kita pakai seluar katok antaranya sambil membasuh kereta? Bangga je dia dedahkan aurat dia.. siap bergelak ketawa tepuk tampar lagi..happy jer dia..senanggg je dia!

Dunia ini adalah tempat manusia diuji, tempat untuk menyemai benih benih yang bakal dituai di akhirat kelak. Dalam peristiwa isra’ mi’raj jua, diceritakan Nabi Ibrahim a.s. telah mengajarkan Rasulullah s.a.w. tentang zikrullah yang mana setiap kali ianya dibaca atau dizikirkan, maka ALLAH akan menumbuhkan satu pohon dalam syurga. Inilah dunia..tempat kita semua diuji samada bersyukur atau kufur.

Hidup kita di dunia ini adalah untuk mencari keredhaan ALLAH. Hanya dengan RedhaNya ALLAH maka barulah kita masuk ke SyurgaNya kelak. Amal ibadah kita walau sebesar langit dan bumi sekalipun tidak akan mampu untuk membeli Syurga ALLAH. – Namun, ibadah itu perlu sebagai manifestasi kecintaan dan kehambaan kepada ALLAH tapi ianya wajib kepada mahkluk, harus sahaja pada ALLAH.

Kita lihat sekeliling kita, kehidupan seharian, yang mana kasihnya seorang ayah kepada anak anaknya tidak dibeza bezakan antara satu dengan yang lain. Apabila kita sebagai ayah ke pasar, maka seyugialah kiranya membeli buah tangan, pastilah untuk kesemua sekali anak anaknya. Adalah tidak molek sekiranya ada di kalangan anak anak kita yang kita lebihkan layanannya. Begitulah yang diajarkan oleh ALLAH S.W.T.

Namun demikian, setiap ayah, pasti ada anak yang dikasihinya melebihi anak anak yang lainnya…jika ditanyakan kepadanya, siapakah anaknya yang dia redha…kalau si ayah tidak menjawabpun, dalam hatinya akan terpacul lah nama anaknya yang dia sayangi, biasanya anaknya yang paling patuh dan berkenan di hatinya akan akhlaknya insyaALLAH.

Maka inilah sunnatullah. ALLAH nak mengajar kepada kita bahawa kita juga begitu..jangan kita sangka, org berbuat maksiat pun hidupnya senang maka kita katakan ALLAH redha akan mereka! Rezeki ALLAH melimpah ruah pada sesetengah daripada mereka (Istidraj!) Jangan sangka mereka yang kufur kepadaNya maka ALLAH diamkan sahaja! Di akhiratlah tempat penentu bilamana pada hari itu, kita akan menuai segala apa yang kita semai ketika hidup di dunia ini dahulunya… Ketika itulah, hambaNya yang Dia redhai akan diasingkan daripada hambaNya yang durhaka!! Ke manakah pilihan kita? Hamba yang diredhai …atau hamba yang dilaknat ALLAH S.W.T.??
Ibnu Hashim
"Dunia ini Syurga bagi Kafirun tetapi Penjara untuk orang Mukmin"
... Kata kata hikmat yang pernah ku dengar puluhan tahun yang lalu ketika masih remaja... Namun kata kata ini menjadi semangat tatkala resah melanda...

Maha Suci ALLAH Yang Maha Pengasih... Sungguh benar dunia ini tempat ujian bagi Umat Manusia seluruhnya dan khasnya Umat Islam. Betapa besarnya kasih ALLAH ini atas seluruh hamba makhluknya sehinggakan dia tetap memberi rezkinya walau kepada si kafir atau yang engkar melawanNya...

Aku melihat mereka yang melawan hukum hukumnya..kelihatan happy je ketika melakukannya.. seronok je dengan gelak ketawa menogok air setan… ketawa riang je ketika melakukan kezaliman kepada makhluk ALLAH yang lainnya. Mereka masih lagi diberikan kuasa ke atas sebahagian manusia lainnya termasuklah mereka yang taat kepada ALLAH!!! Si Pencuri bebas mencuri..sedar sedar pagi esoknya, motor hilang..kabel wayar kena curi..basikal lesap… eh..rilek jer dia curi.. happy jer dia!

Kenapa tidak ketika dia mencuri tu, satu penyepak padu dihentak atas batu jemalanya oleh malaikat? Kenapa tidak ketika mereka bermaksiat itu terus sahaja ditimpakan azab ke atas mereka? Ketika sedang mencaci caci hukum ALLAH, ceplop! Bumi telan dia terus on the spot! Tapi tak berlaku macam tu! Malahan masih lagi pula mereka diberikan rezeki oleh Nya!!!

Itulah betapa adil dan pengasihnya Yang Maha Esa… Sunnatullah di dunia ini, siapa berusaha, maka dia yang akan dapat. Berusahalah kamu, insyaALLAH ada hasilnya yang akan diberikan olehNya.. Tapi awas!! Ini jalan yang ALLAH redhai dan ini jalan yang ALLAH murkai… Hukum hukumnya jelas..mana haram, mana halal..mana harus…dsbnya… pilihlah jalan mu sendiri.. dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu usahakan!!

Di dunia tempat kamu diuji..tempat menyiapkan bekalan untuk ke sana nanti…

Ibnu Hashim
Cuti sekolah berpeluang untuk menziarahi saudara mara di kampong. Aku dan abgku melawat bapa saudara sebelah Emak di Pondok Tanjung… Rupanya dia terlantar hampir lumpuh.

Perkara ini berlaku kurang sebulan yang lalu…beliau mengidap sakit jantung dan darah tinggi. Alhamdulillah, dapat aku dan abgku pergi melawatnya…

Apa yang menginsafkan aku ialah akan ketabahan dan kesabaran makcik dalam menjaga pakcik yang terlantar begitu sahaja…dan pakcik pula walau telah lama tak berjumpa, dia masih mengenali aku..

Apapun, perkara ini mengingatkan aku akan allahyarham Abah dahulunya…Dia mengidap penyakit ganjil belasan tahun lamanya sebelum dijemput ALLAH. Setiap kesakitannya diluahkan dengan kalimat nama ALLAH yang Maha Agung… Tiada keluhan aduh yang aku dengar… kesabarannya menanggung sakit mudah mudahan ALLAH jadikan sebagai Kaffarah ke atas dosa dosa abah yang lalu ..aminn…

Terkenangkan akan diri sendiri yang entah bila masanya akan tiba… mampukah aku menghadapinya? Dapatkah aku bersabar dengannya alangkan sakit gigi sahaja sudah cukup membuatku tak tidur malam!!! Adakah perkara sebegini untukku kelak merupakan kaffarah atau menambahkan lagi akan dosa dosa ku yang tidak tertanggung ini!!!???? Na’udzubillah!!

Pakcik yang ku lihat terlantar itu ku lihatkan bagai diri ku di masa masa yang akan datang.. sudah pastilah tidak lagi mampu untuk berjalan ke Masjid… Sekarang ini aku sihat segar bugar…mengapa liat ke Masjid??

Sedangkan pahalanya yang ALLAH sediakan amatlah besar sekali ganjarannya…dan yang paling penting sekali..kelaziman kita ke Masjid itu akan terus dikira oleh ALLAH andaikata kelak kita terlantar begitu sahaja di rumah.. Pastilah sedih ketika itu tak dapat lagi ke Masjid berjemaah…solat pun di pembaringan sahaja..wudhu’ pun ala kadar sahaja… adakah ketika itu nanti baru menyesal dan mahu ke Masjid? Adakah akan timbul niat atau nazar dalam diri ni “Ya ALLAH! Sekiranya aku sihat nanti..aku nak bersolat di Masjid setiap waktu..aku mahu solat sunat banyak banyak..aku mahu bersedekah banyak banyak” … Nah! Waktu sekarang ni aku buat apa? Ni badan dok segar bugar nih!!???

Ulama’ memberitahu, bila seseorang itu melazimkan dirinya solat 5 waktu di Masjid, maka di hari tuanya, andaikata ALLAH mentaqdirkan dirinya terlantar sakit tidak bermaya, maka ketika itu, bila ia solat, solatnya diambil kira oleh ALLAH Yang Maha Pemurah itu sebagai solat berjemaah di Masjid walaupun ketika itu dia hanya solat sendirian di pembaringannya!!! Ini adalah kerana sakit itu dari ALLAH, Dia yang menjadikan sakit itu dan lantaran itu maka tidak mampu lagi hamba ALLAH itu tadi berjalan dan bersolat di Masjid, maka pastilah ALLAH tidak akan mengzalimi hamba hambaNya!

Tapi!!! Ini diberi kepada orang yang melazimkan dirinya ke Masjid untuk solat berjemaah!! Alangkah beruntungnya! Ibaratnya kita diberi cuti sakit, duduk tinggal di rumah tapi Gaji jalan dan dikira penuh! Subhanallah!!

Satu amalan yang seharusnya tidak kita tinggalkan ialah berzikir terus ketika hendak tidur. Setelah selesai melakukan adab adab tidur lainnya, maka teruslah berzikir sehinggalah terlena.. kerana ini akan menyebabkan Malaikat terus menerus mencatitkan kita ini sedang berzikir sedangkan ketika itu kita sudah lena sehinggalah kita bangun esoknya! Ini adalah kerana, yang menidurkan kita itu ialah ALLAH, kalau Dia tidak tidurkan kita, nescaya kita akan terus berzikir padaNya, maka oleh itu, bila kita terlena lantaran itulah sunnatullahnya kita yang lemah ini, mudah mudahan ALLAH perintahkan Malaikatnya terus mencatitkan dalam kitab amalan kita bahawa kita terus menerus berzikir walaupun ketika itu kita tidur!!

Maha Kaya lagi Maha Pemurah Engkau Ya ALLAH!!
Ibnu Hashim
Tengok muka Pak Lah, sejak akhir akhir nih, asyik terkenangkan Wilayah Pembangunan Iskandar atau WPI tu.. tak tau la seram sejukk je bila mengingatkan..

Terfikir jua..apa yang ada dalam kotak pemikirannya? Kenapa sampai begitu sekali dia lakukan..tak ingatkah sejarah? TAk sampaikah maklumat maklumat tentang tindak tanduk negara Singgora tu? Yakin ke dgn depa tu?

Teringat pula akan Jambatan bengkok yang tak jadi tu.. Tok Det kata depa nak juai pasir kat Singgora sebagai timbal balasnya buat Jambatan (WPI ni ada timbal balas kita dapat??) ..so bila pasir tak leh juai, tu pasai jamabatan batal.. Isk..bukan nak cerita pasal jambatan nih..kes ni pun bengkak hati jugak pasal berjuta juta pi buang ke tambak bayar pampasan kat kontraktor..kerja tak buat pun dapat duit..

Nak cerita bab 'timbal balas' tu.. You want some, you give some! So WPI ni kasi FREE je kat Singgora..tak ada apa apa pun yang kita dapat! Patutlah tengok gambor PM dia tersengih gumbira sambil tengok durian... tanah dapat, kuasa dapat..makan durian pun dapatt!!!

Al-Kisah Pasir tak jadi jual tu.. maka mahu tak mahu, merungutlah jua Singgora tu pasal tergendalanya jual beli pasir ni (indon pun tak mo juai kat dia) maka tergendalalah projek peluasan wilayah pulau sekangkang kera tu... Negaranya semakin sempit!! Guano nih?

Nah! Sekarang Singgora tak yah risau, tak yah kuar duit juta juta untuk beli pasir..tak yah sibuk sibuk tambak laut untuk besarkan pulau... dan tak yah juga hantor tenteranya serang negara jiran untuk takluk tanah... Imam Hadhari ni siap kasi TANAH FREE lagi untuk dia...!!! Tubuh jawatankuasa lagi tu..apa apa hal, kena refer kat dia dulu! Sikit punya untung ker!! Kawasan tu pulak Dasar Kerajaan Mesia bab DEB yang memang depa dok komplen tudan banding dgn meritokerasi (ada ka komplen dasar negara orang lain?)Dasar DEB tu tak akan tertakluk kepada wilayah WPI nih!! Kan untung tu berjaya pengaruhi negara lain untuk ikut telunjuk dia! Dan yang paling best terbest sekali, Singgora tak yah bagi apa apa pun kat Mesia nih!! Uissshhhh!!! Untung busatttt!!!!

Pengkhianat!!
Ibnu Hashim
Pak Lah Nak kawin! Riuh jugak di kampung hari tu (tak la riuh sangat..saja wat kepoh) .. Nama isterinya cam omputeh... tak pa lah..asal muslim. Namun nampak gayanya tak menutup aurat jua yang dipilih imam hadhari..mungkin itu dah ciri ciri dalam ajaran islam hadhari ni.. Apa apa pun, hidayah itu milik ALLAH, semoga kita semua diberikan Taufiq dan HidayahNya jua... amin..
Ibnu Hashim
Semalam pergi ambil Mu'az di asramanya, masa cuti dah tiba. Dapat call masa berada di rumah Ipar di Balakong..terus gerak ke Maahad dia..

Tiba di sana, tinggal Mu'az berdua sahaja dgn kawannya, yang lain dah balik. Ada seorang ajk dok tunggu depa.. Terus amik dia balik la..dalam perjalanan, baru tau kata ada orang masuk curi duit kat maahad dia tu.. abih duit Ustaz kena kebas!!

Dia baru dapat gaji tu..abih kena kebas... ustaz dah blah balik Kedah masa kami sampai tu..

Yang bestnya..rupanya depa pakat kumpui duit bagi kat ustaz tu..agaknya dia malu la kot tak tunggu teman.. Muaz ni habak dia bagi habis duit dia kat ustaz.. alhamdulillah.. dia segan segan dan takut takut kot bapak dia ni marah pasai bagi duit habih terus (selalu pesan kat dia suruh jimat)...

Sebenarnya aku bangga..dia bagi habis duit simpanan yg dia simpan selama ini pada ustaz dia tu.. teringat akan Abu Bakar as-siddiq r.a. .... Manusia hebat yang menyerahkan segala galanya pada jalan ALLAH dan RasulNya...

Seminggu ini akan digunakan untuk bersama Muaz insyaALLAH...
wpi
Ibnu Hashim
Perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda PAS sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-48 hari ini hangat dengan perwakilan menyentuh isu pembinaan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Rata-rata perwakilan mahukan terma-terma pelaburan dan pemilikan aset selain penyegaran ekonomi WPI yang lebih mirip kepada usaha membawa pengaruh asing menguasai Malaysia.


Kelemahan Umno dalam membangunkan WPI dengan membuka dasar pemilikan aset seperti perumahan dan tenaga kerja pakar bagi 800,000 peluang kerja di wilayah itu kepada orang asing hanya akan menambahparahkan penjajahan di negara ini.

Paling dikesali, Jawatankuasa Pemantau WPI ini akhirnya diputuskan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan membabitkan PM Singapura, Lee Hsien Loong yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin jiran itu di Langkawi baru-baru ini.

AZAMPerkara ini dinyatakan oleh perwakilan Dewan Pemuda PAS Johor, Azam Abdul Razak dalam membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-48 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik).

Dalam perbahasannya Azam menyebut, di peringkat awal lagi pembinaan WPI cukup mencurigakan dengan wakil PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Dr Ramli Kari (PAS-Senggarang) dinafikan dari mendapat dokumen rasmi WPI.

Malah kata Azam, dalam satu syarahan perdana yang disampaikan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa WPI ini akhirnya hanya akan menjadi Wilayah Pembangunan Iskandar Singapura (WPIS).

"Walaupun pemimpin mendakwa bahawa negara sudah merdeka 50 tahun, namun tindakan kerajaan Umno/BN ini hanyalah mengesahkan negara ini sebenarnya belum pernah merdeka sebaliknya semakin terhimpit dengan penjajahan Umno serta kuasa asing hasil dari WPI,"katanya.

Lebih membimbangkan WPI adalah projek yang direncana di bawah kerajaan Abdullah yang terlalu lemah dan tidak mampu mentadbir kerajaan dengan baik.

Justeru beliau menggesa kepimpinan Pemuda PAS Pusat memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Abdullah supaya memastikan kajian semula terma-terma pelaburan dan pemilikan aset di WPI dikaji semula.

"Kita tidak mahu suatu hari nanti anak cucu Ketua Pemuda juga merempat di negara sendiri kerana WPI telah menjadi milik penjajah Singapura yang juga proksi kepada Israel di Asean," katanya.

Hal ini hanya akan membuka ruang kepada Israel melebarluaskan pengaruh dan penjajahannya di Asean, ujarnya.

MAHFOZTerdahulu sebelum ini, AJK PAS Pusat, Mahfuz Omar yang sangsi akan penubuhan itu memberi contoh pelaksanakan kad pintar yang mana Malaysia perlukan persetujuan daripada kerajaan Singapura.

"Apa perlunya persetujuan Singapura sedangkan kita boleh benarkan dan abaikan mengikut kehendak kita sendiri tanpa merujuk kepada mereka kerana kawasan tersebut merupakan wiulayah kita," katanya sewaktu ditemui Harakahdaily semalam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 dekat sini.

"Dengan sikap yang ada ini, terbukti kita lemah dan dalam proses mengadaikan kedaulatan negara," katanya lagi.

Sebelum ini menurut laporan akhbar Timbalan Perdana Menteri berkata, jawatankuasa tersebut tidak mempunyai kuasa eksekutif kerana kuasa terletak di tangan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Jemaah Menteri Malaysia.

"Mereka (jawatankuasa) tiada kuasa eksekutif tetapi membincangkan langkah yang difikirkan perlu dan wajar untuk mengembangkan WPI secara positif.

"Ini (penubuhan jawatankuasa) tidak bererti serah kedaulatan kita kepada Singapura," katanya lagi.

Bagaimanapun Mahfuz menyelar sikap putar belit kenyataan Timbalan Perdana Menteri berhubung isu itu.

"Jika tiada kuasa eksekutif mengapa hal ini tidak diserahkan sahaja di peringkat para pegawai sahaja," katanya lagi. - mks.

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob untuk HARAKAHDAILY





Memang itulah ayat keramat yang selalu dilaungkan... "Kami buat begini, TAK BERERTI bla bla bla bla..." .. "Kenaikan harga minyak TAK BERERTI bla bla bla.."
"Kenaikan TOL ini TAK BERERTI kerajaan bla bla bla.."

Sama je tunenya dgn geng geng liberal .. "Kami ni tak pakai tudung tak bermakna kami ni tak mahu Islam" " Ni kami pakai seksi TAK BERERTI kami ni tak ada maruah"

"Saya kerja sebagai GRO ni TAK BERMAKNA saya menjual maruah"

Senang je ucap tanpa memberikan justifikasi yang jelas samada dari sudut hukum,nas atau fakta... Cukup je cakap macam tu maka PAK ANGGUK terus melaungkan "KAMI SOKONG" "KAMI SOKONG!"

Sedar sedar...Negara tergadai! Pengkhianat negara!!
Ibnu Hashim
WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR..


Betapa senangnya maruah negara ini digadaikan..

Betapa mudahnya tanah ibu pertiwi ini hendak diserahkan...

Ke manakah nilai titisan darah para perwira yang mengadaikan nyawa mempertahankan setiap inci bumi ini dari dicerobohi?

Betapa pula harganya pengorbanan anak isteri mereka..merintih..menangis dalam kerisauan dan kerinduan kepada para perajurit ini?

Tiadakah nilainya jerih keringat pejuang pejuang lampau yang mempertahankan bumi ini dari dijajah bangsa asing?

Berbaloikah deraian air mata para balu dan anak anak yatim akan gugurnya suami/bapa mereka di perbatasan dalam mempertahankan ibu pertiwi ini?

Mengapa dengan mudah diserahkan kepada bangsa asing akan tanah bumi ini???

Apakah ertinya laungan perwira "TAK SEINCIPUN TANAH INI AKAN KAMI SERAHKAN KEPADA MUSUH MUSUH NEGARA..NYAWA TARUHAN KAMI" .. Mahukah lagi perajurit perajurit ini melaungkan kata kata yang sama seperti ini lagi bila melihatkan perkara ini berlaku?? Tanah yang dahulunya kami cium..kami lumur di seluruh tubuh kami..kamu sapu di kepala kami...kami genggam erat erat...kami pijak..kami jadikan masjid masjid hendak diserahkan begitu sahaja oleh Pengkhianat pengkhianat itu!!!!??? Sungguh bangsat sekali!!

Adakah menderhaka jua perajurit ini bila menghalakan senjata kepada mereka yang mengkhianati perjuangan ini?? Bukankah ikrar mereka "TAK SEINCIPUN TANAH INI AKAN KAMI SERAHKAN KEPADA MUSUH MUSUH NEGARA..NYAWA TARUHAN KAMI" lantara SIAPA sahaja yang cuba merampas atau menyerahkan bumi ini walau SEINCI pun akan ditentang sehabis habisnya!!!???

KAMU YG TAK MENGENAL ERTI PERJUANGAN INI MENYERAHKAN BUMI INI KEPADA KAFIR BEGITU SAHAJA!! MEMANG KAMU INI &*^%$%*&%*&!!!!



MANA LAH AKU TAK HANGIN!!!

KLIK SINI


KLIK SINI

Ibnu Hashim

Hujah TV9 - Bhg 1
Uploaded by kelantantv

Hujjah yang mantap dan bermutu..tahniah saudara Saifuddin Nasution.. kematangan anda terserlah!






Hujah TV9 - Bhg 2
Uploaded by kelantantv


Nampaknya, lawannya pun dapat 'dikuasainya' dan secara tak rasmi mengikut rentaknya... Memang bila datang yang Haq, maka Yang Bathil akan Menyingkir..
Ibnu Hashim
Kenali Rasulullah s.a.w. itu mampu membawa kepada rasa cinta yang mendalam...

Siapa dia? Siapa bapanya? Keluarganya bagaimana? Perwatakannya bagaimana?

Perkara perkara ini perlulah kita (saya terutamanya) selidiki dan kenalpasti. Barulah datang rasa cinta, rasa seronok dalam mengamalkan sunnah, kerna tahu ianya datang dari manusia istimewa, kekasih ALLAH S.W.T. iaitulah Nabi Muhammad ibn Abdillah s.a.w ..

Wahai Kekasih ALLAH...kasihmu jua ku dambakan moga meraih jua akan kasihnya Yang Maha Esa...

Alangkah Indahnya hidup ini andai dapat ku tatap wajah mu Ya Rasulullah...
Ibnu Hashim
Pada minggu ini, sempat menghadiri majlis pertunangan anak saudara di KL. Majlis itu dilaksanakan di rumah Datoknya sebelah ibu. ALhamdulillah, diberi kesempatan olehNya untuk menghadiri majlis tersebut.

Memang telah agak lama tidak berkunjung ke situ, sementelah lagi abg telah bercerai dgn bekas kakak ipar. Namun layanannya tetap sama. Jadi berjumpalah jua dengan adik beradik bekas kakak ipar yang pernah jadi rakan sepermainan dahulu... Apa yang disentuh ialah apabila ada kata kata ini "Wah! Macam Thaliban!"

Pada awal berhenti daripada ATM dulu dan mula mengamalkan sunnah janggut dan serban ini, memang ramailah komrad komrad yang sound kata Abuya! Ketika itupun hangat pasal Abuya ni! Apa pun, kesimpulannya.. Islam kembali Dagang!

Minggu lepas, ALLAH beri keizinanNya untuk pergi mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Saudara Ann Wan Seng di surau berdekatan kawasan tempat tinggal saya nih. Ada disentuhkan jua tentang pemakaian serban dan janggut nih... Katanya antara lain " Rasulullah s.a.w. tidak akan melakukan sesuatu yang tidak berfaedah.."

Mmmm...memang benarlah tutur Ann Wan Seng itu... org yang menjumpai Islam daripada jalan pengorbanan dan susah payah itu lebih mengerti akan sunnah dan lebih mengenali Rasulullah s.a.w. itu daripada diri ini. Katanya lagi, "Kalau tak mampu amalkan sunnah ni tak apa, buatlah sunnah sunnah yang lainnya..ada banyakkkk lagi! Ini tidak, sudahlah begitu, diperlekehkan pulak sunnah Nabi s.a.w.!" Lagi butir butir nasihat dan kata kata hikmat dari saudara ku ini..

Dia berkata lagi, "Saya ni memang nak simpan janggut, saya tunggu punya tunggu, sampailah sekarang ni janggut tak tumbuh tumbuh! " Ehehehe..kelakar pun ada gaya dia cakap tu...

Pengajaran yang saya dapat... Org yang hendak bersusah payah nak simpan janggut, org yang ALLAH beri secara mulanya mudah menyimpan janggut tapi ditebasnya setiap hari! Tak mau ke pahala sunnah yang mudah ini? Org seperti Ann Wan Seng mahu, tapi tidak diizinkan ALLAH...org yang ALLAH kurniakan dengan janggut yang lebat tapi tak mahu pula! Mudah mudahan ALLAH terima niat saudara Ann Wan Seng itu dan dikurniakanNya dgn pahala sunnah jua insyaALLAH.

Teringat ada seorang yang kelihatannya seperti anti sunnah serban... Katanya " Apakah Islam itu hanya terletak kepada Sarban? (diejanya Sarban - mengejek).." Memang benarlah Islam tidak terletak kepada Serban, tetapi Serban itu ada terletak dalam Islam!" Tak nak pakai, terserahlah..buatlah sunnah sunnah lainnya..jangan pulak diperlekeh!! Dah terer sangat ker?

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w. "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing." (Riwayat Muslim)
Ibnu Hashim
Baru sahaja balik daripada trip mencandat sotong ke Terengganu Darul Iman. Trip tak begitu meransangkan dan menurut kata yang mahir, agak lewat turun ke laut dan faktor bulan tak mengambang penuh.

Katanya sepatutnya turun awal dalam pukul 5 kerana sotong agak galak dalam waktu itu hingga ke Isya'..kami turun dalam antara waktu maghrib dan Isya' dah..dan bulan pun tak penuh...

Hasilnya dapatla sotong 4 ekor sahaja yang mana diri ini tak dapat apa apa pun..ehehehe..

Hasil pandangan yang pantas, ketua trip terus mencadangkan supaya memancing ikan pula dan alhamdulillah, hasilnya lumayan jugak...penuh la 2 setengah tong dengan ikan pelbagai jenis..

Pada ketika sotong kedua dicandat keluar dari perut laut, aku ini berdiri di sisi.. ku lihat sotong itu begitu garang berenang mengejar candat yang disuakan kepadanya...laju je dia berenang, dengan janggutnya yang disatukan ia meluncur laju seperti Stealth Fighter sahaja layaknya...

Memang hebat melihatkan itu...
Sejurus setelah itu, iapun tewas dan ditarik masuk ke dalam bot.. begitu sampai sahaja ke dalam bot, candat dipisahkan darinya dan dia kini terjelepuk di lantai buritan bot...lemah tak bermaya..

Sotong yang ku lihat begitu hebat tadinya beraksi di dada laut, sotong yang kelihatan ganas bersahaja..sotong yang ku kira hampir satu kaki panjangnya itu... kini terdampar di lantai bot..berubah ubah warnanya, sekejap merah.. sekejap coklat.. sekejap tidak berwarna dan transparent atau telus tubuhnya! Akhirnya ia bertukar kepada putih...

Sotong itu tidak berdaya walaupun hendak mengeletek di atas dek bot itu..mungkin agaknya tubuhnya yang lembik dan agak melekit terus terpaku di atas dek ...
Apa yang aku nampak, sotong ini rupanya hebat dan garang hanyalah di alamnya...di dunianya sendiri iaitu lautan...namun akhirnya tergeletek longlai tidak bermaya di alam daratan..

Begitulah jua diri ini...begitulah diri aku ini.. di sini... di alam ini, diri ini boleh sahaja bermaharajalela..membujur lalu melintang patah. Tak kenal yg mana halal yang mana haram, boleh saja diri ini lakukan.. Boleh sahaja diri ini laksanakan. Perintah ALLAH dipandang sepi, seruan Nabi s.a.w. diabaikan, sunnahnya diperlekeh lekehkan... Ya! Boleh sahaja lakukan itu semua di dunia ini..tiada hal..tiada masalah. Dunia bukan tempat pembalasan, dunia ana yang punya!!!

Begitu sahaja nanti diri ini dipindahkan ke alam yang lain...iaitu alam barzah..maka diri ini tak lebih sama sahaja seperti sotong garang itu tadi yang telah didaratkan ke dek bot. Lemah tak bermaya.. Namun, sotong tidak disoal, sotong tidak didakwa, sotong dibiarkan sahaja terdampar di atas dek..tiada siapa pun yang menyoalnya, tiada apa pun yang membantainya..

Tapi diri manusia ini...diri kita ini.. ada yang akan menyoal tatkalau berpindah sahaja ke alam barzah..ada jua yang akan membantai andaikata soalan tidak berjawab!!

Ah! Alangkah beruntungnya engkau wahai sotong! Alangkah malangnya diri ini yang bakal dihisab..bakal disoal..bakal diseksa..bakal dihina..bakal dibantai!!! Ya ALLAH!!!!

Kasihani lah dakuuu!!!! Ya! ALLAH!!! KeampunanMu ku dambakan!! Ampunilah Ya! ALLAH!!
Pilihlah daku menjadi hamba Mu yang taat.. Pilihlah aku menjadi insan yang berjaya di sana!!

Wahai Rasulullah s.a.w. terimalah daku ini sebagai umat mu... syafaat mu daku perlukan di sana... tolonglah Ya Rasulullah s.a.w. insyaALLAH, sunnah mu akan ku perjuangkan..walau seisi dunia ini menjadi musuhku... Moga ALLAH memilih ku menjadi hambaNya yang berjaya... Hindarilah dunia yang menipu ini daripada menipu diri ini...


Dunia yang sementara ini..dunia yang menjengkelkan..inilah tempatnya..inilah medannya untuk ku mula menanam, membaja, menjaga agar dapat ku tuai di sana nanti..Ya ALLAH!! suburkah tanaman ku? Tumbuhkah tanaman ku? Ya ALLAH!!! Aku takuttt.... AKu bertaubatt!!! Ya ALLAH!! Jangan tinggalkan aku!!! Tolonglah Ya ALLAH!!!

Ampuni Ya ALLAH!!!!!! Hamba Mu ini bertaubat!! Ampunilah jua ayah dan ibu..ampunilah mereka Ya ALLAH!!!
Ibnu Hashim
Baru 2 hari kembali dari kampung...menjengah ibu di kampung..

Dalam pada itu, diselongkar khazanah lama ku..sebuah beg usang yang pernah aku gunakan suatu ketika dahulu...

Dalam beg tu ada tersimpan beberapa dokumen dan nota nota yang ku rasakan penting untuk dijadikan pedoman dan panduan ...

Dalam pada itu, aku terjumpa satu sampul plastik yang terkandung beberapa sampul surat.. mmmm... surat lama barangkali...

Aku belek belek..ku lihat ada dua sampul yang tertera alamat kampung ku..siap bertaip... pasti istimewa.. rupanya ianya adalah lebihan sampul surat yang aku sediakan untuk ku kirimkan kepada ayahanda tercinta ketika aku menuntut dahulu.. Patut lah bertaip kemas dan siap berstem!

Sampul itu ternyata tidak aku gunakan lagi...namun kemudiannya ada 4 lagi sampul yang seakan sama..namun telah digunakan! Rupa-rupanya itu adalah surat ku kepada Abah dahulu..dan bersamanya juga ada surat surat daripada abah kepada ku..!!!
Ku baca perlahan lahan penuh debaran... memori abah terus mencurah curah datang... kerinduan padanya semakin menjadi jadi...

Tanpa sedar mengalir jua airmata ini demi melihatkan tulisan tangan arwah abah... sedih pedih mengenangkan perjuangannya dahulu membesarkan kami semua... bermandikan darah dan keringat!! Berapa ramai sahabatnya yang gugur di depan mata...

Sebesar hama perjuangannya dapat aku rasai ketika aku berkhidmat dalam ATM.. namun tak sebanding dia...

Yang paling menyentuh hatinya bila dia bertanya dalam suratnya tentang wang kirimannya kepada ku dan tentang bantuan abang abang adakah mereka membantuku ataupun tidak...

Memang jarang sekali abah menghantar wang lantaran abah sendiripun tak berkemampuan... tapi bukan itu yang mencarik carik dada ku ini..bukan itu.. bait bait ayatnya "sudah kah terima kiriman ayahanda itu... "

YA ALLAH!!! Aku tak sempat berbakti kepadanya sebagaimana anak anak lain... dia Engkau jemput lebih dahulu ketika aku masih bergelar pelajar.. Engkau jualah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Namun ayat itu.. "Sudahkah terima kiriman wang melalui wang pos bernombor sekian sekian" benar benar menyedarkan aku! Surat yang sudah berusia 17 tahun itu masih lagi berupaya untuk menyampaikan suara hati abah!!...

Abah! Anak mu ini anak derhaka!! Anak mu ini anak tak mengenang budi!!! Lantaran apa pula bentuk ayat yang harus aku balas pada mu abah sedangkan aku tak mengirimkan apa apa pada mu di alam sana..tidak sepertimana abah mengirimkan aku sesuatu untuk aku manfaatkan saat saat aku bergelar seorang pelajar...

Abah..bagaimanakah engkau di sana?? Doa ku sampaikah pada mu abah? Doa seorang insan yang penuh dosa dan noda... Abah...redhakah engkau kepada ku sebagai anakmu abah?? Sedikit benar yang aku KIRIMKAN kepada mu di sana!!!

Ya ALLAH!! Ampunilah akuuu...ampunilah abah....

Ya ALLAH!! Ampunilah aku Ya ALLAH!!! Ampunilah aku...

Abahhh..maafkan saya abahh...maafkan saya..

InsyaALLAH, isteri abah saya jaga dgn baik..isteri abah saya taati sepenuhnya
insyaALLAH.. Doa ku mudah mudahan ALLAH sampaikan pada mu abah sebagaimana DIA telah menyampaikan surat suratmu itu berserta bantuan untuk kegunaanku dahulu...

Abah...anak mu ini berdosa pada mu....


Ibnu Hashim
Wahai Tuhanku, sesudah aku mati
masukanlah daku ke neraka
dan jadikan jasmaniku memenuhi
seluruh ruang neraka
sehingga tak ada orang lain
dapat dimasukkan kesana

Wahai Tuhanku,
bilamana daku menyembahMu
karena takut neraka
jadikan neraka kediamanku
Dan
bilamana daku menyembahMu
karena gairah nikmat sorga
maka tutupkan pintu sorga
selamanya bagiku

Tetapi...
apabila daku menyembahMu
demi Dikau semata
maka jangan larang daku
menatap keindahanMu
yang Abadi

(Auliya Rabi'ah, Basrah)


Ibnu Hashim
Assalamualaikum...

Setiap hari kita diseru dari rumah rumah Allah..marilah menuju kejayaan..
Marilah solat, marilah menuju kejayaan..

Kejayaan...kejayaan yang bagaimana? Ada kereta besar kah? Ada harta bertimbun kah? Ada kuasa kah? Atau apa? Lulus periksa? Dapat Phd? Atau apa? Apa dia kejayaan itu?

Sesungguhnya, kejayaan sebenarnya ialah apabila meninggalkan dunia ini dengan kalimah Tauhid, iaitulah kalimah LAILAHA ILLALLAH.. Dan kejayaan yang hakikinya ialah apabila dimasukkan ke Syurga Allah S.W.T. ALLAHU AKBAR!!!
Ibnu Hashim
Wahai diri...

Apa tujuannya engkau datang ke mari?

Untuk makan? Untuk Minum? Untuk bersukaria?

Bukan? Ye ke bukan?

Wahai diri...engkau makan sampai senak perut...engkau tibai semua makanan membujur lalu melintang patah... bukankah makan untuk hidup dan bukan sebaliknya?

Wahai diri, engkau ucapkan Kalimah Syahadah... Engkau mengaku Tiada Tuhan Melainkan Allah... Betul ker? Bukankah engkau jua yang menentang hukum hukumNya? Bukankah engkau yang berusaha menanamkan bibit bibit negatif kepada orang lain yang memperjuangkan hukum hukum Allah itu? Engkau sanggup pula menghina kepada golongan agama yang mahu menjalankan hukum hukum itu... betulkah syahadah yang engkau ucapkan itu? Benarkah begitu?? Redha siapa yang engkau cari wahai diri? Redhanya manusia dalam kemarahan ALlah?

Mana al-Qur'an itu telah engkau letak? Dalam Almari?? Tanam di Kutub Utara?? Itukah cara yang Nabi mu ajar? Mengapa engkau letak Al-Qur'an itu di telapak kaki perlembagaan Lord Reid??? Mengapakan jika bertemu pertembungan antara Al-Qur'an dan perlembagaan itu maka Perlembagaan ciptaan itulah yang mengatasi Kalamullah?? Betul kah kalimah Syahadah mu itu wahai diri??? Redha siapa engkau cari?

Aduhai diri, engkau mengaku Muhammad itu pesuruh Allah...Kekasih Allah.. Betul? Ye ke begitu?

Bukankah engkau juga yang menghina umatnya yang mengamalkan sunnah baginda? Bukankah engkau yang benci dan memandang hina orang yang berjanggut? Orang yang berserban? Bukankah engkau jua yang memburuk burukkan cara makan Nabi? Perkahwinan Nabi? Poligami?

Bukankah Nabi Muhammad saw itu memerintah berdasarkan AL-Qur'an.. Bukankah dasar rujukannya al-qur'an... Mana rujukan kamu? Sudah berapa banyak sunnahnya yang engkau kerjakan sebagai manifestasi akan kecintaan mu kepadanya? Selarikah butir butir kata pengakuan diri itu dgn perbuatanmu..aduhai diri... selarikah? Adakah bertentangan atau tidak? Menanam tebu di pinggir bibir?

Redha siapa yang engkau mahu? Sanggupkah engkau hidup dalam kemurkaan ALlah dan mengorbankan Redha Allah untuk mendapatkan Redhanya manusia dan duniawi? Bukankah nilai dunia ini hanyalah sebanding dengan nilai sehelai sayap nyamuk di sisi Allah S.W.T. ??? Apa yg boleh engkau perlakukan dgn sayap nyamuk itu??

Terlalu banyak perkara yang engkau lakukan tidak melambangkan atau menterjemahkan apa yang telah engkau ucapkan... munafik? Na'uzubillah... Neraka paling HIGH CLASS menanti engkau wahai diri!!!

Ya Allah..ampunkanlah diri ini...bimbingkanlah diri ini ke arah keimanan yang sejati...ke jalan yang engkau redhai... bantulah Ya Allah... La Haula walaquwwataillahi billahil a'liyyil adzhim..

Ibnu Hashim
Dewasa ini riuh mengenai Mat Rempit, sekumpulan anak muda yang kelihatannya tak takut mati dan berani, cuma sayangnya keberanian mereka diletakkan di tempat yang salah dan lagho serta membawa diri mereka ke arah kehancuran.

Berapa ramai yang dah mati..mati katak. Alangkah indahnya kalau keberanian itu digunakan untuk membela agama ini...alangkah indahnya jika ajal mereka yang terkorban itu ditemui ketika berperang melawan musuh lalu menemui Syahid!!

Itulah kemuncak kematian yang tertinggi sekali, sanggup mati kerana Allah!!

Ibnu Hashim
Baru baru ini diadakan satu program Keamanan Sejagat yang mana 'keynote speaker' untuk majlis kali ini ialah mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Ianya membicarakan tentang Jenayah Peperangan yang banyak dilakukan oleh kuasa besar dunia khasnya Amerika Syarikat..

Ianya bertujuan untuk mendapatkan sokongan yang sebanyak mungkin bagi menjayakan agenda untuk menjadikan Perang itu sebagai suatu Jenayah

"This Conference and Exhibition is the continuation of our efforts to publicise and garner as much support as possible to the Kuala Lumpur Initiative to Criminalise War"

Di sini juga ada disediakan petition untuk menyatakan akan kebencian kepada peperangan .

Disamping itu juga ada tetamu yang diundang yang mana beliau adalah merupakan bekas tahanan perang di Teluk Guantanamo yang mana gambarnya sedang diseksa dengan kejutan elektrik pernah menggemparkan dunia... Beliau ialah Ali Shalah..

Sila ke Laman web berkenaan pada banner di bawah ini untuk tandatangan petition.. Sekiranya mahu maklumat lanjut, sila klik butang home di laman tersebut atau klik pada tajuk posting kali ini di atas...








Ibnu Hashim
Dia MANUSIA pertama sebagai umat Muhammad s.a.w. yang memeluk agama Islam.

Dia, wanita Umat Muhammad s.a.w. pertama jua yang memeluk Islam.

Dia, satu satunya wanita yang paling dicemburui oleh Aisyah r.a. walaupun dia telah lama tiada..

Dia, umat Muhammad s.a.w pertama yang berkorban harta di jalan Allah..

Dia, Isteri kepada sebaik baik makhluk iaitulah Muhammad s.a.w.

Dia, satu satunya isteri baginda yang melaluinya Nabi Muhammad s.a.w dikurniakan dengan putera dan menyebabkan baginda s.a.w diberi gelaran Abu Qasim.

Dia, Ibu kepada Fatimah r.a. penghulu semua wanita di Syurga, isteri kepada Ali bin Abi Tholib krw.

Dia, Ibu kepada Ruqayyah r.a. isteri kepada Sayyidina Uthman Bin Affan r.a.

Dia, Ibu kepada Ummi Khalsum, isteri kepada Sayyidina Uthman bin Affan r.a. (setelah kematian kakaknya Ruqayyah r.a.)

Dia, dijamin masuk ke Syurga Allah s.w.t.

Dia, dimuliakan Allah melalui sabdaan NabiNya, Sebaik baik wanita di zaman itu ialah Khadijah Binti Khuwailid (Sebaik baik wanita di zaman sebelumnya ialah Maryam)

Dia, dipuji puji oleh suaminya Muhammad s.a.w. "Dia yang mempercayaiku ketika mana tiada orang mempercayaiku, dia menerima Islam ketika mana orang ramai menolak ku; dan dia membantuku dan menenangkanku bilamana tiada siapa pun yang sanggup membantuku."

Dia, wanita yang Allah titipkan salam melalui Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w untuk disampaikan kepadanya serta janji Allah akan Syurga yang terbentang untuknya di akhirat kelak!!!

Dia, yang hidup ketika zaman jahiliyyah yang memuncak, tetap terpuji dan diberi gelaran Al-Thohirah..suci bersih!!!

Dia, Ummul Mu'minin, Ibu kepada kaum mu'minin..

Dia, KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.A.

JANGAN KAMU WAHAI PEREMPUAN HINA NAK MAMPUS MENGHINA IBU KU!!!!

SIAL!!!
Ibnu Hashim
Kecoh beberapa hari dahulu akan kebiadapan seorang yang bergelar artis rambut kuning yang begitu celupar mulutnya terhadap wanita syurga Khadijah binti Khuwailid r.a.

Begitu mudah pula baginya kemudianny memohon maaf kepada khalayak dan dengar khabarnya juga mengemukakan kekesalan dan kenyataan maafnya dalam siri tv3 suku iaitu Melodi.

Begitulah mudahnya seorang insan yang mengaku Islam mencela dan mengeluarkan kata kata biadab terhadap kekasih kepada kekasih Allah S.W.T. yang mana tentulah jua kekasih Allah pula, Khadijah Binti Khuwailid r.a. wanita agung yang dipilih oleh Allah untuk diperisterikan oleh semulia mulia makhluk iaitulah baginda Rasulullah s.a.w.

Golongan mereka inilah yang kerap berfatwa "jangan lihat pada pakaian dan rupa kami tapi yang penting hati mesti baik" atau kata kata yang seumpama dengannya. Inilah dianya Allah menzahirkan akan penyakit yang terdapat dalam hati hati mereka itu melalui lafaz dan perawakan mereka itu sendiri. Kalau didalamnya bersih, masakan di luarnya tidak. Yang zahir itulah manifestasi kepada yang didalam. Sebab itulah dalam Al-Qur'an mencabar mereka yang mengaku beriman bahawa bagaimana mereka boleh mengaku beriman sahaja kalau sahaja mereka belum diuji!

Perkataan 'tua nak mampus' itu ditujukan kepada yang mengucapkannya iaitu Rosnah Mat Aris tua nak mampus (tnm). Kalaulah boleh dianugerahkan gelaran, maka dia layak untuk menambah Rosnah Mat Aris tnm.

Pengucapan maaf kepada khalayak ramai jua adalah tidak mencukupi kerana khalayak ramai atau para peminatnya bukanlah Tuhan. Yang boleh memaafkan ialah Khadijah Binti Khuwailid r.a. itu sendiri dan yang mengampunkan adalah Allah S.W.T.

Ummul Mu'minin dah tak ada, terserah kepada Allah S.W.T untuk mengampunkan itu pun sekiranya Rosnah tnm mahu.

Saya selaku umat Islam mengharapkan agar si Rosnah ini bertaubat dan memohon ampun kepada Allah S.W.T. sebelum bala Allah diturunkan kepada kita semua.


Ibnu Hashim
Sejurus Nabi Adam a.s. dan isterinya menghampiri dan memakan buah terlarang dalam Syurga, maka terlucutlah pakaian mereka di saat itu. Maka sibuklah keduanya mengambil daun daun kayu di Syurga untuk menutup aurat mereka yang terdedah itu!

Semua orang tahu akan kisah ini, inilah permulaan asbab untuk manusia ini diturunkan ke bumi...

Maknanya, manusia terawal itu sudah berpakaian. Manusia yang bernama Adam a.s dan isterinya semasa di Syurga telahpun diberi pakaian dan mereka mempunyai naluri yang diletakkan dalam diri mereka oleh Allah untuk merasa malu sekiranya aurat mereka terdedah!!

Tewasnya mereka pada hasutan dan tipu daya Iblis telah menelanjangi mereka berdua. Maka IBLIS lah yang menjadi asbab dan menelanjangi mereka.

Peristiwa yang berlaku kepada bapa umat manusia ini tidak berakhir begitu sahaja. Iblis bersumpah untuk terus menipu dan memperdayakan umat manusia atas dasar dendam kesumat dan kesombongan yang tidak bertepi... Maka sehingga kinilah begitu ramai manusia manusia anak cucu Adam a.s. ini terus menerus ditelanjangi oleh Iblis laknatullah!

Bukanlah berpakaian itu tidak dikira bertelanjang, Nabi s.a.w. pernah memberitahu bahawa orang yang berpakaian yang mendedahkan aurat itu masih dikira bertelanjang! Tak malu kah bertelanjang??

Memang terbukti Iblis ini dan kuncu kuncunya masih lagi terus menelanjangi anak cucu Adam a.s. ini. Ramai di kalangan umat yang mengaku Islam ini masihlagi bertelanjang malah mereka semakin galak dan seronok pula dalam keadaan bertelanjang ini. Mereka bangga pula diberikan gelaran SEKSI , DARING dan lain lain lagi istilah yang diciptakan oleh barat. Memang itu cara hidup mereka di Barat, tapi malangnya cara itu yang kita terima, cara itu yang kita agung agungkan dan akan teruslah kita berterusan menjadi agenda dendam kesumat Iblis untuk terus menelanjangi kita ini anak cucu Adam a.s. dan akhirnya menjadi penemannya di Neraka Jahannam kelak Nauzubillah...

Dalam hal berpakaian ini, kita semua dimomokkan oleh Barat (termasuklah saya) tentang betapa manusia zaman primitif tu pakaiannya 'begitu' dan 'begini'. Mereka berpakaian yang jelas tidak menggambarkan mereka itu bukan di kalangan orang yang beriman. Maksud saya pakaiannya jenis tak tutup aurat baik lelaki mahupun perempuan. Maka mulalah mereka mengklasifikasikan sebagai zaman batu,zaman ais, zaman besi bla bla bla..

Perkara ini menggambarkan kepada kita seolah olahnya, manusia pra sejarah ni, manusia yang tak punyai agama atau manusia paganisme. Bahayanya pemahaman yang sebegini adalah seolahnya agama itu datang kemudian selari dengan ketamadunan manusiawi, iaitu ianya dicipta kemudiannya oleh manusia moden. Walhal kita diajar dalam Al-Qur'am manusia pertama itu adalah seorang manusia yang soleh dan tinggi budi pekertinya sementelahnya pula dia adalah seorang Nabi!! Maknanya di sini, wujudnya manusia itu selaras dan serentak dengan adanya agama dan agama yang dimaksudkan itulah addeen iaitu agama tauhid - mengesakan Allah SWT.

Tidak lah pula saya ini menolak akan adanya mereka yang menentang selepas itu. Zaman sekarang ni pun kita lihat ramai yang tidak tutup aurat! Jadi tak heranlah di zaman dahulu pun ada yang tidak tutup aurat. Yang mengherankan ialah barangkali ada agenda musuh Islam yang cuba secara halus menerapkan kepada kita bahawa manusia primitive (so called)ni awalnya bertelanjang dan kemudianya baru belajar memakai pakaian dan tamaddun terbentuk yang mana akhirnya barulah lahir agama!

Apa pun, memang dari kisah Adam a.s. itu, Iblis lah yang telah menelanjangkan mereka suami isteri dan sehingga kini pun, Iblis dan kuncu kuncunya lah (yang terdiri daripada jin dan manusia) yang menelanjangkan ramai kaum wanita dan lelaki di dunia ini!! Secara fitrahnya Allah memberi pakaian kepada manusia pertama, dan Iblis lah yang menanggalkannya...

Berpakaian...tapi telanjang
Ibnu Hashim
Sedar atau tidak sedar, kedatangan Tahun baru Hijrah ini menandakan bahawa masa kita semakin suntuk.

Sedar atau tidak, baki atau sisa umur diri ini semakin pendek walau ramai yang mengatakan "telah bertambah lagi umurku" namun pada diri ini "telah berkurang lagi umur ku dan telah dekat akan datangnya maut sedangkan bekal ku amatlah sedikit!!!"

Sedar atau tidak, semakin jauh pula kita Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita dan yang paling mendukacitakan semakin jauhhh lah pula diri ini dari sunnahnya nabi s.a.w.

Sedar atau tidak, musuh sentiasa mengintai ngintai untuk membantai umat ini, sedangkan umat ini masih leka beretorika tentang liberalisme kononnya Islam tidak sekeras itu, tidak sejumud itu, tidak seperti itu dan macam macam lagi kenyataan yang dikeluarkan demi mendapatkan 'redha' musuh musuh itu..Sunnah seolah olahnya diperlekehkan atas dasar "itu hanya sunnah/sunatm bukannya wajib" ...itulah umatnya akhir zaman ini yang mana diri ini yang jahil sedang menjalaninya... Ya Allah..selamatkanlah kami dari fitnah akhir zaman ini..

Sedar atau tidak, amalan kita semakin jauh dari menepati apa yang digariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Diri ini teraba raba mencari hidayahMu Ya Allah...tolonglah...

Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya tidak pernah membenci akan sesuatu kaum itu atas dasar perkauman. Semuanya dipersaudarakan dan diikat atas kalimah Lailahaillallah.. Tiada semangat kebangsaan, tiada semangat Nasionalist...tiada tiada tiada..tapi di kehidupan yang diri ini jalani sekarang nih...aduhh... Bantulah Ya Allah...

Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya r.a. tidak pernah membenci akan kaum Yahudi, apa yang dibenci dari mereka itu ialah amalannya dan kesesatan yang mereka beli bagi menggantikan cahaya kebenaran. Amalan dan cara hidup merekalah yang Rasulullah bezakan dari cara hidup dan amalan kita, namun mereka tetap Rasulullah s.a.w. kasih dan menaruh harapan kepada Allah supaya mereka diberi hidayah olehNya... Salah seorang Ummul Mu'minin pun adalah dari kalangan bangsa Yahudi... Ada juga di kalangan Pendeta Yahudi yang masuk Islam.. Memang tepatlah bukan Bangsa yang menjadi ukuran...tetapi iman dan taqwa.

Kalau sudah Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya r.a. menyantuni Yahudi, betapa pula kita ini telah terbalik.. Kita pula membenci Yahudi.. TETAPI AMALANnya pula kita sanjungi. Sedangkan baginda Rasulullah s.a.w. membenci amalan dan cara hidup mereka dan menyanyangi mereka sebagai makhluk Allah, kita pula terbalik!!! Amalannya pula yang kita amalkan dan batang tubuh mereka pula yang kita benci...dan akhirnya, sunnah kita tinggalkan!! Sudahlah kita jauh dari Rasulullah s.a.w, cara hidup yang diajarkan oleh baginda pun sudah semakin jauh kita tinggalkan... Makan kita cara makan Yahudi, pentadbiran kita cara urustadbir Yahudi, pakaian kita memang pakaian Yahudi dan bertentangan dgn syarak... Bila direnungkan, hampir seluruh cara hidup kita adalah cara hidup Yahudi dari pagi ke petang, petang ke malam!!

Kita lebih senang memakai Topi Baseball daripada memakai Kopiah, apatah lagi serban. tak ada siapapun yang akan membantah atau berbisik bisik andaikata kita ini memakai topi baseball, Bandana dan entah apa kebendanya lagi, tetapi cubalah berserban, cubalah memakai kopiah, macam macam yang ditanyakan dan ditohmah. Tak terlintaskah di fikiran yang kamu sibuk sibukkan itu adalah Syiar Islam, yang kamu komen komen tu sunnah Nabi ku dan orang yang sama kononnya kamu akui sebagai Nabi mu.. Tak tahukah kamu pakaian ini mendatangkan pahala sedangkan yang kamu pakai cap, bandana dan segala macam mende tu tak memberikan pahala sunnah bagi mu!!! Tak tau ke kita ni perlukan Syafaatnya di akhirat kelak?? Hidup kita bukankah tidak lain hanya untuk beribadat? Fikirkan sendiri... - terutama diri ini..

Rata rata kita lihat, sentimen yang dimainkan adalah ke arah membenci Yahudi...Yahudi itu, Yahudi ini, Yahudi *&(*&987, Yahudi *&)&)&! Apa sudah lupakah kita Ummul Mu'minin kita berbangsa Yahudi?? Lupakah kita Bapa saudara Ummul Mu'minin pertama kita Pendeta Nasrani? Pekak, buta dan tulikah kah bahawa ramai dikalangan para Rasul itu berbangsa Yahudi?? Butakah kita sehingga tak nampak masih ada di kalangan Umat Yahudi dan Nasara di dunia ini, di zaman ini yang tidak bersetuju dengan tindakan zalim gerakan Zionis dan Nasara yang membantai umat Islam? Tak nampakkah? Tak cukupkah sabdaan Nabi kita yang melarang kita bersemangat Kebangsaan sedangkan ITULAH yang kebanyakan daripada kita laung laungkan...Hidup Melayu...Hidup Melayu... APA NI???? Nak kena penampor dengan Nabi???
Ibnu Hashim
Mafhum Hadith Nabi s.a.w. : "Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". HR Muslim.

Keterangan Hadith:
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

- (Dipetik dari kitab "40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)
Ibnu Hashim
Hari ni hari Wilayah, pagi pagi ni terasa nak beli sok kabar, maka saya pun belilah sok kabar tu..
Rupanya ada sambutan Hari Wilayah, ada bunga api lagi...Sabtu yang lalu ada pesta flora...ni sambut Hari Wilayah lak...tak tau berapa juta juta duit rakyat selesai macam tu jer...aduhai...

Bukankah sekarang ni Negeri Johor dilanda bencana...mengapa masih nak berpesta pestaan? Atau ianya aturcara wajib masa kini? Tak terasa ke kesusahan saudara saudara dan rakyat Johor yang ditimpa bala/musibah itu? Bukankah lebih baik digunakan duit peruntukan itu untuk membantu mereka di johor? Mmmm...sudahlah muka batang hidung tak nampak masa bencana melanda, keprihatinan ke atas kesusahan orang lain pun tak ada.. Berapa banyak yang Kerajaan Wilayah sumbang ke Johor?

Teringat saya akan posting yang lalu tentang keutamaan atau priority dalam bulan Ramadhan dulu. Memang orang kita ni kurang perhatikan akan perkara ini... Inilah akibatkan hukum yang lima - Wajib, Sunat, Makruh, Harus dan Haram tidak diperhatikan dan dipraktikkan betul betul, maka tarbiah iman pun tak kesampaian...
Ibnu Hashim
Tangisan kesyukuran kulihat
Betapa hebatnya sumbangan para pendakwah
Betapa hebatnya sumbangan penggerak Islam
Individu mahupun berkumpulan

Masing-masing dengan amalnya
Masing-masing dalam bidangnya
Masing-masing dengan kemahirannya
Masing-masing dengan kepakarannya

Saling melengkapi antara satu sama lain
Dengan kefahaman Islam yang jitu
Dengan keikhlasan hati yang telus
Hanya mengharapkan redha Ilahi

Dalam mentajdid Islam dalam konteks kerajaan
JAKIM, Majlis dan Jabatan agama Islam negeri, IKIM, YADIM dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid hukum dan memerangi kebatilan
Para mufti negeri-negeri dan para ulama
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid politik Islam dan memerangi sekular
Parti Islam SeMalaysia banyak sumbangannya
Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
tidak perlu membuktikan apa-apa
telahpun menerajui model pemerintahan yang adil
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid masyarakat dan memerangi gejala sosial
JIM, ABIM dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid Sunnah dan memerangi Bid'ah
Dr Mohd Asri, Maulana Asri dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid muamalat Islam dan memerangi riba
Ustaz Zaharuddin dan lain-lain
Bank-bank Islam dan Syarikat-syarikat Takaful
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid rohani dan memerangi penyakit hati
Jemaah Tabligh dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid undang-undang dan memerangi kezaliman
Almarhum Ahmad Ibrahim dan lain-lain
Hakim-hakim dan peguam-peguam syarie
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid ilmu, pendidikan dan memerangi kejahilan
Para pensyarah, para guru dan lain-lain
Universiti Islam, Kolej Islam, Sekolah Islam, Tadika Islam
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid hiburan dan memerangi kelalaian
Raihan, Rabbani, Hijaz, InTeam, Wadi, Akhil Hayy dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid dakwah online dan memerangi dakyah
Para pengusaha laman web, blog, email groups dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Sebenarnya
setiap muslim telah melakukan tajdid untuk diri dan umatnya
dan memang banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Akan tetapi
tangisan kepiluan kulihat
umat tajdid bersengketa sesama sendiri
sedangkan Tuhan hanyalah satu
sedangkan Islam hanyalah satu

Marilah eratkan ukhuwah sesama umat tajdid
kerana kita semua adalah bersaudara
kerana setiap tajdid
melengkapi tajdid yang lain
kerana setiap tajdid
sangat memerlukan kepada tajdid yang lain

Ya Allah
Hanya kepada Engkaulah kami sembah
dan Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus

* Petik dari email kiriman saudara bosman78@yahoo.com
Ibnu Hashim
..Speechless...

Photobucket - Video and Image Hosting
Ibnu Hashim
Hari Selasa yang lepas, aku menerima kunjungan dari seorang sahabat yang ku kenali ketika menjalani latihan dahulu, namanya agak panjang...payah aku nak tulis semuanya...aku try la yer.. Namanya ialah Aranaiyake Sarike Arainaiyake Widyaga (ada satu lagi yg aku lupa).

Nama pendeknya Sarike je aku panggil... Dia ni pilot gak, cuma dia servis kat Sri Lankan Air Force. Dah pernah bunuh LTTE dan memang aku puji puji dia pasal perkara nih, bangganya dia. Bukan apa, LTTE ni bunuh saudara saudara aku di sana! Memang sial LTTE nih... Dalam masjid tengah sembahyang ditembaknya dgn senjata automatik tanpa belas kasihan..aku pernah tengok gambar pembunuhan itu tak lama dulu....

So aku layanlah dia di sini sepanjang dia di sini, dia pun tak lama, sampai Selasa malam, Khamis tengahari dah balik ke Colombo. Dia singgah nak jumpa aku dalam perjalanan pulang ke Colombo dari Australia. Keluarganya sudah migrated ke Australia, anak dan isterinya. Sri Lanka dalam kancah peperangan..

Dia ni dulu roomate aku la masa berkursus tu, dia dihantar oleh kerajaannya untuk berkursus di Malaysia... Agamanya agama Buddha. Aku menghormati pegangannya lantaran dia juga tahu menghormati agama islam. Pada masa kursus tu, ada juga dari negara lainnya, tapi semuanya kaki minum dan cari pompuan. Hanya dia dan seorang lagi dari Myanmar (juga Buddha) yang maintain. Depa suka la join dgn aku nih pasal aku pun tak buat mende mende tu, kira dema ni alim lahh...kami berkursus selama 3 bulan. Tak lepaskan peluang untuk dakwah mereka tu terutamanya Sarike roomate aku tu, dia dengar dengan baik. Yang Myanmar ni payah skit pasal Bahasa Inggerisnya berterabur skit...

Pendek kata, antara tempat aku bawa pergi ialah putrajaya lah dan aku bawa dia masuk menunggu aku solat maghrib dah isya'. Sempat juga aku dakwahkan tentang habluminallah wa habluminnas... Tentang solat aku dan hubungan aku dengan tetamu (dia lah)... Katanya, dia tak dapat ketenangan seperti ini (di masjid) di tokong tokong buddhanya.. Katanya dalam masjid dia rasa tenang! Wah! Alhamdulillah...banyak banyak bersyukur kepada Allah....Sesungguhnya hanya Dia lah yang memberi hidayah...manusia tak berkuasa sedikit pun...

Mudah mudahan akan membuka hatinya mendalami lagi addin ni... Ada juga kau masuk melalui sistem kewangan sebab dia berminat nak melabur dgn aku nih...Maha Suci Allah!

Sememangnya aku pun suka berkawan dengannya dan sebagai kawan, tentulah aku tak suka kalau dia dicampakkan ke api neraka Allah dan KEKAL selama lamanya di dalam neraka...tiada yang dapat menghindar dari bahang api neraka melainkan dengan Lailahaillah (dgn izin dan RedhaNya jua)

Ya Allah! Kurniakanlah hidayah Mu kepada kawan ku Sarike dan juga kaum keluarganya. Juga kurnikanlah yang sepertinya itu juga bagi diriku, keluarga ku dan seluruh sahabat sahabat ku dan selamatkanlah kami dari api neraka Mu...
Ibnu Hashim
Assalamualaikum,

Semalam aku baca di surat khabar orang putih...The Star, Dalam artikel tu katanya, Ketua Polis Negara memberitahu orang surat khabar tu bahawa cuti para pegawai dan anggota dibekukan kerana bencana banjir di Johor!

Kenapa aku tulis nih? Sebenornya aku yakin, cuti dema tu dah lama dah dibekukan iaitu sejak banjir kali pertama lagi (aku rasa la). Tetapi mengapa sekarang pula baru bekukan?

Adakah kerana orang nomor satu tu 'tak bekukan' cutinya ke luar negara dan enjoy nasik kandaq baikk punya ketika bencana melanda pada awalnya... Agaknya lah... Kalau tak, memang la Polis ni tak prihatin sebab baru sekarang ni sahaja nak bekukan cuti...saja nakal nakal skit...
Ibnu Hashim
Hari ni rajin pulak aku ni menulis...ehehe..merapu rapu jer...
Korang pernah naik kapal layar tak? Minat berlayar tak? Ni musim musim banjir nih, elok la blajar belayar... ni ada kapal layar ni ha...tengah dok bina lagi..makan bulan siap wor...
Sapa nak beli? Murah jer... RM30juta...


Sapa le yang mampu beli ni yer...tentu orang kaya jer leh beli...
Photobucket - Video and Image Hosting



Photobucket - Video and Image Hosting
Courtesy: Tok Guru07 - detikdaily

Ibnu Hashim
Baru je tadi keluar berita di TV tiga... Paras sungai di Kelantan sudah normal...

Dalam Berita Hairan pulak, keluar berita hari ni, BANJIR BESAR KEMBALI KE JOHOR... Untuk berita selanjutnya, klik sini.

Mmm...di Kelantan normal, di Johor Banjir Kembali...Banjir Besar...

Musim Banjir Allah alihkan ke Johor??? Kalau banjir di Kelantan sebab kerajaan negeri tak pandai urus sistem perparitan...kalau kat Johor lak, itu bencana? Wallahu'alam.

Apapun, itu semua perencanaan Allah S.W.T. Dia berkuasa atas segalanya... Semoga mangsa mangsa banjir dapat bersabar dan semoga Allah menaikkan darjat mereka dgn kesabaran mereka menghadapi ujian ini.