Ibnu Hashim
Tangisan kesyukuran kulihat
Betapa hebatnya sumbangan para pendakwah
Betapa hebatnya sumbangan penggerak Islam
Individu mahupun berkumpulan

Masing-masing dengan amalnya
Masing-masing dalam bidangnya
Masing-masing dengan kemahirannya
Masing-masing dengan kepakarannya

Saling melengkapi antara satu sama lain
Dengan kefahaman Islam yang jitu
Dengan keikhlasan hati yang telus
Hanya mengharapkan redha Ilahi

Dalam mentajdid Islam dalam konteks kerajaan
JAKIM, Majlis dan Jabatan agama Islam negeri, IKIM, YADIM dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid hukum dan memerangi kebatilan
Para mufti negeri-negeri dan para ulama
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid politik Islam dan memerangi sekular
Parti Islam SeMalaysia banyak sumbangannya
Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
tidak perlu membuktikan apa-apa
telahpun menerajui model pemerintahan yang adil
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid masyarakat dan memerangi gejala sosial
JIM, ABIM dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid Sunnah dan memerangi Bid'ah
Dr Mohd Asri, Maulana Asri dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid muamalat Islam dan memerangi riba
Ustaz Zaharuddin dan lain-lain
Bank-bank Islam dan Syarikat-syarikat Takaful
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid rohani dan memerangi penyakit hati
Jemaah Tabligh dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid undang-undang dan memerangi kezaliman
Almarhum Ahmad Ibrahim dan lain-lain
Hakim-hakim dan peguam-peguam syarie
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid ilmu, pendidikan dan memerangi kejahilan
Para pensyarah, para guru dan lain-lain
Universiti Islam, Kolej Islam, Sekolah Islam, Tadika Islam
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid hiburan dan memerangi kelalaian
Raihan, Rabbani, Hijaz, InTeam, Wadi, Akhil Hayy dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Dalam mentajdid dakwah online dan memerangi dakyah
Para pengusaha laman web, blog, email groups dan lain-lain
banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Sebenarnya
setiap muslim telah melakukan tajdid untuk diri dan umatnya
dan memang banyak sumbangannya
tidak perlu membuktikan apa-apa
marilah kita memberikan sokongan

Akan tetapi
tangisan kepiluan kulihat
umat tajdid bersengketa sesama sendiri
sedangkan Tuhan hanyalah satu
sedangkan Islam hanyalah satu

Marilah eratkan ukhuwah sesama umat tajdid
kerana kita semua adalah bersaudara
kerana setiap tajdid
melengkapi tajdid yang lain
kerana setiap tajdid
sangat memerlukan kepada tajdid yang lain

Ya Allah
Hanya kepada Engkaulah kami sembah
dan Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus

* Petik dari email kiriman saudara bosman78@yahoo.com
0 Responses

Post a Comment