Dialah ALLAH, segala puji pujian bagiNya, tidak ada yang berhak untuk disembah melainkan Dia Yang Maha Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagiNya segala sesuatu yg ada di langit dan yang ada di bumi, tidak ada yang dapat memberikan syafaat melainkan izinNya. Dia Maha Mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan kami mahupun di belakang kami. Tiadalah Tuhan melainkan Dia dan aku ini hambanya yang lemah lagi hina. Sampaikanlah Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabatnya ridwanullahu 'alaihim ajmain.
Hari ini Satu Muharram. Berlalu sudah tahun 1431 tanpa akan kembali lagi. Tercatitlah segala amal baik dan amal buruk segala anak Adam termasuklah aku ini. Mudah mudahan ALLAH ampuni ku dan menambahkan kepada ku kebajikan dan menghapuskan dari ku kemungkaran dan kemaksiatan yang aku lakukan sepanjang tahun yang telah pun pergi meninggalkan kita tanpa mungkin akan kembali lagi..
Menjelang tahun ini, aku dikurniakan satu kurnia yang amat berharga buat diri ku. Aku amat amat bersyukur kepada Mu Ya ALLAH atas kurnia Mu ini. Semoga kali ini aku akan lebih menghargainya dan menjaganya dengan lebih baik lagi agar dia tak hilang lagi dari ku. Di hujung hujung 1431H, aku memperolehi kembali apa yang telah hilang dari sisi aku sekian lama, ia amat berharga bagi diri aku dan hidup aku ini dan ia telah diambil pergi dari hidup aku beberapa ketika yang dulu..Kali ini aku jua dapat melihatnya dengan jelas tanpa perlu aku mencuri curi atau menjeling jeling lagi ahahaha Mudah mudahan dengan izinNya dapatlah aku melaksanakan apa yang selama ini aku impikan dan janjikan. Segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu itu lagi Maha Bijaksana.. Kurniakanlah kesabaran ke atas kami hamba hamba Mu yang super lemah ini Ya ALLAH dalam kami melewati hari hari yang bakal mendatang ini.
Tahun 1432 ini juga menyaksikan akan perjuangan yang belum selesai sejak akhiran 2-3 bulan tahun 1431H.. 'Pembersihan' perlu dilakukan kepada apa yang tak betul selama ini. Kalau dulu jenuh bersangka baik setelah persoalan demi persoalan bertimpa timpa ditanyakan, alhamdulillah dengan hikmahnya kehadiran Humaira' telah berjaya membongkar apa yang selama ini tersembunyi. InsyaALLAH, mudah mudahan ALLAH memberikan kemenangan kepada yang Haq dan menghancurkan kebathilan serta menggantikannya menjadi lebih baik. Apa yang aku tulis ni adalah untuk catatan diri ku sendiri. Lagipula masih terlalu awal untuk aku menulis, perlaksanaan perancangan baru sahaja mahu bermula. Semoga apa yang kami lakukan mendapat keredhaan ALLAH jua insyaALLAH..
p/s: Aku tetap aku ...tak berubah....insyaALLAH

Post a Comment