Ibnu Hashim
Baru baru ini Insani di TKO telah meletakkan satu thread berkenaan dengan Penahanan Org org Korea oleh Taliban itu sebenarnya adalah misinari Kristian atau mubaligh kristian.

Sememangnya kedatangan mereka ke Afghanistan adalah untuk mengambil kesempatan atas keadaan huru hara di sana dengan cuba untuk mengkristiankan umat Islam di sana. Ironinya, target mereka adalah kanak kanak dan di kalangan mereka yang lemah. Mereka mengkristiankan orang bukan atas dasar kebenaran tetapi dengan cara bacul mengambil kesempatan atas kesempitan dan kesusahan orang lain.

Maka oleh itu mereka ditangkap, maka riuhlah satu dunia betapa jahatnya Taliban yang menangkap para mubaligh itu tanpa dilihat dari konteks kenegaraan itu sendiri. Adakah mubaligh Kristian itu dikejar dicari di Korea? Afghanistan adalah negara umat Islam, salahkah mempertahankan negara sendiri dan aqidah umatnya?? Tapi seperti biasa, dunia sudah terbalik, pembela agama dan negara pula dilabelkan pengganas oleh musuh musuh Islam dan mereka yang dengki kepada Islam. Adakah para mubaligh itu mengharapkan kedatangan mereka ke medan peperangan itu disambut dengan karpet merah?

Ada seorang forumner kristian di situ yang dengan lantang meminta bukti dengan kata kata menuduh pembuka thread dan Taliban itu sendiri dengan label dan tuduhan yang dia sendiri tidak sertakan dengan bukti!! Memang jelas double standard mereka itu, ibarat protokol zion yang diamalkan oleh Yahudi... kalau berlaku zalim sesama mereka tak boleh, tapi kalau berlaku zalim kepada selain Yahudi..itu tak mengapa kerana selain Yahudi adalah Goyim!

Senjata nuklear amat merbahaya kepada dunia..boleh mengancam keselamatan dunia..boleh membawa bencana kepada umat manusia..bla bla bla bla...tapi kat negara mereka, senjata nuklear yang mereka ada cukup untuk membelah dunia ini terbelah kepada dua!!! Orang lain tak boleh..mereka boleh!

Sejarah dunia menyaksikan betapa Amerika satu satunya negara yang pernah 'nuked' negara lain iaitu Jepun. Mana ada negara lain yang pernah menggunakan senjata Nuklear hatta mantan Soviet Union sekalipun! Maka siapa yang lebih merbahaya?

Dalam thread itu, jelas sekali para kuffar ini bertolong tolongan sesama mereka walaupun perkara yang batil. Mereka akan bersatu untuk menyerang dan menghancurkan umat islam ini. Kita masih lagi berbalah boleh ke tidak 'suicide bomber' ini dibolehkan..masih bertelagah boleh ke tak boleh..namun aku yakin, andai mereka di tempat kita, mereka akan sokong sesokong sokongnya atas apa sahaja kaedah asal sahaja yang diserang yang dimomokkan itu adalah UMAT ISLAM!!


Ada seorang forumner meletakkan link 'bukti kegiatan para pendakyah kristian itu di Afghanistan. Dan seperti biasa, forumner kristian itu berdolak dalih dgn mengatakan anak anak itu memangnya kristian dari awal tanpa memberikan bukti!! Ye lah, bukti hanya perlu untuk umat Islam buktikan..mereka tak perlu!!! Aku tampal kat sini..





0 Responses

Post a Comment