Ibnu Hashim
Diri ini…

Sudah sememangnya kita ini terlalu hina sehina hinanya dan terlalu lemah selemah lemahnya dgn segala sifat sifat kekurangannya di sini Allah, Tuhan yang menjadikan alam semesta ini…. Maka celakalah orang orang yang mengsyirikkan Allah…mereka yang mengatakan Isa a.s. itu anak Allah… Mereka menyembah Berhala…mereka menyembah batu, kayu , matahari, api gunung gunung…dan apa sahaja yang mereka sangkakan sebagai tuhan tuhan mereka…alangkah jauh sesatnya mereka itu…

Dan kita umat Islam…umat yang dikurniakan dengan Iman…yang dikurniakan dengan Syahadah...yang dijadikan sebagai umat terpilih....umat akhir zaman yang dicemburui oleh Nabi Musa a.s. dan dipohon oleh Nabi Musa a.s. untuk menjadi umat ini…sedangkan baginda itu seorang Nabi…Nabi yang boleh berkata-kata dengan Allah S.W.T. namun dipohonnya untuk menjadi umat Muhammad…Umat akhir zaman …

Kenapa kita tak rasa bangga? Kenapa kita malu berkopiah? Kenapa malu berserban? Ya! Ianya bukan syariat..tetapi ingat..ianya adalah Syiar!! Nabi mu orang Arab..sememangnya begitulah pakaian orang Arab, sememangnya begitulah jua baginda s.a.w. Namun pakailah dan amalkan lah sunnah kerana Allah dan sebagai tanda kasihkan Nabi s.a.w. Pedulikan mereka yang mengatakan ianya hanyalah adat...pedulikan mereka... Kenapa serban ini yang dia nampak? Kenapa janggut ini yang dia tegur? Pegi kamu ke sana main jauh jauh…pergi sana kamu tegur anak anak muda tepi jalan yang berpakaian sepertinya orng kafir! Kenapa tak tegur mereka? Kenapa tak beritahu mereka itu pakaian orang yang tak percayakan Allah? Kenapa pakaian sunnah itu yang kamu perlekehkan? Kenapa???

Sesungguhnya, kita ini kecil…terlalu kecil…lemah tak berdaya… Tiadalah kekuatan melainkan Engkau Ya Allah… Wahai diri..kenapa engkau ini malas sujud kepadaNya... Wahai diri..tak sedarkah engkau baruuuu sahaja sebentar tadi Si Izrael datang melawatmu? Aduh celakanya diri kalau masih sombong...masih berlagak dan merasa hebat...sedangkan engkau itu...ah....terlalu hina!

Pernah ku baca kisah yang menceritakan kisah orang terakhir masuk Syurga. Orang ini celaka di awalnya dan dibakar serta di seksa di Neraka, namun dengan syahadah sebesar biji sawinya Allah kemudianya mengampunkan setelah entah berapa jutaan atau billion tahun menderita di Neraka!!

Masuk sahaja ke Syurga Allah, dia merasa malu dan merasa dia diperli..kerana Allah menganugerahkannya syurga yang keluasannya SEPULUH KALI GANDA besarnya Dunia ini!!! Nah...siapakah di dunia ini yang begitu hebat jika dibandingkan dengan hamba Allah itu tadi nantinya di Syurga? Paling kayapun tak pernah ada mana mana manusia yang memiliki DUNIA ini seluruhnya...Tetapi hamba Allah ini, yang merupakan orang terakhir masuk ke Syurga Allah, diberikan syurga yang luasnya 10 kali ganda dunia... Dia rasa seolahnya tidak percaya....luasnya!

Wahai diri yang masih cintakan dunia ini...luaskah 10 kali dunia itu? Besarkah 10 kali besar dunia itu? Ya...memang besar...tapi sebelum itu, sila lihat video di bawah ini....

Ibnu Hashim
Pernah dulu aku mengikuti satu kuliah yang disampaikan oleh Dato' Harun Din... Dalam kuliahnya itu menceritakan betapa lemahnya manusia ini...betapa kerdilnya manusia ini...

Dato' membawakan satu hadith yang menceritakan akan kehebatan makhluk ciptaan Allah S.W.T. ini. Dalam kisah itu, Malaikat Jibril a.s. menjelma dalam rupa bentuk yang asalnya kepada baginda s.a.w. Baginda melangut ke atas melihat betapa besarnya Jibril itu sampai kepala melepasi langit (awan)... Baginda melihat Jibril mempunyai 600 pasang sayap...yang mana sekiranya dia membuka SATU sayapnya yang disebelah timur, maka akan gelaplah timur seluruhnya (maknanya sayapnya itu terlalu panjang), dan jika dibukannya sayap yang di sebelah Barat, maka akan gelaplah barat seluruhnya... dan itu baru SEPASANG sayapnya sahaja sedangkan ia mempunyai 600 pasang!!


Nabi memuji muji akan kehebatan dan keagungan Allah menciptakan makhluk yang begitu hebat...Namun Jibril mencelah, katanya ada lagi makhluk Allah lainnya yang diciptakan lebih hebat dari ku... Nabi bertanya makhluk apakah lagi yang lebih hebat penciptaannya dari engkau Jibril? Jibril menjawab iaitu Malaikat >>>>> (saya lupa nama malaikat ini-maaf atas kelemahan diri ini) Malaikat >>>> ini mempunyai 600 pasang sayap juga, sama seperti Jibril...namun sekiranya Aku (jibril) membukakan kesemua sayap sayap ku (1200 sayap) baru sahaja sama dengan SATU daripada 1200 sayap Malaikat >>>>> itu!!! Nabi sekali lagi merasa kagum dan mengucapkan puji pujian kepada Allah S.W.T. atas kehebatannya dgn menjadikan makhluk yang begitu hebat!

Tapi sayangnya manusia yang begitu kecil ini tak sedar diri!! Malaikat yang begitu hebat itu tak pernah sekali pun meninggi diri apatah lagi sombong melawan Allah...beraninya kita ini melawan Allah..perintahNya kita langgar...SyariatNya kita tongsampahkan... LaranganNya kita buat sedangkan SuruhanNya kita tinggal malah memperlekeh lekehkan pulak... Na'uzubillah... sedarlah diri tu sapa...Kecikkkkkkkkkkkk jer....

Kemudian dari itu, Jibril a.s. memberitahu lagi kepada baginda s.a.w. bahawa ADA lagi makhluk yang lebih besar dari itu lagi!!! Makhluk apakah itu Ya Jibril? Jibril memberitahu iaitulah Malaikat Israfil... Malaikat Israfil ini juga begitu, mempunyai 1200 sayap (600 pasang) yang mana sekiranya Malaikat >>>>> itu tadi MEMBUKA KESEMUA 1200 sayapnya itu, maka hanya menyamai dgn SATU sayap Malaikat Israfil.... Subhanallah!!! Begitu hebat penciptaan Mu Ya Allah!!!

Nabi terus terpesona dan memuji muji akan kebesaran Allah dan kehebatanya... Begitu besarnya Jibril yang ada di depan mata baginda itu sekarang, rupanya Jibril itu masih terlalu kecil jika dibandingkan dgn Malaikat >>>>> itu, apatah lagi terlalu amat amat kecil sekali jika dibandingkan Malaikat Jibril itu dengan Malaikat Israfil ...Nak dibandingkan dengan Manusia?? Huh...

Kemudian itu Malaikat Jibril a.s. berkata lagi... Ada lagi yang lebih besar lagi dari itu Ya Rasulullah s.a.w !! APa itu ya Jibril? Iaitulah Malaikat Penanggung Arasy Allah... Yang besarnya sama seperti perbandingan yang telah dibuat sebelum ini jika hendak dibandingkan dengan Malaikat Israfil... dan Malaikat -Malaikat ini ada 7 kesemuanya....Subhanallah... Kalau sudahnya begitu...Arasy Allah itu Besar mana??? Subhanallah!!! Nak menanggungnya sahaja ada TUJUH malaikat yang tak terbayangkan betapa besarnya tubuh mereka itu, dari itu Arasy tu betapa pulak hebatnya!!! Allahu Akhbar!!!

Manusia? Ah!!! Lebih kecil daripada sebutir zarah pun jika hendak dibandingkan dgn Makhluk Makhluk hebat itu...tapi manusia yang lemah dan kerdil inilah yang banyak melawan....Masih merasa diri Hebat..Masih lagi lagho dengan dunia hingga terbuai jauh dari rahmat Allah..Masih lagi sombong, kikir, ujub, riya' dan berbagai bagai lagi sifat sifat mazmumah..Makhluk lain yang begitu hebat kejadiannya tunduk patuh taat kepada Allah S.W.T. dan begitu amat takut kepadaNya....Kenapalah diri manusia ini tak sedar diri? Nak sedar masa bila?? Nak berlagak sombong dengan pangkat harta tu sampai ke mana? Ya Allah...semua ini, termasuklah diri ini....Ampunilah Ya Allah...ampunilah daku....ampun Ya Allah...ampun Ya Allah....Hamba Mu ini bertaubat...berilah kekuatan Iman Ya Allah...kemanisan Iman Ya Allah...dan tetap beristiqamah di jalanMu Ya Allah...Tiadalah Daya dan upaya ku melainkan Engkau Ya Allah! ALLAHU AKHBAR!!!
Ibnu Hashim
Assalamualaikum,

Kebahagiaan sejati masih belum habis ku siapkan...banyak lagi rujukan yang perlu dilakukan...namun, ingin jua melepaskan rasa rindu dendam di sini...blog bisu..

Pernah aku menonton cerita Star Trek suatu ketika dahulu...dan sememangnya aku minat dgn sains fiksyen nih..membuka minda kepada sesuatu yang jasad tidak mampu mencapainya tetapi mampu dicapai dengan akal kurniaan Illahi Yang Maha Agung. Jadi dalam kisah itu, menceritakan tentang sejenis makhluk asing yang digelar sebagai 'Q' yang mempunyai pelbagai kuasa ajaib (kisah mcm ni tak berapa gemar sebenarnya). Q melakukan apa sahaja yang terdaya untuk mempengaruhi Komander kapal angkasa The Enterprise supaya dia menerima pelawaannya untuk menjadi Q juga sepertinya. Namun ianya ditolak dan semua crew juga menolaknya..di pendekkan cerita, Komander kapal itu membuat satu kenyataan yang dangkal dgn mengatakan :q sebenarnya sedar akan kemampuan manusia ini tiada batasannya, dia sedar suatu ketika nanti, ilmu manusia akan mengatasinya dan kitalah yang berkuasa...Di ketika itu, kita menjadi Tuhan kepada alam semesta ini...

Aku bukan nak mempertikaikan ayat komander itu sebab 'menjadi tuhan' itu boleh diertikan dalam dua makna iaitu dari segi istilah dan bahasa. Namun dari cerita itu aku menganggap maksud dia ialah manusia akan benar benar menguasai alam dan menjadi seperti tuhan! Angan angan kosong!!!
Ibnu Hashim
Kebahagiaan KeTiga – MELALUI TITIAN SIRAT DAN SELAMAT SAMPAI KE HUJUNGNYA

Di akhirat kelak, semua jin dan manusia daripada Adam a.s. sehinggalah manusia terakhir tidak akan terlepas daripada melalui titian Sirat ini. Titian yang halus dan tajam yang merentangi Neraka Jahim... Dalam tazkirah ust Abdullah itu dikatakan titian itu panjangnya memerlukan perjalanan sejauh 3000 tahun!! Betapa jauhnya perjalanan itu dan betapa panjangnya titian sirat yang perlu kita lintasi itu...Mampukah kaki kita tetap di atasnya tanpa tergelincir sepanjang perjalanan sejauh itu!!!????? Mampukah? Subhanallah....

Di kala itu, kita juga tidak terlepas dan berada di saf safnya menantikan giliran untuk kita pula...bayangkanlah kita lihat sendiri dengan mata kepala kita sendiri akan kebenaran janji janji Allah S.W.T. Ketika ramai manusia dan jin bersesak sesak, ada yang melintas dengan muka nya ke bawah...ada yang merangkak..ada yang berlari lari anak...yang sepantas bayu..sepantas kilat...malah kita lihat sendiri lebih ramai umat manusia itu yang jatuh tergelincir ke lembah neraka Jahim yang berada di bawahnya!!

Keadaan itu, kita sendiri risau akan diri kita sendiri...mampukah kita melepasinya sedangkan ramai yang telah jatuh terjerumus jauhhh ke bawah sana... Amatlah sedikit yang mampu melepasinya... Tidakkah kita takut dan risau? Mengenangkan hidup di dunia yang penuh lagha dan noda, mampukah kita melepasinya??

Bayangkanlah akan ketakutan yang kita rasai...Ya Allah.... ampunilah akuuu... Namun di akhirat tiada lagi amal yang boleh kita lakukan..tiada lagi sujud yang dapat kita kerjakan...apakah ada sekelumit jasa bakti dan amal yang kita lakukan itu dapat menyelamatkan kita? Dan sudahlah pula seciput amal bakti dan ibadah semasa di dunia, persoalannya, adakah ianya diterima pula oleh Allah???? Luluskah??

Di depan mata kita kita melihat manusia berjuta juta jatuh dari titian itu!! Giliran kita semakin hampir...!!! Seorang demi seorang yang berdiri di hadapan kita telah sampai giliran melintasinya dan ianya semakin dekat kepada kita!! Tiada tempat lain lagi untuk kita tujui selain dari melalui titian itu.


Malaikat-malaikat bengis tak mungkin memberikan kasihan kepada kita. Tiada wang rasuah yang dapat disuapkan kepada mereka..tiada harta yang dapat ditawarkan kepada mereka..tiada wanita yang dapat melembutkan mereka...mereka satu Makhluk hebat yang amat taat dan tidak mungkin sekali kali mengengkari Allah S.W.T.. MALAHAN kita sendiri tiada apa satu besar habuk pun harta harta yang kita kejar semasa hidup di dunia ini yang kita bawa bersama!!! Semuanya harta harta dunia itu kita tinggalkan di belakang....harta harta itu tiada memberi sebarang manfaatpun kepada kita kecuali yang diinfaqkan kembali ke jalan Allah...

Tak takutkah kita? Masih rasa hebatkah kita?? Tidak kah kita takut yang amat sangat ketika itu? Masih lagi nak berlagak sombongkah dengan Pangkat kita? Aku Jenderal! Aku Raja! Aku PM! Aku Pemimpin Dunia!!! Nah!! Mana dia penyokong penyokong kita yang dahulunya sentiada menyokong kita tanpa belah bahagi tak kira perbuatan kita benar atau tidak...semuanya mereka sokong!! Mana?? Mana?? Mana??


Oh! Mereka juga sibuk dengan hal mereka...mereka juga SAMA sahaja seperti kita..menanti untung nasib dan pembalasan atas kerja kerja yang dilakukan semasa hidup di dunia dulu... Alangkah sedihnya kita....Sedangkan kita menyaksikan semuanya secara Live dan kita lihat sendiri di bawahnya Sirat ialah api neraka menjulang julang menelan setiap yang jatuh dari titian sirat itu!

Hiruk pikuk jeritan kesakitan manusia diazab jelas kedengaran di telinga dan dilihat dengan mata kita...Api Neraka diberitakan bagaikan mengaum ngaum berpesta meminta habuannya membakar dan mengazab manusia manusia yang berdosa dan bermaksiat kepada Allah S.W.T. Benci sungguh ia akan manusia manusia yang berdosa itu...Seronokkah kita pergi kepada yang membenci kita!!? Ya Allahhhhhhh........

Maka dari itu, bukankah ianya merupakan bahagia yang amat tidak terhingga kepada kita apabila kita selamat sampai ke hujungnya titian sirat itu dengan izin Allah S.W.T.? Di kala itu, ITULAH KEBAHAGIAN yang sejati dan hakiki untuk kita umat Islam ini...Berjaya melintasi titian Siratul Mustaqim hingga ke hujungnya menuju Syurgawi... Tak bahagiakah kita di ketika itu...?? Ya Allah...jadikanlah kami dari golongan orang orang yang berjaya di dunia dan di Akhirat..berjaya melepasi Siratul Mustaqim....

Ibnu Hashim
Kebahagiaan Kedua – MATI DALAM IMAN DAN SELAMAT DARI TIPU DAYA SYAITAN KETIKA MENGHADAPI SAKARATUL MAUT

Bahagian kedua bagi orang Mukmin itu adalah ketika Ruhnya dicabut adalah dalam kalimah LAILAHA ILLALLAH maka matilah ia dalam keadaan beriman kepada Allah S.W.T. InsyaAllah, redhalah ia akan Allah dan redhalah Allah akan ia.
( *Dibawah ini dipetik dari yahoogroups = filsafat)
Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."

Berkata ulamak Syaitan: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

"Bagaimanakah Zat Allah?" Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. (sumber: *Filsafat Yahoogroups)

Alangkah berbahagianya hamba Allah itu apabila terselamat ia dari tipu daya Iblis dan Syaitan ketika Sakaratul Maut itu? Bukankah ianya merupakan satu kebahagiaan yang tidak terbandingkan jika hendak dibandingkan dengan bumi dan segala isinya ini?

Setelah ’lulus’ ujian sakarat ini, maka yang seterusnya insyaAllah akan menjadi lebih mudah dan begitulah sebaliknya sekiranya ’gagal ujian sakarat itu...

"Katakanlah bahwa sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri daripadanya itu, pasti akan menemui kamu kemudian kamu semua akan dikembalikan kepada Dzat Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Selanjutnya Dia akan memberitahukan padamu semua apa-apa yang kamu lakukan." Al-Jumu’ah:8


"Sesungguhnya Alam Kubur itu merupakan awal dari Alam Akhirat. Siapa yang selamat dalam tahap pertama itu, untuk selanjutnya akan lebih ringan. Namun siapa ayng tidak selamat, maka untuk tahap tahap selanjutnya akan terlebih berat." H.R At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim.


Dan di kuburnya dia dari golongan yang berbahgia, sesungguhnya kubur itu samada menjadi sebagai taman daripada taman taman syurga atau sebaliknya menjadi lubang daripada lubang lubang Neraka..dibukakan padanya pintu syurga/ Neraka siang dan malam.

Ya!! Terselamat dari tipu daya Iblis dan Syaitan ketika Sakaratul Maut itulah KEBAHAGIAAN bagi seorang Mukmin...
Ibnu Hashim
Kebahagiaan Pertama – Tidak Membuat Dosa Pada Hari Yang Dilalui

Ianya adalah merupakan satu kebahagian bagi seorang mukmin itu apabila hari yang dilaluinya, qalam terangkat daripadanya melalukan dosa! Alangkah bahagianya bila rekod amal kejahatannya pada sehari hari itu kosong dan tiada dicatatkan sebarang dosa yang telah dilakukannya pada hari itu!

Sesungguhnya kehadiran dan kewujudan kita ke dunia ini hanyalah untuk beribadat kepadaNya dan tidak bermaksiat kepadaNya. Itulah TUJUANnya kita ini diwujudkan di alam maya pada ini... Maka apabila kita bermaksiat kepada Allah S.W.T. maknanya kita telah menyalahi hukum asal tujuan kejadian dan kewujudan kita ke muka bumi ini. Namun, manusia ini tidak sunyi dari salah dan silap dan dengan RahmatNya dan sifat Al-GhafurNya sentiasa mengampuni setiap dosa anak Adam sekiranya mereka bertaubat dan memohon keampunan dariNya.

Bayangkanlah apabila hari yang dilalui oleh seorang mukmin itu, tiada dicatitkan sebarang dosa padanya...alangkah gembiranya mukmin itu pada ketika ianya berlaku. Tiada sebarang dosa dilakukannya pada hari itu sedangkan manusia ini tidak sunyi dari salah dan silap namun mukmin ini berjaya mengelakkan melakukan sebarang dosa dan maksiat kepada Allah S.W.T. sekaligus menepati tujuan asal ianya diwujudkan! Alangkah bahagianya!! Inilah kebahagiaan atau Hari Raya yang pertama untuk orang mukmin!!
Ibnu Hashim
Photobucket - Video and Image Hosting