Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamduliillah. segala puji pujian hanyalah layak bagi Mu Ya ALLAH, Tuhan Pentadbir sekelian alam, Engkaulah Yang Awwal, Engkaulah Yang Akhir.. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi s.a.a.w dan para sahabatnya ridwanullahi ajmain.

Dalam sedar tak sedar, telah pun melangkah ke tahun Masehi yang baru sedangkan baru sahaja mencecah ke tahun Hijrah yang ke 1432.  Pelbagai kisah dan pengajaran diberikan ALLAH di hujung dan awal tahun ini. Subhanallah... Engkaulah Pengatur Yang Maha Agung ke atas alam ini dan setiap isinya. Tiadalah kami melainkan Engkau...

Pertembungan antara yang haq dan yang bathil sentiasa akan berterusan selagi ada mentari, selagi ada bulan dan selagi ada langit. Itulah sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa ke atas alam ciptaanNya ini. Yang Zolim ditimpa bala, Yang 'adil ditimpa musibah. Hanya 'amal yang dapat membezakan antara keduanya dan ilmu membezakannya siapa yang haq dan siapa yang benar.

Mata zohir manusiawi banyak menipu pemiliknya, tiadalah yang dapat melihatnya secara terus melainkan dengan seizinNya jua. Dia lah Pelindung, Dia lah Pembela, Maha Suci Engkau Ya ALLAH! Selagi nafas masih mampu untuk dihelakan, selagi itu engkau pasti akan diuji. Janganlah terpedaya dengan rupa paras pakaian dan tutur kata yang sopan seseorang itu. Dan janganlah pula seawalnya mengeji dan mengutuk pada mereka yang agak kurang dalam hal ini sebaliknya kasihanilah mereka juga dan doakanlah mereka agar diberi hidayahNya jua.. Kerna itulah kasih Nabi pada umatnya ..

Rasanya cukup utk setakat ini dulu blog aku bagi memecah keheningan dan 'kekuburan' blog sepi aku ini. Sementelah aku pun di CC sahaja, masanya terbatas dan terasa agak janggal jua.. Semoga ALLAH memelihara ku, keluarga ku. orang orang yang aku sayang serta umat ini yang ikhlas berjuang keranaNya. Moga moga kita dihimpunkan bersama orang orang yang ALLAH redhoi di sana nanti. Detik itu semakin menghampiri kini ...ALLAHU Robbi ...

Maafkan aku teman teman sekelian atas perilaku dan tuturkata yang menyakitkan hati kalian. Aku mohon maaf dari lubuk hati ku yang paling dalam. Sesungguhnya aku ini lemah dan lalai ... dunia masih menghambatku walau sekuat mana aku menghumbannya... Hanya padaNya aku berserah diri...

Wassalamu'alaykum warahmatullah..

ntahapahapa..