Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah...

Dua hari lepas aku membawa tetamu tetamu Sarawak dan anak anak mereka ke Gunung Lang ..

Rilek rilek...

Bukan bawak panjat gunung... tapi Gunung Lang ni tempat rekreasi daaa..

Per pun, bukan nak cerita keindahan Gunung Lang tu.. tapi nak cerita pasal Berok ... (Kera sebenarnya..tapi perkataan 'berok' lebih komersial... ehehehe)

Kat situ almaklumlah hutan, ada la grup grup berok kat situ.. Si Freddy ni dia pi beli maruku la..kacang la..itu laa..ini laa.. buat jajan budak budak tu.. errr...aku pun tumpang maa.. jan marah ek..

Kami pun lepak kat belah tasek yg tak ada ramai org..

Kat tempat lepak yg utama (main) tu ada banyak la pulak 'ikan duyung' naik ke darat.. naya je budak budak tahfiz ni hilang hafazan deme... So kami berangkat ke sebelah Tasik balik bukit batu kapur tu yg ada air terjun buatan tu..

Lepak kat situ maka ternampaklah sekumpulan beruk kera yg memerhatikan kami, ada seekor yang dominan dok paling dekat dan dahan yg paling rendah..memerhati kami. Sekali sekali dia menyeringai menunjukkan taringnya yg boleh tahan tajamnya!

Si Farid ni memang tak reti takut (memang kami mahukan anak anak pemberani bakal pemuda pemberani masa depan!) dia pi acah acah beruk tu. Yg si Murni ni pulak (ni lelaki yer..ehehe) pi dakwah beruk tu.. katanya.. "Ucaplah Laailaha illallahh.."  Tak tau la aku nak kata apa apa kat dia tu.. ehehehe.. Beruk tu menyerongin je ..agaknya dia faham kalimah tauhid tu!

Diperhatikan bahwa dia lah satu satunya beruk jantan kat situ.. banyak betul bini dia..mahu belas belas ekor.. yg kecik kecik junior tu ada la yg jantan. Cemana aku tau jantan betina? Ahhh... payah nak citer...tak yah tau lah ye.

Budak budak ni perhatian dah ke berok berok tu..ikan ikan yg bermain di gigi air tak menarik perhatian mereka lagi.. Farid, Usop, Rasyid tak sudah sudah cuba membaling maruku pada Ketua Berok tu, dia nak sambut tak manjang tak dapat.. akhirnya dia turun ke bawah tapi dgn hati hati...
satu satu dikutipnya..kiri kanan disuapkan ke mulutnya.. bila dia mula makan, maka turunlah bini bini dia pulak.. yg junior junior tinggal di atas...

Kami bergerak ke belakang sikit, ada bukit kecil dalam 2 kaki tinggi umpama busut.. kami letak maruku dan segala mak nenek di situ.. nak turun ketua beruk dan bini dia (bini tua kot) ehehe.. yg lain memerhati...

Nah! Lihat lah betapa besarnya kasih sayang ALLAH dan betapa luasnya rezeki ALLAH. Walau pada zahirnya kami yg memberi makan, tapi ALLAH lah yg telah menakdirkan pada hari tu, kamu berok..makan Maruku, kacang dll.!

Berok tak tahu memasak.. berok tak tau pelekat api (korang faham ke maksud pelekat tu?) .. malah nak buat percikan api pun berok tau tau. Jangan tanya la berok tau tak nak tanam gandum, semai gandum, meracun, menuai.. menggiling gandum jadikan tepung, dari tepung buat pulak macam macam..contohnya maruku ka...ada pa.. Tau ke berok tanam kacang?  Macam mana la berok nak cari akal utk buat resepi masak maruku nih? Acuannya? Kualinya? ah ah...macam macam lagiii..

Berok tau ker?

Tau?

Takkkkk!!! Berok tak tauuuu...

Abih cam ner pulak ALLAH takdirkan hari tu waktu tu Berok ni Dia rezkikan dgn Maruku? (dah berlaku baru kita tau taqdir ALLAH itu)

Itulah TANDA kekuasaan ALLAH. Dia Maha Berkuasa dan Dia menentukan segalanya walau pun mustahil pada akal kita.

Berok yg tak tau serba serbi pun dapat makan Maruku, dapat makan Kacang yg siap digoreng. Berok yg tak pernah tanam kacang pun dapat makan Kacang dll. Inilah kebesaran dan kemurahan ALLAH!

Nah! Apa pula masalah kamu wahai manusia? Tak yakin kah kamu dgn janji janji ALLAH? Mengapa kamu takut kehilangan Dunia mu sampai sahaja kerja kerja pejabat, perniagaan, perkhidmatan kamu menghalang kamu dari mencari Redho ALLAH?  Bukankah Dia boleh memberimu apa sahaja tanpa kamu sangka sangkakan? Sama macam berok berok tu!?  Agak agak kamu? Yakin kamu dgn yakin beruk..mana yang lebih tinggi? Agak agak laa...  (kalau aku..memang yakin berok tu lagi tinggi dari aku yg lemah nih..aduhaii dirii..)

Sudah sudah lah itu..

bila tiba panggilan Azan.. tinggalkan ladang ladang mu..tinggalkan jabatan jabatan mu, tinggalkan anak isteri mu..(anak lelaki bawak sama!).. tinggalkan komputer.. tinggalkan kereta, tinggalkan permainan..malah tinggalkan SEGALA GALANYA.... lantaran dunia ini semuanya MILIK ALLAH, dan DIA boleh beri pada sapa sahaja yang Dia kehendaki... maka atas dasar apa kita mengejar ngejar Dunia sampai lupa akhirat??

Kalau beginilah sikap kita..kalau begini lah perangai kita.. kalau begini lah yakin kita... Agak agak lahh...

Agak agak..


Agak agak korang lah....


Bila bergema SEMBOYAN JIHAD! "AIYUHAL MUSLIMUNNNN!!!

HAYYAA BIL JIHADDDD!!!

ALLAHU AKBAR!!!!

ALLAAHHHHHU AKBAR!!!!



Agak agak.......


Mampu tak sahut?


Agak agak la..

Atau..

Lari ke gunung gunung?

Lari menyelamatkan harta?

Lari menyelamatkan anak isteri?

Lari ke negara lain?

Menyuruk ke tempat tempat yg 'selamat'?


Dan yg paling teruk.. Lari dan jadi TALIBARUT TALIBARUT MUSUH ALLAH!!!!

Agak agak korang lah..

sanggup tak korang korban? Ikhlas lah jawab dalam diri korang.. (terutama aku lah nih...)

Kalau sudah MASA korang tak sudi beri dan korban untuk agama...  kuliah tak mo pergi, solat tak mo pergi.. nasihat tak de masa nak dengar.. Keluar ke jalan ALLAH korang tak sanggup..

Kalau sudah harta tak sudi nak korban fi sabilillah... Takut kurang..takut miskin..takut kebulurr..

Kalau sudah anak anak korang kepung bawah ketiak..tak sanggup korban perasaan berpisah utk hantar belajar agama....kononnya sayang sangat..biar besar depan mata..tak tau ngaji tak per..tak tau solat tak kisahh..

Kalau diri korang cintakan melebihi saudara saudara seaqidah korang.. apa nak jadi kat korang tu korang punya pasal..janji aku perut kenyang..burp!

Kalau korang tak mahu berziarah saudara seaqidah korang Seantero Dunia dgn kasih sayang sebagaimana ajaran Nabi kita s.a.w. ..

Kalau semua itu korang TAK SANGGUP utk KORBANkan..

Sedangkan SEMUANYA itu..BUKAN HAK MILIK MUTLAK KITA!!!

Agak agak lah...

Agak agak...

Korang sanggup ke KORBAN NYAWA utk ALLAH???  Kalau semua KORBAN KORBAN yg juzuk juzuk kecil tu korang tak sanggup.. mampukah korang (aku sekali nih) sanggup buat PENGORBANAN TERTINGGI ini iaitu KORBAN NYAWA bila masanya tiba?? 

Korang rasa..korang akan termasuk golongan yang menyahut panggilan tentera Mahdi nanti?? ALLAHU ROBBI!!!

Pilihlah aku menjadi tentera Mu... Berilah aku untuk Mati Syahid di jalan MU!!! La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil adzhim!!!

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ini, pagi ini.. buat blog walking (istilah baru dapat nih! ehehe) .. Sebelum tu, malam tadi rai sahabat dari Kuching yg keluar berdakwah ke Pahang.. Mereka singgah di Perak untuk ziarah anak anak mereka di Ma'had Tahfiz di sini.  Salah seorang dari mereka ada 3 orang anak yg berjuang jihad fi sabilillah menuntut keredhoan ALLAH dengan menjadi 'penjaga-penjaga' Al-Qur'an dan meletakkan al-Qur'an dalam dada dada mereka.

Apa lagi yang ada di dunia ini untuk kita melainkan meletakkan agama itu di hadapan? APa lagi yang kita mahukan dari dunia ini bilamana Rasulullah menyatakan dunia ini umpama Bangkai??

Tuan puan..bayangkanlah kalau seorang peniaga membawa bangkai Kambing atau Lembu misalnya, digantung di pasar pasar utk dijual..bangkai yg telah reput busuk berulat itu.. siapalah agaknya yang mahu atau sudi membelinya???  Mahupun menjeling? Malahan penjual itu akan kita katakan GILA!!

Tak sudi?


Eleh! Tapi bukankah kita yg meninggalkan solat utk beli bangkai itu? Kita leka di pejabat..di kedai kedai, di pasar pasar malam..di padang padang bolasepak.. di laut, sungai, lembah lombong..sibukkkk membeli BANGKAI sedangkan Muazzin melaungkan azan menyeru kepada kejayaan?  Bersambutkah laungan itu?

Tuan tuan... Masjid masjid kita kosong tuan tuann.. yg mengisinya org org pencen..pesakit darah tinggi, pesakit jantung..pesakit kencing manis! Maaflah wahai pencinta pencinta Masjid..bukan mahu menghina kamu ..tidakk..kamu org semulia mulia makhluk bilamana ISlam itu kamu ikuti... hanya secebis peringatan kepada anak anak muda.. Yg kental jiwa kononnya.. yg gah di mata dunia kononnya.. yg gagah dan kuat tenaga kononnya.. yg bijak menyusun ayat berpidato kononnya... yg aggresif kononnya...

Apalah gunanya semua itu kalau BANGKAI yg kamu tujui... apalah ertinya banyak lauk kamu dapat tapi dari daging BANGKAI yg busuk lagi membusukkan! Apa manfaat yg dapat?

Abih tu! Lari dari dunia nih.. tinggal terus.. dunia ni busukkk..dunia ni bangkaiii...

Bukan begitu baii...

Jangan kita lupaa.. Dunia ini juga adalah imtihan..tempat ujian..setiap satunya adalah ujian semata... anak pinak harta benda pangkat kenderaan tanah lombong estate isteri/isteri2  semua semua semuaa  semuaaaaanya ujian!!! ALLAHU ROBBI!!

Ketika sahabat r.anhum datang mengziarahi Baginda Nabi s.a.w. , baginda ketika itu baru bangun dari tidurnya, sahabat melihat belakang Nabi s.a.w. berbelak belak berbekas (Allahuma Solli 'ala Muhammad!!!) bekas dari serabut serabut, daun daun pelepah pelepah tamar yg diisi sebagai alas tidur Baginda s.a.w.!  Dan seterusnya kisah selepas itu baginda bersabda yg mafhum dunia ini tempat persinggahan semata mata.. ibarat seorang pengembara yg singgah berhenti melepaskan lelas di sebatang pohon... setelah itu ia meneruskan perjalanan.. persinggahan itulah dunia ini...


Diriwayatkan dari (Mujahid):Ibn Umar berkata, "Rasulullah SAW memegang bahuku dan berkata, 'hiduplah didunia ini seakan akan kamu adalah orang asing atau sebagai pengambara' "

Aduhai diri ku.. kamu juga mahukan bangkai itu??

Mafhum hadith Nabi s.a.w.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,
“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.

Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.

Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. (Riwayat At-Tirmidzi)



tuan tuan ... kalau boleh dimisalkan Dunia ini ibarat kita memandu Kenderaan.. Hadapan kenderaan itulah jalan menuju akhirat.. sampai di belok, kita belok, kalau kiri kiri lah..kalau kanan  kanan lah.. kalau perlu berhenti kita berhenti lah..

Sementara side mirror atau rear mirror itulah dunia.. dalam perjalalanan kita pandangan kita, perhatian kita terus pandang ke depan..destinasi kita jauh maju di depan sana... itulah akhirat..

sekali sekali kita menjeling ke sider mirror, rear mirror untuk memastikan kelancaran perjalanan..side mirror dan rear mirror itulah Dunia.

Andainya kita tak tumpu ke hadapan..tumpu pada side mirror dan rear mirror (dunia) insyaALLAH..memang tak sampai ke destinasi kita!!

Tuan tuan.. check point pertama kita di sana nanti adalah SOLAT... di situ ulama mengatakan penentu kesenangan atau keazaban utk check point check point seterusnya.. So apa persembahan kita? Mau yang terbaik atau yg cincai bancai??  Aduhai diri ku...

Tuan tuan... berusahalah memenuhkan Masjid dgn solat tiap waktu.. mulakan hari ini... sekarang pagi lagi..mulakan hari ni. Kalau tika baca posting ini azan sedang dikumandangkan..jangan tuan tuan..jangann..jangan diteruskan membaca lagi.. sahutlah azan itu dgn terus menuju ke tempat ianya dilaungkan!  Tinggalkan sahaja apa sahaja perkara duniawi yg sedang kita lakukan!

Ini PERINTAH Rasul.. ini SUNNAH Rasul kita... Sesungguhnya.. Rasulullah s.a.w. ketika sakit.. DIPAPAH utk pergi solat berjemaah oleh menantu dan sepupunya iaitu ALi krj dan Ibnu Abbas r.a.  Seorang kekasih ALLAH.. dipapah utk solat.. tetap baginda tak solat sorang diri!! Aduhai diri ku... subhanallah.. beratnya utk aku taip ini semua... namun redho Mu ku dambakan... perlu juga aku sampaikan walau merentap jantung ku sendiri!!!

Tuan tuan umat Muhammad s.a.w. (dan termasuklah diri ku sendiri lebih lebih lagi..) Solat jgn diringankan.. melengahkan solat sudah dikira meringan ringankan solat.. Buat tak reti kalau dalam bahasa kita. Ibarat kalau kita pangge anak kita, adik kita, isteri kita orang bawahan kita... dia buat dergg jer meneruskan apa yg dia sedang buat.. kalau menulis dia terus menulis..kalau bermain dia terus bermain kalau memasak dia terus memasak..hinggalah dia puas hati dan selesai akan kerjanya...baru lah dia datang kepada kita.. kecik ati tak? Bukan depa tak datang, datang jugak , sahut jugak panggilan kita, tapi datang dgn malas.. dgn muka yg..aduhaii..

Kecik ati tak kita?

Kecik ati?

Kecik ati ker?

Kecik ati ker takk??

Haa?

Kecik ati?

Eh! Ko sapa?

Ko sapa beb?

LU SAPA???

Astaghfirullah....  Panggilan Ilahi kita buat tak tahu..sedangkan hidup kita dan seluruh makhluk bergantung sepenuhnya pada ALLAH!!  tau marah kalau panggilan kita ahli kita buat tak tau.. abih yg kita buat tak tau pada panggilan ALLAH kenapa?  Kenapa? Why why??

tak berani aku nak meneruskan lagi...  aduhai diri ku... berilah kekuatan pada Kami Ya ALLAH.. Pilihlah kami Ya ALLAH!! Berilah kekuatan utk kami menyeru mereka dgn kasih sayang..menjemput mereka ke rumah rumah Mu.. sedang Engkau tak memerlukan seduit pun dari kami padahal kami lah yang mengharap pada Engkau Tuhan Robbul Jaleel...  Pilihlah kami menjadi duat Mu..pilihlah kami menjadi pekerja pekerja Mu..pilihlah kami menjadi Hamba Abdi Mu... hidayah Mu kami mohon..hidayah Mu kami damba...

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah..

Abu: "Assalamualaikum Latip!"

Latip: "Waalaikumussalam warahmatullah" ....

Abu: "Eh! Lawa ni, nak ke mana ko?"

Latip: "Aku nak ke kuliah ler.. deme buat kat Masjid Negeri tu..kena la pakai lawa lawa skit..nak masuk rumah ALLAH!"

Abu: "Ohh... ye betoi betoi betoi! Eh..Tapi kuliah tu start pukul 9 kan? Ni baru pukul 7.30 pagi.. awal lagi nih, jom teman aku pegi sarapan nak?"

Latip terdiam... Hmmmm...aku pun lapar gak nih..tapi leceh la lepak dgn mamat nih... fikir Latip..

Latip: " Eh! Tak per lah..aku dah makan dah tadi!"

hoyeeeeeeyyy...hoyeeeeyyyyyyy!!! bersorak syaithon syaithon di keliling Latip..bagus bagus bagusss

Abu: "Laaaaa... ko dah makan dulu ker? Awal betol! Ko makan apa tadi ek?"

Latip: "Aaaaaaaa... Nasi Lemak!"

berguling guling Syaithon syaithon jantan betina keliling Latip!! Yippeeee!!!!  (namun begitu...1 point! Malaikat Roqib sebelah kiri sibuk mencatit)

Abu: " Eh! Nasi Lemak?  Best jugak tuuu.. ko makan kat kedai mana ek?"

Latip: "Alaaa.. Kedai Makcik Temah tu laa..yg kat bawah pokok ketapang tu.."

yark yark yey!!!! Bagus bagus bagus!! Syaithon syaithon terus berpesta!  (mmm 1 point lagi, Roqib sibuk mencatit)

Abu: " Ko makan Nasi Lemak biasa ke special?"

Latip: "Aisaymen.. tu pun ko nak tau ker? Aku makan Nasi Lemak special sambal sotong!"

Hahahahahaha!!! kita tak yah kata apa apa lagi dah..dia buat sendiri beb!!! Sorak syaithon syaithon kegirangan   (di satu tempat yg terhijab...1 point lagii.. Malaikat Roqib terus mencatit.. Malaikat Atid melihat je tanpa tindakan)

Abu: "Whoooaaa... best tu.. Berapa hengget ek?"

Latip: "RM3 jer"

Ehehehehe...kekekekeke.. mengekek lagi Si Laknatullah syaithonirrojimmm... ( sementara itu...tulis lagiiii Malaikat Roqib sibuk menjalankan tugasnya.. Malaikat Atid...jobless)

Abu: "Boleh tahan la mahal jugak.. Yg biasa je berapa ek?"

Latip: "Yang biasa jer? Ek ele.. kalau biasa je..ada la dalam RM1.20 jer"

ahahaha..bagusss bagusss... kawan kawannn..jom kita cari mangsa lain pulakk.. mamat Latip ni dah pro!!! ekekekekeke...mengekek ngekek Syaithon jantan betina ketawa riang...terlupa Neraka Jahannam menanti mereka dan kekal mereka didalamnya ..( Malaikat Roqib pula terus mencatat..sambil ada bonus pulak - Malaikat Atid..jobless...)

ehehe.. korang sambung la pulak imaginasi nih...

Tu la contoh contohnya bilamana seseorang bila menipu...dia akan terus menipu untuk menutup tipuan tipuannya sebelum ini sampailah tiba masanya bila dia dikantoikan oleh ALLAH samada di dunia (sempat taubat dan minta maaf) atau di akhirat (amatlah malang sekali...aduhaiii diri ku...)

hidup menjadi lebih sempoy..lebih mudah sekiranya kita bercakap benar. InsyaALLAH otak dan fikiran tak serabut dgn fikiran Negatif macam mana nak tipu dia nih..nak kata apa plak ye kalau aku cakap cam ni pasti nanti dia tanya cam tu. Bila aku jawab yang tu nanti, pasti dia tanya yang ni plak... maka berlegar legarlah kepala hotak berjambul tu macam mana nak tipu. Konon konon leh dapat title Professional (sapa bg title nih? Syaithon laa...peh tu kita syiok sendiri kata aku bagus sedang si syaithon laknatullah ketawa mengekek ngekek! )

Pernah buat?

Yea.. aku mengaku aku pernah buat ... tapi itu duluu..

Tul ker?

Yerrrr... aku tobat lahom dah!

Alhamdulillah! Ko dah jumpa semua org yang ko tipu tu ke untuk mintak maaf?

Alamak! Yang tuuu... aku pun tak ingat dah...banyak kali benor dah... dah jadi macam compulsive liar! 

Haaaa... macam mana tu tuan puan? Kesian tak kat mamat yg dah bertaubat kat atas nih? Kesian kan? Justeru itu..sebelum kita tidur tu.. kita doa mintak kat ALLAH.. (selain sunnah2 yg diajarkan Nabi s.a.w) Ya ALLAH, Engkau ampunkanlah aku atas dosa dosa yang aku lakukan sepanjang hari ni samada aku sedar atau tidak, sengaja atau tidak.. dan Ya ALLAH, sesungguhnya, aku maafkan semua saudara ku yang ada berbuat salah dgn ku samada mereka sedar atau tidak, sengaja atau tidak..oleh itu Ya ALLAH, ampunan Mu lah kami pohonkan!"   (ni amalan salah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang mana Nabi bagitau sapa nak tengok ahli Syurga, tunggu sekejap lagi dia akan masuk ikut pintu sekian sekian...berlaku sampai 3 kali berturut turut sehingga seorang sahabat lain ikut dia balik utk lihat amalnya..seterusnya rujuk kitab la yer)

Ni contohlah..kalau korang tau dan sedar sapa yang menipu ke menganiaya ker..sebut la nama dia tu, bagi kat ALLAH..minta ALLAH ampunkan dia lantaran kita dah maafkan dia.. boleh buat?  Susah?

Aii.. kome tak mahu ke orang lain maafkan kome jugak? Tak mahu ke ALLAH ampunkan kome? Dosa sesama manusia ni ALLAH tak ampun melainkan org berkenaan maafkan dan kita bertaubat! Inilah hidup berkasih sayang.. tak ingin saudaranya tercampak ke NerakaNya seperti mana dia juga tak mahu dicampakkan ke dalam Neraka ALLAH!!!

pada mereka yang mengenali ku..aku mohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran ku dulu sepanjang masa kita bersahabat. InsyaALLAH, seingat aku, aku bukanlah seorang penipu yea.. tapi seingat ingat aku, aku ni manusia..insan lemah..banyak salah dan silap ..PASTI aku ada menyakiti hati kamu orang.. maafkanlah aku yea..aku tak bermaksud demikian wahai sahabat sahabat ku sekalian.. Aku sayang kamu semua sama seperti aku menyanyangi diri ku sendiri... (ALLAH..jgnlah Engkau uji aku dgn ujian yang berat beratttt!)

Astaghfirullahh.... ampunkan kami Ya ALLAH!!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ni nak tulis tentang orang Masjid pulak. Kalau orang rumah meninggalkan post mereka (rumah) utk bekerja di luar, mengejar sesuatu yg murah dan meninggalkan sesuatu yang amat mahal (kecuali kerja2 tertentu yg khusus utk muslimah) .. maka apa pula kurangnya lelaki?  Rasanya ramai lagi yg tak mahu sandang Title Orang Masjid!  Tak caya? Cuba ko tanya kawan kome, tanya dia.. "Ko ni org Masjid ek?"  Haaaa.. macam macam kuntau dia akan keluarkan ... macam macam madah akan dinukilkan seolahnya begitu merendah diri... (rendah diri tu bagus..amat bagus tapi kena pada tempatnya lah)

Telah bersabda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yg Mafhumnya, Dari Jabir dan Abu Hurairah r.a. "Tiada solat bagi tetangga Masjid melainkan di Masjid!"  (Riwayat Daruqutni)


Tiada solat tu beb! Berat tuu... Cuba check tengok..agak agak azan tu dengar ke tidak? Kalau dengar tu, Sah! Tetangga Masjid!  Ehehehe..

Aku tak dengar beb! Oooo...ko tak dengar yea.. keter ada? Motor ada? Tenaga ada? Sapa bagi tu? Sendiri bikin ka? Sendiri la jawab baii....

Maksud Firmanullah ayat An-Nisa' 102:

"Dan apabila kamu (Muhammad) berada di tengah-tengah mereka (sahabat mu) lalu kamu hendak mendirikan solat (berjemaah) bersama mereka....."

Ayat ini memerintahkan solat Jema'ah pada ketika ketakutan dalam peperangan, maka sudah tentu dalam masa aman ni lebih lebih lagi la dituntut! Dengor tu wahai "Orang Masjid?"

Apa lagi sabdaan Nabi kita s.a.w.? Mafhum hadith:

"Solat jama'ah itu lebih afdhal dari solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat"

Dan dalam riwayat lain pula: "Lebih daripada solat seorang diri dengan dua puluh lima darjat".

Telah berkata Imam Nawawi rah dalam Kitab Majmu' dalam memahami kedua hadith di atas itu, sebenarnya tidak ada pertentangan di antara dua riwayat hadith itu kerana yang sedikit (25) tidak menafikan yang banyak (27) atau pada mulanya Nabi s.a.w. mengkhabarkan yang sedikit kemudian diberitahu pula bahawa ALLAH S.W.T. menambahkan lagi dengan limpah kurniaNya atau perbezaan itu berlaku kerana berbeza keadaan orang-orang yang bersolat dari segi bilangan sedikit atau banyaknya".

Ahaa.. rupanya rupanya Isteri kita tu Orang Rumah.. maka kita ni rupanya Orang Masjid la yer! Oooo... kena la nanti deme pangge kita "Orang Masjid..oooo..Orang Masjid.. nak ke mana tuu? " ehehehe.. janggal!

Masih nak solat sorang sorang? Nak campak ke mana offer Baginda Rasul s.a.w. tu? Nak dikesampinkan? Nak dibuat pekakk jer?

Idak..kita kena junjung tu beb!

Abih? Naper banyak tiang dari jemaah di Masjid tu?  Duuhhhh... err....

Aduhai Orang Masjid!  Kalau Orang Masjid udah tak sior dgn Title Orang Masjidnya..Orang Rumah tak hingin dgn Title Orang Rumahnya.. apa nak jadi dgn kita nih?

eh... kome paham ke nih?

Lahaulawa la quwwatailla billahil 'aliyyil adzhim. Mudah mudahan ALLAH pilih kita untuk jadi benar benar Orang Masjid.. (tak selesai lagi beb..banyak kerja lain lagi..huhuhuhu) Marilah kita perbanyakkan doa..pohon padaNya...
Capt MUHAMMAD Azhar
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ,



Terfikir nak sambung tajuk Orang Rumah yang lalu. Setidaknya aku tak la memikiorkan sangat perkara yang berlaku tu. Baik tulis kebesaran ALLAH..zikrullah lah tu..boleh tenangkan hati...

Okeh..Org Rumah, atau para Isteri (aku khaskan utk mujahidah yg berjihad di rumah yg kat luar tu tengok la dulu, ada jugak macam doktor, bidan, guru dll) la senang cakap. Deme ni kita gelarkan Orang Rumah tanpa melihat balik definisi tu samada deme layak atau tak layak dapat title yg tinggi tu. Pada pandangan aku nih, RAMAIIII yang tak layak dapat title tu. Eleh.. APa heran kata deme! Ye le apa heran.. kome tu jauh dari Nabi s.a.w. kome tak kenal ke Fatimah r.a.? Kome tak baca ke hadith tentang medan Jihad wanita ni di rumah? Kome ingat koman spanar ke Title Orang Rumah tu? ehehehe.. terkomen la pulak..udah udah.. abih bab tu.

Ok...

Kalau udah ghuper itu, dah kome ni para suami ni org apa pulak? Haaaaa... cemana yeob? Kome orang aper? Org Pejabat? Org Site? Org lapangan? Org minyak? (kerja pelantar daa).. Org biasa? Hah..kome orang aper kalau udah bini kome tu Orang Rumah?

Ehehehe... senang je yeob..


Kome tu ORANG MASJID!

Aikh...

Layak ker?

Acu kome jawab le sendiri yea...

Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum,

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Raad:28)

Benarlah kalam ALLAH itu. Tatkala ini aku diuji dgn Jihad perasaan.. Jihad hati.. Subhanallah! Ternyata Ikhlas dalam sesuatu itulah ubat untuk segala cubaan dan dugaan. Andaikata segala yang dibuat itu ikhlas kerananya, maka tak ada keluh kesah lagi akan cercaan makhluk.. tak gundah gulana lagi akan sindiran makhluk. Kerna apa?

Kerana Makhluk itu serba kekurangan dan tidak tahu sedangkan Dia Maha Mengetahui. Maka setiap pekerjaan itu Pasti Dia tahu akan niatnya kita. Justeru itu, tiadalah keresahan tatkala kita dituduh serendah itu..dihina..dicaci.. kerna mereka semua itu tak tahu apa pun..tapi mereka merasakan mereka tahu!

Aduhai diri, dari itu, jgnlah mengeji..jgnlah memandang hina dan rendah pada orang lain.. jgn lah suka menuduh nuduh tanpa bukti! Betapa beratnya bebanan yang digalas.. Lidah ini perlu dijaga.. aduhai diri...

Org Belanda pun ada peribahasa mereka tentang ini.. "Waar't hart van vol is, vloeit demond van over" - Bila hati telah diliputi rasa, mulut/lidah akan mengucapkannya dengan seindah kata. Tapi..dibalik itu juga, lidah menuturkan kata kata yg tajam menghiris!

Zaman moden sekrang ni, kesan dari lidah ini dijelmakan dalam bentuk bentuk lain antaranya SMS. Huhuuh...SMS yg aku dapat tadi sungguh tajam menikam! Hanya pada ALLAH tempat ku berserah diri dan bermuhasabah diri... Oppoturnistkah aku ini? Tak ikhlas kah aku ini? Siapa kamu nak menilai dan menghukum akan kerja hati ini? Siapa kamu ini wahai Abd Latif? (bukan nama sebenar) Kamu menerjah entah dari mana menikam menusuk bertubi tubi dari segala arah... Kamu kenalkah aku ini? Bagaimana kamu boleh tahu hati dan niat aku ini?? Bagaimana kamu tahu keikhlasan hati aku ini? Adakah kamu ini Umat Khidir a.s. yang tertinggal ke zaman ini? AH! Biar kan biarkan.. maafkan sahaja.. kamu ada Tuhan Yang Maha Mengetahui!!

Lagi pula..bagus sangatkah diri kamu itu? Sempurnakah kamu? Tak ada kah secebis kebenaran dalam tuduhan tuduhan itu? Aduhhhh Kacau! Bagaimana kalau benar? Bagaimana kalau diri kamu sendiri yang tak nampak tapi org itu nampak lalu menempelak kamu?? Ah Sudah!!

Astaghfirullahal adzhim..... "Ya ALLAH! Ampunilah aku atas dosa dosa yang aku lakukan secara terang atau sembunyi.. secara sedar atau tak sedar.. secara sengaja atau tidak! Sesungguhnya, Maha Suci Engkau Ya ALLAH, sedangkan aku telah mengzalimi diri ku sendiri.."

Perjalanan amat jauh... bekalan amat ciputtt... dgn makhluk pun tak lepas..bagaimana dgn Mu nanti!!! Sesungguhnya.. Hisab itu adalah Azab!!!

aduhai dirii...!!!!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum,

'Orang Rumah'...

Kenapa dgn orang rumah? Nak tambah se lagi ker? Ada baby ker? Dia lari ker? Ada affair ke?

Dak dak dak dak...

Abih tu?

Ni la yang bermain di fikiran nih. Kenapa para Isteri dipanggil org rumah yer? Oooo... sebab mereka menghabiskan kebanyakan masa mereka di rumah yeak? Abih tu..sikalangg.. para isteri sibuk ke kantor kantor..berbibir merah delima, berkasut tinggi, muka dicorat coret dgn pelbagai warna warni pelangi (melampau tu..eheheh) ... Mereka ni layakkah dipanggil orang rumah? Idakkkkkkkkk..... Beh tu? Mereka tu Org Pejabattttt.... Org Moderennnn.... Org terkiniii...

Nak komplen pasal isteri isteri moderen ke kali ni?

Dak dak dak dak dak...

Abih tu?

Ehehe... saja terfikir.. gelaran org rumah diberikan kepada para isteri itu sebenarnya adalah satu penghormatan.. satu pengiktirafan.. Kerna apa? Nih.. =>

Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: “Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Maksudnya:
“ Seafdhal-afdhal solat seseorang ialah di rumah kecuali bagi solat fardhu, ia lebih afdhal dilakukan di masjid. Dan janganlah kamu menghalang isteri-isteri kamu dari mengunjungi masjid, solat mereka di rumah adalah lebih baik bagi mereka”
( Hadis Riwayat Abu Daud, di sahihkan oleh Al-Hakim dengan syarat Bukhari dan Muslim)

Berkata Imam Al-Bujairimi dalam Hasyiah beliau sebagai komentar hadis di atas:

“Sekiranya dalam hadis di atas menyebut solat para wanita di rumah adalah lebih baik, maka sudah tentu ia bermaksud tiada larangan untuk mereka solat di masjid. Larangan yang dimaksudkan bukannya larangan haram atau larangan secara pasti, sebaliknya larangan para wanita solat di masjid khusus bagi mereka yang boleh mendatangkan syahwat dan fitnah terhadap lelaki. Solat di masjid adalah elok bagi wanita akan tetapi solat di rumah adalah lebih elok untuk mengelakkan berlakunya fitnah ketika keluar rumah….”

lagi..

Seorang isteri pernah mengadu: “Wahai Rasulullah, para suami melarang kami mendirikan solat bersamamu (berjamaah di masjid) padahal kami ingin sangat solat bersamamu.” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Solat kalian (para wanita) di rumah kalian lebih utama berbanding solat kalian di anjung rumah kalian. Sedangkan solat kalian di anjung rumah kalian lebih utama berbanding solat kalian secara berjamaah (di masjid).” [Riwayat Ibn Abi Syaibah, al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah]

Nah.. rupa rupanya..mulia sungguh Title Orang Rumah ni yer! Subhanallah! Tapi..kenapa ek org pompuan sekarang tak suka dipanggil Orang Rumah .. mereka rasa seolahnya mereka dizalimi.. diperuk di rumah.. mereka lebih suka kalau digelar.. "modern mom" .. atau wanita berkerjaya .. bla bla bla.. tak la aku ni nak suruh semua berhenti keghojer.. tapi ada sesetengah tu yg rasa gelaran Orang Rumah tu tak sepadan dengan deme tu apasal ek.. dah lupa ke Sabda Nabi?

Eh..mana ada Nabi pangge isterinya Orang Rumah! Ehehehe.. betul lah tu.. Maksud haku..naper tak suka duduk rumah? Naper tak suka buat kerja rumah.. mengasuh anak di rumah...berjihad di rumah.. yang mana ertinya jadi orang rumah? (bukan suruh lelaki panggil isteri isteri mereka sebagai orng rumah yer..panggil la laling ke anjer ker.. ehehehe)

So.. sapa diantara kalian sekarang ni yg nak berbangga bangga dgn pangkat Orang Rumah eh? Sila angkat keyboard!


p/s: Omak den oghang rumah yg sejati.. terima kasih mak membesarkan ku dgn tangan mu sendiri! Simpati ku pada anak anak yg dibesarkan oleh tangan bibik bibik silih berganti kontrak demi kontrak... sian! Sayang mak!
Capt MUHAMMAD Azhar
Korang rasa..perlu tukor baju tak blog nih eh? Dah lama dah pakai baju yang samaa jer.. Naik biru dah mater nih aikh!

Senornya aku ni tak berapa sihat nih. TApi inilah kelebihan dunia penulisan yer.. baca tulisan aku ni macam tak de apa pun yeak.. eheheh..ntah lah.. lenguh lenguh abih sendi aku nih.. semalam pi ziarah abg ipor jatuh motor merempit. Ehehe..idak ler.. dah tua mana merempit plak. Dia pi naik motor skuter, peh tu tak biasa dgn brek tangan... hujan pulak marii... kedebuak! Meleret atas jalan.. lutut ada cedera, siku ada luka... Tu asbab la tu.. yg benornya semuanya dah tertulis dah akan berlaku...

Aku pi ziarah dgn family... tapi badan aku lak lenguh lenguh sendi sejak tengahari. Aku pi sana malam.. deme pakat kata aku kena Denggi kot.. Tengok Din Beramboi tu..tetiba je meninggal kena Denggi Berdarah.

Dengor cakap cam tu..ntah lah. Aku tak tau apa perasaan aku. Takut kah? Gembira kah? Nak kata gembira sebab nak balik jumpa ALLAH, tak berani pasai amal ciput ciput bebenor.. nak kata takut, mana buleh seorang muslim takut mati.. adeh deh... Mungkin aku patut fikirkan tentang Palestine... Aiyuhal Jihad!!!!

Alangkah indahkan kematian itu... mati di jalan ALLAH! Layakkah aku nih? ALLAH! Bantulah hamba Mu yg lemah ini!!
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamualaikum warahmatullah..

Lama sungguh tak menulis di sini...

Sejak terkeluar dari TKO nih.. ada la masa sikit. Ntah mengapa Mod Password tetiba tak leh log on plak. Dah report kat WM sebelum tu tapi tak berbalas pun.. Tak lama lepas tu nak log in langsung tak leh even sebagai Forumer biasa... YM kat KM ..sengap jer.. tak dak respon jugak.

Dah sampai masanya direhatkan diri la kot. Dah lama pun kat TKO tu. Lagi pun tahun ni aku masuk utk moderating jer... tak aktif berposting pun. Mungkin deme pun rasa aku tak aktif kot pasal tak nampak posting aku banyak macam dulu..

Apa pun, life goes on..

Bila aku stop bidang Investment ni (maintan yg sedia ada je), memang life agak tough la skit. Terfikir gak nak teruskan, pasal lesen aku idup lagi sampai hujung tahun nih... ntah mengapa hati tak berapa setuju dgn aktiviti deme tu. Walaupun aku sememangnya tak join deme melompat lompat menyanyi nyanyi tu..tapi rasa tak menambahkan iman je lepak dgn deme tu ... asyik sembang pasai al fulussss jer... adeh. Tapi insyaALLAH, pelabur pelabur aku tu, aku tak tinggal maa.. aku akan memantau dan pantau pelaburan deme tu. Sampailah deme sendiri nak cash out ke apa ker. TAk leh la kapten nak tinggalkan kapal cam tu jer.. ehehe...produknya bagus.. org orgnya jer yg kureng skit (macam la aku ni bagus..astaghfirullah) ...

Udah udah la. Hari tu aku jadi pekebun cabai. Banyaklah yang aku dapat belajar. Tapi yg akhirnya, yg loaded adalah org tengah gak. I mean penjual. Aku berpanas, berhujan berpeluh dan macam macam ber lagi lah... deme senangg je jual memahal. Pengguna jugak yg kena dapat harga kow kow. Aku tolak kat deme RM7 - RM8 (ada cecah RM10 gak) Deme tolak sampai RM15-RM17 ... kusss semangat.. kesiannn pengguna kat Mesia nih...

Sekarang kebun dah buat tanam semula, tapi ada pekerja lah. Aku tak gi kebun dah. TUnggu buah masak sok, aku maghi lah utk buat sale. Mungkin nak jual sendiri lah. Dah ada cara dan strategi dah. Bukan apa, cabai ni kena petik hari hari... tu tak sempat nak jual tu. Tolak kat org jer... Kali ni..aku petik sebelah petangg... simpan, esok pepagi kutip belah pagi plak.. petang tu aku jual! Haaaa.. aku jual murah murah kat korang pengguna semua...insyaALLAH...

Ada la wat biz lain, pakaian muslimah..tapi aku pass kat 'mam' aku lah. Pasal market aku susah nak cari maa.. pakaian muslimah ni muslimah la yang pakai... mana la aku banyak kontek muslimah nih.. peh tu..segan la pulak..ahahahaha...

So..aku biz Apple Cider je lah. Makanan Sunnah tu... Eh sebelum tu, ada biz pekasam gak. Korang yang tau nih, biz ni aku tangguh dulu la... jauh bangat dan kekangan waktu juga. Aku dah bukak Web biz aku... baru daftar je lah..lom siap ..ehehehe...

Esok ada perjumpaan dgn anak anak aku di Ma'had. Utk Ma'had aku handle biz Ma'had jugak. Biz Ma'had ni priority lah utk aku. Aku jual barangan ibadah dan pakaian lah... Korang kalau nak beli pergi lah ke Maahad Ansoriyy tu yer... belilah apa yang patut.. InsyaALLAh 2-3 bulan lagi akan ada kedai dekat dgn Masjid Ittihadiyyah tu. Senang nak solat.. Moga moga dapat tarik keberkatan Masjid ke kedai kami tu.

Udah ler... merepek meraban.. insyaALLAH.. aku dah kembali!! Huhuhuhuhu...

Wassalamualaikum.