Ibnu Hashim
Baru baru ini diadakan satu program Keamanan Sejagat yang mana 'keynote speaker' untuk majlis kali ini ialah mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Ianya membicarakan tentang Jenayah Peperangan yang banyak dilakukan oleh kuasa besar dunia khasnya Amerika Syarikat..

Ianya bertujuan untuk mendapatkan sokongan yang sebanyak mungkin bagi menjayakan agenda untuk menjadikan Perang itu sebagai suatu Jenayah

"This Conference and Exhibition is the continuation of our efforts to publicise and garner as much support as possible to the Kuala Lumpur Initiative to Criminalise War"

Di sini juga ada disediakan petition untuk menyatakan akan kebencian kepada peperangan .

Disamping itu juga ada tetamu yang diundang yang mana beliau adalah merupakan bekas tahanan perang di Teluk Guantanamo yang mana gambarnya sedang diseksa dengan kejutan elektrik pernah menggemparkan dunia... Beliau ialah Ali Shalah..

Sila ke Laman web berkenaan pada banner di bawah ini untuk tandatangan petition.. Sekiranya mahu maklumat lanjut, sila klik butang home di laman tersebut atau klik pada tajuk posting kali ini di atas...








Ibnu Hashim
Dia MANUSIA pertama sebagai umat Muhammad s.a.w. yang memeluk agama Islam.

Dia, wanita Umat Muhammad s.a.w. pertama jua yang memeluk Islam.

Dia, satu satunya wanita yang paling dicemburui oleh Aisyah r.a. walaupun dia telah lama tiada..

Dia, umat Muhammad s.a.w pertama yang berkorban harta di jalan Allah..

Dia, Isteri kepada sebaik baik makhluk iaitulah Muhammad s.a.w.

Dia, satu satunya isteri baginda yang melaluinya Nabi Muhammad s.a.w dikurniakan dengan putera dan menyebabkan baginda s.a.w diberi gelaran Abu Qasim.

Dia, Ibu kepada Fatimah r.a. penghulu semua wanita di Syurga, isteri kepada Ali bin Abi Tholib krw.

Dia, Ibu kepada Ruqayyah r.a. isteri kepada Sayyidina Uthman Bin Affan r.a.

Dia, Ibu kepada Ummi Khalsum, isteri kepada Sayyidina Uthman bin Affan r.a. (setelah kematian kakaknya Ruqayyah r.a.)

Dia, dijamin masuk ke Syurga Allah s.w.t.

Dia, dimuliakan Allah melalui sabdaan NabiNya, Sebaik baik wanita di zaman itu ialah Khadijah Binti Khuwailid (Sebaik baik wanita di zaman sebelumnya ialah Maryam)

Dia, dipuji puji oleh suaminya Muhammad s.a.w. "Dia yang mempercayaiku ketika mana tiada orang mempercayaiku, dia menerima Islam ketika mana orang ramai menolak ku; dan dia membantuku dan menenangkanku bilamana tiada siapa pun yang sanggup membantuku."

Dia, wanita yang Allah titipkan salam melalui Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w untuk disampaikan kepadanya serta janji Allah akan Syurga yang terbentang untuknya di akhirat kelak!!!

Dia, yang hidup ketika zaman jahiliyyah yang memuncak, tetap terpuji dan diberi gelaran Al-Thohirah..suci bersih!!!

Dia, Ummul Mu'minin, Ibu kepada kaum mu'minin..

Dia, KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.A.

JANGAN KAMU WAHAI PEREMPUAN HINA NAK MAMPUS MENGHINA IBU KU!!!!

SIAL!!!
Ibnu Hashim
Kecoh beberapa hari dahulu akan kebiadapan seorang yang bergelar artis rambut kuning yang begitu celupar mulutnya terhadap wanita syurga Khadijah binti Khuwailid r.a.

Begitu mudah pula baginya kemudianny memohon maaf kepada khalayak dan dengar khabarnya juga mengemukakan kekesalan dan kenyataan maafnya dalam siri tv3 suku iaitu Melodi.

Begitulah mudahnya seorang insan yang mengaku Islam mencela dan mengeluarkan kata kata biadab terhadap kekasih kepada kekasih Allah S.W.T. yang mana tentulah jua kekasih Allah pula, Khadijah Binti Khuwailid r.a. wanita agung yang dipilih oleh Allah untuk diperisterikan oleh semulia mulia makhluk iaitulah baginda Rasulullah s.a.w.

Golongan mereka inilah yang kerap berfatwa "jangan lihat pada pakaian dan rupa kami tapi yang penting hati mesti baik" atau kata kata yang seumpama dengannya. Inilah dianya Allah menzahirkan akan penyakit yang terdapat dalam hati hati mereka itu melalui lafaz dan perawakan mereka itu sendiri. Kalau didalamnya bersih, masakan di luarnya tidak. Yang zahir itulah manifestasi kepada yang didalam. Sebab itulah dalam Al-Qur'an mencabar mereka yang mengaku beriman bahawa bagaimana mereka boleh mengaku beriman sahaja kalau sahaja mereka belum diuji!

Perkataan 'tua nak mampus' itu ditujukan kepada yang mengucapkannya iaitu Rosnah Mat Aris tua nak mampus (tnm). Kalaulah boleh dianugerahkan gelaran, maka dia layak untuk menambah Rosnah Mat Aris tnm.

Pengucapan maaf kepada khalayak ramai jua adalah tidak mencukupi kerana khalayak ramai atau para peminatnya bukanlah Tuhan. Yang boleh memaafkan ialah Khadijah Binti Khuwailid r.a. itu sendiri dan yang mengampunkan adalah Allah S.W.T.

Ummul Mu'minin dah tak ada, terserah kepada Allah S.W.T untuk mengampunkan itu pun sekiranya Rosnah tnm mahu.

Saya selaku umat Islam mengharapkan agar si Rosnah ini bertaubat dan memohon ampun kepada Allah S.W.T. sebelum bala Allah diturunkan kepada kita semua.


Ibnu Hashim
Sejurus Nabi Adam a.s. dan isterinya menghampiri dan memakan buah terlarang dalam Syurga, maka terlucutlah pakaian mereka di saat itu. Maka sibuklah keduanya mengambil daun daun kayu di Syurga untuk menutup aurat mereka yang terdedah itu!

Semua orang tahu akan kisah ini, inilah permulaan asbab untuk manusia ini diturunkan ke bumi...

Maknanya, manusia terawal itu sudah berpakaian. Manusia yang bernama Adam a.s dan isterinya semasa di Syurga telahpun diberi pakaian dan mereka mempunyai naluri yang diletakkan dalam diri mereka oleh Allah untuk merasa malu sekiranya aurat mereka terdedah!!

Tewasnya mereka pada hasutan dan tipu daya Iblis telah menelanjangi mereka berdua. Maka IBLIS lah yang menjadi asbab dan menelanjangi mereka.

Peristiwa yang berlaku kepada bapa umat manusia ini tidak berakhir begitu sahaja. Iblis bersumpah untuk terus menipu dan memperdayakan umat manusia atas dasar dendam kesumat dan kesombongan yang tidak bertepi... Maka sehingga kinilah begitu ramai manusia manusia anak cucu Adam a.s. ini terus menerus ditelanjangi oleh Iblis laknatullah!

Bukanlah berpakaian itu tidak dikira bertelanjang, Nabi s.a.w. pernah memberitahu bahawa orang yang berpakaian yang mendedahkan aurat itu masih dikira bertelanjang! Tak malu kah bertelanjang??

Memang terbukti Iblis ini dan kuncu kuncunya masih lagi terus menelanjangi anak cucu Adam a.s. ini. Ramai di kalangan umat yang mengaku Islam ini masihlagi bertelanjang malah mereka semakin galak dan seronok pula dalam keadaan bertelanjang ini. Mereka bangga pula diberikan gelaran SEKSI , DARING dan lain lain lagi istilah yang diciptakan oleh barat. Memang itu cara hidup mereka di Barat, tapi malangnya cara itu yang kita terima, cara itu yang kita agung agungkan dan akan teruslah kita berterusan menjadi agenda dendam kesumat Iblis untuk terus menelanjangi kita ini anak cucu Adam a.s. dan akhirnya menjadi penemannya di Neraka Jahannam kelak Nauzubillah...

Dalam hal berpakaian ini, kita semua dimomokkan oleh Barat (termasuklah saya) tentang betapa manusia zaman primitif tu pakaiannya 'begitu' dan 'begini'. Mereka berpakaian yang jelas tidak menggambarkan mereka itu bukan di kalangan orang yang beriman. Maksud saya pakaiannya jenis tak tutup aurat baik lelaki mahupun perempuan. Maka mulalah mereka mengklasifikasikan sebagai zaman batu,zaman ais, zaman besi bla bla bla..

Perkara ini menggambarkan kepada kita seolah olahnya, manusia pra sejarah ni, manusia yang tak punyai agama atau manusia paganisme. Bahayanya pemahaman yang sebegini adalah seolahnya agama itu datang kemudian selari dengan ketamadunan manusiawi, iaitu ianya dicipta kemudiannya oleh manusia moden. Walhal kita diajar dalam Al-Qur'am manusia pertama itu adalah seorang manusia yang soleh dan tinggi budi pekertinya sementelahnya pula dia adalah seorang Nabi!! Maknanya di sini, wujudnya manusia itu selaras dan serentak dengan adanya agama dan agama yang dimaksudkan itulah addeen iaitu agama tauhid - mengesakan Allah SWT.

Tidak lah pula saya ini menolak akan adanya mereka yang menentang selepas itu. Zaman sekarang ni pun kita lihat ramai yang tidak tutup aurat! Jadi tak heranlah di zaman dahulu pun ada yang tidak tutup aurat. Yang mengherankan ialah barangkali ada agenda musuh Islam yang cuba secara halus menerapkan kepada kita bahawa manusia primitive (so called)ni awalnya bertelanjang dan kemudianya baru belajar memakai pakaian dan tamaddun terbentuk yang mana akhirnya barulah lahir agama!

Apa pun, memang dari kisah Adam a.s. itu, Iblis lah yang telah menelanjangkan mereka suami isteri dan sehingga kini pun, Iblis dan kuncu kuncunya lah (yang terdiri daripada jin dan manusia) yang menelanjangkan ramai kaum wanita dan lelaki di dunia ini!! Secara fitrahnya Allah memberi pakaian kepada manusia pertama, dan Iblis lah yang menanggalkannya...

Berpakaian...tapi telanjang
Ibnu Hashim
Sedar atau tidak sedar, kedatangan Tahun baru Hijrah ini menandakan bahawa masa kita semakin suntuk.

Sedar atau tidak, baki atau sisa umur diri ini semakin pendek walau ramai yang mengatakan "telah bertambah lagi umurku" namun pada diri ini "telah berkurang lagi umur ku dan telah dekat akan datangnya maut sedangkan bekal ku amatlah sedikit!!!"

Sedar atau tidak, semakin jauh pula kita Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita dan yang paling mendukacitakan semakin jauhhh lah pula diri ini dari sunnahnya nabi s.a.w.

Sedar atau tidak, musuh sentiasa mengintai ngintai untuk membantai umat ini, sedangkan umat ini masih leka beretorika tentang liberalisme kononnya Islam tidak sekeras itu, tidak sejumud itu, tidak seperti itu dan macam macam lagi kenyataan yang dikeluarkan demi mendapatkan 'redha' musuh musuh itu..Sunnah seolah olahnya diperlekehkan atas dasar "itu hanya sunnah/sunatm bukannya wajib" ...itulah umatnya akhir zaman ini yang mana diri ini yang jahil sedang menjalaninya... Ya Allah..selamatkanlah kami dari fitnah akhir zaman ini..

Sedar atau tidak, amalan kita semakin jauh dari menepati apa yang digariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Diri ini teraba raba mencari hidayahMu Ya Allah...tolonglah...

Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya tidak pernah membenci akan sesuatu kaum itu atas dasar perkauman. Semuanya dipersaudarakan dan diikat atas kalimah Lailahaillallah.. Tiada semangat kebangsaan, tiada semangat Nasionalist...tiada tiada tiada..tapi di kehidupan yang diri ini jalani sekarang nih...aduhh... Bantulah Ya Allah...

Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya r.a. tidak pernah membenci akan kaum Yahudi, apa yang dibenci dari mereka itu ialah amalannya dan kesesatan yang mereka beli bagi menggantikan cahaya kebenaran. Amalan dan cara hidup merekalah yang Rasulullah bezakan dari cara hidup dan amalan kita, namun mereka tetap Rasulullah s.a.w. kasih dan menaruh harapan kepada Allah supaya mereka diberi hidayah olehNya... Salah seorang Ummul Mu'minin pun adalah dari kalangan bangsa Yahudi... Ada juga di kalangan Pendeta Yahudi yang masuk Islam.. Memang tepatlah bukan Bangsa yang menjadi ukuran...tetapi iman dan taqwa.

Kalau sudah Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya r.a. menyantuni Yahudi, betapa pula kita ini telah terbalik.. Kita pula membenci Yahudi.. TETAPI AMALANnya pula kita sanjungi. Sedangkan baginda Rasulullah s.a.w. membenci amalan dan cara hidup mereka dan menyanyangi mereka sebagai makhluk Allah, kita pula terbalik!!! Amalannya pula yang kita amalkan dan batang tubuh mereka pula yang kita benci...dan akhirnya, sunnah kita tinggalkan!! Sudahlah kita jauh dari Rasulullah s.a.w, cara hidup yang diajarkan oleh baginda pun sudah semakin jauh kita tinggalkan... Makan kita cara makan Yahudi, pentadbiran kita cara urustadbir Yahudi, pakaian kita memang pakaian Yahudi dan bertentangan dgn syarak... Bila direnungkan, hampir seluruh cara hidup kita adalah cara hidup Yahudi dari pagi ke petang, petang ke malam!!

Kita lebih senang memakai Topi Baseball daripada memakai Kopiah, apatah lagi serban. tak ada siapapun yang akan membantah atau berbisik bisik andaikata kita ini memakai topi baseball, Bandana dan entah apa kebendanya lagi, tetapi cubalah berserban, cubalah memakai kopiah, macam macam yang ditanyakan dan ditohmah. Tak terlintaskah di fikiran yang kamu sibuk sibukkan itu adalah Syiar Islam, yang kamu komen komen tu sunnah Nabi ku dan orang yang sama kononnya kamu akui sebagai Nabi mu.. Tak tahukah kamu pakaian ini mendatangkan pahala sedangkan yang kamu pakai cap, bandana dan segala macam mende tu tak memberikan pahala sunnah bagi mu!!! Tak tau ke kita ni perlukan Syafaatnya di akhirat kelak?? Hidup kita bukankah tidak lain hanya untuk beribadat? Fikirkan sendiri... - terutama diri ini..

Rata rata kita lihat, sentimen yang dimainkan adalah ke arah membenci Yahudi...Yahudi itu, Yahudi ini, Yahudi *&(*&987, Yahudi *&)&)&! Apa sudah lupakah kita Ummul Mu'minin kita berbangsa Yahudi?? Lupakah kita Bapa saudara Ummul Mu'minin pertama kita Pendeta Nasrani? Pekak, buta dan tulikah kah bahawa ramai dikalangan para Rasul itu berbangsa Yahudi?? Butakah kita sehingga tak nampak masih ada di kalangan Umat Yahudi dan Nasara di dunia ini, di zaman ini yang tidak bersetuju dengan tindakan zalim gerakan Zionis dan Nasara yang membantai umat Islam? Tak nampakkah? Tak cukupkah sabdaan Nabi kita yang melarang kita bersemangat Kebangsaan sedangkan ITULAH yang kebanyakan daripada kita laung laungkan...Hidup Melayu...Hidup Melayu... APA NI???? Nak kena penampor dengan Nabi???
Ibnu Hashim
Mafhum Hadith Nabi s.a.w. : "Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". HR Muslim.

Keterangan Hadith:
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

- (Dipetik dari kitab "40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)
Ibnu Hashim
Hari ni hari Wilayah, pagi pagi ni terasa nak beli sok kabar, maka saya pun belilah sok kabar tu..
Rupanya ada sambutan Hari Wilayah, ada bunga api lagi...Sabtu yang lalu ada pesta flora...ni sambut Hari Wilayah lak...tak tau berapa juta juta duit rakyat selesai macam tu jer...aduhai...

Bukankah sekarang ni Negeri Johor dilanda bencana...mengapa masih nak berpesta pestaan? Atau ianya aturcara wajib masa kini? Tak terasa ke kesusahan saudara saudara dan rakyat Johor yang ditimpa bala/musibah itu? Bukankah lebih baik digunakan duit peruntukan itu untuk membantu mereka di johor? Mmmm...sudahlah muka batang hidung tak nampak masa bencana melanda, keprihatinan ke atas kesusahan orang lain pun tak ada.. Berapa banyak yang Kerajaan Wilayah sumbang ke Johor?

Teringat saya akan posting yang lalu tentang keutamaan atau priority dalam bulan Ramadhan dulu. Memang orang kita ni kurang perhatikan akan perkara ini... Inilah akibatkan hukum yang lima - Wajib, Sunat, Makruh, Harus dan Haram tidak diperhatikan dan dipraktikkan betul betul, maka tarbiah iman pun tak kesampaian...