Ibnu Hashim
Jumaat lepas, Mu'az pulang ke rumah..cuti sekolahnya bermula..Riuh rendah rumah dengan suaranya bergurau dengan kakak dan adik adiknya.. Razin si kecil pun pandai menyebut nama Mu'az...Semalam, hari Ahad, dia ku hantar ke Sg COngkak pula, mengikuti Kursus Motivasi...

Sayu je matanya memandang ketika dia ditinggalkan pergi...Sunyi kembali teratak kecil ku ini...

Marahkah dia pada abahnya ini? Di situ, dia antara peserta yang termuda...Ku lihat, ada yang menangis bila ibubapanya meninggalkannya di situ...itu pelajar Menengah.. Mu'az ku baru 7 tahun lebih... Bibirnya menguntum senyum tatkala aku berlalu pergi..Hatinya..entahlah!?

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..

Ku tinggalkan mu..Demi berkorban di jalan Allah... Dialah yang menjagamu kelak anak ku... Bersamalah kita bersabar...
Ibnu Hashim
Berikut adalah ucapan Mufti Negeri Perak Dato Harussani. Dalam ucapannya itu, jelas telah hilang kepercayaan untuk kerajaan sekarang ini untuk mempertahankan Aqidah Islam ini. Beliau menyeru untuk tidak menunggu orang lain (kerajaan) untuk bertindak dan diri sendiri bertindak mengikut kemampuan masing masing...
Read on..


MATAN-MATAN KHULASAH UCAPAN DATO' SERI HJ. HARUSSANI,
MUFTI NEGERI PERAK MENGENAI ISU MURTAD
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui 6 peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam dalam negara ini. Taklimat berlangsung selama 4½ jam. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian, menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana Umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina bt. Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah.

Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion). Kes ini dibicara di hadapan 3 hakim di Mahkamah Agung iaitu Y.A.A Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.

ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.

iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak
lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.
Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun di lihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Canada , Australia dan AS pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersintak setelah saya melapurkan perkara ini. Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian Dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. Ini mengikut jangkaan Persatuan India Muslim. Bahkan mengikut lapuran pihak Polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.

2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.

3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbakistan dan China, walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim disamping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.
Serangan Aqidah Di malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan Fakulti-Fakulti Islam di Universiti mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadkan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Di Indonesia

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di Universiti-Universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Inipun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia . Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual. Sekarang, di Malaysiapun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan di tukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan Mengenai Kes Pakai Serban

Ini ada lapurannya dalam semua akhbar. Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Peranan Masjid

Allah jadikan sembahyang berjemaah 5 waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar.

Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani.

Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang dihindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harapan Kepada Siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, Al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim.

Allah S.W.T berfirman:

"Kami wariskan Al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T.

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ?

Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam.

Anual Bakhri Haron

S/U Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 15 Rejab 1427/9 Ogos 2006
Ibnu Hashim
Pokok Yahudi






“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah ia! Kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah dari pokok Yahudi”

[Hadeeth riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidhi]
999
Ibnu Hashim
Tadi baru saja menonton rancangan TV3, 999 dan salah satu coverage dia macam biasalah, iaitu pelacuran. Yang tak sedapnya Si Zakaiah Anaz ni sebut "...Pekerjaan tertua di dunia" (merujuk kepada pelacuran)

Apa la punya ghaplah jingga minah nih..tu la, baca buku barat tu buleh, tapi kena la tapih tapihkan dengan ilmu yang Hak, iaitulah Addinul Islam itu sendiri... Jangan dok ikut bulat bulat kata mereka tu! Sampai depa kata manusia ni asal beruk pun ada yang boleh terima malah bermati matian pulak mempertahahankannya!

Kalau dah kata pekerjaan tertua tu ialah melacur..adakah kita nak kata umat Nabi Adam a.s. semuanya dulu tak bekerja? Sebab, umat yang mula menyeleweng ialah Umat Nabi Nuh!(pekerjaan pertama mereka ialah melacur? )

Kalau nak kat juga, so manusia Pertama ialah Adam a.s. dan pasangannya ialah Hawa. Mereka ni kerjanya apa? Mulut tu jaga sikitttt....

Kalau pakai akai pun dah buleh tolak, melacur tu bukannya free, kena bayor..kalau tak ada kerja, nak bayor dengan apanya? Dah tentulah ada pekerjaan lainnya yang dikerjakan terlebih dahulu..baru ada 'Modal'! Akai ada ka?


Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".

H.R. Muslim

Keterangan:
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

Sumber: 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)


p/s: sekadar ingatan untuk diri sendiri