Capt MUHAMMAD Azhar
Yang Dulu....



Bani Israel ialah bangsa yang paling banyak dikurniakan Nabi dan Rosul a.s. Ustaz jaman sekolah saya dulu, AF Ustaz Yunus bagi satu fikir, "Anak-anak, kalau kat tempat tu banyak berlaku kecurian, rompakan dan lain lain lagi, tentulah tempat tu akan mendapat keutamaan untuk dihantar Polis bagi menjaga keamanan kan kan kan? ... ITu kata Ust Yunus yang cool .walaupun telah berlalu 25 tahun nan silam.. aku masih ingat lagi wajahnya dan kata katanya...
*********************************************************

Sambungannya insyaALLAH..

Yahudi juga lah bangsa yang telah membunuh para Nabi dan Rosul as yang dikirimkan kepada mereka antaranya Nabi Zakaria a.s. dan Nabi Yahya a.s.

Mereka menyaksikan kebenaran kerosulan baginda a.s. namun masih lagi menginkarinya dgn perbuatan mereka yang menentang baginda. Bersama baginda mereka telah melihat sendiri akan mukjizat Nabi Musa a.s membelah laut Khalzum dengan tongkatnya dan membolehkan mereka melintasi laut dengan berjalan kaki sahaja, dikatakan mereka berjumlah 1 juta orang kesemuanya dan kesemua mereka selamat melintasi laut khalzum dengan izin ALLAH.

Mereka menyaksikan pula Firaun dan tenteranya mati di tengah lautan tatkala laut yg terbelah itu bercantum semula ... mereka melihatnya dengan mata kepala mereka sendiri!

Tatkala Nabi Musa a.s. meninggalkan mereka selama 40 hari untuk baginda pergi ke Bukit Tursina, kaumnya Bani Israel yang telah diselamatkan ALLAH dari bencana itu tadi telah murtad dengan menyembah patung anak lembu yg dibentuk dan dibuat oleh Samiri. Padahal permintaan mereka selalu dipenuhi dan mereka diperlihatkan akan tanda tanda kerosulan Nabi Musa a.s. dengan mukjizat namun mereka tetap engkar dan menurut hawa nafsu mereka.

Mereka telahpun melihat atau mendengar, tukang tukang sihir Istana Firaun telah pun tunduk menyerah kepada kebenaran ajaran yang dibawakan oleh Nabi Musa .as sehinggakan mereka sanggup dibunuh syahid pun tak berganjak lagi dari aqidah yang suci itu. Namun bilangan mereka amatlah sedikit sahaja ...

Setelah kembalinya Nabi Musa as dan melihat akan kemurtadan itu, bermunajat mohon petunjuk dari ALLAH, maka ALLAH telah menurunkan perintah supaya mereka bertaubat dengan cara membunuh diri mereka sendiri! Itu lah syariat Nabi Musa a.sa. membunuh diri dengan pedang.

Namun bila tiba masa dan saatnya, mereka tak sanggup juga untuk melaksanakannya..padahal janji ALLAH dan RosulNya pasti benar, setelah mereka membunuh diri (bertaubat ikut syariat Nabi Musa a.s.) maka mereka bersih dan akan dimasukkan ke Syurga, namun mereka ini, Bani Israel ini berdolak dalih lagi... tak sanggup mereka. Lalu kemudian Nabi Musa a.s. memerintahkan supaya mereka berbaris dan sahabat yang di belakang membunuh yg didepan..

Lalu setelah itu, dengan rahmat dan kurnia ALLAH, mereka ini telah dihidupkan semula dan bersih dari dosa Syirik itu tadi.

Di padang pasir tandus mereka dikurniakan dengan Manna dan Salwa, sejenis burung dan manisan dari langit untuk mereka. MEreka tak perlu masak pun, dah siap dah masak, masuk ke mulut je, dan tadah je manisan yang turun dari langit... tetapi., Bani Israel ni mintak pulak lagi makanan makanan lagi yang mana seperti bawang, kekacang dan lain lain. Sedangkan mereka dikurniakan makanan dari Langit tetapi mereka mahukan makanan dari bumi pula!

Udah le begitu, Panas lah ya Nabiallah!! Nabi Musa angkat tangan baginda yang mulia, ALLAH perkenankan.. maka ada awan Special (naungan) untuk mereka di padang pasir tu... wahhh... macam macam ALLAH bagi... adakah mereka bersyukur dan taat pada Nabi Musa a.s.?


وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Terjemahan:

"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.  " (Al-Baqarah:57)


Merasa Dahaga, mereka mengadu pada Nabi Musa a.s. Nabi pun minta pada ALLAH, ALLAH perintahkan pukul batu dgn tongkat baginda as maka bila dipukul sahaja terpancar 12 mata air untuk 12 suku Yahudi ketika itu... Dari batu keluar Air!


وَقَطَّعْنَاهُمُ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ أَسْبَاطًا أُمَمًا ۚ وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ إِذِ اسْتَسْقَاهُ قَوْمُهُ أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ ۖ فَانبَجَسَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ ۚ وَظَلَّلْنَا عَلَيْهِمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْهِمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۚ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Terjemahan:

"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: Pukullah batu itu dengan tongkatmu. Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing dan Kami naungi mereka dengan awan dan Kami turunkan kepada mereka "Manna" dan "salwa". (Lalu Kami berfirman): Makanlah dari benda yang baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.  " (Al-Baqarah:160)



Sungguh bodoh mereka itu lagi amat engkar akan Nabi mereka!

Kenapa dok citer pasal Bani Israel tu?

Pasal utk kita telek telek diri kita , kita ni dok benci Yahudi Zionist tu... namun sifat sifat yang di atas tu kita ada tak? Kita bukan Bani Israel, kita BANGSA MELAYU yang langsung tak disebut pun dalam Qur'an tapi adakah kita ini serupa dan sebangsa dengan perangai jelek Yahudi itu? (Ust aku pesan, yg Bani Israel itu gelaran utk yg beriman sementara yg engkar tu ALLAH sebut Yahudi - Qur'an)

Sifat berdolak dalik dan tidak menepati janji Yahudi tu, ada ke tidak kita amalkan? Cuba kita (termasuk aku ni lah), masa nak tidur karang, letak tangan kat dahi tu, renung renung skit, aku ni ada ke tidak perangai macam Yahudi yang aku kutuk kutuk konon benci tu... Ada ke tak ada? Kalau tak ada, alhamdulil lah,.... kalau ada.. maknanya aku ni 'Benci tapi rindu' lah!!

Tu satu. Dari kisah kat atas tu, aku punya la geram kat Yahudi  nih..udah tengok sendiri, Laut Terbelah, Ular makan ular sihir, Dah mati idup balik, Turun makanan special dari langit yg tak pernah diberikan kpd sesiapa pun sebelum ni, keluar air dari batu untuk setiap suku mereka.. Macam tu punya 'tanda-tanda' kebesaran ALLAH, Masih lagi Nak Lawan ALLAH?? Masih lagi tak taat pada Nabi Musa a.s.? Apa punya lah bangsa Yahudi nih!!! Haprakkk!!! (chewah...)

Sekali lagi, mari kita letak tangan kita atas dahi malam nih, renung renung tengok... Aku ni Melayu ... bukan Yahudi...tapi agak agak...ada tak sifat sifat KeYahudian dalam diri aku nih?  Macam tanda tanda yang kat atas tu ada ke tidak?  Adakah mulut aku mengaku ALLAH itu Esa dan aku benar benar mengesakanNya? Adakah mulut aku mengaku Muhammad itu persuruhNya dan aku benar benar berusaha mengamalkan sunnahnya dan membenarkan sabdaannya?  Atau aku hanya beretorika macam Yahudi jugak? 

Sekarang kita ini di mana kedudukan kita? Kita bencikan BANGSA YAHUDI kah atau kita bencikan PERANGAI YAHUDI?  Kalau kita benci BANGSA YAHUDI, maka ingatlah, Ummul Mukminin r.anha ada beberapa orang dari kalangan Yahudi! Iaitu Safiyyah r.a dan Juwairiah r.anha!!

Kisah dalam Qur'an itu menceritakan PERANGAI YAHUDI kah atau BANGSA YAHUDI?

Kalau kita yakin itu hanya kisah BANGSA YAHUDI, kisah Kebangsaan semata mata, tak ada kena mengena dengan kita, kita ni MELAYU, kita ni TUAN di TAnah Bertuah ini ... Maka kita sekadar baca sahaja ayat ayat dan kisah kisah itu kerna itu kisah BANGSA YAHUDI..bukan untuk kita. Maka tak ubahlah Al-Qur'an itu seperti buku cerita sahaja kerna ayat ayatnya tak ada kena mengena dgn kita. Padahal Sayyidina Umar r.a. tatkala membaca ayat tentang manusia Munafiq, maka terasa berat dadanya kerna dirasakan..Dia lah si Munafiq itu tadi...dan bila baca ayat ayat tentang org org Soleh, dia mengharap harap agar tergolonglah dia ke dalam golongan orang Soleh itu!  Maka Qur'an itu semuanya berkenaan dengan dirinya, hidupnya, keluarganya, masyarakatnya, rakyatnya..negaranya, dunianya, akhiratnya malah segala galanya!!!

هَـٰذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِين

Terjemahan:
"(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. "(Aali Imran:138)


Ternyata ALLAH itu Maha Adil dan Dia tidak sekali kali mengzalimi kita, tapi sebaliknya kita yang mengzalimi diri kita sendiri.. Keterangan yang berupa bukti bukti itu adalah agi mereka yang mahu sahaja, untuk mereka yang tidak mahu maka tak perlu lah beretorika lagi mengelirukan umat marhaen!


يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Terjemahan:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Yunus:57)

Tinggalkan sahaja perjuangan Kebangsaan mu itu! Bukankah Nabi mu Muhammad s.a.w. ditolak oleh YAHUDI hanya semata mata kerana berbangsa ARAB dan bukan sebangsa dengan mereka? Bukankah perjuangan kebangsaan itu adalah dari sifat dan perangai YAHUDI yg kamu jerit hiruk pikuk kononnya benci itu?

Bukan bangsa itu yang dibenci tapi lantaran Perangai mereka itulah yang dibenci. .

Ayoh.. Jom letak tangan atas dahi agi di pembaringan malam ini... aku ini adakah lebih Yahudi dari Yahudi ... aku ini nama sahaja Melayu beragama Islam tapi perangai aku ni adakah seperti Yahudi sepertimana yang dikisahkan dalam Al-Qur'an iaitu kitab Petunjuk bagi manusia dan RAHMAT bagi yang bertaqwa dan beriman?

Astaghfirullahal adzhim... aduhai diri ku...
َ
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment