Capt MUHAMMAD Azhar
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH Yang Menghidupkan dan Mematikan, Yang Awwal dan Yang Akhir, Yang menjadikan insan dan mengajarkannya tentang Matahari dan Bulan dijadikannya dengan penghitungan, sujud padaNya segala sesuatu samada di langit mahupun di bumi. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait serta para sahabat r.anhum.


Apa itu ikhlas?

 Entah mengapa telah ditaqdirkan ALLAH bilamana aku akhir akhir ini dalam 2 bulan ini sudah beberapa kali ditanyakan akan perkara yang amat penting ini samada di sms, telefon mahupun bilamana aku terbaca dibincangkan dalam artikel,. status FB dan juga Blog. Aku tak berapa berani nak sentuh ni sebab aku rasa ikhlas aku ni ntah berada di tahap mana ntah...takut takut nanti cakap je pandai tapi aku di takuk paling tercorot na'uzubillah ...


Namun mudah mudahan ada manfaatnya yang dapat aku tumpang dgn amalan sahabat shabat dan mudah mudahan ALLAH beri ilmu dan faham kepada umat melalui tulisan aku ni (harap harap bro..aku tau aku ni ntahapahapa..tapi aku harap padaNya jua atas kelemahan aku ni Dia akan perkuat kan aku) .. Sebentar tadi aku jumpa lagi bentuk tulisan yang seakan sama yg membicarakan tentang ikhlas yang mana pada aku perlu buat komentar jua di blog aku nih mudah mudahan ada manfaatnya. Ketepikan dulu 'Ke Mana Haluan Ku? III'  ada umur leh sambung insyaALLAH.


Apa yang aku nak nyatakan di sini, adanya kecenderungan di kalangan umat ini yang menekankan Ikhlas itu bermaksud:


1. Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa apa balasan.
2. Melakukan sesuatu semata mata kerana ALLAH.


Dua dua ni memang betul , pada yang pertama tu, aku nak tambah skit la ayatnya, 'melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa apa balasan dari orang atau makhluk yang ditolongnya samada berbentuk material mahupun pujian.

okeh.

Kita ini, sebagai al insan, hidup di dunia ini hanya untuk mempersiapkan diri buat hidup abadi di kampong akhirat. Hidup yang sebenar benar hidup. Maka apa yang ada di dunia ini, sebolehnya kita mahu bawa ke akhirat untuk bersama kita, anak pinak, isteri/suami kita..kita mahu semuanya di sana abadan abadaa.. justeru itu Ummul Mukminin Saodah r.anha sanggup menyerahkan gilirannya kepada Aisyah r.anha agar Nabi s.a.w. tak menceraikannya (beliau mendengar khabar sahaja, Nabi tak cakap pun). Tujuannya adalah supaya bersama selamanya di akhirat sebagai isteri Nabi s.a.w. Maka kita pun mahu orang yg kita saying itu bersama kita selamanya di sana..jalannya.. Nikah.  Ok. Settle.. melencong skit. Ehehe..

Kita ini hidup berpindah pindah dari satu dunia ke dunia yang lain. Sekarang ni yang membaca entry ini sedang berada di dunia kita yang ke tiga, dalam proses perpindahan ke dunia ke empat iaitu Barzah. Berpindah pindah dari alam Ruh ke alam Rohim, alam dunia dan bakal ke alam Barzah iaitu awal mula permulaan hidup yang sebenar benar hidup kekal abadi buat selama lamanya abdan abadaa..


Maka untuk itu, hidup ini adalah ujian semata mata, guna untuk diperhisabkan (takutnya tulis perkataan 'hisab' tu kerna aku pun KENA!!! dengan muka tak malunya aku berharap aku dari golongan Tanpa Hisab..aminnnn aminnn...) tentang amalnya di dunia ini. Maka dari itu diadakan syariat untuk panduan umat ini tentang apa yang ALLAH pemilik dan penguasa seluruh alam ini mahukan dan perintahkan atas kita.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Terjemahan:


"Sesungguhnya Kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya supaya Kami menguji mereka (manusia/jin) siapakah diantara mereka itu yang lebih baik amalnya" (Al-Kahfi:7)



إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Terjemahan:


"Sesungguhnya Kami jadikan manusia dari setitik mani yang melalui berbagai proses, supaya Kami hendak mengujinya" (Ad-Dahr:2)


Kehidupan duniawi tidak dapat dipetik melainkan oleh mereka yang menanamnya… ianya tak akan dapat dituai melainkan oleh penanamnya sendiri. Kerna di sana nanti, Raja segala Raja adalah Raja Yang Maha Adil. Andai didunia tanaman kita, usaha kita, boleh dicuri, dirompak, disapu oleh al penyangak wal penyamun tarbus, namun di sana nanti kita hanya akan dapat menuai apa yng kita tanam dan tak ada orang lain yang mampu untuk mengambilnya. Maka beruntunglah mereka yang subur tanamannya lagi banyak tanamannya kelak.. (semoga akulah org itu...aamiinn)


Telah berkata al Mutannabbi :


"Biarkan aku untuk memperoleh keluhuran yang tidak mungkin dapat dicapai, memang kesukaran mencapai keluhuran itu harus dilalui dengan kesukaran pula dan yang mudah diperoleh dengan mudah… Engkau bermaksud untuk mencapai keluhuran itu dengan senang senang sahaja, tetapi untuk mencapai Syahid haruslah kena sengat Lebah dahulu"

Kalau saja di dunia kita ni pun kita perlu berusaha (Darul Asbab) untuk memperolehi sesuatu, maka apakah nanti kenikmatan menatap wajah ALLAH itu kita akan perolehi secara percuma saja? Neyhi neyhi… ada harga yang perlu dibayar bang!

Adakah sama sahaja antara orang Soleh dengan orang Tholeh? Sama kah dengan Sang Pejuang dengan Sang Lepaking? Orang malas dengan orang rajin? Zolim dan Adil pun sama je ker? Buat tak buat tak kisah pun… adakah begitu system yang ALLAH ada kan di dunia nih? Sekali lagi… Neyhi Neyhi …

Maka insyaALLAH kita sudah bersepakat dan memaklumi akan sunnatullahnya di mayapada ini, bahawa sesuatu yang berharga itu tidak dapat dicapai melainkan dengan usaha dan kesungguhan, malahan semakin tinggi nilai sesuatu itu , maka semakin meningkat akan kepayahan untuk memperolehinya. Ini sunnatullahNya (melainkan jika Dia berkehendakkan selainnya kerna Dia Maha Berkehendak).




أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Terjemahan:

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" (Aali-Imraan:142)


Ikhlaskah Kalau Beramal kerna mencari Pahala? Syurga? Takut Neraka?


OKeh, key point yang aku buat nak menulis ni adalah kerna persoalan yang di atas ni lah. Ada kecenderungan yang banyak yang aku lalui bilamana mereka ini mempersoalkan orang yang beramal kerna mahukan Syurga atau takutkan Neraka atau mahukan pahala . Mereka berpendapat semua ini menjadikan amal menjadi rosak dan tidak ikhlas lantaran mengharapkan perkara-perkara tersebut. Ada yang marah marah aku pun ada. Tapi tak mengapalah kerna mereka pun betul juga iaitu definisi mereka yang awal tadi => :

1. Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa apa balasan.

2. Melakukan sesuatu semata mata kerana ALLAH.


Persoalannya sekarang ini, adakah salah kalau beramal kerana mahukan Syurga ALLAH, takutkan Neraka ALLAH, atau mahukan Pahala atas amal yang dilakukan? Salah kah? Tak ikhlas kah? Betulkah tak ikhlas?




Hakikat 'Amal
Apapun, hakikatnya, 'amal itu menerbitkan PAHALA (husnuz zhon - sangka baik- dan ar rojaa -berharap harap - pd penerimaan 'amalnya). Dan pahala pula tak dapat tidak tidak akan dapat lari dari 2 perkara iaitu:

1. Taat perintah ALLAH
2. Jauhi larangan ALLAH

Kerna apa? Kerna ini janji ALLAH.


Justeru itu, jiwa yang bersih dan suci akan menyembah ALLAH lantaran Dia sahajalah yang layak untuk disembah dan tiada duanya dan tiadalah Dia bersekutu dengan sesuatu apa pun malahan yang selain dariNya lah yang bergantung harap kepadaNya. Maka selayaknya lah Dia itu disembah dan diberi ketaatan mutlaq.

Para Ulama' ASWJ berpendapat tidak salah dan tidak berdosa seseorang itu ber'amal kerna mahukan pahala, syurga atau takutkan Neraka ALLAH. MEreka berpendapat para Anbiya', para Muqorrobin, Siddiqin dan Solihin dalam doa doa mereka dan puji pujian mereka dalam Qur'an kerana takutkan Neraka dan mengharapkan Syurga ALLAH.


أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ ۚ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا



Terjemahan:

"Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhan mu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti." (Bani Israel:57)


Begitulah yg ALLAH gambarkan orang orang yg menghampirkan diri mereka kepada ALLAH, mereka itu TAKUT AKAN AZAB ALLAH dan sememangnya dianjurkan dan diperintahkan supaya kita takut akan azabNya.


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا


Terjemahan:
"Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, hindarkanlah kami dari Azab Jahannam itu dari kami, kerana azabnya itu sangat mengerikan. (Al-Furqan:65)


Dan ALLAH berfirman pula untuk selamat dari Neraka tersebut, mereka berwasilah dgn iman mereka:


الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Terjemahan:
"(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka"(Aali-Imran:16)

Maka wasilah yang paling agung untuk menyelamatkan diri dari api Neraka adalah wasilah Iman. ALLAH menerangkan tentang orang orang yang ber'aqal dan berfikir, mereka itu selalu meminta minta kepada ALLAH akan SyurgaNya dan berlindung diri kepada ALLAH dari ancaman NerakaNya serta mengharapkan PahalaNya atas amalan yang mereka lakukan:


 إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
 الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
 رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
 رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا ۚ رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ
 رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
 فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ ۖ بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ ۖ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ


Terjemahan:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. Wahai tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.Maka tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). "(Aali Imran:190-195)

Maka tak ada perselisihan lagi di sini apa yang diperintahkan/ditawarkan dalam kitabullah dan yang diajarkan oleh para Rosul itu adalah untuk memohon SyurgaNya, jauhi NerakaNya dan mengharapkan pahalaNya.



إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

Terjemahan:
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;" (Al-Fathir:29)

Ulama' tafsir mengatakan perniagaan di sini bermaksud ganjaran pahala.


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Terjamahan:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. " (Al-Baqarah:261)

Ayat ayat ni menunjukkan 'offer' ALLAH utk memberi pahala.. takkan kita tak sudi kot? Takkan jual mahal kottt...


Sabdaan Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. banyak menjurus kepada memohon Syurga dan menjauhi diri dari Neraka ALLAH. Dalam doa doa kita, wirid wirid kita selepas solat juga memohon Syurga dan jauh dari Api Neraka ALLAH. Nabi juga menyarankan kita bila kita minta Syurga, mintalah Syurga Firdaus kerna itulah Syurga yang tertinggi.

Selepas Azan, kita doakan agar Nabi kita ditempatkan di tempat yang tertinggi dalam Syurga yang mana doa ini Nabi kita ajarkan kepada kita dan baginda menyatakan baginda menginginkan tempat yang tertinggi dalam Syurga itu dan kita umatnya lah Bantu mendoakannya. Sesesiapa yang mendoakannya maka baginda akan bagi syafaatnya! (Maaf atas kerendahan dan kejahilan aku, aku cari cari hadith ni tak jumpa jumpa, maka tak dapat aku sertakan matannya di sini tapi aku yakin hadith ni hadith popular dan ramai dah baca dan tahu.)

Sebuah lagi menceritakan bagaimana suatu hari Nabi bersabda lebih kurang maksudnya Nabi tanya bagaimana boleh tak tertarik dgn Syurga? Kerna Syurga itu demi Tuhan Ka'abah adalah cahaya yang berkilau kilauan, wangi wangian yg semerbak, bidadari yang cantikjelita. Buah buahan yang ranum, istana istana yang megah, sungai yang mengalir dsbnya sehingga kemudiannya para sahabat menyahut "Ya Rosulullah! Kami sangat tertarik dengannya dan akhirnya Nabi pun bersabda 'InsyaALLAH' (Sapa tau hadith ni tolong emel aku supaya aku dapat tepet kat sini insyaALLAH..makasih)


Kalaulah ber'amal kerena hendakkan Syurga ALLAH itu tak ikhlas dan tercela, kenapa pula Al-Qur'an dan Hadith menganjurkannya?? Tidakkah ianya bertentangan dgn Al Qur'an dan Sunnah? Kalau ber'amal kerna takutkan Neraka ALLAH itu tak ikhlas, maka ke mana hendak dicampakkan surah surah dan hadith hadith tu semua?? 


Kisah Sahabat r.a.

Ketika perang berkecamuk, seorang sahabat sedang melepaskan lelah sambil memakan sebiji kurma di tangan kanannya dan beberapa biji lagi di tangan kirinya menanti untuk disuapkan ke mulutnya.  Sedang dia melihat dan makan kurma itu, beliau bertany kepada baginda Rosul saw yang ada di sisinya. Dimanakah kedudukan dan keberadaannya kalau dia tumpas dalam pertempur itu,  Jawab baginda s.a.w. pendek "dalam Syurga!"  Mendengarkan itu beliau mencampakkan kurma yang baru separuh dimamahny dan bakinya yang ada di tangan kiri ke tanah, terus menghunus pedangnya dan menyambung pertarungan dengan meluru melompat ke tengah tengah medan pertempuran. Beliau  berjuang dengan berani dan menewaskan beberapa orang musuh sambil meneriakkan dia sudah terbau akan bauan Syurga…beliau akhirnya menemui Syahid dalam pertempuran itu…. Renungkan. Nabi kata Sahabat sahabat baginda itu laksana bintang di langit. Ingat tu. Selesai.

Menurut Imam Fakhruddin ar Razi: Ibadah itu ada 3 perkara yang timbul darinya iaitulah:


1. Ia membentuk Insan Kaamil (sempurna) - dengannya hati nurani diterangi Nur Ilahi, lidahnya terpelihara dari perkaaan yang lagho tapi dihiasi dengan ucapan yang mulia seperti zikrullah, anggota tubuhnya menjadi indah dan segar sehingga dia mencapai tingkat kemanusiaan yg tinggi dan akhirnya mencapai sa'ada (kebahagiaan) dalam erti yg seluas luasnya.

2. Membentuk sifat amanah - satu akhlak yang utama. Orang yang amanah akan mendapat pertolongan Ilahi pada saat-saat yang diperlukan.

3. Ibadah menciptakan kegembiraan dan sukacita - Dia mengeluarkan manusia dari alam kegelapan kepada cahaya terang benderang. Dia memberikan jalan keluar dari sesuatu kesulitan, menunjukkan pemecahan persoalan dari kesukaran yang sedang dihadapi sesuai dengan firmanullah:

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ...


 وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ


Terjemahan:
"..sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)" (At-Tholaq:2-3)


Setahu aku yang jahil ini, memang ada ahli ahli Thoriqat yang mengatakan demikian (adapun yang cakap dgn aku tu bukan ahli Thoriqat pun) dan aku menghormati pendapat mereka itu. Adapun mereka berkata dengan ilmu dan insyaALLAH aku faham akan Zouk mereka tu… Mereka berpendapat 'Tidak patut seorang 'abid beribadah kpd ALLAHdengan menepati perintah dan laranganNya kerna takutkan azab atau kerna ingin mendapatkan pahalaNya. Seorang Mahabbah yang sebenarnya tidak mengkehendaki yang sedemikian itu. Orang yang mencintai tidak ada hak untuk dicintai.


Subhanallah… terkesima aku. Sungguh tinggi maqam mereka itu!

Namun aku berpendapat secara peribadi, mereka itu benar dan apa yang mereka tujui itu juga benar. Namun pembawaan pengikut yg tak faham dan tak merasai apa yang dirasai oleh ahli ahli sufi itu yang menjadikan masalah kpd umat ini. MEreka yang sampai (tenggelam dalam lautan cinta pada ALLAH) perkataan mereka seringkali kita tak dapat fahami dan kita fahamkan lain dari yang apa yang mereka maksudkan.

Pada aku, kata kata mereka itu mereka tujukan kepada murid murid mereka, halaqah halaqah mereka jemaah jemaah mereka dalam pada mereka mendidik hati menuju mardhotillah. Namun mereka tak menghukum orang lain, tidak menujukan kata kata itu kepada jemaah lain, pergerakan lain atau orang lain sekalipun, kata kata mereka tu sebenarnya ditujukan kepada DIRI MEREKA sendiri.

Namun salah pembawaan mereka yang samada mendengar tanpa ilmu, membaca tanpa ilmu dan belajar tasauf tanpa guru yang menyebabkan ada di kalangan yang mencela orang lain beramal kepada pahala, syurga dan neraka. Cukuplah takat tu dulu, aku tak layak pun nak komen tentang ahli ahli sufi ni… moga ALLAH ampunkan aku…


Hamba Yang Bersyukur

Adapun hadith Aisyah r.anha bilamana menceritakan Aisyah r.anha menanyakan kepada baginda Rosul s.a.w. mengapa beliau solat sampai bengkak bengkak kakinya, padahal dia adalah Rosul pilihan, dosanya telah diampunkan lagi pula berkeadaan Maksum dari perbuatan dosa dan noda. Sementelah baginda juga sudah dijanjikan ahli Syurga di tempat yang tertinggi maqam para Rosul, tapi mengapakah baginda solat sampai bengkak bengkak kaki? Baginda s.a.w. memberitahu Aisyah, apakah tidak selayaknya aku ini menjadi hamba yang bersyukur!?  Inilah tingkatan Ikhlas tertinggi..ikhlas para Rosul a.s.!!

Kesimpulan

Ikhlas boleh dikategorikan dalam 4 perkara:

1.  Ber'amal kerna mahukan Syurga ALLAH, ini adalah ikhlas.
2. Ber'amal kerna takutkan Neraka ALLAH, ini pun ikhlas jugak.
3. Ber'amal kerna mahukan meraih keuntungan ganjaran Pahala dari ALLAH, ni pun ikhlas di sisiNya.
4. Ber'amal kerna ALLAH semata mata - ini golongan para Rosul dan Anbiya a.s. serta mereka yang ALLAH pilih untuk mendapat kurniaNya ini.

Apapun keikhlasan itu diukur oleh ALLAh dan bukan kita manusia ini. Kita hanya bertuah dikirimkan Rosul dan diturunkan Kitab bagi menerangkan syariat perintah dan larangan yang ALLAH mahukan atas kita. Maka di tingkatan mana kah kita dan tingkatan mana yang tinggi, itu urusan ALLAH. Tak perlu kita menuding kepada sesiapa pun lantaran kita tak ada cop mohor "bebas dari Api Neraka' di dahi kita ni. Kalau dibincangkan pun hanayalah bertujuan supaya kita sama sama fikir di mana kita ini dan bagaimana kita hendak taat kepadaNya bukan bertujuan nak sesatkan orang atau nak rendahkan orang lain. Biarkan kerja ALLAH untuk ALLAH dan kerja kita untuk kita laksanakan. Entri ini pula bukanlah artikel ilmiah tapi hanya santai sahaja bincang bincang sekadar mampu...

Mari kita sama sama muhasabah diri kita (terutama diri ku sendiri) dan sama sama perbetulkan niat kita..Moga moga tergolong dalam golongan yang ikhlas ber'amal di sisiNya ...Aaamiinn
Capt MUHAMMAD Azhar
Yang Dulu....



Bani Israel ialah bangsa yang paling banyak dikurniakan Nabi dan Rosul a.s. Ustaz jaman sekolah saya dulu, AF Ustaz Yunus bagi satu fikir, "Anak-anak, kalau kat tempat tu banyak berlaku kecurian, rompakan dan lain lain lagi, tentulah tempat tu akan mendapat keutamaan untuk dihantar Polis bagi menjaga keamanan kan kan kan? ... ITu kata Ust Yunus yang cool .walaupun telah berlalu 25 tahun nan silam.. aku masih ingat lagi wajahnya dan kata katanya...
*********************************************************

Sambungannya insyaALLAH..

Yahudi juga lah bangsa yang telah membunuh para Nabi dan Rosul as yang dikirimkan kepada mereka antaranya Nabi Zakaria a.s. dan Nabi Yahya a.s.

Mereka menyaksikan kebenaran kerosulan baginda a.s. namun masih lagi menginkarinya dgn perbuatan mereka yang menentang baginda. Bersama baginda mereka telah melihat sendiri akan mukjizat Nabi Musa a.s membelah laut Khalzum dengan tongkatnya dan membolehkan mereka melintasi laut dengan berjalan kaki sahaja, dikatakan mereka berjumlah 1 juta orang kesemuanya dan kesemua mereka selamat melintasi laut khalzum dengan izin ALLAH.

Mereka menyaksikan pula Firaun dan tenteranya mati di tengah lautan tatkala laut yg terbelah itu bercantum semula ... mereka melihatnya dengan mata kepala mereka sendiri!

Tatkala Nabi Musa a.s. meninggalkan mereka selama 40 hari untuk baginda pergi ke Bukit Tursina, kaumnya Bani Israel yang telah diselamatkan ALLAH dari bencana itu tadi telah murtad dengan menyembah patung anak lembu yg dibentuk dan dibuat oleh Samiri. Padahal permintaan mereka selalu dipenuhi dan mereka diperlihatkan akan tanda tanda kerosulan Nabi Musa a.s. dengan mukjizat namun mereka tetap engkar dan menurut hawa nafsu mereka.

Mereka telahpun melihat atau mendengar, tukang tukang sihir Istana Firaun telah pun tunduk menyerah kepada kebenaran ajaran yang dibawakan oleh Nabi Musa .as sehinggakan mereka sanggup dibunuh syahid pun tak berganjak lagi dari aqidah yang suci itu. Namun bilangan mereka amatlah sedikit sahaja ...

Setelah kembalinya Nabi Musa as dan melihat akan kemurtadan itu, bermunajat mohon petunjuk dari ALLAH, maka ALLAH telah menurunkan perintah supaya mereka bertaubat dengan cara membunuh diri mereka sendiri! Itu lah syariat Nabi Musa a.sa. membunuh diri dengan pedang.

Namun bila tiba masa dan saatnya, mereka tak sanggup juga untuk melaksanakannya..padahal janji ALLAH dan RosulNya pasti benar, setelah mereka membunuh diri (bertaubat ikut syariat Nabi Musa a.s.) maka mereka bersih dan akan dimasukkan ke Syurga, namun mereka ini, Bani Israel ini berdolak dalih lagi... tak sanggup mereka. Lalu kemudian Nabi Musa a.s. memerintahkan supaya mereka berbaris dan sahabat yang di belakang membunuh yg didepan..

Lalu setelah itu, dengan rahmat dan kurnia ALLAH, mereka ini telah dihidupkan semula dan bersih dari dosa Syirik itu tadi.

Di padang pasir tandus mereka dikurniakan dengan Manna dan Salwa, sejenis burung dan manisan dari langit untuk mereka. MEreka tak perlu masak pun, dah siap dah masak, masuk ke mulut je, dan tadah je manisan yang turun dari langit... tetapi., Bani Israel ni mintak pulak lagi makanan makanan lagi yang mana seperti bawang, kekacang dan lain lain. Sedangkan mereka dikurniakan makanan dari Langit tetapi mereka mahukan makanan dari bumi pula!

Udah le begitu, Panas lah ya Nabiallah!! Nabi Musa angkat tangan baginda yang mulia, ALLAH perkenankan.. maka ada awan Special (naungan) untuk mereka di padang pasir tu... wahhh... macam macam ALLAH bagi... adakah mereka bersyukur dan taat pada Nabi Musa a.s.?


وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Terjemahan:

"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.  " (Al-Baqarah:57)


Merasa Dahaga, mereka mengadu pada Nabi Musa a.s. Nabi pun minta pada ALLAH, ALLAH perintahkan pukul batu dgn tongkat baginda as maka bila dipukul sahaja terpancar 12 mata air untuk 12 suku Yahudi ketika itu... Dari batu keluar Air!


وَقَطَّعْنَاهُمُ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ أَسْبَاطًا أُمَمًا ۚ وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ إِذِ اسْتَسْقَاهُ قَوْمُهُ أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ ۖ فَانبَجَسَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ ۚ وَظَلَّلْنَا عَلَيْهِمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْهِمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۚ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Terjemahan:

"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: Pukullah batu itu dengan tongkatmu. Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing dan Kami naungi mereka dengan awan dan Kami turunkan kepada mereka "Manna" dan "salwa". (Lalu Kami berfirman): Makanlah dari benda yang baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.  " (Al-Baqarah:160)



Sungguh bodoh mereka itu lagi amat engkar akan Nabi mereka!

Kenapa dok citer pasal Bani Israel tu?

Pasal utk kita telek telek diri kita , kita ni dok benci Yahudi Zionist tu... namun sifat sifat yang di atas tu kita ada tak? Kita bukan Bani Israel, kita BANGSA MELAYU yang langsung tak disebut pun dalam Qur'an tapi adakah kita ini serupa dan sebangsa dengan perangai jelek Yahudi itu? (Ust aku pesan, yg Bani Israel itu gelaran utk yg beriman sementara yg engkar tu ALLAH sebut Yahudi - Qur'an)

Sifat berdolak dalik dan tidak menepati janji Yahudi tu, ada ke tidak kita amalkan? Cuba kita (termasuk aku ni lah), masa nak tidur karang, letak tangan kat dahi tu, renung renung skit, aku ni ada ke tidak perangai macam Yahudi yang aku kutuk kutuk konon benci tu... Ada ke tak ada? Kalau tak ada, alhamdulil lah,.... kalau ada.. maknanya aku ni 'Benci tapi rindu' lah!!

Tu satu. Dari kisah kat atas tu, aku punya la geram kat Yahudi  nih..udah tengok sendiri, Laut Terbelah, Ular makan ular sihir, Dah mati idup balik, Turun makanan special dari langit yg tak pernah diberikan kpd sesiapa pun sebelum ni, keluar air dari batu untuk setiap suku mereka.. Macam tu punya 'tanda-tanda' kebesaran ALLAH, Masih lagi Nak Lawan ALLAH?? Masih lagi tak taat pada Nabi Musa a.s.? Apa punya lah bangsa Yahudi nih!!! Haprakkk!!! (chewah...)

Sekali lagi, mari kita letak tangan kita atas dahi malam nih, renung renung tengok... Aku ni Melayu ... bukan Yahudi...tapi agak agak...ada tak sifat sifat KeYahudian dalam diri aku nih?  Macam tanda tanda yang kat atas tu ada ke tidak?  Adakah mulut aku mengaku ALLAH itu Esa dan aku benar benar mengesakanNya? Adakah mulut aku mengaku Muhammad itu persuruhNya dan aku benar benar berusaha mengamalkan sunnahnya dan membenarkan sabdaannya?  Atau aku hanya beretorika macam Yahudi jugak? 

Sekarang kita ini di mana kedudukan kita? Kita bencikan BANGSA YAHUDI kah atau kita bencikan PERANGAI YAHUDI?  Kalau kita benci BANGSA YAHUDI, maka ingatlah, Ummul Mukminin r.anha ada beberapa orang dari kalangan Yahudi! Iaitu Safiyyah r.a dan Juwairiah r.anha!!

Kisah dalam Qur'an itu menceritakan PERANGAI YAHUDI kah atau BANGSA YAHUDI?

Kalau kita yakin itu hanya kisah BANGSA YAHUDI, kisah Kebangsaan semata mata, tak ada kena mengena dengan kita, kita ni MELAYU, kita ni TUAN di TAnah Bertuah ini ... Maka kita sekadar baca sahaja ayat ayat dan kisah kisah itu kerna itu kisah BANGSA YAHUDI..bukan untuk kita. Maka tak ubahlah Al-Qur'an itu seperti buku cerita sahaja kerna ayat ayatnya tak ada kena mengena dgn kita. Padahal Sayyidina Umar r.a. tatkala membaca ayat tentang manusia Munafiq, maka terasa berat dadanya kerna dirasakan..Dia lah si Munafiq itu tadi...dan bila baca ayat ayat tentang org org Soleh, dia mengharap harap agar tergolonglah dia ke dalam golongan orang Soleh itu!  Maka Qur'an itu semuanya berkenaan dengan dirinya, hidupnya, keluarganya, masyarakatnya, rakyatnya..negaranya, dunianya, akhiratnya malah segala galanya!!!

هَـٰذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِين

Terjemahan:
"(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. "(Aali Imran:138)


Ternyata ALLAH itu Maha Adil dan Dia tidak sekali kali mengzalimi kita, tapi sebaliknya kita yang mengzalimi diri kita sendiri.. Keterangan yang berupa bukti bukti itu adalah agi mereka yang mahu sahaja, untuk mereka yang tidak mahu maka tak perlu lah beretorika lagi mengelirukan umat marhaen!


يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Terjemahan:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Yunus:57)

Tinggalkan sahaja perjuangan Kebangsaan mu itu! Bukankah Nabi mu Muhammad s.a.w. ditolak oleh YAHUDI hanya semata mata kerana berbangsa ARAB dan bukan sebangsa dengan mereka? Bukankah perjuangan kebangsaan itu adalah dari sifat dan perangai YAHUDI yg kamu jerit hiruk pikuk kononnya benci itu?

Bukan bangsa itu yang dibenci tapi lantaran Perangai mereka itulah yang dibenci. .

Ayoh.. Jom letak tangan atas dahi agi di pembaringan malam ini... aku ini adakah lebih Yahudi dari Yahudi ... aku ini nama sahaja Melayu beragama Islam tapi perangai aku ni adakah seperti Yahudi sepertimana yang dikisahkan dalam Al-Qur'an iaitu kitab Petunjuk bagi manusia dan RAHMAT bagi yang bertaqwa dan beriman?

Astaghfirullahal adzhim... aduhai diri ku...
َ
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah..

Segala puji bagi Mu Ya ALLAH, Penguasa seluruh Alam, Pencipta seluruh alam dan isinya. Tuhan yang Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Bersifat dengan segala sifat sifat kesempurnaan dan mustahil Dia Jahil. Dialah Tuhan Yang Maha Adil yang telah mengharamkan DiriNya sendiri dari bersifat Zalim. Maha suci Engkau Ya ALLAH.. Engkau Tuhan ku dan aku hamba Mu yang lemah lagi hina... Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w ahlil bait dan para sahabatnya r.anhum.

Andai bangsa itulah yang diperjuangkan, maka tentulah bangsa Arab itulah yang termulia lantaran Nabi kita berbangsa Arab. Andai bangsa itulah yang menentukan kemajuan duniawi dan ukhrawi, maka tiadalah turun naik dalam kemajuan sesuatu bangsa itu melainkan sentiasa menaik sahaja dan bagi bangsa yang tercorot akan sentiasa tercorot di bawah.

Perkara ini semua orang maklum yg ianya tak mungkin dan tak akan terjadi. Sedangkan bangsa itu sendiri dijadikan oleh ALLAH, Tuhan Yang Maha Adil, mustahil Dia bersifat Zalim atas hamba hambaNya melainkan kitalah sendiri yang mengzalimi diri kita sendiri.

Habis tu, kenapa masih memperjuangkan bangsa wahai pejuang pejuang bangsa sekelian? Bolehkah kau jamin darah dalam tubuh kamu tu seratus peratus darah Melayu? Tak ada darah cina, india, mamak, bugis, jawa, Arab hatta Nasrani sekali pun? Ada kah kamu memiliki rekod kejadian mu berpindah dari sulbi ke sulbi sejak dari Adam a.s.??

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Terjemahan:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Al-Hujraat:13)


The Creator/ The Programmer


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. " (Az-Dzariat:56)


Satu Persoalan, logik akal, kalau kita mengikuti sebuah program, katakanlah program motivasi, maka siapakah yang akan menentukan halatuju dan objektif Program Motivasi itu?

Adakah kita, dengan akal yang ALLAH beri ini akan menjawab "yang akan menentukan objektif dan halatuju Program itu ialah para peserta program itu sendiri!"

Ada ke sapa sapa yang jawab macam tu?? Kalau ada, eloklah pegi jumpa Doktor Sakit Jiwa, Jiwa anda sedang tenat!

Jawapan yang logik dek aqal kita ialah, - "Yang menentukan dan menetapkan halatuju serta objektif sesuatu program itu ialah Penganjur Program itu sendiri!"  Setuju?   Kalau setuju, maka jimatlah duit anda dari terpaksa membayar sessi rawatan dengan Doktor Jiwa (^_^)

Maka insyaALLAH semuanya akan setuju dgn jawapan saya kan?

Itu di mulutttt....  Perbuatan? Mari kita bedah tengok hati hati kita...

Setiap rijalun muslim pasti akan mengaku Pencipta alam dan segala isinya termasuklah dirinya sendiri adalah ALLAH Robbul Jaleel..

Maka Dia lah Pencipta, Penganjur kepada 'Program kehidupan' makhluk makhlukNya di alam ini. Dialah Tuhan, Dia lah Pentadbir. Setuju?

Maka Dia telah turunkan Objektif awal tentang kejadian manusia dan jin ini iaitu ayat di atas itu "dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. "

Maka dgn RahmanNya dan RohimNya dia telah mengutuskan para Nabi dan Rosul a.s. untuk menerangkan akan halatuju dan objektif Program kehidupan yang telah dianjurkanNya.  Maka adakah patut tatkala itu, para peserta Program yang kesemua apa yang mereka perlukan dari segi makn, pakai, kenderaan, kesihatan yang nescaya kalau hendak ditulis sampai habis tujuh lautan dakwatpun tak akan habis (meaning to say, this program ar, all is fully sponsored maa..) sambung balik, maka adalah patut para peserta program kehidupan ini tak mahu mengikut halatuju dan objektif program yang telah ditetapkan oleh Penganjur program ini iaitulah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa? Sedangkan segala peralatan ketika menyertai program tak pernah ditarik balik, hatta kini para peserta program tak mahu mengikuti halatuju dan objektif program itu lagi!  Sekarang, sapa yang zalim? Ok selesai..



Kisah Bani Israel

Bani Israel ialah bangsa yang paling banyak dikurniakan Nabi dan Rosul a.s. Ustaz jaman sekolah saya dulu, AF Ustaz Yunus bagi satu fikir,  "Anak-anak, kalau kat tempat tu banyak berlaku kecurian, rompakan dan lain lain lagi, tentulah tempat tu akan mendapat keutamaan untuk dihantar Polis bagi menjaga keamanan kan kan kan? ... ITu kata Ust Yunus yang cool .walaupun telah berlalu 25 tahun nan silam.. aku masih ingat lagi wajahnya dan kata katanya...


Mmmm... sambung len kali insyaALLAH ...
Capt MUHAMMAD Azhar
Bismillahirrohmanirrohim...

Semalam, tamat riwayat anak anak Siam dibaham si hitam. Aku baru balik dari Asr dgn anak2, terdengar suara Juwairiah..."abahhhh....dah matiiiii....kucin dah matiiiii...siannnn dier... matiiiii...."

Keempat empatnya 'disembelih' oleh si Hitam. Humaira' diberitakan dapat hantam si hitam cukup cukup... tapi masa aku parking motor aku tu, aku nampak si hitam panjat pagar, Mu'az terus kejar dan dia melarikan diri.

Malam tu selesai solat, aku dan Adam bawak bangkai anak anak kucin tu ke sungai untuk dihanyutkan. Tengahari tu aku aku dapat kiriman Modem, kotak kasut yang digunakan untuk bungkus Modem tu Humaira' amik dan dia hiasi dan balut cantik cantik, katanya nak letak baby kucin... rupanya, kotak tu jadi 'keranda' baby kittens tu.... selesai 'pengkebumian' ... Rupanya, ada seekor yg missin, Si Siam sudah ambil bawak lari...kesian dia masih mengharapkan anaknya masih hidup! Baby kitten yg disorokkan ibunya itu dijumpai kemudian oleh Humaira', dia yang uruskan 'pengkebumian' anak kucin tu.... Juwairiah sugul. "kucin da matiii... dan matii dahh..siannn dier.."

Awal malam tu, Si Siam mengiau ngiau mencari cari anak anaknya..sedih lak aku tengok, sayu je ngiauan dia .... naluri keibuan ALLAH letakkan pada binatang sekalipun. Namun di kalangan manusia ni ada yang tergamak membuang anak anak mereka sedangkan itu hasil kebejatan mereka sendiri. Di mana perginya naluri kemanusiaan mereka? Sudah tentu si Siam ini lebih baik dari mereka! Semoga ALLAH melindungi diri ku dan keturunan ku dari ditimpa kecelakaan dosa besar seperti itu dan semoga mereka yang terbabit diberikan hidayah supaya bertaubat dan berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik.


Si hitam memang nekad, dinihari itu dia masuk ke dalam rumah menggunakan laluan khusus untuk kucin kucin dalam rumah ni keluar... dan tengah malam tadi pun masa aku terjaga, aku terserempak dgn si Hitam dalam jam 4 pagi ... Isteri aku yg nampak sebenarnya, dia terus memeritahu aku..terus lah aku tutup laluan keluar supaya si hitam tu terperangkap... kena ketuk kepaler dgn aku! Aku nak belasah cukup cukup.. tapi bila memikirkan nama pun kucin..binatang..udah naluri dia begitu... kena la sabor skit..last last aku buka juga laluan tu bagi dia blah, harap harap dia tak datang dah lah.. he is no welcomed! moga moga mesej tu sampai pada dia...

Masuk cerita kucin pulak kat blog aku ni.... sorilah yea... hanya selingkar kisah.....




p/s: Selesai aku taip baris atas tu.., Si Siam masuk ke bilik memanggil manggil anaknya, sayu betullah suara dia..  aku cakap kat dia.."tak per siamm..beranak ler lagi yea..."  Siam pun diam dan keluar dari bilik ni... eh.. dia paham ke cakap aku tadi tu?????
Capt MUHAMMAD Azhar
Assalamu'alaykum warahmatullah ..

Hanya pada Mu Ya ALLAH aku serahkan seluruh urusan ku.. Pencipta dan Pentadbir seluruh alam, Maha Bijaksana, Maha Adil Engkau dalam setiap urusan pentadbiran Mu darihal seluruh makhluk makhluk Mu yang tak terkirakan banyaknya bertaburan di seluruh alam. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ahlil bait dan para sahabat baginda r.anhum.

AKu baru balik dari musafir ke selatan. Menghadiri kenduri anak saudara ku juga mengziarahi rakan taulan. Sempat jua aku mengais sekupang dua di perjalanan ini. Alhamdulillah...sungguh rahmat Mu Maha Luas telah Engkau limpahkan ke seluruh alam...

Dalam pada itu, aku bermimpi lagi... kali ini aku bermimpi bertemu rakan sekelas ku di ITM dulu. Beliau telah pun pulang ke rahmatullah sebulan dua yang lalu... Aku teringat 'Bonjot' yg menalipon aku memberitahu Asma telah tiada, dia meninggal di US akibat Kanser (pd hakikatnya, masanya telah tiba)...



Dalam mimpi aku tu, aku melihat deretan manusia sedang berbaris, seolah menanti untuk menaiki kenderaan atau masuk ke suatu tempat.. aku tak pasti. Yang pasti aku tak ikut berbaris tapi berjalan ditepi tepi baris itu dan aku terhenti pada seorang muslimah yang menoleh pada ku.. aku betul betul terhenti di sebelah kanannya, kalau aku mendepangkan tangan aku, pasti aku dapat menyentuhnya, begitulah dekatnya kedudukan kami ketika itu... Tatkala aku mengadap ke arahnya dan aku lihat je wajah muslimah tu.. subhanallah.. ASMA!!

Ye..aku nampak Asma...rakan sekelas ku di ITM dulu..dan dia tersenyum manis melihat aku!! Terus aku terjaga selepas itu!

Asma... setakat itu yang aku tahu namanya..(teruk kan?) Aku tak tahu nama penuhnya.. aku tak pernah bercakap sepatah pun dengannya dulu..dan aku tak pernah ada apa apa urusan pun dengannya sepanjang 3 tahun kami di sana... Hanya pada suatu ketika, Asma datang bersama rakan karibnya, mahu memesan gambar yang aku ambil pada satu aktiviti, gambar tu aku print dan publish utk sapa sapa nak order.. itulah pertama kali dia datang, itupun bersama rakannya, dan dia mewakilkan pada kawannya itu untuk bercakap dgn aku padahal aku ni rakan sekelas dia dan aku ada di depan dia pada waktu itu!! 

Betapa belagaknya aku dulu ... termenung aku pagi tu.. mengenangkan akan diri ku dulu sebagai seorang pelajar..aku memberitahu Reen dan Bonjot melalui sms tentang mimpi aku tu.. Bonjot tak cakap banyak.. dia mengucapkan syukur bila aku kata Asma senyum pada aku.  Reen je yg banyak komen dgn aku... ada juga kata katanya yang aku akui dan aku pegang.. terima kasih sahabt bagi aku kekuatan (kekuatan hakiki hanyalah dariNya) tapi..yg pastinya, aku rasa menyesal dulu aku ni belagak giler..kononya rock hebat sangat... Aku tak banyak bergaul dengan kalian (perempuan) padahal rakan sekelas. Kini seorang demi seorang kawan aku telah pergi dahulu ke alam barzah meninggalkan dunia yg penuh dgn tipudaya dan fitnah ini..

Asma, walau aku tak pernah memainkan peranan sebagai seorang sahabat pada mu kmu dulu..tapi engkau datang pada aku melalui dalam mimpi aku... nanges aku... semoga kau terima aku sebagai sahabat kamu di dunia dan akhirat... aku dapat doa dan sedeqah bacaan al-Qur'an pada mu kini.. anak anak mu pun aku tak kenal..suami mu lagi aku tak tau sapa dia... aku takut.. aku takut aku tak dapat menjawab soalan kubur nanti tentang siapa saudara aku!!

Asma gadis yang baik, bertudung labuh ketika ramai kawan kawan lain yg freehair dan merapu gaban.. pergaulan terjaga pandangan terjaga. Aku sebenarnya menghormati kamu ... aku pandang kamu dari jauh..menjaga kamu dari jauh. Tak perlu aku merapu banyak kat sini.. kau pun dah pergi. Aku minta maaf pada mu dan ampun pada ALLAH untuk aku dan dirimu... semoga engkau diletakkan di kalangan orang orang yang soleh. Aku tahu engkau memang solehah..insyaALLAH aku redho kamu kawan ku... sehingga kau dah meninggal pun, kamu juga yang datang mengziarahi aku..sedangkan kubur mu pun aku tak tahu di mana letaknya utk aku ziarahi! Kawan apa kah aku ini!???

Apa sahaja urusan duniawi yang aku usahakan akan aku teruskan walau pada petang sebelumnya aku bertekad mahu menghentikan segalanya. Aku mahu hentikan lantaran tujuan aku melakukannya telah pun tiada lagi..untuk apa aku usahaka lagi.. lagi pula bergelumang dgn dunia amat bahaya bagi aku yang alergik ini... justeru petang tu aku dihina lagi pulak tu. -'only in your dreams!' - Huh! .. Memang aku kuat tekad mahu hentikan sahaja tika itu ... Tapi tak mengapalah.. memang padan muka aku pun. Ahahahaha~ mereng.

 Tapi kehadiran mu Asma membuatkan aku berfikir.. aku masih berpijak di bumi fana ini.. aku kena amik sekadar yang perlu utk aku gunakannya ke akhirat... fitnah dan sok sek sok sek pun semakin berleluasa, kasihan anak isteri aku dipandang serong dan sinis atas jalan yang aku ambil ini... pada mereka yg sok sek tu, dunia ini seolahnya adalah segala galanya... Semoga ALLAH pelihara ku dari tertewas lagi dgn duniawi ini.. Justeru akan ku teruskan apa yg aku rancang dan laksanakan setakat ini insyaALLAH

AKu mahu ziarah korang semua nanti wahai sahabat sahabat ku! Bagi la aku masa 3-4 bulan lagi.. AKu azam nak pegi ziarah semua yang aku kenal di seluruh pelusuk tanahair ini. Dari Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak..  Mana tahu masa autk ku pun tak lama lagi... aku mahu bermaaf maafan dengan korang semua.. Aku nak peluk korang semua... dukung anak anak korang..(yg kecik la..ahahaha)  anak anak aku pun kini belajar dgn aku, aku akan bawak mereka semua bermusafir..musafir ziarah lillahi ta'ala. Moga moga menjadi sunnah yang baik yg aku tinggalkan untuk mereka. KOrang pembaca blog tolonglah doakan hajat aku nih... aku ni memang suka merayap pun..ehehe..

Al Fatihah untuk Asma dan semua sahabat sahabat kawan kawan aku yang telah pergi lebih dahulu... kamu orang semua sahabt aku yang baik dan aku redho kalian semua jadi sahabat aku dulu. Semoga kita dapat bersama nanti di kampung asal kita yang kekal abadi buat selama lamanya. Semoga aku dapat memanfaatkan sisa sisa hidup aku yang berbaki ini pada jalan yang ALLAH redho ..mudah mudahan ampunanNya dapat ku raih...

Alhamdulillah..malam ni modem dapat pulak berjalan dgn baik. Pada insan yang prihatin dan baik hati yang mahu menghadiahkan aku modem baru tu.. aku ucapkan ribuan terima kasih..semoga ALLAH membalasi nya dengan SyurgaNya yang luasnya meliputi langit dan bumi. Dan semoga sekiranya ada manfaatnya penggunaan modem itu nanti, disampaikan jua pahalanya kepada kamu... malu saya dgn kamu ini! Rasa macam nak tulis je nama kami kat sini, tapi nanti pasti kamu luku paler aku pulak!!

ok lah..sudah lah merapu,. Aku baru sampai dari KL ni... baju pun tak salin lagi. Seronok jumpa anak anak saudara, terubat juga hati aku yg lara ini... pada Mu jua Ya ALLAH aku serahkan segala urusan ku.. ampunan Mu ku pohon... Terima kasih ALLAH mempertemukan aku dgn Arwah Asma, juga dulu dgn arwah Azrin (aku rasa ada tulis kat sini dulu kot..ke kat FB?) .. Pada Mu  bergantung segala sesuatu.. ALLAHU Robbi...

Wassalam...

p/s: Hidup ini ibarat mimpi mimpi nan indah.. kita hanya terjaga dari mimpi mimpi itu tatkala hadir dua Malaikat penyoal didalam kubur kita... di situlah kehidupan kita akan bermula.. setelah terjaga dari mimpi nan panjang...